RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 13 Oktober 2012

DUA SPESIS DI PINGGIR KELAMBU UMNO

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEKALI lagi mahu cerita kisah Us Nasha.  Seronok juga melayan karenah dia ni.  Dulu aku seronok melayan karenah Hasan Jati, sekarang ni kembar dia pula.  Aku amat setuju dengan pandangan Mahfuz Omar yang menyatakan PAS tidak kisah Us Nasha mahu berunding atau bekerjasama dengan Umno kerana tiada kena mengena dengan PAS.  

Bagi aku, usahkan berunding, jika Us Nasha mahu masuk dalam kelambu Umno pun tidak mengapa sebab suatu ketika Us Nasha ini pernah cuba menjengok dalam kelambu Umno sewaktu bermulanya hikayat "Kerajaan Perpaduang".  Semua orang tahu kisah itu, jika anda tidak tahu cuba bertanya dengan YB Khalid Samad, MP Shah Alam.  Beliau amat fasih dan hafal dengan "Hikayat Kerajaang Perpaduang" tersebut.  Jadi, pelik apanya jika sekarang Us Nasha mahu masuk kelambu Umno?

Mungkin masuk di dalam kelambu terasa segan macam Hasang Jati yang segan untuk masuk dalam kelambu Umno.  Maka, si Hasang ini hanya menempek di luar saja jadi balaci.  Kesihan dia.  Begitu jugalah dengan si ustaz sekor ni.  Mahu masuk di dalam kelambu Umno terasa malu tapi mahu.  Hakikatnya kedua-dua ekor spesis ni memang teringin sangat mahu berada di dalam satu kelambu dengan para-para perasuah yang ada, tapi apakan daya.  

Oleh itu, biarkan saja Us Nasha meroyan sendirian.  Bila dia sudah habis gila meroyannya, barulah PAS campakkan dia kat Umno untuk Umno jadikan balaci macam si Hasang Jati tu.  Sekarang suara Hasang Jati pun dah hilang.  Maklumlah, ceramah pun tak ada orang mahu dengar dan puak-puak tu pun tak larat nak sponsor semua ceramah mengarut dia tu.  Umno sudah terasa bahawa memelihara spesis Hasang tidak langsung memperkuatkan parti sekular tersebut.  Adakah dengan memelihara Us Nasha nanti Umno akan kuat sedikit dari sekarang?  Jauh sekali, kerana yang ada Phd pun tak boleh nak bantu Umno apatah lagi si Nasha.

Mahu tak mahu kita dah dapat saksikan betapa hinanya mereka yang membelakangkan perjuangan Islam dan perjuangan rakyat.  Kehinaan tertinggi di dunia ini tunggu sahaja masa PRU nanti di mana kita akan lihat dua spesis ini beraksi.  Jika mereka mendapat undi agak lebih baik sikit dari Ibrahim Alkataki, kira mereka berdua ini hebatlah.  Tapi jika mereka mendapat undi lebih teruk dari Raja katak Pasir Mas tersebut, eloklah mereka duduk di dalam hutan daripada tebal muka berdepan dengan masyarakat./wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 11 Oktober 2012

US NASHA "ADA TAK MENAMBAH, TIADA TAK MENGURANG" TAPI LEBIH BAIK TIADA

Oleh:  WFAUZDIN NS

US NASHA di dalam PAS, bolehlah dianggap "ada tidak menambah, tiada pun tidak mengurang" tetapi lebih baik tiada.  Us Nasha bertuah kerana berada di dalam PAS kerana kepimpinan PAS tidak pernah berlaku tidak adil jauh sekali zalim terhadap mana-mana ahlinya.  Sebarang tindakan kepada ahli, PAS tidak pernah berlaku tidak adil.

Jika tidak percaya, cuba bertanya Hassan JATI.  Sebelum beliau dicampak keluar dari PAS, berapa kali PAS menegur, menasihati dan memberi amaran kepadanya?  Hassan JATI tidak dicampak begitu sahaja walaupun memang wajar kalau PAS mahu berbuat demikian, tetapi PAS adalah Parti Islam maka sebarang tindak tanduknya mestilah mematuhi kaedah Islam.  Malangnya, terdapat orang yang ingin mengambil kesempatan di atas `kelembutan' PAS tersebut.

"agak-agak ana nak guna taktik apa ye?" ermmm....
Sekarang, berlaku pula ke atas Us Nasha.  Sebagaimana Us Tuan Ibrahim Tuan Man sebut, tiada yang pelik dari apa yang Us Nasha sebut tentang betapa PAS mesti mendahulukan Islam dari mendapatkan kuasa.  Us Tuan Ibrahim juga sebut, PAS sememangnya mahukan kuasa dan kedudukan untuk memartabatkan Islam itu sendiri.  Tanpa kuasa, PAS hanya mampu bercakap dan percakapan PAS berkenaan Islam selama ini adakah yang berkuasa sekarang mahu dengar?

Percayalah, jika sehari dua atau sebulan dua ini jika Us Nasha dipecat dari PAS, orang pertama yang Us Nasha tudingkan tidak lain tidak bukan adalah DAP kalaupun tidak DS Anwar.  Pastinya beliau akan kata PAS ikut telunjuk DAP atau DS Anwar untuk memecatnya.  Itu taktik yang mudah dibaca kerana taktik itu telah digunakan oleh Pengasas JATI.  Harap-harap Us Nasha boleh cari taktik lain yang tidak menampakkan kebodohannya nanti./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 10 Oktober 2012

US NASHA SEMAKIN CELARU, CARI ALASAN UNTUK DIPECAT?

 

Oleh:  WFAUZDIN NS

LEPAS satu, satu hal yang ditimbulkan oleh Us Nasha semenjak beliau tidak lagi memegang jawatan Timbalan Presiden PAS.  Perbalahan hebat di antara beliau dengan Karpal Singh juga bermula selepas beliau tidak memegang jawatan tersebut, sedangkan beliau bukan tidak tahu pendirian DAP selama ini di dalam beberapa isu berkaitan hukum Islam.  

Sewaktu Us Nasha memegang jawatan Timbalan Presiden PAS untuk beberapa tahun, adakah beliau merasakan waktu itu DAP berbeza dari DAP sekarang?  Mengapa waktu itu beliau tidak berkokok seperti sekarang?  Hilang sahaja jawatan, beliau sudah tidak tentu hala pendiriannya, asyik menuding jari ke hulu ke hilir, sekejap tuding kepada DS Anwar, sekejap lagi kepada Karpal Singh.  Dan, yang terbaru beliau mendakwa ada golongan (dimaksudkan DAP Sarawak) yang berdoa agar negara ini menjadi sebuah negara Kristian.  Baca kenyataan beliau seperti yang dipetik di dalam Malaysiakini;

"Saya nak menyebut, dan saya sebut ini untuk mengajak suara ummah menjadi satu, berdepan strategi yang dirancang oleh musuh Allah khasnya di Malaysia ini.  "Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.

"Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya (Malaysiakini).

Jika beliau ada bukti yang kukuh, mengapa sekarang beliau timbulkan sedangkan Pilihanraya Sarawak sudah berlalu lama?  Dan, mengapa beliau tidak mengemukakan bukti kukuh itu paling tidaknya kepada Majlis Syura di dalam PAS agar PAS boleh melakukan penyiasatan dan mengambil apa jua tindakan yang perlu?  Tidakkah tindakan melalui parti lebih berkesan daripada beliau berkokok seorang diri di khalayak ramai?  Apa motif beliau?  Untuk dilihat menjadi hero lebih hero daripada Presiden JATI?  Mungkin beliau tidak mahu mengemukakan bukti beliau itu kepada parti kerana sudah tidak yakin lagi dengan parti yang beliau dokong sekarang.  Jika benar begitu, tunggu apa lagi?  Us Nasha boleh keluar dari parti dan bawa segala bukti yang beliau ada itu kepada Umno atau JATI, kemudian kita lihat apa yang kedua-dua sekutu itu boleh buat dengan aduan Us Nasha.

Samada perbuatan mendoakan negara ini menjadi sebuah negara Kristian itu merupakan satu kesalahan atau tidak, itu kita tidak tahu.  Tetapi, sebagai umat Islam mengapa kita takut sangat dengan doa orang-orang bukan Islam?  Us Nasha yakinkah dengan doa-doa mereka dari doa-doa orang Islam?  Mengapa kita tidak perbanyakkan doa kepada Allah untuk selamatkan negara ini dari ancaman musuh-musuh Islam?  Musuh-musuh Islam bukan hanya sebilangan dari orang-orang bukan Islam sahaja, tetapi terdapat juga musuh-musuh Islam di kalangan orang-orang Islam itu sendiri.  

