RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 4 Jun 2010

PEMUDA UMNO TIDAK DIHARGAI - NAIB PEMUDA UMNO PERAK

'PM, jangan lupa KJ sampai tiga kali'

Puteri Aida Haryani & Zulaikha Zulkifli
Jun 3, 10

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diingatkan supaya tidak sentiasa melupakan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam barisan kabinetnya.

Ketua Pemuda Umno Selangor Suhaimi Mohd Ghazali hari ini menyuarakan hasrat itu supaya Najib dapat mengambil berat permintaan itu kerana ia pernah disuarakan sebelum ini.

"Jawapan yang diberikan Najib (adalah) mahu menunjukkan kepada masyarakat bahawa kita (Pemuda Umno sedia) berkhidmat dalam parti dahulu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

khairy jamaluddin and umno youth pemuda Bagaimanapun, tambahnya, akar umbi pergerakan itu tetap akur dengan keputusan rombakan terbaru itu kerana "apa-apa kuasa adalah di tangan Najib".

Selepas rombakan terbaru kabinet Najib kelmarin - yang menyaksikan Khairy sekali lagi tidak terpilih mengganggotai jemaah menteri - terdapat suara bantahan beberapa pemimpin pergerakan itu.

Selepas mengambilalih teraju kepimpinan negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi tahun lalu, nama Khairy tidak tersenarai dalam barisan anggota kabinet barunya.

Dan dalam rombakan terbaru semalam, sekali lagi nama ketua Pemuda Umno itu yang juga ahli parlimen Rembau tidak tersenarai.

Dalam tradisi Umno, ketua Pemudanya sentiasa diberi jawatan dalam kabinet termasuklah Najib sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

khairy jamaluddin umno youth chief 250309 Sementara itu, Naib Pemuda Umno Perak Ali Zainal Abidin pula berpendapat Khairy selaku ketua Pemuda Umno, sepatutnya diberikan jawatan sekurang-kurang sebagai timbalan menteri.

Menurutnya, jika Khairy tidak memegang apa-apa jawatan dalam kabinet, secara tidak langsung semangat anggota pergerakan itu akan menjadi lemah, sekaligus menjejaskan gerak kerja BN untuk pilihan raya umum akan datang.

"Nanti susah hendak tarik orang muda untuk menyokong BN sebab ketua sendiri pun tidak ada jawatan," katanya.

Sehubungan dengan itu, Ali juga menzahirkan perasaan dukacitanya dengan tindakan "pelik" perdana menteri yang melanggar tradisi memperuntukkan kerusi kabinet kepada ketua Pemuda Umno.

"(Peranan) Pemuda (seperti) tidak dihargai oleh mereka," katanya dengan nada kecewa./Malaysiakini

Khamis, 3 Jun 2010

BLOGGER PRO UMNO YANG MUNGKIN ANAK HARAM

BLOGGER Pro Umno kini sudah kehabisan gas. Mereka begitu semput sekarang kerana apa jua yang mereka lakukan untuk mengampu Umno yang bersekutu dengan APCO tidak berhasil mempengaruhi orang ramai. Mereka lupa bahawa pengunjung-pengunjung blog adalah majoritinya mereka yang cerdik pandai tidak seperti kebanyakan penyokong-penyokong mereka.

Tiada rahsia lagi tentang APCO. Tiada yang patut disembunyikan lagi tentang Lesen Judi yang diluluskan oleh pemimpin Umno. Maka, blogger pencacai ini tiada isu atau modal lagi untuk menyerang PR, begitu juga mereka sudah tidak mampu untuk membuktikan kebaikan dan kejujuran Umno lagi. Hanya satu cara sahaja yang mereka boleh lakukan agar mereka tidak dilihat seperti tiada taring, iaitu mereka menyerang umpama babi naik minyak. Tanpa fakta, tanpa hujah yang bernas, mereka kini memulakan cara jijik dan tidak bermaruah.

Sebelum ini blogger mereka malu besar apabila cuba untuk menunjukkan cerdik dengan menyiarkan foto calon PR di Hulu Selangor Dato Zaid Ibrahim sedang minum arak. Di atas kebijaksanaan Blogger kita, Blogger pencacai Umno ini kantoi dan terserlah lah kebodohan mereka. Boleh dikatakan majoriti Blogger pencacai Umno ini mengambil pendekatan menyerang DS Anwar secara peribadi, Alhamdulillah, Blogger kita mampu menghadapinya dengan hujah dan fakta. Akhirnya, Blogger pencacai Umno ini kehabisan peluru maka mereka menjadi tidak siuman, hilang akal, bodoh sehingga ke tahap terpaksa menggunakan foto-foto lucah yang dicipta sendiri untuk memburukkan peribadi DS Anwar dan pemimpin PR yang lain.

Saya tidak menggalakkan anda membuka link kepunyaan Blogger pencacai lucah itu di sini, kerana jika anda seorang Muslim sudah pasti anda akan menyangka Blogger tersebut bukan sahaja Non Muslim, bahkan Blogger tersebut tiada agama langsung. Foto disiarkan bukan sahaja satu fitnah besar tetapi amat memalukan kita sebagai Umat Islam atau bukan Islam. Saya tidak pasti samada Blogger tersebut ada mempunyai ibu atau bapa atau pun anak haram, kerana jika ada ibu atau bapa, sudah pasti Blogger ini akan dididik kecuali Ibu bapa mereka itu sebagai Bapa Ayam atau Ibu mereka itu Pelacur Jalanan.

Blogger ini menuduh Azmin adalah dayus kerana membenarkan isterinya membuat hubungan sulit dengan DS Anwar. Isu ini sudah lama menjadi bahan fitnah, dan syukur Alhamdulillah, Azmin tampil dengan berani membuktikan dengan fakta dan ujian DNA yang telah dilakukannya beberapa tahun dahulu. Tetapi, Blogger pencacai ini masih ingin mainkan isu lapuk dan fitnah jahat tersebut kerana sudah kekeringan idea dan isu. Mereka tidak mampu untuk menangkis hujah Azmin dengan fakta yang jelas, maka foto lucah ini direka untuk menyenangkan hati mereka sahaja.

