RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 6 Ogos 2011

MAKA BERBUNYI AL-KATAKI YANG TIDAK TAHU HUJUNG PANGKAL

Oleh: WFAUZDIN NS

GELI geleman bulu roma saya bila mendengar komen Ibrahim Al-Kataki pemimpin Perkasa berbunyi berkaitan isu serbuan di sebuah Gereja di Selangor. Saya sudah jangka, bila berlaku di Selangor atau di mana-mana negeri di bawah Pakatan Rakyat yang mendatangkan pertembungan di antara Kerajaan Negeri dengan Jabatan lain, pasti si Ibrahim akan muncul.

Malaysiakini melaporkan, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta semua pihak berhenti tuduh menuduh dalam isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke satu majlis di Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya, pada malam Rabu.

Pertembungan berlaku di antara Kerajaan Negeri di bawah PR dengan JAIS di dalam isu ini khususnya berkaitan aspek teknikal dan perundangan sahaja. Sebelum ini banyak isu yang melanda JAIS yang seringkali tidak sependapat dengan Kerajaan Negeri. Akhirnya, Kerajaan Negeri di pihak yang benar kerana JAIS sering melaksanakan tugas seolah-olah tidak berpandukan peraturan atau undang-undang jauh sekali untuk berunding secara berhemah. Sebagai contoh, di dalam isu rampasan arak suatu ketika dahulu. Ternyata, undang-undang yang digubal oleh Pusat banyak membantutkan usaha Kerajaan Negeri tetapi JAIS seperti tidak tahu peraturan yang sedia ada. Paling malang apabila ada tokoh PAS di sisi JAIS yang juga seperti tidak tahu kewujudan peraturan itu.

Sebenarnya ada tindakan lain boleh dilakukan jika bijak, sepertimana isu rampasan arak berkenaan termasuk isu penjualan arak di kedai-kedai 7 Eleven. Akhirnya, semuanya selesai dan keputusan Kerajaan Negeri diterima baik oleh pihak-pihak yang berkaitan. Paling membanggakan tindakan Kerajaan Negeri Selangor jauh lebih baik dari kerajaan-kerajaan negeri di bawah umno/Bn. Ertinya, walaupun terdapat undang-undang atau peraturan tetapi jika dilakukan perbincangan secara berhikmah maka ianya boleh diselesaikan dengan baik.

Berbalik kepada Ibrahim Al-kataki. Mengapa bersuara di dalam isu yang masih kabur ini? Di mana suara beliau apabila terdapat dua tiga orang Cina ingin menyaman Kerajaan Negeri Kelantan kerana mengharamkan judi di negeri tersebut? Bukankah Kelantan negeri Ibrahim? Adakah jika Ibrahim menyokong ketegasan Kerajaan Negeri Kelantan bererti Perkasa menyokong PAS? Siapa berpolitik sebenarnya? Di mana suara Perkasa tentang pendedahan demi pendedahan dibuat dengan bukti kukuh betapa ada usaha untuk memberikan taraf warga negara kepada rakyat asing secara berleluasa dan mudah hanya kerana untuk membolehkan mereka mengundi? Bukankah ini satu isu yang sensitif dalam soal maruah dan keselamatan negara?

Ibrahim berkata, berhati-hati dengan aktiviti yang bertopengkan kebajikan sedangkan ianya bertujuan untuk merosakkan akidah umat Islam. Saya amat bersetuju dengan Ibrahim di dalam soal ini, sebab itu langkah Kerajaan Negeri Kelantan menentang penjualan loteri kebajikan itu amat tepat sekali. Malangnya, terdapat undang-undang yang melindungi aktiviti yang kononnya untuk kebajikan tersebut. Siapa yang buat undang-undang berkenaan? Di mana suara Perkasa kepada si pembuat dasar dan undang-undang tersebut? Siapa yang berpolitik sebenarnya?