Soal umat Islam kena bersatu padu ini bukan baru dilaungkan.  PAS tidak pernah lekang mulut mengajak umat-umat Islam bersatu atas dasar Islam, begitu juga Umno.  Bezanya Umno mahu bersatu atas dasar Melayu, tambah pelik lagi bersatu yang difahami oleh Umno adalah penyatuan Umno-PAS sahaja.  PKR tidak perlu diajak bersatu kerana bagi Umno mungkin PKR ini tidak ada langsung orang-orang Melayu dan Islam di dalamnya.  Di sini jelas dapat dilihat siapa sebenarnya yang tidak mahu bersatu, dan pihak ini lah yang sepatutnya Us Nasha dakwahkan.

Jika benar Us Nasha ikhlas untuk membela Islam, beliau harus bertindak dengan lebih bijak.  Selaku Ahli Majlis Syura dan ahli PAS, beliau harus mendahulukan partinya terlebih dahulu untuk menyuarakan sesuatu yang dianggap sensitif, bukannya berkokok di dalam media melainkan beliau sudah tidak yakin lagi dengan kewibawaan PAS.  Jika begitu, Us Nasha mahu tunggu apa lagi?  Mahu tunggu dipecat? /wfauzdin.blogspot.com








Selasa, 9 Oktober 2012

BEZA PKR DAN UMNO UMPAMA LANGIT DAN BUMI

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA kecohlah puak-puak jahiliyyah itu menyebut bahawa PKR itu sama dengan Umno iaitu tidak Islamik.  Maka kata mereka apa perlunya PAS bersama PKR jika PKR itu sama dengan Umno dan tidak sama dengan perjuangan PAS?  Soalan bodoh ini sewajarnya dan cukup rasanya aku yang tidak cerdik tapi tidak sejahil mereka untuk menjawabnya.

Adakah selama ini golongan Melayu Jahiliyyah itu (sekarang dikenali sebagai "Syaitan yang dikenali") menganggap dasar PKR sama dengan dasar PAS?  Jika begitu anggapan mereka, jelaslah mereka sebenarnya masih tidak mengenali PKR dan PAS, ertikata lain teramat bengapnya mereka.  Jika PKR dasarnya sama dengan PAS, perlu apa wujud PKR?  Bukankah lebih baik mereka semua menyertai PAS?  Begitu juga, jika PKR itu sama dengan Umno, buat apa PKR melawan Umno habis-habisan?  Itu pun tidak boleh fikirkah?

DS Wan Azizah, isteri Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim
Siapakah wanita ini?
Terdapat banyak beza PKR dengan Umno sebenarnya.  Kita ambil contoh paling mudah sahaja, adakah PKR pernah menentang atau mengugut PAS untuk memperjuangkan dasar partinya iaitu Islam?  Cuba tanya Umno pula.  Bukan sahaja Umno pernah menentang dasar PAS di bibir sahaja, bahkan ada pemimpin Umno yang cuba menyaman PAS kerana isu Hukum Hudud.  DAP pun tidak pernah mahu menyaman PAS di dalam soal Hudud ini walaupun DAP tidak bersetuju dengan hukum tersebut.  Di bawah Umno, Kerajaan Kelantan di bawah PAS pernah diugut agar tidak melaksanakan Hukum Hudud.  Pernahkah ini dilakukan oleh PKR?  

DS Anwar dan Isteri
Najib dan isteri?
PKR adalah parti yang ahlinya terdiri dari berbagai kaum dan agama, tetapi asas perjuangan parti ini adalah memperjuangkan keadilan untuk semua.  Manakala, PAS pula ahli-ahlinya terdiri dari berbagai kaum berugama Islam dan menerima yang bukan Islam sebagai penyokong bersekutu bagi memperkuatkan parti tersebut untuk memperjuangkan Islam.  Jika PKR memperjuangkan keadilan, salahkah PAS bersama dengan PKR kerana Umno terbukti tidak memperjuangkan aspek itu.  

