RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 1 Ogos 2009

DEMO - SASARAN 100 RIBU TERCAPAI

1,Aug

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam ucapannya di depan peserta himpunan aman, dekat perhentian bas di sebelah Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Abdul Rahman menggesa kerajaan memansuhkan segera akta zalim ISA, lapor harakahdaily.

Beliau menganggarkan jumlah kehadiran demonstrasi yang menggesa ISA dimansuhkan itu sudah mendekati 100,000 orang, angka yang menjadi sasaran pihak penganjur.

"Kehadiran orang ramai pada hari ini, meskipun disekat pihak polis, menjadi saksi bahawa kemarahan rakyat terhadap akta zalim ISA tidak boleh dibendung lagi. Tiada pilihan buat kerajaan BN melainkan memansuhkan segera akta drakonian ini," tegasnya, disambut laungan takbir dan sorakan reformasi.

Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dijangka akan berucap sama, antaranya Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Perarakan ke Dataran Merdeka dan Istana Negara dilihat sudah mengambil jalan alternatif, iaitu melalui Jalan Sultan Ismail, bukan lagi Jalan Tuanku Abdul Rahman yang kini menjadi medan untuak anggota FRU melepaskan gas pemedih mata.

Meskipun pihak polis mengerahkan kekuatan maksimum, melalui serangan gas pemedih mata dan pukulan belantan, untuk melumpuhkan semangat peserta himpunan aman, namun ia tidak berjaya mengendurkan semangat orang ramai bagi mendesak ISA dimansuhkan

Peserta demonstrasi terpaksa mencari perlindungan di sekitar bangunan kedai dan kompleks perniagaan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Beberapa kompleks membeli-belah utama seperti Sogo ditutup sepenuhnya.

Sebelum itu, ketika berucap kepada peserta himpunan, beberapa pimpinan muda Pakatan Rakyat seperti Salahudin Ayub, Tian Chua dan Pengerusi Gerakan Mansuh ISA, Syed Ibrahim Syed Noh mengecam pendekatan keras dan ganas pihak polis yang menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan demonstrasi.

Mereka turut menuntut ISA dimansuhkan segara dan Kem Tahanan Kamunting ditutup. "Rakyat hari ini sudah menunjukkan protes dan amarah mereka terhadap akta yang memakan korban yang tidak berdosa ini," kata Salahudin.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah ditahan polis sebentar tadi. Naib Presiden Pas Mahfuz Omar, Adun Batu Buruk Syed Azman, Adun Kota Damansara Naser Hashim dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua berada di Sogo. /Greenboc.blogspot

DEMO - LEBIH 20 RIBU PENYOKONG ANTI ISA BERHIMPUN

20,000 sertai perhimpunan anti-ISA
Ogos 1, 09 11:05am
Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibunegara hari ini untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan mereka di kompleks membeli belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Mereka mula berkumpul jam 2 petang di tempat-tempat berkenaan dan anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang bertindak meleraikan orang ramai, termasuk menangkap, melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air.

Polis bertindak menutup semua jalan menuju ke pusat bandar dan ke Istana Negar sejak awal pagi lagi.

Bagaimanapun, GMI gagal menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang pro-ISA gagal menyerahkan memorandum kepada istana.

Perhimpunan itu berakhir pada jam 3.45 petang selepas pemimpin Pakatan Rakyat meminta mereka bersurai selepas berucap di ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Dipercayai hampir 200 orang ditahan. Berikut adalah rentetan peristiwa perkembangan hari ini.

4.02pm Polis melepaskan dua tembakan gas pemedih mata dan tembakan meriam air ke arah penyokong anti-ISA di hadapan ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut ketika mereka sedang bersurai.

3.38pm Timbalan Pengerusi 11 Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dihalang di depan Public Bank Jalan Tun Sambathan pada jam 2.45 petang tadi daripada ke Istana Negara untuk serah memorandum.

3.45pm Kira-kira 5,000 penentang akta ISA yang berkumpul di atas jalan di depan ibu pejabat PAS diminta bersurai selepas mendengar ucapan pemimpin pembangkang, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh popular Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Mahfuz Omar.

Semua pemimpin kanan Pakatan Rakyat berada di dalam bangunan ibu pejabat PAS sekarang - dijangka akan mengadakan sidang media.
3.38pm Timbalan Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dihalang di depan Public Bank di Jalan Tun Sambathan pada jam 2.45 petang tadi daripada meneruskan perjalanan ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum./Malaysiakini

TERKINI DEMO 4.02 PTG - IBU PEJ PAS DISERANG GAS PEMEDIH MATA?

Polis tembak gas pemedih mata di depan ibupejabat PAS
Ogos 1, 09 11:05am
4.02pm Polis melepaskan dua tembakan gas pemedih mata dan tembakan meriam air ke arah penyokong anti-ISA di hadapan ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut ketika mereka sedang bersurai.

3.38pm Timbalan Pengerusi 11 Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dihalang di depan Public Bank Jalan Tun Sambathan pada jam 2.45 petang tadi daripada ke Istana Negara untuk serah memorandum.

3.45pm Kira-kira 5,000 penentang akta ISA yang berkumpul di atas jalan di depan ibu pejabat PAS diminta bersurai selepas mendengar ucapan pemimpin pembangkang, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh popular Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Mahfuz Omar.

Semua pemimpin kanan Pakatan Rakyat berada di dalam bangunan ibu pejabat PAS sekarang - dijangka akan mengadakan sidang media.
3.38pm Timbalan Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dihalang di depan Public Bank di Jalan Tun Sambathan pada jam 2.45 petang tadi daripada meneruskan perjalanan ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum.

3.35pm Kira-kira 5,000 berhimpun di depan ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut. Mereka duduk di atas jalan, dipercayai untuk menghalang kenderaan polis ke situ. Mereka turut melaungkan 'Mansuhkan ISA'.

3.30pm Ratusan orang kelihatan bergerak menuju ke arah bangunan ibupejabat PAS. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ikut sama.

3.29pm: Manakala dua penyokong anti-ISA dapat melepasi kawalan polis untuk sampai ke Istana Negara tetapi kemudiannya ditahan polis

3.25pm Tinggal 100 orang kelihatan berlegar di kawasan masjid negara. Juga kelihatan beberapa anggota polis sahaja di situ. Sebelum ini polis melepaskan tembakan meriam air.

3.20pm Sebelum itu, stesen LRT Bandaraya dekat Sogo telah ditutup. Turut ditutup ialah stesen LRT Masjid Jamek dan Pasar Seni.

3.05pm Polis menembak gas pemedih mata lagi ke arah sekumpulan orang yang berhimpun semula berdekatan Sogo.

3pm
Polis melepas tembakan meriam air ke arah kira-kira 300 orang yang berkumpul semula dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

2.53pm Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub di kompleks Pertama, depan Sogo.

2.53pm Pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan berkumpul di Masjid Negara dahulu sebelum bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan "deklarasi rakyat".

2.50pm
Asap gas pemedih mata kelihatan berkepul-kepul selepas ditembak untuk menyuraikan kumpulan penentang ISA.

2.42pm
Kumpulan dari arah Sogo yang bergerak di sepanjang Jalan Raja Laut ditembak gas pemedih mata.

2.41pm
Polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan meriam untuk menyuraikan perhimpunan di bulatan dekat Bank Negara.

2.39pm Kumpulan dari arah Sogo menuju sepanjang Jalan Raja Laut ke arah Dataran Merdeka selepas berhimpun dan mendengar ucapan ringkas.

2.37pm
Polis melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata ke arah lebih 2,000 penentang ISA bersama pemimpin PAS Dr Hatta Ramli di bulatan dekat Bank Negara.

2.33pm
Orang ramai merempuh polis untuk ke dataran ikut belakang. Kira-kira 200 terlepas bersama Dr Hatta Ramli.

2.30pm Saksi-saksi menganggarkan hampir 10,000 berkumpul dekat Sogo, simpang jalan Dang Wangi dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Pemimpin GMI menyampaikan ucapan dan membacakan deklarasi rakyat mendesak ISA dimansuhkan. Pemimpin PKR Tian Chua dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kelihatan di sini.

2.22pm Mereka yang berarak dari Masjid Negara menukar haluan ke Padang Merbok./Malaysiakini

TERKINI 3.05 - ANWAR, KIT SIANG DI DEPAN SOGO

Anwar, Kit Siang di Pertama
Ogos 1, 09 11:05am
3.05pm Polis menembak gas pemedih mata lagi ke arah sekumpulan orang yang berhimpun semula berdekatan Sogo.

