RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 5 Julai 2014

KU NAN BUKAN SAJA BODOH TETAPI EGO DAN SOMBONG

MACAM-macam perangai puak-puak Umporno, parti keris telanjang tanpa sarung sekarang ini.  Jika dulu mereka ini penentang Hukum Hudud, mereka juga selalu kata ugama dan politik jangan dicampur-adukkan dan sampai sekarang 'mazhab' lama ini masih ramai di kalangan mereka yang mempercayainya.
 
Muncul pula Kassim Ahmad yang dulu berimankan fahaman komunis, kemudian bertaubat masuk mazhab Umporno.  Kassim Ahmad ini amat dipuja oleh mamak kutty dari Karala yang pernah jadi PM dan ketua parti keris telanjang dan bos besar di dalam parti dacing Baghdad.  Fatwa Kassim Ahmad yang menolak Hadith amat terkenal sehingga beliau boleh mengarang sebuah buku untuk mengambil alih tugas Iblis menyesatkan Bani adam.  Beliau terang-terang tolak Hadith bahkan yakin bahawa rambut itu bukan aurat bagi kaum Muslimat.  Kassim Ahmad masih berada di negara ini, bebas sebebas-bebasnya.  
 
Baru-baru Majlis Fatwa Terengganu menghukumkan Kassim Ahmad 'murtad' kerana fahamannya menolak Hadith.   Apa kata Jamil Khir, mantan Pengarah KAGAT yang kini menjadi Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam?  Beliau kata, "Kassim Ahmad 'murtad dan kufur" di Terengganu saja.  Ertinya, Kassim Ahmad sudah bersedia seandainya beliau mahu mampus, beliau akan pastikan nyawanya tidak diambil di dalan tanah jajahan negeri penyu bertelur tersebut.  Maka, selamatlah beliau dari mampus kafir.

Pelik tidak?  Tidak pelik kerana banyak lagi yang pelik-pelik akan muncul lagi selepas ini.  Dua tiga hari lalu, seorang menteri yang kononnya berdarah raja, Tengku Nan pula beritahu rakyat negara kita bahawa "Meminta sedekah dan memberi sedekah" kepada sesiapa pun yang meminta di kota raya Kuala Lumpur adalah satu kesalahan dan boleh didakwa.  Betapa 'jenayah'nya orang yang meminta sedekah berbanding dengan yang menjadi peragut atau pelacur di Kuala Lumpur.  Hebatnya perbuatan 'jenayah' kita yang memberi sedekah di tengah bandar Kuala Lumpur berbanding jika kita 'mendermakan' duit kita kepada kedai Sport Toto atau rumah jalang yang bersepah di tengah bandar itu.

Itulah hebatnya Ku Nan.  Tepatlah siapa yang mengundi beliau untuk menjadi MP di Putrajaya.  Dapat saham sikit seorang akibat tugas yang dijalankan oleh Ku Nan sekarang.  Kononnya untuk menghapuskan gejala peminta sedekah agar KL dilihat bersih dari kacamata Pelancung yang datang.  Nawaitunya kerana pelancung, bukan kerana apa.  Jauh sekali Nawaitu kerana Allah.

Mudah tugas kerajaan.  Bukan untuk mengurangkan kadar kemiskinan tetapi menyorokkan kemiskinan itu dari diketahui oleh para pelancung.  Negara barat atau negara-negara maju yang lain tiada gelandangan atau peminta sedekahkah sehingga Ku Nan malu sangat dengan kehadiran peminta sedekah ini?  Tugas kerajaan sepatutnya tangkap sesiapa yang meminta sedekah itu, siasat dan jika terbukti mereka menipu untuk meminta sedekah, maka dakwalah.  Kita tidak pertikai tetapi jangan menghukum pukul rata begitu sampai si pemberi sedekah atau makanan pun mahu dianggap sebagai penjenayah.  

Banyak tempat maksiat dan kawasan-kawasan jenayah yang tidak selesai kamu perangi, janganlah buat kerja gila dan memalukan itu.  Itulah akibatnya jika tersalah pilih pemimpin bukan saja jahil tetapi ego dan sombong.

