RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 1 Ogos 2009

DEMO TERKINI - OKU JUGA DITANGKAP

Polis telah menyekat beberapa jalan utama ke pusat bandaraya Kuala Lumpur, untuk menghalang perhimpunan Pro-ISA dan Anti-ISA yang akan diadakan pada tengah hari ini. Berikut adalah perkembangan terkini.

1410 Di Istana Negara, sebutir gas pemedih terjatuh, menyebabkan polis terpaksa menjauhkan diri.1405 Di Istana Negara, FRU mengarahkan wartawan untuk berselindung di belakang trak FRU.1400 Polis menembak kira-kira 10 das gas pemedih mata untuk menyuraikan hampir 500 orang dari Masjid Jamek.

Di SOGO, kira-kira 500 orang berkumpul melaungkan "Hidup Rakyat."1340 Polis menyerbu ke dalam SOGO dan menangkap seorang lelaki yang memakai lencana Mansuhkan ISA.1330 Seorang OKU (orang kurang upaya) ditahan di Masjid Negara, setelah polis mendapati baju "Mansuhkan ISA" dalam bagnya. OKU tersebut enggan ditangkap, mencetus ketegangan apabila polis menolak OKU dan wartawan sehingga terjatuh.

1255 Pintu besar SOGO ditutup.1250 Norlaila Othman, aktivis Gerakan Masuhkan ISA, juga isteri tahanan ISA, Mat Sah Satray telah ditangkap Pertama Kompleks, berdekatan Sogo. Kini di trak FRU ke balai polis Cheras.Polis mula menyekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di depan SOGO. Sementara itu, lokasi perhimpunan Pro-ISA di Padang Merbok kekosongan. 1226 Peguam dari Pusat Bantuan Guaman, Puspawati Rosman yang mengedar risalah di kawasan berhampiran Majid Jamek telah ditahan. Bagaimanapun, Puspawati dibebaskan kemudian setelah polis meneliti kandungan risalah tersebut.

1218 17 tangkapan lagi di kawasan berhampiran Masjid Jamek dan Sogo. Bilangan tangkapan mencecah 103 orang.1215 13 orang lagi ditangkap di Pasar Seni.1211 11 orang ditangkap di Bazaar berhampiran Masjid Jamek. Pihak polis memberi arahan untuk menangkap sesiapa yang memakai lencana Mansuhkan ISA.1200 11 orang ditangkap di Dataran Merdeka. Angka penangkapan melonjak ke sekurang-kurang 62 orang.

1140 Gas pemedih mata ditembak di Dataran Merdeka. Namun demikian, dilaporkan tiada orang awam berhimpun di situ. Ini menyebabkan beberapa anggota polis terpaksa melarikan diri sambil menutup hidung.1133 Lagi seorang ditangkap di stesen LRT Masjid Jamek.1130 Lima orang pemuda yang berumur kira-kira 20 tahun ditangkap di stesen LRT Masjid Jamek. Angka penangkapan ini mencecah 50 orang. Polis dilaporkan sedang memeriksa bag penumpang LRT dan memberi amaran kepada orang ramai yang ingin menyertai perhimpunan agar tidak berbuat demikian.

Di SOGO, polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan. Dilaporkan juga seandainya lebih 5 orang berkumpul, polis akan terus menyerbu.1125 Menurut seorang SB (special branch), tenaga polis dari Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka telah dikerah untuk menggagalkan perhimpunan pada hari ini. Menurutnya, polis akan membuat sekatan di setiap hujung jalan untuk memastikan orang ramai gagal sampai ke Istana Negara.1120 Dua orang lagi ditangkap di Pasar Seni.

Angka penangkapan kini melonjak ke sekurang-kurang 45 orang!1100 Wartawan merdekareview yang membuat liputan di Masjid Negara melaporkan, 5 atau 6 orang lelaki berkopiah telah ditangkap di Masjid Negara. Angka penangkapan melonjak ke sekurang-kurang 43 orang.1059 Dua orang ditangkap di Pasar Seni, membuatkan angka penangkapan bertambah kepada 38.1044 Menurut Suaram, 36 orang telah ditangkap, termasuk 13 orang unit amal dari Perak dan seorang dari Melaka. 14 orang yang ditangkap di KL Sentral ini kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur.

Selain itu, 22 orang telah ditangkap Masjid Negara, dan dihantar ke IPD Cheras.Senarai nama 13 orang unit amal. 1. Shahrul Iman Mohd Salleh
2. Ikhwan Ikram
3. Ahmad Adbul Wahab Abdul Rahman
4. Kamal Nadhir Kadeni
5. Abu Ubaidah Jalaluddin
6. Mohammad Sholihin Mat Salleh
7. Faizuddin Hazman Kadine
8. Saad Musa
9. Mohammad Helmi Hassan
10. Mohammad Hafizuddin Mohd Ghazali
11. Mohd Lokman Ahmad Mawi
12. Mohd Fadzil Jan Jam
13. Shamsul Anuar Nordin

0925 ADUN Teja, Perak Chang Lih Kang berjaya merentasi halangan polis selepas dihalang di Tapah. Beliau tetap tidak mahu ke balai polis. Setelah berunding dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tapah, beliau berjaya meneruskan perjalanan ke KL.0830 Beberapa jalan raya utama ke arah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur telah disekat. Jalan Syed Putra disekat di persimpangan jalan masuk ke Brickfield.0820 ADUN Teja, Perak Chang Lih Kang dihalang di Tap ah dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan menentang ISA. Polis menghalang Chang dengan alasan untuk menyiasat "buletin Gopeng" yang terdapat dalam kereta beliau.0800 FRU dilihat berkumpul di bangunan Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor./Malaysia-today

Tiada ulasan:

Catat Ulasan