RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 24 Oktober 2009

TOK GURU NIK AZIZ `GELENYAR' KATA MSO

Oleh: WFAUZDIN NS

"TIDAK PERLU ADAKAN MUKTAMAR", Itulah tajuk posting dari MSO (Mohd Sayuti Omar) di dalam detikdaily yang boleh dibaca di sini. Apabila terlihat saja tajuk posting dari MSO, saya sudah menjangkakan bahawa penulis murahan ini tentunya akan mengambil kesempatan untuk membelasah Mursyidul Am Pas. Maklumlah, hati mana yang tidak sakit bila teringat kisah silam. Semenjak bila pula MSO ini berkenan dengan Tuan Guru Nik Aziz?

Semenjak dari kisah Kerajaan Perpaduan bersama Umno lagi MSO begitu bersungguh-sungguh mengkritik Tuan Guru Nik Aziz yang terang-terang menolak Kerajaan Perpaduan (UG). Ini bermaksud MSO begitu mengidam kepada UG dan selagi Tuan Guru Nik Aziz tidak berselera dengan Umno selagi itulah MSO akan terus mencari ruang untuk menyerang Mursyidul Am Pas tersebut. Saya tidak pasti berapa persen yang kita boleh dapat jika kita berusaha siang malam untuk membawa Pas ke pangkuan parti yang menolak Islam itu. Jika MSO tahu mungkin beliau maklumkan kepada kita semua.Justify Full
Kata-kata MSO kepada Tuan Guru Nik Aziz yang dianggap `gelenyar' (gatal) itu sebenarnya memang sesuai lahir dari mulut MSO kerana semua orang tahu latar belakang MSO. Tuan Guru dianggap `gelenyar' oleh MSO semata-mata Tuan Guru Nik Aziz mencadangkan agar diadakan Muktamar Khas untuk membersihkan kepimpinan Pas dari penyakit yang dijangkiti dari Umno itu. Tuan Guru tidak sekali-kali berkata untuk mencadangkan agar Presiden Pas dilucutkan atau sesiapa pun yang sedang berada dibangku kepimpinan Pas sekarang. Beliau hanya mahu serahkan kepada ahli PAS untuk menentukan siapakah yang difikirkan oleh mereka sebagai parasit yang memusnahkan PAS selama ini untuk digugurkan dari pimpinan PAS. MSO terus menuduh Mursyidul Am PAS mahukan Presiden PAS ditukar beserta dengan Us Nasha, Mustafa Ali dan juga Hassan Ali. Keramat sungguh MSO yang tahu niat sebenar Mursyidul Am Pas tersebut.

Benarkah Mursyidul Am PAS mendapat ilham terus dari Allah sebagaimana yang difikirkan oleh MSO itu? Atau betulkah Mursyidul Am PAS sekarang hanya bertindak seperti robot mengikut arahan seseorang? Tetapi, itulah yang ada pada tempurung otak MSO yang mungkin berada dilututnya sekarang. Kenapa susah sangat hati MSO jika Muktamar Khas ini boleh diterima dan diadakan? Mungkin beliau bimbang jika Muktamar Khas ini dapat diadakan, maka hancurlah segunung harapannya untuk melihat PAS dan Umno berpelukan dan tidor sekelambu. Jika dahulu sekadar berbincang dalam kelambu Umno di Selangor dan di Perak, kini harapan nampaknya mungkin pudar jika Muktamar Khas ini diadakan.

Bukan Mursyidul Am PAS sahaja yang boleh merasakan sesuatu yang tidak kena dalam PAS. Ramai yang telah mula merasainya cuma dipendamkan sahaja kerana dikatakan pintu Kerajaan Perpaduan telah ditutup rapat. Benarkah ia telah ditutup rapat? Seperti juga apa yang telah dirasakan oleh Mursyidul Am PAS iaitu sesuatu yang pelik dan ganjil telah melanda beberapa orang pemimpin PAS terutamanya di Selangor juga telah kita rasakan dan telah kita lihat. Amat sukar PR bekerjasama dengan PAS di Selangor kerana adanya golongan-golongan parasit ini. Golongan inilah yang didewakan oleh MSO.

Kenapa perlu takut untuk adakan Muktamar Khas dan kenapa masih kelu untuk menyatakan bahawa PAS kini sememangnya ada puak yang berselera dengan UG? Jika Muktamar Khas membuat keputusan di mana ahli-ahli PAS mahukan UG, Mursyidul Am PAS tidak boleh menentangnya. Itulah yang dikatakan oleh Mursyidul Am PAS di dalam blognya. Mungkin ada yang berfikir lebih baik bersama Umno untuk tegakkan keadilan Islam daripada bersama rakan di dalam PR sekarang. Jika begitu, apa susahnya hendak adakan Muktamar Khas dan mungkin harapan untuk bersama Umno boleh direalisasikan. Jadi, mengapa MSO dan Roslan SMS bimbang sangat jika diadakan Muktamar?

Sekali lagi saya ucapkan syabas kepada Tuan Guru Nik Aziz yang walaupun berat dihati tetapi berani untuk bersuara demi untuk memelihara perjuangan PAS dari diresapi oleh parasit-parasit ini. Samada cadangan Tuan Guru diterima atau tidak, itu bukan soal beliau lagi kerana selaku Mursyidul Am PAS beliau wajib mengeluarkan nasihat dan pandangannya walaupun dikatakan `gelenyar'. Pada saya `gelenyar' lebih baik dari terus menjadi `pelacur murahan' atau penulis upahan./Kembali ke laman asal di sini.

Jumaat, 23 Oktober 2009

KUDIS YANG DISIMPAN OLEH PAS KINI MULA GATAL?

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH, buat Mursyidul Am Pas kerana berani menegur dan memberi pandangan bagaimana harus PAS membersihkan imejnya dari dipandang serong oleh rakan-rakan mereka di dalam PR serta diragui juga oleh ahli-ahli jemaah serta penyokongnya sendiri. Terlalu banyak yang telah diperkatakan tentang dua tiga orang pemimpin PAS yang membuatkan rakan-rakan mereka di dalam PR mencurigainya bahkan dicurigai juga oleh sebilangan besar jemaahnya.

Jangan takut untuk memperkatakan tentang punca semuanya ini adalah dari perbuatan pemimpin yang `berbisik dalam kelambu' sebagaimana yang telah terjadi di Selangor sejurus Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Kemudiannya, berlaku pula di Perak tatkala rakan-rakan dalam PR berhempas pulas untuk menyelamatkan kerusi MB yang diduduki wakil dari PAS dari dirampas oleh UBN secara tidak beradab itu. Siapa boleh menafikan ini semua adalah hasil perbuatan beberapa kerat pimpinan PAS, bukan ahli PAS biasa yang bukan dari golongan Ulamak? Tidak berlakukah pergeseran di Selangor di antara PAS dan sekutunya dari PR? Siapakah yang bijaksana di dalam PAS Selangor yang sanggup bersuara seperti Umno itu? Dan, siapa yang memulakan isu Kerajaan Perpaduan?

Memang benar, isu UG ini telah ditutup tetapi selepas ianya ditutup rapat, angin-angin UG masih keluar dari celah-celah daun pintu yang tertutup rapat itu. Mengapa perlu salahkan Mursyidul Am PAS kononnya Tuan Guru telah memulakan isu UG ini? Di dalam blog Tuan Guru hanya memberi pandangan terhadap pendapat yang di utarakan oleh Prof Dr Aziz Bari yang memberikan pendapat beliau tentang kekalahan PAS di Bagan Pinang. Itu pun setelah Ustaz Idris memberi komen dan mengkritik pendapat Prof Dr Aziz Bari. Saudara Hanipa Maidin juga turut memberikan komen terhadap pandangan Prof Dr Aziz Bari walau pun jauh berbeza dari pandangan Ustaz Idris. Jika kedua-dua tokoh PAS tersebut boleh memberikan pendapat mereka terhadap isu yang di utarakan oleh Prof Dr Aziz, mengapa Mursyidul Am PAS tidak boleh bersuara?

Mursyidul Am PAS terang-terang tidak menyokong mana-mana pihak samada pendapat Prof Dr Aziz Bari yang betul atau pihak lain yang mengkritik Prof Dr Aziz yang betul. Cumanya, Mursyidul Am PAS mahu agar ahli-ahli PAS sendiri membuat keputusan hala tuju PAS selepas ini kerana beliau tidak mahu kudis yang ada pada PAS akan terus menjadi nanah. Mahukah PAS mengakui bahawa sememangnya di dalam jasad PAS terdapat kudis-kudis itu walaupun tidak separah mana? Jika PAS merasakan PAS kini sihat walafiat tanpa sebarang kudis, persetankan lah saja pendapat dan saranan Mursyidul Am PAS tersebut.

Di kesempatan ini, saya ingin mencuba menjawab persoalan yang di utarakan oleh rakan Banjarwanik di dalam blog politikbanjar.blogspot. Persoalan di utarakan oleh beliau seperti berikut dan diikuti olah jawapan saya:

1. Apakah kita sebagai ahli dan penyokong PAS sedar akan matlamat penubuhan PAS sebagai parti politik yang tersurat dan tersirat dalam gagasan demokrasi berparlimen ini?

Jawapan saya: Sudah tentunya kita sedar apa yang tersurat dan tersirat, melainkan jika matlamat perjuangan PAS dilakukan `di dalam kelambu'.

2. Apakah kita sebagai ahli dan penyokong PAS disemua peringkat sedar bahawa PAS merupakan sebagai GERAKAN ISLAMIAH atau GERAKAN DAKWAH?


Jawapan Saya: Tentunya kita sedar kerana dakwah tidak boleh dilakukan secara bersembunyi, kerana dakwah secara bersembunyi itu selalunya dakwah yang songsang takut diketahui orang.

3. Apakah kita semua memahami apakah yang dimaksudkan sebagai GERAKAN ISLAM?


Jawapan Saya: Gerakan Islam adalah gerakan yang ingin membawa seluruh manusia ke arah Islam iaitu Allah dan Rasulnya dan gerakan itu mestilah dilakukan secara jujur tanpa mengkhianati rakan seperjuangan.

4. Apakah kita sebagai ahli dan penyokong PAS sedar kita kini berada dalam GERAKAN ISLAM?

Jawapan Saya: Tentunya kita sedar. Oleh yang demikian kita ingin membersihkan mereka yang berpura-pura di dalam perjuangan yang maha suci ini.

5. Apakah kita ahli dan penyokong PAS sedar bahawa sistem kepimpinan dan gerak kerja PAS merupakan sistem dalam GERAKAN ISLAM yang meletakan keutamaan kepimpinan berjemaah dan bukan individu?


Jawapan Saya: Benar dan setuju. Oleh itu pemimpin yang menjalankan kerja sulit secara individu sudah tentunya tidak sesuai di dalam perjuangan berjemaah ini.

6. Apakah kita ahli dan penyokong PAS mahu menyamakan sistem dalam PAS itu sama dengan sistem parti-parti politik lain dalam Malaysia?


Jawapan Saya: Sudah tentu PAS tidak sama dengan dasar parti-parti yang lain. Justeru itu, PAS mesti bersama rakan yang boleh membantu mereka menegakkan Islam bukan `berselimut sekelambu' dengan musuh-musuh yang terang-terang ingin membunuh PAS.

7. Apakah kita ahli dan penyokong PAS sedar tindakan PAS menjadi PARTI POLITIK demi memastikan Syariat Islam memerintah Malaysia?


Jawapan Saya: Memang itu tujuan PAS. PAS bukan bertujuan menyembah lutut musuh-musuh Islam demi kuasa. PAS perlu bangkit berjuang bersama rakan-rakan yang ingin bersama PAS bukan bersekongkol dengan musuh-musuh Islam.

8. Apakah kita ahli dan penyokong PAS serta masyarakat amnya sedar bahawa sistem demokrasi amalan malaysia hanya membenarkan Parti Politik berdaftar sahaya yang layak bertanding dalam Pilihanraya dan membentuk sesebuah kerajaan untuk memerintah?


Jawapan Saya: PAS, PKR dan DAP adalah parti berdaftar. Tiada masalah untuk bekerjasama untuk kebaikan bersama tetapi bukan Umno walau pun parti tersebut juga berdaftar.

9. Apakah kita ahli dan penyokong PAS sedar dan yakin, menjadi Sunnatullah dalam GERAKAN ISLAM, mana-mana individu atau golongan yang berniat selain dari matlamat untuk menegakan Syariat Islam akan disingkirkan oleh Allah dari Gerakan Islam?


Jawapan Saya: Mudah-mudahan begitu. Mereka yang menipu jemaah dengan mengadakan rundingan sulit dengan musuh itu akhirnya akan tersingkir juga.

10. Apakah kita ahli dan penyokong PAS sedar bahawa setiap GERAKAN ISLAM akan terus dijaga dan dipelihara oleh Allah Taala?


Jawapan Saya: Setuju, dan ianya terbukti apabila kisah rundingan sulit dalam kelambu di Selangor dan di Perak terbongkar juga akhirnya. Alhamdulillah, Allah selamatkan kita dari terus ditipu dari dalam jemaah sendiri.

11. Apakah kita ahli dan penyokong parti wajib mentaati pemimpin parti?


Jawapan Saya: Wajib, selagi pemimpin itu berpegang dengan tali Allah dan Rasul.

12. Apakah ahli dalam GERAKAN ISLAM tidak perlu WALA' kepada pimpinan?


Jawapan Saya: Perlu, selagi pemimpin itu taat kepada Allah dan Rasul.

Itulah jawapan saya yang jahil ini. Mudah-mudahan kita semua dapat berfikir agar PAS terus diyakini oleh semua golongan, bangsa dan ugama. Kekalahan di Bagan Pinang telah mencelikkan kita betapa kudis yang disimpan tanpa dirawat kini mula merasa gatal./Kembali ke laman asal di sini.

BERSIHKAN PENGACAU DALAM PAS, ADAKAN MUKTAMAR SEGERA - NIK AZIZ

Thursday, October 22, 2009

NOTA: Artikel ini diambil terus dari blog Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Keseluruhan ahli-ahli PAS harus menerima serta melaksanakan saranan Tok Guru Nik Aziz ini

Latarbelakang:
Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.
Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.

i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.


Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:

“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)


Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:

“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.” “Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.” “Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.” “Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.” “Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.” “Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.” “Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.” “Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.” (Prof Dr Aziz Bari)

Pandangan Saya
Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :
Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .
Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.


Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

Kelantan kekal rekod 19 tahun sifar rasuah

Md Noor Yahya
Thu | Oct 22, 09
KOTA BHARU, 22 Okt: Kelantan berkemungkinan besar akan mencatat rekod sebagai negeri pertama di Malaysia yang bebas daripada rasuah dalam tempoh 19 tahun pemerintahan PAS iaitu bermula pada tahun 1990 sehingga sekarang.

