RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 22 Julai 2020

MAHATHIR MASIH TIDAK MAHU MENGAKU SALAH MEMBANTU PENGKHIANATAN?



Di dalam wawancara dengan media asing baru-baru ini, Mahathir salahkan Anwar yang menjadi punca 'langkah Sheraton", di mana pergisiran Anwar dengan azmin menjadi penyebabnya.

Dia lupakah, siapa yang bawa Azmin ke dalam kabinet beliau? Nama Azmin tidak dicalonkan oleh Keadilan untuk menganggotai Kabinet PH kerana waktu itu azmin telah pun mengangkat sumpah sebagai MB Selangor. Tanpa melalui Presiden Keadilan, Mahathir 'seludup' Azmin masuk ke dalam Kabinetnya dan diletakkan sebagai menteri kanan walaupun dia tahu Anwar samasekali tidak merestui tindakannya. Tapi, Mahathir lakukan juga kerana dia ada sebab untuk bawa raja kartel itu ke dalam Kabinet beliau. Anwar terus bersabar dengan karenah Mahathir yang langsung tidak menghormati Presiden Keadilan itu demi kestabilan kerajaan PH. Jika Azmin bukan menteri, adakah azmin mampu menggerakkan 'langkah Sheraton"? Apakah tujuan Mahathir 'pelihara' Azmin di dalam Kabinetnya kalau bukan untuk memecahbelahkan Keadilan?

Apabila terbongkar kisah Azmin membawa beberapa MP dari Umno/Bn makan dirumahnya dengan beberapa tawaran projek seperti yang didedahkan oleh seorang MP dari Umno sendiri, Anwar telah menegur Mahathir kerana tidak bertindak ke atas Azmin yang ternyata menyalahi etika seorang menteri dan juga etika seorang pimpinan di dalam PH. Mahathir tidak mengendahkan perbuatan Azmin tersebut dan seolah-olah membiarkan Azmin bermaharaja lela menggunaan kuasanya sebagai menteri ekonomi. Mungkin Mahathir merasakan kerja buat Azmin ini adalah untuk memperkuatkan Azmin sendiri dan diri beliau juga. Tidak pelik waktu itu beberapa pimpinan Umno dan Pas secara terbuka menyokong Mahathir selaku PM sehingga PRU15. Maklumlah dapat dedak yang ditaburkan oleh Azmin. Anwar terus bersabar dan bersangka baik dengan Mahathir demi keutuhan kerajaan PH.

Begitu juga, Mahathir telah melantik Latheefa Koya dari Keadilan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM tanpa berbincang dengan Anwar selaku Presiden Keadilan. Beliau sedar Latheefa Koya adalah salah seorang pemimpin yang bersama 'kartel' yang sering menentang Presiden Keadilan. Beliau pilih orang yang tidak suka kepada Anwar untuk diberikan jawatan penting. Apa matlamat Mahathir? Anwar terus bersabar kerana Anwar amat menghormati Mahathir selaku PM ketika itu.

Banyak lagi tindak tanduk Mahathir yang melanggari prinsip dan janji-janji PH sehingga amat sukar buat kita di bawah ini untuk mempertahankan kerajaan PH apabila diserang oleh Pembangkang waktu itu. Apakah kerana permusuhan Anwar dan Azmin menjadi penyebab 'Langkah Sheraton"? Jika benar, Azmin hanya mampu bawa tidak lebih dari 10 orang MP dari Keadilan sahaja dan kerajaan PH tidak akan tumbang. Mengapa selebihnya itu lebih banyak dari parti Mahathir sendiri yang turut bersama di Sheraton? Apa kaitan Anwar - Azmin hingga hampir keseluruhan Bersatu pun turut jadi pengkhianat? Ertinya, pengkhianatan itu telah terancang lama sebaik sahaja Mahathir melantik Azmin menjadi menteri kanan.

Taktik mereka untuk memecahkan PH gagal di dalam mesyuarat Majlis Presiden PH apabila Anwar telah bersetuju untuk memuaskan nafsu Mahathir agar beliau dikekalkan menjadi PM selepas Persidangan APEC sehingga beliau sendiri merasa muntah berada di kerusi empuk PM atau sehingga mati. Tanpa tarikh. Oleh kerana gagal pada malam itu, para pengkhianat mencari jalan lain bagi mencapai cita-cita jahat mereka untuk mengkhianati mandat rakyat. Akhirnya, bukan Anwar yang menjadi mangsa, tetapi Mahathir sendiri dimalukan semalu-malunya. Mahathir masih tidak merasa malukah?