Rabu, 2 Julai 2014

TIADA "PUASA" UNTUK LAWAN UMNO

BULAN Ramadhan bulan yang mulia, jaga tutur kata bicara dan jaga mata dari melihat yang mungkar, maksiat selain dari menjaga daripada makan dan minum.  Tapi ini tidak bererti bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita dilarang memusuhi Umno.  Tiada satu detik pun waktu yang boleh kita jadikan alasan untuk mengelak dari menentang Umno.

Aku tidak peduli jika ada ustaz bahkan Ulamak duniawi yang berkata, "cukuplah, berhentilah dulu dari mengata dan menyerang Umno di bulan puasa ini....".  Mari pada aku dalil dan nas yang ada menyebut berhenti dari menentang kemungkaran dan kezaliman pada bulan Ramadhan.  Ada?  Apakah bulan Ramadhan kita diberitahu bahawa iblis dan syaitan itu diikat, maka kita tidak peduli ada "syaitan yang dikenali" yang masih wujud disekeliling kita bahkan mereka tidak pernah lalai sesaat pun untuk menghancurkan perjuangan keadilan dan Islam.  

Marilah sahabat, di Bulan Ramadhan yang mulia ini kita tingkatkan usaha kita berdepan dengan puak-puak celaka dan bangsat ini yang semakin lama semakin menyusahkan kehidupan rakyat.  Rakyat mereka jadikan seperti hamba abdi dan barang permainan mereka.  Bila rakyat marah, mereka pujuk dengan wang ringgit.  Kemudian mereka buli lagi.  Bila rakyat melenting, mereka upah lagi dengan duit.  Cuba sebut sudah berapa banyak program kerajaan yang benar-benar membantu rakyat dari segi jangka masa panjang selain dari upah wang tunai?  

Justeru itu, samada Bulan Ramadhan, Syawal dan seterusnya melawan Umno itu Wajib kerana Allah Taala.


Isnin, 30 Jun 2014

JIKA MAJORITI ADUN PR SELANGOR SETUJU, ELOK TS KHALID DIGANTI

KERUSI MB Selangor kembali panas.  Ada yang terasa kerusinya tidak selamat, ada pula yang perasan dia dapat Kerusi MB negeri terkaya itu.  Aku pernah menulis betapa perlunya Kerusi MB Selangor ini ditukar, tetapi penggantinya bukanlah Azmin.  Azmin belum tentu lebih baik dari TS Khalid, cuma beliau pernah diuji.

Apa sebabnya TS Khalid mahu diganti? Memang hebat pentadbiran TS Khalid, tiada siapa boleh nafikan.  Dio dalam kehebatan beliau mengurus Selangor, adakah partinya dan parti-parti di dalam PR mendapat manafaat?  Mentadbir Selangor mestilah mentadbir secara orang politik, bukan mentadbir secara korporat.

TS Khalid mesti dengar cakap bos, apatah lagi bila bos menegur kesilapan beliau.  Jangan cuba mahu tunjuk kononnya Bos tidak boleh ganggu urusan beliau sebagai MB Selangor.  TS Khalid juga mesti tahu respek rakan-rakan di dalam PR.  Jangan memerintah "One Man Show".  Bila ada keputusan besar seperti mengadakan perjanjian/MoU dengan Pusat berkaitan isu air, mustahil dan tidak masuk akal TS Khalid boleh membelakangkan Anwar, bosnya.  Tetapi TS Khalid lakukan juga.

Orang kata dia dah besar kepala.  Aku tidak kata begitu kerana aku rasa dia bukan orang politik.  Samada dia menang atau tidak merebut jawatan Timbalan Presiden, aku harap baik kiranya jawatan MB Selangor ini ditukar dengan syarat PKR jangan buat keputusan sendiri tetapi mesti mendapat sokongan majoriti di dalam PR Selangor.  Jika tidak, kekalkan saja beliau kerana Kerusi MB Selangor bukan hak PKR tetapi hak bersama PR.