RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 30 Julai 2009

UNIT AMAL BERKUBU DI MASJID NEGARA

Himpunan Mansuh ISA, lebih ramai Unit Amal ditempatkan di Masjid Negara
Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | Jul 30, 09

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Kawalan Keselamatan sempena Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos ini akan dikendalikan oleh Unit Amal Pusat dan dibantu oleh Unit Amal Wilayah bersama negeri-negeri lain.

Timbalan Pengerusi 3 Unit Amal Pusat, Syaripuddin Mat Yatim mengesahkan setakat ini lebih 1000 ahli Unit Amal akan hadir bertugas.

Beliau yang dikenali sebagai Abg Chem juga mengesahkan bahawa Unit Amal akan mengangihkan anggota mereka ditiga tempat iaitu SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara.

Lebih ramai Unit Amal akan diletakkan di Masjid Negara bagi membantu mengawal keselamatan dan mengelakkan pertembungan antara penyokong GMI dan Pro-ISA yang akan berhimpun ditempat yang sama.

Beliau menyarankan agar Penyokong GMI dapat berkumpul di anjung kanan Masjid Negara yang berhadapan dengan bangunan Dayabumi.

Beliau memberikan jaminan bahawa perhimpunan berkenaan akan berjalan dengan aman dan terkawal. Kerjasama semua peserta amat diharapkan bagi mengelakkan sebarang masalah berbangkit./wann _

5 ulasan:

  1. Yang ada anak-bini dan keluarga tu ingat2 le, kalau kena tangkap dan hilang kerja bukan nya PAS-PKR-DAPigs yang akan bantu.
    Tanggung sendiri aje le.
    Jangan cari susah tak tentu pasal.

    BalasPadam
  2. SYABAS PADA PENENTANG ISA AKTA ZALIM TINGGALAN PENJAJAH ,PADA PENYOKONG GMI MOGA NIAT BAIK DIBERI GANJARAN KERANA MENENTANG APA SAJA YANG ZALIM & KHIANAT ADALAH KEWAJIPAN MUKMIN DALAM SYARIAT ISLAM ,JIKA UNTUK BERSUARA SECARA AMAN DIGANGGU OLEH ANASIR-ANASIR JAHAT & KHIANAT MAKA GERAKAN GMI TERPAKSA BERTINDAK MENGIKUT KEADAAN,BAIK DIBALAS BAIK DAN JIKA KURANG AJAR & BIADAP MAKA GERAKAN GMI PERLU BERTINDAK SEWAJARNYA JUGA ! PENYOKONG GMI BUKAN PONDAN YANG BERSELINDUNG DISEBALIK KERAJAAN YANG PERALATKAN PDRM/FRU JUGA AKTA ISA ! JOM TURUN SOKONG GERAKAN MANSUHKAN ISA ! TANPA PENGEROBANAN BUKAN PERJUANGAN,TAKUT HILANG KERJA DUDUK DALAM KELAMBU ATAU TANDAS BABI !

    BalasPadam
  3. tak de sapa nak buang keja...bukan buat kesalahan jenayah...banyak yang buat salah lagi teruk dari tu pun tak kena buang...hahahha

    BalasPadam
  4. ELOK LA TU. BUAT LER KJA X BRFAEDAH TU. YG SYOK NYA LEPAS JERIT PEKIT NYANYI LGU REFORMASI. PAS TU RAMAI RAMAI MINUM AIR CINCAU APEK KAT JALAN TUNGKU.

    KLAU KANTOI ADA LYER. TOP 2/3 BULAN. PAS TU TNGAL SORANG2. SNDIRI KNA JWB, KJA KENA BUANG. U KNA BUANG,

    BLIK KGPUNG BUAT LA RFOMASI SORANG2.

    BalasPadam
  5. Salam sejahtera pembaca budiman

    Diucapkan syabas kepada penentang penentang ISA yang sanggup mengadakan perhimpunan aman " Gerakan Menghapuskan ISA". Walaupun kerajaan mengatakan perhimpunan tersebut itu haram takkan nak menyerahkan memo bantahan kepada Yang DiPertuan Agong adalah salah.

    Diharap pihak polis membenarkan wakil wakil kumpulan Anti Isa untuk pergi ke istana untuk menyerahkan Memo Bantahan manakala yang lain dibenarkan berkumpul di Masjid Negara, Masjid Jame, Sogo dan tempat tempat lain tanpa di ganggu oleh pihak berwajib. Selama kini pihak polis menggunakan kekerasan untuk menyuraikan sebarang perhimpunan yang diadakan oleh rakyat. Jika pihak polis membenarkan perhimpunan aman tersebut saya percaya tiada insiden yang tidak diingini akan berlaku.

    BalasPadam