Di dalam Harian Metro pula, Mahathir berkata dia letak jawatan kerana kerajaan PH telah hilang kepercayaan dari MP-MP untuk terus menjadi kerajaan. Bagaimana beliau mengukur ketika itu kerajaan PH telah hilang kepercayaan dari MP-MP? Tidak semestinya bila Mahathir letak jawatan, maka kerajaan itu tumbang. Mahathir letak jawatan sebagai PM untuk diserahkan kepada Pak Lah, kerajaan tidak jatuh. Pak Lah letak jawatan dan serah kepada Najib, kerajaan tidak jatuh. Ketika Mahathir letak jawatan, beliau sendiri tidak membilang jumlah berapa orangkah yang masih mahu bersama PH. Beliau letak jawatan kononnya sebilangan besar dari Bersatu dan segelintir dari Keadilan telah keluar dari PH, maka kerajaan PH pun tumbang.

Kerajaan PH mungkin boleh diteruskan sekiranya Mahathir menyerahkan jawatan PM kepada Kak Wan selaku Timbalannya waktu itu atau kepada Anwar Ibrahim kerana pada saat itu masih ada parti seperti Warisan dan GPS belum mengumumkan menarik diri dari PH. Jika mereka kekal bersama, maka kerajaan PH boleh terus bertahan bahkan mungkin ada sebahagian dari Bersatu atau Keadilan bahkan dari Umno yang akan bersama. Mahathir patut berbincang terlebih dahulu dengan rakan-rakan di dalam PH untuk berusaha menyelamatkan kerajaan PH. Malangnya, Mahathir hanya pentingkan dirinya sendiri, jika beliau tidak boleh lagi menjadi PM, maka Anwar juga wajar disekat. Ini perangai Mahathir.

Adakah Mahathir sayang kepada PH ? Jelas, beliau langsung tidak ada rasa sayang, hormat dan kasih jauh sekali terhutang budi dengan PH. Buktinya, beliau cuba untuk mewujudkan kerajaan perpaduan untuk bersama sebahagian dari Umno dan Pas serta beberaa pimpinan dari PH dan beliau berhasrat untuk menjadi PM bagi kerajaan baru yang beliau cipta ini. Maksudnya, Mahathir mahu membunuh PH dengan mewujudkan kerajaan perpaduan. Alhamduillah, cita-cita jahat beliau itu gagal.

Sudah-sudahlah Mahathir untuk cuba melindungi sikap buruk kamu itu. Jangan tuding jari ke atas orang lain. Kamu adalah penyumbang kepada pengkhianatan ini walaupun bukan kamu puncanya. Kamu telah membantu memudahkan kerja-kerja khianat puak-puak mereka. Dosa kamu kepada rakyat tidak akan dilupakan sehingga kamu ditelan bumi.

APABILA MAHATHIR BUKA MULUT SAHAJA......

Apabila mahathir bangun bcakap saja dlm parlimen, kompom dia kena bertalu2 serangan oleh MP dari umno. Dia tak mampu nak tangkis sbb dia tiada kekuatan dan jati diri. Soalan paling mudah ditanya oleh MP dari Umno iaitu, " Kenapa Tun letak jawatan?", itu pun dia tak boleh nak jawab. Jawab sajalah,
" Saya letak jawatan sbb saya tak mahu Anwar jadi PM dan saya mahu bantu kamu jatuhkan kerajaan PH". Susah sangat ke nak jawab ?

Berbeza dengan Anwar. Bila dia bangun berbahas, sesiapa dari belah kerajaan pintu belakang mahu ganggu dia, kena fikir banyak kali, tak betul cara kena batang hidung sendiri. Sbb itulah amat jarang ucapan Anwar diganggu kerana dia bercakap dgn fakta, dia menegur benda yg betul dan dia buat apa yg dia cakap.

Bila kita ada prinsip dan integriti, jangan takut dgn sesiapa.

KELUARGA KEBANGGAAN RAKYAT


Keluarga ini tidak pernah diajar hidup senang dan mewah. Keluarga ini tidaklah papa kedana, tapi keluarga ini pernah diuji dengan kesukaran dan ujian yang orang papa kedana pun tidak diuji sedemikian.

