Rakyat cabut sebaik konsert tamat di ceramah SUPP
Chen Shaua Fui dan Ong Vic Kee
Apr 15, 2011                                                                                                                                                    
Kelompok  manusia menjadi rebutan antara ceramah SUPP dengan DAP menjelang  saat-saat akhir PRN Sarawak 2011.  SUPP cuba menarik kelompoknya dengan  mengundang penyanyi tempatan terkenal, Michael Wong ke ceramah mereka,  bagaimanapun tetap gagal apabila puluhan ribu membanjiri ceramah DAP.

Keadaan  di Sibu semalam menyaksikan pertembungan antara ahli politik dengan  penyanyi terkenal, dalam jarak 300 meter - namun kesudahannya lebih  memihak kepada DAP-Pakatan Rakyat.  Sebagaimana yang diperhatikan  wartawan, hanya kira-kira dua ribu orang, kebanyakannya pemuda-pemudi,  dan antaranya mungkin ada yang belum sampai umur untuk mengundi yang  menunggu konsert Michael di ceramah SUPP.  Sebaliknya, ceramah DAP  berjaya menarik kehadiran lebih daripada 10,000 orang.
Kedua-duanya  ceramah bermula pada kira-kira jam 7 petang, semalam.  Tanpa kehadiran  pemimpin Pakatan Rakyat utama seperti Anwar, Lim Kit Siang, Nik Aziz dan  sebagainya, DAP masih berjaya menarik perhatian ratusan orang.   Bilangan ini semakin bertambah, sehingga melebihi 10 ribu orang apabila  penceramah terkenal seperti Nga Kor Ming (ahli parlimen Taiping), Hew  Kuan Yau, Liew Ching Tong (ahli parlimen Bukit Bendera) dan lain-lain  tiba di situ.  Malah apabila konsert dimulakan di ceramah SUPP, orang  ramai masih tidak berganjak dari tempat ceramah DAP.
Rakyat cabut sebaik konsert tamat
Ceramah  SUPP pula membariskan Presiden Gerakan Koh Tsu Koon, Setiausaha Gerakan  Teng Chang Yeow, dan calon-calon SUPP seperti Wong Soon Koh (Bawang  Assan), Tiong Thai King (Dudong), Chieng Buong Toon (Batu Assek), Goh  Chun Siong (Pelawan) dan lain-lain.  Kesabaran hadirin mulai hilang  apabila hujan turun renyai-renyai, dan menjerit agar konsert dimulakan.

Pada  kira-kira jam 10.35 malam, Michael Wong mula bernyanyi untuk 30 minit,  bagaimanapun beliau tidak menyeru agar penduduk mengundi BN.  Selepas  tamat nyanyiannya, orang di situ mula mencabut walaupun Teng Chang Yeow  sedang memberi ucapannya.  Keadaan ini membuatkan suasana ceramah SUPP  semakin dingin, dan mereka yang belum berucap termasuk Koh Tsu Koon dan  Chieng Buong Toon.
6000 sambut Anwar di Kuching
Di  Kuching pula, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim disambut dengan kelompok  kira-kira 6,000 orang, dan beliau menyeru agar pengundi menyokong calon  DAP di Padungan, walaupun penyandangnya, Dominique Ng dari PKR  bertanding atas kapasiti calon bebas kali ini.  Beliau disambut tepukan  apabila berjanji berjuang habis-habisan walaupun terpaksa mengharungi  serangan seperti tohmahan dan fitnah terhadap dirinya.

Sementara  itu, bekas ahli parlimen Kuching, Sim Kwang Yang juga turun padang dan  berkempen untuk calon PKR-Batu Lintang See Chee How, dan Chong Chieng  Jen, calon DAP di Kota Sentosa.  "Ini pertentangan antara rakyat dengan  politik wang.  Biarpun kuasa rakyat agak tipis, namun seandainya kuasa  seluruh rakyat ditumpukan, maka kuasa wang akan ditumbangkan," kata Sim  Kwang Yang yang mendakwa dirinya telah menghidu bau "tsunami politik".
"Sudah  32 tahun saya menunggu hari ini.  BN adalah paling lemah pada kali  ini.  Moga-moga pengundi merenung sebaik-baiknya, mengambil kesempatan  yang ditunggu-tunggu ini," harapnya.
*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor, dan Ong Vic Kee adalah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari dua laporan di Sibu dan Kuching.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan