RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 19 April 2013

WATIKAH CALON BELUM SELAMAT LAGI?

PETANG semalam KEADILAN Pahang telah umumkan senarai nama calon Dun yang diwakili oleh parti tersebut di Negeri Pahang.  Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman di dalam sidang media yang telah diadakan di kediaman Sdr Ahmad Nizam, Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang yang juga Ketua Cabang Temerloh.

Hampir kesemua calon yang dipilih kelihatan memenuhi kediaman Sdr Nizam di Temerloh petang semalam.  Rata-ratanya berwajah ceria mengepit watikah calon masing-masing dan dikongsi bersama oleh para penyokong yang turut kelihatan ceria.

Difahamkan tidak semua calon yang terpilih itu direstui oleh pimpinan negeri tetapi atas dasar meletakkan disiplin parti lebih utama maka akhirnya negeri akur dengan pilihan Pusat.  Kebijaksanaan pimpinan negeri mengendalikan isu berkenaan calon-calon sebenarnya dapat mengurangkan pertelingkahan yang lebih besar sekurang-kurang tidak seperti apa yang berlaku di dalam rumahtangga umno di Pahang khususnya.  Memang ada pihak yang tidak berpuashati dan perkara ini telah kita maklum lebih awal kerana ianya perkara biasa.  Pimpinan negeri nampaknya telah bersedia untuk menghadapi keadaan sedemikian, apatah lagi pimpinan negeri telah berusaha sedaya upaya menentukan hanya calon yang layak dan mendapat sokongan akar umbi sahaja yang terpilih.

Paling kuat terasa kesan dari pengumuman petang semalam adalah para penyokong di kawasan Muadzam Shah, Lepar, Damak dan juga Batu Talam. Lanchang juga mendapat perhatian.  

Senarai calon yang telah diumumkan anda boleh lihat di dalam blog PKR Pahang.  Tetapi hari ini dikhabarkan ada berita yang panas.  Apakah terdapat perubahan calon mahu pun perubahan kerusi?  Apa yang pasti, semua calon yang telah mendapat watikah semalam belum boleh mengadakan kenduri kesyukuran lagi sebelum pagi esok selepas hari penamaan calon.  Kita tunggu.....

Khamis, 18 April 2013

NAMA-NAMA CALON DUN DARI KEADILAN PAHANG BAKAL DIKETAHUI HARI INI?

ALHAMDULILLAH.  Berita yang aku terima malam tadi sedikit melegakan aku, jika berita itu benar.  Dan aku yakin ianya benar.  Tropicana akhirnya akur bahawa setiap calon yang diturunkan dan disokong oleh Negeri Pahang adalah calon yang cukup dikenali oleh Negeri.

Diberitakan lewat petang nanti kita akan ketahui siapakah calon-calon Dun dari KEADILAN yang akan bertanding di Negeri Pahang.  Sebenarnya terlalu lewat untuk diumumkan, tetapi tidak guna cepat diumumkan sekadar untuk memenuhi kehendak orang lain yang boleh membawa risiko besar kepada parti.  Syabas kepada MPN Pahang yang banyak memberikan kerjasama baik kepada Pusat dan tabik buat Pusat yang masih terbuka untuk menerima teguran dan pandangan.

InsyaAllah, petang nanti kita mungkin dapat tahu siapakah yang bakal 'terkena' untuk memikul beban besar sebagai calon Yang Berhormat.  Tidak semua calon 'perfect' kerana ianya mustahil, tetapi tidak sempurna saeseorang calon itu boleh diterima asalkan bukan seorang pengkhianat, perasuah atau mempunyai moral yang rendah sebagaimana kebanyakan calon-calon Umporno.

Berita ini pasti melegakan penyokong-penyokong dan petugas-petugas di akar umbi yang sehari dua ini 'terencat' sedikit. 

Selasa, 16 April 2013

NEGERI LEBIH KENAL CALON DUN, TROPICANA PERLU REALISTIK BUAT KEPUTUSAN

DIFAHAMKAN perebutan kerusi Parlimen Bera, Pahang sudah selesai apabila PAS Pusat bersetuju untuk menyerahkan Parlimen tersebut kepada KEADILAN melalui calonnya, Sdr Zakaria Abdul Hamid, bekas Pengerusi KEADILAN Pahang yang kini adalah Ahli MPP dan juga Timbalan JPRP.  

Meskipun keputusan PAS Pusat tersebut dianggap 'kontroversi' di mana dikatakan PAS kawasan tetap menaruh minat untuk bertanding di situ, namun bak kata Us Tuan Ibrahim sesiapa sahaja yang menjadi calon tanpa restu PAS Pusat akan dipecat dari keahlian PAS.  Syarat ini juga digunapakai oleh parti KEADILAN dan juga DAP.  Disiplin ahli parti mestilah diletakkan di atas segala-galanya apatah lagi PAS yang selama ini kukuh dan kuat kerana amalan 'Wala'' kepada keputusan parti.

Apakah yang berlaku selepas ini kita tunggu samada terdapat ahli PAS yang tidak lagi menghormati keputusan parti.  KEADILAN sering dianggap tamak haloba kononnya 'mencuri' hak orang.  Peliknya, tamak haloba KEADILAN sehingga melepaskan Bentong kepada DAP dan terlepas juga Dun Ketari yang asalnya mahu diminta oleh KEADILAN?  Begitu juga Dun Damak, KEADILAN 'rela' serah kepada DAP.  Di Pahang, KEADILAN kini sudah kurang satu kerusi Parlimen iaitu Bentong.  Bagaimana 'si tamak' boleh kurang kerusi, sedangkan sepatutnya mestilah kerusi bertambah?

