RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 13 November 2010

NAIB PRESIDEN PKR - BERI PELUANG KEPADA YB FUZIAH

Oleh: WFAUZDIN NS

PEMILIHAN di dalam PKR semakin ke penghujung. Jawatan paling panas sekarang adalah bagi kerusi Timbalan Presiden PKR di mana dua tokoh lama dan berpengalaman bakal bersaing untuk menabur bakti kepada perjuangan. YB Azmin Ali akan berhadapan dengan Sdr Mustafa Kamil Ayub, kedua-dua mereka telah membuktikan kesetiaan terhadap parti.

Satu lagi jawatan yang tidak kurang panasnya adalah jawatan Ketua AMK yang menyaksikan pertarungan `adik-beradik' iaitu di antara penyandang Sdr Shamsul Iskandar dengan Sdr Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard. Pertarungan di antaranya agak sengit dan sehingga kini tiada siapa boleh meramalkan pemenangnya.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, dimaklumkan buat masa ini YB Nurul Izzah masih berada di hadapan. Terdapat seorang lagi calon di kalangan wanita yang turut bertanding iaitu YB Fuziah Salleh, MP Kuantan. Di dalam masa yang semakin suntuk ini, saya mengharapkan agar YB Fuziah Salleh dapat diberi tempat menduduki kerusi Naib Presiden PKR. Meskipun dikatakan agak sukar untuk menempatkan beliau di situ memandangkan berlakunya pecah undi di antara beliau dan YB Nurul Izzah.

Sekiranya pengalaman di ambil kira, ketokohan dan prestasinya selaku Wakil Rakyat, memilih YB Fuziah Salleh sebagai salah seorang Naib Presiden PKR tidaklah merugikan. Beliau telah cukup terlatih dan telah berjaya melaksanakan tugasnya sebagai MP Kuantan dan juga tugas yang diamanahkan oleh parti kepadanya. Sepanjang kempen pemilihan kali ini, YB Fuziah boleh dikatakan di antara calon yang tidak mendatangkan sebarang kontroversi atau membuat sesuatu angkara yang boleh menyusahkan parti. Ini membuktikan beliau redha dengan apa jua keputusan parti dan menyerahkan kepada ahli-ahli untuk menilai kebolehannya.

Beliau amat peka kepada tugas-tugas yang boleh memartabatkan parti. Di mana-mana kawasan pilihanraya, YB Fuziah boleh dikatakan sanggup berkampung bagi membantu parti. Seorang yang berpengalaman mengatur strategi kempen, jasa beliau terhadap parti tidak boleh dinafikan sama sekali. Diyakini beliau mampu membawa parti ke arah yang lebih gemilang dan boleh bekerjasama dengan mana-mana pemimpin sekali pun. Di dalam Parlimen, beliau mampu berhujah dengan baik dan bermutu.

Mudah-mudahan YB Fuziah Salleh diberi tempat menduduki kerusi Naib Presiden PKR. /wfauzdin.blogspot.com

JANGAN ADAKAN PEMILIHAN SEMULA JIKA MENGARUT WALAU TSUNAMI MELANDA

Oleh: WFAUZDIN NS

TSUNAMI bakal melanda PKR jika pemilihan di dalam parti yang sedang berlangsung sekarang tidak dibatalkan. Begitulah kata seorang teman iaitu cucu pahlawan Pahang Mat Kilau. Jika tidak silap saya cucu ini telah membuat pengumuman untuk keluar dari PKR sebelum ini atas Justify Fullalasan lebih kurang alasan Zaid jugalah. Dan, saya telah pun ulas tentang hal tersebut sebelum ini di dalam artikel saya.

Tidak kisahlah samada sudah keluar ke belum cucu ini daripada PKR. Saya cuma berminat untuk mengulas apa yang dikatakan Tsunami bakal melanda PKR jika tidak diadakan pemilihan semula. Masalah benar atau tidak jangkaan cucu ini, Wallahu Aklam. Sepertimana yang pernah didakwa dan diramalkan oleh beberapa pihak beberapa tahun dulu yang mengandaikan PKR bakal terkubur, tetapi Alhamdulillah, apabila semakin banyak pengkhianat yang keluar dari PKR, parti ini lebih baik dari sebelumnya.

Sewaktu segerombolan dari orang kuat PKR keluar parti seperti Zahid Md Arif, Ruslan Kasssim beserta geng-geng mereka, kemudian disusuli oleh yang orang muda yang berpengaruh di dalam parti iaitu Sdr Ezam, ramai meramalkan PKR benar-benar terkubur kali selepas itu. Alhamdulillah, pengkhianat keluar maka parti bertambah sihat. PKR terus diuji dengan beberapa Adun/MP yang menjadi `katak', dan ada yang ditendang keluar namun PKR tetap releven di mata rakyat. Justeru itu, apabila timbul isu seperti pemilihan parti yang dikatakan tidak telus itu, dan lebih penting lagi Zaid kini sedang mengoncang `tiang seri rumah' PKR, adakah menandakan Tsunami yang lebih besar?

Sebab itulah saya lebih suka agar parti mengambil serius atas segala dakwaan terhadap parti. Parti juga mesti memberi perhatian dan peka terhadap tingkah laku Zaid sejak kebelakangan ini. Lihat gerak geri Zaid, menunjukkan beliau tidak serius untuk memperbaiki kelemahan seperti yang didakwanya. Beliau hanya mencari beribu alasan untuk menghalalkan tindakannya merosakkan parti.

Persoalannya, mengapa pemilihan perlu ditangguh atau dibatalkan? Adakah hanya kerana persepsi semata-mata atau sememangnya ada bukti kukuh dan jelas? Jika terbukti, nah, parti mesti tegas untuk mengambil tindakan. Sdr Mustafa Kamil Ayub lebih cerdik dari Zaid Ibrahim di dalam menangani masalah ini. Beliau sanggup berdepan dengan pihak parti beserta aduan dan mungkin bersama bukti yang beliau ada. Tetapi, Zaid? Adakah Zaid mahu Utusan atau TV3 menghakiminya atau membantu mengatasi masalah parti ini? Beliau kini ke hulu ke hilir bukan untuk menambahkan ahli parti, tetapi untuk memberikan imej yang tidak baik kepada parti. Kegagalan Zaid untuk bersemuka adalah menunjukkan beliau bacul sebagai pemimpin.

Kesimpulannya, tidak perlu adakan pemilihan semula semata-mata ingin puaskan nafsu Zaid dan beberapa penyokongnya. Pemilihan WAJIB diadakan jika TERBUKTI ada kepincangan yang berlaku di dalam pemilihan. Tugas mencari bukti itu bukan tugas DS Anwar, Azmin mahupun JPP, tetapi pihak yang menuduh. Jika sekadar bercakap di luar, dihebahkan di dalam blog maka itu membuang masa. Pemimpin mesti berani kerana benar sekurang-kurangnya berdepan dengan badan yang dilantik oleh parti kalau pun tidak seberani Pahlawan Mat Kilau. Cucunya, saya tidak tahu./wfauzdin.blogspot.com

ZAID SUDAH SEBARIS DENGAN ZUL KULIM ?

Image Hosted by ImageShack.us Oleh: anak_muar

"Zaid baru-baru telah membuat satu kejutan dengan menarik diri dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR yang ditandinginya pada pemilihan parti tidak lama lagi.Ia disebabkan jurang undi diantara beliau dengan Azmin semakin jauh ketinggalan.Beliau sebelum ini banyak mengeluarkan kenyataan yang berbentuk kontroversi mendakwa cara pengundian yang dijalankan adalah tidak telus dan berlaku penipuan.

Tambah mengejutkan lagi beliau juga meletak semua jawatan dalam parti yang disandang.Seterusnya beliau melakukan serangan terbuka khusus kepada Anwar dan Azmin dengan menggesa bahawa kedua-dua orang lama dalam parti ini perlu berundur kerana menjadi punca permasalahan dalam parti selama ini.

Tindakan beliau ini secara tidak langsung telah memberikan saham besar kepada musuh politik PKR-PR iaitu UMNO-BN.Media milik UMNO memberikan liputan yang sepenuhnya isu Zaid ini dengan memberi gambaran bahawa PKR berada dalam keadaan yang teruk dan busuk seterusnya bakal hancur.Zaid lantang bercakap soal demokrasi tetapi beliau mahu menang sahaja dalam pemilihan dan sama sekali tidak mahu kalah.