Mudah-mudahan penyakit gila babi dan sawan serta gila Blogger seperti ini tidak berjangkit kepada kita sebagai Blogger PR. Biarlah mereka dengan kebodohan dan kedunguan mereka kerana jika mereka cerdik, mereka tidak akan berada bersama golongan APCO itu./wfauzdin.blogspot.com

EZAM TUDUH ANWAR KAWAN YAHUDI, INI BUKTI EZAM PEMBOHONG BESAR

Pertubuhan Yahudi mahu Amerika putuskan hubungan dengan Anwar
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Sebuah pertubuhan Yahudi yang berpengaruh di Amerika meminta negara itu agar menyenaraikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai musuh Amerika berikutan tindakannya mendedahkan hubungan kerajaan dengan APCO dan Asia Soft di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Menurut surat B’nai B’rith International’s, The Global Voice of the Jewish Community, yang mempunyai 200,000 ahli dan penyokong itu, mereka sangat kesal dengan kenyataan anti-Sematic yang dikeluarkan oleh Anwar itu.

Melalui surat yang ditandatangani oleh Dennis W. Glick, Presiden dan Daniel S. Mariaschin, Naib Presiden Executif B’nai B’rith International’s itu, mereka mendesak kerajaan Amerika memutuskan hubungan dengan Anwar.

Surat yang bertarikh 25 Mei itu ditujukan kepada John F. Kerry, Pengerusi dan Richard G. Lugar, Ahli utama Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa Amerika Syarikat.

Dalam surat itu, pertubuhan itu melahirkan rasa prihatinnya dengan sikap anti-Sematic Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Anwar yang telah menghabiskan beberapa tahun tinggal di Amerika dan membina imej pro-Barat telah menggunakan kedudukannya untuk menyebarkan propaganda anti-Sematic.

Anti-Sematic adalah istilah yang digunakan oleh Yahudi untuk melebelkan pihak-pihak yang anti Yahudi atau Israel.

Bagi pertubuhan itu, langkah Anwar mengkritik Perdana Menteri Najib Razak dengan memasukkan unsur-unsur fitnah anti-Yahudi dan anti-Israel adalah tidak boleh diterima.

"Contohnya, kenyataannya pada 30 April yang perisik Israel terlibat secara langsung dalam menguruskan kerajaan.

"Contoh lain adalah, dia mendakwa agen perisik Israel dalam unit IT pasukan Polis," kata surat itu.

Mereka juga berkata, Anwar mendakwa kerajaan menggunakan khidmat syarikat perhubungan awam yang dikawal oleh Yahudi di Parlimen.

Selain itu, mereka mendakwa Anwar pernah membuat kenyataan kepada Islam Online yang dia mempunyai bukti kerajaan menyokong lobi Yahudi di Amerika dan sesetengah pihak di Israel.

"Memandangkan peranan Anwar dalam kebangkitan anti-Sematic dalam politik Malaysia, kami memohon semua pegawai Amerika menggantung sebarang hubungan dengan Anwar Ibrahim," kata surat pertubuhan Yahudi itu.

Sementara itu, pertubuhan ini jugalah yang menyalahkan Flotilla Gaza dan melebelkan Hamas sebagai pertubuhan pengganas.

Bagi pertubuhan ini, Flotilla ini adalah satu provokasi oleh kumpulan pro-Hamas yang berlindung di sebalik bantuan kemanusiaan bertujuan untuk memusnahkan negara Yahudi yang dianggap mereka sah itu.

SAIFUL MENIPU LAGI DI MAHKAMAH ?

Faez: Saya tidak larikan adik perempuan Saiful

Jun 2, 10
7:19pm

Seorang lelaki berusia 27 tahun hari ini menafikan pengakuan yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan di mahkamah minggu lalu yang kononnya, dia melarikan diri dengan adik perempuan Saiful.

Faez Khairi (atas) berkata adik Saiful - Saidati Adha, secara rela mengikutinya ke selatan Thailand untuk bernikah dengannya. "Saya difahamkan bahawa Saiful membuat pengakuan di mahkamah pada Isnin lalu, bahawa saya dan Saidati melarikan diri dan perkahwinan kami adalah tidak sah.” "Saya ingin menegaskan saya bernikah dengan Saidati pada Mac 2009 secara sah. Saya tidak pernah melarikannya. Malah, dia yang ingin mengikut saya dengan rela,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini./budakbalun.blogspot

MENGAPA EZAM SESUMPAH TIDAK CABAR NAJIB BERSUMPAH DALAM ISU KHALWAT?

Nazree terus mencabar Ezam

Written by Webmaster
Wednesday, 02 June 2010


Nazree Yunus, anak didik Ezam Mohd Nor terus mencabar Ezam dalam tulisan blognya baru-baru ini. Dengan melabel Ezam sebagai sesumpah, Nazree turut mempersoalkan makna sumpah kerana Ezam Mohd Nor sudah banyak kali bersumpah. Nazree turut mempersoalkan gesaan Ezam Mohd Nor terhadap Anwar dan Azizah dalam isu tuduhan liwat dengan persoalan kenapa Ezam tidak gesa Najib sendiri bersumpah dalam tuduhan isu khalwat yang Ezam sendiri pernah tuduh – Najib melakukannya. Nazree nampaknya lahir sebagai saingan kepada Ezam Mohd Nor dengan setiap gerakan Ezam akan di persoalkan oleh Nazree. Dalam isu Ezam mengatakan Anwar seorang peliwat, Nazree mendakwa Ezam terpaksa membuat pengakuan kerana jawatan SENATOR yang diberi kepada dirinya. Baca seterusnya dalam blog Nazree Yunus http://nazreeyunus.blogspot.com/2010/05/ezam-mencabar-bukan-dicabar-melatah.html

Sumber: umno-reform2

Rabu, 2 Jun 2010

LATIHAN ALA ASAS KOMANDO - ASKAR BIASA PUN TAK LARAT, INI PULA ORANG AWAM

PKR tuntut JK bebas siasat kematian pegawai PTD

Jun 2, 10


PKR menuntut kerajaan membentuk sebuah jawatankuasa bebas bagi menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kematian seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) selepas menjalani kursus ala komando di Klang kelmarin.

