RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 11 Jun 2010

KERAJAAN BIAWAK, LIDAH BERCABANG

Susahnya jika lidah Menteri kita "bercabang"

Tok Pepijat
Malunya Malaysia punya menteri sebegini! Dalam sehari dua ini Parlimen Malaysia menjadi tempat pertunjukkan "spesis" lidah bercabang!

Yang pertamanya PM Najib menyatakan dalam Parlimen,beliau belum lagi keluar lesen judi bola. Beliau tunggu reaksi rakyat dahulu. Manakala diluar Parlimen, dengan bangganya Vincent Tan menyatakan Berjaya telah diberi lesen untuk kegiatan judi bola.

Yang keduanya, Menteri Nazri Aziz menjawab secara bertulis kepada MP Kota Melaka bahawa kabinet telah PUTUSKAN untuk buat bangunan Parlimen baru berharga Rm800juta di Putrajaya. Manakala dalam sidang media di luar Parlimen, Nazri menyatakan kabinet masih BERBINCANG untuk membuat keputusan.

Adakah menteri kabinet kita begitu "bodoh" matematik tidak tahu nilai RM150 juta untuk baiki Parlimen lebih murah berbanding buat bangunan baru dengan harga RM800 juta?

Atau dalam kepala mereka sudah terbayangkan habuan komisen projek RM800 juta?

Benarlah kata Sasterawan Negara A.Samad Said, Malaysia punya menteri yang mempunyai lidang bercabang dua dan telinga satu!/Harakahdaily


Khamis, 10 Jun 2010

SAYA AKAN PUSING SELURUH MALAYSIA - ANWAR

Anwar: Kalau gugur MP, saya pusing satu negara

Salhan K Ahmad & Zulaikha Zulkifli
Jun 9, 10


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ejen Israel kini memusuhinya disebabkan sokongannya terhadap Hamas - sebuah gerakan pembebasan Islam - di wilayah bergolak Gaza di Palestin.

Anwar berkata sebuah organisasi Yahudi sedunia kini giat melobi supaya negara Israel memutuskan hubungan dengannya.

"Badan Yahudi sedunia kata Anwar Ibrahim merupakan seorang musuh Yahudi utama, maka orang Israel mesti putuskan hubungan dengan dia," katanya.

Pada 3 Jun lalu pertubuhan pro-Israel tertua di dunia B'nai B'rith International mengisytiharkan Anwar sebagai ancaman kepada kaum Yahudi.

Berucap dalam ceramah 'Yahudi & Judi' di Selayang malam tadi, Anwar mengaitkan keganasan Yahudi dengan pengaruh Amerika Syarikat (AS).

"Israel tidak akan menjadi ganas dan zalim tanpa dokongan AS. Saya tidak ada masalah kalau berbaik dengan AS tetapi jangan tunduk dengan AS.

"Bila Israel tidak iktiraf (Hamas), AS pun tidak iktiraf. Bila AS tidak iktiraf, Umno pun tidak iktiraf," katanya disambut dengan gelak ketawa daripada hampir 2,000 orang yang hadir.

Terus kaitkan 1Malaysia dan One Israel

Seperti juga dalam siri ceramahnya sebelum ini, Anwar terus mengulangi Umno yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar Apco Worldwide RM77 juta setahun.

Ketika berdepan dengan Jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen, Anwar terus mendakwa telah mengemukakan 'bukti' berhubung dakwaannya yang mengaitkan slogan 1Malaysia dengan One Israel.

Jelasnya, bukti tersebut merupakan perjanjian yang dimaterai antara negara Israel dengan firma perundingan Apco Worldwide pada "tahun 1991 (atau) 1992" serta perjanjian sama yang ditandatangani Malaysia dengan firma yang sama pada 2009.

"Pada t

ahun 1999 perdana menteri Israel lancarkan One Israel, pada 2009 pula Najib lancarkan 1Malaysia," katanya lagi.