3pm Polis melepas tembakan meriam air ke arah kira-kira 300 orang yang berkumpul semula dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

2.53pm Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub di kompleks Pertama, depan Sogo.

2.53pm Pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan berkumpul di Masjid Negara dahulu sebelum bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan "deklarasi rakyat".

2.50pm
Asap gas pemedih mata kelihatan berkepul-kepul selepas ditembak untuk menyuraikan kumpulan penentang ISA.

2.42pm
Kumpulan dari arah Sogo yang bergerak di sepanjang Jalan Raja Laut ditembak gas pemedih mata.

2.41pm
Polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan meriam untuk menyuraikan perhimpunan di bulatan dekat Bank Negara.

2.39pm Kumpulan dari arah Sogo menuju sepanjang Jalan Raja Laut ke arah Dataran Merdeka selepas berhimpun dan mendengar ucapan ringkas.

2.37pm
Polis melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata ke arah lebih 2,000 penentang ISA bersama pemimpin PAS Dr Hatta Ramli di bulatan dekat Bank Negara.

2.33pm
Orang ramai merempuh polis untuk ke dataran ikut belakang. Kira-kira 200 terlepas bersama Dr Hatta Ramli.

2.30pm Saksi-saksi menganggarkan hampir 10,000 berkumpul dekat Sogo, simpang jalan Dang Wangi dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Pemimpin GMI menyampaikan ucapan dan membacakan deklarasi rakyat mendesak ISA dimansuhkan. Pemimpin PKR Tian Chua dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kelihatan di sini.

2.22pm Mereka yang berarak dari Masjid Negara menukar haluan ke Padang Merbok.

2.20pm Polis menembak gas pemedih mata bagi meleraikan lebih 2,000 orang yang berhimpun di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

2.15pm Hampir 2,000 berkumpul di hadapan Panggung Colesium di Jalan Tuanku Abdul Rahman bersorak 'Mansuhkan ISA' dan bertakbir. Mereka datang dari arah Dataran Merdeka menuju ke Sogo./Malaysiakini

TERKINI - GAS PEMEDIH MATA DAN ANWAR DI SOGO

DS Anwar tiba di Sogo

Gas pemedih mata berhamburan
Ogos 1, 09 11:05am
2.53pm Pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan berkumpul di Masjid Negara dahulu sebelum bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan "deklarasi rakyat".

2.50pm Asap gas pemedih mata kelihatan berkepul-kepul selepas ditembak untuk menyuraikan kumpulan penentang ISA.

2.42pm Kumpulan dari arah Sogo yang bergerak di sepanjang Jalan Raja Laut ditembak gas pemedih mata.

2.41pm Polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan meriam untuk menyuraikan perhimpunan di bulatan dekat Bank Negara.

2.39pm Kumpulan dari arah Sogo menuju sepanjang Jalan Raja Laut ke arah Dataran Merdeka selepas berhimpun dan mendengar ucapan ringkas.

2.37pm Polis melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata ke arah lebih 2,000 penentang ISA bersama pemimpin PAS Dr Hatta Ramli di bulatan dekat Bank Negara.

2.33pm Orang ramai merempuh polis untuk ke dataran ikut belakang. Kira-kira 200 terlepas bersama Dr Hatta Ramli.

2.30pm Saksi-saksi menganggarkan hampir 10,000 berkumpul dekat Sogo, simpang jalan Dang Wangi dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Pemimpin GMI menyampaikan ucapan dan membacakan deklarasi rakyat mendesak ISA dimansuhkan. Pemimpin PKR Tian Chua dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kelihatan di sini.

2.22pm Mereka yang berarak dari Masjid Negara menukar haluan ke Padang Merbok.

2.20pm Polis menembak gas pemedih mata bagi meleraikan lebih 2,000 orang yang berhimpun di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

2.15pm Hampir 2,000 berkumpul di hadapan Panggung Colesium di Jalan Tuanku Abdul Rahman bersorak 'Mansuhkan ISA' dan bertakbir. Mereka datang dari arah Dataran Merdeka menuju ke Sogo.

2.10pm Pewaris membatalkan perarakan ke Istana Negara tetapi tetap berkumpul di Pasar Seni. Mereka akan menghantar memorandum ke istana menggunakan kenderaan.

2.10pm Polis membuat benteng tangan untuk menghalang lebih 1,000 orang berarak ke arah Dataran Merdeka.

2.01pm Di Masjid Negara, polis membuat tangkapan sehingga berlaku pergelutan hingga ada yang koyak baju. Kira-kira 2,000 sedang berjalan menuju ke Dataran Merdeka.

1.50pm: Polis mengarahkan orang ramai di Masjid Jamek supaya bersurai selepas mereka selesai solat Zuhur./Malaysiakini

DEMO TERKINI - OKU JUGA DITANGKAP

Polis telah menyekat beberapa jalan utama ke pusat bandaraya Kuala Lumpur, untuk menghalang perhimpunan Pro-ISA dan Anti-ISA yang akan diadakan pada tengah hari ini. Berikut adalah perkembangan terkini.

1410 Di Istana Negara, sebutir gas pemedih terjatuh, menyebabkan polis terpaksa menjauhkan diri.1405 Di Istana Negara, FRU mengarahkan wartawan untuk berselindung di belakang trak FRU.1400 Polis menembak kira-kira 10 das gas pemedih mata untuk menyuraikan hampir 500 orang dari Masjid Jamek.

Di SOGO, kira-kira 500 orang berkumpul melaungkan "Hidup Rakyat."1340 Polis menyerbu ke dalam SOGO dan menangkap seorang lelaki yang memakai lencana Mansuhkan ISA.1330 Seorang OKU (orang kurang upaya) ditahan di Masjid Negara, setelah polis mendapati baju "Mansuhkan ISA" dalam bagnya. OKU tersebut enggan ditangkap, mencetus ketegangan apabila polis menolak OKU dan wartawan sehingga terjatuh.

1255 Pintu besar SOGO ditutup.1250 Norlaila Othman, aktivis Gerakan Masuhkan ISA, juga isteri tahanan ISA, Mat Sah Satray telah ditangkap Pertama Kompleks, berdekatan Sogo. Kini di trak FRU ke balai polis Cheras.Polis mula menyekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di depan SOGO. Sementara itu, lokasi perhimpunan Pro-ISA di Padang Merbok kekosongan. 1226 Peguam dari Pusat Bantuan Guaman, Puspawati Rosman yang mengedar risalah di kawasan berhampiran Majid Jamek telah ditahan. Bagaimanapun, Puspawati dibebaskan kemudian setelah polis meneliti kandungan risalah tersebut.

1218 17 tangkapan lagi di kawasan berhampiran Masjid Jamek dan Sogo. Bilangan tangkapan mencecah 103 orang.1215 13 orang lagi ditangkap di Pasar Seni.1211 11 orang ditangkap di Bazaar berhampiran Masjid Jamek. Pihak polis memberi arahan untuk menangkap sesiapa yang memakai lencana Mansuhkan ISA.1200 11 orang ditangkap di Dataran Merdeka. Angka penangkapan melonjak ke sekurang-kurang 62 orang.

1140 Gas pemedih mata ditembak di Dataran Merdeka. Namun demikian, dilaporkan tiada orang awam berhimpun di situ. Ini menyebabkan beberapa anggota polis terpaksa melarikan diri sambil menutup hidung.1133 Lagi seorang ditangkap di stesen LRT Masjid Jamek.1130 Lima orang pemuda yang berumur kira-kira 20 tahun ditangkap di stesen LRT Masjid Jamek. Angka penangkapan ini mencecah 50 orang. Polis dilaporkan sedang memeriksa bag penumpang LRT dan memberi amaran kepada orang ramai yang ingin menyertai perhimpunan agar tidak berbuat demikian.

Di SOGO, polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan. Dilaporkan juga seandainya lebih 5 orang berkumpul, polis akan terus menyerbu.1125 Menurut seorang SB (special branch), tenaga polis dari Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka telah dikerah untuk menggagalkan perhimpunan pada hari ini. Menurutnya, polis akan membuat sekatan di setiap hujung jalan untuk memastikan orang ramai gagal sampai ke Istana Negara.1120 Dua orang lagi ditangkap di Pasar Seni.

Angka penangkapan kini melonjak ke sekurang-kurang 45 orang!1100 Wartawan merdekareview yang membuat liputan di Masjid Negara melaporkan, 5 atau 6 orang lelaki berkopiah telah ditangkap di Masjid Negara. Angka penangkapan melonjak ke sekurang-kurang 43 orang.1059 Dua orang ditangkap di Pasar Seni, membuatkan angka penangkapan bertambah kepada 38.1044 Menurut Suaram, 36 orang telah ditangkap, termasuk 13 orang unit amal dari Perak dan seorang dari Melaka. 14 orang yang ditangkap di KL Sentral ini kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur.

Selain itu, 22 orang telah ditangkap Masjid Negara, dan dihantar ke IPD Cheras.Senarai nama 13 orang unit amal. 1. Shahrul Iman Mohd Salleh
2. Ikhwan Ikram
3. Ahmad Adbul Wahab Abdul Rahman
4. Kamal Nadhir Kadeni
5. Abu Ubaidah Jalaluddin
6. Mohammad Sholihin Mat Salleh
7. Faizuddin Hazman Kadine
8. Saad Musa
9. Mohammad Helmi Hassan
10. Mohammad Hafizuddin Mohd Ghazali
11. Mohd Lokman Ahmad Mawi
12. Mohd Fadzil Jan Jam
13. Shamsul Anuar Nordin

0925 ADUN Teja, Perak Chang Lih Kang berjaya merentasi halangan polis selepas dihalang di Tapah. Beliau tetap tidak mahu ke balai polis. Setelah berunding dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tapah, beliau berjaya meneruskan perjalanan ke KL.0830 Beberapa jalan raya utama ke arah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur telah disekat. Jalan Syed Putra disekat di persimpangan jalan masuk ke Brickfield.0820 ADUN Teja, Perak Chang Lih Kang dihalang di Tap ah dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan menentang ISA. Polis menghalang Chang dengan alasan untuk menyiasat "buletin Gopeng" yang terdapat dalam kereta beliau.0800 FRU dilihat berkumpul di bangunan Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor./Malaysia-today

TERKINI 2.33 - AKHIRNYA GUNA GAS


Polis tembak gas pemedih mata
Ogos 1, 09 11:05am
2.33pm Orang ramai merempuh polis untuk ke dataran ikut belakang. Kira-kira 200 terlepas bersama Dr Hatta Ramli.

2.22pm Mereka yang berarak dari Masjid Negara menukar haluan ke Padang Merbok.

2.20pm Polis menembak gas pemedih mata bagi meleraikan lebih 2,000 orang yang berhimpun di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

2.15pm Hampir 2,000 berkumpul di hadapan Panggung Colesium di Jalan Tuanku Abdul Rahman bersorak 'Mansuhkan ISA' dan bertakbir. Mereka datang dari arah Dataran Merdeka menuju ke Sogo.

2.10pm Pewaris membatalkan perarakan ke Istana Negara tetapi tetap berkumpul di Pasar Seni. Mereka akan menghantar memorandum ke istana menggunakan kenderaan.

2.10pm Polis membuat benteng tangan untuk menghalang lebih 1,000 orang berarak ke arah Dataran Merdeka.

2.01pm Di Masjid Negara, polis membuat tangkapan sehingga berlaku pergelutan hingga ada yang koyak baju. Kira-kira 2,000 sedang berjalan menuju ke Dataran Merdeka.

1.50pm: Polis mengarahkan orang ramai di Masjid Jamek supaya bersurai selepas mereka selesai solat Zuhur.

1.46pm: Kira-kira 1,000 berada di Masjid Negara, termasuk Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan AJK PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman juga kelihatan di situ.

Sekurang-kurangnya 25 orang ditahan.

1.46pm:
Ketua Pemuda PKR Batu, Rozan Azen Mat Rasip ditahan polis dekat Sogo.

1.45pm:
Dua gadis, yang berpakaian agak menjolok mata, masuk ke perkarangan ke Istana Negara kira-kira 1.30 petang - dan terus mencuri tumpuan media dan polis yang bertugas.

1.34pm:
Setengah jam menjelang saat-saat perarakan ke Istana Negara, sekurang-kurangnya 10 ditahan di Nasjid Negara.

1.33pm: Menurut polis Kuala Lumpur, empat buah bas yang dipercayai membawa penyokong untuk menghadiri perhimpunan isu ISA ditahan engah hari ini, lapor laman web Utusan Malaysia.

Kesemua bas sewa khas itu dipercayai datang dari Terengganu.

1.26pm:
Dua lelaki, dalam lingkungan 30-an dan 50-an, ditahan kerana membawa lambang anti-ISA. Polis juga mengadakan pemeriksaan rambang terhadap mereka yang memasuki masjid.

Lelaki tua itu, yang membawa baju mansuhkan ISA, menangis sewaktu ditahan. Azan solat Zohor berkumandang.

1.25pm:
Semakin ramai berkumpul di Masjid Negara - sekarang mereka kini berjumlah kira-kira 500 orang.

1.20pm Lapan lelaki ditahan dekat kompleks membeli-belah Sogo.

1.15pm Menurut polis Kuala Lumpur, kira-kira 200 sudah ditahan dalam percubaan terlibat dalam demonstrasi besar anti-ISA ke Istana Negara.

1.05pm:
Semakin ramai berkumpul di Masjid Negara sejak sejam lalu - mereka bergerak perlahan-lahan dari stesen lama keretapi. Kira-kira 200 orang kini berada di dalam dan luar masjid.

12.50pm:
Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) depan Sogo menuju ke Dataran Merdeka sejauh kira-kira 1.8 km ditutup.

12.47 pm: Masjid Jamek ditutup kepada orang ramai. Hanya anggota polis boleh masuk./Malaysiakini

TERKINI - SORAKAN TAKBIR BERGEMA MENUJU KE SOGO

Kemaskini: 2,000 berarak, gas pemedih mata mula ditembak

01 Aug 2009 12:23PM

- Hampir 2,000 berkumpul di hadapan Panggung Colesium di Jalan Tuanku Abdul Rahman bersorak 'Mansuhkan ISA' dan bertakbir. Mereka datang dari arah Dataran Merdeka menuju ke Sogo.

- Polis membuat benteng tangan untuk menghalang lebih 1,000 orang berarak ke arah Dataran Merdeka.

- Di Masjid Negara, polis membuat tangkapan sehingga berlaku pergelutan hingga ada yang koyak baju. Kira-kira 2,000 sedang berjalan menuju ke Dataran Merdeka.

1.50pm: Polis mengarahkan orang ramai di Masjid Jamek supaya bersurai selepas mereka selesai solat Zuhur.

- Dr Hatta Ramli, dan Dr. Zul dari PAS sedang berjalan menuju Masjid Negara.

- Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Muhammad Sabtu Osman hampir 200 orang telah ditahan sejak pagi tadi.

- Masjid Jamek ditutup kepada orang ramai. Hanya anggota polis dibenarkan masuk.

- Jumlah tangkapan di sekitar Sogo ialah 17 orang. Jumlah keseluruhan yang ditahan polis sekitar lokasi berkumpul kumpulan anti ISA sehingga ini 67 orang./KL Post

TERKINI JAM 1.46 - LELAKI TUA MENANGIS DITAHAN

Lelaki menangis ditahan polis
Ogos 1, 09 11:05am
1.46pm: Kira-kira 1,000 berada di Masjid Negara, termasuk Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan AJK PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman juga kelihatan di situ.

Sekurang-kurangnya 25 orang ditahan.

1.46pm: Ketua Pemuda PKR Batu, Rozan Azen Mat Rasip ditahan polis dekat Sogo.

1.45pm: Dua gadis, yang berpakaian agak menjolok mata, masuk ke perkarangan ke Istana Negara kira-kira 1.30 petang - dan terus mencuri tumpuan media dan polis yang bertugas.

1.34pm: Setengah jam menjelang saat-saat perarakan ke Istana Negara, sekurang-kurangnya 10 ditahan di Nasjid Negara.

1.33pm: Menurut polis Kuala Lumpur, empat buah bas yang dipercayai membawa penyokong untuk menghadiri perhimpunan isu ISA ditahan engah hari ini, lapor laman web Utusan Malaysia.

Kesemua bas sewa khas itu dipercayai datang dari Terengganu.

1.26pm: Dua lelaki, dalam lingkungan 30-an dan 50-an, ditahan kerana membawa lambang anti-ISA. Polis juga mengadakan pemeriksaan rambang terhadap mereka yang memasuki masjid.

Lelaki tua itu, yang membawa baju mansuhkan ISA, menangis sewaktu ditahan. Azan solat Zohor berkumandang.

1.25pm: Semakin ramai berkumpul di Masjid Negara - sekarang mereka kini berjumlah kira-kira 500 orang.

1.20pm Lapan lelaki ditahan dekat kompleks membeli-belah Sogo.