Bermula daripada wakil rakyat, anggota exco sehinggalah kepada menteri besar,tidak pernah tercatat rekod berkaitan rasuah di Kelantan.

Berbeza dengan negeri-negeri lain yang pemimpin-pemimpin politiknya seringkali disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dan salahguna kuasa.

Anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun pihak-pihak tertentu berusaha untuk memburuk-burukkan wakil rakyat PAS, namun semuanya gagal.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Dalam perkembangan lain, anggota Exco, Dato� Husam Musa memberitahu terdapat dua kesan positif ekspedisi rakyat Kelantan ke pelantar minyak yang diadakan pada 4 Ogos lalu.

�Iaitu terbukti dengan jelas pelantar minyak Cakrawala beroperasi sejak 2004 dan jarak dari pesisir pantai Kelantan lebih kurang 140 km sahaja,� katanya sebagai menjawab soalan Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria (PKR-Guchil) pada persidangan DUN hari ini.

Anggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi pula berkata slogan "Bertani Satu Ibadah" merangkumi pelbagai aspek kerja yang memberi manfaat kepada rakyat.

Menurutnya slogan tersebut menggalakkan rakyat menceburi bidang pertanian tanpa meninggalkan amalan agama bagi mendapatkan manfaat di dunia dan akhirat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman pula memberitahu pembinaan jambatan Sultan Yahya Petra kedua sudah beberapa kali ditangguhkan dan kali terakhir ditangguhkan pada Februari 2011.

Persidangan DUN Kelantan bermula pada Selasa lalu dan akan berakhir pada minggu hadapan._/Harakahdaily

Khamis, 22 Oktober 2009

TERKINI - YB TIAN CHUA DIPENJARA 6 BULAN

Berita dari ADIL NEWS melaporkan bahawa YB Tian Chua dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan dan denda RM3000 kerana kesalahan menggigit polis oleh Mahkamah Majistret KL sebentar tadi./Sumber 32300

PANDANGAN PROF DR AZIZ BARI, MENGAPA PERLU MELENTING?

Terima kasih Prof Aziz Bari atas kritikan anda
Mohamed Hanipa Maidin
Thu | Oct 22, 09
PENDAPAT

Saya boleh memahami betapa marahnya Ustaz Idris Ahmad terhadap tulisan Dr Aziz Bari di dalam Sinar Harian bertarikh 19/10/2009 ('Pengajaran dari Bagan Pinang').

Saya percaya Ustaz Idris tidak bermaksud memperkecilkan kehebatan Prof Aziz Bari yang kita tahu seorang Profesor yang bukan sahaja mendalam ilmunya tetapi amat berani dan lantang menyatakan kebenaran.

Kekerasan sahabat saya Ustaz Idris Ahamd menyanggah tulisan Dr Aziz Bari bagi saya mungkin terbit dari keletihan beliau berkempen secara intensif di Bagan Pinang.

Sudahlah penat berkempen dan berhadapan pula dengan samseng-samseng Umno dan seterusnya mengalami kekalahan yang besar tiba-tiba Dr Aziz Bari pula mengkritik PAS.

Tidak dinafikan saya rasa bukan sahaja Ustaz Idris malahan mungkin ramai juga pemimpin PAS yang lain yang turut berkongsi sentimen seperti Ustaz Idris.

Saya juga pemimpin PAS Pusat. Namun saya tidak sama sekali marah jauh sekali melenting dengan teguran dan kritikan Prof Aziz Bari. Malahan sebagai pemimpin PAS saya benar-benar berterima kasih dengan teguran dan kritikan beliau.

Image Saya yakin tulisan beliau tidak mempunyai unsur mala fide (niat jahat). Tulisan tersebut, bagi saya, lahir dari hati suci beliau untuk melihat supaya PAS membuat koreksi diri agar tidak kecundang dalam pilihan raya yang akan datang.

Tulisan itu saya yakin lahir dari satu pengamatan beliau yang amat panjang tentang beberapa insiden yang berlaku dalam PAS yang diketahui umum.

Pemimpin gerakan Islam Al-Nahdah, Tunisia yang kini hidup dalam buangan di London, Rashid Ghanouchi pernah menyatakan di dalam satu tulisannya bahawa kesilapan paling besar gerakan Islam ialah adalah ketidaksediaan atau keberatan untuk bermuhasabah dan dimuhasabah.

Orang bijaksana berkata kawan yang sebenar adalah kawan yang sudi menegur kita jika dia melihat kita melakukan kesilapan. Kawan yang buruk pula adalah kawan yang hanya mendiamkan diri malahan menyokong pula meskipun dia tahu kita melakukan kesilapan.

Saya tidak kata tulisan Dr Aziz Bari adalah sempurna dan saya juga yakin beliau juga tidak berpendapat teguran dan kritikan beliau adalah sempurna. Tidak dinafikan kenyataan beliau bahawa "Hasan (Hasan Ali) dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokonng mereka" agak menyenakkan sesetengah pemimpin PAS.

Namun jika kita melihat dari perspektif lain, salahkah jika Dr Aziz Bari sebagai pihak di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu.