Apabila menyedari undian terhadap beliau mula merosot maka tuduhan demi tuduhan dikeluarkan terhadap beliau sendiri iaitu PKR. Zaid tidak sedar bahawa beliau telahpun membunuh karier politik beliau sendir dalam tindak tanduk yang tergesa-gesa serta tidak profesional. Orang seperti Zaid sekarang ini agak sukar diterima oleh parti-parti politik yang ada di Malaysia ini tidak kira dari pihak pembangkang mahupun pemerintah kerana bimbang dengan tindak-tanduk Zaid yang boleh memecah-belahkan parti politik.Jauh sekali bakal dipilih sebagai ahli parlimen dan ADUN pada PRU kerana rakyat sudah tidak yakin akan prinsip beliau.Kerana selepas PRU-12 lanskap politik negara telahpun berubah dimana rakyat cukup cukup cerewet dalam memilih wakil mereka di parlimen mahupun ADUN.

Kini Zaid sudah sebaris dengan individu seperti Zulkifli Nordin,Tan Tee Beng, Zahrin,Woo Chee Kiong dan ramai lagi.Mereka ini tidak akan dipilih oleh rakyat lagi pada PRU-13 kerana sikap mereka yang tidak berpendirian serta bertindak melulu dalam tanpa memikirkan jangka masa panjang.

Sejarah bakal melebelkan mereka pemimpin lompat sepanjang zaman. Tiada yang perlu dibanggakan sumbangan mereka terhadap negara dan rakyat.Mereka lebih kepada membuat kontroversi dari melakukan tugas sebagai pemimpin. Adakah Zaid sudah bersedia menjadi seperti mereka ini?/Tranungkite

SATU RANCANGAN UNTUK KUBURKAN PKR MELALUI MAHKAMAH?

Oleh: WFAUZDIN NS

INGATKAH anda sejarah Umno pernah diharamkan? Mungkin ramai yang tidak tahu Umno sekarang adalah `benih baru' yang ditanam oleh Tun Mahathir. Jika anda mahu tahu sejarah Umno, mengapa ianya diharamkan suatu ketika dan kenapa `benih baru' ditanam semula, anda bolehlah bertanya dengan Ku Li atau Rais Yatim. Mereka arif tentang sejarah ini.

Seimbas lalu, saya petik dari blog rakan Greenboc tentang sejarah pengharaman Umno secara ringkas. "Pada Jun 1988, satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 ahli Umno yang dinamakan sebagai ‘Umno 11′. Kumpulan ini telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung Umno April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal serta tidak mempunyai kesan." (Greenboc).

Mengapa perlu kita imbas kembali sejarah Umno yang banyak mengkhianati orang-orang Melayu ini? Ini adalah untuk belajar dari sejarah parti yang hampir pupus itu, mengapa parti itu diharamkan suatu ketika. Ringkasnya, Umno diharamkan adalah kerana ketamakan kuasa Tun Mahathir yang mahu menghalang kemaraan Ku Li. Apabila saluran mahkamah digunakan oleh kumpulan yang sanggup merosakkan parti asalkan musuh mereka tidak dapat menguasai parti berkenaan.

Tidak mustahil hal yang sama boleh berlaku kepada PKR. Kita akan lihat siapa nanti yang tergamak membawa masalah dalam parti ini ke mahkamah, walaupun ruang dibuka seluas mungkin untuk mereka di dalam parti. Rasa tidak puas hati tentang pemilihan di dalam PKR kali ini banyak kedengaran, apatah lagi dijadikan bahan berita utama oleh media pencacai. Pihak parti juga telah memberikan kenyataan dan berjanji untuk menyelesaikannya sehingga sanggup memberi masa untuk mereka yang tidak puas hati itu mengumpul bukti untuk disiasat. Malahan, Presiden Parti DS Wan Azizah yang dikatakan `tidak berminat' dengan Azmin pun membuat kenyataan untuk menyiasat segala dakwaan tetapi bagi menghormati kehendak majoriti akar umbi, tanpa adanya bukti kukuh salah laku setakat ini, maka pemilihan mesti diteruskan.

Mungkin ada pula yang menukar tuduhan mereka selama ini dan menganggap DS Wan Azizah `berpihak' kepada Azmin apabila meneruskan pemilihan. Jika pemilihan dibatalkan dan dilakukan semula tanpa asas dan bukti kukuh, tentunya penyokong Azmin akan mendakwa pula DS Wan Azizah menyokong Zaid mahu pun Sdr Mustafa Kamil. Tentu sekali ini menimbulkan dilema buat Presiden Parti, lantas beliau berpegang kepada fakta yang ada iaitu pemilihan mesti berjalan dan siasatan perlu juga dilakukan.

Tentang isu samada parti akan dibawa ke mahkamah atau tidak, itu terpulanglah kepada mereka samada ingin digelar sebagai pengkhianat atau tidak. Apa yang penting, kita jangan meletakkan diri kita `satu kepala' dengan pengkhianat yang bakal muncul nanti./wfauzdin.blogspot.com

APAKAH ZAID DIUTUS UNTUK MENGUJI KEMATANGAN PKR?

Pembersihan PKR sebelum Memegang Kerajaan Pusat

Barangkali inilah proses pembersihan PKR. Kami bandingkan juga dengan kekuatan BULAN PUTIH dari segi istiqamah, keutuhan memegang prinsip, dan yang paling penting atas dasar apa sesuatu parti politik wujud dan berjuang. Dasar itulah yang menjadi inti dan melatari matlamat perjuangan…

Sambil terus menekan kami, rakan-rakan puak karat biru berkata impaknya besar. KAMI katakan isu politik kebanyakan bersifat sementara dan PKR masih baru. KAMI berikan contoh beberapa kes besar, satu ketika Negara gegar tuduhan kepimpinan utama Negara terlibat pembunuhan Altantuya sehingga keluar perkataan demikian (Segera DNA anak Altantuya untuk pastikan anak Razak atau Cucu Tun Razak). Segalanya bersifat sementara dan akan ditutupi oleh isu baru nanti. Satu ketika isu harga barang naik, kemudian isu perpaduan/penyatuan PAS – UMNO, kemudian muncul pula isu lain.

Cuma sekarang apakah tindakan yang akan dilaksanakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dalam rangka startegik pelan tindakan segera bagi mengelakkan bisul menjadi barah tahap kronik. Sebagai seorang ahli politik yang berpengalaman dengan sepak terajang dunia politik yang penuh helah dan taktikal yang pelbagai. Meminjam kata Tun Mahathir “Tiada kawan dan lawan yang kekal dalam politik....”

Pun DSAI ada ketikanya tidak juga dapat membuat penilaian yang tepat. Ya! Sebagai manusia biasa kita ada kelemahan. Ini adalah pengajaran paling berguna buat PKR. Lebih wajarlah PKR kekal dengan reformis tulen yang setia semenjak tahun 1999 (ketika api reformasi membakar Kuala Lumpur). Mereka yang mudah melompat dan bertukar-tukar rupa dan arah, pada pandangan peribadi kami ada sesuatu yang tidak kena dengan jiwa orang seperti ini...

Baik isunya ;

1. Bagaimana Zaid Ibrahim yang dianggap sudah masak dengan dunia politik boleh memberikan kenyataan akhbar kepada pihak media tradisional yang sentiasa diragui, jaguh putar belit dan tentunya akan menggunakan segala kelemahan Pakatan Rakyat untuk memadam kepercayaan rakyat? Mustahil Zaid tidak tahu natijah perbuatannya itu terhadap Pakatan Rakyat.
    2. Wujudnya kenyataan merapu ini setelah Zaid melihat pertembungannya dengan Azmin, jelas tidak memihak kepada dirinya. Dalam keadaan seperti ini, sekiranya Zaid matang berpolitik dia tidak akan ’meroyan’... Sekiranya ikhlas dengan PKR Zaid tidak akan meraung kepada media perdana.

    3. Ada hikmahnya Zaid tewas di Hulu Selangor. Bayangkan jika takdir memberi kemenangan kepada PKR dan Zaid melepaskan jawatan dalam keadaan Barisan Nasional yang sedang reput bertungkus lumus memulihkan imej mereka di mata rakyat. Kemenangan di Galas tentunya masih menyuntik moral dan kita akan terpaksa menghadapi pilihanraya kecil lagi jika Zaid menang dan meletak jawatan... Sungguh Maha Bijaksana Allah merancang segala-galanya.

    4. Zaid juga dengan bangga mendakwa beliau layak meggantikan DSAI memimpin PKR. Hebat! Sedangkan masuknya Zaid dalam PKR, dek dihukum UMNO kerana rasuah politik. Kalau pemilihan dalaman sudah sukar menerima ketika di ambang kekalahan, macam mana nak jadi pemimpin utama. ( kenyataan awalnya ingin membantu dan mengukuhkan PKR juga tidak bercadang untuk meraih sebarang jawatan, jelas tidak selari dengan apa yang sedang dibuatnya sekarang)

    Sejarah politik, Zaid hebat juga. Beliau orang yang pernah menyaman hudud. Ah! Sebetulnya sukar mahu membaca siapa Zaid sebenarnya dan apakah tujuannya menyusup dalam PKR. Allahuakbar! Sesungguhnya apa yang tersembunyi di hati makhluk hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui.