1.15pm Menurut polis Kuala Lumpur, kira-kira 200 sudah ditahan dalam percubaan terlibat dalam demonstrasi besar anti-ISA ke Istana Negara.

1.05pm: Semakin ramai berkumpul di Masjid Negara sejak sejam lalu - mereka bergerak perlahan-lahan dari stesen lama keretapi. Kira-kira 200 orang kini berada di dalam dan luar masjid.

12.50pm: Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) depan Sogo menuju ke Dataran Merdeka sejauh kira-kira 1.8 km ditutup.

12.47 pm: Masjid Jamek ditutup kepada orang ramai. Hanya anggota polis boleh masuk.

12.40pm: Menurut seorang saksi, tidak ramai orang di Padang Merbok, salah satu tempat perhimpunan bagi kumpulan pro-ISA. Tiga trak polis kelihatan di situ, Menurut seorang pegawai cawangan khas, kumpulan pro-ISA mungkin hanya berkumpul di Pasar Seni.

12.37pm: Polis juta menguna unit anjing di Dataran Merdeka. Sekurang-kurangnya dua anjing polis dilihat di situ.

12.35pm: Seorang peguam, Puspawati Rosman, dari Pusat Bantuan Guaman ditahan di luar pusat tersebut di Jalan Jalan Tun Perak, dekat Masjid Jamek.

Dipercaya Puspawati (kiri) ditahan kerana mengedar risalah mennjelaskan hak mereka yang ditahan.

12.31pm Kira-kira 20 penyokong anti-ISA masuk ke dalam Masjid Negara.

12.30pm Kira-kira 10 orang termasuk dua wanita, ditahan di kawasan Masjid India.

12.27pm Jumlah tangkapan di sekitar kompleks membeli belah SOGO ialah 17 orang. Jadi jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 67 orang./Malaysiakini

TERKINI - PEMIMPIN MUSLIMAT PAS DITAHAN

Aktivis GMI ditahan di Sogo
Ogos 1, 09 1:10pm
Beberapa penggerak utama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) ditahan di kompleks membeli-belah Sogo dalam percubaan mereka berhimpun sebelum berarak ke Istana Negara mulai 2 petang.

Norlaila Othman, ahli jawatankuasa GMI, dan seorang aktivis bersama NGO itu Narshita Mohd Nor ditahan bersama pemimpin Muslimat PAS Aiman Athirah al-Jundi.

Mereka dibawa di dalam sebuah trak dari kompleks membeli-belah itu menuju suatu tempat yang tidak dapat dipastikan.

Menurut polis Kuala Lumpur, kira-kira 200 orang sudah ditahan di beberapa tempat di tengah bandar dalam percubaan menganjurkan demonstrasi besar membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri./Malaysiakini

TERKINI JAM 1235 - SEORANG PEGUAM DITAHAN

12.35pm: Seorang peguam dari Pusat Bantuan Guaman ditahan di luar pusat tersebut di Jalan Jalan Tun Perak, dekat Masjid Jamek.

12.30pm Kira-kira 10 orang termasuk dua wanita, ditahan di kawasan Masjid India.

12.27pm Jumlah tangkapan di sekitar kompleks membeli belah SOGO ialah 17 orang. Jadi jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 67 orang./Malaysiakini

TERKINI DEMO ISA - JAM 1227, TANGKAPAN MENGGILA

12.27pm Jumlah tangkapan di sekitar kompleks membeli belah SOGO ialah 17 orang. Jadi jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 67 orang.

12.20pm dua lagi itangkap di sekitar kompleks membeli belah SOGO menjadi 16 orang ditahan setakat ini. Jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 66 orang.

12.15pm Tiga lagi ditangkap di sekitar kompleks membeli belah SOGO menjadi 14 orang ditahan setakat ini. Jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 64 orang.

12.10pm Jumlah mereka yang ditangkap di Pasar Seni kini meningkatkan kepada 14 orang. Jumlah keseluruhan yang ditahan setakat ini ialah 64 orang.

12.05pm Empat lagi ditahan di Sogo - menjadikan 11 orang ditahan setakat ini di perkarangan kompleks membeli belah itu. Jumlah keseluruhan yang ditahan setakat ini ialah 58 orang.

TERKINI JAM 12.10 - TANGKAPAN BERTAMBAH

12.10pm Jumlah mereka yang ditangkap di Pasar Seni kini meningkatkan kepada 14 orang. Jumlah keseluruhan yang ditahan setakat ini ialah 64 orang.

12.05pm Empat lagi ditahan di Sogo - menjadikan 11 orang ditahan setakat ini di perkarangan kompleks membeli belah itu. Jumlah keseluruhan yang ditahan setakat ini ialah 58 orang.

11.50am Tujuh lagi penyokong perhimpunan ISA ditahan di perkarangan kompleks membeli belah SOGO - menjadi 58 orang ditahan setakat ini.

11.45am Seorang lagi ditahan di Pasar Seni, menjadi jumlah mereka yang ditahan setakat ini meningkatkan 51 orang. Kira-kira 100 orang penyokong anti-ISA kelihatan berkumpul di stesen KTM berhampiran Masjid Negara.

11.40am Jumlah mereka yang ditangkap di Pasar Seni meningkat kepada lapan orang, manakala enam lagi ditahan di kawasan Masjid Jamek./Malaysiakini

TERKINI - FOTO TANGKAPAN DEMO ISA

Tangkapan meningkat menjelang perhimpunan anti-ISA
Ogos 1, 09 11:05am
kemaskini 11.40am Jumlah mereka yang ditangkap di Pasar Seni meningkat kepada lapan orang, manakala enam lagi ditahan di kawasan Masjid Jamek.

Pagi tadi polis menahan 36 orang - 14 anggota Unit Amal PAS dan 22 lagi di Masjid Negara dan tiga lagi di Pasar Seni.

Menurut Suaram, 14 14 anggota Unit Amal PAS itu - 13 dari Perak dan seorang dari Melaka - yang datang untuk membantu mengawal keselamatan di perhimpunan. ditahan pada kira-kira jam 7 pagi ketika tiba di stesen KL Sentral.

Manakala 22 orang lagi ditahan di Masjid Negara.

Menurut Wong lagi, anggota Unit Amal yang ditahan itu dibawa ke ibupejabat polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Manakala 22 orang yang ditahan di Masjid Negara, dihantar ke ibupejabat polis Cheras dengan dua trak polis.

Manakala tiga lagi ditahan di Pasir Seni pada kira-kira jam 11 pagi ini./Malaysiakini

[Berita lanjut menyusul]

KL GAWAT - FOBIA DENGAN WARNA BAJU

Polis mula tahan orang awam yang disyaki mahu sertai himpunan Mansuh ISA

Oleh Izwan Abdul Halim
Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) - Polis telah memulakan tangkapan ke atas orang awam yang disyaki akan menyertai demonstrasi aman Himpunan Mansuh ISA bagi menyerahkan memorandum memansuhkan ISA walaupun himpunan rasmi belum bermula.

Harakahdaily dimaklumkan, tangkapan telah bermula sejak petang semalam. Menurut sumber, mana-mana orang awam yang dilihat memakai atau membawa identiti berkaitan himpunan telah ditahan oleh pihak polis.

Sementara itu, seorang aktivis dari Kedah yang hanya mahu dikenali sebagai Mat Nor, 27, memaklumkan bahawa tangkapan juga sedang berlaku di Masjid Negara.

Ujarnya, beliau melihat pihak Unit Simpanan Persekutuan telah ada mengawal perkarangan masjid sejak sebelum subuh lagi. Walaubagaimanapun, sejak jam 7.30 pagi tadi pihak polis telah bertindak menangkap orang awam di sekitar masjid tersebut yang memakai identiti sebagai peserta himpunan.

Malah menurutnya, pihak polis turut bertindak menutup pagar masjid selain sekatan ketat dilaluan berhampiran. katanya lagi, pihak polis juga menangkap golongan muslimat dan para peniaga yang dilihat mempunyai kaitan dengan perhimpunan.

Sementara itu, sumber dari staf Transit Aliran Ringan (LRT) memaklumkan, perkhidmatan LRT akan berjalan seperti biasa, bagaimanapun mulai jam 10.00 pagi, LRT tidak akan berhenti di beberapa stesyen antaranya Masjid Jamek, Bandaraya dan Plaza Rakyat. Pun begitu, ianya bergantung kepada perubahan semasa./wann_

DEMO ISA HARI INI - SEKATAN POLIS CABARAN BUAT PEJUANG KITA

Sekatan jalan raya, 15 trak FRU, 4 trak meriam air di hadapan Istana Negara
Wan Nordin Wan Yaacob
Sat | Aug 01, 09 | 8:44:03 am MYT


KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) - Tanggal 1 Ogos adalah hari yang dijanjikan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang disertai lebih 80 NGo dan parti politik untuk mengadakan himpunan aman menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim.

