RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 29 Disember 2012

MENGAKU AHLI PAS, BAWA BENDERA PAS TAPI WAJAH TETAP SAMA DAN BERBAU LEMBU

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA, diusunglah bendera-bendera PAS oleh lembu-lembu berserban yang mengaku ahli-ahli PAS di P.Pinang membantah permohonan Lim Guan Eng untuk menggunakan nama "Allah' di dalam kitab Kristian terjemahan Melayu itu.

Tebal mana pun serban mereka, jika sudah lembu semua kenal dengan bau lembu.  TV3 suku yang memang tugasnya mencari bangkai apa pun akan berselera dengan bangkai yang ditawarkan.  Apa masalahnya dengan isu Kalimah Allah?  Bukankah di P.Pinang di bawah Lim Guang Eng sekarang ini terdapat larangan penggunaan Kalimah Allah yang telah diwartakan?  Jadi, apa yang lembu--lembu takut sangat?

Lim Guan Eng di dalam Konvensyen DAP baru-baru hanya menyuarakan kehendak penganut agama Kristian sahaja.  Ertikata lain, Lim Guan Eng 'mohon' sahaja.  Beliau tidak memaksa atau mengugut jauh sekali untuk menentang.  Apabila Lim Guan Eng memohon, maka siapakah yang berkuasa menentukan permohonannya itu?  Tidak salah untuk sesiapa jua memohon, tetapi perlu akur jika keputusan sudah dibuat.

Sekarang ini, ada negeri yang sudah diwartakan larangan penggunaan Kalimah Allah digunakan di dalam kitab Kristian, ada negeri yang belum wartakan.  Pendirian saya sama seperti pendirian PAS iaitu Kalimah Allah hanya untuk agama Islam sahaja.  Tetapi, mana-mana penganut agama lain boleh bertanya atau memohon apa yang mereka perlukan tetapi pemerintah mesti buat keputusan yang mana mereka mesti patuhi keputuisan tersebut.

Demontrasi lembu-lembu yang mengaku PAS itu satu demontrasi yang menunjukkan bekunya hati mereka.  Kononnya ahli PAS tetapi semenjak dari dulu wajah yang sama juga muncul sebagai pencacai murahan. 

Selasa, 25 Disember 2012

ISU KALIMAH ALLAH - SERAHKAN KEPADA PAKAR UNTUK BUAT KEPUTUSAN

Oleh:  WFAUZDIN NS

ISU kalimah Allah muncul lagi.  Lim Guan Eng mohon agar kalimah Allah boleh digunakan oleh ugama Kristian di dalam kitab mereka.  Sebenarnya isu ini sudah lama dan sehingga kini belum ada ketetapan yang jelas dari pihak pemerintah.

Isu ini melibatkan isu ugama, iaitu ugama Islam dan Kristian.  Rakyat biasa termasuk pimpinan politik sewajarnya mengelakkan diri dari memberikan komen tentang isu yang sensitif ini.  Isu ini kita serahkan kepada Pakar berkaitan agama untuk menyelesaikannya.  Jika di negara kita, siapa yang bertanggungjawab dan wajar untuk menjawab dan membuat keputusan atas permasalahan ini?

Di negara kita terdapat Majlis Fatwa Kebangsaan dan JAKIM.  Ugama Kristian juga mereka ada Pakar mereka.  Andainya kesemua Pakar-Pakar ini duduk berbincang dan mencari penyelesaian tanpa camportangan pemimpin politik, isu ini boleh diselesaikan.  Apabila semua sudah duduk berbincang, keputusannya mestilah diserahkan kepada Kerajaan atas arahan Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua pihak mesti menghormatinya.

Adalah lebih baik jika Majlis Fatwa juga menjemput beberapa pertubuhan agama atau parti-parti politik untuk menerangkan keputusan yang telah dibuat agar isu ini dapat difahami sepenuhnya.

Ahad, 23 Disember 2012

MALAM INI (AHAD-23 DIS) - KONGSI PENGALAMAN PESERTA BERJALAN KAKI DALAM PROGRAM DI KG TENGAH, KUANTAN BERSAMA PAK JABIT DAN SAMM PAHANG


MALAM ini marilah kita bersama-sama ke Kg Tengah, Kuantan untuk mendengar pengalaman peserta berjalan kaki Kumpulan Hijau Anti Lynas yang telah berjalan kaki sejauh 300 KM dari Kuantan ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tentu banyak sekali pengalaman, suka, duka, pahit dan manis sepanjang perjalanan lebih kurang 2 minggu itu.  Program malam ini akan bermula jam 09.00 malam di Warung Mok Teh, Kg Tengah, Kuantan.

Ayuhh...kita berjumpa di sana!!

Jumaat, 21 Disember 2012

BOLA SEPAK - PR KINI DI POSISI MENYERANG, UMNO/BN HARAPKAN PENGADIL RASUAH

Oleh:  WFAUZDIN NS

PR kini di dalam posisi menyerang, dan ternyata Umno kini umpama jika bermain bola Umno hanya membawa bola berlegar di dalam kawasan petak Penalti mereka sahaja.  Di dalam keadaan berlegar-legar di situ, kerapkali bola terlepas dan disambar oleh PR.  

Malangnya, setiap kali PR sambar bola dan ditendang ke pintu gol dan masuk mencecah jaring, setiap kali itulah "Off Side" kata Pengadil.  Namun, PR tidak berputus asa dan terus berada di kawasan petak Penalti Umno yang bertahan di situ.  Entah beberapa kali bola terkena tangan pemain-pemain Umno tapi Pengadil buta terus tak nampak.  Begitu juga, entah beberapa kali pemain dari PR disepak terajang, di tarik baju dan sebagainya di dalam kawasan Penalti mereka, Pengadil tetap buta.

Ketua Pasukan Umno, Najib sudah tidak larat untuk beri arahan kepada anak-anak buahnya.  Manakan tidak, semua pemain tidak pernah bersefahaman sesama sendiri.  Pemain MCA tidak lagi yakin dengan penjaga gol dari Umno malah mereka sendiri tahu Ketua Pasukan mereka, Najib bukan pandai main bola pun.  Najib selalu tendang bola tersasar, sebaliknya kaki Najib terjah kaki lawan. Nasib baik Pengadil buta.

PR memang sudah cukup hebat walaupun kadangkala bermain tidak cukup orang akibat dilayangkan kad merah oleh Pengadil rasuah dan buta ini.  Di dalam kehebatan ini, PR juga harus berhati-hati posisi di bahagian pertahanan.  Pemain pertahanan jangan leka bersembang atau tertidor melihat pemain-pemain lain bertungkus lumus melawan di kawasan Penalti Umno.  Mereka harus sedar bahawa perlawanan ini diadili oleh Pengadil bangsat.  Bila-bila masa sahaja tanpa pemain Umno berada di kawasan PR, Pengadil boleh beri tendangan Penalti untuk Umno hanya kerana kesalahan penonton mengejek pengadil bodoh itu.  

Itulah ragam politik semasa sekarang.  Kita kena bersabar tetapi jangan berlembut dengan Umno.  Ulamak yang penuh dengan kelembutan dan hikmahnya akan menentang Umno cara mereka.  Kita yang bukan kategori Ulamak ini, kita lawan mereka dengan cara kita.  Jika mati pun, tarafnya sama juga Ulamak kita yang mati menentang kezaliman dengan kita yang bukan Ulamak mati menentang kezaliman.  Apa yang penting "Nawaitu" biar betul iaitu menentang kezaliman dan rasuah Umno kerana Allah SWT.

Selasa, 18 Disember 2012

ITU BARU "REAL" PUNYA KERJA KOMUNIS

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA melalak melolong lah pemimpin Umporno terutamanya Timbalannya, Si Lembam apabila tiada wakil kaum Melayu di dalam CEC Parti DAP.  Hujah beliau, ini menunjukkan DAP parti perkauman.  Betapa cerdiknya Si Lembam membuat tafsiran sedemikian yang menyebabkan ramai yang bertanya ada berapa orang kaum India atau Cina berada di dalam MT Umporno, kecuali jika ada pun 'separuh india' atau Kutty.

Masalahnya tidak kira berapa orang Cina atau Melayu berada di saf kepimpinan sesebuah parti asalkan mereka bersih dari rasuah.  Bagaimana dengan saf utama yang berada di dalam Umporno berbanding dengan DAP?  Jauh langit dari bumi.  Saf kepimpinan DAP lebih terbukti bersih dari saf Melayu di dalam Umporno.

Ketua Pemuda Umporno pernah terlibat di dalam politik wang sewaktu pemilihan di dalam parti mereka tetapi sekadar diberi amaran, melainkan si Isa Doraemon sahaja yang digantung.  Ali Ketam dari Melaka pun terbabit dengan rasuah politik wang tetapi masih menjadi bos di Melaka.  Ketua Wanita?  Hah...Kak Ijat lagi dahsyat, sehinggakan satu dunia tahu kisah keluarga Kak Ijat bela lembu dalam kondo.  Inilah di antara beberapa contoh saf yang ada di dalam Umporno.  Itu belum diambil cerita Khir anak Toyol yang pernah berhajat mahu menjadi Ketua Pemuda Umporno.  

Cuba ceritakan apa pula kisah pemimpin di dalam DAP yang melakukan perbuatan seperti yang tokoh-tokoh Umporno telah lakukan.  Jawapannya, tiada. Ertinya, walaupun Cina tetapi mereka bersih dari Melayu yang berada di saf kepimpinan Umporno sekarang.

Oleh itu, hujah Si Lembam hanya tinggal sebagai hujah bodoh.  Hujah yang menunjukkan betapa takutnya beliau dan parti sekutu Apco itu kepada DAP.  Mereka tahu, kekuatan DAP banyak membantu kekuatan PR.  Hakikatnya, jika ada pun wakil Melayu di dalam DAP, Si Lembam tetap akan memburukkan DAP juga tetapi hujahnya berbeza.  Beliau mungkin akan berhujah pula bahawa masih ada orang-orang Melayu yang sanggup menjadi pemimpin di dalam parti "Komunis DAP".  Hujah DAP itu komunis sudah sinonim dengan ahli-ahli Umporno.  Tidak mengapa, asalkan 'Komunis' ini tidak membunuh umat-umat Islam di Memali.  "Komunis" ini tidak rampas tanah rezab Melayu.  "Komunis" ini juga tidak hina Raja-Raja Melayu.

Rakyat sekarang melihat Umporno sudah kekeringan idea untuk menyerang PR.  Apa lagi yang boleh dilakukan oleh Umporno untuk menunjukkan parti mereka masih kuat dan gagah, sedangkan Presiden mereka terkenal dengan gelaran "Roti Canai Kosong tanpa telor"?  Akhirnya, mereka terpaksa kembali kepada cara komunis yang sebenar iaitu lakukan keganasan dan baling batu dan cat kepada musuh mereka.  Itu baru real punya kerja Komunis!!

Sabtu, 15 Disember 2012

PORTAL PRO UMNO DESAK GERAKAN KELUAR DARI BN

Oleh:  WFAUZDIN NS

HAKIKATNYA kita semua tahu bahawa Bn kini kehilangan sokongan kaum Cina.  MCA dan Gerakan ternyata tidak berdaya membantu Bn sekarang.  Ini adalah kerana kaum Cina lebih terbuka pemikiran mereka tidak seperti segolongan kaum Melayu yang masih 'layu-layu' di dalam Umno.

Kaum Cina cepat peka dengan isu rasuah dan kejatuhan ekonomi.  Kaum Melayu di dalam Umno lebih peka dengan BR1M, itu bezanya.  Ini diakui sendiri oleh sebuah Portal Pro Umno di mana portal ini menyimpulkan akibat kegagalan MCA dan Gerakan mendapatkan sokongan kaum Cina, lebih baik Gerakan yang dikatakan amat memperjuangkan kaum itu keluar sahaja dari Bn.  Baca di SINI.

Sebenarnya kaum Cina tidak lagi merasa 'stim' bersama Bn adalah kerana mereka tahu hak-hak mereka sering diabaikan.  Ketidak adilan banyak berlaku ke atas kaum ini tetapi mereka juga sedar bahawa apa yang mereka rasai itu telah lama turut dirasai oleh kaum Melayu biarpun lebih 55 tahun kaum Melayu menjadi pemimpin di dalam negara ini.

Jika ada pun kaum Cina yang kaya raya, mereka adalah kroni pemimpin yang memerintah.  Begitu juga jika ada Melayu yang kaya raya.  Bukan sedikit kaum Cina yang miskin dan ramai juga Melayu yang miskin.  Oleh itu, PR tidak lagi memandang perkauman di dalam menentukan hak seluruh rakyat di negara ini.  Melayu miskin dibantu, Cina miskin juga tidak diabaikan termasuk semua kaum di dalam negara ini.  Itu bezanya PR dengan Bn.

Melayu Sabah misalnya tidak merasa RM40 juta yang masuk dari Hongkong kononnya untuk Umno Sabah.  Kaum Cina pula merasa diperdayakan apabila duit kutipan cukai mereka kepada rakyat digunakan sebanyak RM250 Juta untuk satu keluarga yang membela lembu di dalam kondo.  Kaum India pula terpaksa berhimpun di Putrajaya hanya untuk menyelesaikan Kad Pengenalan mereka sedangkan mereka sudah lama menjadi warga negara.  

Oleh yang demikian, rakyat tiada pilihan lain samada mereka dari kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Orang Asal atau apa jua kaum kecuali untuk memberi peluang kepada PR menerajui Putrajaya.  Jika tidak diberi peluang, mana mungkin rakyat boleh menilai mana yang lebih baik samada Bn atau PR?  Tetapi jika mahu menilai di dalam skop yang lebih kecil, lihat sahaja pencapai di Selangor, Penang, Kedah atau Kelantan.  Cuba sebut satu sahaja kes rasuah yang melibatkan pimpinan politik atau Wakil Rakyat yang berlaku di negeri-negeri berkenaan?

Jumaat, 14 Disember 2012

AKU CERAMAH DI FELCRA AIR HITAM, JEMPOL MALAM INI,

MALAM ini (14 Dis 2012), aku dijemput untuk berceramah di Felcra Air Hitam, Jempol dalam kawasan Dun Lui.  Turut bersama malam ini adalah tokoh PAS yang aku minati iaitu YB Khalid Samad (MP Shah Alam).  Pimpinan lain adalah YB Taufik (PAS NS) dan seorang peguam iaitu T. Kumar yang terkenal dengan perjuangan membela nasib para peneroka.

Selaku Penyelaras KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera), aku harap warga tentera atau bekas tentera/perajurit dapat hadir bersama malam ini.  Bagi menghadapi rejim Umno/Bn yang kita ketahui mempunyai kekuatan yang cukup hebat dengan bantuan jentera-jentera kerajaan, bukan mudah untuk kita tewaskan.

Sehubungan itu, semua pihak atau individu yang boleh ke hadapan untuk membantu PR mestilah ke hadapan samada mengetuai sebarang gerakan atau penerangan.  Kita tidak boleh lagi membiarkan beberapa pimpinan sahaja untuk bergerak dan memberikan ceramah di dalam keadaan masa yang amat terhad sebelum PRU, maka sesiapa sahaja yang merasa boleh memberikan penerangan boleh tampil ke hadapan untuk membantu.  Bagi yang boleh memainkan peranan lain seperti gerak kerja di kawasan masing-masing, teruskan gerak kerja kerana itulah tugas paling penting malahan lebih penting dari tugas memberikan ceramah.

Tidak kurang penting juga adalah penyampaian maklumat dan 'peperangan cyber' melalui internet.  Jika kita mahir di dalam aspek ini, pergunakanlah semaksima mungkin untuk membantu PR menumbangkan rejim yang zalim itu.

InsyaAllah, jika semua boleh memainkan peranan tidak mustahil PR berjaya ke Putrajaya sepertimana tidak mustahil Malaysia boleh tewas kepada Bangladesh atau Timor Leste di dalam Bolasepak.

Rabu, 12 Disember 2012

SUMPAH LAKNAT MULA MAKAN TUAN?

Oleh:  WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA Najib kini sudah amat tertekan sekali.  Apabila bos sudah tertekan, apa lagi anak-anak buah mereka.  Justeru itu, jangan terkejut sejak kebelakangan ini berbagai cara dan taktik telah mereka rancang dan gunakan untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat.

Isu pendedahan bekas KPN, Musa Hassan bukan isu remeh temeh.  Kita tidak mahu tahu mengapa Musa Hassan seolah-olah melakukan "U-Turn" yang bukan sedikit cuma tidak masuk ke dalam kumpulan kita sahaja.  Apa pun nawaitu Musa Hassan samada berniat baik atau sebaliknya, bagi kita yang penting Musa Hassan telah melondehkan kerajaan di bawah Najib.  

Begitu juga dengan pendedahan Deepak, seorang ahli perniagaan yang kini merasa 'tertipu' dengan 'rakan'nya yang semua rakyat kenal insan tersebut.  Pendedahan beliau juga bukan remeh malahan melibatkan kes jenayah iaitu kes pembunuhan.  Pengakuan Bersumpah Bala ada kaitan dengan kes kematian Altantuya yang didapati mati diletupkan dengan C4 'tanpa sebab'?  Otak yang sihat dan bukan berotakkan lembu sudah pasti tidak boleh menerima Altantuya dibunuh oleh orang yang tidak pernah mengenalinya dan paling tidak lojik dibunuh tanpa motif.

Akuan Bersumpah Lajim Ukin yang terbaru menambahkan botak kepala Najib memikirkannya mengapa begitu berat sekali bebanan dan tekanan ke atas beliau sekarang.  Ada rakan yang memberitahu, mungkin akibat 'Sumpah Laknat' beliau di Permatang Pauh dahulu kononnya tidak mengenali Altantuya kini telah memakan diri.  Wallahu Aklam.

Kini, Pakatan Rakyat terlalu banyak isu untuk kita sampaikan kepada rakyat.  Sampaikan walau satu ayat tentang kemungkaran dan kezaliman ini.  Biarlah mereka yang berotak lembu yang telah puas menangis di dewan PWTC itu tidak mempercayainya, namun penerangan mestilah dilakukan berterusan sehingga parti sekutu Apco ini tersungkur.

Sabtu, 8 Disember 2012

SITUASI DI KEDAH 'SURAM' UNTUK PR?

 
Oleh:  WFAUZDIN NS
 
BENARKAH jangkaan beberapa penganalisis politik yang meramalkan Kerajaan PR yang diterajui oleh PAS di Kedah bakal tumbang di tangan Umno/Bn?  Jika kita merujuk kepada laporan media kawalan Umno, begitulah dikhabarkan.
 
Tetapi hakikatnya malam tadi, bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar kita boleh menyaksikan sambutan rakyat Kedah yang tidak kalah dengan sambutan di Stadium Sultan Mohamad, Kota Bharu, Kelantan yang lalu di dalam Program Himpunan Kebangkitan Rakyat.
 
Sekiranya pimpinan Umno menyaksikan situasi di atas, maka dengan sendirinya mereka mula berfikir apakah yang menyebabkan rakyat Kedah begitu meluat dengan Umno.  Kedah adalah negeri mantan PM yang kononnya tersohor seluruh dunia iaitu Tun Mahathir Kutty.  Tidak kisahlah samada Tun Mahathir ini Melayu asli atau tidak, kenyataannya rakyat Kedah tidak mahu Melayu yang menipu dan kaki rasuah.  Buktinya, rakyat Selangor sudah pun menolak Khir Toyo walaupun Khir Toyo itu terlebih Melayunya.

Rakyat Kedah sudah tahu cerita bagaimana hilangnya hasil balak di Kedah sewaktu zaman parti sekutu APCO itu memerintah.  Maka, kali ini mustahil rakyat Kedah mahu menempah bala untuk menyerahkan kembali kuasa kepada Umno.

Khamis, 6 Disember 2012

PERISTIWA DI GOMBAK - IBLIS PUN TABIK DENGAN KEBODOHAN PUAK INI

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA, TV3 suku pun malam tadi mengulas berita kekecohan yang berlaku di dalam Program Jelajah Merdeka Rakyat bersama DS Anwar di Gombak.  Seperti yang dijangka, ditemuramah semua balaci-balaci dan pelawak-pelawak bodo puak yang baru selesai berhimpun di kandang mereka baru-baru ini.

Sayugia berkatalah si Ketua Pemuda Gombak mewakili parti sekutu Apco itu sambil menafikan sekeras-keras tahi pemudanya terlibat, " Kami datang dengan aman dan tidak melakukan apa-apa provokasi tetapi pihak penyokong PR yang terlebih dahulu memulakan kekecohan"

Begitulah apabila si Munafil bercakap.  Dia mengaku kumpulan lembunya datang ke program PR.  Datang untuk dengar ceramah?  Tiada masalah, tetapi perlu apa datang bersama bendera-bendera dacing baghdad dan bendera keris telanjang tanpa sarung itu?  Ertinya, datang untuk mulakan provokasi.  Bayangkan jika mereka tidak datang untuk provokasi, adakah kejadian yang memalukan bangsa Melayu dan Islam (jika mereka Islam) itu akan berlaku?  Itu asas dan persoalan pokok.

Pihak berkuasa tentu tahu siapa yang hadir ke ceramah PR dengan membawa bendera cap dacing baghdad dan keris telanjang.  Tentu pihak berkuasa sudah terfikir apa tujuan mereka datang.  Untuk dengar ceramah?  Lojikkah?  Mengapa tiada tindakan awal untuk menghalang mereka?  Mungkin bekas KPN, Musa Hassan tahu jawapannya.

Satu lagi yang melucukan, Malaysiakini melaporkan puak mereka mendakwa penyokong-penyokong PR membaling mereka dengan batu, periuk, kuali dan sebagainya.  Inilah kali pertama aku dapat tahu bahawa selama ini penyokong-penyokong kita kalau hadir ceramah mesti membawa periuk, kuali, sudu, garpu, mangkuk, cerek dan mungkin juga peti ais.  Cerita ini jika Iblis mendengarnya, Iblis pun tabik dengan kebangangan puak ini untuk menipu.

Itulah akibatnya jika kita mempunyai pemimpin yang bacul dan dayus takut untuk berhujah dan berdebat secara berdepan.  Di dalam kandang sendiri, tunjuk telor sebesar gajah walhal dengan bini pun takut nak mampus.  Maka, anak-anak buah pun jadi bacul tunjuk hebat kerana mereka tahu ada yang melindunginya.



Isnin, 3 Disember 2012

PERHIMPUNAN PERGI TANPA PAHALA, BALIK MENAMBAH DOSA

Oleh:  WFAUZDIN NS

BERPEKIK melalak segala juak-juak mereka di dalam satu perhimpunan.  Bermula dengan Presiden, Timbalan Presiden juga anak jantan muda dan betina, kesemuanya melolong bagai histeria.  Gegak gempita PWTC dibuatnya umpama lembu kena penyakit 'lembu gila'.

Tidak lain tidak bukan hanya kerana ingin tunjukkan bahawa sebenarnya mereka adalah pemimpin hebat dan gagah.  Mereka bukan dari jenis 'roti kosong' tanpa telor.  Maka bertepuk sehingga merah telapak tangan anak-anak buah mereka kerana bangga mereka mempunyai pemimpin yang berani menyalak di gelanggang sendiri.

Hakikatnya, satu dunia tahu bahawa itulah pemimpin yang satu-satunya di dunia ini paling penakut untuk berdepan dengan musuh politik mereka.  Sudah bertahun rakyat menanti pemimpin ini menunjukkan kejantanannya di khalayak umum, berhujah dengan fakta dan ilmu bagi menangkis hujah lawan politik mereka.  Malang sekali, tiada sedikit pun keberanian di dalam jiwa mereka kerana mereka mempunyai jiwa yang penuh dengan kekotoran.  

Orang salah sememangnya selalu takut.  Usahlah diberi berbagai alasan lagi kerana rakyat semakin bijak kecuali yang bertepuk tangan di dalam kandang PWTC itu yang belum sampai masanya untuk cerdik atau pun susah untuk membuang sikap mengampu yang selama ini menjadi tradisi mereka.

Sang Timbalan tanpa rasa malu dan segan mengutuk dan mengeji anak Ketua Pembangkang.  Kononnya Nurul Izzah itu akan menyesatkan umat-umat Islam.  Memang buta mata beliau tidak tahu beza di antara Nurul Izzah dengan Najwa, anaknya sendiri yang menjadi artis yang sering 'bertelanjang' itu.  Patutnya beliau malu untuk menuduh anak orang lain yang sentiasa menjaga moral dan auratnya sedangkan anaknya sendiri tubuh badannya setiap hari menjadi santapan jantan-jantan kemaruk.  

Begitu juga Sang Presiden.  Menghina dan memburuk-burukkan Anwar dan pimpinan seperti Tok Guru Nik Aziz.  Buta juga mata anak orang Pekan ini terhadap bini nya sendiri dan anak-anaknya yang juga 'bertelanjang' mendedahkan aurat.  Jika tanya kepada Iblis sekali pun, Iblis pun tahu menilai siapa lebih mulia di antara Bik Mama dan Wan Azizah.  Ertinya, mereka yang bertepuk dan bersorak, kemudiannya menangis air mata buaya di dalam PWTC hari itu, mereka lebih dahsyat dari Iblis untuk membuat penilaian.

Cuba tanya perwakilan yang hadir, apa yang mereka boleh rumuskan dan point-point yang mereka bawa balik dari PWTC?  Sudah pasti mereka akan lebih banyak bercerita tentang seronoknya tidor di hotel dan membeli belah sepanjang mereka berhimpun.   Kesihan mereka, sudahlah pergi tiada berpahala, balik pula membawa dosa.


Sabtu, 1 Disember 2012

AKU DI LANCHANG, TEMERLOH MALAM INI

Oleh:  WFAUZDIN NS



MALAM ini (01 Disember 2012), aku dijemput berceramah di Taman Lanchang Permai, Bolok, Lanchang, Temerloh bersama dengan Pn Felicia Ling (AJK Wanita PKR Pusat), Sdr Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang) dan Sdr Man Kadir@Pak Jabit (Timb Ketua Cabang Temerloh).

Kepada rakan-rakan dijemput hadir bertemu di sana, terutamanya wara tentera dan bekas-bekas tentera.  Masa untuk 'serang' balas Umno setelah mereka 'serang' hendap kita di PWTC.

Khamis, 29 November 2012

BERLAKU 13 MEI, TIDAK PAYAH BAYAR HUTANG LEMBU

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA berkatalah betina bernama Kak Ijat, seorang tokey lembu bahawasanya sekiranya PR memerintah maka negara ini akan huru-hara seperti 13 Mei dahulu kala.  Ertinya, di Selangor, Kedah, Kelantan dan P.Pinang sekarang telah lama berlaku huru-hara dan banyak darah orang-orang Melayu, Cina dan India tumpah ke bumi semenjak 2008.

Begitulah andaian tokey lembu yang bercakap di dalam kandang lembu untuk memberi peringatan kepada seluruh isi kandang.  Apakah beliau sememangnya ingin sangat berlaku peristiwa seperti 13 Mei?  Pada kepala otaknya yang berjambul itu, jika berlaku 13 Mei nanti maka negara akan huru-hara dan bila negara huru-hara sudah pastilah 'hutang beli lembu' RM250 juta tak perlu dibayar.  Kirim salam bebanyak.....

Peliknya, masih ada lagi yang masih percaya kepada kata-kata betina yang tidak tahu anaknya bekerja apa itu?  Kalau dah dia dengan anaknya pun dia tak ambil tahu, korang semua nak ikut cakap dia lagi?  Paling melucukan, sekumpulan lembu betina memujuk merayu agar bos mereka itu diberi peluang sekali lagi.  Peluang untuk bela lembu lagikah?  Budaya ampu dan bodek tidak boleh dipisahkan.....maka jadilah mereka kartun 'transformer' yang berubah-ubah bentuk mengikut apa jua pemimpin arahkan.

Rabu, 28 November 2012

MALAM INI HANYA ADA DUA PILIHAN UNTUK HARIMAU MALAYA DAN FAM

Oleh:  WFAUZDIN NS

MALAM ini tiada alasan lagi buat Rajagopal dan FAM.  Rakyat khususnya peminat bolasepak sudah jemu mahu mendengar alasan "bukan permainan sebenar"' "ranking tidak penting", "pemain ramai cedera"' "pemain gugup" dan macam-macam alasan lagi yang negara lain tidak pernah berkata sedemikian.

Jika Seri atau tewas, sila letak jawatan....
Malam ini Skuad Bolasepak Harimau Malaya mesti keluar dari kandang 'sarkas' dan mesti menjadi harimau sebenar untuk membaham Laos.  Tiada pilihan malam ini, kecuali dua pilihan iaitu MESTI MENANG atau Rajagopal, dan seluruh kepimpinan FAM termasuk Presidennya WAJIB meletakkan jawatan.  

Kepada penyokong-penyokong Harimau Malaya, jangan kecewa dulu.  Datanglah ramai-ramai ke stadium untuk menyaksikan "perlawanan sebenar" malam ini atau "perlawanan olok-olok" sahaja.  Dari awal lagi, kita bukan mahu menang kesemua perlawanan tetapi kita tidak boleh terima kekalahan semua perlawanan apatah lagi tewas dengan pasukan seperti Laos.  Paling penting bagi kami, pemain-pemain mesti menunjukkan permainan bermutu sejajar dengan banyaknya wang rakyat dilaburkan untuk sukan Bolasepak selama ini.

Harga tiket semakin lama semakin naik, tapi mutu permainan dan prestasi semakin teruk.  Itu yang peminat-peminat tidak boleh terima.  Jika kita tewas kepada Hong Kong, seri dengan Bangladesh atau menang hanya dengan Timor Leste, adakah itu berbaloi?  

Apa pun jom kita beri sokongan kepada Skuad Harimau Malaya malam ini walaupun sudah ada yang dapat menghidu keputusan malam ini.

Selasa, 27 November 2012

HASSAN JATI KENA BIJAK MACAM EZAM SESUMPAH UNTUK CARI MAKAN

Oleh:  WFAUZDIN NS

KECOH blog-blog pro Umno kononnya akan ada beberapa orang tokoh yang telah dicampak keluar dari PAS dan tokoh yang terpinggir di dalam PAS akan mengistiharkan diri menyertai parti sekutu Apco itu.   Firasat aku, dan aku amat berharap tokoh itu salah seorangnya adalah Hassan Jati.

Jiwa Hassan Jati sekarang memang sesuai untuk Umno.  Jika beliau tidak sertai Umno pun setiap kali beliau bercakap terbau dari mulutnya bau Umno.  Maka elok sangat beliau sertai Umno kerana mungkin dengan cara itu beliau boleh bertanding di dalam PRU akan datang.  Jika tidak, beliau terpaksa bertanding di atas kapasiti calon Bebas yang mana harapan untuk beliau memberi 'sedekah' deposit nya kepada SPR amat cerah.

Jika beliau sertai Umno pula masalahnya di mana beliau akan bertanding?  Di Selangor?  Kita tahu di Selangor sekarang semua Ketua Bahagian sedang lapar mahu menjadi calon.  Mereka sanggup bertikam sesama sendiri untuk menjadi calon, masakan begitu mudah mereka mahu serahkan kerusi kepada Hassan Jati bekas pemimpin PAS yang pernah berjanji tidak akan sertai Umno itu.

Kalau Hassan Jati sertai Umno, kita patut mengadakan kenduri kesyukuran.  Ini adalah kerana kemasukan Hassan Jati akan dapat membantu PAS di mana sudah pasti perbalahan di dalam Umno akan bertambah rancak.  Kita masih ingat apabila Ezam sesumpah dianugerahkan Senator selepas menyembah lutut Umno, bukan sedikit yang merungut dan tidak puas hati.  Manakan tidak, orang yang pernah memuja memuji DS Anwar dan mengutuk rapat Umno dan Najib dahulu begitu mudah mendapat Senator.  Itulah bijaknya Ezam sesumpah memperbodohkan orang-orang lama di dalam Umno.

Kali ini tidak mustahil giliran Hassan Jati pula untuk memperbodohkan ahli-ahli yang telah sedia bengap itu.  Hassan Jati tahu, semua ahli-ahli Umno akan jadi burung belatuk jika pemimpin mereka bersuara.  Jika Najib kata Hassan Jati akan jadi calon, burung belatuk ini akan menganguk walaupun di dalam hati Tuhan sahaja yang tahu.  

Harapan kita, eloklah Hassan Jati umum masuk Umno secepat mungkin.  Kita simpati dengan beliau yang mungkin sekarang ini merasa resah khuatir dapor tidak berasap apabila tidak lagi menjadi Wakil Rakyat selepas ini.

Ahad, 25 November 2012

NAJIB PATUT LETAK JAWATAN UNTUK BERI UMNO BERNAFAS SEKETIKA

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA membaca artikel yang ditulis dari sebuah portal pro Umno yang 'kritis' iaitu Umno-reform di SINI, terlihat oleh kita betapa mereka juga sudah hilang keyakinan bahawa Umno bakal bertahan di dalam PRU akan datang.

Sememangnya ada lojik, Najib perlu letak jawatan segera iaitu sebelum PRU sekiranya mahu Umno 'bernafas seketika', walaupun tidak menjamin Umno dari berkubur.  Jika Najib sanggup mengorbankan dirinya, terutama mengorbankan kesenangan isteri tersayangnya itu, maka ahli-ahli Umno mungkin mendapat sedikit 'udara' untuk bernafas.  Tetapi jika Najib terus mencuba untuk menjadi 'tikus membaiki labu', hayat Umno semakin  tiba. 

Bukan menjadi rahsia lagi, Umno terpaksa menanggung banyak isu semenjak Rosmah dianggap 'First Lady'.  Jika di zaman Pak Lah, menantunya KJ dianggap ramai orang sebagai punca kejatuhan PM Islam Hadhari ini.  Di zaman Najib, semua telunjuk menghala kepada Rosmah.  Maka tidak hairanlah seperti apa yang banyak banyak dikempenkan di dalam ahli-ahli Umno bahawa sudah sampai masanya Muhyiddin patut dicuba untuk menghalang kemaraan DS Anwar Ibrahim.

Semua isu telah dimainkan oleh Umno, namun gagal menarik perhatian rakyat bahkan rakyat semakin berminat untuk mendengar ucapan DS Anwar yang begitu berani mencabar Najib berdebat.  Rakyat berfikir, jika DS Anwar itu banyak melakukan penyelewengan atau rasuah sewaktu beliau di dalam kerajaan, mana mungkin Ketua Pembangkang ini begitu berani mencabar PM.  Bukankah semua fail menteri kabinet semenjak Merdeka berada di tangan kerajaan?  Rakyat juga berfikir, mengapa susah sangat Najib memberanikan diri untuk berdebat secara terbuka dengan DS Anwar?  Apa yang mahu beliau sorokkan?

Andaikata alasan Najib tidak mahu berdebat dengan DS Anwar kononnya Ketua Pembangkang itu 'rendah moral'nya, tetapi dengan pemimpin PAS pun Najib tak pernah berani berdebat.  Itu semua alasan kebudak-budakan dan itu bukan standard PM yang baik untuk sesebuah negara.  Adakah jika Muhyiddin jadi PM, beliau sanggup menjadi lebih berani untuk berdepan dengan DS Anwar?  Jawapannya tetap sama kerana selagi mereka merasakan ada sesuatu yang disorokkan dari rakyat, sesiapa pun yang menjadi PM dari kalangan Umno tidak akan berani berdepan dengan rakyat.

Sabtu, 24 November 2012

MUZAKARAH SESAMA ORANG BODOH MAKA DAPATLAH KEPUTUSAN YANG BODOH

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA bermuzakarah lah puak-puak pembaca Utusan Meloya dan peminat setia TV3 suku, iaitu satu kumpulan 'ular dalam semak' (ULARMAK) dengan Pemuda Umporno bersama Ahmad Maslan.  Maudhuk mereka " Apa hukumnya PAS mendoakan kehancuran Umporno".

Maka para Ularmak ini membuka kitab sebelum mengemukakan hujah dengan dalil masing-masing.  Kitab yang menjadi rujukan mereka adalah kitab bernama 'Al Utusan Meloyawiyyah".  Belek punya belek, kesemuanya sepakat mengatakan "Tak Patut doakan Umporno hancur".

Apa kejadahnya muzakarah serupa ini?  Muzakarah sepatutnya yang dijemput adalah pihak yang berbalah.  Pihak yang menuduh dengan pihak yang kena tuduh akan berbincang atau bermuzakarah, kitab rujukannya mestilah Al-Quran, Hadith dan dipandu dengan Ijmak Ulamak.  Baru boleh dapat rumusan sesuatu perkara.

Kalau bermuzakarah sesama orang bodoh yang diperbodohkan oleh Utusan Meloya dengan TV3 Suku ini, maka jawapan atau hasil dari muzakarah itu mesti keputusan yang bodoh juga. 

Jumaat, 23 November 2012

RAFIZI TETAP AKAN DIDAKWA - DALIL UNTUK MENDOAKAN AGAR UMNO HANCUR

Oleh:  WFAUZDIN NS

MEMANG sudah dijangka, Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli untuk membatal tuduhan terhadapnya di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) 1989 berkaitan dengan National Feedlot Corporation (NFC).  Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Ghazali Cha.

Rafizi didakwa di bawah Bafia awal tahun ini kerana didakwa mendedahkan maklumat akaun perbankan penting yang berkaitan dengan NFC dan juga pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Oleh sebab itu, salahkah kita mendoakan agar Umno hancur sehancur-hancurnya?  Apabila berlaku kes sedemikian, bagi orang Islam yang beriman dan berakal mustahil mereka mahu mendoakan kesejahteraan buat Umno.  Tentu ada yang bertanya apa kaitannya dengan Umno di dalam kes ini?  Jawapannya, memang tiada kaitan kerana yang didedahkan akaunnya oleh Sdr Rafizi itu bukan keluarga Ketua Wanita Umno (?).  

Sistem kehakiman jangan diperlekehkan walau apa jua keputusan.  Kita tidak mahu komen tentang keputusan Hakim tersebut, namun sistem kehakiman adalah berada di bawah sistem perundangan yang berada di bawah Kerajaan Umno/Bn.  Kehakiman berada di bawah Menteri yang jaga Undang-Undang di mana Menteri itu juga sekarang ini dikatakan terpalit dengan kes melibatkan kemewahan anaknya.  Menteri itu bukan ahli PAS, PKR mahu pun DAP.  

Kaitannya kes ini dengan Umno siapa boleh nafikan?  Maka, amat wajar sekali kita semua mendoakan setiap hari agar Umno hancur agar semua ahli Umno akan selamat dan boleh bersama kita untuk memartabatkan maruah rakyat dan negara ini.

Khamis, 22 November 2012

CHEGU BARD 'LARI' TINGGALKAN REMBAU? SIAPA LARI TINGGALKAN PENANTI?

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA aku menulis tentang Parlimen Nibong Tebal yang mana semua tahu siapa yang 'memulihkan semangat' penyokong-penyokong PR terutamanya KEADILAN di kawasan tersebut sejurus MP nya menjadi katak, ada komen dari sahabat yang mengatakan aku penyokong setia Chegu Bard.  Sebabnya, aku menulis tentang mengapa Dr Mansor diumumkan di Parlimen tersebut bukannya Chegu Bard.

Walaupun aku sudah nyatakan, aku memang menyokong perjuangan Chegu Bard tetapi aku bukannya musuh kepada yang lain.  Aku pernah bersama aktiviti SAMM walaupun aku bukan ahli berdaftar SAMM, aku juga turut meraikan program MAP satu lagi NGO di bawah Sdr Mustafa Kamil Ayub sewaktu penubuhan MAP di Pahang, begitu juga aku turut bersama Jingga 13, malahan satu pentas berceramah dengan Pengerusinya, Sdr Fariz Musa.  Apatah lagi, aku menyokong kuat AMK yang merupakan sayap kepada KEADILAN. Apa jua kumpulan yang mensasarkan Umno/Bn sebagai musuh, aku pasti ingin bersamanya.

Isu di Nibong Tebal bukan isu Chegu Bard tidak terpilih.  Kalau pun Chegu Bard dirasakan tidak layak di situ, aku cuma ingin bertanya adakah benar Dr Mansor layak di situ?  Aku tabik Chegu Bard kerana sehingga kini beliau terus bekerja di merata tempat.  Komen dari sahabat aku yang menyebut mengapa Chegu Bard 'lari' tinggalkan Rembau kononnya ingin mencari tempat selamat bagi aku itu merupakan satu komen yang 'nakal'.  Cuba tanya Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar sendiri adakah beliau selama-lamanya bertanding di tempatnya di Melaka?  Adakah Sdr Shamsul Iskandar boleh kita anggap 'lari' ke tempat selamat?  Dan, benarkah beliau sememangnya selamat setelah 'lari' dari Melaka?  Aku tidak kata Sdr Shamsul Iskandar 'lari', tetapi di dalam strategi politik ada ketikanya perlu berbuat demikian.  Mungkin juga boleh dikatakan Dr Mansor 'lari' tinggalkan Penanti?  YB Azan juga 'lari' tinggalkan Indera Mahkota? 

Sahabat aku juga menyebut bahawa Chegu Bard ini jenis yang suka memberontak di dalam parti.  Kononnya tidak menghormati orang lama di dalam parti.  Malangnya, tiada satu bukti pun sahabat aku ini tampilkan untuk menunjukkan bahawa Chegu Bard ini pemberontak di dalam parti, jauh sekali tidak menghormati orang lama.  Siapa 'orang lama' itu?  Kalau diminta bukti mengapa di dalam beberapa isu Chegu Bard dilihat terlalu 'vokal' mengkritik, ada asasnya.  Mungkin YB Saifuddin Nasution selaku Setiausaha Agong KEADILAN sendiri amat memahami mengapa Chegu Bard bersikap sedemikian.

Chegu Bard sekarang bukan sahaja menghadapi musuh sebenar iaitu Umno/Bn, tetapi beliau turut menghadapi musuh peribadinya.  Berbagai-bagai cara musuh peribadi beliau lakukan untuk menyingkirkan Chegu Bard dari perhatian umum sehingga ke tahap mencipta FB palsu agar Penyelaras SAMM ini ditekan dan disiasat oleh pihak berkuasa.  Di dalam FB, berbagai-bagai tuduhan dan sindiran telah mereka lakukan hanya kerana hasad dan dengki terhadap ketokohan anak muda ini.  

Ini bukan ahli Umno yang menyindir Chegu Bard...Ini kerja siapa?
Apabila Chegu Bard mentarbiyyahkan anak-anak buahnya dengan peristiwa Khalid Al Walid yang telah diuji di dalam perjuangannya, itu pun dipersendakan oleh kumpulan hasad dengki ini.  Mereka kini lupa musuh sebenar mereka hanya kerana perasaan dendam, hasad dan dengki yang tidak berkesudahan walaupun cita-cita mereka untuk melihat Chegu Bard tidak berada di saf hadapan parti sebenarnya telah berjaya.  Tapi mereka lupa, Chegu Bard tidak perlu berada di saf hadapan hanya kerana untuk menghancurkan Umno/Bn.  Anak-anak muda dan rakyat kini boleh menilai siapa yang bekerja bersungguh-sungguh untuk menghancurkan Umno/Bn dan siapa yang bekerja siang dan malam untuk menjatuhkan sesama sendiri demi kepentingan diri.


Selasa, 20 November 2012

KAMERA AES SECARA HARAM DI SELANGOR, SAMM TAWARKAN DIRI UNTUK JIMATKAN DUIT RAKYAT SELANGOR

Oleh:  WFAUZDIN NS

TAHNIAH kepada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) kerana sudi menawarkan diri untuk menentang penceroboh di Selangor yang memasang kamera AES tanpa kebenaran kerajaan negeri.  Tempoh selama 14 hari untuk pihak berkenaan mencabut tiang-tiang kamera berkenaan hanya tinggal tidak sampai seminggu lagi, maka elok lah pihak berkenaan mengambil tindakan segera sebelum dimusnahkan oleh SAMM nanti.  Baca di SINI.

Aku rasa perlu ada pihak lain yang boleh bersama-sama SAMM untuk menjayakan operasi membuang benda haram ini.  Aku yakin AMK Selangor sudah tentunya sanggup bersama-sama membantu kerajaan negeri membenteras pembinaan haram tersebut.  Begitu juga dengan NGO lain seperti Jingga 13.  Ini kerja baik untuk masyarakat kerana natang haram itu dibina secara haram untuk mendapatkan duit secara haram juga.

Kerajaan Negeri Selangor jangan gunakan duit rakyat untuk mengupah pihak lain kerana telah ada yang sudi tawarkan diri untuk kerja amal tanpa bayaran seperti yang dijelaskan oleh SAMM.  Ini soal kedaulatan dan maruah negeri Selangor.  Jangan ada pihak yang ingat bahawa negeri-negeri di bawah PR boleh dibuat sesuka hati apatah lagi mahu dijadikan lubuk mengumpul duit untuk kroni.

Isnin, 19 November 2012

NIBONG TEBAL - DR MANSOR BOLEH MENANG TAPI BUKAN KERANA KETOKOHANNYA

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEMALAM aku tulis isu calon PKR di Parlimen Nibong Tebal.  Dengar-dengar khabar DS Anwar dan umumkan nama Dr Mansor walaupun sebilangan besar masyarakat di situ yang masih yakin dengan PR mahukan orang lain yang telah bekerja keras di kawasan itu selama ini.  Orang itu pastinya bukan Dr Mansor.

Tanyalah orang-orang di Nibong Tebal sendiri, sewaktu bekas Wakil Rakyat PKR Parlimen Nibong Tebal bertukar menjadi katak, siapa yang awal-awal lagi menyuntik semangat para penyokong PR di kawasan itu?  Pasti mereka akan jawab bukan Dr Mansor.  Habis siapa?  Bila aku sebut nama Chegu Bard, pasti ada yang kata aku memang penyokong Chegu Bard maka aku kena naikkan nama Chegu Bard.  Habis tu, aku bukan penyokong DS Anwar kah?  Bukankah dengan restu DS Anwar maka nama Dr Mansor naik?

Silap besar jika mereka kata aku sebut nama Chegu Bard kerana aku penyokong kuat Penyelaras SAMM itu.  Buktinya, cuba tanya Chegu Bard sendiri bahawa aku pernah menulis mengkrtik Chegu Bard sewaktu selesai Pemilihan di dalam PKR dulu yang mana Chegu Bard 'tewas' di dalam merebut jawatan Ketua AMK.  Sewaktu pemilihan tu, aku secara terbuka berkempen untuk Chegu Bard tetapi apabila beliau 'tewas' (benarkah tewas?), aku di antara yang mahu Chegu Bard 'bersabar' menerima kekalahan yang hakikatnya kemenangan bagi beliau.  Aku dihentam kerana tulisan aku, tapi aku tak kisah sebab aku tahu perasaan mereka yang tidak boleh terima keputusan yang sememangnya janggal sekali.

Ertinya aku mahu sebut bahawa aku juga pernah kritik Chegu Bard.  Adakah aku anti DS Anwar?  Lagi tidak lojik kerana baru-baru ini aku baru saja serah memorandum KOBAT Kor Bekas Angkatan Tentera kepada DS Anwar.  Kalau aku tak suka DS Anwar, buang masa saja aku mahu hulur memorandum kat dia.  

Isu di Nibong Tebal ini bukan isu sokong DS Anwar mahu pun menyebelah Chegu Bard.  Isunya layakkah Dr Mansor mendirikan rumah di kawasan yang dulunya semak samun, tetapi bila sudah ditebas rumput lalang maka beliau sewenang-wenangnya 'disuruh' duduk di situ?  Jika gila sangat mahu duduk di situ pun, berilah salam atau bincang-bincanglah sikit dengan orang yang telah banyak bazirkan masa menebas rumput lalang kat situ.  Ini masalahnya.

Alasan bahawa selaku Timbalan KM P.Pinang maka beliau layak berdepan dengan Ketua Umno/Bn di kawasan itu adalah merupakan alasan 'lawak bodoh'.  Cuba kita cakap pada DS Anwar, beliau selaku Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR maka beliau elok bertanding dengan Najib di Pekan, agaknya apa komen DS Anwar?  Carilah alasan terbaik sikit.  Tiada alasan terbaik yang lain kecuali kena terima hakikat siapakah yang diinginkan oleh rakyat di Nibong Tebal dan calon itu mestilah orang yang setia dengan parti dan bekerja kuat untuk parti.  Alasan pegang jawatan itu dan ini bukanlah alasan bijak malahan melucukan.

Kalau aku berada di tempat Dr Mansor, walaupun didesak oleh ketua untuk bertanding di kawasan yang aku tahu aku tidak buat apa-apa di situ selama ini, aku akan tarik diri kerana malu kepada diri sendiri.  Kalaupun dia menang nanti, semua tahu kemenangan dia bukan kerana dia disukai ramai orang tetapi kerana bencinya rakyat kepada Umno/Bn.  Tapi adakah parti beruntung memiliki Wakil Rakyat yang menang tapi bukan di atas ketrampilan atau ketokohannya?  

Di dalam kita semakin hampir mahu ke Putrajaya, DS Anwar tidak boleh lagi lakukan kesilapan.  DS Anwar kena lihat pandangan akar umbi bukan hanya boleh berharap dengan kebencian rakyat kepada Umno/Bn semata-mata.  Jika kita menang tetapi kita memiliki Wakil Rakyat yang pengundinya pun tidak redha kepadanya buat apa?

 


Ahad, 18 November 2012

CALON PKR DI NIBONG TEBAL - ANWAR BAKAL ULANGI KESILAPAN LAGI

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEBELUM ini aku pernah tulis bahawa Chegu Bard bakal tercalon di Parlimen Nibong Tebal.  Waktu itu amat jelas Penyelaras SAMM ini bekerja kuat di sana setelah Parlimen tersebut terbiar angkara Sang Katak.  Waktu itu juga tiada siapa tahu Dr Mansor, Timbalan KM P.Pinang wujud di situ kerana beliau terlalu sibuk nak selesaikan masalah 'rahsia mesyuarat' bocor.

Tiba-tiba dua tiga hari ini, nama Dr Mansor disebut di Nibong Tebal sebagai calon.  Sadisnya ia disebut di hadapan Chegu Bard yang bekerja kuat selama ini di situ.  Paling sadis, tiada perbincangan pun untuk 'mengistiharkan' nama Dr Mansor di situ.  Bukan menjadi rahsia lagi bahawa telah ada perjanjian bahawa Chegu Bard perlu pulihkan Nibong Tebal dan beliau bakal mewakili PKR di kerusi tersebut di dalam PRU akan datang.  Semua orang Nibong Tebal tahu semua ini dan mereka pun bersemangat untuk membantu Chegu Bard di situ.  

Jika dibuat kaji selidik, percayalah bahawa majoriti orang-orang di Nibong Tebal lebih menerima Chegu Bard di sana.  Semua faham bahawa parti punya hak tentukan calon tetapi rakyat yang bakal mengundi.  Masuk oleh akal ke rakyat akan mengundi orang yang tidak buat kerja di situ atau yang datang hanya setelah 'pembersihan' dilakukan oleh orang lain?  Lojikkah rakyat mahu mengundi orang yang 'gagal' menjaga kerahsiaan parti sewaktu mesyuarat sehingga umpatannya kepada rakan sendiri dibocorkan?  Itu belum dikira kata-katanya yang menampakkan beliau tidak serius untuk menjadi Wakil Rakyat membela rakyat.  

Aku harap DS Anwar tidak tersilap lagi tentang memilih calon.  Kalau mahu tolak Chegu Bard pun, tolong beritahu apa kurangnya Chegu Bard berbanding Dr Mansor?  Jika mahu tahu apa lebihnya Chegu Bard dari Dr Mansor, berbakul kita boleh tunjukkan.

Jumaat, 16 November 2012

BILA GELANGGANG DIBUKA, US NASHA LARI LUAR NEGARA

Oleh:  WFAUZDIN NS

MUKTAMAR PAS sedang berlangsung dan hampir selesai.  Muktamar adalah tempat semua perwakilan PAS membawa usul atau tempat untuk mengkritik parti yang paling efisyen.  Namun, tempat sebegini istimewa tidak menarik minat Us Nasha untuk bercakap, mungkin beliau tahu Muktamar PAS tidak sehebat jemputan media perdana kawalan Umno untuk beliau bercakap.

Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa dilaporkan tidak akan hadir ke Muktamar PAS ke-58 yang bakal berlangsung di Kota Bharu bermula Jumaat kerana memenuhi undangan rasmi ke luar negara.  Akhbar Berita Harian menyebut, Nasharudin berada di luar negara sejak Ahad dan undangan tersebut diterima sejak awal lagi.
 
Undangan luar negara itu urusan resmi parti kah atau peribadi?  Jika urusan peribadi, ertinya Us Nasha meletakkan urusan peribadinya lebih tinggi dari urusan parti.  Jika alasan undangan ke luar negara itu lebih awal dibuat, ertinya Muktamar PAS kali ini baru seminggu ditetapkan?  
 
Samada Us Nasha hadir atau tidak di dalam Muktamar PAS kali ini tidak penting buat PAS, tetapi penting buat Us Nasha sendiri.  Bukankah beliau selalu mengkritik parti secara terbuka di dalam media kawalan Umno?  Bukankah beliau selalu menyebut bahawa PAS sudah lari dari perjuangan?  Jika beliau sendiri meremehkan Muktamar PAS, apakah ini bermakna Us Nasha sebenarnya tidak pernah serius untuk membetulkan PAS jika beliau rasa PAS telah tersasar dari perjuangan?
 
Dapatkah anda bayangkan, jika ada jemputan dari Najib untuk Us Nasha mengiringi PM ini ke luar negara, adakah anda rasa Us Nasha menolaknya atau memberi alasan ada tugas lain?  Rasanya Us Nasha akan berlari-lari untuk mengikuti Najib dan meninggalkan urusan yang lain.  Begitu juga, jika TV3 Suku menjemput Us Nasha untuk diwawancara khas, pastinya sepantas kilat mantan Timbalan Presiden PAS ini datang ke Seri Pentas.  Tapi ini Muktamar PAS.  Apa ada pada Muktamar PAS di dalam keadaan beliau tiada jawatan lagi? 
 
