RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 22 Oktober 2009

PANDANGAN PROF DR AZIZ BARI, MENGAPA PERLU MELENTING?

Terima kasih Prof Aziz Bari atas kritikan anda
Mohamed Hanipa Maidin
Thu | Oct 22, 09
PENDAPAT

Saya boleh memahami betapa marahnya Ustaz Idris Ahmad terhadap tulisan Dr Aziz Bari di dalam Sinar Harian bertarikh 19/10/2009 ('Pengajaran dari Bagan Pinang').

Saya percaya Ustaz Idris tidak bermaksud memperkecilkan kehebatan Prof Aziz Bari yang kita tahu seorang Profesor yang bukan sahaja mendalam ilmunya tetapi amat berani dan lantang menyatakan kebenaran.

Kekerasan sahabat saya Ustaz Idris Ahamd menyanggah tulisan Dr Aziz Bari bagi saya mungkin terbit dari keletihan beliau berkempen secara intensif di Bagan Pinang.

Sudahlah penat berkempen dan berhadapan pula dengan samseng-samseng Umno dan seterusnya mengalami kekalahan yang besar tiba-tiba Dr Aziz Bari pula mengkritik PAS.

Tidak dinafikan saya rasa bukan sahaja Ustaz Idris malahan mungkin ramai juga pemimpin PAS yang lain yang turut berkongsi sentimen seperti Ustaz Idris.

Saya juga pemimpin PAS Pusat. Namun saya tidak sama sekali marah jauh sekali melenting dengan teguran dan kritikan Prof Aziz Bari. Malahan sebagai pemimpin PAS saya benar-benar berterima kasih dengan teguran dan kritikan beliau.

Image Saya yakin tulisan beliau tidak mempunyai unsur mala fide (niat jahat). Tulisan tersebut, bagi saya, lahir dari hati suci beliau untuk melihat supaya PAS membuat koreksi diri agar tidak kecundang dalam pilihan raya yang akan datang.

Tulisan itu saya yakin lahir dari satu pengamatan beliau yang amat panjang tentang beberapa insiden yang berlaku dalam PAS yang diketahui umum.

Pemimpin gerakan Islam Al-Nahdah, Tunisia yang kini hidup dalam buangan di London, Rashid Ghanouchi pernah menyatakan di dalam satu tulisannya bahawa kesilapan paling besar gerakan Islam ialah adalah ketidaksediaan atau keberatan untuk bermuhasabah dan dimuhasabah.

Orang bijaksana berkata kawan yang sebenar adalah kawan yang sudi menegur kita jika dia melihat kita melakukan kesilapan. Kawan yang buruk pula adalah kawan yang hanya mendiamkan diri malahan menyokong pula meskipun dia tahu kita melakukan kesilapan.

Saya tidak kata tulisan Dr Aziz Bari adalah sempurna dan saya juga yakin beliau juga tidak berpendapat teguran dan kritikan beliau adalah sempurna. Tidak dinafikan kenyataan beliau bahawa "Hasan (Hasan Ali) dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokonng mereka" agak menyenakkan sesetengah pemimpin PAS.

Namun jika kita melihat dari perspektif lain, salahkah jika Dr Aziz Bari sebagai pihak di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu.

Politik, orang kata adalah berkaitan persepsi. Saya percaya bukan sahaja Dr Aziz Bari malahan ramai lagi rakyat Malaysia yang lain yang juga mempunyai persepsi seperti Dr Aziz Bari iaitu persepsi bahawa sesetengah pemimpin PAS adalah pro Umno.

Kerana kesan bahaya persepsi sebegitulah yang menyebabkan Muktamar PAS berhempas pulas membuat ketetapan dan penegasan bahawa PAS tidak akan ada hubungan dengan Umno dan akan terus bersama Pakatan Rakyat. Kalau kita tidak mahu dilihat dan dikritik pro Umno janganlah buat perkara-perkara yang menyebabkan orang ramai membuat tanggapan bahawa kita adalah pro Umno.

Adakah persepsi lahir begitu sahaja? Salah ke jika orang-orang di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu setelah mereka melihat apa yang berlaku di dalam PAS � melalui tindak tanduk, kenyataan dan gelagat sesetengah pemimpin PAS.

Bagi saya sudah sampai masanya pemimpin PAS, mengambil istilah kata Khairy Jamaluddin, keluar dari 'siege mentality' (mentaliti terkongkong). Sila lihat di luar sana, orang ramai sedang memerhatikan kita !!!