Naib persidennya Azmin Ali (bawah) berkata tindakan itu perlu diambil bagi mendakwa pihak yang bertanggungjawab dalam insiden kehilangan nyawa Norhashimah Wahid.

"Kami menuntut dan mendesak kerajaan persekutuan supaya bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan kebajikan anggota-anggota pentadbiran awam dan juga pegawai-pegawai kerajaan yang memberikan khidmat dan sumbangan yang besar dalam perkhidmatan awam untuk membangunkan negara," kata Azmin.

Menurutnya, setelah mendengar sendiri daripada mulut anggota keluarga arwah dalam kunjungannya petang semalam, terdapat beberapa persoalan sekitar kematian Norhashimah yang masih tidak terjawab.

Antaranya, tambah beliau, termasuklah kewajaran latihan ala komando untuk mengesahkan perkhidmatan kakitangan yang hanya terlibat dalam aspek penggubalan dasar dan urus tadbir semata-mata.

"Apakah SOP (prosedur operasi standard) yang digunapakai oleh pengurusan latihan (INTAN) dalam mengendalikan latihan-latihan lasak seumpama ini?

"Dan siapakah yang mendapat kontrak untuk mengendalikan latihan dan program jati diri ini? Apakah syarikat kroni ini mempunyai tenaga pengajar yang bertauliah dan rekod pengurusan yang baik?" soal Azmin dalam blognya semalam.

Ahli parlimen Gombak itu juga mempersoalkan kenapa masalah kesihatan Norhashimah "diambil mudah" dan tidak dimaklumkan kepada anggota keluarga ketika mula sakit dan dimasukkan ke hospital.

Selain penubuhan jawatankuas bebas, Azmin turut mengemukakan beberapa cadangan ekoran kematian wanita terbabit, antaranya:

- Meneliti semula kesesuaian kurikulum yang melibatkan modul latihan ala komando untuk pegawai-pegawai kerajaan.

- Modul latihan Kursus Diploma Pengurusan Awam perlu disemak semula dan dipantau bagi memastikan pelatih dan pengendali program daripada kalangan yang terlatih dan bertauliah.

- Sistem pengurusan kursus harus sesuai dengan keadaan semasa agar bersesuaian dengan kondisi pegawai/peserta dengan tidak menafikan hak kebajikan mereka.

- Pegawai terlibat mestilah yang mempunyai kelayakan dan kepakaran sejajar dengan prinsip 'pegawai terbaik untuk latihan terbaik'./Malaysiakini

EZAM `SENATAK AHLIL NUJUM NEGARA'


SIAPA tidak kenal Anwar? Tidak tahu perangai Anwar atau tidak tahu apa makanan kegemaran Anwar? Sesiapa yang tidak tahu apa jua tentang insan yang bernama Anwar ini, anda boleh berhubung atau berjumpa dengan Ezam sesumpah. Tapi dengan syarat, anda hanya ingin tahu tentang keburukan Anwar sahaja. Jika anda ingin tahu tentang kebaikan Anwar, Ezam sesumpah bukan tempat untuk anda bertanya.

Ezam sesumpah bolehlah kita panggil `bomoh' untuk kita menilik latar belakang Anwar. Jika mahu tahu samada Anwar itu pengkhianat Melayu, ejen Yahudi, rasuah, kaki betina atau jantan, atau kedua-duanya sekali, anda boleh bernujumkan Ezam sesumpah. Nescaya anda akan dibekalkan dengan semua maklumat tersebut dengan syarat jangan tanya bukti atau fakta.

Bahkan, jika anda ingin meniru suara Anwar pun Ezam boleh ajarkan. Ezam sesumpah juga boleh ajarkan anda cara-cara untuk anda lakukan sekiranya anda diliwat seperti dia nasihatkan Saiful. Jika anda ada saudara mara anda yang berada di luar negara, Ezam sesumpah juga boleh beritahu anda samada saudara mara anda itu senang atau mewah atau miskin di sana. Seperti Ezam sesumpah tahu betapa Raja Petra yang SB sendiri pun tidak tahu berada di mana, Ezam sesumpah siap bagitahu betapa Raja Petra mewah dan mungkin Anwar tahu siapa yang membiayai Raja Petra di luar negara. Hebat kan Ezam sesumpah?

Maka, di atas kepandaiannya bernujum itulah maka diangkatkan menjadi `Senatak Ahlil Nujum Negara'. Syabas Ezam./mandor.blogspot.com

KERAJAAN `TIDAK MUKTAMAD' , HURU HARA ZAMAN NAJIB

BERTAMBAH haru biru nampaknya pentadbiran kerajaan di bawah Najib. Mungkinkah Najib sudah mulai tertekan dengan berbagai masalah yang beliau hadapi? Tekanan ke atas Najib nampaknya berjangkit kepada Menteri Kabinetnya sendiri. Saya suka gelarkan kerajaan ini sebagai `kerajaan tidak muktamad'. Mengapa?

Najib memperkenalkan dasar MEB bagi menggantikan DEB kununnya sebagai persaingan kepada dasar yang dicipta oleh PR yang meletakkan keadilan di dalam pembahagian ekonomi negara. Tetapi, apa sudah jadi? Bila berpuluh-puluh NGO pertubuhan Melayu membantah, maka Najib pun berkata MEB belum muktamad. Habis tu, selama ini dia merapu pasal benda yang tidak muktamad lah?

Kemudian, isu tanah Kg Bharu, Kuala Lumpur pula. 40 % tanah akan dibuka kepada bukan Melayu, maka bantahan pun diterima dari berbagai pihak. Menteri yang berkaitan pun menjawab, isu itu pun belum muktamad juga.