Sekarang kita kenal watak ini.  Watak yang hanya berani dan berkokok di luar gelanggang.  Bila gelanggang sebenar dibuka untuk beliau tunjukkan kehebatannya, beliau lari dan pasti akan muncul selepas ini bila gelanggang ditutup.  Adakah beliau tidak sanggup mendengar hujah-hujah perwakilan yang sudah lama menunggu untuk membelasah beliau di Muktamar kali ini?  Jika tidak berani, memang wajar beliau berhujah seorang diri di TV3 suku setaraf dengan Najib atau paling tidak seperti Zul Kulum, Ezam, Ruslan Kassim, Zahrain atau Ibrahim Alkataki. /wfauzdin.blogspot.com
 
 
 
 

Khamis, 15 November 2012

VIDEO - BLOGGER/WAKIL KOBAT CERAMAH DI KAWASAN NAJIB DALAM PROGRAM JELAJAH SKANDAL SCORPENE



Wakil KOBAT, Wfauzdin NS diberi kesempatan berucap rengkas sewaktu program Ceramah Jelajah Skandar Scorpene anjuran SAMM dan SUARAM di Taman Indera Sempurna, Pekan pada 10 Nov 2012 baru-baru ini.

Rabu, 14 November 2012

DEMONTRASI BANTAH ROGOL WANITA INDON YANG AKU TIDAK SETUJU

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA diberitakan sekumpulan rakyat Indonesia membuat demontrasi di Kedutaan Malaysia di Indonesia kerana isu seorang wanita rakyatnya dikatakan dirogol oleh tiga orang Polis Malaysia di dalam balai, aku samasekali tidak menyokong tindakan demontrasi itu.  

Bukan bermakna aku menyokong wanita itu dirogol atau membela ketiga-tiga anggota Polis yang dituduh merogol wanita Indonesia tersebut, tetapi aku merasakan tindakan demontrasi itu tidak wajar memandangkan pihak Polis negara ini telah pun bertindak segera dengan menahan reman ketiga-tiga anggota Polis yang disyaki tersebut dan dikatakan akan dibawa ke muka pengadilan di dalam masa terdekat ini.  Sehubungan itu, mengapa perlu tindakan demontrasi?

Tidakkah mereka sedar bahawa di negara ini terlalu ramai rakyat Indonesia yang mencari makan di sini, dan bukan sedikit dari kalangan rakyat mereka yang melakukan jenayah termasuk merogol wanita rakyat di negara ini.  Rakyat Malaysia tidak pernah mengadakan demontrasi di kedutaan Indonesia hanya kerana wanita negara ini dirogol oleh rakyat negara mereka.  Bahkan, bukan sedikit rakyat Indonesia yang datang ke Malaysia hanya kerana ingin melakukan jenayah.  Tidak sedikit juga yang datang ke Malaysia hanya untuk melarikan anak-anak gadis negara ini.

Banyak perkara yang aku tidak setuju dengan Polis negara ini tetapi di dalam isu anggota-anggota Polis yang disyaki merogol wanita Indonesia itu, aku anggap tindakan pihak Polis setakat ini boleh diterima.  Tindakan rakyat mereka yang mengadakan demontrasi hanya kerana seorang wanita mereka dirogol tidak boleh memadamkan banyak lagi kes wanita kita juga dirogol oleh pendatang Indon ini.  

Mereka jangan fikir hanya maruah wanita mereka sahaja yang perlu dibela sedangkan di dalam beberapa kes banyak anak gadis bahkan isteri orang rakyat negara ini juga telah dirogol oleh pendatang-pendatang Indon ini.  Sehubungan itu, demontrasi yang mereka adakan itu hanya untuk menutup kesalahan banyak kes rakyat mereka yang menjadi penjenayah di negara ini.  Cuma, aku harapkan pihak berkuasa dapat menyiasat kes rogol tersebut dengan profesional dan ambil tindakan yang sewajarnya ke atas mereka yang terlibat./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 13 November 2012

ISU NURUL IZZAH - TIBA-TIBA UMNO MAHU JADI JUARA

Oleh:  WFAUZDIN NS

MASIH aku nak sentuh isu Nurul Izzah yang masih menjadi 'lauk' buat media lidah syaitan siang dan malam itu.  Media berlidah syaitan ini mendapat sokongan dari sang pengampu termasuk beberapa ekor yang bertaraf ' ustaz' dan yang tak bergelar 'ustaz' pun dah mula nak 'start' jadi 'ustaz' apabila mahu juga mengulas isu Nurul Izzah.

Aku bukan ustaz seperti Us Nasha.  Tapi aku bukanlah jahil sangat sampai tak tahu nak beza mana satu Melayu dan mana satu Islam.  Bagi aku semua manusia sama, baik bangsa apa pun samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Orang Asli atau apa kaum sekalipun semuanya sama.  Apa yang membezakan mereka hanyalah iman atau kepercayaan beragama mereka.  Di sisi Allah tiada beza sedikitpun kecuali ketakwaan kepadanya.  Itu jelas.

Benarkah apabila kita sebut Melayu maka semestinya Melayu itu Islam?  Siapa boleh jamin setiap Melayu itu Islam?  Atau setiap yang berugama Islam itu mesti Melayu?  Jika tiada siapa pun boleh jamin, terima lah hakikat bahawa Melayu itu sama seperti Cina, India dan sebagainya kecuali jika Melayu itu berugama Islam maka Melayu Islam itu sama juga dengan Cina atau India yang berugama Islam di sisi Allah.

Ada yang berkata, maksud Perlembagaan yang menyatakan bahawa Melayu itu Islam adalah bererti untuk menjadi 'Melayu' mestilah berugama Islam.  Siapa yang tergila-gila sangat untuk menjadi Melayu ini?  Adakah kaum Cina atau India tergila-gila untuk menjadi Melayu sehingga mereka sanggup menukar agama mereka?  Dan, benarkah setelah mereka memeluk Islam maka bangsa atau keturunan mereka automatik menjadi bangsa Melayu?  Bertukarkah status bangsa atau kaum mereka di dalam dokumen seperti Kad Pengenalan setelah mereka memeluk Islam?  Us Ridhuan Tee semua kenal dia berbangsa Cina tetapi adakah di dalam dokumen beliau sekarang telah ditukar kepada bangsa Melayu?  

Berbalik kepada isu Nurul Izzah.  Nurul Izzah sebut, yang membawa maksud tiada bezanya Melayu dan mana-mana kaum pun di dalam negara ini apabila memilih hak beragama, KECUALI bagi umat-umat Islam mereka terpaksa mematuhi syariat atau hukum yang ditetapkan.  Ertinya, samada mereka Melayu, Cina atau India, sekiranya mereka ini berugama Islam sudah pasti mereka tiada hak untuk keluar dari Islam.  Tetapi, jika mereka ini hanya berstatus Melayu, apa jaminan mereka tidak boleh menukar agama?  Adakah Perlembagaan yang dicipta oleh barat itu berupaya menghalangnya?  

Sebab itu Nurul Izzah sebut dia lebih pentingkan pendidikan agama agar Melayu itu istiqomah dengan ugama Islam.  Sekiranya Melayu yang ada tidak yakin dengan Islam atau menentang hukum Islam ertinya Melayu ini bukan Islam.  Jika Melayu yang bukan Islam ini memilih untuk berugama Kristian, siapa yang perlu dipersalahkan sedangkan Perlembagaan membenarkannya untuk membuat pilihan berugama?  Maka, benarlah kata Nurul Izzah bahawa pendidikan agama itu penting.  Apabila Melayu itu Islam, sudah semestinya mereka tertakluk kepada Syariat dan hukum Islam iaitu tidak boleh menukar agama.  Bukan Melayu sahaja, bahkan jika Cina atau India yang telah berugama Islam sekalipun mereka tidak boleh menukar agama selain dari Islam.  Hukuman murtad di dalam Islam itu amat berat, masalahnya adakah ianya telah dilaksanakan mengikut yang ditetapkan oleh Allah?

Jika tiada peruntukan undang-undang murtad di dalam negara ini atau undang-undang itu berada di bawah tapak kaki Perlembagaan, maka tidak perlulah media-media pencacai mahu mengulas isu tersebut.   Kalau mahu ulas ayat Al-Quran, jangan ditafsirkan dengan Perlembagaan.  

Pendek kata, isu Nurul Izzah ini amat 'simple', tidak perlu Alim Ulamak yang mengulasnya kerana rata-rata masyarakat Islam tahu bahawa Melayu satu perkara lain, Islam satu perkara lain.  Jika seseorang Melayu itu tidak berugama Islam, apa masalahnya jika dia mahu menjadi Kristian?  Melayu yang tidak Islam ini termasuk di dalam ayat " Tiada paksaan di dalam agama".  Ini berbeza jika Melayu itu berugama Islam, ayat tersebut bukan untuk yang telah berugama Islam.  Di dalam Islam semua yang diperintahkan itu wajib dipatuhi termasuk larangan untuk keluar agama Islam, Itulah maksud Nurul Izzah./wfauzdin.blogspot.com















Khamis, 8 November 2012

ISU NURUL IZZAH, MASHITAH TUNJUK BODOH

Oleh:  WFAUZDIN NS

ADA beberapa ekor pencacai parti sekutu Apco minta aku ulas isu YB Nurul Izzah berkaitan isu bebas memilih agama.  Sebelum itu, aku mahu ulas sikit komen bangang daripada Mashitah Ibrahim iaitu orang yang pernah keluar hukum dibenarkan melacur jika 'dharurat', dan orang yang sama juga pernah menghina hukum Hudud apabila berkata alangkah baiknya si pencuri itu diberi kerja yang sesuai daripada dipotong tangannya.

Mashitah ini lah yang gatal-gatal mulut mengulas isu Nurul Izzah, sedangkan sewaktu Chua Soi Lek dan Ketua Pemuda Gerakan menghina hukum Hudud dan Aurat Wanita Islam, Mashitah telah dikunci mulutnya oleh Soi Lek, pelakun porno itu.  Jadi, tak pelik jika si Mashitah ini menghentam Nurul Izzah walaupun tanpa disedari dia telah menunjukkan kebodohannya.

Dalam akhbar Sinar semalam, Mashitah mengutuk Nurul Izzah dengan mendakwa perbuatan Nurul Izzah mengharuskan umat Islam keluar dari Islam atau bebas memilih agama itu satu perbuatan yang jelas menghina Islam.  Bukankah bangangnya kenyataan Mashitah itu?  Bila masanya Nurul Izzah sebut tentang umat Islam bebas memilih agama?  Apakah Mashitah di dalam kepala otaknya beriman bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu? 