Politik, orang kata adalah berkaitan persepsi. Saya percaya bukan sahaja Dr Aziz Bari malahan ramai lagi rakyat Malaysia yang lain yang juga mempunyai persepsi seperti Dr Aziz Bari iaitu persepsi bahawa sesetengah pemimpin PAS adalah pro Umno.

Kerana kesan bahaya persepsi sebegitulah yang menyebabkan Muktamar PAS berhempas pulas membuat ketetapan dan penegasan bahawa PAS tidak akan ada hubungan dengan Umno dan akan terus bersama Pakatan Rakyat. Kalau kita tidak mahu dilihat dan dikritik pro Umno janganlah buat perkara-perkara yang menyebabkan orang ramai membuat tanggapan bahawa kita adalah pro Umno.

Adakah persepsi lahir begitu sahaja? Salah ke jika orang-orang di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu setelah mereka melihat apa yang berlaku di dalam PAS � melalui tindak tanduk, kenyataan dan gelagat sesetengah pemimpin PAS.

Bagi saya sudah sampai masanya pemimpin PAS, mengambil istilah kata Khairy Jamaluddin, keluar dari 'siege mentality' (mentaliti terkongkong). Sila lihat di luar sana, orang ramai sedang memerhatikan kita !!!

Salahkah kita menjadi pendengar yang baik (good listener) demi kebaikan parti yang kita sayangi ini.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Aziz Bari. Prof, percayalah bagi saya kamu adalah sahabat yang sejati./Harakahdaily

--------------------

(Penulis adalah AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS)_

Rabu, 21 Oktober 2009

Pemuda PAS pohon mengadap Sultan Perak

Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak hari ini merayu kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya berkenan menerima mereka mengadap untuk membincangkan isu persidangan DUN negeri itu minggu depan.

Permohonan Pemuda PAS itu dimaklumkan melalui sepucuk surat rasmi yang difaks kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja Pejabat Sultan Perak, Datuk Samsul Baharin @ Mohd Rofaa Hasan pagi tadi.Dalam surat tersebut, setiausaha DPP Perak, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, jika diperkenankan, delegasi mereka akan dipimpin oleh ketuanya, Zawawi Hassan dan lapan anggota jawatankuasa kerja dewan itu.

Sementara itu, penolong setiausaha DPP Perak, Safarizal Saleh berkata, pertemuan itu boleh membuahkan pandangan bernas bagi memastikan perjalanan DUN Perak pada 28 Oktober ini berjalan lancar."(Speaker BN) Datuk R Ganesan kata (mereka) dapat perkenan Tuanku untuk memanggil sidang DUN. (Speaker Pakatan) V Sivakuamar pun memanggil DUN bersidang. Sebagai raja pemerintah, sudah tentu Tuanku mempunyai pandangannya," kata Safarizal."Kita tidak mahu peristiwa speaker diangkat dari kerusi, dikurung dalam bilik berulang lagi.

Seluruh dunia sedang menantikan persidangan pada 28 Oktober ini," tambahnya.Ditanya mengenai butiran perkara yang akan dibangkitkan kepada Sultan Perak, beliau berkata, ia tidak boleh didedahkan kepada media sekarang."Lagi pun, kita tidak tahu lagi apa Tuanku akan tanya," kata Safarizal yang juga setiausaha kerja Pemuda PAS pusat.Menurutnya lagi, dewan itu sebelum ini pernah dua kali menghadap Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah termasuk sewaktu majlis berbuka puasa bulan lalu.Safarizal berkata, pihaknya mengambil kesempatan dalam pertemuan tersebut untuk membincangkan perkembangan semasa politik di negeri Perak. /Malaysiakini

Selasa, 20 Oktober 2009

16 SEPT - NAJIB CUMA JADI PENGUTIP IDEA DS ANWAR?

Oleh: WFAUZDIN NS

Pengumuman PM baru-baru ini yang menetapkan 16 Sept sebagai cuti umum setiap tahun bermula tahun depan memang dialu-alukan. Seperti biasa, media pencacai memuja memuji langkah yang diambil oleh Najib termasuk pak-pak menteri yang laju anggukan kepala mereka menyokong apa yang diumumkan oleh Najib. Kita bersetuju dengan langkah tersebut kerana itu sememangnya hasrat kita sejak dari awal bermula dari cetusan idea DS Anwar tidak berapa lama dahulu.Justify Full

Bezanya, semasa DS Anwar mengagungkan tarikh 16 Sept sebagai tarikh yang perlu disambut sepertimana tarikh 31 Ogos, tidak seorang pun menteri yang merasa cerdik dan pintar untuk menyambut cadangan tersebut. Termasuklah media perdana yang langsung tidak terfikir betapa jauhnya pandangan DS Anwar. Sudah nasib mereka dijadikan sebagai Pak Turut atau burung belatuk yang cuma mengangguk bila tuan mereka batuk atau bersin.