Sebelum ini pasal larangan penjualan rokok 14 batang. Sudah muktamad bahawa dikuatkuasakan bulan ini, tetapi ditangguhkan pula. Mengapa? Mungkinkah keputusan itu belum muktamad atau ditangguhkan atas sebab-sebab kepentingan pihak tertentu?

Kalau anda fikirkan balik, banyak lagi yang tidak muktamad di era Najib ini. Lesen judi bola sepak Piala Dunia mungkin sudah muktamad dan mungkin telah pun beroperasi. Pembatalan kerjasama dengan APCO sudah muktamad atau belum? Atau mahu tunggu puak Zionis tu lebih mengganas lagikah untuk dimuktamadkan?

Apa-apa pun lepas ini kita akan lihat betapa bertambah lintang pukang pentadbiran Najib. Apabila PM sudah kelam kabut, Menteri-Menteri pun apa lagi lah. Maka, berbagai-bagai dasar yang keluar dan berubah sekelip mata. Ini menunjukkan Najib sudah hilang keyakinan dan kemampuan untuk mentadbir negara ini./wfauzdin.blogspot.com

PAS BERI TEMPOH 48 JAM UNTUK NAJIB DAN APCO

Gaza: Najib diberi 48 jam untuk bertindak
Jun 1, 10


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberi tempoh 48 jam untuk bertindak segera membentang pelan bagi menyelamatkan rakyat Malaysia yang ditawan oleh rejim Zionis.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, parti itu juga menuntut dalam tempoh 48 jam berkenaan Najib perlu memanggil sidang khas parlimen membincangkan isu serangan Israel ke atas flotila kebebasan yang menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.

"(Selain itu), dalam tempoh tidak lebih dari 48 jam kerajaan hendaklah menamatkan kontrak dengan syarikat perunding antarabangsa yang merupakan proksi kepentingan politik Israel dan Amerika Syarikat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Rakyat, juga katanya menuntut kerajaan menghentikan dengan segera sebarang urusan perdagangan yang rasmi atau tidak rasmi dengan Israel.


Beliau juga kecewa dengan Najib yang hanya mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan serangan itu Israel hanya pada tengah malam semalam.

"Kenyataan itu hanya dibuat selepas didesak oleh pelbagai pihak yang mengangap kerajaan terlalu lembab dan takut untuk membuat kenyataan mengecam perbuatan lanun laut rejim Israel," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kelembapan perdana menteri itu, katanya, dilihat seperti menunggu apa nasihat dari Apco Worlwide untuk kerajaan bertindak tanpa menjejas kerja firma Yahudi itu yang diamanahkan oleh kerajaan untuk memulihkan kepercayaan Amerika terhadap kerajaan Malaysia.

"Tindakan rejim Israel tersebut adalah berpunca dari sikap lunak dan pak turut dasar luar kerajaan-kerajaan di dunia termasuk Malaysia yang menyumbang kepada tindakan kejam Israel.

"Perbuatan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib yang begitu mesra Amerika dan Zionis mesti dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia," kata beliau./Malaysiakini

SATU LAGI FITNAH KEPADA KERAJAAN NIK AZIZ ?

Kickdefella menfitnah Tuan Guru - Big Sweeps halal di Kelantan

laskarpelangi
Saya ingin meminta kepada pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan akan fitnah Kickdefella pada tulisan terbarunya di artikel - Judi: Siapa Untung Siapa Rugi. Yang jelas mengfitnah Tuan Guru Nik Abdul Aziz menghalalkan loteri Big Sweeps beroperasi di Kelantan.

Kerana di dalam artikel tersebut menyebutkan,

"Bahkan di Kelantan walaupun judi nombor ekor tidak dibenarkan, tetapi judi didalam bentuk loteri Big Sweeps di benarkan. Kedai-kedai yang menjadi ejen Big Sweeps terus dibenarkan menjual tiket-tiket loteri di premis mereka di bawah dasar Membangun Bersama Islam." - Kickdefella.

Tulisan beliau seolah-olah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan membenarkan Big Sweeps ini berlaku. Padahal perkara tersebut adalah suatu fitnah yang nyata. Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah membenarkan Big Sweeps berlaku dan saya percaya ia beroperasi secara haram.

Jika beliau mengetahui operasi Big Sweeps ini maka beliau adalah bersama-sama mereka. Sudah menjadi tanggungjawabnya untuk melaporkan kepada pihak berkuasa samada BRI ataupun pihak polis kerana jelas, operasi itu adalah haram.

Dan satu lagi tuduhan fitnah beliau kepada Kerajaan Negeri Kelantan ialah,

"Jadi kenapakah parti PAS dan parti-parti politik pembangkang ikut bersama segelintir anggota parti komponen BN menentang pemberian lesen Judi Pertaruhan Bolasepak?

Apakah kerana pemberian lesen itu akan menggugat pendapat beberapa orang penting di dalam ‘Dunia Gelap’.

Dan sekiranya pendapatan beberapa orang penting di dalam ‘Dunia Gelap’ ini tergugat maka akan ada beberapa parti politik yang tergugat ‘derma’ yang mereka terima dari hasil mahsul ‘Dunia Gelap’?"- Kickdefella.

Ini adalah satu tuduhan fitnah yang tidak disertakan bukti yang nyata, jika benar tuduhan ini saya mencabar Kickdefella ataupun sesiapa sahaja yang bersama dengannya untuk membuktikan perkara ini.

Mengenai perihal arak yang dibangkitkan oleh kickdefella, saya ingin memetik artikel yang ditulis oleh Mohd Termizi yang menjelaskan,

Kaedah dan peraturan penjualan arak:

Memandangkan membeli dan meminum arak adalah fenomena yang begitu kritikal menular di kalangan muda-muda hari ini, maka sebagai negeri maju dan didominasi oleh orang Islam, maka tindakan drastik perlu dibuat segera agar gejala buruk ini dapat dibendung melalui pelaksanaan undang-undang yang berkesan yang dapat dipatuhi oleh masyarakat awam selain daripada kesedaran daripada pihak masyarakat sendiri.