Tambahnya, pegawai yang menguruskan Apco itu pernah bertugas di badan perisikan Israel yang berpengkalan di AS.

Katanya lagi, beliau tidak gentar sekiranya digugurkan daripada menganggotai Parlimen, berikutan pendedahannya itu.

"Kalau saya digugurkan selama enam bulan, saya selama enam bulan akan jelajah seluruh negara," katanya./Malaysiakini

Rabu, 9 Jun 2010

BUKAN SENANG HENDAK BANTAH ISRAEL DI MALAYSIA, PEMIMPIN PAS DITAHAN

'Yahudi & Judi': Empat pemimpin PAS ditahan
Salhan K Ahmad
Jun 9, 10


Polis menahan Ketua Pemuda PAS Selangor Hasbullah Ridzwan dan tiga lagi pemimpin akar umbinya di tapak ceramah Pakatan Rakyat di Batu Caves, Selangor.

Haceramah Pakatan 'Yahudi & Judi'sbullah berkata beliau ditahan kerana enggan bersurai apabila polis mengarahkannya supaya berbuat demikian, ketika berkumpul bersama kira-kira 20 orang yang lain di perkarangan Dewan Kompleks Muhibbah di Taman Bolton.

Turut ditahan dalam kejadian pada kira-kira jam 8 malam tadi ialah ketua pemuda PAS bahagian Gombak Syarhan Humaizi Halim, setiausaha Damanhuri Dol dan ketua penerangannya Afyan Mat Rawi.

Ketiga-tiga orang tersebut ditahan kerana menghalang tugas polis, kata Hasbullah lagi ketika dihubungi lewat malam tadi.

Kesemua mereka dibawa ke ibu pejabat polis daerah Gombak dan dibebaskan pada kira-kira jam 11.50 malam dengan jaminan polis.

Hasbullah mendakwa, ceramah bertema kan 'Yahudi dan Judi' anjuran lajnah penerangan PAS itu pada awalnya dijadualkan diadakan di tempat berkenaan terpaksa dipindahkan ke Stadium Selayang, hampir 10 kilometer daripada tempat itu.

"Polis menutup tempat itu jadi kami terpaksa ambil tempat alternatif ke Stadium Selayang.

"(Polis) kata sebab penganjuran ceramah ini tidak ada permit, dan mereka kata (Dewan Kompleks Muhibbah) itu kawasan terbuka.

"Hakikatnya tempat itu berbumbung dan sememangnya berada dalam kawasan berpagar," kata Hasbullah lagi.

NONEDi stadium berkenaan, ceramah oleh pemimpin kanan Pakatan Rakyat, antaranya oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang turut disertai peserta flotila pro-Palestin yang diserang tentera Israel baru-baru ini.

Walaupun berlaku pertukaran tempat di saat-saat akhir, hampir 2,000 orang menyertai ceramah tersebut.

Sementara itu menurut Harakahdaily ceramah malam ini dihalang pihak keselamatan dengan alasan dibuat di tempat terbuka.

Versi internet akhbar organ PAS itu melaporkan majlis itu tidak dapat diteruskan di situ kerana pihak penganjur tidak mendapat kuncinya./Malaysiakini

Selasa, 8 Jun 2010

BOLEH PERCAYA KE CERITA INI ?

Panas! Hot! 18SX! Kisah Benar Keluarga Saiful Bukhari!

Sumber: Love Perak | Tuesday, June 08, 2010

Bapa Saiful kaki judi, pernah cuba melacurkan isteri!

Artikel di bawah dipetik dari email pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Dr.Hiadayah Jr. Semua dijemput membaca dan menilai tulisan tersebut. Saya minta sesiapa untuk cetak dan berikan artikel ini pada Saiful untuk bertanyakan kebenarannya.