Jelas pada kita, Najib tidak punyai idea langsung sehinggakan tanpa segan silu mengutip satu persatu idea yang dibawa oleh DS Anwar dan juga idea dari PR. Konsep 1 Malaysia jelas condong ke arah idea PR yang ingin memberikan kesamarataan di kalangan rakyat. Umno juga terpaksa meniru idea PR khususnya konsep yang ingin dibawa oleh PKR. Bezanya, kesemua yang ditiru oleh Najib dan Umno hanyalah kosmetik semata-mata. Sehingga kini, tiada pendekatan ke arah itu dan mereka sendiri pun hilang arah untuk mentadbir negara ini.

Kita percaya, konsep yang bersifat kosmetik ini tidak mampu bertahan lama kerana pemimpin Umno dan Bn yang ada tidak punyai kekuatan diri. Mereka sudah sebati dengan semangat Assabiyyah perkauman mereka serta tidak lagi jijik dengan perilaku rasuah di kalangan mereka. Benarkah pindaan perlembagaan di dalam Umno baru-baru ini menunjukkan sikap Umno tidak merestui pemimpin rasuah? Sukar untuk dijawab kerana Umno masih mempunyai pemimpin seperti Nazri Aziz, Ali Rustam dan terbaru yang diagungkan adalah Isa Samad.

Sehubungan itu, PR perlu terus berusaha meyakinkan rakyat bahawa Umno tidak akan berubah walau seinci sekali pun. Mereka mahu ahli bawahan mereka bersih, jujur dan ikhlas sedangkan diri mereka yang di atas penuh terpalit kekotoran dan noda. Amat malang jika mereka yang di bawah masih setia dengan pemimpin seperti ini. Pemimpin yang sentiasa menganggap bahawa politik wang bukan jenayah dan bukan rasuah. Sampai bila mereka di bawah ini sanggup diperbodohkan?/Kembali ke laman asal di sini.

MASUK UMNO, RAJA KATAK PUN TAKUT PISANG BERBUAH 100 KALI

Masuk UMNO..fikir 100 kali

"Saya sendiri kena fikir bukan setakat pisang berbuah dua kali, tapi lima kali atau 100 kali," kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali seandainya beliau membuat keputusan masuk semua ke dalam UMNO.

Menurut Bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas itu, setakat ini beliau belum memikirkan soal itu.

“Saya belum memohon. Saya kata tidak tolak kemungkinan. Tetapi tidak dalam masa terdekat,” katanya menerusi kiriman SMS kepada Agendadally, pada Isnin.

Beliau menjawab gesaan Setiausaha Pemuda UMNO Kelantan, Bazlan Baharuddin yang minta Majlis Tertinggi (MT) parti itu membuat penilaian terperinci sebelum menerima semula kemasukan beliau ke dalam UMNO bagi mengelak 'pisang berbuat dua kali.'

Bazlan memberi alasan apa dialami parti sebelum ini cukup menyedarkan apabila Ibrahim sanggup menentang calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil 2005.

Menurut Ibrahim lagi, beliau kena fikir perkara itu kerana sebelum ini dia rasa dianiaya setelah digugurkan sebagai Ketua Bahagian tanpa sebab bukan kerana tidak terpilih sebagai calon.

“Saya nak bagitahu Setiausaha Pemuda berkenaan jadilah ahli UMNO yang setia. Tak guna jadi ahli UMNO tapi ada yang mengkhianati calonnya dalam pilihan raya kerana ‘kudanya’ tak jadi calon atau tak dapat projek,” tegasnya.

Beliau turut menasihati, Bazlan kalau hendak jadi pejuang bangsa, beliau boleh membimbing secara percuma sahaja.

Isu masuk UMNO tercetus ekoran Ibrahim kini dikatakan diawang-awang ekoran kedudukannya dipertikaikan oleh PAS kerana sering memberi reaksi negatif kepada parti itu. Pada pilhan raya umum lalu, Ibrahim bertanding atas tiket PAS.

Beberapa pemimpin PAS juga sebelum ini meminta Ibrahim meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen kerana tindakannya itu termasuk mengkritik Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. -/Agendadaily

PERSIDANGAN DUN PERAK - PR PATUH PADA SPEAKER YANG SAH, KATA NIZAR

Tuduh PR ganggu sidang Dun, Nizar selar kenyataan Najib
Nazri Abdullah
Mon | Oct 19, 09
KUALA LUMPUR, 19 Okt: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menyifatkan kenyataan Perdana Menteri semalam sebagai tomahan jahat dan cubaan menburukkan imej Adun Pakatan Perak.

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak itu berkata, kenyataan Datuk Seri Najib yang mendakwa tiada sebab Adun Pakatan akan menggaggu persidangan DUN Perak akan datang seolah olah menggambarkan Adun PR adalah kaki pukul dan samseng.

"Tuduhan ini tidak berasas dan cuba memburukkan imej pakatan perak. Najib tidak sepatutnya membuat tuduhan sebegitu, seolah olah kami ini kaki pukul," katanya ketika ditemui di lobi parlimen pagi tadi.

Najib menurutnya wajar melihat insiden pada persidangan Dun Perak 7 Mei lalu, di mana kekecohan dimulakan Adun BN apabila merampas kerusi speaker V.Sivakumar secara paksa dan melantik R.Ganesan.