    Kepada DSAI ini pengajaran yang sangat berguna. Sesungguhnya ubat memang pahit, tapi apabila sembuh dari penyakit, nikmat. Terpulang DSAI, kita di kem Pakatan rakyat tidak punya banyak masa untuk menghadapi PRU 13 dalam keadaan Dato Seri Najib senyum lebar melihat huru-hara pemilihan PKR. Lalu siapa pun yang bekasnya dari sana (UMNO) dan berada dalam PKR harus diawasi tanpa mengira agama, bangsa, pengalaman politiknya. Sekarang Zaid sudah membuka topeng di wajahnya... Jangan ada lagi selepas ini yang akan membuka topeng dan memperlihat wajah sebenar.........

    Wallahua’lam

    Sumber: Jemapohku.blogspot

    YB NURUL BENCI PENIPU, SAYA PUN MELUAT DENGAN PENIPU, TAPI SIAPA PENIPU ITU?

    Oleh: WFAUZDIN NS

    Dalam Rapat Umum Anak Muda yang dianjurkan oleh Chegubard di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur baru-baru ini.. YB Nurul Izzah berkata "Saya bukan benci Azmin, saya bukan benci Zaid, saya bukan benci Mustaffa, saya bukan benci Pak Lah, saya bukan benci Mahathir tetapi saya benci dengan PENIPUAN." (Petikan dari Anak Sungai Derhaka).

    Ya, semua orang benci penipuan termasuk orang yang kaki menipu. Cuba tanya Si Penipu, pastinya dia juga tidak suka ditipu. Saya amat setuju dengan kata-kata YB Nurul Izzah itu. Saya cuba dalami apa yang tersirat di sebalik kata-katanya. Apa yang beliau maksudkan dengan penipuan itu? Saya fikir tentulah penipuan yang beliau maksudkan itu adalah berkaitan proses pemilihan di dalam parti sekarang. Adakah beliau percaya adanya penipuan?

    Sekiranya ada, siapa pula yang menipu yang sudah tentunya YB Nurul Izzah akan benci malahan saya juga akan benci dan tuan-tuan semua pun pasti benci. Adakah Ketua Umum, ayahanda YB Nurul sendiri menipu? Atau Presiden iaitu bonda beliau kaki tipu? Mungkin juga Azmin dianggap menipu? Mustahilkah jika Zaid pun dikatakan menipu? Saya merasa lebih tepat jika ingin dilabelkan menipu tentulah JPP kerana badan ini yang mengendalikan proses pemilihan sekarang. Benarkah JPP menipu?

    Bagaimana untuk mengetahui seseorang itu menipu? Adakah kita boleh mengatakan seseorang yang bawa cerita kununnya pihak lain menipu sedangkan tiada bukti jelas dan nyata dibawanya, maka orang yang menuduh itu juga `penipu' besar? Bukankah menuduh orang lain tanpa bukti juga boleh dianggap menipu? YB Nurul juga tentu bersetuju jika saya katakan Saiful Bukhari banyak menipu untuk mengaibkan ayahnya. Jika YB Nurul setuju dengan pendapat saya, apakah asasnya beliau percaya? Tentulah kerana tiada bukti jelas dan nyata telah dibawa oleh Saiful, kecuali mungkin bukti-bukti yang direka. Saya bukan benci Saiful, tapi saya tidak suka penipuan apatah lagi fitnah.

    Dalam hal ini, hati saya lebih tergerak untuk mengatakan bahawa pihak yang menuduh JPP atau sesiapa sahaja menipu itu adalah `penipu' juga kerana seperti yang disahkan oleh Pengerusi JPP sendiri di hadapan Sdr Mustafa Kamil bahawa tiada bukti kukuh disertakan. JPP telah berjanji untuk menyiasat jika terdapat bukti dan setakat ini masih belum ditampilkan bukti. Maka, tentulah sehingga ini JPP tidak boleh dikaitkan dengan penipuan. Jadi, siapa penipu? Saya juga tidak anggap keputusan YB Nurul bertanding sebagai Naib Presiden PKR sebagai penipu walaupun sebelum ini beliau ada berkata tidak akan bertanding apa-apa jawatan tinggi dalam parti.

    Kesimpulannya, untuk mencari penipu tidak perlu bertanya kepada Si Penipu./wfauzdin.blogspot.com

    ISU MURTAD - ZUL KULIM SALAHKAN PKR DAN PAS PULA? KERAJAAN BN TIDAK SALAH

    Oleh: WFAUZDIN NS

    YB Zul Kulim `firaun besar' masih lagi belum sembuh dari penyakit `gila babi'nya. Sebelum ini beliau menuduh `PAS menghalalkan babi kepada anak-anak orang Islam', di mana isu ini mengakibatkan seorang MP dari PAS diperintah keluar Dewan Parlimen. Atas isu yang ada kaitan, kali ini Zul Kulim di dalam blognya cuba menuding jari kepada PAS dan PKR di dalam isu murtad.

    Petikan tulisan di dalam blog beliau berbunyi, "Kontroversi budak bernama Basil Anak Beginda membawa sosej babi di Sekolah St. Thomas baru-baru ini bertukar menjadi isu lebih besar apabila media melapurkan bapa budak tersebut, NOR AZMAN BIN ABDULLAH @ BEGINDA membuat pengakuan bahawa sebenarnya beliau sudah murtad daripada Islam!!!"

    Kemudiannya, beliau mengajukan persoalan berikut kepada PKR dan PAS;

    "Dari segi politik, saya mahu tahu:

    1. apakah pendirian kepimpinan dan ahli akar umbi PKR dengan status murtad Nor Azman Abdullah ini?; 2. apakah pendirian kepimpinan dan ahli PAS dengan murtadnya Nor Azman Abdullah ini; apakah mereka meredhoinya?"
    Persoalan bodoh Zul Kulim ini tidak perlu dijawab oleh sesiapa kerana beliau sendiri tahu jawapannya jika penyakit `gila babi'nya itu sudah pulih. Isu Murtad sudah lama diperjuangkan di dalam negara ini sehinggakan ada Ulamak yang di`gam' oleh kerajaan Umno/Bn kerana terlalu aktif berbicara tentang isu ini. Mengapa Murtad masih tidak dapat diatasi? Zul Kulim tahu jawapannya melainkan beliau telah lupa siapa yang bertanggungjawab setelah beliau `berbulan madu' bersama Najib di luar negara.

    Beliau sendiri dahulu terkenal dengan perjuangan untuk mengatasi masalah murtad ini, tetapi di mana suara itu sekarang? Jika dahulu suara beliaulah yang sering menyalahkan Kerajaan Pusat di atas kegagalan mengatasi isu ini, kini beliau menuding jari kepada PKR dan PAS untuk menjawab isu Murtad yang beliau sebutkan itu.

    Hasil daripada tulisan beliau di dalam blognya itu, maka sahih lagi nyata bahawa Zul Kulim kini tidak mampu lagi memperjuangkan isu Murtad kerana mendapat badi `berkawan' dengan Najib serta Rosmah. Apabila beliau tidak mampu, maka jalan paling mudah untuk mengampu Najib adalah dengan meletakkan tanggungjawab itu kepada PKR dan PAS. Lihat, inilah akibatnya bila kita berkawan dengan orang jahil, maka jahillah jadinya./wfauzdin.blogspot.com

    SYABAS MUSTAFA KAMIL, TINDAKAN BERANI, BIJAK DAN BERTANGGUNGJAWAB

    Oleh: WFAUZDIN NS

    SATU keputusan yang berani, bijak dan bertanggungjawab. Itulah yang boleh saya katakan apabila dimaklumkan bahawa Sdr Mustafa Kamil Ayub nekad untuk terus berjuang dan bertanding di dalam merebut kerusi Timbalan Presiden PKR. Saingannya kini hanyalah YB Azmin Ali setelah Dato Zaid Ibrahim `merajuk' keluar.

    Di dalam artikel saya sebelum ini, saya meluahkan rasa kebimbangan seandainya Sdr Mustafa Kamil tergamak `meruntuhkan rumah' yang dibina sekian lama oleh beliau bersama kesemua pejuang reformasi dengan `darah dan air mata' semata-mata mengikut langkah `orang baru' Zaid Ibrahim. Ternyata Sdr Mustafa Kamil masih waras dan beliau berani memperjudikan nasibnya sekarang bagi memartabatkan parti yang kita cintai ini. Sekurang-kurangnya harapan media pencacai untuk melihat PKR hancur di tangan orang lama seperti beliau tidak menjadi kenyataan.