Salahkah kita menjadi pendengar yang baik (good listener) demi kebaikan parti yang kita sayangi ini.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Aziz Bari. Prof, percayalah bagi saya kamu adalah sahabat yang sejati./Harakahdaily

--------------------

(Penulis adalah AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS)_

13 ulasan:

  1. sokong artikel ini.

    BalasPadam
  2. Teguran yang profesional dan membina hendaklah diterima dengan hati yang terbuka. Melenting tidak tentu fasal tidak mencerminkan keperibadian yang indah sebagai seorang pejuang islam. Prof. Aziz Bari banyak membantu dalam menjana keperibadian seseorang yang berjuang dalam politik Islam. Teguran beliau membina.

    BalasPadam
  3. ana bersetuju dengan artikel hanifa nie...memang benar bagi kami golongan marhean pas melihat isu persepsi ni memang benar..gelagat sesetengah pemimpin kita terutama di selangor memberi persepsi sebagaimana yg dihurai oleh prof aziz dan di ulas dgn baik oleh sdra hanifa..pepimpin yg baik harus menerima teguran dlam kontek yang sihat..dan ust idris sahabat lama ana gak..satu soalan... mengapa harus melenting sakan.. ke kapasiti anta sebagai ketua penerangan pas pusat d arah untuk menyanggah tulisan prof aziz tuu..wallahualam

    BalasPadam
  4. Puak 2 Pas ni memang besar kepala, dah menang sikit, mulalah perangai Melayu tu. tak boleh di tegur. Saidina Umar yang waktu jadi Khalifah pun bila ditegur tak melenting pun.
    Masa bertanding kata Islam for All bila dah menang kata Islam untuk Melayu....habis bangsa
    asing pun rasa terbelit...mereka fed-up.Kalau nak sangat Melayu masuk UMNO ajelah.

    BalasPadam
  5. agreee...bila dh menang dua tiga negeri...mula bongkak...PAS harus sedar yang mengundi PAS dlm PRU lepas bukannya semua ahli PAS,PAS takkan menang jika hanya bergantung pd ahli PAS shj..Persepsi mmg wujud diluar sana,,spt kata unmask zorro dlm blognya..bila dia mendekati pengundi muda cina bagan pinang'teoh (beng hock) is dead but hasan still alive in selangor'inilah persepsi pengundi muda terhadap PAS pd ketika ini...bila tindak tanduk sesetengah pemimpin mirip kpd UMNOBN..
    kalau taknak kena kritik...duduk dlm tempurungla..!

    BalasPadam
  6. SALAM SEMUA
    AGREE SANGAT DENGAN HANIFA TENTANG KOMEN PROF AZIZ BARI :) DOWN WITH UMNO SHITS ! PAS PUN KALU ADA 'SHITS' DOWN WITH THEM !

    BalasPadam
  7. salam.. kita harus menerima teguran yg ikhlas lg membina, ambil ler iktibar diatas teguran tersebut.. saya setuju benar dgn pendapat hanipa tentang komen2 yg prof bari beri tu.. kita ambil yg positif demi kelangsungan perjuangan menegakkan agama kita..

    BalasPadam
  8. ~ahmd mencelah kata :
    BISMILLAH...~
    MENURUT PENGAMATAN SAYA BAHAWA SISTEM "DEMOKRASI LIBERAL"SEJARAHNYA MALAYSIA
    LAHIR DARI ACUAN WSTMINSTER. kita tidak memilih pemimpin dalam pilihan raya sebagai "ahli walaqdi".

    Sistem kita memberi ruang yang begitu luas dan tidak bermatlamat...
    PAS dan organisasi Isalam lain selama lebih 50 tahun tidak mengatur LOGISTIK perjuangan dalam perkara dasar.

    KITA kekurangan bahan ilmu dan kepakaran tertentu selain daripada hukum dasar syariat. KITA, ISLAM BERHARAP kemengann orang lain ; tumpang bonceng politik. MAKA JUSTERU itu kita tidak tahu akar dan umbi sesuatu isu dan masalah. Umpamanya, kita tidak tahu tentang muzium arak di Ireland ; dan jaringan kebun aggur dan epal yang luas dan indutri arak dengan jaringan yang meluas.
    Kita tidak sedar atau memang sedar bahawa pengaruh KEBENDAAN sangat kuat di hadapan mata dan debaran nafsu dalam diri pemimpin PAS sendiri {sila lihat latar belakang mereka]...!
    KITA perlu periksa TATA-TERTIB dan displin iaitu ADAT DAN ADAB dalam mesyuarat dikatakan telah tidak beradab...SIKAP 'saya sudah fikir juga ..." "kami sudah fikir begitu lama tetapi..." dam tidak mahu dengar fikiran PENDAPAT "BEBAS" merupakan cendawan lapuk sejak lama lagi. Sekian sekali imbas, menyentuh cawan kopi paas..MAAF. ~ahmad231009.