Persidangan itu juga katanya menjadi bukti bahawa yang mengganggu persidangan adalah Adun dari BN bukannya Pakatan.

Image"Apa yang saya boleh gambarkan, pada 7 Mei lalu, yang buat kacau seawal jam 9.30 pagi adalah BN, kerana tidak menghormati speaker yang sah," jelasnya lagi.

Beliau juga sekali lagi menegaskan akan hadir persidangan Dun 28 Oktober ini berdasarkan notis panggilan yang dikeluarkan Speaker Pakatan Rakyat, Sivakumar bukan Ganesan.

Adun Pakatan Perak katanya tidak pernah sesekali mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker Perak dan masih berpegang Sivakumar adalah speaker yang sah.

Sehubungan itu katanya, notis panggilan sidang Dun yang dikeluarkan Ganesan adalah tidak sah.

"Kita akan lihat bagaimana keadaan nanti, kami akan bagitahu ganesan bahawa dia bukan speaker yang sah," katanya./Harakahdaily

Isnin, 19 Oktober 2009

Azmin Ali jejak kaki ke rumah Azwan selepas 9 tahun


Kedatangan Azmin disambut mesra oleh Azwan dan Mak Tom. (Foto mStar oleh Ariffuddin Ishak)

DI muka pintu rumah personaliti Azwan Ali, wajah ibu tercinta Mak Tom menunggu dengan penuh debaran kelibat anak tersayang, YB Azmin Ali.

Kedatangan Azmin, Ahli Parlimen Gombak, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa dan Naib Presiden PKR, ke rumah adiknya Azwan petang itu amat bermakna sekali bagi mereka anak beranak.

Manakan tidak, sudah 9 tahun kasih terputus dan jalinan tali persaudaraan yang bertaut kembali pada petang itu bagaikan sebuah episod jejak kasih.

Debaran menanti "tetamu istimewa" Azmin menjadi lebih syahdu apabila Mak Tom memecah kesunyian dengan berkata, "Ini yang makcik tunggu-tunggu selama ini. Alhamdulillah tuhan kabulkan doa makcik.

"Siang malam, makcik tak henti-henti berdoa terutama pada bulan Ramadan yang baru ini. Makcik minta tuhan satukan anak-anak makcik sebelum makcik tutup mata...," jelas Mak Tom, 74 tahun dengan nada yang separuh sebak.

Walau apa pun sengketa yang pernah berlaku, air cincang tidak akan putus...

Meskipun Mak Tom tidak berapa sihat, ibu tua yang penyayang ini bertungkus lumus di dapur bersama beberapa orang pembantu Azwan, menyiapkan juadah untuk semua anak-anaknya.

"Azmin kata dia akan datang....kejap lagi sampailah tu," jelas Mak Tom dengan penuh harapan. Tidak beberapa lama kemudian, kelibat abang tersayang, yang disapa dengan panggilan 'Pak Teh' berjalan masuk ke rumah Azwan.

Azwan terus mencium tangan abangnya sambil diperhatikan Mak Tom dengan mata yang berkaca.

Azmin, 45, yang datang dengan isterinya Shamsidar Taharin serta lima orang anaknya petang itu, disambut mesra seolah masa yang memisahkan mereka seperti tidak pernah berlaku.

Kemeriahan di rumah Azwan tatkala menerima kedatangan Azmin jelas membayangkan bunga-bunga sebuah keluarga bahagia

Seorang lagi abang yang tua, Azman Ali, 46, seorang ahli perniagaan, muncul sejurus kemudian dengan keluarganya. Bertambah meriah suasana di rumah banglo berkembar dua tingkat milik Azwan yang terletak di Taman Andaman, Ukay Perdana petang tadi.

Nasi minyak istimewa dari air tangan Mak Tom bersama rendang tok dan dendeng berlada menanti di meja makan. Azwan pula tidak menang tangan melayan anak-anak buah yang berlari riang di dalam rumah.

Biarpun sudah besar panjang dan mempunyai keluarga masing-masing, baik Azmin, Azwan dan Azman tetap dilayan dengan manja oleh Mak Tom.

Sebagai hos yang terkenal dengan aksi riuh rendahnya, Azwan berjaya mencuit hati Azmin. Mungkin juga beliau rindu melihat gelagat begitu selama ini.

Sesekali, Azwan meminta izin abangnya untuk bergambar bersama.Dan setiap kali lensa kamera di arah ke wajahnya sambil Azwan berposing di sebelahnya, Azmin yang kelihatan agak kekok pada mulanya, hanya tersenyum.

Azwan menyajikan nasi mintak untuk abangnya Azmin dan isterinya, Shamsidar

"Saya tak biasa....," tuturnya lembut.

Ketika ditanya tentang karier Azwan, Azmin berkata adiknya itu sememang dilahirkan untuk menjadi anak seni.

"Dari kecil lagi, Azwan suka menjadi pengacara. Waktu sekolah dulu, kayu di belakang rumah akan dijadikan mikrofon dan dia akan beraksi seolah-olah dia seorang pengacara.

