RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 1 Oktober 2011

BLOGGER PERSENDAKAN SOLAT TUAN GURU NIK AZIZ


Oleh: WFAUZDIN NS

BAYANGKAN jika perbuatan Solat seseorang itu dipersendakan. Jika kita tidak mengatakan itu suatu perbuatan yang tidak menjadikan seseorang itu Kafir, apa lagi yang mahu kita katakan? Anda boleh buka blog celaka dan laknat itu di sini.

Foto di atas jelas mempersendakan Solat Tuan Guru Nik Aziz. Sebelum ini puak haramjadah itu pernah siarkan lakaran kartun menggambarkan Tuan Guru di dalam keadaan lucah bersama DS Anwar. Kali ini, mereka semakin berani dengan mempersendakan Solat pula.

AMARAN DARI PERKASA BUAT MAT SABU SEMAKIN LAKU DI NS - CERAMAH 06 OKT DI REMBAU,


Oleh: WFAUZDIN NS

TABIK buat PKR Cabang Rembau serta PAS Rembau kerana menjadi pihak pertama `menongkah arus' selepas PERKASA NS melarang Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS untuk jejakkan kaki ke bumi NS, iaitu bumi milik semua bukan milik mak bapak PERKASA. Mat Sabu akan berceramah di Rembau pada 06 Okt ini nanti, dan `Welcome PERKASA.'

Jika pihak Polis tidak berpolitik, sudah tentu permit akan dikeluarkan dan jika tiada permit pun mungkin program boleh dijalankan juga kerana kita ambil dalil di Bera, Kuala Lipis pada 25 Sept yang lalu sewaktu betina Umi Hafilda berceramah, mencarut dan memaki DS Anwar dalam ceramahnya yang tiada permit. Ketika itu DS Anwar juga sedang berceramah di lokasi bertentangan tetapi ceramah DS Anwar adalah `halal' kerana berpermit. Aku harap undang-undang Polis Pahang sama dengan undang-undang Polis NS.

Marilah kita beramai-ramai hadir di Rembau pada tarikh tersebut untuk menjadi `saksi' bahawasanya ceramah Pakatan Rakyat sentiasa aman jika tiada gangguan dari `hantu bukit'. Biasalah, jika `hantu atau iblis' datang merasuk, sudah tentu ada yang `dirasuk.' Jadi, eloklah `hantu dan iblis' jangan menghampiri program itu nanti.

Syabas sekali lagi kepada Cabang PKR Rembau di bawah Chegu Bard kerana tidak memperdulikan amaran bodoh dari PERKASA NS itu. Jangan pula kerana amaran bodoh itu, maka pihak Polis jadikan dalil untuk mengharamkan ceramah tersebut kerana sememangnya itulah cita-cita PERKASA yang penakut ini untuk menyekat program penerangan dari Mat Sabu, khususnya.

Kita akan buktikan bahawa ceramah akan berjalan dengan baik dan aman KECUALI jika `hantu bukit beras' dari NS muncul. /wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 30 September 2011

ISU LIM GUAN ENG - BAGAIMANA DENGAN KELANTAN YANG BERPULUH TAHUN DIBURUKKAN?

Oleh: WFAUZDIN NS



APABILA Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng sentuh sikit pasal Johor kononnya, maka hiruk pikuk media pencacai dan pengampu Umno termasuk beberapa pemimpin yang bankrap idea mengulas dan mencaci Lim Guan Eng. Hampir seminggu isu tersebut dimainkan di dalam media, dan semalam di TV 3 suku, berita berkenaan Lim Guan Eng ini menjadi pembuka tirai dan penutup tirai berita.

Mulanya tersasul dengan menyebut kononnya Lim Guan Eng memburukkan Johor di Australia, bila menyedari ianya suatu kesilapan yang membodohkan maka diubah dari Australia kepada Singapura pula. Bila disemak tiada bukti di dalam teks ucapan rasmi Lim Guan Eng, maka rakaman audio/visual pun jadilah asalkan dapat dibuat modal sampai basi. Biasalah, video hitam putih pun TV3 suku sanggup kutip di dalam tong sampah.

Jikalah benar Lim Guan Eng sentuh Johor seperti yang mereka dakwa itu, itu baru sekali beliau menyebut. Itu pun Lim Guan Eng nafikan dan beliau akan membuat laporan Polis terhadap rakaman visual yang ditayangkan hampir setiap malam itu bagi mengesahkan kebenarannya. Katalah memang benar, itu baru kali pertama Johor dikatakan sedemikian.

Baik, cuba kita renung kembali berapa tahun pula Negeri Kelantan diburuk-burukkan samada oleh pemimpin mahu pun kerajaan negeri di bawah Bn bahkan pemimpin Kerajaan Pusat sendiri? Semenjak mula PAS mengambil alih Kelantan, lebih 21 tahun Kelantan diburuk-burukkan malahan di sabotaj sehingga rakyat Kelantan sudah `lali' mendengarnya. MB Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz tetap bersabar dan Sultan Kelantan juga `relaks' sahaja melihat gelagat dan aksi `badut-badut' murahan ini. Tidak menjadi pelik di Kelantan, pemimpin Umno Kelantan juga sama-sama menghina negeri berkenaan. Pelik apanya, Sultan Kelantan pun mereka pernah `tabal'kan yang lain. Kalau tidak percaya, cuba tanya Anuar Musa yang kini menjadi orang kuat `Red Warrior' itu.

Adakah kita lupa ada seorang pemimpin Umno yang kini menjadi Ketua Menteri Melaka yang terlibat dengan rasuah semasa pemilihan Umno dulu, beliau pernah mengeluarkan arahan kepada semua Jabatan Kerajaan Negeri Melaka agar tidak melawat Kelantan? Adakah tindakan itu sesuatu yang bijak dan patut dipuji? Mengapa ketika itu tidak diperdebatkan dan di mana suara tokoh-tokoh atau cendikiawan di dalam negara ini yang berani bersuara? Mengapa kali ini mereka berebut-rebut untuk muncul di kaca TV menghentam Lim Guan Eng?

Muhyiddin selaku TPM pun mahu terlibat sama mengutuk dan meminta Lim Guan Eng memohon maaf kepada Kerajaan Negeri Johor. Beliau tidak pernah pun meminta maaf selaku Menteri yang dulu ada kes budak sekolah mati sewaktu mengikuti perkelahan akibat kecuaian pihak sekolah. Adakah Muhyiddin pernah meminta maaf apabila terdapat sekolah yang melarang pelajar dari mengambil peperiksaan? Lebih baik Muhyiddin suruh KM Melaka itu memohon maaf kepada Kerajaan Negeri Kelantan terlebih dahulu kemudiannya ia boleh ditiru oleh Lim Guan Eng.

Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat boleh dikatakan kerap kali diburukkan oleh pemimpin Umno termasuk ditokok tambah oleh media syaitan ini. Kerajaan Negeri Kedah di bawah PAS pernah diburukkan kononnya tidak mengambil tahu tentang kesusahan rakyat Kedah di musim banjir yang lalu. Begitu juga di Selangor, walaupun terbukti dalam Laporan Audit Negara bahawa Selangor sewaktu di bawah PR adalah terbaik pengurusan kewangannya, negeri ini tetap diburukkan oleh pemimpin Umno dan media. Kerajaan Pusat juga pernah memburukkan negara luar untuk menunjukkan negara kita ini lebih baik.

Jelas, semua ini adalah serangan yang sengaja dilakukan kepada pemimpin Pembangkang khususnya kepada Pakatan Rakyat agar rakyat dapat diperbodohkan. Mereka sudah kehabisan modal untuk mencari kelemahan pemimpin Pakatan Rakyat. Mereka ingin tonjolkan mereka lebih baik daripada Pakatan Rakyat sedangkan rakyat semakin bijak menilai tindak tanduk mereka. Politik murahan dari mereka menunjukkan tanda-tanda kejatuhan rejim Umno/Bn di dalam PRU akan datang./wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 29 September 2011

MEMANG ADA EJEN DALAM JENTERA KERAJAAN TETAPI BUKAN EJEN ANWAR


Oleh: WFAUZDIN NS

EDITOR Kanan Utusan, Datuk Zaini Hassan mendakwa terdapat `orang-orang Anwar' di dalam jentera kerajaan khususnya di bahagian-bahagian strategik untuk menjatuhkan Najib sebagai PM. Dakwaan beliau ini membuatkan DS Anwar tertawa dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Utusan.

Dalil buat Datuk Zaini beranggapan demikian seperti katanya, " ...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang? "Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?'' (Malaysiakini).

Jika begitulah keadaannya, Utusan sebenarnya mengaku bahawa pengaruh DS Anwar bertambah hebat, jika tidak masakan Ketua Pembangkang ini boleh `menyerapkan' orang-orangnya di dalam jentera kerajaan lebih-lebih lagi di bahagian-bahagian strategik yang tentunya sentiasa diawasi oleh perisik-perisik kerajaan? Ini membuktikan bahawa segala fitnah dan propaganda yang dimainkan oleh media `berlidah Syaitan' ini gagal samasekali untuk menjatuhkan kredibiliti dan imej DS Anwar. Akibat kekecewaan mereka, maka keluarlah kenyataan seperti itu.