Pelaksanaan ini boleh dilihat kepada negeri Kelantan yang menghadkan kelulusan lesen penjualan arak kepada premis bukan Islam, namun dikeluarkan dalam jumlah yang terkawal mengikut keperluan sesuatu tempat.

Antara langkah awal yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan ialah menyusun semula premis penjualan arak berkuatkuasa mulai 1 Julai 1993. Semua jenis arak tidak dibenarkan lagi diminum di tempat awam, termasuk hotel, restoran atau kedai makan.

Namun orang bukan Islam boleh minum di rumah kediaman mereka atau di tempat bukan tempat awam. Ini dapat dibuktikan sebagai contoh di bandar Kota Bharu hanya terdapat 19 premis perniagaan bukan Islam yang menyediakan minuman itu kepada bukan Islam.

Kejayaan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) melaksanakan peraturan Islam di kawasan pentadbirannya menarik minat pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan dan penyelidik dari institusi pengajian tinggi.

Pelaksanaan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pihak PBT di negeri Kelantan boleh diikuti di negeri lain, khususnya di negeri Selangor, walaupun suasana politik dan populasi masyarakat mengikut kaum yang berbeza.

Langkah pensrukturan semula kedai menjualan arak di mana hanya lapan kedai milik orang bukan Islam yang diberi lesen bagi menjual minuman keras berbanding sebelum 1990 adalah sebanyak 86 buah.

Pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Kelantan begitu berhemah, bermula dengan memperkenalkan arak sebagai produk yang berbahaya dan haram, peraturan penjualan diperketatkan.

Peringkat awal setiap peniaga arak dipantau dan memastikan mereka tidak menjual arak kepada orang muslim. Kini mereka semakin memahami dan ramai yang menutup kedai untuk bertukar ke perniagaan lain yang lebih baik. Akhirnya rakyat bukan muslim di negeri itu memahami bahawa mereka boleh hidup tanpa arak.

Pendekatan utama yang dilihat ialah memastikan pengeluaran lesen penjualan arak yang diluluskan adalah terhad mengikut kesesuaian majoriti penduduk bukan Islam di sesuatu tempat. Begitu juga kedai-kedai 24 jam yang menjual arak dikenalpasti sebagai tempat yang menjadi tumpuan anak-anak remaja Islam, seperti di 7-Eleven.

Semua kedai dan pasaraya terutama kedai 24 jam ini hendaklah menjual arak kepada pelanggan yang layak sahaja iaitu mereka yang bukan Islam dan menurut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Selain itu, premis-premis hendaklah mengeluarkan dan menguatkuasakan arahan tidak menjual arak kepada mereka yang muslim. Sebagai contoh pasaraya Giant kini telah menguatkuasakan arahan tersebut.

Terdapat di kalangan pasar raya menggunakan troli yang mempromosikan arak yang turut sama digunakan oleh orang Islam yang mengunjungi pasar raya tersebut. Justeru pihak pasaraya perlu melakukan penambahbaikan dalam pengurusan mereka demi menjaga sensitiviti masyarakat Islam dan negara Malaysia yang dilabelkan sebagai negara Islam.

Artikel penuhnya di
- Cadangan kawal jualan arak

Sumber: gigitankerengga.blogspot

Selasa, 1 Jun 2010

KOMEN TENTANG UMNO MUSNAHKAN MELAYU DALAM PORTAL UMNO-REFORM2

Dari: umno-reform2

Portal berita www.malaysiakini.com menerima maklum balas yang mengatakan bahawa UMNO telah menggagalkan Melayu. Ujar mereka dalam menerima respons dalam ruangan YOUR SAY – polisi kerajaan yang di terajui oleh UMNO telah menggagalkan Melayu dan sekiranya polisi yang di buat sebelum ini diguna pakai semula maka kegagalan orang Melayu akan berterusan. Adakah benar UMNO yang telah menggagalkan Melayu atau sebenarnya UMNO telah menolong ramai orang Melayu tetapi situasi politik yang ada hari lah ini akan menjadi punca kegagalan orang Melayu dengan kononnya Melayu ada yang dari golongan Melayu progresif. Apakah dia situasi politik yang ada hari ini? Situasinya adalah bila politik Melayu bertembung dengan politik Melayu yang menguntungkan kaum lain – kita fikirkan..
Comments


Anonymous - CUMA 5/6 TAHUN SAJA LAGI |2010-05-31 15:30:50
Tepat sekali UMNOlah yang menggagalkan orang melayu atas sebab2 berikut:

1. UMNO hanya melayan penyokong2 mereka sahaja sampai muntah2 mana 2 yang tidak menyokong atau mengkeritik didera, tidak disalurkan bantuan, didiskriminasi seperti rakyat Kelantan dinafikan pembangunan tanpa lebuhraya dan air bersih.

2. Peluang2 perniagaan dibolot oleh kroni2 dan suku sakat UMNO termasuk anak bini mereka..segelintir melayu macam ini kaya tetapi kebanyakan melayu lain miskin papa kedana.

3. Orang UMNO yang tak pernah bawak teksi dapat permit teksi, Pemimpin UMNO bahagian yang hanya tahu politik dapat beratus-ratus permit teksi, pemimpin UMNO bahagian yang tak pernah berniaga di pasar dapat meja pasar borong, pemimpin UMNO yang tak pernah jadi nelayan dapat lesen laut dalam, tanah yang strategik dibandar2 semua dibagi kepada pemimpin UMNO untuk dijual kepada bukan melayu bagi anak bini mereka makan..mereka ini adalah RENT SEEKER.