Ada hikmahnya PKR ini wujud di dalam membantu PAS.  Andainya sewaktu DS Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara dahulu dan beliau menyertai PAS bersama para penyokongnya, kita tidak pasti Pembangkang menjadi sekuat ini.  Jika terdapat mereka yang amat benci dengan Umno/Bn, tetapi merasa kurang yakin dengan DAP dan tidak boleh menyertai PAS kerana mereka bukan Islam atau kurang yakin dengan PAS, ke manakah pilihan mereka?  Sebab itu PKR wujud untuk orang-orang yang seperti ini, iaitu mereka yang bencikan Umno/Bn. Di dalam PR kita perlukan orang yang benci kepada Umno/Bn kerana parti inilah yang merosakkan negara dan mengkhianati rakyat di negara ini.

Pilih mana satu contoh keluarga terbaik

PKR tidak kisah dianggap sebagai 'kayu galah' untuk PAS mencapai hasrat parti tersebut.  Untuk menjolok buah yang mahu dinikmati bersama, PKR atau DAP sanggup menjadi 'kayu galah atau penjolok" asalkan tidak menjadi kuda tunggangan seperti Umno yang diperkudakan oleh parti-parti komponen mereka.  Faktanya, Apa yang Umno boleh buat apabila Presiden MCA menghina hukum Islam?  Lebih jelas lagi, di dalam debat Chua Soi Lek dengan Lim Guan Eng, terang-terang Chua Soi Lek mengaku bahawa MCA berani memberi amaran kepada Umno agar tidak melaksanakan Hukum Hudud.  Apa pula jawapan Lim Guan Eng?  Beliau menyebut bahawa DAP berpendirian isu Hudud adalah isu agama dan DAP menghormatinya sebagaimana PAS juga menghormati ugama mereka.  Bukankah ada beza di situ?

Memang benar, Karpal Singh berulangkali menyebut DAP tidak bersetuju dengan Hukum Hudud tetapi pernahkah Karpal Singh selaku Peguam terkenal menyaman PAS atas isu Hudud?  Bagi PAS pula, soal DAP tidak bersetuju dengan hukum Hudud bukan perkara baru bahkan jika DAP menyokong hukum ini sekalipun bukan mudah buat PAS untuk melaksanakannya kerana Umno tetap menjadi penghalang hukum Allah ini.  Malahan halangan dari Umno ini lebih hebat dari DAP kerana Umno sekarang berkuasa, bukan DAP.  Contohnya seperti yang berlaku di Kelantan dahulu.

Beza Umno dengan PKR umpama langit dan bumi.  Umno tetap dengan dasar Kebangsaannya, tetapi PKR tetap dengan dasar yang akan memberikan keadilan kepada semua kaum.  Keadilan kepada semua kaum ini adalah salah satu dari kehendak Islam, maka tentunya perjuangan ini secocok dengan PAS.  Parti yang hanya menyalak "Ketuanan Melayu, ketuanan Melayu" Hidup Melayu, Hidup Melayu" sudah tentu ditolak oleh PAS kerana Islam tidak boleh diperjuangkan melalui Melayu semata-mata.

Tidak dinafikan PKR bukan parti Islam seperti PAS, tetapi PKR bukan anti Islam seperti Umno.  Itu bezanya.  Di dalam Islam, akta yang zalim dan tidak adil seperti Akta ISA, AUKU, OSA dan beberapa akta lagi bercanggah dengan Islam, maka PKR menentangnya maka penentangan PKR terhadap akta zalim ini secocok dengan parti PAS.  Adakah PAS perlu bersama Umno yang begitu lama bergelumang dengan kesemua akta ini?  

Paling releven, Umno lah satu-satunya parti yang banyak menganiayai PAS.  Siapa boleh lupa sewaktu PAS dapat memerintah Terengganu, siapakah yang menzalimi kerajaan PAS ketika itu dengan merampas royalti minyak yang sebelum ini diberikan?  Tidakkah mereka sedar bahawa Terengganu itu sebuah negeri yang hampir 100% Melayu Islam?  Begitu juga soal royalti di Kelantan sebuah lagi negeri Melayu yang dikhianati?  Bukan PKR atau DAP yang menganiayai negeri-negeri Melayu tersebut tetapi Umno/Bn.  Masihkah kita mahu beranggapan Umno dan PKR itu serupa?