Azlan Mohd Lazim (gambar kanan), bapa Saiful berasal dari Janda Baik, Pahang pernah bertugas sebagai General Manager di hotel Merlin Inn di Johor Baharu. Kemudian berhenti kerja kerana dia adalah seorang yang kuat berjudi.

Ibu Saiful, Halina Alif terpaksa melakukan berbagai kerja untuk membantu keluarga, termasuk menjadi pelakon tambahan dalam bebarapa buah filem Melayu dan drama.

Halina memohon cerai daripada Azlan, apabila Azlan cuba memaksa beliau menjual tubuh dan menjadi pelacur. Perceraian berlaku ketika Saiful berumur empat tahun. Azlan kemudiannya menghilangkan diri.

Selepas bercerai, Halina melakukan berbagai kerja dan akhirnya melalui hubungan kerja dengan Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Lau, ekonomi Halina kembali stabil dan beliau membeli polisi insuran AIA untuk anak-anak beliau, Saiful dan adiknya Tati. Halina kemudiannya berkahwin dengan seorang duda bernama Haris.

Halina meninggal beberapa tahun lalu di Hospital Pantai, Kuala Lumpur akibat barah payudara. Ketika itu Saiful menuntut di Uniten.

Kos rawatan perubatan Halina dibiayai melalui polisi insurannya, begitu juga rumah mereka di yang beralamat di No 78, Jalan 7/6, Bandar Utama, Damansara, PJ. Hasil insuran ibunya juga, Saiful dan Tati mendapat RM2000 setiap orang setiap bulan. Saiful dan Tati bakal mendapat RM 1 juta setiap orang hasil insuran tersebut.

Tati, pada umur 19 tahun berkahwin dengan anak Tan Sri Sulaiman Sujak, bekas Panglima Tentera Udara. Mereka ada chalet di Terengganu, tetapi akhirnya bercerai.

Pada 17 Mei 2008, Saiful bertunang dengan Janna Shariza, anak kepada Mumtaz Jaafar, bekas pelari pecut tahun 70'an. Ketika itu, Saiful beliau bertugas di pejabat Anwar. Mumtaz adalah setiausaha peribadi kepada Rosmah. Apabila mengetahui Saiful bekerja dengan Anwar, maka konspirasi pun dirancang melibatkan puluhan juta ringgit. Dan ketika ini, Azlan yang sudah lama menghilangkan diri muncul kembali.

Ingat, di awal rencana dinyatakan Azlan sanggup melakukan apa saja untuk mendapat wang, walau pun cuba memaksa isteri jadi pelacur. Menggunakan anak untuk memfitnah Anwar adalah peluang pendapatan lumayan bagi Azlan. Ketika inilah berlaku pertemuan di Putrajaya dalam bilik bacaan melibatkan Najib, Rosmah, Mumtaz, Saiful dan seorang lagi yang tidak dikenali.

Antara tugas upahan Saiful yang diberi oleh Najib ialah:

* Mendapat maklumat dan fail mengenai MP Umno/BN yang ingin menyertai PR. (Dan dia berkaya menyeludup sekurang-kurangnya 5 fail kepada Najib).
* Mengaku diliwat untuk menghalang Anwar dari bertanding dalam PRk Permatang Pauh
* Mengaku diliwat bagi menghalang Anwar menjadi PM
* Mengaku diliwat memastikan Anwar terpenjara.


Tidak lama selepas itu, iaitu pada 28 Jun, Saiful pun membuat laporan polis kononnya beliau diliwat. Dan pada ketika ini Azlan muncul di khalayak ramai, iaitu dalam masjid Wilayah dan berlagak sebagai 'Bapa Mithali'.

(Anehnya, pertunangan Saiful dengan Janna masih kekal walau pun Saiful mengaku diliwat).

Berapakah wang yang diperolehi oleh Saiful dan Azlan untuk melakukan kerja kotor ini? Allah Maha Kaya. Dengan petunjuknya, akan didedahkan kemudian.

