RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 12 Jun 2014

TUDUHAN CHEGU BARD - APAKAH YANG PERLU JPP LAKUKAN?

RAMAI yang telah digantung keanggotaan dari PKR kerana membuat kenyataan terbuka berkaitan pemilihan di dalam PKR.  Fokus tentunya tertumpu kepada Chegu Bard, Penyelaras SAMM dan mantan Ketua Cabang Rembau itu.  Beliau memang 'vokal dan kritis' sejak dulu lagi, bukannya waktu pemilihan sekarang saja.

Tidak mahu mengimbas tahun 2010 kerana kita ingin maju ke hadapan walaupun pada tahun tersebut masih banyak 'kontroversi' yang belum selesai.  Pemilihan kali ini dikendalikan oleh JPP yang diPengerusikan oleh YB Johari Abdul.  Awalnya kelihatan agak tegas, apatah lagi dibantu oleh Sdr Malik Hussin yang sememangnya dikenali sebagai 'kepala gila-gila" dan berani.  

Setelah berlangsungnya pemilihan, tidak disangka begitu banyak keputusan yang kontroversi bahkan banyak Cabang yang diarahkan dibuat pemilihan semula.  Terdapat ahli-ahli di dalam JPP yang ditamatkan tugas mereka serta merta.  Ertinya, apa yang Chegu Bard laungkan sejak tahun 2010 itu terbukti berlaku dan terus berlaku.  Bukan masalah Chegu Bard tewas tahun 2010, tetapi masalahnya parti kita seperti tidak sensitif dengan kejadian tahun 2010.  Maka, ianya berlaku lagi kali ini.

Bezanya kali ini Chegu Bard tidak bertanding apa-apa jawatan pun.  Apakah selaku ahli biasa beliau mesti berdiam diri?  Tidak, itu bukan Chegu Bard.  Ada yang berkata Chegu Bard 'serang' parti sendiri dan ini kerja bodoh.  Betulkah?  Aku lihat tidak.  Chegu Bard pernah mengkritik pimpinan parti rakan kita iaitu PAS.  Adakah beliau anti PAS?  Jauh sekali kerana aku rasa Chegu Bard lebih banyak beraksi di pentas PAS daripada pentas PKR.  Itu aku rasa.

Ada yang mendakwa Chegu Bard kecewa kerana 'disabotaj' di dalam PRU 13 yang lalu di Dun Sg Acheh apabila terpaksa bersilat dengan calon PAS di situ.  Mengapa pula Chegu Bard mesti kecewa kerana yang tewas bukan saja beliau atau PKR tetapi Ustaz Yusri dan PAS juga tewas di situ.  Yang pastinya Umno/Bn menang mudah di situ kerana kita buat kerja bodoh waktu itu.

Berbalik kepada pemilihan PKR.  Chegu Bard cuma menyatakan bahawa JPP perlu siasat dan maklumkan apa sebenarnya yang berlaku, contohnya seperti di Batang sadung dan juga kisah Malik Hussin melempar bungkusan wang tunai yang dikatakan "wang rasuah" untuk memenangkan salah seorang calon Timbalan Presiden.  Jika JPP mendiamkan diri, ertinya kita akan berbalik semula kepada sejarah tahun 2010 malah kali ini lebih buruk lagi.  Apakah itu yang kita mahu?

Sehubungan itu, tiada jalan lain lagi.  JPP perlu bersihkan diri dari sangkaan negatif ahli-ahli yang begitu mengharapkan agar parti ini tidak sama seperti Umno.  Apa yang perlu JPP buat hanya satu, iaitu mesti bersikap telus dan berani.  Itu saja.