GMI memberi jaminan dan semalam sekali lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub memberi jaminan akan himpunan hari ini bakal berlaku secara aman, namun kelibat ribuan anggota FRU sudah mula kelihatan mengawal lokasi himpunan.

Sejak semalam lagi sekatan jalan raya telah dilakukan polis di beberapa batang jalan menyebabkan kesesakan lalulintas, malah pengangkutan awam seperti LRT, komuter dan bas juga turut sesak dengan penumpang yang tidak mahu menaiki kereta bagi mengelak kesesakan.

Sementara di Seremban, sejak jam 6.00 pagi, polis telah mengadakan sekatan jalan raya di hadapan Muzium Negeri (jalan menuju ke Lebuh Raya Seremban Kuala Lumpur).

Penulis yang menaiki bas pada jam 6.30 pagi terpaksa menghadapi kesesakan hanya kerana sekatan yang dibuat polis di hadapan Muzium Negeri.

Tiba di Kuala Lumpur, perjalanan masih lancar pada jam 7.20 pagi di Tol Sungai Besi, namun sebaik melepasi Kem Tentera Udara Sungai Besi, susur masuk ke Jalan Istana mula sesak kerana sekatan jalan raya.

Sebaik tiba di hadapan Istana Negara, 15 trak FRU dan empat trak meriam air telah ditempatkan dengan lebih 300 anggota FRu serta polis berpakaian preman selain pegawai cawangan khas (SB).

Sementara di Masjid Jamek, kira-kira 50 anggota polis beruniform dan antara 20 SB mula mundar-mandir memerhatikan setiap langkah dan kelibat manusia yang lalu di situ.

Begitu juga di hadapan Sogo dan Pertama, polis sudah mula mengawal dan memerhati gerak-geri orang ramai termasuk ada beberapa orang awam yang memakai baju hitam merah disoal siasat.

Himpunan akan bermula pada jam 2.00 petang, ramai pihak yang meramalkan kesesakan bakal berlaku kerana sekatan jalan raya, sementara seperti sebelum ini iaitu dalam himpunan Bersih 2007, pengangkutan awam seperti LRT Star dan Putra bakal dikawal penuh oleh polis menjelang jam 1.00 petang./wann _

PERHIMPUNAN ISA - MENGAPA KL MENJADI GAWAT?

Perhimpunan ISA: Laluan utama ke KL ditutup

Sumber Malaysiakini

Beberapa laluan utama menghala ke Kuala Lumpur ditutup hari ini bagi menyekat penyokong kumpulan yang membantah dan juga
menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) daripada meneruskan niat mereka mengadakan perhimpunan masing-masing.

Menurut jurucakap polis trafik Kuala Lumpur, antara jalan yang ditutup sejak 8 pagi termasuk laluan di kedua-dua hala Lebuhraya Seremban-Sungai Besi, Jalan Kelapa Gading, Jalan Mahameru, Dataran Merdeka, Jalan Travers dan jalan-jalan
berhampiran Istana Negara.

"Ada berlaku kesesakan tetapi tidak kritikal. Mungkin kerana hari ini ramai yang tidak bekerja," katanya.

Polis telah ditempatkan di lokasi strategik bagi mengawal lalu lintas, lapor Bernama.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang membantah undang-undang itu, dan Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) yang mahu ISA dikekalkan, merancang mengadakan perhimpunan di ibu negara hari ini bagi menyatakan pandangan mereka berhubung perkara itu.

HARI INI - CUKUPLAH AKTA ISA MENGGANAS


Syed Ibrahim: Cukuplah 49 tahun ISA mengganas PDF Print
Saturday, 01 August 2009 03:25

"Tahun ini, usia ISA masuk 49 tahun, cukuplah setakat itu akta tersebut digunakan ke atas rakyat Malaysia," kata Syed Ibrahim ketika memulakan sidang akhbar di bangunan Pejabat Agung PAS petang semalam.

Norlaila Othman, Harakah

"Pergi jahanam dengan GMI", tajuk berita dari M-Star dan "Umat Islam diharamkan menyertai himpunan jalanan", dari Berita Harian adalah dua bentuk provokasi dan ancaman yang dikeluarkan oleh media arus perdana menjelang Himpunan Aman MANSUH, esok 1 Ogos.

Sesiapa saja yang membaca berita-berita tersebut, terutamanya penduduk Malaysia yang tinggal di kawasan yang tidak mendapat liputan internet, pasti akan merasa kurang selesa untuk hadir ke Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Oleh sebab itu, Pengarah Himpunan MANSUH, Syed Ibrahim Syed Noh sekali lagi menegaskan bahawa Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) yang mewakili 83 gabungan parti politik dan NGO tetap akan meneruskan perhimpunan tersebut.

Pihak penganjur sentiasa mengambil sikap berjaga-jaga dan faktor keselamatan akan ditingkatkan, agar himpunan tersebut bebas dari sebarang provokasi yang boleh mengganggu dan melibatkan para demonstran.

"Himpunan MANSUH ini adalah satu platform yang disediakan supaya rakyat dapat menyuarakan dan meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap penggunaan akta tahan tanpa bicara, ISA yang telah menganiaya lebih 17 ribu rakyat malaysia dari pelbagai kaum dan latar belakang.

"Tahun ini, usia ISA masuk 49 tahun, cukuplah setakat itu akta tersebut digunakan ke atas rakyat Malaysia," kata Syed Ibrahim ketika memulakan sidang akhbar di bangunan Pejabat Agung PAS petang semalam.

"Aktiviti GMI bukan bermula semalam. Ianya telah dimulakan sejak tahun 2001 lagi. Pelbagai aktiviti dilakukan untuk memberitahu pemimpin yang sedang berkuasa sekarang bahawa akta tanpa bicara ISA amat zalim kerana ia mencabul hak asasi mangsanya, sepatutnya segera dihentikan penggunaanya.

"Di Malaysia sudah ada terlalu banyak undang-undang yang boleh digunakan terhadap apa juga jenis kesalahan justeru itu, ISA sudah tidak diperlukan lagi kerana akta itu terbukti lebih banyak mendatang mudharat kepada rakyat," tambah Syed Ibrahim lagi.

"Pertubuhan bukan kerajaan seperti PEWARIS dan MAGARAN yang menyokong ISA juga berhak untuk berhimpun walaupun ianya diadakan secara 'kebetulan' pada tarikh dan masa yang sama dengan himpunan MANSUH ISA anjuran GMI.

"Namun, yang amat jelas, himpunan GMI telah dirancang beberapa bulan lebih awal dan pihak jawatankuasa kerja MANSUH telah bertemu dengan pelbagai NGO serta parti politik untuk menerangkan, memberitahu dan memohon sokongan terhadap penganjuran himpunan tersebut.

"GMI telah berkunjung kepejabat Menteri Dalam Negeri, SUHAKAM , Bar Council, Mahasiswa, Persatuan Cina, Hindraf dan parti politik Pakatan Rakyat. Siri ceramah 'roadshow' yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat di seluruh negara pula adalah khusus untuk memberitahu orang ramai tentang ISA dan seterusnya memohon sokongan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan bencikan kezaliman supaya turun ke Kuala Lumpur untuk sama-sama menyatakan bantahan terhadap akta drakonian itu," kata Pengerusi GMI itu.

"Kami juga telah menyerahkan sepucuk surat pemberitahuan tentang himpunan ini kepada Polis dua hari lepas. GMI memohon, pihak polis turut membantu memudahkan dan melancarkan perjalanan para demonstran di himpunan aman tersebut. Tiada sesiapa, terutamanya dipihak GMI yang mahu berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Berilah sedikit ruang pada rakyat untuk melakukan sesuatu yang menjadi hak mereka iaitu kebebasan berkumpul sepertimana termaktub di Perlembagaan Persekutuan," demikianlah beliau mengakhiri sidang media tersebut.

Turut hadir di sidang media itu ialah Timbalan Pengarah MANSUH, Kamaruzaman Mohammad Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Ustazah Nuridah Ketua Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah, Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat dan Nashita Mohd Noor, Bendahari GMI./Malaysia.today

Khamis, 30 Julai 2009

BERGASAK DI IBU PEJABAT MIC

Pemegang saham Maika bergasak di ibupejabat MIC
Jul 30, 09 11:58am
Ibupejabat MIC di Jalan Rahmah, Kuala Lumpur hari ini menjadi tumpuan dua kumpulan berhubung isu membabitkan syarikat pelaburan parti itu - Maika Holdings.