Sebab itu jangan jadi bodoh terlampau akibat membaca laporan media yang semua kita tahu dari jenis lidah Syaitan yang dikenali.  Memang wajar Nurul Izzah menyaman media-media tersebut walaupun kesan dari tindakan menyaman itu tidak akan menjadikan orang yang tetap bodoh menjadi cerdik.  Nurul Izzah sebut dalam konteks negara kita, semuanya tertakluk kepada Perlembagaan Negara termasuk kebebasan berugama.  Samada kita ini Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan atau apa bangsa pun di dalam negara ini suka atau tidak tertakluk kepada Perlembagaan.  Perlembagaan warisan Lord Reid itu bukan hasil tangan PAS, PKR atau DAP.  

Di dalam kenyataan Nurul Izzah, jelas beliau sebut di dalam konteks mematuhi Perlembagaan rakyat Malaysia kesemua kaum tiada perbezaannya, TETAPI bagi rakyat yang berugama Islam mereka mesti mematuhi Syariat Islam yang ditetapkan.  Ertinya, jika seorang Melayu memilih untuk berugama Kristian, adakah ianya melanggar Perlembagaan Negara sekiranya telah berusia lebih 18 tahun?  Jika seorang Cina pula memilih untuk berugama Islam, adakah ianya juga bersalahan dengan Perlembagaan Negara?  Jika Perlembagaan Negara membenarkannya, adakah kenyataan Nurul Izzah itu tidak benar?  Sebab, Nurul Izzah bercakap soal Melayu bukan soal Orang Islam yang menukar agama.  Sebab itulah Nurul Izzah berkata, bagi orang-orang Islam mereka ada Syariat atau hukum yang ditetapkan melarang perbuatan murtad ini.

Sebab apa menjadi kecoh?  Sebabnya ada yang beriman selama ini bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.  Sebabnya, di dalam Perlembagaan menyebut bahawa 'Melayu' itu adalah berugama Islam.  Siapa boleh beri jaminan bahawa semua Melayu berugama Islam walaupun ibu dan ayah mereka Islam?

Inilah kepincangan yang ada apabila Perlembagaan diletakkan di atas hukum Allah.  Semua orang terutamanya yang jahil akan menjadi keliru.  Di dalam Islam jelas, samada mereka Melayu, Cina, India atau bangsa mana sekalipun, apabila telah mengucap Dua Kalimah Syahadah mereka dilarang untuk menukar agamanya, dan jika mereka engkar mereka hendaklah dihukum dengan satu hukuman yang berat yang ditetapkan oleh Allah.  Apakah ini direalisasikan di negara ini setelah sekutu Apco berkuasa lebih 50 tahun?

Oleh yang demikian, fahamlah kita bahawa isu yang sibuk diperkatakan oleh media dan pencacai-pencacai mereka hanyalah diibaratkan sebagai ' Mereka yang terberak merata-rata, kita disuruhnya mencuci'./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 6 November 2012

MENGAPA TUAN GURU HJ HADI PILIH PEKAN? INI RAHSIANYA?

Oleh:  WFAUZDIN NS

PELIK apanya kalau Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi menawarkan diri bertanding di Parlimen Pekan?  Sebelum ini pun, Tuan Guru pernah nyatakan jika boleh beliau tidak mahu bertanding di dalam PRU akan datang dan mahu tumpukan pada tugas Presiden parti sahaja.

Jadi, ada dua kemungkinan mengapa Tuan Guru menawarkan diri bertanding di Parlimen Pekan menentang Najib sahabat kepada Razak Baginda yang ada kaitan dengan Altantuya itu.  Kedua-dua kemungkinan itu kesemuanya menguntungkan Tuan Guru Presiden.



Pertama, niat di hati Tuan Guru Hj Hadi mahu berehat dari menjadi Wakil Rakyat dan mahu tumpukan sepenuh masa untuk kerja-kerja parti selaku Presiden sahaja.  Menolak kehendak Majlis Syura yang tentunya akan mencalonkan beliau untuk bertanding sudah tentu tidak akan dilakukan oleh Tuan Guru kerana di dalam PAS arahan dari Majlis Syura itu adalah amanah.  Justeru itu, beliau bersetuju untuk dicalonkan tetapi mencadangkan tempatnya adalah di Parlimen Pekan.

Mengapa di Pekan?  Mungkin beliau rasa dan kita semua pun rasa harapan untuk sesiapa sahaja yang akan menentang PM, Najib di Pekan adalah tipis untuk menang.  Faktornya, di Pekan terletaknya dua atau tiga kem tentera iaitu di Kem Bt 9, Bt 10 dan juga Askar Wataniah di Pekan.  Lazimnya, kem tentera ini banyak menyumbangkan undi buat Bn.  Ditambah pula di Pekan terdapatnya perkampongan 'makhluk asing' yang seakan-akan orang Kemboja.  Di Pekan juga terdapat ramai kaum Orang Asli yang begitu mudah untuk diumpan oleh Najib.  Apatah pula Najib tentunya akan menggunakan segala jentera kerajaan dan dana bagi membantu beliau nanti. 


Maka, harapan untuk tewas buat Tuan Guru Hj Hadi agak cerah atas faktor-faktor luaran ini.  Jika beliau tewas, tidakkah itu 'melegakan' sedikit perasaan Tuan Guru Presiden yang sememangnya mahu berehat dari menjadi Wakil Rakyat?   Bukan bererti tewas itu bagus, tetapi realitinya mungkin begitu tidak kira siapa pun bertanding di kawasan 'berpuaka' itu.  

Keduanya, ditakdirkan Allah,  Najib, InsyaAllah, terpukang di Pekan maka satu bonus buat PAS.  Mungkin hasrat Tuan Guru Presiden untuk berehat dari menjadi Wakil Rakyat gagal namun beliau pastinya tidak merasa begitu kecewa kerana kemenangan parti itu lebih penting untuk rakyat.  Bukan mudah untuk tewaskan PM di kawasannya sendiri.

Oleh yang demikian, kedua-duanya menguntungkan Tuan Guru Presiden.  Sebab itu kita merasakan ada muslihat yang positif apabila Tuan Guru memilih Pekan sebagai tempatnya bertanding. /wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 4 November 2012

ANWAR KE PAHANG HARI INI, RISALAH LUCAH DAN FITNAH MULA DIEDAR

Oleh:  WFAUZDIN NS

AKU telah mendapat maklumat dari Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Bung Hatta yang memaklumkan bahawa beliau telah menerima panggilan telefon dari rakan-rakannya di Temerloh bahawa sejak dari semalam telah banyak risalah dan gambar-gambar lucah berbentuk fitnah ke atas DS Anwar mula diedarkan di setiap kawasan.


Kejadian ini tidak menghairankan kerana rakyat di negeri Pahang bakal menerima kunjungan Ketua Umum KEADILAN, DS Anwar Ibrahim bermula pagi ini (Ahad - 04 Nov 2012) di dalam Program Jelajah Merdeka Rakyat ke Negeri Pahang.  Sudah tentulah ada pemimpin korup di negeri ini yang mula rasa gementar dengan kehadiran tokoh reformasi ini.  Oleh yang demikian, tidak pelik jika puak-puak bangsat dan bacul itu berbuat demikian dan ianya bukan kali pertama dilakukan terhadap DS Anwar Ibrahim.

Puak mereka ini gentar untuk berdebat secara ilmiah dengan DS Anwar Ibrahim, maka tiada jalan lain untuk menunjukkan bahawa sebenarnya mereka masih memiliki 'jantan' maka itulah yang termampu mereka lakukan.  Apa pun, kita akan lihat benarkah mereka itu sebenarnya 'jantan' atau 'jantan yang tidak bertelor'.

Kepada semua penyokong keadilan demi rakyat, ayuh, kita turun beramai-ramai hari ini di mana sahaja kawasan yang bakal dikunjungi oleh DS Anwar Ibrahim untuk membuktikan kepada puak bacul itu bahawa tidak semua rakyat Pahang bodoh-bodoh belaka./wfauzdin.blogspot.com

Sabtu, 3 November 2012

ANWAR MENJEJAKI BUMI TOK GAJAH ESOK, BERHATI-HATI DENGAN PROVOKASI

Oleh:  WFAUZDIN NS

ESOK, 04 Nov 2012 (Ahad) bumi Pahang sekali lagi akan dijejaki oleh tokoh yang amat digeruni oleh Najib Razak dan partinya.  Tokoh itu tidak lain tidak bukan adalah Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sejak beliau dipecat dari tahun 1998, apa yang tidak pernah dikatakan terhadap anak Permatang Pauh ini?  Beliau dituduh ejen Yahudi, ejen Amerika, pemuja George Soros dan pelik lagi ajaib dalam masa yang sama dituduh pula seorang extremis Islam dan penyokong Iran.  Musuh beliau tidak segan silu melakukan fitnah yang teramat besar dan amat keji di mana menuduh DS Anwar seorang insan yang tidak bermoral, kaki betina, kaki jantan dan bermacam-macam kaki lagi.  Tahap tertinggi fitnah jijik musuh beliau apabila tergamak menayangkan aksi seks di kaca TV dan akhbar kononnya itulah dia DS Anwar Ibrahim.


Pencacai-pencacai yang kelaparan mengambil kesempatan memakan daging sahabatnya suatu masa dahulu.  Inilah perangai manusia bangsat yang dahulunya berebut-rebut mencium tangan DS Anwar sewaktu tokoh ini berada hampir di tampuk kekuasaan.  Namun apabila DS Anwar berada di tempat yang tidak pernah kita jangkakan iaitu beliau dipenjara, ditumbuk dan dizalimi, diaibkan siang dan malam, pencacai-pencacai umpama pelacur murahan ini kembali menjadi anjing yang makan di tapak tangan sekutu Apco.

Adakah segala yang mereka lakukan itu berjaya menyekat pengaruh DS Anwar Ibrahim?  Ternyata jauh dari berjaya dan ianya gagal samasekali, bahkan parti sekutu Apco yang dipimpin oleh Najib sekarang ini pula mendapat bahananya.  Itulah pembalasan Allah di dunia lagi.  Lagi difitnah, lagi kuat semangat tokoh reformasi ini dan bertambah kuat sokongan kepadanya hinggakan empat negeri tumbang ke tangan Pembangkang di dalam PRU ke 12 yang lalu.  

DS Anwar Ibrahim bukan Malaikat yang tidak mempunyai dosa ataupun kelemahan.  Beliau sering akui kelemahannya di dalam beberapa isu atau perkara, umpamanya beliau telah beberapa kali memohon maaf kerana terkhilaf di dalam memilih calon di dalam PRU yang lalu.  Beberapa anggota parti telah melompat keluar terutamanya di kalangan Wakil Rakyat yang diberi kepercayaan oleh DS Anwar Ibrahim sendiri.  Itulah kelemahan yang beliau sendiri akui.  Namun, kelemahan itu di luar jangkaan kerana beliau bukan ada kekuasaan untuk melihat hati perut seseorang.