Ibrahim Al-kataki tidak perlu untuk menunjukkan kehebatannya memperjuangkan Islam selagi beliau sendiri banyak merapu tentang Islam. Fitnah beliau terhadap perjuangan BERSIH sebelum ini sudah cukup kita mengenali siapa Ibrahim Al-kataki. Perjuangan beliau di dalam Perkasa tidak mempunyai hala tuju melainkan untuk menjadi `pengampu' nombor Wahid kepada Umno. /wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 5 Ogos 2011

VIDEO ZIKIR MEMPERSENDA ISLAM - ADAKAH DARI PUAK DAP ATAU AMBIGA?



DI DALAM kesibukan yang menuding jari kepada DAP dan juga kepada Ambiga kononnya anti-Islam walaupun satu bukti pun mereka tidak mampu tunjukkan, kita boleh tengok klip video di atas bagaimana `anak-anak DAP dan Ambiga' ini menghina ayat/zikir kepada Allah.

Mungkin ingin `mendikir-baratkan' kalimah atau alunan zikir tersebut, tetapi cara yang mereka tunjukkan itu jelas mempersendakan zikir berkenaan. Siapa yang peduli perkara ini? Tak kisah asalkan bukan DAP atau Ambiga...../wfauzdin.blogspot.com\

Khamis, 4 Ogos 2011

NASIB BAIK BERSIH WUJUD, JIKA TIDAK JPN ATAU SPR TERLENA TERUS

Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA, berkatalah JPN bahawa insan yang bernama Mismah (Mismah binti ? ) sebenarnya telah diluluskan menjadi warganegara ini mulai Januai 2011 lagi. Ertinya, sehingga awal bulan Ogos, tiada kemaskini oleh JPN sehinggalah terbongkar kisah Mismah yang berstatus PR tetapi boleh mengundi.

Malaysiakini melaporkan sebelum ini, " Semalam, semasa semakan Malaysiakini pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238). Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

azlanBagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang semalam menunjukkan Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru" (Malaysiakini).

Lulus bulan Januari, tetapi baru sehari dua ini dikemaskinikan? Betapa cekapnya JPN bekerja untuk satu isu ini. Bagaimana boleh berbulan-bulan tidak mampu secekap ini?

Pelik bin ajaibnya, walaupun JPN belum kemaskinikan status Mismah, namun `kecekapan' SPR mengatasi JPN apabila nama Mismah tersenarai di dalam daftar Pengundi di dalam website SPR. Timbul persoalan, dari mana rujukan atau panduan SPR boleh membenarkan Mismah boleh mengundi sedangkan nama beliau ketika itu masih berstatus PR? Mengapa SPR tergesa-gesa memasukkan namanya? Bukankah SPR sering menyebut bahawa apa yang dipamirkan di dalam senarai pengundi berdaftar di dalam laman webnya adalah berpandukan daripada JPN?

Maka, Pengerusi SPR pun menjawab bagi pihak JPN bahawa `kecuaian atau kesilapan' teknikal berlaku di dalam sistem JPN. Ini bermaksud, tidak mustahil banyak lagi boleh berlaku `kesilapan teknikal' di dalam JPN dan tidak mustahil boleh berlaku di dalam SPR juga sehingga tarikh PRU diumumkan nanti.

Agak-agaknya apa pula jawapan JPN atau SPR terhadap kisah di sini (klik). Terdapat 9 orang yang sempat disemak di kawasan Parlimen Pekan (kawasan Najib) yang No Kad Pengenalannya tiada dijumpai di dalam semakan di Website JPN (ertinya orang itu tidak wujud), tetapi wujud No Kad Pengenalan dan namanya di dalam Website SPR? Bertanya lagi kita, di mana SPR dapat orang-orang ini? SPR merujuk daripada siapa? Bukankah SPR sering menyebut, sekiranya ada yang telah meninggal dunia yang JPN sendiri telah sahkan, SPR akan membersihkan nama orang itu. Sekarang, apa status sebenar 9 orang tersebut? Jika sudah meninggal dunia dan memang telah dibuang dari JPN, mengapa masih wujud di dalam SPR?