Kumpulan pertama seramai kira-kira 150 orang, diketuai Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, Prof P Ramasamy dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat. Mereka turut disertai pemegang saham Maika Holdings yang tidak puashati dengan syarikat tersebut.

Mereka telah berarak menuju ke ibupejabat MIC pada jam 12 tengahari, menuntut penjelasan mengenai status kewangan Maika.

Kumpulan kedua diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Maika, S Vell Paari bersama pemegang saham yang puashati dengan perjalanan syarikat tersebut.

Kumpulan ini telah mula berkumpul di ibupejabat Maika yang terletak di dalam bangunan ibupejabat MIC sejak jam 9 pagi tadi dan jumlahnya semakin meningkat.

Setibanya di ibupejabat MIC, kumpulan Ramasamy tidak dibenarkan masuk menemui Vell Paari untuk menyerahkan memorandum mengenai status kewangan Maika.

Manakala penyokong Vell Paari berhimpun di dalam bangunan tersebut.

Anggota polis kelihatan memantau keadaan di situ.

Pada kira-kira jam 12.30 tengahari, Vell Paari keluar dari bangunan ibupejabat MIC untuk bertemu dengan kumpulan Ramasamy. Keadan berasak-asak dan beliau terpaksa dikelilingi oleh anggota polis bagi melindunginya.

Akibat itu mengakibatkan berlaku pergelutan antara kedua-dua kumpulan tersebut, beberapa orang dilihat tercedera.

Anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) kemudiannya bertindak segera bagi mengawal keadaan.

Ketika keadaan kecoh di luar bangunan ibupejabat MIC itu, Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu berada di dalam bangunan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Pakatan hari ini adalah ekoran rasa tidak puas hati ramai pemegang saham Maika terhadap prestasi syarikat tersebut dan menuntut supaya pelaburan mereka dipulang.

Salahkan Koperasi Nesa

Vell Paari, yang juga anak lelaki Presiden Samy Vellu, bagaimanapun menegaskan bahawa beliau sedia membayar balik pelaburan pemegang saham tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana terdapat injunksi oleh Koperasi Nesa - yang diketuai bekas timbalan presiden, Datuk S Subramaniam - untuk menghalang penjualan syarikat insurans milik Maika.

Vell Paari pada awalnya mahu menjual syarikat insurans milik MIC - Oriental Capital Assurance Bhd (OCAB) - tetapi dibantah oleh Nesa, yang juga pemegang saham Maika, atas alasan penjualannya tidak menguntungkan sepenuhnya pemegang saham.

Awal minggu ini, Vell Paari memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bersedia bertemu kumpulan yang dipimpin oleh Ramasamy itu untuk memberi penjelasan kepada mereka mengenai status Maika.

Bagaimanapun, tambahnya, Ramasamy juga mesti bersedia memberi penjelasan mengenai langkah-langkah yang telah diambilnya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang.

Vell Paari juga berkata, beliau akan mempelawa Ramasamy dan kumpulannya untuk menyertai pihaknya berarak ke pejabat Koperasi Nesa di Sentul, Kuala Lumpur, yang menghalang penjualan tersebut, dan seterusnya melambatkan pembayaran balik pelaburan pemegang saham Maika./Malaysiakini

UNIT AMAL BERKUBU DI MASJID NEGARA

Himpunan Mansuh ISA, lebih ramai Unit Amal ditempatkan di Masjid Negara
Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | Jul 30, 09

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Kawalan Keselamatan sempena Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos ini akan dikendalikan oleh Unit Amal Pusat dan dibantu oleh Unit Amal Wilayah bersama negeri-negeri lain.

Timbalan Pengerusi 3 Unit Amal Pusat, Syaripuddin Mat Yatim mengesahkan setakat ini lebih 1000 ahli Unit Amal akan hadir bertugas.

Beliau yang dikenali sebagai Abg Chem juga mengesahkan bahawa Unit Amal akan mengangihkan anggota mereka ditiga tempat iaitu SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara.

Lebih ramai Unit Amal akan diletakkan di Masjid Negara bagi membantu mengawal keselamatan dan mengelakkan pertembungan antara penyokong GMI dan Pro-ISA yang akan berhimpun ditempat yang sama.

Beliau menyarankan agar Penyokong GMI dapat berkumpul di anjung kanan Masjid Negara yang berhadapan dengan bangunan Dayabumi.

Beliau memberikan jaminan bahawa perhimpunan berkenaan akan berjalan dengan aman dan terkawal. Kerjasama semua peserta amat diharapkan bagi mengelakkan sebarang masalah berbangkit./wann _

MAKLUMAN PERGERAKAN HIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA PADA 01 OGOS


Oleh Kamaruzaman Mohamad

MAKLUMAN PERGERAKAN HIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA PADA 01 OGOS 2009

1. Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:

Ø Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan:


a. Sogo:
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

b. Masjid Jame’ Kuala Lumpur:
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan

c. Masjid Negara:
Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Ø Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing


2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah undang-undang zalim ISA

3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (JABATAN AMAL) yang berpakaian merah

4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan


Sekian,



KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD
Timbalan Pengarah Himpunan Mansuh ISA,
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.

Sumber: Tranungkite.net

Rabu, 29 Julai 2009

Pemilik DNA tahu bagaimana Beng Hock mati


Oleh: hermansamsudeen

Pemilik dua sampel DNA yang ditemui di bahagian belakang baju kot Teoh Beng Hock dan satu lagi sampel DNA ditemui di tali pinggangnya berkemungkinan orang terakhir yang bersama beliau.

Wakil Peguam Negara, Tan Hock Chuan mengesahkan bahawa pemilik DNA itu adalah seorang lelaki.

Hingga kini polis telah menjalankan ujian DNA terhadap 90 orang untuk menjejak pemilik sampel DNA berkenaa dan sedang berusaha mendapatkan ujian DNA daripada 12 lagi individu.

Mengikut laporan Malaysiakini, Beng Hock ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lepas di atas bumbung tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam, yang menempatkan bangunan suruhanjaya tersebut.

Oleh itu kita berharap agar pemilik DNA ini dapat ditemui segera bagi membantu siasatan. Saya yakin pemilik DNA ini tahu bagaimana Beng Hock mati.

Walaubagaimana pun, tidak mustahil juga pemilik DNA itu sudah menghilangkan diri atau gagal dikesan selepas ini dan akhirnya kita tidak tahu DNA siapa sebenarnya yang melekat dibaju Beng Hock.

Rakyat mungkin mudah meneka kes ini. Samada akan muncul kambing hitam atau kes ini akan ditutup begitu sahaja atas klasifikasi ‘kes kematian mengejut’.

Apa pun, kita tunggu 5 Ogos ini dan juga laporan-laporan lanjut dari pihak forensic dan juga pihak Polis./Tranungkite.net

Sampel DNA siapa di pakaian Teoh?


Jul 29, 09 12:36pm
kemaskini 4.29pm Inkues berhubung kematian Teoh Beng Hock diberitahu bahawa satu sampel DNA milik lelaki yang tidak dikenali ditemui di bahagian belakang pakaian dan tali pinggang mendiang.

Identiti lelaki itu belum dikenal pasti walaupun contoh sampel DNA daripada 102 individu terbabit telahpun diambil oleh Jabatan Kimia, kata peguam Tan Hock Chuan, yang dilantik membantu mengendalikan inkues bagi pihak kerajaan di hadapan Koroner
Azmil Muntapha Abas.

Tambahnya, lima sampel telah diambil daripada bahagian belakang blazer yang dipakai oleh Teoh pada hari kejadian dan hasil laporan menunjukkan terdapat dua DNA lelaki pada bahan bukti itu, lapor Bernama.

Satu daripada DNA itu dikenal pasti sebagai DNA Teoh, yang berpadanan dengan spesimen darahnya, manakala satu lagi pemilik DNA tidak diketahui.

DNA lelaki misteri itu turut ditemui pada bahagian tali pinggang yang dipakai Teoh, yang bercampur aduk dengan DNA mendiang.

"Sampel daripada 102 individu telah diambil bagi menentukan sama ada DNA mereka ini sepadan dengan DNA yang tidak diketahui itu.

"Laporan bagi 90 individu telah siap, sementara 12 lagi belum diperoleh.

"Saya turut dimaklumkan oleh pegawai penyiasat bahawa terdapat dua orang yang enggan memberikan sampel DNA mereka," Tan dipetik berkata.

