RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 20 Februari 2021

SIAPA TERINGIN BAWA MAHATHIR MASUK KE DALAM PH, CUBALAH.....


PH memberi ruang seluas2nya kpd Mahathir untuk terus menjadi PM sampai bila dia suka, tanpa tarikh, walaupun selepas APEC. Tapi Mahathir letak jawatan hanya kerana partinya Bersatu tidak lagi mendengar cakapnya. Mahathir lupa, yg angkat beliau sebagai PM bukannya Bersatu sahaja, tetapi tiga parti di dalam PH iaitu Keadilan, Dap dan Amanah juga dari Warisan. 

Wajarkah hanya kerana Bersatu tidak mahu dengar cakapnya, maka kesemua parti di dalam PH menanggung akibat hilang kuasa? Pengkhianatan terbesar Mahathir adalah meletakkan jawatan tanpa merujuk dan berbincang dengan Majlis Presiden PH yg mengangkat beliau sebagai PM. Jika benar beliau ada prinsip dan malu untuk menjadi PM kerana partinya tidak lagi mendengar kata2nya, mengapa tidak serahkan jawatan PM kepada Timbalannya, Kak Wan? Bukankah ketika itu tidak ada kesahihan dan bukti PH hilang sokongan majoriti samada melalui Parlimen atau Akuan Bersumpah? 
Akuan Bersumpah hanya muncul selepas beliau meletakkan jawatan. Jika beliau tidak nyanyuk, beliau akan pertahankan jawatan itu atau diserahkan kepada Kak Wan sehingga terbukti PH hilang sokongan. Malangnya, nawaitu beliau memang mahu hancurkan PH dan mahu jadi PM untuk kerajaan baru iaitu kerajaan perpaduan. Untuk apa? Untuk nafikan hak Anwar menjadi PM sepertimana yg dijanjikan. Sebab itulah, bila Agong nasihatkan beliau agar tidak letak jawatan, orang tua ini keras kepala kerana beliau yakin dapat sokongan majoriti untuk kali ketiga menjadi PM bawah kerajaan perpaduan.

Akhirnya, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran. Rakyat menjadi mangsa akibat pengkhianatan yg berlaku. Hingga hari ini rakyat menderita angkara Mahathir, Muhyiddin, Azmin dan sekutu2 yg lain yang ambil peluang menjadi pengkhianat mandat rakyat.

Justeru itu, hadapilah Mahathir sebagaimana kita hadapi rakan-rakan pengkhiatnya yang lain. Jangan sesekali buat kerja bodoh untuk bawa Mahathir ke dalam PH. Sesiapa pun yang cuba bawa Mahathir, itulah musuh rakyat dan kita akan tentangnya habis-habisan.