Oleh itu, tidak pelik keluarga ini boleh tenang dan istiqomah di dalam perjuangan. Usah diumpan dengan kedudukan dan jawatan untuk melupakan mereka tentang perjuangan, kamu pasti gagal. Fitnah lah keluarga ini dgn apa jua rekaan kamu, kamu juga pasti akan gagal untuk melemahkannya.

Insan yang jujur dan ikhlas pasti dipelihara Allah. Lantaran itulah, semakin kuat dugaan terhadap keluarga ini, semakin disayangi rakyat.

DAPAT JAWATAN JAGA AGAMA TAPI MELALUI PENGKHIANATAN ?

Seorang lebai dpt jawatan untuk menguruskan hal ehwal agama melalui kerajaan yg tidak dipilih oleh rakyat, apakah berkat dan diredhai oleh manusia dan oleh Tuhan?

Tidakkah itu satu penipuan maha besar kpd rakyat yg telah buat keputusan bukan kamu utk menjadi kerajaan? Tidakkah kamu pernah rasa sakit, marah, sedih kerana tertipu dan dikhianati sewaktu kerajaan kamu di Perak dulu tumbang angkara khianat? Waktu kamu susah, kamu mohon doa dgn Allah agar musnahkan para pengkhianat yg zalim itu.

Nah, Allah uji kamu dgn jawatan, kuasa dan kedudukan dlm kerajaan 'kudeta". Khianatnya lebih besar dari apa yg berlaku di Perak pada tahun 2009 dahulu. Kali ini sebuah kerajaan pusat yg dipilih oleh rakyat tumbang kerana bukan seekor dua pengkhianat, tetapi segerombolan pengkhianat yang berpakat.

Pengkhianatan ini tidak akan berjaya tanpa dibantu oleh para2 lebai yang mengaku pejuang agama. Pengkhianatan ini tidak mudah berlaku jika Mahathir tidak nyanyuk waktu itu. Kesemua ini punca pengkhianat kini menjadi kerajaan. Lebai pula lupa kepada pengajaran di Perak kerana jawatan dan kedudukan depan mata membuatkan mereka lupa kepada Maha Pencipta. Kamu jawab nanti di hadapan Allah apakah kamu boleh menipu Allah dengan seribu dalih?

KERUSI DUN SLIM WAJAR DIRUNDING DI DALAM PH SAHAJA

Tidak timbul persoalan kumpulan Mahathir perlu berunding dengan PH samada kumpulan Bebas tersebut mahu bertanding atau tidak di dalam PRK Dun Slim nanti. Rundingan hanya sesama PH sahaja dan tidak masuk akal Bebas perlu berunding. Bebas tetap Bebas, bila-bila masa dan di mana sahaja Bebas boleh bertanding seperti calon Bebas yang lain sebelum ini.

Kerusi Dun Slim kosong berikutan kematian Adun Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang telah meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang akibat serangan sakit jantung ketika bermain golf di Genting Highland baru-baru ini. Pada PRU14 yang lalu PH diwakili oleh calon dari Bersatu. Calon Bersatu telah tewas kepada calon Bn tersebut.

Oleh kerana parti Bersatu telah menjadi pengkhianat sehingga tumbangnya kerajaan PH yang diberi mandat oleh rakyat, dan parti itu juga telah mengumumkan keluar dari PH, maka PH kini hanya mempunyai Keadilan, Dap dan Amanah sahaja. Mahathir pula telah umumkan tidak mahu lagi ada sebarang kerjasama dengan Anwar, Presiden Keadilan dan Pengerusi PH. Ertinya, Mahathir sendiri tidak mahu ada kerjasama dengan PH mahupun Keadilan.

Sepertimana Mahathir sendiri letak jawatan sebagai PM dahulu, begitu jugalah Mahathir sendiri umum tiada kerjasama lagi dengan Anwar. Tidak lojik kalau Mahathir putuskan hubungan dengan Anwar yang diketahuinya adalah Pengerusi PH, tetapi mahu berunding dengan PH apabila ada PRK. Bebas boleh masuk bertanding, tidak perlu berunding.

Marzuki tidak boleh menuntut itu Kerusi Bersatu kerana Bersatu kini berada di sebelah sana. Kerusi ini mesti ditandingi oleh PH. Berdasarkan kajian dan culaan, biarkan PH tentukan siapakah calon yang akan bertanding nanti.

INILAH PEJUANG DAN PEMIMPIN YANG RAKYAT NANTIKAN...