Gobind Singh Deo, yang bertindak sebagai peguam pemerhati keluarga Teoh, menggesa pihak pendakwaan supaya memaklumkan kepada mereka sama ada terdapat sampel DNA daripada 90 individu itu yang sepadan dengan DNA lelaki yang tidak diketahui tersebut.

"Inilah salah satu sebab lagi mengapa pihak mahkamah perlu menangguhkan prosiding ini bagi menunggu keputusan penuh laporan DNA," Gobind dilaporkan berkata.

Tan menjawab: "Sama ada terdapat padanan DNA daripada 90 individu ini dengan DNA yang tidak diketahui itu, perkara ini adalah lebih baik diberitahu sendiri oleh pakar kimia nanti."

Teoh (foto, kanan sekali, sebelum ke pejabat SPRM) ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lepas di atas bumbung tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam, yang menempatkan bangunan suruhanjaya tersebut.

Kematian setiausaha exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, yang menimbulkan pelbagai persoalan, mendorong kerajaan menubuhkan inkues dan suruhanjaya siasatan diraja bagi menentuk kematiannya dan prosedur siasatan SPRM.

Inkues tersebut, bermula hari ini, ditangguhkan ke Rabu depan./Malaysiakini

Tak sengaja: Utusan mohon maaf kepada MB Kelantan

29 Jul 2009

UTUSAN MALAYSIA memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.

YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.

Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.

Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.

Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut. / Utusan Online

BLOG t4tbh TERBONGKAR?

Tuesday, July 28, 2009

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Sejak akhir-akhir ini hampir semua media yang dikira pro Umno membuat promosi besar-besaran terhadap laman blog yang diwujudkan khas selepas kematian Teoh Beng Hock.

Ekoran itu, ramai yang tertanya-tanya siapakah di belakang blog ini yang nampaknya secara tersusun cuba menjatuhkan beberapa Exco kerajaan negeri Selangor.

Usaha juga nampaknya dibuat dengan keras untuk menyebarkan kebencian di kalangan penyokong PAS dan PKR di Selangor terhadap Exco kerajaan negeri Selangor dari DAP.

Sedangkan di luar pula Umno secara yang bersungguh-sungguh (terhegeh-hegeh, tulis wartawan Utusan) mahu menarik PAS bersama mereka.

Menurut satu blog, penulis di belakang blog ini adalah bekas wartawan NST. Selain dalam t4tbh, akhbar Malay Mail adalah akhbar utama yang melaporkan tulisan yang hampir sama dengan laporan dalam t4tbh ini.

Hari ini pula andaian timbul kononnya penulis ini ada kaitan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini ekoran dari tersiarnya dalam blog itu kenyataan bahawa maklumat yang disiarkan dalam blog ini (t4tbh) adalah dari komputer peribadi Teoh Beng Hock.

"Hanya mereka yang akses kepada komputer ini sahaja yang boleh mengetahui kandungannya...dan mereka adalah para pegawai SPRM yang menyiasat Teoh," tulis satu blog./

DEMO - MATLAMAT PEWARIS HAMPIR BERJAYA

Polis beri amaran batalkan perhimpunan ISA
Jimadie Shah Othman
Jul 28, 09
4:12pm

Polis memberi amaran tegas terhadap pihak pro dan anti-ISA supaya membatalkan rancangan mereka untuk mengadakan perhimpunan Sabtu ini.

NONEKetika memberi amaran tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur, , Datuk Muhammad Sabtu Osman (kiri) berkata, perhimpunan itu dikhuatiri menimbulkan ketegangan dan mengancam keselamatan awam.

Menurutnya, polis telah memanggil Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) semalam untuk memaklumkan mengenai arahan tersebut kepada mereka.

Manakala polis juga, katanya, akan bertemu dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) petang esok untuk memaklumkan perkara yang sama.

Polis juga, katanya, akan mengadakan sekatan jalanraya dua hari lebih awal dan akan menahan bas-bas disyaki membawa pesertai ke perhimpunan itu.

Sebelum ini, Pewaris dan sepuluh lagi NGO Melayu yang pro-ISA, merancang berdemonstrasi Sabtu ini di ibu negara, serentak dengan perhimpunan besar anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan pakatan pembangkang.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat polis kontinjen Kuala Lumpur petang ini, Datuk Muhammad Sabtu berkata polis mengkelaskannya sebagai satu perhimpunan haram di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967.

bersih parliament police blockade memo 111207 barbed wiresPolis juga, tegasnya, akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 141 Kanun Keseksaan atau undang-undang lain sekiranya ada pihak yang mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.

Menurutnya, pihak polis telah bersedia dengan kekuatannya untuk memfokuskan kepada perhimpunan itu jika diadakan juga.

"Polis akan mengambil tindakan berhemah, kecuali tidak ada cara lain. Polis tidak ingin melihat berlakunya kecederaan, luka atau dalam keadaan yang terdesak," tegas Datuk Muhammad Sabtu.

Ditanya sama ada polis akan membuat tangkapan awal bagi mengelak perhimpunan tersebut, beliau berkata:

"Sebagai langkah pencegahan, polis boleh mangambil tindakan awal mengikut Seksyen 105, Kanun Acara Jenayah, jika nampak niat, pergerakan walaupun sehari sebelumnya," katanya./Malaysiakini

Selasa, 28 Julai 2009

BUSUK HATI, DENGKI DAN KHIANAT!!

Pewaris tukar masa: Puak pro dan anti-ISA berhimpun serentak
Jimadie Shah Othman
Jul 28, 09
12:42pm

Menjelang empat hari lagi demonstrasi besar berhubung Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA), kumpulan penyokong akta itu menukar masa berhimpun mereka dari jam 11 kepada jam 2 petang – serentak dengan perhimpunan kumpulan anti-ISA.

Timbalan Presiden II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun memberitahu Malaysiakini, pertukaran rancangan itu diputuskan dalam mesyuarat kumpulan itu tengah hari semalam di ibu negara.

NONEMesyuarat 12 NGO Melayu itu bertujuan membincangkan persediaan rapi mereka menjelang perhimpunan besar Sabtu ini.

Ditanya sebab perubahan jadual itu, Rahimuddin hanya berkata: “Ia melibatkan hal-hal teknikal. (perhimpunan pada) pukul 11 itu terlalu awal.”

Bagaimanapun, tambahnya, perancangan lain kumpulan itu, termasuk tempat berhimpun dan rancangan bergabung di Dataran Merdeka dan seterusnya menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, tidak berubah.

Pertukaran masa berhimpun itu hampir mengesahkan pertembungan penyokong kumpulan itu dan penunjuk perasaan yang dipimpin Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) dan pakatan pembangkang.

Keluar garis panduan

Mengikut jadual awalnya, penyokong ISA akan berhimpun di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari, dan seterusnya ke Istana Negara.

Bagaimanapun, tiga lokasi tersebut - Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara - adalah kekal, sebelum bergerak ke Dataran Merdeka di mana mereka akan menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki dan berarak ke Istana Negara.

Manakala ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI pula merancang bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi – kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara – dengan berpakaian hitam dan merah - sebelum bergerak ke Isntana Negara, juga untuk menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, GMI turut mengeluarkan mengeluarkan panduan berdemonstrasi pada hari tersebut kepada peserta mereka – merangkumi persediaan sebelum dan selepas tamat demonstrasi.

Peserta juga diberikan panduan bagaimana menghadapi provokasi dan panduan sekiranya ditahan polis. Mereka juga menyediakan peta laluan kepada peserta.

Bagaimanapun, Rahimuddin berkata, Pewaris tidak akan mengeluarkan sebarang panduan kepada ahlinya kerana mereka “tiada sebarang niat untuk bertembung”./Malaysiakini

PEWARIS KEZALIMAN, PERKASA KETIDAKADILAN

Oleh: WFAUZDIN NS

APAKAH itu PEWARIS dan apakah itu PERKASA? Saya ingin mengulas persoalan ini di dalam kontek dan isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tidak perlu di dalih atau diputarbelitkan, yang jelas adalah Akta ISA yang memberi hak menahan dan memenjarakan seseorang tanpa dibicarakan itu adalah menyalahi hak kemanusiaan atau hak asasi insan, lebih-lebih lagi bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri. Maka dengan itu, wajar dan tepat sekali GMI serta beberapa pertubuhan politik dan NGO's bersatu tenaga menentang akta ini selagi kita hidup di dalam satu-satu masyarakat yang bernama manusia.