    Pengorbanan Sdr Mustafa Kamil harus dibalas oleh parti dengan mengambil tindakan terhadap segala aduan dan tegurannya terhadap pemilihan kali ini. Sekira terbukti ada asas dan bukti yang nyata, tiada salahnya bahkan menjadi wajib bagi parti menangguhkan atau mengadakan pemilihan semula dengan memperbaiki semula segala kelemahan yang dikenal pasti. Semua ahli parti mesti diterangkan dengan jelas mengapa pemilihan perlu ditangguhkan, dibatalkan ataupun perlu diteruskan.

    Seandainya Dato Zaid dari awal lagi menarik diri, tentunya peluang lebih cerah buat Sdr Mustafa Kamil bagi merebut jawatan nombor dua ini. Apabila sekarang berada di penghujung pemilihan, mungkin peluang buat Sdr Mustafa Kamil agak tipis walaupun tidak mustahil. Namun, bagi saya yang lebih penting Sdr Mustafa Kamil sebenarnya telah `berjaya' di dalam satu dari perjuangannya iaitu berani menegur parti, berani berdepan dengan JPP bahkan bersemuka dengan Presiden Parti demi untuk menegakkan keadilan. Tentu jauh berbeza dari pemimpin yang berani di luar tidak berani berdepan dan bersemuka.

    Saya merasa lega dengan keputusan Sdr Mustafa Kamil ini. Sekurang-kurangnya bagi saya samada YB Azmin menang atau Sdr Mustafa Kamil yang menang, kedua-dua mereka adalah tokoh lama, teruji dan berwibawa untuk memimpin PKR. Mereka ini lah harapan kita di masa akan datang. Semoga tiada serangan peribadi di antara kedua-dua tokoh ini agar pemilihan kali Justify Fullini dapat diterima dengan hati terbuka. Syabas, Sdr Mustafa Kamil./wfauzdin.blogspot.com

    YB GOBALA KINI KEMBALI MENYOKONG AZMIN?

    Kemunculan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishan ketika sidang media di rumah Datuk Zaid Ibrahim beberapa minggu lalu waktu belum lagi beliau umum nak bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR…mencetuskan andaian beliaulah ‘Panglima Zaid’.

    Apa lagi lepas itu Gobala terang-terang menghentam Azmin Ali kerana mendakwa pernah panggilnya ‘pariah’ semasa satu mesyuarat PKR.

    Terbaru Selasa lalu beliau muncul seketika di rumah Zaid tetapi tidak menyertai sidang akhbar dimana bekas calon Timbalan Presiden PKR itu belasah sakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin. Namun, pagi Rabu ketika sekumpulan wartawan yang bertugas di Parlimen mahu mendapatkan komen Gobala berhubung kenyataan Zaid yang mahu Anwar dan Azmin berundur daripada PKR, beliau agak berat mulut mengulas. Dengan muka agak cemas beliau antara lain hanya kata tiada Anwar bermakna tidak ada PKR.

    Perubahan sikap Gobala yang tiba-tiba mempertahankan Anwar disedari beberapa orang wartawan termasuk Agendadaily. Kenapa Gobala tiba-tiba ‘korner baring’ daripada menyokong Zahid kepada tiba-tiba mempertahankan Anwar? Jawapannya, Gobala mungkin sudah tahu, karier politik Zaid diakhir hayat dalam PKR ekoran keputusan menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua itu bersama Azmin dan Mustafa Kamil Ayub.

    Cara terbaik, Gobala kena ‘rujuk’ semula dengan PKR dan Agendadaily difahamkan, beliau sudah berjumpa Azmin pada malam Rabu untuk berdamai. Pertemuan hampir 45 minit di tepi Lebuh raya Persekutuan menghala ke Klang itu berlaku selepas beliau menghubungi Azmin dan merayu untuk bertemu dengannya. Barangkali selepas pertemuan itu dan ‘mengakui kesilapannya menyokong Zaid’, Gobala keesokannya kembali memuja Anwar dengan kenyataan tanpa Anwar tiadalah PKR.

    Itu adalah sebahagian contoh bagaimana pemimpin PKR yang menyokong Zaid sebelum ini terpaksa berpatah ke belakang kerana bimbang kedudukan mereka dalam parti atau pilihan raya akan datang terjejas.

    Pada Khamis, Biro politik PKR telah menerima keputusan bekas pengerusi Wilayah Persekutuan, itu menarik diri daripada persaingan jawatan timbalan presiden. Maka dengan itu sahlah nama Zaid dikeluarkan dari senarai calon yang bertanding. Perkara itu disahkan oleh ketua jawatankuasa pemilihan pusat PKR, Dr Molly Cheah. Keputusan itu, terus bermakna Zaid kini hanya ahli biasa PKR dan sebagai ahli, siapa lagi mahu menyokong beliau.

    Apa yang tidak kurang menarik perhatian ialah Mustafa juga sudah menjelaskan pendirian agar orang tidak keliru tentang isu beliau mahu pemilihan dibatalkan dalam 48 jam masa cakap di sidang akhbafr bersama Zaid. Katanya Khamis,”saya ingin menyatakan bahawa sokongan penuh saya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden Keadilan tidak pernah berubah. "Pendirian tersebut memang sedia diakui oleh kebanyakan ahli parti berdasarkan rekod saya yang sentiasa konsisten mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang 12 tahun saya terlibat dalam perjuangan reformasi.

    Baca selebihnya di Agendadaily.com

    WALAUPUN DIKRITIK HEBAT, AZMIN TERUS MENDAPAT KEPERCAYAAN


    Berikut keputusan tidak rasmi mengikut cabang yang diperoleh setakat ini:

    Gua Musang Azmin (96), Mustaffa (7) (103 daripada kira-kira 2100 ahli keluar mengundi)
    Machang
    Azmin (43), Mustaffa (47) (91 daripada 1,512 ahli keluar mengundi)
    Kuala Krai
    Azmin (134), Mustaffa (27) (161 daripada 1,368 ahli keluar mengundi)
    Jerai Azmin (84), Mustaffa (6) (82 daripada lebih 800 ahli keluar mengundi)
    Sik
    Azmin (108), Mustaffa (7)
    Baling
    Azmin (82), Mustaffa (14)
    Jeli
    Azmin (49), Mustaffa (20)
    Padang Terap Azmin (37), Mustaffa (4)
    Sungai Petani Azmin (169), Mustaffa (22) (202 daripada 3,222 ahli keluar mengundi) Jerlun Azmin (24), Mustaffa (6) (30 daripada 303 ahli keluar mengundi)
    Pendang
    Azmin (100), Mustaffa (0) (100 daripada 535 ahli keluar mengundi)
    Merbok Azmin (256), Mustaffa (67)

    Sumber: Malaysiakini

    Jumaat, 12 November 2010

    YB NURUL BENCI PENIPU, SAYA PUN MELUAT DENGAN PENIPU, TAPI SIAPA PENIPU ITU?

    Oleh: WFAUZDIN NS

    Dalam Rapat Umum Anak Muda yang dianjurkan oleh Chegubard di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur baru-baru ini.. YB Nurul Izzah berkata "Saya bukan benci Azmin, saya bukan benci Zaid, saya bukan benci Mustaffa, saya bukan benci Pak Lah, saya bukan benci Mahathir tetapi saya benci dengan PENIPUAN." (Petikan dari Anak Sungai Derhaka).

    Ya, semua orang benci penipuan termasuk orang yang kaki menipu. Cuba tanya Si Penipu, pastinya dia juga tidak suka ditipu. Saya amat setuju dengan kata-kata YB Nurul Izzah itu. Saya cuba dalami apa yang tersirat di sebalik kata-katanya. Apa yang beliau maksudkan dengan penipuan itu? Saya fikir tentulah penipuan yang beliau maksudkan itu adalah berkaitan proses pemilihan di dalam parti sekarang. Adakah beliau percaya adanya penipuan?

    Sekiranya ada, siapa pula yang menipu yang sudah tentunya YB Nurul Izzah akan benci malahan saya juga akan benci dan tuan-tuan semua pun pasti benci. Adakah Ketua Umum, ayahanda YB Nurul sendiri menipu? Atau Presiden iaitu bonda beliau kaki tipu? Mungkin juga Azmin dianggap menipu? Mustahilkah jika Zaid pun dikatakan menipu? Saya merasa lebih tepat jika ingin dilabelkan menipu tentulah JPP kerana badan ini yang mengendalikan proses pemilihan sekarang. Benarkah JPP menipu?

