RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 8 Februari 2013

LIVE RADIO KOBAT FM - CERAMAH DS ANWAR MALAM INI DI KUANTAN

Ikuti LIVE dari Radio kami KOBAT FM malam ini.  Anda hanya perlu klik di SINI -->  http://kobatfm.blogspot.com  
Tunggu di dalam 30 saat, siaran radio akan ke udara secara 'automatik'.  Jika siaran terputus, anda perlu 'refresh' browser anda semula.
KOBAT FM akan bersiaran lebih awal iaitu jam 08.30 malam, InsyaAllah.

Rabu, 6 Februari 2013

RAKYAT SUDAH 'SET' DI KEPALA, BERITA DARI TV3 SUKU DAN UTUSAN ADALAH DARI LIDAH SYAITAN

SEKARANG, SET di dalam kepala otak kita, apa pun berlaku, apa pun mereka kata...kita beritahu mereka, "cukuplah kamu rejim Umno/Bn memerintah negara ini".  

Jelas sekarang mereka teramat panik dengan kebangkitan rakyat.  Bayangkan jika tiada media pencacai yang mereka kawal seperti TV3 suku dan Utusan Meloya, parti yang pernah bekerjasama dengan APCO itu sudah lama ghuyub.  Justeru itu, jangan pelik jika itu sahaja senjata yang mereka ada.  

Mereka mahu main isu apa?  Cuba kita semak semula apa isu-isu yang mereka cuba kemundangkan di telinga rakyat waktu mereka nazak ini.  Isu Hudud?  Semenjak bila Umno menyokong Hudud?  Semua tahu kebanyakan pemimpin Umno sejak merdeka lagi mereka adalah penentang atau penghina Hudud terkenal.  Kita tidak boleh lupa mereka berkata, "Hudud tidak sesuai dilaksanakan di zaman moden", Hudud ini Hudud PAS, bukan Hudud Islam", Jika mahu makan sup tangan, sila datang ke Kelantan", Jika laksana Hudud semakin ramai Umat Islam tidak bekerja kerana tangan dipotong" dan banyak lagi kenyataan-kenyataan yang tidak pernah di'hukum' oleh Majlis Fatwa sebagai apa jua 'Hukum' yang sepatutnya.  Benarkah Umno sokong Hudud?  Selama 50 tahun mereka perintah negara ini, cuba sebut apa tindakan Umno untuk menunjukkan mereka cuba untuk laksanakan Hudud?

Isu 'Kalimah Allah"?  Soalan pertama yang tidak pernah seorang pun di kalangan pemimpin Umno jawab terutamanya Menteri Dalam Negeri adalah "Siapakah yang berkuasa memberi lesen/permit/kebenaran membenarkan Kitab Bible diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu?".  Pemimpin PAS kah?  PKR atau DAP?  Siapa Menteri Dalam Negeri dan apa jawatan beliau di dalam Umno?  Mengapa mahu tuding jari kepada PAS, PKR dan DAP di dalam isu ini jika tidak kerana mahu bermain dengan sentimen agama?  Itu menunjukkan Umno tidak ikhlas untuk memperjuangkan Kalimah Allah.  

Isu air?  Mengapa setelah PR perintah Selangor isu ini timbul?  Timbul projek Langat 2, 3. 4 dan mungkin Langat 5?  Timbul Selangor tiada air sehingga sanggup mengadakan lakonan bodoh rakyat beratur mengambil air di Tanker?  Alasan bodoh lagi bebal oleh Menteri yang sebut kerana dasar PR berikan air percuma, maka krisis air berlaku.  Ertinya, bagi Umno jika dasar itu membantu rakyat maka akan hancurlah negara ini.  Negara akan selamat sejahtera jika dasarnya pemimpin dan kroni dibantu.  Najib berjanji di Kelantan mahu atasi masalah air jika Kelantan diserahkan kepada Umno/Bn.  Najib buat-buat lupa masalah air di Pekan, Pahang dan juga di kawasan kem-kem tentera di Parlimen Pekan tempat yang diwakilinya.  Jangan ingat rakyat sebodoh itu.