Sewajarnya persoalan yang harus ditanya adalah, "benarkah kos perbelanjaan lawatan resmi Najib dan Rosmah serta penerbangan percutian suami isteri ini mencapai jumlah seperti yang didakwa oleh Pembangkang? Benarkah kos senggaraan rumah PM termasuk bil letrik dan air mencapai jumlah puluhan juta ringgit setahun? Benarkah Rosmah mendiami hotel mewah di Dhubai yang bernilai ratusan ribu semalam? Ini yang patut dipersoalkan oleh Datuk Zaini dan ini juga yang perlu dijawab oleh Najib dan Rosmah kalaupun Rosmah tidak mahu menjawab tentang isu cincin 24 Juta itu.

Mengapa yang ditekankan sangat atau yang dirisaukan sangat oleh Datuk Zaini adalah `siapa yang menyalurkan maklumat semua itu"? Datuk Zaini boleh menyebut beliau merasa lega dan boleh tidor lena jika tiada ejen DS Anwar di dalam jentera kerajaan. Katanya, "Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku."

Sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab, sepatutnya beliau tidak boleh tidor lena sekiranya beliau tahu maklumat bahawa Najib dan Rosmah berbelanja boros menghabiskan wang rakyat. Sebaliknya, beliau merasa lega jika tiada ejen DS Anwar walaupun mungkin ada kebenaran dari maklumat tersebut. Beliau lebih takut kepada DS Anwar daripada takut hilangnya wang rakyat jauh sekali takut kepada Allah. Tahap `pengampu' Editor Kanan Utusan ini mungkin sudah sampai ke tahap maksima.

Memang ada lojiknya jika terdapat `ejen' di dalam jentera kerajaan kerana setiap orang Islam adalah `ejen' kepada Allah untuk mencegah yang mungkar. Jika saya berada di dalam kerajaan sekali pun, saya akan dedahkan jika saya tahu ada kemungkaran yang berlaku tetapi bukan kerana Anwar. Tidak dapat dinafikan sekarang ini majoriti kakitangan kerajaan adalah mereka yang tidak mahu bersekongkol dengan sifat rakus Najib dan Rosmah. Justeru itu, tanpa diminta oleh DS Anwar atau Pembangkang maklumat ini sampai juga.

Maka, memang wajarlah DS Anwar merasa lucu dan tertawa dengan dakwaan Datuk Zaini itu. Najib dan Rosmah harus ingat, ejen-ejen ini akan terus bekerja selagi Umno/Bn memerintah kerana rakyat sudah tidak sanggup lagi berputih mata melihat betapa rakusnya hak rakyat dibolot dan dijamu semahu-mahunya oleh dua insan bernama Najib dan Rosmah ini. /wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 28 September 2011

DUTA AMERIKA BERTEMU PIMPINAN PAKATAN RAKYAT PAHANG?

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA Pakatan Rakyat bukan sahaja semakin didekati oleh rakyat berbilang kaum di negara ini, bahkan parti yang menjadi saingan utama kepada Bn sekarang telah menarik perhatian dunia luar.



Sebelum ini kita sedia maklum, beberapa pertemuan telah berlaku samada di luar atau di dalam negara di antara pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim dengan Duta atau Wakil Kedutaan Luar Negara. Ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat diyakini oleh dunia luar sebagai bakal pemerintah negara ini bagi menggantikan Kerajaan Bn sekarang.

Di Pahang, salah sebuah negeri yang mempunyai harapan cerah untuk ditawan oleh Pakatan Rakyat di dalam PRU ke 13 nanti turut mendapat perhatian dari mereka. Semalam, 27 Sept 2011 berlaku satu pertemuan tertutup di antara Kedutaan Amerika dengan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Pahang bertempat di sebuah hotel di Kuantan.



Butir-butir pertemuan tersebut tidak perlu diceritakan, cuma memadai kita menyatakan bahawa pertemuan secara `harmonis' itu menunjukkan minat mereka dengan perkembangan mutakhir politik di negara ini termasuk di Pahang.

Pertemuan pada petang itu telah dihadiri oleh Pengerusi PKR Negeri, Dato' Fauzi Abd Rahman, Wakil dari DAP iaitu YB Leong Ngah Ngah serta wakil dari PAS Negeri Pahang. Turut bersama dipertemuan itu adalah Sdr Ahmad Nizam Hamid, Timbalan Pengerusi PKR Negeri dan juga beberapa tokoh penting. Di dalam FaceBook Dato' Fauzi, beliau sekadar mencatatkan "Pakatan Rakyat Had A Good Meeting With US Ambassador Jones". /wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 27 September 2011

FITNAH SKANDAL ANWAR - AZWAN ALI ? JAWAPAN DI SINI

gambar skandal anwar & azwan ali? ini jawapannya



Tadi gua perasan di facebook ada bising bising sikit pasal gambar di atas yang kononnya gambar peribadi keluarga anwar ibrahim didedahkan. dan macam biasa, ditokok tambah cerita seolah olah gambar anwar dan azwan ali diambil ketika bercuti di sebuah pusat peranginan (nak bagi 'feel' macam gay la tu. kah kah kah!) macam biasa. gua sengih. sengih yang mengundang gua open-new-tab lalu mengadu pada brader google.