Sokongan kepada sebarang bentuk kezaliman walau dengan apa alasan sekali pun merupakan satu tindakan yang bertentangan dengan prinsip-prinsip kemanusiaan. Jika kita tidak berpegang kepada prinsip kemanusian, maka mahu tidak mahu kita hanya ada satu pilihan iaitu prinsip kebinatangan. Dalam membicarakan isu Akta ISA ini, kumpulan manakah yang menyokong dan kumpulan manakah yang menentang? Dan, dari kumpulan manakah yang harus kita beri sokongan jika kita ini benar-benar seorang manusia sejati?

Bagi saya kumpulan yang menyokong akta zalim ini adalah PEWARIS kepada kezaliman di zaman jahilliyah dahulu kala sewaktu dunia belum lagi bertamadun. Akta ISA ini tentunya tidak menjanjikan ketidak adilan kepada sesiapa samada mangsa mereka dari rakyat bawahan mahu pun dari golongan atasan. Siapa yang menyokong ketidak adilan berlaku bahkan ingin memperkuatkannya lagi? Golongan yang mem`PERKASA'kan ketidak adilan ini masih ada di dalam negara ini walau pun dicanangkan bahawa negara ini mendokong prinsip `Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan'.

PEWARIS kezaliman serentak dengan mereka yang ingin memPERKASAkan ketidak adilan ini wajib ditentang. Maka, 01 Ogos ini adalah satu perhimpunan dan perarakan yang akan membuktikan bahawa di negara kita ini masih wujud makhluk yang bernama manusia bagi memperjuangkan hak-hak sebagai seorang manusia. Kita tidak tahu siapakah yang akan turut bersama kita pada hari perhimpunan tersebut walau pun mereka ini mempunyai niat yang bertentangan dengan kita. Mereka itu semestinya bukan makhluk yang boleh di kategorikan sebagai manusia. Kalau bukan manusia, siapa lagi? Jin, iblis, binatang atau robot?

Syabas buat GMI dan mereka yang bersama dengannya. Sudah terlihat oleh kita beberapa bentuk provokasi awal-awal lagi untuk menggagalkan perhimpunan ini nanti. Tetapi, manusia tidak akan tewas dengan jin, iblis atau binatang, kerana manusia mempunyai akal dan Allah telah lantik manusia sebagai Khalifah di muka bumi ini. Selamat Berhimpun. /Kembali ke Laman Asal.

TRAK FRU HADIR CERAMAH DI GUA PERAHU

Tiga trak FRU halang ceramah ISA di Gua Perahu
Ceramah Mansuhkan ISA yang dijadualkan diadakan di Padang Awam, Taman Guar Perahu, Penanti, baru-baru ini telah dicemari dengan kehadiran tiga trak berwarna merah siap dengan anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) bagi menghalang ceramah yang telah diatur.

Segala persiapan yang telah diatur oleh Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang berjalan seperti yang direncanakan.

Namun begitu setelah sampai waktu untuk memulakan ceramah yang akan disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng maka pihak polis telah memulakan operasi mereka dengan membariskan anggota FRU siap dengan belantan bagi menghalang ceramah diteruskan.

Suasana hiruk-pikuk apabila tindakan pihak FRU itu menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan penduduk tempatan dan orang ramai yang telah membanjiri padang tersebut untuk mendengar ceramah sepertimana yang dijadualkan.

Walaupun cuba dibincangkan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Yusni Mat Piah bersama dengan barisan kepimpinan PAS dengan pihak polis, polis tetap tidak membenarkan ceramah diadakan di situ.

Namun begitu ceramah dipindahkan ke kediaman salah seorang penyokong Pakatan Rakyat di kawasan perumahan yang sama tanpa kehadiran FRU.

Dalam ceramah beliau, Mohamad Sabu menegaskan bahawa tindakan pihak polis itu tidak mencerminkan sikap One Malaysia yang dilaung-laungkan oleh kepimpinan negara.

"Bentuk demokrasi bagaimana yang mereka amalkan sehingga menjadikan ceramah oleh Pakatan Rakyat dengan mudah dihalang dan disekat walaupun rakyat begitu ramai mahukan demokrasi diamalkan dengan cara telus.

"Ini melambangkan bahawa kepimpinan Barisan Nasional dalam negara ini tidak harus dibiarkan terus menguasai negara.

"Selagi mereka berkuasa maka akta zalim seperti ISA yang mereka amalkan selama ini akan disalahgunakan untuk memenuhi aspirasi politik parti mereka.

"Takut dengan kebangkitan rakyat maka Barisan Nasional akan terus menjadikan ISA sebagai senjata mereka untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat dipersada politik negara," katanya./Utara Online

KERANA ENGGAN DEMO, KJ DIANGGAP AYAM DAGING?

Pro-ISA marah Khairy larang demo
Jimadie Shah Othman
Jul 27, 09
11:26am

kemaskini 12.30pm Kumpulan penyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyelar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana bersikap berkecuali dan menghalang ahli pergerakan itu menyertai demonstrasi besar Sabtu ini.

"Lagi baik diam daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan perpecahan golongan Melayu.

"Melayu semakin lemah dan hanya berani dalam dewan," kata Timbalan Presiden II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun.

"Kilang Umno tidak lahirkan lagi singa, yang ada umpama ayam daging yang diternak dalam kandang yang menunggu diberi makan atau disembelih," tegasnya.

Menyifatkan itu hanya pandangan peribadi Khairy sahaja, Rahimuddin berkata, masih ramai ahli Pemuda Umno yang menyatakan sokongan kepada mereka – yang menganjurkan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA" - untuk berdepan dengan Himpunan MANSUH anjuran penentang ISA.

"Ribuan lagi ahli Pemuda Umno yang bersama kami. Pemimpin (yang) dibeli, golongan bangsawan, memang takut disirami hujan, bom (meriam) air atau panas matahari," katanya sinis, sambil mendakwa Khairy hanya mempunyai 200 penyokong setia.

Ahli parlimen Rembau, yang juga pengerusi Pemuda BN, turut diminta mempersoalkan pendirian Pemuda Gerakan menyatakan dukungan secara terbuka terhadap perhimpunan anti-ISA.

Pada 13 Julai lalu, Pemuda Gerakan menyatakan ia telah menulis surat kepada penganjurnya Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyatakan sokongan terhadap – dan terbabit dalam – demonstrasi tersebut.

Pewaris dan lebih sepuluh NGO Melayu yang mendukung akta tersebut dijadual bermesyuarat tengah hari ini di ibu negara bagi membincangkan persediaan rapi menjelang perhimpunan Sabtu ini yang tinggal tidak sampai lima hari.

Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI merancang bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi – kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara – dengan berpakaian hitam dan merah.

Sementara penyokong ISA berhimpun di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari (lihat peta di bawah).

Mulai 11 pagi, mereka yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara./Malaysiakini

NEGARA INI TANPA UMNO, APA JADI?

Negara Aman Tanpa UMNO - TGHA
Oleh: fairlady

 Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyarankan kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno supaya segera mengundurkan diri dari persada politik negara.

Menurut beliau lagi, BN dan Umno sudah banyak membawa kemusnahan dan keruntuhan kepada rakyat negara ini melalui sistem amalan demokrasi yang zalim.

"BN dan Umno sepatutnya sudah mengundurkan diri sebagai pemerintah dalam negara ini. Ini adalah kerana selagi mereka memerintah negara maka amalan demokrasi yang mereka amalkan banyak menzalimi rakyat.

"Akta seperti ISA adalah satu sistem lapuk penjajah yang masih lagi diguna pakai walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan melebihi daripada 52 tahun.

Islam melarang penggunaan sistem zalim dan menganiayai rakyat yang diamalkan oleh BN dan Umno ini.Amalan memenjarakan rakyat tanpa bicara ini adalah satu sistem zalim yang menzalimi rakyat kerana tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya," kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah beliau di Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas, Seberang Perai Utara.

Bagi beliau, jika Umno tidak mahu berundur, Abdul Hadi menyarankan rakyat supaya mengundurkan BN dan Umno dengan tangan mereka melalui keputusan pilihan raya yang akan datang.

"Saya yakin dengan kuasa yang ada pada rakyat maka BN dan Umno ini dapat kita undurkan dari terus memerintah negara dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Hanya dengan mengundurkan mereka secara paksa oleh rakyat sahaja maka kestabilan politik, ekonomi dan sosial dapat dipulihkan kembali tanpa melalui proses-proses kezaliman, korupsi dan penganiayaan yang diamalkan oleh mereka," katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr P Ramasamy, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ketua Dewan Ulama PAS Pulau Pinang, Ustaz Soid Md Amin./Sumber: Utaraonline.net