Rakyat sudah 'SET', berita TV3 Suku dan Utusan Meloya adalah lidah-lidah syaitan yang akan membantu syaitan yang dikenali.  Itu sahaja. 

Selasa, 5 Februari 2013

BUANG NAJIS MERATA-RATA, MINTA PAS TOLONG CUCI, INI TABIAT UMNO

Oleh:  WFAUZDIN NS

ISU kalimah Allah makan tuan.  Biarpun media haprak pencacai Umno cuba untuk mainkan isu ini termasuk beberapa ekor 'kontraktor cari makan' seperti Hassan Jati dan Us Nasha juga Zul Kulum menangguk di air longkang di dalam isu ini.

Jawapannya sudah diketahui oleh rakyat tentang persoalan siapakah yang sebenarnya bertangungjawab di dalam isu ini.  Seperti yang dinyatakan oleh Presiden PAS, Umno tidak boleh lari untuk menjawab isu yang mereka mainkan sekarang. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible sepatutnya diperjelaskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya oleh parti tersebut.Katanya, KDN merupakan pihak yang bertanggungjawab memberikan lesen mencetak kitab itu. "Sepatutnya soalan ini dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri, kerana hak membenarkan kalimah Allah dalam Bible ini hak Kementerian Dalam Negeri. "Yang menentukan untuk dicetak dan seumpamanya bukannya kami, kami (belum) memerintah lagi (di peringkat persekutuan)," kata Hadi pada sidang media di Shah Alam kelmarin.

Sekarang Umno mahu jawab apa lagi?  Presiden PAS sudah jelaskan bahawa PAS tetap berpegang kepada keputusan Majlis Syura parti tersebut.  DS Anwar Ibrahim juga bersetuju dengan Presiden PAS di dalam isu ini walaupun di pihak DAP mungkin agak kabur.  Tetapi itu tidak menghairankan kerana sebagai Non Muslim, mana mungkin mudah untuk memahamkan orang seperti Karpal Singh.  Lagi pelik pemimpin Umno yang mengaku Islam itu, usahkan mahu faham bahkan pemimpin mereka benarkan dan keluarkan lesen atau permit percetakan kitab Bibble di dalam Bahasa Melayu tersebut.

Isu ini hendaklah kita perjelaskan di dalam setiap ceramah penerangan kita kepada rakyat di seluruh pelusuk kampong, terutamanya kepada umat-umat Islam agar mereka mengerti bahawa Umno adalah parti yang masih berkuasa dan terus membenarkan benda yang pelik ini berlaku.  Mereka buang najis merata-rata, mereka lari dan minta orang lain tolong cucikan.

Isnin, 4 Februari 2013

PAS CAIR KEPADA PKR DAN DAP, US NASHA CAIR KEPADA UMNO?

Oleh:  WFAUZDIN NS

SINAR semalam memetik kenyataan Us Nasha, seorang bekas Timbalan Presiden PAS merangkap bekas Ahli Majlis Syura PAS Pusat yang menyebut bahawa beliau tetap bersama PAS walaupun dipecat dari menjadi ahli Majlis Syura PAS.

Aku tidak peduli samada dia sanggup bersama PAS atau PAS masih sanggup bersama Us Nasha, kerana jika ikutkan Dr Hassan Jati pun masih mengaku ahli PAS biarpun sudah lama dipecat.  Jenis muka tidak malu, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong, begitulah.  Mungkin wujudnya Us Nasha di dalam PAS tidak menambah, dan jika tiada beliau di dalam PAS pun tidak mengurang, cuma boleh mengurangkan beban PAS, itu sahaja.