KRONOLOGI SAIFUL

Tuesday, June 8, 2010

KRONOLOGI KES DSAI .MARI KITA MERENUNGKANNYA

Aku mulai sedikit bingung dan dicampur dengan semua tarikh dan masa dan urutan peristiwa di mahkamah melibatkan kes Anwar.

Jadi saya pikir lebih baik untuk membentangkan dengan sebuah kronologi peristiwa yang diperolehi daripada maklumat awam yang sedia laporan berita terutama dari kesaksian saksi di mahkamah , Saiful's blog danlain-lain sumber.

2007/Jan Disember 2008

Saiful bertemu pegawai khas di pejabat Najib Najib untuk mendapatkan surat sokongan untuk latihan sebagai pilot.

(Tapi Utusan pada tarikh 1 Julai 2008 mengutip Najib berkata pada 30 Jun bahawa pertemuan berlangsung tiga bulan sebelumnya (iaitu bulan Mac / April 2008?)

Mac 2008

Sebelum 8 Mac 2008 - Menjadi seorang relawan PKR. Dia penyokong BN tapi kempen untuk PKR's terutamanya untuk calon Sivarasa dan Elizabeth Wong dan suara bagi calon PKR.

Setelah Mac 2008 - Saiful menjadi seorang pembantu Anwar

Mei 2008

Awal Mei perjalanan ke Hongkong (per blog Saiful's)
Akhir Mei - perjalanan ke Bangkok (per blog Saiful's)

Jun 2008

16-18 - perjalanan ke Singapura (per blog Saiful's)

Saiful mengatakan ia disodomi selama perjalanan.

24 (Selasa):

20:30 - Selepas sembahyang Maghrib, bekas pembantu Najib-Khairil Anas menyertai Najib , Saiful untuk bertemu di kediaman DPM di Taman Duta. Menyangkal bahawa Dato Mumtaz yang membawanya. Najib memberitahu dia bahawa ianya adalah masalah peribadi Anwar dan yang juga akan mempengaruhi masa depan Saiful's. Saiful mengatakan ia terdengar perbualan dan mengingati no telipon IGP .Perjumpaan berlangsung selama 20 minit. Dia melihat sekilas Rosmah dalam perjalanan keluar tetapi tidak berbicara dengannya.

Khairil memandu ke rumah Saiful. Menerima panggilan dari SAC Rodwan (kemudian Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah). Setelah beberapa jam, bertemu Rodwan pada malam yang sama di sebuah bilik di Hotel Melia. (Apakah itu 08:00 atau lebih dekat ke tengah malam?) Permintaan Rodwan pertemuan kedua di Hotel Concorde hari berikutnya.

25 (Selasa) - Pagi: IGP Saiful kenalan dan bercakap selama satu jam untuk bercerita tentang masalahnya. Tapi dimarahi oleh IGP yang menganggap itu telefon dari orang sembarangan . Kedua-dua pertemuan dengan Rodwan dibatalkan (?)

26 (Sabtu)

Pagi: Adakah dia mandi.

1,45-2:45: MEMANDU dari pejabat PKR ke kondominium untuk menghantar fail kepada Anwar.

3,01-4:30: sodomi dipercayai berlaku di Desa Damansara Condo adalah dimiliki oleh Hasanudin

Saiful mengeluh setelah itu kepada Tuah Mohammad.

27 (Jumaat)

03:01 * - Saiful menyampaikan email pengunduran diri kepada Anwar menulis tentang ketidakdisiplinan dan kurangnya ketepatan masa dan kurangnya kelayakan yang mungkin memalukan Anwar kemudian. (* Per email scan di blog Saiful's).

06:28 * - Anwar respons email (* per email scan di blog Saiful's).

09:30 - Saiful pergi ke pejabat PKR

Sore - melakukan sembahyang Jumaat selepas hanya cuci ringan.