4. Tun Razak hantar Najib..Hussein Onn hantar Hishammuddin...Mahathir hanta Mukhriz..Pak Lah hantar Khairi..Mohamad Rahmat hantar Jazlan..Jaafar Albar hantar Syed Hamid...Sheikh Ahmad hantar Radzi..dll..mereka ni bukan cerdik sangat tapi DADDYKASI..kerja bapak depa pastikan UMNO, pemerintahan dan khazanah negara diwarisi oleh keturunan ABU (akai bodoh UMNO_)..

5. UMNO wujudkan kasta bumiputra: BI keluarga PM B2 Sultan dan Raja2, B3 keluarga menteri2, B4 Keluarga2 Ketua Bahagian.......B51 melayu biasa dan B52 melayu penentang UMNO.

6. RENT SEEKER inilah yang menuduh melayu jujur tidak amanah agar peluang untuk dapat duit tanpa usaha dapat dipertahankan untuk bagi makan anakbini mereka.

7. Pemimpin2 UMNO sendiri tak percayakan diri sendiri yang orang melayu boleh berjaya..bila bagi tanah pada pemimpin UMNO dia sendiri tanya pada cina mana kamu nak jual?

8. Akhbar Utusan Malaysia dan RTM selalu memperbodohkan orang melayu agar sentiasa menyokong UMNO demi orang melayu walhal pemimpin2 melayu UMNOlah yang bertindak sebagai penyamun dan perompak khazanah negara.

9. UMNO sendiri yang tak percaya kehebatan bahasa Melayu dimana banyak menteri2nya orang macam setengah tiang.. setengah orang puteh sedtengah melayu.

UMNO telah jadi sdatu budaya siapa yang menyertainya akan menjadi maknusia yang malas berusaha..suka duit free..modal sedikit untung banyak..suka pau orang...siapa saja.. samada Ulamak, peguam, doktor, jurutera, akauntan, hakim, arkitek dan lain2 profession kalau sertai UMNO akan dapat penyakit ini.

UNTUK MENGEMBALIKAN KECERMERLANGAN BANGSA MELAYU JAUHI DIRI ANDA DARI UMNO...LAGIPUN NYAWA UMNO AKAN TAMAT DALAM LIMA ENAM TAHUN SAJA LAGI.

merahsilu - umno telah menolong ramai orang Melayu!!! |2010-05-31 17:45:12


...sebenarnya UMNO telah menolong ramai orang Melayu"..untuk:
- memandang rendah kepada bahasa Melayu & tulisan Jawi telah pupus.
- Tanah Simpanan Melayu banyak yang tergadai tanpa ganti
- Mengajar orang Melayu bahawa politik & agama tak kena mengena
- Mengajar orang Melayu supaya menderhaka & menghina Sultan, memperalatkan istana untuk kepentingan politik
- Mengajajar orang Melayu dengan politik wang pada setiap kali plihanraya kecil/besar
- Mengajar orang Melayu menjadi PENGAMPU & pembodek kepada pihak berkuasa
- membantu orang Melayu hidup berpuak2
- menolong orang Melayu supaya pandai membuat fitnah
- menolong orang Melayu untuk menjadi bangsa yang cekap menerima rasuah.
BANYAK LAGI umno MENOLONG RAMAI ORANG MELAYU!!!,.. Tunggulah PRU-13 bagaimana umno menolong ramai orang Melayu & orang Melayu akan menolong umno untuk tenggelam dengan cemerlang & terbilang..
-

KES LIWAT - BAPA SAIFUL BERCERAI, ADIK PULA DIBAWA LARI, KETIKA DILIWAT SAIFUL TIDAK MENJERIT ATAU LARI

Mahkamah lawat semula lokasi kejadian, esok
Mei 31, 10


Perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan sehingga petang esok bagi membolehkan semua pihak melawat tempat kejadian semula.

Pada permulaan prosiding peguam mewakili Anwar, Karpal Singh membuat permohonan untuk melawat semula ke tempat kejadian dan mahkamah membenarkan permohonan itu.

Pada perbicaraan sebelah pagi, pengadu yang juga saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata beberapa individu yang ditemuinya untuk membuat aduan mengenai kejadian liwat itu tidak menggalakkannya membuat laporan polis kerana mereka bimbangkan masa depannya yang masih muda.

Antara mereka yang ditemuinya itu adalah timbalan perdana menteri pada ketika itu Datuk Seri Najib Razak, bekas setiausaha politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Noor, pegawai kanan polis Datuk Mohd Rodwan Yusof (yang kini Ketua Polis Melaka), bekas ratu trek negara Datuk Mumtaz Jaafar, rakannya Rahimi Osman, bapa saudaranya yang dikenali sebagai Tuah dan seorang guru agama yang dipanggil Atuk.

Karpal: Ada Timbalan Perdana Menteri beri apa-apa nasihat?

Saiful: Pada mulanya beliau terkejut, ragu-ragu. Tapi lepas cerita dengan terperinci, beliau kata beliau tidak boleh buat apa-apa kerana ini adalah masalah peribadi Anwar dan membabitkan masa depan saya.

Karpal: Adakah pada bila-bila masa anda membuat laporan polis mengenai aduan yang dibuat kepada Timbalan Perdana Menteri, dan orang lain tadi?

Saiful: Sebelum 26 Jun 2008 (dakwaan berlaku liwat), saya tidak membuat laporan polis.

Karpal: Tidak ada siapa yang beri nasihat kepada anda supaya membuat laporan polis?

Saiful: Tidak ada. Mereka bimbang tentang masa depan saya.

Kepada soalan Karpal sama ada beliau mengetahui mengikut Seksyen 13 Kanun Prosedur Jenayah, adalah menjadi satu kewajipan seseorang itu membuat laporan polis sekiranya mengetahui mengenai kejadian liwat, Saiful berkata beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

Karpal
: Jika TPM atau yang lain tidak membuat laporan polis, mereka telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjarakan. Tahu atau tidak?

Saiful
: Saya tidak tahu.

Karpal: Tidak mengapa, saya akan beritahu awak sekarang. Apa yang anda beritahu TPM adalah perkara serius iaitu anda diliwat tanpa kerelaaan.