kalau pikir dengan akal yang waras, gua rasa gambar gambar di atas ni takde benda pun. gua pun pernah tangkap gambar dengan perempuan berbikini basah lenjun masa kerja sunway lagoon dulu. steady je. mungkin sebab gua bukan ahli politik, dan juga bukan anak seorang ketua pembangkang. kah kah kah!

berbalik pada open-new-tab gua tadi, gua jumpa la tiga keping gambar nurul izzah yang berpakaian sebijik seperti gambar di atas. bukan pakaian je, style tudung pun sama! dan ketiga tiga gambar ni di ambil semasa kempen pakatan rakyat di sarawak itu hari. jadi apa nak heran? mesti la ada sesi tangkap tangkap gambar dengan orang sarawak ye dak? so apa masalahnya? rosmoh je boleh tangkap gambar? gitu? ptui!



dan yang paling kelakar sekali, gua jumpa gambar si azwan ali ni masa dia menghadiri rumah terbuka azmin ali di taman TAR, ampang. nah tengok sendiri. tak payah bagi link la, semua orang tau gambar ni diambil dari fotopages minaq jinggo. sama tak baju dia dengan anwar seperti gambar di atas sekali tu? sama tak? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!


Sumber:
lagi gambar..
Arrow http://semutmalaysia.blogspot.com/2011/09/gambar-skandal-keluarga-anwar-ibrahim.html

Ahad, 25 September 2011

PERKASA BACUL DAN DAYUS GANGGU CERAMAH MAT SABU

Oleh: WFAUZDIN NS

PERKASA nampaknya sudah mula bermain kasar. Pertubuhan yang bukan anak jantan ini mula untuk tonjolkan keberanian setelah dikutuk dan dipersendakan akibat kebaculan mereka sewaktu berjanji untuk hadir semasa perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu, tetapi mereka ghaib entah ke mana.



Di Seremban, sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini, PERKASA mahu menunjukkan jantan mereka dengan menganggu ceramah Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS. Sambutan Aidilfitri dan ceramah Timbalan Presiden malam tadi, tercemar apabila beberapa penyokong PAS cedera akibat dibaling batu dan air botol, malam semalam. Fracas during Mohd Sabu ceramah at SerembanLebih kurang 100 orang budak-budak PERKASA berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah. Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".

Kononnya mereka mahu menyerahkan memorandum bantahan kepada Mat Sabu, tetapi ianya dihalang oleh para penyokong PAS. Mengapa di situ memorandum mahu diserahkan? Bukankah itu merupakan satu tindakan provokasi dan mengapa pihak berkuasa gagal bertindak pantas? Bayangkan jika ini berlaku kepada Najib, sudah tentu ada tangkapan awal dibuat.

PERKASA jangan ingat kami di dalam PR takut untuk berdepan dengan mereka. Kalau kami boleh berdepan dengan ratusan atau ribuan FRU dengan berbagai senjata, usahlah PERKASA cuba untuk bermain api dengan PAS atau PR. Kami di dalam PR cuba sedaya upaya untuk mematuhi peraturan dan undang-undang tetapi jika PERKASA hadir untuk memaksa kami melanggar undang-undang, kami juga bersedia untuk melayan kamu.

Beberapa hari yang lepas, ceramah Ketua Umum DS Anwar juga diganggu oleh beberapa pemuda diketuai oleh Lokman Adam. Ceramah juga terganggu dengan `black out' secara tiba-tiba. Ini lah kerja kumpulan bacul dan dayus yang mendapat sokongan dari pemimpin yang bacul dan dayus. Mereka takut untuk berdepan melalui debat, tetapi mahu tunjuk berani dengan cara kotor sebegitu.

Kepada penyokong-penyokong PR terutamanya PAS dan PKR yang seringkali pemimpin mereka diganggu, kita harus belajar dari peristiwa ini. Persiapkan para petugas kita untuk menghadapi segala kemungkinan. Jelas, tumpuan mereka ini hanya kepada DS Anwar dan Mat Sabu. Justeru itu, persediaan mesti ada jika kita menganjurkan ceramah bagi kedua-dua tokoh ini.

Sekiranya berlaku apa-apa terhadap tetamu yang memberi ceramah terutamanya pemimpin utama kita, pihak Penganjur dianggap gagal memastikan keselamatan mereka. Kita tidak harus bergantung sangat kepada pihak Polis kerana kita sudah tahu apa yang akan dibuat oleh Polis jika berlaku sesuatu./wfauzdin.blogspot.com