Itu pun jika benar memang meninggal dunia. Dalam kes di atas, ternyata `hubungan' JPN dan SPR tidak rapat atau `tidak sepakat'. Di kawasan Parlimen Pekan, difahamkan bukan 9 orang itu sahaja bahkan lebih dari itu dan kami akan buktikan selepas ini. Apakah alasan terbaru JPN dan SPR selepas ini nanti? Adakah masih dengan alasan `kecuaian dan kesilapan teknikal'? Jika satu atau dua kes yang tersilap, boleh juga diterima akal tetapi jika sudah berpuluh malahan beratus kes kita rasa seperti ada `something wrong".

Melihat kepada beberapa situasi yang melanda JPN dan SPR sekarang, rasanya tidak layak Pengarah atau Pengerusi mereka mendapat markah tinggi malahan boleh dianggap `gagal' di dalam KPI mereka. Nasib baik BERSIH wujud, jika tidak sampai kiamat mungkin JPN atau SPR masih tidor./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 3 Ogos 2011

BONGKAR LAGI !! KALI INI `HANTU' DI KESAN DI PARLIMEN PEKAN?

Oleh: WFAUZDIN NS

DI DALAM kehangatan orang ramai mempertikaikan ketelusan SPR dan JPN di dalam pendaftaran Pengundi dan PR, saya juga ingin mencelah sedikit tetapi bukanlah kes yang besar sepertimana kes rakyat asing diberi taraf warga negara tidak sampai 24 jam itu.

Saya cuma ingin berkongsi maklumat, dan maklumat ini saya perolehi dari rakan saya yang sekarang ini masih mencari maklumat-maklumat lain. Maklumlah, di zaman Najib ini kita tidak boleh malas untuk mencari maklumat jika kita tidak mahu diperbodohkan seperti puak-puak mereka.

Maklumat ini adalah berkaitan dengan senarai nama Pengundi yang berdaftar di Kawasan Parlimen Pekan, Pahang tetapi No KP dan Nama Pengundi tersebut tiada di dalam Pencarian di JPN. Maksudnya, nama ada di dalam Web Carian SPR, tetapi tiada di dalam carian JPN. Adakah ini yang dimaksudkan `Pengundi Hantu'?. Bagaimana seseorang yang tiada di dalam JPN boleh terdapat di dalam Daftar Mengundi di SPR?

Sebenarnya banyak jumlah yang dapat dikesan di Kawasan Parlimen Pekan, iaitu kawasan Najib yang baru-baru ini berjanji akan memBERSIHkan SPR. Tetapi, buat permulaan saya senaraikan 9 nama sahaja dahulu seperti di bawah ini dan anda boleh taip NO KP mereka ke dalam carian JPN, kemudiannya anda taip NO KP yang sama ke dalam carian SPR. Anda sendiri saksikan keputusannya.....

1. 101222755365 ABDULLAH D/O KUNJI MAHIDIN

2. 111231325542 KUNCHIR BINTI DAYANG

3. 131231329576 MEK TEH BINTI DOLAH

4. 141231328417 TANJONG BIN LAMBAK

5. 181231328245 TI VO SO

6. 280623715459 PERUMAL A/L RENGASAMY

7. 300410715346 TAN SAI KEOW

8. 461114715138 SAROJAH A/P SAMY

9. 480225715177 UPAK

Senarai ini adalah di antara bukti yang menunjukkan `ada yang tidak kena' dengan SPR atau pun JPN itu sendiri. Jika nama tiada di dalam JPN, mungkin penama tersebut telah meninggal dunia tetapi mengapa masih wujud di dalam SPR? Bukankah SPR berulangkali menyebut pembersihan telah dilakukan? Di zaman IT dan serba canggih ini sukar sangatkah untuk bekerjasama dengan JPN?