    Bagaimana untuk mengetahui seseorang itu menipu? Adakah kita boleh mengatakan seseorang yang bawa cerita kununnya pihak lain menipu sedangkan tiada bukti jelas dan nyata dibawanya, maka orang yang menuduh itu juga `penipu' besar? Bukankah menuduh orang lain tanpa bukti juga boleh dianggap menipu? YB Nurul juga tentu bersetuju jika saya katakan Saiful Bukhari banyak menipu untuk mengaibkan ayahnya. Jika YB Nurul setuju dengan pendapat saya, apakah asasnya beliau percaya? Tentulah kerana tiada bukti jelas dan nyata telah dibawa oleh Saiful, kecuali mungkin bukti-bukti yang direka. Saya bukan benci Saiful, tapi saya tidak suka penipuan apatah lagi fitnah.

    Dalam hal ini, hati saya lebih tergerak untuk mengatakan bahawa pihak yang menuduh JPP atau sesiapa sahaja menipu itu adalah `penipu' juga kerana seperti yang disahkan oleh Pengerusi JPP sendiri di hadapan Sdr Mustafa Kamil bahawa tiada bukti kukuh disertakan. JPP telah berjanji untuk menyiasat jika terdapat bukti dan setakat ini masih belum ditampilkan bukti. Maka, tentulah sehingga ini JPP tidak boleh dikaitkan dengan penipuan. Jadi, siapa penipu? Saya juga tidak anggap keputusan YB Nurul bertanding sebagai Naib Presiden PKR sebagai penipu walaupun sebelum ini beliau ada berkata tidak akan bertanding apa-apa jawatan tinggi dalam parti.

    Kesimpulannya, untuk mencari penipu tidak perlu bertanya kepada Si Penipu./wfauzdin.blogspot.com

    ISU MURTAD - ZUL KULIM SALAHKAN PKR DAN PAS PULA? KERAJAAN BN TIDAK SALAH

    Oleh: WFAUZDIN NS

    YB Zul Kulim `firaun besar' masih lagi belum sembuh dari penyakit `gila babi'nya. Sebelum ini beliau menuduh `PAS menghalalkan babi kepada anak-anak orang Islam', di mana isu ini mengakibatkan seorang MP dari PAS diperintah keluar Dewan Parlimen. Atas isu yang ada kaitan, kali ini Zul Kulim di dalam blognya cuba menuding jari kepada PAS dan PKR di dalam isu murtad.

    Petikan tulisan di dalam blog beliau berbunyi, "Kontroversi budak bernama Basil Anak Beginda membawa sosej babi di Sekolah St. Thomas baru-baru ini bertukar menjadi isu lebih besar apabila media melapurkan bapa budak tersebut, NOR AZMAN BIN ABDULLAH @ BEGINDA membuat pengakuan bahawa sebenarnya beliau sudah murtad daripada Islam!!!"

    Kemudiannya, beliau mengajukan persoalan berikut kepada PKR dan PAS;

    "Dari segi politik, saya mahu tahu:

    1. apakah pendirian kepimpinan dan ahli akar umbi PKR dengan status murtad Nor Azman Abdullah ini?; 2. apakah pendirian kepimpinan dan ahli PAS dengan murtadnya Nor Azman Abdullah ini; apakah mereka meredhoinya?"
    Persoalan bodoh Zul Kulim ini tidak perlu dijawab oleh sesiapa kerana beliau sendiri tahu jawapannya jika penyakit `gila babi'nya itu sudah pulih. Isu Murtad sudah lama diperjuangkan di dalam negara ini sehinggakan ada Ulamak yang di`gam' oleh kerajaan Umno/Bn kerana terlalu aktif berbicara tentang isu ini. Mengapa Murtad masih tidak dapat diatasi? Zul Kulim tahu jawapannya melainkan beliau telah lupa siapa yang bertanggungjawab setelah beliau `berbulan madu' bersama Najib di luar negara.

    Beliau sendiri dahulu terkenal dengan perjuangan untuk mengatasi masalah murtad ini, tetapi di mana suara itu sekarang? Jika dahulu suara beliaulah yang sering menyalahkan Kerajaan Pusat di atas kegagalan mengatasi isu ini, kini beliau menuding jari kepada PKR dan PAS untuk menjawab isu Murtad yang beliau sebutkan itu.

    Hasil daripada tulisan beliau di dalam blognya itu, maka sahih lagi nyata bahawa Zul Kulim kini tidak mampu lagi memperjuangkan isu Murtad kerana mendapat badi `berkawan' dengan Najib serta Rosmah. Apabila beliau tidak mampu, maka jalan paling mudah untuk mengampu Najib adalah dengan meletakkan tanggungjawab itu kepada PKR dan PAS. Lihat, inilah akibatnya bila kita berkawan dengan orang jahil, maka jahillah jadinya./wfauzdin.blogspot.com

    SYABAS MUSTAFA KAMIL, TINDAKAN BERANI, BIJAK DAN BERTANGGUNGJAWAB

    Oleh: WFAUZDIN NS

    SATU keputusan yang berani, bijak dan bertanggungjawab. Itulah yang boleh saya katakan apabila dimaklumkan bahawa Sdr Mustafa Kamil Ayub nekad untuk terus berjuang dan bertanding di dalam merebut kerusi Timbalan Presiden PKR. Saingannya kini hanyalah YB Azmin Ali setelah Dato Zaid Ibrahim `merajuk' keluar.

    Di dalam artikel saya sebelum ini, saya meluahkan rasa kebimbangan seandainya Sdr Mustafa Kamil tergamak `meruntuhkan rumah' yang dibina sekian lama oleh beliau bersama kesemua pejuang reformasi dengan `darah dan air mata' semata-mata mengikut langkah `orang baru' Zaid Ibrahim. Ternyata Sdr Mustafa Kamil masih waras dan beliau berani memperjudikan nasibnya sekarang bagi memartabatkan parti yang kita cintai ini. Sekurang-kurangnya harapan media pencacai untuk melihat PKR hancur di tangan orang lama seperti beliau tidak menjadi kenyataan.

    Pengorbanan Sdr Mustafa Kamil harus dibalas oleh parti dengan mengambil tindakan terhadap segala aduan dan tegurannya terhadap pemilihan kali ini. Sekira terbukti ada asas dan bukti yang nyata, tiada salahnya bahkan menjadi wajib bagi parti menangguhkan atau mengadakan pemilihan semula dengan memperbaiki semula segala kelemahan yang dikenal pasti. Semua ahli parti mesti diterangkan dengan jelas mengapa pemilihan perlu ditangguhkan, dibatalkan ataupun perlu diteruskan.

    Seandainya Dato Zaid dari awal lagi menarik diri, tentunya peluang lebih cerah buat Sdr Mustafa Kamil bagi merebut jawatan nombor dua ini. Apabila sekarang berada di penghujung pemilihan, mungkin peluang buat Sdr Mustafa Kamil agak tipis walaupun tidak mustahil. Namun, bagi saya yang lebih penting Sdr Mustafa Kamil sebenarnya telah `berjaya' di dalam satu dari perjuangannya iaitu berani menegur parti, berani berdepan dengan JPP bahkan bersemuka dengan Presiden Parti demi untuk menegakkan keadilan. Tentu jauh berbeza dari pemimpin yang berani di luar tidak berani berdepan dan bersemuka.

    Saya merasa lega dengan keputusan Sdr Mustafa Kamil ini. Sekurang-kurangnya bagi saya samada YB Azmin menang atau Sdr Mustafa Kamil yang menang, kedua-dua mereka adalah tokoh lama, teruji dan berwibawa untuk memimpin PKR. Mereka ini lah harapan kita di masa akan datang. Semoga tiada serangan peribadi di antara kedua-dua tokoh ini agar pemilihan kali Justify Fullini dapat diterima dengan hati terbuka. Syabas, Sdr Mustafa Kamil./wfauzdin.blogspot.com

    CHEGU BARD PECAH PERUT DENGAN SMS INI !!


    Oleh: WFAUZDIN NS

    FITNAH terhadap Chegu Bard masih berjalan walaupun di hujung saingan. Ada SMS berbunyi "Tolong kempen Shamsul, Ketua AMK dan Jonah, Timb Ketua AMK. Jika Chegu Bard menang anasir Zaid akan menular dalam parti". Maka, Chegu Bard pun ketawa, kah...kah...kah...! apabila diforwardkan mesej tersebut.

    Alahai, betapa punya bankrup idea puak-puak ni. Saya tidak percaya ini angkara Sdr Shamsul atau atas arahannya. Mungkin ini kerja puak-puak yang terlalu taksub menyokong beliau atau dari mana-mana pihak yang sengaja mahu mengambil kesempatan di atas apa yang terjadi kepada Dato Zaid. Tidak mustahil juga dari golongan yang ingin melaga-lagakan Chegu Bard dengan Sdr Shamsul.