05:00 - Anwar Ibrahim Hadir bertemu dengan AIC Club dengan dengan para blogger di rumah Anwar, melayani kopi / teh untuk sekitar sepuluh atau lebih orang.

11:00 – Bertemu Ezam sampai awal pagi di Rawang, di Bandar Tasik Puteri. Dia ditemani oleh Rahimi Osman dan bapa saudaranya Tuah Ali Mohd. Ezam berkata beliau telah diseksa. Mumtaz juga menginformasikan pada hari sebelumnya.

28 (Sabtu)

Bertemu Tuah dan Atuk guru agama. Kemudian, bertemu Rahimi. Hadir ke hospital swasta Kuala Lumpur, tetapi mengatakan bahawa mereka hanya bekerja setengah hari di sana hari ini.


02:00: Saiful, didampingi oleh Tuah, melihat Dr Mohamad Osman Abdul Hamid di Rumah Sakit Pusrawi mengadu mengenai kesakitan.

Selama pemeriksaan, Saiful memberitahu Dr Osman dia disodomi tapi tak mengatakan dengan sesiapa. Dr Osman menyarankan dia pergi ke rumah sakit govt (KL) di sisinya.

15:00 - Di Rumah Sakit KL, register di pusat rawat . Melihat doktor wanita India tetapi malu, kemudian dirujuk ke Dr. Daniel Mengatakan dia telah disodomi oleh Anwar. Dia kemudian dirujuk ke balai polis bergerak di sana . Doktor menyarankan dia untuk membuat laporan polis.

Dua personil polis, seorang laki-laki dan seorang perempuan, datang kepadanya dengan membawa borang.

05:45: Saiful membuat laporan polis di kampung bahawa ia telah dipercayai diserang / disodomi (non-konsensual) oleh Anwar beberapa kali selama dua bulan sebelumnya. (Tapi laporan Utusan yang sama berkata laporan polis dibuat pada tarikh 29 Jun.)

19:00 - Dr Razali menerima panggilan di rumah dan diberitahu tentang kes sodomi.

09:00 - Dr Razali tiba di unit kecemasan, di mana ia bertemu dua pakar, Dr Khairul Nizam Hassan dan Dr Siew Sheue Seng (di charge) dan beberapa personel polis. Saiful diperiksa oleh tiga pakar di GH, di hadapan IO Jude Pereira. Saiful juga menyebutkan doktor wanita yang hamil hadir.

Saiful tetap di hospital sampai tengah malam (atau menghabiskan malam di rumah sakit?)

29 (Minggu)

12:35 - Dr Siew label sampel dan tangan mereka ke Jude.

Saiful membuat kenyataan lebih untuk Jude.

Julai 2008

2-4 - Rumah Sakit menerima laporan makmal Patologi.

8 - Saiful mula blog-nya.


11 - laporan Kimia yang diterima oleh Rumah Sakit menunjukkan adanya campuran semen dan jenis DNA dari dua laki-laki.

13 - Laporan Perubatan ditandatangani oleh tiga KL doktor Rumah Sakit.

16 - Anwar ditangkap.

Ogos

15 - Saiful bersumpah pada Quran bahawa ia disodomi, hanya "kebetulan" hari itu adalah malam hari pencalonan untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh.

(laporan:
The Star


Ditanyakan apakah ini adalah pertama kalinya dia disodomi, Saiful berkata: "Ya, itu."
Wartawan: Adakah anda suka Anwar?
Saiful: "Tidak."
Wartawan: Adakah anda benar?
Saiful: "Ya.")

Saiful menjelaskan di mahkamah bahawa apa yang dia maksudkan adalah "setiap kali saya disodomi, itu adalah perbuatan Anwar yang melakukannya untuk Aku".

Ok, jika ada pembetulan atau kesalahan dalam kronologi di atas, saya tentu tahu anda juga tahu…


TERJEMAHAN DARI BLOG ANILNETTO

Sumber: WRLR