Justeru itu, usahlah kita asyik berbicara pasal Biometrik sekiranya isu seperti ini pun amat lembab untuk diatasi. Oleh yang demikian, memang wajar BERSIH berhimpun baru-baru ini kerana terlalu banyak `kotoran' yang perlu diBERSIHkan./wfauzdin.blogspot.com

Status PR: Pakatan desak sidang parlimen tergempar

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri untuk memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membincangkan isu berhubung sistem keselamatan negara.

Ini kerana pendedahan media semalam mengenai pendaftaran pemegang kad pengenalan bertaraf penduduk tetap kepada warganegara dalam tempoh sehari.

“Kita akan hantar surat kepada Perdana Menteri dalam 2-3 hari ini.

“Kami mendapat bukti ini melalui laman web Jabatan Pendaftaran Negara sendiri.

“Bagaimana seseorang itu boleh menjadi warganegara dalam masa dua jam?” kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Berita Lanjut menyusul

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=18129

ZAHRAIN GANTI ANWAR SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG ?

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA Zahrain katak sudah tertekan apabila segala perancangan beliau untuk memburukkan imej DS Anwar khususnya, dan PKR amnya semuanya gagal dan menemui jalan buntu. Langkah Zahrain mudah dibaca kerana semua orang tahu punca mengapa Zahrain menjadi `katak' dan mengapa beliau terlalu berdendam dengan Anwar.

Apabila Zahrain katak ini membuka cerita kononnya Tuan Guru Nik Aziz ada berbincang dengan Ku Li untuk melantik Ku Li sebagai pengganti Anwar jika Ketua Pembangkang ini dipenjarakan, cerita yang dibawa oleh Zahrain katak ini langsung tiada nilai berita kerana Tuan Guru Nik Aziz telah menjawabnya secara terbuka dan dipetik oleh akhbar Sinar sebagai `Lawak Jenaka'. Sememangnya Zahrain katak suka membuat lawak bodoh dan lawaknya hanya laku di Utusan Meloya dan TV 3 suku sahaja.

Semalam, Zahrain katak buat sambungan lawak jenakanya lagi. Beliau mencabar Tuan Guru Nik Aziz buat kenyataan terbuka tentang isu tersebut. Baca di sini. Apakah Zahrain katak buta tidak membaca apa yang tersiar oleh akhbar? Jika Zahrain katak cuma `beriman' dengan Utusan Meloya, memanglah beliau tidak akan tahu sampai kiamat. Akhbar Sinar telah pun memetik kenyataan Tuan Guru Nik Aziz berkaitan isu tersebut dan kenyataan itu sudah pun dikira terbuka. Mahu terbuka bagaimana lagi, wahai zahrain katak?

Amat jelas, Zahrain katak merasa tertekan sekarang kerana segala tipu daya beliau mudah dapat dihidu dan paling memalukan ianya menjadi bahan lawak jenaka. Kita tunggu apakah lawak jenakanya selepas ini. Jangan terperanjat jika Zahrain katak akan mendakwa Anwar mahu Zahrain katak sendiri menggantikannya sebagai Ketua Pembangkang. Ha ! Ha ! Ha ! /wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 2 Ogos 2011

PAKATAN DI ANTARA PKR DAN PARTI KITA DI PAHANG UNTUK JATUHKAN UMNO?

Oleh: WFAUZDIN NS

DIKHABARKAN bulan lepas, seorang bekas Ketua Cabang PKR yang melompat parti dan menyertai Parti KITA dari Negeri Pahang telah sanggup menemui pemimpin utama PKR Pahang untuk `berbincang atau merayu' agar PKR memberikan laluan kepada Parti KITA bertanding di salah satu kawasan di negeri tersebut.

Difahamkan pertemuan itu diadakan di Ibu Pejabat PKR Pahang sendiri. Di antaranya dikatakan bahawa wakil dari Parti KITA itu (mungkin bakal calon KITA) mahu agar PKR memberi laluan kepada KITA untuk bertanding kerana kononnya KITA dan PR sama-sama untuk menjatuhkan Umno/Bn di dalam PRU nanti. Kerusi yang KITA mahu PKR beri laluan itu merupakan Kerusi Parlimen yang berkemungkinan besar kerusi itu bakal diisi oleh calon dari PKR.

