RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 13 Mac 2014

RAMALAN KHIR TOYO BETUL, KAK WAN HARAPAN KAJANG

MANTAN MB Selangor, Khir Toyo meramalkan Kak Wan akan menang besar di PRK Dun Kajang.  Kata Khir Toyo, faktor sokongan terhadap Anwar tidak kira tokoh ini bertanding atau tidak, tetapi faktor ini boleh mempengaruhi undi untuk Kak Wan, di samping faktor undi golongan muda yang tidak berubah bersama PR, manakala pengundi berumur yang konsisten menyokong Bn mungkin ada yang telah meninggal dunia, sakit atau sebagainya.

Pada aku, faktor Anwar menyumbang sedikit tetapi faktor lebih besar adalah kehebatan Kak Wan sebagai wanita yang lembut keperibadiannya jauh berbeza dari Rosmah, tetapi memiliki kekuatan yang luar biasa iaitu mampu bersabar, tabah dan cekal dengan segala fitnah dan kezaliman yang dilakukan terhadap suaminya Anwar, itulah faktor utama yang akan menentukan kemenangan besar Kak Wan di Kajang nanti.

Kak Wan juga tidak punyai musuh samada di dalam partinya sendiri dan juga disenangi oleh rakan-rakan di dalam PR.  Kak Wan terlalu banyak berkorban untuk perjuangan rakyat.  Beliau rela lepaskan Kerusi Permatang Pauh untuk memberikan laluan kepada tokoh reformasi Anwar Ibrahim untuk bersuara lantang di Parlimen.  Beliau juga sanggup tidak mengekalkan jawatan Presiden PKR kerana ramai yang ingin melihat Anwar menerajui PKR kerana sebelum ini jawatan Ketua Umum hanyalah jawatan sementara buat beliau disebabkan tekanan kes mahkamah waktu itu.  Samada dengan keputusan mahkamah baru-baru ini memaksa Anwar terus dengan jawatan Ketua Umum atau tidak, yang nyata Kak Wan telah nyatakan bersedia untuk kosongkan Kerusi Presiden jika Anwar mahu bertanding jawatan tersebut.  Ertinya, Kak Wan bersedia berkorban untuk kepentingan parti.

Kali ini, Kak Wan diminta menggantikan tempat Anwar sebagai calon di Dun Kajang.  Tugasnya amat berat tambahan pula emosinya mungkin sedikit terganggu dengan kezaliman yang dilakukan terhadap suaminya, namun beliau tidak menolak amanah yang diberikan oleh pimpinan PR.  

Sehubungan itu, kita tiada pilihan lain.  Kak Wan wajib kita tabalkan sebagai Adun Kajang agar "Kajang Move" tidak terhenti di tengah jalan.  Merealisasikan hasrat ke Putrajaya bermula dari Kajang perlu dilaksanakan.  Kajang adalah isyarat bahawa rejim zalim wajib ditumbangkan.

RAKIT KESELAMATAN - PEGAWAI TLDM KATA TIDAK SEMPAT DIAMBIL, MENTERI KATA TIADA KAITAN.

MALAM tadi, aku tonton juga TV3 suku untuk ikuti perkembangan tragedi kehilangan Pesawat MH 370 yang sehingga kini masih menemui jalan buntu.  Doa ku agar tragedi yang menyedihkan ini akan berakhir dengan harapan seluruh rakyat Malaysia bahkan seluruh dunia termakbul iaitu kesemua penumpang dan krew akan selamat.  Tiada yang mustahil apabila Allah menunjukkan kuasanya.

Bila menonton Buletin TV3 suku semalam, seorang Pegawai Kanan dari TLDM telah muncul mengulas tentang penemuan objek berupa rakit keselamatan yang kemungkinan kepunyaan pesawat kapalterbang.  Objek itu ditemui oleh sekumpulan nelayan di Port Dickson.  TLDM melalui TV3 suku menyebut, objek berupa rakit itu gagal diperolehi kerana sewaktu anggota-anggotanya ingin mengambil objek berkenaan tiba-tiba ianya terjatuh ke dalam laut.  Maka, gagallah untuk diambil.  

Apabila ditanya oleh wartawan, tiadakah usaha untuk mendapatkannya setelah objek itu terjatuh?  Pegawai Kanan ini menyebut, TLDM tidak dapat meneruskan usaha mendapatkan objek berkenaan kerana kerja untuk mengambil objek itu adalah menggunakan bot, dan bot itu tiada kelengkapan untuk mengambil objek yang terjatuh itu.