Sebelum Karpal menghabiskan soalannya Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai barisan pendakwaan, membantah kerana itu bukannya soalan tetapi komen dan ia dipersetujui Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mendengar perbicaraan kes itu.

"Saya mahu dengar soal bukannya komen. Teruskan dengan solan," kata Mohamad Zabidin kepada Karpal.

Mengenai soalan Karpal bahawa beliau mempunyai banyak peluang untuk melarikan diri kepada pengawal keselamatan kondominium atau menjerit semasa kejadian liwat dan mengapa tidak menggunakan peluang itu, Saiful menjawab bahawa beliau tidak menggunakan peluang itu.Kepada soalan lain mengenai keluarganya, Saiful berkata ibubapanya telah bercerai ketika beliau berumur tujuh tahun dan beliau tinggal dengan bapanya dan adiknya, Saidati.

Menjawab soalan Karpal mengenai sama ada adiknya telah berkahwin, Saiful berkata pada tahun lalu adiknya telah dibawa lari ke Thailand dan beliau tidak pasti sama ada adiknya telah berkahwin atau tidak.

Karpal kemudiannya memohon supaya pemeriksaan balasnya terhadap Saiful ditangguhkan dan pihaknya akan memanggilnya semula.

Menjawab soalan, Mohamed Yusof dalam pemeriksaan semula, Saiful berkata beliau tidak pernah memberitahu Dr Osman Abdul Hamid dari Pusrawi, yang merawatnya, bahawa ada terdapat kemasukan objek plastik di bahagian duburnya.

Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan./Malaysiakini

TAN SRI KHALID KENA SERIUS ISU INI

Skandal Pasir: MP Kapar dedah bukti video
Mei 31, 10


Ahli parlimen Kapar S Manikavasagam hari ini mendedahkan saksi bagi menguatkan dakwaannya bahawa syarikat kerajaan Selangor terlibat dalam operasi perlombongan pasir secara haram.

"Hari ini bukan cakap kosong, saya bawa saksi," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Manikavasagam juga menayangkan rakaman video lokasi yang didakwa berlaku kejadian curi pasir di Selangor bagi serta rekod bertulis berkaitan bagi membuktikan dakwaannya itu.

Sementara itu, saksi tersebut Zahar Rusili memberitahu pemberita beliau mendapati terdapat bukti berlakunya aktiviti perlombongan pasir di Sungai Rasa, Near Rawang, dekat tempat kerjanya.

Zahar berkata, aktiviti penyeludupan pasir haram tersebut dipercayai dilakukan oleh beberapa pihak melibatkan Kuala Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan pihak berkuasa berkaitan.

Kontraktor itu juga mendakwa telah mengadu perkara tersebut kepada pelbagai pihak, termasuk KSSB, polis, pejabat Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim dan Suruhanjaya Pencegaran Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

Bagaimanapun, menurut Manikavasagam, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang akan memulakan pendengaran awam berhubung kes itu esok telah menolak Zahar selaku saksi./Malaysiakini

Isnin, 31 Mei 2010

KES LIWAT - SOALAN TERHADAP SAIFUL PAGI TADI

9:36
KARPAL SINGH TIBA DI MAHKAMAH BERSAMA PARA PEGUAMBELA..SIAP SAIFOOL

9:44
Mahkamah baru bermula. Peguam bela utama Anwar, Karpal Singh mengemukakan hujahannya berhubung mengunjungi kondominium lokasi kejadian dakwaan liwat berlaku, .
9:45
Datuk Mohd. Yusoff berkata, pihaknya akan mengatur satu kaedah untuk membawa Karpal ke premis kondominium pada tengah hari ini nanti
9:45
Mohd. Saiful sekarang sedang mengangkat sumpah di kandang saksi.
9:46
Beliau akan menghubungi tuan punya kendominium untuk mendapatkan maklumat.Hujah Karpal
9:47
Karpal berkata bahawa pihak pendakwa akan membawa ke sana dan menghubungi pemilik
9:49
KS: Once again you are under oath and you understand the consequences...
(Hakim menegur Karpal bertanya soalan dalam bahasa Inggeris. Karpal mohon maaf).
KS: Bila ibu bapa bercerai? Ada kontak dengan sister?
MS: Sejak saya kecil.
KS: Anda seorang Islam yang mengikut ajaran Islam dan sebagainya?
MS: I try my best.
KS: Ada bila bila masa minum arak?
MS: Tidak Yang Arif.
KS: Ada bila bila masa lakukan zina?
MS: Tidak Yang Arif.

9:52
Karpal bertanya, ada jumpa Timbalan Perdana Menteri pada 24 haribulan dan adakah membuat aduan?
Saiful mengaku ada berjumpa dan membuat aduan diliwat tanpa rela.
Saiful sekali lagi disoal, adakah beliau diberi nasihat oleh Perdana Menteri dan arahan?
Saiful jawab, ini masalah peribadi Anwar Ibrahim dan melibatkan masa depan beliau.
9:54
Pihak pendakwa berkata pihak peguambela tidak menghadapi masaalah kerana pemilik adalah rakan karib Anwar