Perbincangan yang dikatakan tidak sampai 10 minit itu berakhir apabila `rayuan' dari wakil KITA tidak mendapat respon dari pimpinan PKR. Persoalannya, benarkah KITA ingin bersama-sama dengan PR menjatuhkan Umno/Bn? Jika benar, mengapa tidak umumkan sahaja untuk menjadi rakan di dalam PR? Atau, mungkin juga KITA akan bercakap benda yang sama apabila berunding dengan Umno/Bn iaitu dengan menyebut KITA bersama Umno/Bn ingin menjatuhkan PR?

Nampaknya jika benar cerita ini, KITA cuba menjadi parti `dua alam' atau `talam dua muka'. Kita masih ingat sewaktu awal penubuhan KITA, pemimpin mereka berkata bahawa KITA boleh mendapatkan pengaruh dan sokongan tanpa bantuan samada dari PR mahu pun Bn. Tentulah tidak masuk akal, belum apa-apa lagi sudah ada wakil yang datang `merayu' untuk beri laluan. Jika sudah merasa kuat dan gagah, masuk sajalah bertanding dan tentu meriah bila ada beberapa kawasan yang berlaku pertandingan 3 penjuru.

Diberitakan semasa pertemuan itu berlangsung, pemimpin PKR Pahang itu cuba menolak `rayuan' wakil dari KITA tersebut dengan memberi alasan bahawa pengagihan Kerusi Parlimen adalah di bawah kuasa PKR Pusat. Wakil KITA diminta untuk berunding dengan PKR Pusat berkenaan `rayuan'nya itu. Masalahnya, ada keberaniankah Zaid Ibrahim untuk berjumpa DS Anwar bagi membincangkan hal tersebut?

Sejurus selepas pertemuan tersebut, pemimpin PKR tersebut berkata, "Jika PKR Pusat setuju sekalipun, PKR Pahang akan membantah keras untuk memberi laluan kepada KITA". Nampaknya, ada yang menyesal melompat parti baru-baru ini kerana gagal membawa ramai penyokong untuk melompat bersamanya./wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 31 Julai 2011

UMNO POLITIK `SELUAR DALAM DAN COLI' DI P.PINANG

Oleh: WFAUZDIN NS

SEPERTI yang pernah saya sebut sebelum ini, nampaknya Umno di P.Pinang sudah semakin cerca merba politik mereka untuk memburukkan imej kepimpinan KM Lim Guan Eng. Apabila PR mengambil alih teraju kerajaan negeri diketuai oleh DAP, awal mula lagi Umno P.Pinang mula meroyan memainkan isu perkauman. Maka, DAP dituduh anti-Melayu dan Islam.

Baru-baru ini Pengerusi Wanita MCA P.Pinang pula merosakkan modal Umno P.Pinang. MCA mendakwa Lim Guan Eng terlalu membela Melayu di negeri tersebut. Bayangkan hampir kesemua kontrak/tender kerajaan negeri diperolehi oleh kaum Bumiputera di dalam keadaan Umno mendakwa DAP anti-Melayu. Inilah puncanya Wanita MCA P.Pinang berang.

Melucukan juga ada pihak berjiwa `lucah dan jijik' cuba meraih publisiti murahan yang memalukan. Pihak yang tidak bertamaddun ini menggunakan `seluar dalam dan coli belang' untuk memperjuangkan nasib Bumiputera di P.Pinang. Secara tidak langsung pihak yang bengap ini menjatuhkan imej dan menghina kaum wanita. Begitu jijik sekali perlakuan mereka dan malu rasanya mengaku Melayu P.Pinang.

Begitulah apa yang saya maksudkan betapa Umno sudah kehabisan modal mereka untuk menyerang kerajaan negeri di bawah PR. Itulah tanda-tanda jelas Umno semakin menghampiri liang lahad mereka./wfauzdin.blogspot.com