Jika benar, amat malang sekali.  Kita amat mengharapkan setiap penemuan yang disyaki ada kaitan dengan tragedi ini dianggap penting untuk membantu siasatan serta membantu kerja-kerja mencari dan menyelamat.  Tetapi jika kita datang mencari dengan menggunakan alat seperti bot yang tidak lengkap untuk kerja-kerja penting seperti ini, ianya amat memalukan kita.  Kita telah lepaskan satu peluang bagi mengesahkan samada rakit itu ada kaitan atau tidak dengan tragedi ini.  Kita hanya boleh jawab, rakit itu terjatuh sewaktu ingin diambil dan kita tidak berusaha untuk mengambilnya kerana tiada kelengkapan.  Semudah itu?

Paling mengejutkan, Menteri Pertahanan mengesahkan rakit itu tiada kaitan dengan pesawat MH 370.  Bagaimana pengesahan ini dibuat sedangkan rakit itu gagal diperoehi oleh TLDM?  Adakah kenyataan yang mengelirukan ini boleh meyakinkan dunia bahawa kita serius di dalam usaha mengesan dan menyelamat pesawat ini? 

Aku juga semakin keliru dengan laporan yang dipetik dari Astro awani bahawa pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menegaskan pesawat yang berpatah balik yang dikesan radar tentera Malaysia awal pagi Sabtu tidak dapat disahkan sebagai MH370.  Ertinya, tidak mustahil itu adalah pesawat MH 370.  Amat teruk sekali radar kita tidak boleh kesan jenis pesawat yang berjaya dikesan.  Bagaimana mungkin kita boleh dikatakan bersedia untuk berperang sekiranya negara kita diancam seandainya radar kita berada di tahap ini?  Sebelum ini kita mendengar kenyataan pegawai kanan tentera yang sebut radar kita ada yang hebat di sesetengah kawasan, ada yang tidak elok di sesetengah kawasan.  Bagaimana boleh terjadi sedemikian?

Aku mulai terfikir apakah aset ketenteraan kita dipandang serius oleh kerajaan?  Jika tidak berlaku tragedi seperti sekarang, rakyat mungkin merasa senang hati kerana selalu dibuaikan dengan kehebatan dan kecanggihan aset pertahanan negara kita.  Malangnya, kita selalu bermimpi.
  

Isnin, 10 Mac 2014

AZIZAH GALAS TUGAS ANWAR DI KAJANG

TIDAK ramai yang meramalkan bahawa DS Wan Azizah akan dipilih untuk menggantikan DS Anwar Ibrahim bertanding di PRK Dun Kajang.  Rata-rata beranggapan tentunya ada tokoh lain yang juga tidak kurang hebatnya bakal diletakkan bertanding di kawasan yang bakal menjadi sejarah tapak permulaan ke Putrajaya itu.

Di dalam PKR, nama-nama yang disebut adalah seperti Sdr Saifuddin Nasution (SUA PKR), YB Rafizi Ramli (MP Pandan/Pengarah Strategi PKR) dan beberapa nama lagi.  Ini bukan bermakna mereka mengatakan DS Wan Azizah tidak layak untuk dipilih tetapi ramai yang menjangkakan bahawa isteri kepada DS Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR itu bakal 'standby' di Permatang Pauh seandainya Anwar ke penjara selepas dihukum 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

Tahniah diucapkan kepada DS Wan Azizah yang mana beliau bersedia untuk kembali ke arena politik secara lebih ke hadapan dan lebih aktif dan tidak memilih mana-mana kawasan untuk beliau bertanding.  Jika tidak beliau, siapa lagi yang lebih bertanggungjawab untuk membela nasib Anwar?  Isteri yang sentiasa bersedia menggalas tugas suaminya pada bila-bila masa.  Itulah hebatnya DS Wan Azizah.

Semoga roh Reformasi yang dibawa oleh suaminya akan dapat dipraktikkan oleh DS Wan Azizah di Kajang.  Objektif "Move Kajang" perlu direalisasikan oleh beliau setelah suaminya dizalimi.  Kita yakin, sokongan rakyat Kajang kepada DS Wan Azizah tentu lebih hebat lagi kerana rakyat Kajang terlalu membenci Umno/Bn kini apatah lagi melihat kepada kezaliman mereka terhadap Anwar Ibrahim.