"Saya sokong apa jua karier pilihannya cuma saya tidak berapa minat hiburan. Jarang saya membaca ruangan hiburan. Bukan tidak mengikuti karier Azwan tapi saya terlalu sibuk," jelas Azmin.

Katanya lagi, "Apa pun yang kita buat, mesti ada kesederhanaan (There must be moderation in everything)."

Azmin melahirkan rasa syukurnya dengan pertemuan hari ini sambil mengimbau apa yang pernah berlaku satu ketika dulu.

"Pada tahun 2000, waktu saya melakukan umrah buat pertama kalinya, saya memohon agar Tuhan satukan kembali kami adik beradik. Alhamdulillah setelah 9 tahun, doa saya dikabulkan. Saya rasa sungguh gembira dengan pertemuan ini.

"Sekarang kami seperti satu keluarga bahagia ...one happy family again. I miss this for some years. Sememangnya ini yang saya harapkan setelah insiden tahun 2000 itu... supaya keluarga saya jadi kuat dan bersatu," katanya dengan penuh makna.

Kata Azmin lagi, "Saya hargai pertemuan seperti ini sebab itu saya tolak undangan open house yang lain untuk hadir ke rumah adik saya. Saya ada 17 jemputan 'open house' hari ini. Saya terpaksa menolak undangan beberapa rumah kerana ingin datang juga ke rumah Azwan."

Ternyata pertemuan adik beradik petang itu yang disaksikan Mak Tom, membawa lembaran tersendiri yang cukup indah dan bermakna.

Menurut Azmin, kesibukannya sebagai ahli politik, selalu menjadi momen begini terlalu sukar.

"Tapi insyaAllah kalau ada kesempatan lain, saya akan datang lagi. Saya cukup menghargai kesempatan seperti ini," jelas Azmin, anak keempat dari 6 beradik./MStar Online

BILA UMNO PUN `GETIK' NAK TERIMA IBRAHIM `KATAK'

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMANG ramai yang sudah dapat meneka apakah respon Umno terutamanya Umno Kelantan apabila ada cadangan agar raja katak Berahim Pasir Mas diterima kembali `bersyahadah' masuk Umno. Sebenarnya cadangan tersebut amat bijak dan tepat sekali, cuma kurang bijak bagi Pemuda Umno Kelantan berhasrat untuk menolak kemasukan raja katak tersebut. Puak PR sendiri khususnya PAS amat menyokong jika raja katak yang tidak sedar diri itu kembali ke dalam lubuk lamanya kerana lubuk itu amat sesuai buat segala jenis yang spesis dengannya.

Lagi pun, raja katak tersebut kini `yatim piatu' tiada siapa lagi yang sanggup memeliharanya. Mungkin ramai yang ingin berkawan atau ingin meminjam suara garau kataknya itu, tetapi untuk mengambilnya sebagai anak mahupun kaum keluarga mereka tidak sanggup. Apa lah dosa raja katak itu sehingga sampainya hati Pemuda Umno Kelantan secara terbuka menyuarakan agar berfikirlah Umno untuk `memelihara' raja katak yang malang itu. Bukankah raja katak kini amat menyanjung Umno dan amat membenci musuh-musuh Umno? Mungkin Umno Kelantan merasa buat apa lah memelihara spesis yang hidupnya sentiasa hendak menggigit jari atau `mengencing' mata orang yang memberinya makan. Itu satu kemungkinan. Kencing katak orang kata amat bisa jika terkena mata......

Umno bukan sekali dua kena gigit atau kena `kencing' oleh raja katak ini. Beliau pernah duduk dalam parti Semangat 46, apa kerja beliau ketika itu dan apa yang beliau tidak kata pada Umno masa itu? Beliau pernah juga duduk dalam parti Berjasa. Pernah melompat masuk Umno kembali dan diterajang dari Umno maka tergolek katak masuk longkang. Bertanding lawan Umno guna simbol Bebas tapi kalah dengan memalukan. Entah kenapa, tiba-tiba Pas tergerak hati untuk membela nasib raja katak ini dan dibenarkan bertanding guna tiket dan lambang Pas. Tercemar seketika logo Pas apabila lencana Pas tersemat di dada raja katak sewaktu beliau bertanding dalam pilihanraya umum 2008. Kita ingatkan beliau telah insaf, tetapi katak tetap katak.

Tiba-tiba beliau bersuara minta MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz bersara. Tiba-tiba beliau bersuara menyatakan Kelantan miskin di bawah Pas. Kita ingatkan dengan kenyataan beliau itu bolehlah Umno berfikir untuk menerimanya kembali, rupa-rupanya Umno lebih cerdik dari sang katak. Kita tidak tahu apakah nasib raja katak selepas ini. Bukan kita tidak simpati, tetapi beliau sendiri pun tidak pernah kesihankan dirinya sendiri yang sering dihina dan terhina di mata pembangkang dan Umno sendiri. Itulah balasan orang yang berjiwa katak./Kembali ke laman asal di sini.Justify Full