Mungkin ada beberapa aspek pentadbiran di dalam parti yang ahli-ahli kurang berpuas hati dengan tindakan atau keputusan beliau.  Itu biasa di dalam mana-mana jemaah kerana mustahil untuk memuaskan hati semua orang.  Namun kesediaan beliau untuk dikritik dan ditegur patut dihargai.  Beliau pernah dikritik secara terbuka oleh pimpinan dan ahli-ahli partinya sendiri bahkan pemimpin dari parti sahabat juga pernah mengkritik beliau.  Ianya tidak pernah terjadi di dalam parti sebelah sana yang lebih suka diampu sepanjang masa.

Esok, DS Anwar Ibrahim akan menjelajah ke bumi Tok Gajah.  Lokasinya yang pertama adalah di kawasan Temerloh iaitu di Pekan Lanchang.  Kemudian beliau akan ke Kuala Krau pula untuk bertemu rakyat di sana iaitu di perkarangan Pej KEADILAN Kuala Krau.  Lokasi beliau seterusnya adalah di Kuantan, di mana beliau akan Solat Maghrib di Madrasah Medan Warisan seterusnya akan memberikan tazkirah.  

Program yang dinanti-nantikan oleh rakyat Pahang bermula malam itu di Pelangi Resort, Balok di mana beliau akan berpidato di sana.  Sejurus selesai program ceramah di Balok, lokasi terakhirnya adalah di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan untuk memberikan ceramahnya.  Kehadiran bas 'kontroversi' Jelajah Merdeka Rakyat memang dinantikan.  

Apakah di bumi Pahang ini masih ada lagi gerombolan yang pendek akal untuk melakukan sesuatu yang memalukan terhadap program Jelajah Merdeka Rakyat esok?  Kita harap rakyat Pahang tidak sebodoh itu untuk memalukan Najib.  Namun, belajar dari pengalaman yang lalu kita harus bersedia dan berwaspada.  Difahamkan jaminan telah diberi oleh pihak berkuasa tentang keselamatan DS Anwar dan rombongannya, tetapi jangan mudah leka dan lalai.  Biarlah pihak Polis dengan perancangan dan tugasnya, kita juga perlu mempunyai perancangan tersendiri.

Ayuh, marilah kita beramai-ramai ke setiap program yang telah diatur.  Mungkin ini adalah kunjungan terakhir DS Anwar Ibrahim ke Pahang sebelum Parlimen dibubarkan./wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 1 November 2012

MCA HINA ISLAM SERAHKAN PADA ULAMAK UMNO, DAP TIDAK SOKONG HUDUD AKU HENTAM PAS

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA keluar sahaja dari mulut pemimpin DAP yang bercakap soal Hudud, maka tanpa berlengah lagi si Hassan Jati pun mengambil kesempatan bukan untuk menghentam DAP tetapi sasarannya adalah PAS.  Bagi si Hassan Jati, di dalam dunia ini kewajipan mempertahankan hukum Hudud hanya terletak di tangan PAS samada PAS memiliki kuasa ataupun tidak.

Peliknya, apabila pemimpin MCA iaitu salah satu parti komponen Bn membuka mulut bukan sahaja menghina hukum Hudud, bahkan di dalam bab aurat umat Islam pun pemimpin MCA ini perlekehkan, apa komen si Hassan Jati?  Di dalam komen beliau mengulas isu Chua Soi Lek yang menghina hukum Hudud, seperti yang dipetik melalui Malaysiakini, si Hassan Jati hanya menyerahkan sahaja isu tersebut kepada Ulamak Umno.  

Ditanya adakah wajar Umno mengadakan perbincangan mengenai hubungan dengan MCA, Si Hasan Jati berkata, beliau tidak akan campurtangan mengenai perkara itu.  "Soal Umno nak kaji, tak kaji, apalah Hasan Ali boleh buat. Dalam Umno ada ulama dan mereka ini yang sepatutnya berbincang.  "Hasan Ali tidak akan campurtangan dalam perkara itu," katanya.

Jelas kepada kita untuk menunjukkan bahawa 'Sub Kontrak' Umno ini tugasnya adalah untuk menghentam PAS selain dari memburukkan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim.  Kalau lah benar perjuangan beliau berlandaskan prinsip IMR (Islam, Melayu dan Raja), mengapa perlu diserahkan bulat-bulat kepada Ulamak Umno di dalam isu penghinaan terhadap Islam, sedangkan terhadap DAP beliau begitu bertegang urat dan kembang hidungnya mengkritik PAS?  Apakah beliau lupa bahawa PAS juga mempunyai Majlis Syura dan Dewan Ulamak mereka yang lebih berwibawa dan ramai ahlinya berbanding dari Ulamak Umno?

Sikap si Hassan Jati ini satu bukti menunjukkan beliau tidak pernah ada prinsip.  Beliau takut dan gentar untuk mengkritik Chua Soi Lek, jauh sekali untuk menghentam Umno.  Sebab itulah beliau memberi berbagai alasan untuk tidak mengkritik mana-mana pihak yang menjadi sekutu Umno.  Beliau lebih suka menyentuh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz dengan desakannya agar MB Kelantan itu melepaskan jawatan sebagai Mursyidul Am PAS.  Beliau lupa beliau telah diterajang dari PAS.  

Tidak hairanlah sekarang ini program ceramah orang yang pernah tergila-gilakan jawatan MB Selangor itu sudah tidak mendapat sambutan lagi.  Rakyat semakin sedar si Hassan Jati ini amat kecewa dengan PAS kerana keberanian PAS menyepaknya keluar dari parti yang beliau pernah menjadi Pesuruhjaya. /wfauzdin.blogspot.com
 

Rabu, 31 Oktober 2012

KISAH AMY SEARCH - MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR, ISI DAN KULIT

Oleh:  WFAUZDIN NS
 
TENTU kita masih ingat bagaimana penyanyi rock, Amy Search telah menjemput Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz untuk merasmikan restoren beliau yang diberi nama 'Restoren Cheng Ho'bertempat di Wangsa Maju.  Ketika itu, restoren tersebut amat laris apatah lagi ramai yang tahu bahawa Tuan Guru Nik Aziz yang merasmikan restoren tersebut.

Tahukah anda, restoren yang telah beroperasi hampir 4 tahun itu kini telah ditutup akibat mempunyai berbagai masalah?  Ini lah yang telah dilaporkan oleh Kosmo baru-baru ini.  Amy Search, yang begitu bangga dapat menyertai Umno memberi komen terhadap tragedi restorennya itu berkata, "Saya sedih kerana perniagaan ini sudah lama dijalankan tetapi akhirnya terpaksa ditutup," katanya. 
 
Tuan Guru Nik Aziz di Restoren Cheng Ho
Beliau telah memulakan perniagaan tersebut dengan modal sebanyak RM250,00 empat tahun lalu. Dia kemudiannya telah menyerahkan segala urusan perniagaan kepada seorang rakan namun ia berdepan dengan pelbagai masalah.   Mulanya ramai yang beranggapan restorennya itu akan bertambah maju dan besar sebaik sahaja beliau secara terbuka mengisi borang keahlian Umno, ternyata meleset samasekali.  Benarlah, rezeki bukan di tangan Umno.
 
Begitu juga dikhabarkan dengan perniagaan Restoren Ikan Bakar Sekinchan yang dimiliki oleh Jamal, satu nama yang terkenal akibat beberapa kelakuan bodohnya di dalam beberapa isu berkaitan demontrasi.  Budaya ampu dan bodek terhadap sang Penguasa ternyata tidak mendatangkan hasil.  Sekali lagi kita perlu ingat, rezeki bukan di tangan Umno.
 
Imbas kembali - Perasmian Restoren Cheng Ho Oleh Tuan Guru Nik Aziz
Ada hikmahnya Amy Search tidak menyertai kita walaupun awalnya ramai yang beranggapan beliau menyokong perjuangan Tuan Guru Nik Aziz.  Bayangkan jika beliau bersama kita, apakah kita tidak turut merasa malu dengan beberapa aksi anaknya secara terbuka yang amat mengaibkan?  Eloklah beliau berada di sebelah sana kerana di situ pasti tiada siapa yang akan menegur apa jua yang beliau atau anaknya lakukan bahkan anaknya Nabila dibenarkan tampil dikaca TV secara terbuka dengan pakaian yang terasa malu untuk kita menyebutnya.
 
Akhirnya, serah borang Umno
Adakah masih ada lagi "Mentari Merah Di Ufuk Timur" ? Antara "Isi dan Kulit" , Amy Search memilih telah memilih kulit. /wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 29 Oktober 2012

TIDAK MASUK AKAL AZMIN JADI MB SELANGOR?

Oleh:  WFAUZDIN NS

MUSUH samada dari dalam mahu pun dari luar terus mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali dengan MB Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.  Sudah tentu sesiapa pun yang suka kepada corak kepimpinan YB Azmin akan impikan tokoh ini menjadi MB Selangor, begitu juga bagi mereka yang terpesona dengan pentadbiran TS Khalid akan terus berharap bekas tokoh korporat ini dikekalkan di kerusi beliau sekarang.

Azmin Ali - Timbalan Presiden PKR
Itu lumrah di dalam politik.  Tidak menjadi salah jika mana-mana ahli yang mahukan tokoh itu atau tokoh ini diberi peluang ke jawatan yang lebih tinggi.  Apa yang kurang cerdiknya, di dalam kita berusaha untuk menaikkan tokoh yang kita minati, kita secara tidak sedar turut mencederakan parti sendiri.  Ertikata lain, jangan cipta isu yang boleh digunakan musuh hanya kerana kita mahu tokoh pujaan kita berada di puncak.

Kadangkala aku merasa pelik dan hairan, di mana lojiknya beberapa pihak yang mahukan YB Azmin menggantikan TS Khalid?  Bukan bermakna aku tidak suka kepada YB Azmin untuk menjadi MB Selangor, tetapi aku merasakan kerusi MB Selangor tidak wajar diberikan kepada Timbalan Presiden PKR ini.  Lojikkah pada akal, Timbalan Presiden parti diberi jawatan MB?  Atau, adakah kita tidak yakin PR akan ke Putrajaya maka kita mencongak sedemikian?

TS Khalid Ibrahim - MB Selangor yang dapat pujian dari Ketua Audit Negara
Sekiranya, InsyaAllah, PR ke Putrajaya adakah selayaknya Timbalan Presiden PKR ini diberi jawatan hanya sebagai MB?  Jangan terlalu merendahkan YB Azmin di dalam masa yang sama kita mahu menjatuhkan TS Khalid.  Apakah hampir sepenggal ini TS Khalid tidak boleh membuktikan apa-apa kepada kita khususnya kepada rakyat di Selangor?  Amat rugi jika tokoh hebat ini dilepaskan dari kerusi yang beliau duduki sekarang sebagaimana rugi besar juga jika Timbalan Presiden PKR hanya diberi kerusi MB.  

Sehubungan itu, berfikirlah dengan bijak.  Jangan percaturan politik kita bisa menghancurkan perpaduan di dalam parti.  Kita mesti akur setiap tokoh atau pemimpin mereka juga mempunyai para penyokong sendiri dan sudah tentu para penyokongnya mahu melihat tokoh mereka akan berada di tempat yang terbaik.  Maka sama-samalah kita menghormatinya./wfauzdin.blogspot.com