9:56
Karpal mengulang nama-nama individu yang pernah Saiful berjumpa untuk membuat aduan termasuk guru agama yang Saiful memberitahu, beliau terlupa namanya kerana itu guru agama bapa saudaranya, Pakcik Tuah. Dan guru agama itu, kata Saiful, telah meninggal dunia dua tiga bulan yang lepas.
(Kala ini ketawa kecil kedengaran dari galeri awam)
9:57
Karpal bertanya siapakah Faiz Khairy
9:59
Karpal menekan Saiful agar menjawab soalan-soalan yang dilontarkan bertalu-talu kepada Saiful dan mempersoalkan apakah Saiful berkata benar.
10:00
Karpal bertanya adakah sama dengan aduan yang di lakukan kepada Rodwan,Ezam,Datuk Mumtaz dan juga seorang guru agama Rahimi?
10:01
Adakah anda membuat laporan polis setelah anda mengadu kepada mereka ini? taya Karpal
10:01
"Mengikut undang-undang, Seksyen 13 Kanun Acara Jenayah, Timbalan Perdana Menteri diwajibkan untuk membuat laporan polis. adakah anda tau itu? Saya bagitau awak sekarang. Jika timbalan Timbalan Perdana Menteri tidak membuat laporan itu, dia telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan. Timbalan Perdana Menteri boleh dipenjarakan. Tak tahu, saya bagi ajaran kepada awak sekarang, " kata Karpal.
10:02
Hakim bertanya Karpal, adakah Karpal bertanya soalan ataupun mendedahkan maklumat?
10:03
Saifoll menyetakan bahawa beliau tidak melakukan laporan polis sebelum 28 hb...mereka-mereka ini bimbangkan keselamatan saya
10:05
Apabila Datuk Mohd. Yusoff bangun membantah kerana kesilapan seksyen yang dilontarkan oleh Peguam Cara Negara 11 itu, dan Karpal mempersoalkan mengapa Mohd. Yusof 'membangkitkan seksyen yang berlainan, untuk meredakan tegang leher yang berlaku antara Karpal, Mohd. Yusof dan sebelum itu, dengan Saiful, Hakim menangguhkan sebentar mahkamah.
10:05
Apabila ini berlaku, mahkamah rehat sebentar, suasana dalam dewan mahkamah riuh rendah dengan luahan kata-kata tidak puas hati daripada galeri awam.
10:06
Kedengaran suara lantang berkata, "Court impartial". Keadaan dikawal apabila polis mahkamah meneriak, diam.
10:08
Mahkamah sambung bersidang.
10:08
10:09
gambar malaysiakini......adik beliau ikut lelaki nikah di siam...karpal dedahkan di mahkamah
10:09
Sama ada Seksyen 13 atau Seksyen 377... Hakim berkata, mahkamah diteruskan. Karpal berkata, macam mana nak teruskan jika saksi pertama (Saiful) tiada di kandang saksi. Kemudian, barulah Saiful masuk semula ke kandang saksi.
10:09
Karpal menyoal adakah Saiful mengangkat sumpah di masjid? Saiful berkata, ada, pada bulan Ogos 2008.
10:10
Saiful ulangi jawapan, ada buat sumpah iaitu pada hari terdekat tarikh Pilihan Raya Kecil. Saiful apabila ditekan oleh Karpal mengapa pilih tarikh terdekat PRK, Saiful kata secara kebetulan.
10:11
Karpal kata, perbuatan Saiful itu dirancang untuk menjatuhkan Anwar. Saiful tidak bersetuju dengan dakwaan itu.
10:12
NOTA: PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH ...DIMANA NAMA USTAZ RAMLANG PORIGI MUNCUL MENDEDAHKAN PERKARA SEBENAR
10:12
Sebaliknya Saiful berkata, beliau mahu membuat sumpah itu lebih awal. Dan atas nasihat beberapa ulamak, beliau memilih tarikh yang hampir dengan PRK.
10:13
Karpal terus mempersoal mengapa Saiful tidak menjerit, tidak membuat laporan polis, tidak meminta bantuan guard (pengawal keselamatan kondo) untuk minta pertolongan pada tarikh dia didakwa diliwat.
Saiful berkata, beliau tidak meminta tolong.
10:14
Datuk Mohd. Yusoff bangun untuk mengemukakan soalannya pula kepada Saiful.
10:15
Saiful: "No it was not. Saya menyahut cabaran beberapa ulama."
10:15
Semasa Saiful memberitahu, komplen dibuat semasa beliau sakit perut. Ketika beliau membuat pemeriksaan kesihatan dan tidak beritahu doktor, siapakah yang meliwat beliau.

10:17
Saiful ditunjukkan sehelai kertas iaitu laporan pemeriksaan kesihatan hospital.
10:18
karpal berkata soalan lain apabila beliau melawat tempat kejadian
10:18
Katanya, kali pertama beliau melihat laporan pemeriksaan kesihatan itu adalah pada hari soalan balas (cross examination).
10:18
Kali ini tiga kali Hakim menegur Saiful supaya kuatkan sikit suaranya kerana perlu dicatat butiran percakapan Saiful oleh mahkamah.
10:19
Adakah Dr Othman dari Pusrawi mencatat nota
10:19
Soalan akhir, Mumtaz tidak nasihatkan Saiful buat laporan polis. Ezam? Boleh bagitau sebab.

Secara keseluruhannya mereka bimbangkan masa depan saya - itu jawapan Saiful.


10:20
Saiful diminta turun dari kandang saksi.
10:22
Saifool kata pertama kali beliau mendengar bahawa beliau mendengar bahawa beliau di liwat dengan plasrtik???

10:22
Mohd. Yusoff minta kebenaran mahkamah untuk memanggil saksi seterusnya, doktor.

Karpal berkata, apakah mahkamah sepatutnya dimaklumkan terlebih dahulu oleh peguam bela sebelum memanggil doktor sebagai saksi.

Hakim membenarkan permohonan Mohd. Yusoff untuk mahkamah berehat sebentar. Buat kali kedua sejak mahkamah mula bersidang pagi ini.


10:27
Sebelum mahkamah berhenti rehat sebentar (stand down), Karpal memberitahu mahkamah, jika penguam bela mahu memanggil doktor sebagai saksi seterusnya, beliau mahu supaya tiga doktor pakar dari luar yang dibawa oleh pihak pembelaan, hadir sama untuk mendengar keterangan daripada saksi seterusnya iaitu doktor tempatan yang membuat pemeriksaan ke atas Saiful.



11:15
SANKARA NAIR BERKATA SEDANG MENUNGGU KEBENARAN PIHAK BERKUASA UNTUK BERKUNJUNG SEMULA PETANG NANTI.MAKA KERANA ITU PERBICARAAN AKAN BERSAMBUNG JAM 2.15 PETANG NANTI.

Sumber: Wartawan Rasmi Laman Reformasi