Mari kita lihat contoh paling mudah dan dianggap asas sahaja untuk membandingkan Umno dan PKR.  Dari segi penghayatan Islam kedua-dua pemimpin dari Umno dan PKR sudah cukup untuk kita menilai parti manakah yang patut PAS jadikan sahabat.  Presiden Umno dikatakan seorang Islam begitu juga isterinya.  Adakah isteri Presiden Umno menghayati Islam berbanding dengan isteri Ketua Umum PKR?  Bandingkan pula keluarga mereka.  Adakah anak kepada Ketua Umum PKR ini memiliki saham kilang arak atau syarikat yang ada kaitan dengan arak seperti San Miguel?  Apakah Umno mahu PAS bersama dengan mereka di dalam keadaan pemimpin mereka sedemikian rupa?

Terlalu banyak lagi beza PKR dengan Umno sehingga tidak cukup ruang untuk dinukilkan di sini.  PKR punyai pimpinan yang berani berdepan dengan Sang Penguasa, tetapi Umno mempunyai pemimpin yang hanya berani bercakap seorang diri di kaca TV.  Isu debat sudah cukup untuk mengajar kita tentang pepatah "Berani kerana Benar, Takut kerana Salah"./wfauzdin.blogspot.com 

Isnin, 8 Oktober 2012

CERAMAH KEMPEN TURUNKAN HARGA KERETA BERSAMA YB SAIFUDIN DAN RAFIZI

PEMBETULAN. Ceramah sempena kempen Turunkan Harga Kereta bersama YB Saifuddin Nasution, Sdr Rafizi Ramli, YB Tuan Syed Hamid, YB Leong Ngah Ngah dan Sdr Ahmad Nizam malam esok 09 Okt 12 (selasa).  Batalkan lokasi di Taman Saga, Mentakab dan gantikan di Taman Muhibbah, Temerloh.  Kesilapan amat dikesali.


YB SAIFUDDIN DAN RAFIZI DI TEMERLOH MALAM ESOK !!


MALAM esok (09 Oktober 2012) Jam 9.00 malam, bertempat di perkarangan Ibu Pejabat KEADILAN Temerloh, Persimpangan Taman Saga, Mentakab akan diadakan ceramah umum yang akan dihadiri oleh dua tokoh hebat iaitu YB Saifuddin Nasution (MP Machang/SU Agong PKR) dan juga Sdr Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR).

Orang ramai dijemput hadir bagi mendapatkan maklumat terkini isu-isu politik semasa.  Dua tokoh ini terkenal dengan pendekatan ceramah yang penuh dengan pengisian dan fakta tentunya tidak merugikan kita untuk hadir pada program malam esok.  Mohon hebahkan.

Ahad, 7 Oktober 2012

GILIRAN TUAN GURU HJ HADI PULA SERANG KAWASAN NAJIB MALAM INI

Oleh:  WFAUZDIN NS



KHABARNYA malam ini Parlimen Pekan digempur lagi.  Nampaknya tidak putus-putus Pekan dikunjungi oleh pimpinan PR, dan ini menunjukkan PR tidak pernah anggap Pekan tidak boleh dirampas walaupun ramai yang berpendapat Parlimen Pekan mustahil untuk dirampas memandang Ahli Parlimen di situ adalah Najib iaitu PM negara ini.

Malam ini, di Markas PAS Mengkasar, Pekan kehadiran Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi Awang pastinya membuatkan Najib tidak boleh tidor lena.  Beberapa bulan lalu, Ketua Umum PKR juga hadir di Pekan di mana sambutannya amat luar biasa sehingga beliau terpaksa menaiki motosikal akibat kesesakan jalanraya menuju ke lokasi ceramah.

Beberapa minggu yang lalu, Pekan juga dikunjungi oleh bekas tokoh-tokoh Umno iaitu Datuk Tamrin Ghafar, anak kepada Almarhum Tun Ghafar Baba.  Malam itu juga bekas orang kuat Najib sendiri, bekas Adun Pulau Manis iaitu Dato' Arif Sabri turut berucap.  Wakil KOBAT, Kor Bekas Tentera juga turut berceramah malam tersebut.

Sehubungan itu, malam ini marilah kita beramai-ramai hadir ke Markas PAS Mengkasar, Pekan bagi mendengar ceramah yang akan disampaikan oleh Tuan Guru Hj Hadi Awang dan juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Us Nasruddin Tantawi.