    Apa pun saya simpati dengan nasib yang menimpa Chegu Bard. Beliau sejak dari awal lagi sebelum mengistiharkan diri untuk bertanding sudah ada cerita-cerita buruk tentangnya. Cerita kununnya beliau pasti menang semata-mata beliau ada hubungan kekeluargaan dengan DS Anwar. Termasuk juga cerita tentang Chegu Bard mendapat wang jutaan ringgit ditaja oleh tokoh tertentu untuk menarik kempen dari AMK menyokong tokoh berkenaan.

    Dan, banyak lagi cerita-cerita fitnah tentang Chegu Bard yang anda boleh baca di blog beliau atau di Sharp shooter.blogspot. Pada saya samada Chegu Bard berada di kem Zaid ataupun Azmin mahupun berada di tengah-tengah, ketokohan Chegu Bard amat saya kagumi dan wajar beliau diberi peluang untuk memimpin AMK.

    Justeru itu, marilah kita bersama mengangkat anak muda ini ke persada yang lebih tinggi di dalam parti. Saya yakin dengan Chegu Bard sekiranya beliau menjadi Ketua AMK, sudah pasti keraguan beberapa pihak terhadap Azmin yang mungkin ditabalkan menjadi Timbalan Presiden PKR akan berakhir. Ini adalah kerana keberanian Chegu Bard mampu mengawal peri laku pemimpin atasan di dalam parti disebabkan tiada sikap `ampu sana sini' di dalam perjuangan beliau. Sebab itulah, Umno amat bimbang jika Azmin memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno manakala Chegu Bard pula menjadi Ketua AMK. /wfauzdin.blogspot.com

    ZAID SEDANG `BERUSAHA' UNTUK DIPECAT, PKR PERLU TUNAIKAN HAJAT BELIAU

    Oleh: WFAUZDIN NS

    SATU berita yang baik bagi saya apabila dimaklumkan bahawa Dato Zaid kemungkinan besar akan menubuhkan parti baru sekiranya beliau dipecat dari PKR. Itulah harapan yang amat dinantikan kerana dengan parti baru itu nanti Zaid tidak perlu bertanding atau bersaing dengan sesiapa untuk menjadi Ketua. Malang sedikit apabila beliau berkata SEKIRANYA parti pecat beliau. Ertinya apa? Ertinya mungkin beliau kini sedang berusaha sedaya upaya untuk dipecat.

    Menurut maklumat , di dalam perjumpaan beliau dengan para penyokongnya di Kedah semalam yang dihadiri lebih kurang 100 orang, beliau telah cuba membayangkan keinginannya itu. Cubaan yang bagus dari Zaid untuk `pancing' atau uji sokongan orang ramai seandainya beliau menubuhkan parti barunya.

    Cuma, saya tidak berapa seronok dengar dari maklumat tersebut parti barunya itu mungkin akan menggunakan perkataan `Keadilan' juga. Ada yang kata mungkin namanya `Keadilan Baru'. Macam Umno dulu lah juga bila diharamkan maka wujud `Umno (Baru)'. saya harap maklumat itu tidak tepat, masakan Zaid masih `ada hati' atau kepingin lagi mahu gunakan nama `Keadilan' jika beliau tubuhkan parti baru. Adakah mahu `tumpang berkat'?

    Tidak kisahlah apa pun nama parti barunya nanti. Apa yang penting, ramai yang sudah kenal Zaid. Masalahnya nanti, apakah parti barunya itu akan menjadi komponen baru di dalam Bn atau berhajat bersama PR? Atau bukan kedua-duanya? Tentu ramai `tokoh-tokoh wibawa' berminat untuk menyertai parti barunya nanti. Mungkin Zul Kulim, Zahrain dan beberapa lagi spesis katak berminat untuk bersama beliau.

    Mudah-mudahan PKR dapat menunaikan hajat Zaid untuk beliau tubuhkan parti barunya. Kesihan juga lihat beberapa ekor katak tu yang masih tidak berparti umpama `roh tidak bertuan'. Sebab itulah roh ini berkeliaran mengganggu di sana sini. /wfauzdin.blogspot.com

    KRISIS PKR - PAS YAKIN DENGAN KEPIMPINAN PKR

    Mahfuz Optimis PKR Selesai Masalah
    11/11/2010


    KUALA LUMPUR 11 NOV: Datuk Mahfuz Omar optimis kebijaksanaan kepimpinan PKR mampu menyelesaikan percanggahan pendapat bekas calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan penarikan diri dalam pemilihan parti itu, Isnin lalu.

    Justeru beliau percaya pergolakan tidak dapat dikecualikan dalam semua parti politik termasuk Umno.

    "Saya percaya kepimpinan PKR mempunyai ketajaman pemikiran dan kebijaksanaan untuk mengatasi perkara itu pada kadar segera. Saya menghormati soal rumahtangga mereka dan saya ada kepercayaan dan meyakini kepimpinan yang ada pada PKR," ujar Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

    Isnin lalu, Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan penarikan diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR termasuk melepaskan semua jawatan yang disandang beliau dalam parti itu.

    Pengumuman tersebut dibuat beliau atas alasan berlaku ketidaktelusan dalam proses mengundi parti itu seraya menunding jari terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

    Disamping itu, beliau percaya Umno-Barisan Nasional akan terus berada dalam percaturan konflik dalaman sekiranya Presiden Datuk Seri Najib Razak terus menerajui parti itu.

    Mahfuz yang ditemui media menyifatkan peranan Tengku Razaleigh Hamzah dalam Umno memberi impak lebih besar berbanding Najib justeru menyarankan agar Ku Li tidak diberi ruang mengorak langkah dalam politik Umno.

    "Saya mohon ahli Umno jangan bawa Ku Li balik ke arus perdana. Kekalkan Datuk Najib kerana dia akan menambahkan konflik kepada kemelut Umno sendiri," jelas beliau di lobi parlimen.

    Beliau bagaimana pun akur dengan ketokohan yang ada pada Ku Li membawa keyakinan semua kaum termasuk Orang Asal di Galas./TVNews

    MARUAH PKR DALAM TONG NAJIS? SIAPA DIGELAR `TONG NAJIS' ITU?

    Oleh: Mandor

    SYABAS, PKR telah membuat satu keputusan yang bijak setakat ini. Pemilihan di dalam PKR tetap diteruskan memandangkan sehingga kini tiada bukti yang dapat dibawa ke muka JPP. Difahamkan semalam Sdr Mustafa Kamil telah bertemu dengan Pengerusi JPP beserta Presiden PKR selama lebih kurang sejam bagi membincangkan isu penangguhan ini.

    Keputusan parti adalah terpaksa meneruskan pemilihan kerana segala dakwaan mestilah mempunyai asas dan bukti yang kukuh, bukan semata-mata dakwaan atau `berita tong sampah'. Jika parti menurut kehendak mereka yang mendakwa tanpa bukti, sampai bila-bila pun parti ini tidak boleh melaksanakan pemilihan muktamad. Sesiapa akan tampil mendakwa pemilihan tidak adil dan sebagainya.

    Walau bagaimanapun, Parti telah memberikan ruang juga untuk mereka yang mendakwa pemilihan kali ini tercemar dengan memberikan mereka masa untuk mengumpul bukti atas segala dakwaan mereka. Itulah bezanya PKR dengan Umno. Namun, untuk memuaskan hati semua tentulah mustahil. Parti hendaklah melakukannya dengan sebaik mungkin secara telus.

    Ada pihak yang mendakwa sekiranya PKR meneruskan juga pemilihan ini, ia bererti parti telah meletakkan maruahnya ke dalam tong najis. Saya tidak tahu di mana beliau mendapat idea sedemikian, mungkin kerana `tong najis' telah pun berada hampir dengan PKR sekarang ini. Siapa yang membawa `tong najis' tersebut jika bukan mereka yang memburukkan parti, menuduh parti tanpa bukti atau yang gila kuasa tetapi takut tewas. Itulah orangnya yang mencemarkan parti dan dialah yang digelar `tong najis' itu. Adakah kita ingin masuk ke dalam `tong najis' tersebut. Oh, tidak./mandor.blogspot.com

    GEMPAR - ZUL KULIM KOSONGKAN KERUSI DAN ZAID WAKILI DIRINYA BERTANDING DI SITU ?

    Oleh: WFAUZDIN NS

    LAGI sekali penyakit `gila babi' Zul Kulim menyerang. Kali ini dia meroyan cabar DS Anwar lawan Zaid bagi jawatan Presiden PKR. Sebelum kita ulas panjang, mahu tanya `firaun besar' Kulim ini berani ke dia kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru dan dia pilih seseorang atau letak Zaid bertanding bagi pihaknya, kita tengok apa keputusannya. Agak-agak berani ke Zul Kulim ini buat?