Itu belum dikira 'sedekah' KEADILAN kepada DAP di Gelang Patah dan beberapa kawasan lain.  Ini semua adalah strategi PR berdasarkan keperluan semasa.  Parlimen Bera bukanlah kawasan yang dianggap 'selamat' buat KEADILAN berbanding Temerloh mahupun Jerantut, namun KEADILAN bersedia ditempatkan di situ dan Sdr Zakaria beserta para penyokong dan jenteranya kini telah bersedia untuk bertempur di kawasan yang dahulunya ditandingi oleh PAS melalui Sdr Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK.  Aku yakin kekuatan jentera walaupun baru dibina oleh Sdr Zakaria mampu membuat kejutan kali ini di Bera.  Syabas kepada PAS Pusat yang redha kerusi ini ditandingi oleh KEADILAN kali ini.

Apakah isu kerusi di Pahang selesai sudah?  Pembahagian kerusi di antara PR di Pahang bolehlah dianggap selesai sekarang.  Namun, khabar angin menyebut terdapat beberapa kerusi Dun yang diperuntukkan kepada KEADILAN menjadi 'kontroversi' pula.  Kali ini bukan perebutan di antara PR, tetapi percaturan 'luar biasa' dari pimpinan KEADILAN di luar Pahang yang memungkinkan calon yang telah bersedia untuk bertempur bakal tersingkir.  Jika ini benar-benar berlaku, amat malang sekali kerana sewajarnya calon di kerusi Dun mestilah dipersetujui serta mendapat 'keredhaan' dari pimpinan negeri terlebih dahulu.  Bukankah pimpinan negeri lebih kenal ahli-ahli atau calon di negeri berkenaan?  Tropicana mungkin kurang mengenali calon-calon ini berbanding Negeri.  

Memang benar, sebagai ahli parti kita mesti akur dengan keputusan parti walaupun parti mengambil keputusan meletakkan 'tunggul kayu' sebagai calon.  Tetapi pihak atasan juga jangan mengambil remeh atau mengambil kesempatan di atas kebangkitran rakyat sekarang yang mahu melakukan perubahan, maka sewenang-wenangnya mencatur calon-calon yang mereka mahu.  Aku tidak setuju jika calon yang tidak terpilih bertanding Bebas kerana bagi aku itu khianat kepada parti.  Tetapi aku beranggapan memilih calon yang tidak bekerja dan menolak calon yang telah diakui oleh Negeri calon yang terbaik dan telah melaksanakan kerja, itu juga dikira 'khianat' kepada parti.  

Memang benar, tidak semua pandangan negeri itu betul tetapi cubalah turun ke akar umbi dan siasat sendiri sebelum membuat pilihan dari jauh.  Aku harap pandangan Negeri tidak dipermudahkan kerana di Pahang khususnya Negeri sering akur dan taat kepada Pusat walaupun kadangkala terguris di hati apabila melihat kerusi terlepas.  Kali ini cubalah Pusat pula belajar menghormari pandangan Negeri.  Di Pahang, KEADILAN di dalam merawat 'luka' lama dan janganlah dicipta 'luka' baru yang risikonya bukan sedikit untuk ditanggung.

Ahad, 14 April 2013

TANGISAN JEMAAH MASJID AL-FATAH KUANTAN


Sumber:  Tulisan ini asalnya adalah status di dalam FB rakan aku bernama Chegu Fakhrul Anwar.  Status beliau dipetik oleh Harakah Daily untuk kita kongsi bersama.....
 

 
 
Allahurabbi..rata-rata jamaah Masjid Al-Fatah tadi menangis dengan pengisian khutbah yg disampaikan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man:

1. Sekarang bukan lagi zaman menjadi penyokong, sekarang zaman semua kena menjadi petugas untuk menangkan Islam.

2. Jika ditakdirkan kita tewas, janganlah berasa dukacita diatas kekalahan, tapi berdukacitalah kerana kita tidak menyumbang kepada kemenangan. Yang telah bekerja keras tidak perlu bersedih, kerana itu adalah kehendak Allah.

3. Berilah sumbangan kepada perjuangan memenangkan Islam.

4. Di dalam sebuah peperangan yang sangat penting di zaman Nabi, Nabi menyuruh semua sahabat-sahabat menginfaqkan harta. Saidina Umar menyumbang separuh hartanya, Saidina Abu Bakar menyumbang semua hartanya termasuk jubah yg sedang dipakai, tetapi ada seorang jamaah yg kudung kedua dua tangan dan kakinya, menyumbang segantang kurma, hasil dia mengumpul setelah lama bekerja menjadi hamba mengangkat air dari perigi..

5.Yang kudung kaki dan tangan pon menyumbang untuk Islam, takkan kita setakat jadi penyokong, bila kalah nanti sedih, sedangkan orang lain berjaga sampai lewat pagi untuk gerakerja Islam, dia di rumah menonton tv!

6.Perjuangan ibarat sebuah bangunan.. semuanya saling memerlukan.. siapa yang jadi atap, jangan komplen kepada lantai..yang jadi tangga jangan komplen kepada dinding..yang jadi tiang jangan komplen kepada tingkap..

Sekarang, kita di mana sebenarnya.