    BalasPadam
  9. Sokongan padu pada tulisan Prof Dr Bari dan Cik Hanifa, Pimpinan Pas pro UBN ni memang nampak sangat lebih yg berada di terengganu dan dan berlegar di samping Tran Guru Presiden.

    BalasPadam
  10. Salam

    Wan, berhati-hati dgn tulisan kamu, ingat setiap huruf kamu ini akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t di sana nanti.
    Kamu sepatutnya menjadi "medium" utk menjernihkan keadaan bukan mengeruhkan lagi suasana, INGAT......

    *P/s: Beradablah dgn adab jemaah Islamiyah bukan meniru gaya parti2 politik yg lain.

    -Seorang Pemuda dari Gelang Patah

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum !
    NASI TAMBAH+++daripada ahmad 241009~
    Ramai antara pemimpin politik terutama PAS dan pembangkang yang bersifat 'SERBA TAHU". INI PENYAKIT ilmu.

    Penyakit politik ialah akibat daripada KEPUTUSAN POLITIK yang tidak memperdulikan penyelidikan dan pendapat ilmuan. POLITIK BIADAB ialah apabila pemimpin mengambil keputusan sesuka hatinya sahaja.

    DUNIA dan negara jadi haru-hara, kacau-balau, kacau-bilau,rasuah, bunuh, perang, kebanyakannya dicetuskan oleh KEPUTUSAN POLITIK. Mereka menolak tegutran dan pandangan ikhlas seperti menolak kertas hingus sahaja.

    PAS dan MELAYU lainnya jadi lemah sebab unsur digiatkan oleh mereka hertujuan mencapai KESENGAN NAFSU PADA WANG, HARTA dan SEX. Ini terujui apabila PAS dalam PERIKATAN (ALLIANCE) dan terjerat dalam BN apanbila ia ditubuhkan. KEDUDUKAN PAS [bermula PAS 01 dengan PERIKTAN 01 ; kemudian PAS 01 masuk pasukan BN + 6 parti lain). PAS dijadikan pasukan penyerang hadapan... tAIDA GOL MAKA pas pun tertendang keluar.

    KEMUDAN : Dengan SEMANGAT 46 pun PAS DIKATAKAN KURANG "IDEA" berwibawa untuk menyelesaikan masalah politik, sosio-ekonomi dan budaya kepimpinan, lebih-lebih lagi untuk mempengaruhi orang UMNO yang berpengalaman dalam pentadbiran kerana ramai yang bekas pegawai kerajaan.

    SEKARANG : Beberapa pemimpin PAS yang ingin TUMPANG BOCENG kenderaan UBN yang "hebat". Mereka boleh duduk dibelakang tersandar...Super mungkin MIC, GERAKAN atau MCA. Mereka mungkin tertidur melalui hutan batu MELIHAT dan meraba (?) menikmati keindahan "LAMPU MERAH" ? . Untuk memahami BACA KERTAS KERJA "PEMBETERASAN MAKSIAT dan ARAK..." disiapak oleh Dr...

    KEMBALILAH kepada aejarah PESANAN ULAMA SILAM dan baca yang tersirat apa yang ditulis oleh Dr Burhanudin dan Ustaz Zulkifli Mohammad dan
    terutamanya PIAGAM MADINAH dan KHUTBAH WIDA', SELAMAT TINGGAL oleh Nabi Muhammad s.a.w.
    SEMOGA MENDAPAT BARKAH dan ILHAM tengan LOGISTIK PERJUANGAN.
    AMIN. Maaf.
    ahmadnun@gamil.com.

    BalasPadam
  12. bukan senang nak jadi pejuang Islam...penuh ranjau..

    BalasPadam
  13. Pada ku... prof tu patut suruh pencen je. Hj Hadi yg berat utk bersatu ... di suruh oleh Prof nyanyuk ni turun dpd jadi Presiden PAS. Dr Juanda yg kata siapa menghalang penyatuan umat Islam adalah pengkhianat ...dikatakan tak tahu sejarah. Mcm ni punye orang pun ada... apa dia duk buat kat UIA tu... nghabis boreh rakyat je lah aku ingat. Anak ku yg belajar kat sana tu... ku harap tak terikut akan perangai badut ni... yg menolak penyatuan ummah...ngajor kat universiti Islam... tapi prinsip Islam ... tak ikut.

    BalasPadam