    Jika Zul Kulim berani, itu bukan Zul Kulim namanya. Zul Kulim terkenal dengan sikap pengecutnya, beliau hanya berani terhegeh-hegeh depan TV dan media pencacai sahaja. Bila YB Khalid Samad, MP Shah Alam dari PAS cabar beliau berdebat tentang isu Kalimah Allah, `Ustaz' kaki temberang ini terus jadi bisu.

    Tentang cabaran Zul Kulim kepada DS Anwar agar menentang Zaid Ibrahim sebagai Presiden PKR, itu hanya cabaran bodoh dari Zul Kulim. Jika adanya pertandingan sekali pun, sudah pasti akan timbul dakwaan dari Zaid bahawa pemilihan itu tidak adil sepertimana yang beliau dakwa sekarang apabila tertinggal jauh oleh Azmin. Itu baru Azmin, budak yang Zaid kata perlu belajar banyak lagi.

    Jadi untuk lebih lojik, kita cabar Zul Kulim kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru dan letakkan Zaid sebagai `lambang' dirinya. PKR akan letakkan calon di situ dan kita lihat siapa yang menang. Berani ke Zul? Biar saya jawab dulu, mampus Zul tidak akan berani.../wfauzdin.blogspot.com

    TIADA BUKTI ITU MASALAHNYA - JPP

    Dakwaan Mustaffa Tidak Ada Bukti - JPP
    11/11/2010


    SHAH ALAM 11 NOV : Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, belum menerima bukti nyata dari calon Timbalan Presiden, Mustaffa Kamil Ayub dan 24 cabang yang mahukan pemilihan ditangguhkan kerana mendakwa wujud pelbagai kepincangan.

    Pentadbir Pemilihan PKR, Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin berkata, pihaknya bersedia melakukan siasatan sekiranya dakwaan itu disertai fakta tepat dan didokong dengan bukti kukuh.

    " Maknanya (jelas), janganlah sebarang aduan dibuat secara melulu (sweeping). Sebagai contoh dakwaan pengawas tidak berlaku adil haruslah beserta dengan data yang spesifik. Di mana,apa yang berlaku, cabang mana dan bila. (Kalau tidak) kita pun tidak dapat ambil tindakan," kata Raden kepada Tv Selangor.

    Beliau berkata 24 cabang yang mahukan pemilihan dibatalkan tidak mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong desakan mereka bagi membolehkan ibu pejabat PKR melakukan siasatan.

    " Ini masalahnya... bila mereka kata selesaikan dahulu (kepincangan pemilihan), (soalnya) selesaikan apa?," kata Raden.

    Raden percaya tindakan 24 cabang yang meminta pemilihan PKR ditangguhkan sementara menyiasat masalah yang timbul, mungkin terkesan dengan tindakan Datuk Zaid Ibrahim menarik diri dari saingan untuk Timbalan Presiden.

    " Saya rasa 24 cabang ini lebih cenderung atau simpati kepada Datuk Zaid dan ia agak mudah untuk difahami," tambah Raden.

    Raden berkata 24 cabang itu seharusnya menjejaki langkah Datuk Zaid apabila meminta parti memperbaiki sistem pemilihan sebelum beliau menerima pencalonan sebagai Timbalan Presiden.

    "Contohnya Datuk Zaid hantar surat, cadangkan tujuh perkara sebelum pemilihan. Beliau berkata kalau tujuh perkara ini dibuat, barulah beliau akan memutuskan sama ada menerima pencalonan atau tidak. Enam daripada tujuh cadangan itu parti laksanakan. Kita berikan kredit pada dia lah. Dia cadang tujuh kita terima
    enam," kata Raden.

    " Datuk Zaid lebih spesifik dan Mustaffa Kamil Ayub, tidak. Begitu juga dengan 24 cabang itu," kata Raden lagi.

    Raden juga berkata pihaknya akan bersikap proaktif terhadap enam resolusi yang diluluskan bersabit pemilihan parti oleh Rapat Anak Muda semalam yang dianjurkan oleh calon ketua angkatan muda keadilan, Badrul Hisham Shaharin.

    Difahamkan, resolusi yang mengandungi cadangan untuk penambahbaikan parti diserahkan kepada presiden dan majlis pimpinan pusat pada hari ini.

    Raden berkata cadangan-cadangan yang spesifik dalam resolusi itu akan diberi pertimbangan yang wajar kerana sebarang cadangan untuk penambahbaikan, pastinya akan dialu-alukan oleh parti.
    .
    " Tapi tentang 6 resolusi itu saya masih belum melihatnya. Saya tidak tahu butiran yang cuba diketengahkan oleh kumpulan Chegubard (Badrul Hisham)," kata beliau./TVNews

    CHEGU BARD PECAH PERUT DENGAN SMS INI !!


    Oleh: WFAUZDIN NS

    FITNAH terhadap Chegu Bard masih berjalan walaupun di hujung saingan. Ada SMS berbunyi "Tolong kempen Shamsul, Ketua AMK dan Jonah, Timb Ketua AMK. Jika Chegu Bard menang anasir Zaid akan menular dalam parti". Maka, Chegu Bard pun ketawa, kah...kah...kah...! apabila diforwardkan mesej tersebut.

    Alahai, betapa punya bankrup idea puak-puak ni. Saya tidak percaya ini angkara Sdr Shamsul atau atas arahannya. Mungkin ini kerja puak-puak yang terlalu taksub menyokong beliau atau dari mana-mana pihak yang sengaja mahu mengambil kesempatan di atas apa yang terjadi kepada Dato Zaid. Tidak mustahil juga dari golongan yang ingin melaga-lagakan Chegu Bard dengan Sdr Shamsul.

    Apa pun saya simpati dengan nasib yang menimpa Chegu Bard. Beliau sejak dari awal lagi sebelum mengistiharkan diri untuk bertanding sudah ada cerita-cerita buruk tentangnya. Cerita kununnya beliau pasti menang semata-mata beliau ada hubungan kekeluargaan dengan DS Anwar. Termasuk juga cerita tentang Chegu Bard mendapat wang jutaan ringgit ditaja oleh tokoh tertentu untuk menarik kempen dari AMK menyokong tokoh berkenaan.

    Dan, banyak lagi cerita-cerita fitnah tentang Chegu Bard yang anda boleh baca di blog beliau atau di Sharp shooter.blogspot. Pada saya samada Chegu Bard berada di kem Zaid ataupun Azmin mahupun berada di tengah-tengah, ketokohan Chegu Bard amat saya kagumi dan wajar beliau diberi peluang untuk memimpin AMK.

    Justeru itu, marilah kita bersama mengangkat anak muda ini ke persada yang lebih tinggi di dalam parti. Saya yakin dengan Chegu Bard sekiranya beliau menjadi Ketua AMK, sudah pasti keraguan beberapa pihak terhadap Azmin yang mungkin ditabalkan menjadi Timbalan Presiden PKR akan berakhir. Ini adalah kerana keberanian Chegu Bard mampu mengawal peri laku pemimpin atasan di dalam parti disebabkan tiada sikap `ampu sana sini' di dalam perjuangan beliau. Sebab itulah, Umno amat bimbang jika Azmin memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno manakala Chegu Bard pula menjadi Ketua AMK. /wfauzdin.blogspot.com

    ZAID SEDANG `BERUSAHA' UNTUK DIPECAT, PKR PERLU TUNAIKAN HAJAT BELIAU

    Oleh: WFAUZDIN NS

    SATU berita yang baik bagi saya apabila dimaklumkan bahawa Dato Zaid kemungkinan besar akan menubuhkan parti baru sekiranya beliau dipecat dari PKR. Itulah harapan yang amat dinantikan kerana dengan parti baru itu nanti Zaid tidak perlu bertanding atau bersaing dengan sesiapa untuk menjadi Ketua. Malang sedikit apabila beliau berkata SEKIRANYA parti pecat beliau. Ertinya apa? Ertinya mungkin beliau kini sedang berusaha sedaya upaya untuk dipecat.

    Menurut maklumat , di dalam perjumpaan beliau dengan para penyokongnya di Kedah semalam yang dihadiri lebih kurang 100 orang, beliau telah cuba membayangkan keinginannya itu. Cubaan yang bagus dari Zaid untuk `pancing' atau uji sokongan orang ramai seandainya beliau menubuhkan parti barunya.

    Cuma, saya tidak berapa seronok dengar dari maklumat tersebut parti barunya itu mungkin akan menggunakan perkataan `Keadilan' juga. Ada yang kata mungkin namanya `Keadilan Baru'. Macam Umno dulu lah juga bila diharamkan maka wujud `Umno (Baru)'. saya harap maklumat itu tidak tepat, masakan Zaid masih `ada hati' atau kepingin lagi mahu gunakan nama `Keadilan' jika beliau tubuhkan parti baru. Adakah mahu `tumpang berkat'?