Bila dia sebut bahawa dia masih mahu bersama PAS kerana ingin membetulkan PAS atau mengawasi PAS dari di'cair'kan oleh PKR dan DAP, itu yang membuat aku merasa jijik dengan politik pencacai seperti ini.  Benarkah beliau ingin membetulkan atau mengawasi PAS?  Cuba Us Nasha jawab persoalan ini:-

1.  Semenjak bila PAS bersama PKR dan DAP dan semenjak bila beliau memegang jawatan Timbalan Presiden PAS?  Waktu beliau memegang jawatan tinggi di dalam PAS, ertinya PKR dan DAP tidak pernah men'cairkan' PAS?  Apabila beliau tidak pegang jawatan, ketika itu PKR dan DAP mula men'cairkan' PAS?

2.  Berapa kali dia hadir Mesyuarat Ahli Majlis Syura PAS Pusat?  Jika benar beliau mahu membetulkan atau mengawal PAS selama ini, sewaktu beliau berada di dalam Majlis Syura, apa yang beliau telah lakukan?  Mengapa selalu ponteng mesyuarat yang penting itu sedangkan mendakwa mahu membetulkan PAS?  Membetulkan PAS setelah hilang jawatan?  Membetulkan PAS menggunakan media bangsat TV3 suku dan Utusan Meloya?  Mahu membetulkan PAS dengan cara mengikut bontot Najib dan Bik Mama?

3.  Cuba fikir dengan otak yang berilmu.  Mana lebih baik dan telus, MCA, Gerakan atau DAP?  Jika MCA atau Gerakan menentang Hudud, dan DAP tidak bersetuju dengan Hudud, apa bezanya?  Bezanya adalah DAP tidak bersetuju dengan Hudud tetapi pemimpin mereka bersih dari skandal rasuah dan DAP menyokong perjuangan menentang rasuah dan keadilan.  MCA dan Gerakan?  Sudah lah mereka menentang Hudud, rasuah pun mereka terlibat.  Isu PKFZ boleh dijadikan contoh.  Itu belum isu moral Chua Soi Lek yang beliau sendiri mengaku.  MCA dan Gerakan sekutu Umno, wajarkah Us Nasha menghentam PAS, PKR dan DAP sebaliknya menjilat Umno?

4.  Isu Kerajaan Perpaduan terutamanya di Selangor sejurus PRU ke 12 dulu, Us Nasha dan Hassan Jati memainkan peranan penting untuk mengajak PAS belot dan khianat kepada rakan-rakan dari PKR dan DAP, hanya kerana jawatan MB Selangor.  Beginikah Islam ajar apabila berkawan?  Awal-awal lagi akhlak Us Nasha dan Hassan Jati busuk.  Apa yang berlaku terhadap kedua-dua ekor ini mungkin balasan Allah kepada sikap dan perangainya yang busuk dan keji itu.

5.  Isu Kalimah Allah digunakan oleh Non Muslim.  Us Nasha dan Hassan Jati berlagak untuk menjadi hero.  Hakikatnya, isu ini bukan baru malah bertahun dahulu lagi sewaktu Us Nasha dan Hassan Jati memegang jawatan di dalam PAS.  Namun, waktu itu, kedua-dua ekor ini membisu seribu bahasa, tetapi kini mula bersuara untuk menunjukkan mereka hero.  Hero sebenar adalah PAS itu sendiri kerana konsisten mempertahankan keputusan Majlis Syura Ulamak mereka.  Us Nasha dan Hassan Jati tidak sedar siapa yang berkuasa membenarkan percetakan Bible ke dalam Bahasa Melayu?  Siapa Menteri KDN?  Menteri dari PAS, PKR atau DAP?  Ini semua membutakan hati Us Nasha dan Hassan Jati akibat 'berkat' berkawan dengan Najib Altantuya.

PAS bukan dicairkan oleh PKR atau DAP, buktinya PAS tetap konsisten mempertahankan dasar dan keputusan Majlis Syura.  Apa yang pasti, yang 'cair' kepada Umno dan menjadi 'pelacur murahan' adalah Us Nasha sendiri.  Terlalu banyak mahu dihujahkan tentang kebodohan kedua-dua ekor manusia ini setelah mereka hilang kuasa.  Rupa-rupanya kuasa boleh mengubah sikap dan perangai seseorang.