Isteri dan anaknya berada dalam Parlimen untuk bawa suara rakyat, suara keramat. Bukan beliau pilih isteri dan anaknya berada di situ, tetapi rakyat yang memilihnya. Mengapa rakyat pilih? Kerana isteri dan anaknya adalah seorang pejuang, yang sanggup alami penderitaan berpuluh tahun dan berjuang bersama rakyat marhaen di bawah.

Mengapa ada suara2 sumbang terhadap isteri dan anaknya? Mereka cemburu dengan kedudukan kedua2 insan ini? Mereka tuduh kedua2 insan ini naik kerana itu pilihan Anwar? Sewaktu kedua2 insan ini sedang menderita dan dizalimi, berarak dan berhimpun bersama rakyat di tengah2 semburan gas FRU di era reformasi, di mana kamu ketika itu? Ketika sang isteri ini mendukung anaknya yang bongsu dan kakak sulung ini pula asyik membimbing tangan adik2nya di perkarangan mahkamah bagi menemani ketua keluarga tersayang dibicarakan atas satu tuduhan fitnah, di mana kamu ketika itu?

Sememangnya mereka layak untuk diangkat sebagai pemimpin. Anwar telah berjaya memimpin ahli keluarganya menjadi seorang pejuang rakyat. Atas kejayaan memimpin ahli keluarganya menjadi seorang pejuang, lebih2 lagi membimbing ahli keluarganya menjaga moral dan akhlak, susah tentu insan ini layak untuk menjadi pemimpin negara.

Anwar, seorang yang amat merendah diri dan bertolak ansur dengan rakan2nya. Tetapi, apabila berhadapan dengan musuh2nya, beliau umpama singa kelaparan. Suaranya lantang bergema di Parlimen apabila membawa suara rakyat. Tidak pelik, ketika beliau berucap tidak ramai yang berani menganggu ucapannya atau mencelah, kerana silap2 cakap, mereka sendiri akan menjadi mangsa. Beliau berani bersuara lantang kerana beliau berada di pihak yang benar dan pihak musuh tidak dapat mencari walau satu pun kesalahan atau penyelewengan yang telah dilakukan oleh anak Permatang Pauh ini. Beliau tegas menyuarakan soal rasuah kerana beliau tidak pernah terpalit dengan rasuah.

Beliau berprinsip. Tidak mudah tergoda dengan tawaran untuk menjadi TPM walaupun hanya 6 bulan sebelum menjadi PM. Beliau tahu, ini bukan soal jawatan dan kedudukan beliau. Ini soal rakyat. Ini soal reform yang rakyat mahukan. Mendapatkan mandat rakyat kembali bukan bererti meninggalkan reform. Doakan yang terbaik untuk keluarga meraka.

Beza Speaker bawah PH dengan bawah tebuk atap.


.
Di bawah kerajaan negeri atau Pusat sewaktu kerajaan PH, Speaker kita tutup kepala. Di bawah kerajaan tebuk atap yang dikatakan kerajaan melayu Islam tanpa Dap, bagaimana?
Speaker Dap lebih bersopan dan tahu menghormati kemuliaan dewan. Bagaimana mahu suruh pramugari tutup aurat kalau di sini pun sudah begini? Kalau tanya lebai, mesti mereka ada dalil untuk mempetahankan kjaan tebuk atap ini.

Selasa, 21 Julai 2020

AZALINA JADI SPEAKER? ADAKAH KALI INI MALAIKAT BERTAKBIR LAGI DI LANGIT?

Tembelang penjual agama terlondeh satu persatu apabila kuasa berada di tangan mereka. Depan walaun berbuih mulut bercakap hukum, fitnah kjaan PH ncm2. Bila diuji dgn kuasa wlaupun melalui jalan haram yakni tanpa mandat rakyat, para lebai mula hanyut. Hilang segala hukum dan pertimbangan.

Speaker yg baik, adil, bermoral dan berakhlak dicampak keluar. Dikutip pengganti yang semua orang kenal jantan betinanya, lebih2 lagi perangai mereka. Apakah kamu buta wahai lebai berserban?

Ketika kamu angkat mereka, siapakah yg bertakbir dan bergembira? Adakah Malaikat yg bertakbir di langit atau iblis yg berjoget dan bertepuk tangan?

Alhamdulillah, aku tidak tersesat ke dlm golongan penjual agama.