    Tidak kisahlah apa pun nama parti barunya nanti. Apa yang penting, ramai yang sudah kenal Zaid. Masalahnya nanti, apakah parti barunya itu akan menjadi komponen baru di dalam Bn atau berhajat bersama PR? Atau bukan kedua-duanya? Tentu ramai `tokoh-tokoh wibawa' berminat untuk menyertai parti barunya nanti. Mungkin Zul Kulim, Zahrain dan beberapa lagi spesis katak berminat untuk bersama beliau.

    Mudah-mudahan PKR dapat menunaikan hajat Zaid untuk beliau tubuhkan parti barunya. Kesihan juga lihat beberapa ekor katak tu yang masih tidak berparti umpama `roh tidak bertuan'. Sebab itulah roh ini berkeliaran mengganggu di sana sini. /wfauzdin.blogspot.com

    Khamis, 11 November 2010

    CALON TIMB PRES PKR - HARAPAN ZAID DIKABULKAN, NAMA BELIAU DIGUGURKAN

    PKR terima penarikan diri Zaid
    Regina Lee
    Nov 11, 10


    Biro politik PKR telah menerima keputusan bekas pengerusi Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim untuk menarik diri daripada persaingan jawatan timbalan presiden.

    Ini bermakna nama beliau akan dikeluarkan dari kertas undian yang akan digunakan dalam proses pengundian hujung minggu ini dan minggu depan.

    Perkara itu disahkan oleh ketua jawatankuasa pemilihan pusat PKR, Dr
    Molly Cheah.

    "Saya percaya keputusan telah dibuat (oleh biro politik). Tapi bagaimanapun, jika seseorang menarik diri, kita terpaksa menerimanya.

    "Oleh itu, kami tidak akan mencetak lagi kertas undian yang mengandungi namanya," katanya.
    Isnin lalu, Zaid mengumumkan menarik diri daripada persaingan jawatan timbalan presiden melalui blognya.

    Bagaimanapun, kesahihan pengumumannya itu menjadi tandatanya apabila setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata Zaid belum menyerahkan surat rasmi mengenainya kepada ibupejabat parti.

    Zaid bagaimanapun berkata tidak perlu baginya menghantar surat rasmi mengenai perkara itu kerana niatnya sudah jelas.

    Sementara itu, Molly menolak gesaan supaya pemilihan parti digantung ekoran dakwaan berlakunya penyelewengan dan penipuan./Malaysiakini

    MUSTAFA TIDAK MAHU ANWAR BERUNDUR, AKHBAR BAKAL DISAMAN

    Sokongan penuh saya kepada Anwar - Mustaffa Kamil
    Sokongan penuh saya kepada Anwar - Mustaffa Kamil
    Harakahdaily

    KUALA LUMPUR, 11 Nov: Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub menegaskan sokongan penuh beliau kepada Datuk Seri Anwar dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak pernah berubah.

    Sehubungan itu, beliau membantah dan menafikan laporan akhbar Berita Harian semalam yang menyiarkan caption tertulis “Mustaffa Kamil (kiri) dan Zaid menunjukkan memorandum mendesak Anwar dan Mohamed Azmin supaya berundur pada sidang media di kediaman Zaid di Kuala Lumpur, semalam”.

    "Saya membantah sekeras-kerasnya laporan yang salah di dalam caption gambar tersebut kerana memorandum yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut bukan sama sekali untuk mendesak Dato’ Seri Anwar dan Sdr Azmin berundur," kata Mustaffa Kamil calon timbalan presiden PKR dalam kenyataan medianya hari ini.

    Menurutnya, memorandum itu adalah untuk meminta pembatalan dan penjalanan semula Pemilihan Kepimpinan KEADILAN 2010 dan kandungannya diketahui oleh Dato’ Seri Anwar dan Dato’ Seri Dr Wan Azizah.

    "Sidang media memaklumkan penyerahan memorandum mengenai JPP dihadiri oleh Datuk Zaid Ibrahim dan setelah selesai, saya meninggalkan sidang, yang kemudian diteruskan oleh Datuk Zaid Ibrahim tanpa kehadiran saya," katanya.

    Bagi Mustaffa, sokongan penuh beliau kepada Anwar tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak dan sedia diakui oleh kebanyakan ahli-ahli parti berdasarkan rekod beliau yang sentiasa konsisten mempertahankan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sepanjang 12 tahun beliau terlibat dalam perjuangan reformasi.

    "Saya percaya bahawa PKR, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia seluruhnya amat memerlukan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tokoh pembaharuan yang mampu membawa perubahan besar kepada negara," katanya.

    Menurutnya, memorandum yang dihantar dua hari yang lalu adalah berdasarkan rintihan suara akar umbi yang terbabit dengan proses pemilihan parti 2010 dan memfokuskan kepada masalah dan kepincangan di sekitar perjalanan Pemilihan Kepimpinan 2010 yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

    "Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah telah menyambut baik dan akan mempertimbangkan kandungan memorandum tersebut berdasarkan jaminan yang saya terima dalam pertemuan saya dengan kedua-dua pemimpin tersebut pada hari yang sama," katanya.

    Sehubungan itu, beliau memberi amaran agar jangan ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyelewengkan fakta dan menabur fitnah dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti Anwar, beliau sendiri dan pemimpin-pemimpin parti yang lain.

    "Saya dengan ini menuntut supaya Berita Harian memohon maaf secara terbuka dan membuat pembetulan atas laporan tersebut dalam tempoh 24 jam. Sekiranya pihak berkenaan gagal berbuat demikian, saya terpaksa mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menegakkan kebenaran," katanya.

    GEMPAR - ZUL KULIM KOSONGKAN KERUSI DAN ZAID WAKILI DIRINYA BERTANDING DI SITU ?

    LAGI sekali penyakit `gila babi' Zul Kulim menyerang. Kali ini dia meroyan cabar DS Anwar lawan Zaid bagi jawatan Presiden PKR. Sebelum kita ulas panjang, mahu tanya `firaun besar' Kulim ini berani ke dia kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru dan dia pilih seseorang atau letak Zaid bertanding bagi pihaknya, kita tengok apa keputusannya. Agak-agak berani ke Zul Kulim ini buat?

    Jika Zul Kulim berani, itu bukan Zul Kulim namanya. Zul Kulim terkenal dengan sikap pengecutnya, beliau hanya berani terhegeh-hegeh depan TV dan media pencacai sahaja. Bila YB Khalid Samad, MP Shah Alam dari PAS cabar beliau berdebat tentang isu Kalimah Allah, `Ustaz' kaki temberang ini terus jadi bisu.

    Tentang cabaran Zul Kulim kepada DS Anwar agar menentang Zaid Ibrahim sebagai Presiden PKR, itu hanya cabaran bodoh dari Zul Kulim. Jika adanya pertandingan sekali pun, sudah pasti akan timbul dakwaan dari Zaid bahawa pemilihan itu tidak adil sepertimana yang beliau dakwa sekarang apabila tertinggal jauh oleh Azmin. Itu baru Azmin, budak yang Zaid kata perlu belajar banyak lagi.

    Jadi untuk lebih lojik, kita cabar Zul Kulim kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru dan letakkan Zaid sebagai `lambang' dirinya. PKR akan letakkan calon di situ dan kita lihat siapa yang menang. Berani ke Zul? Biar saya jawab dulu, mampus Zul tidak akan berani.../wfauzdin.blogspot.com

    ORANG `GILA BABI' TUDUH PAS HALALKAN MAKAN BABI

    Oleh: WFAUZDIN NS

    MEMANG sah MP Kulim Bandar Baru yang dikenali sebagai YB Zul @ Firaun Besar kini dijangkiti penyakit `gila babi'. Semalam di Parlimen, penyakit itu datang menyerangnya. Mangsa akibat serangan penyakit gila babi yang dibawa oleh Zul firaun adalah MP dari PAS. Gara-gara menegur sikap si penyakit gila babi yang membangkitkan isu 'sosej babi', Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS- Kuala Selangor) dihalau keluar dewan.

    Insiden bermula apabila Zulkifli membangkitkan isu seorang pelajar membawa sosej babi yang dimasak oleh ibunya, ke sekolah dalam satu kes yang berlaku di Kuching. Isu tersebut semalam dibangkitkan Chong Chieng Jen (DAP-Kuching). Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat kemudiannya membantah dengan mendakwa tidak wajar ruang perbahasan bajet Jabatan Perdana Menteri diguna membangkitkan isu agama yang boleh mencetuskan ketegangan.

    Lantaran itu, Zulkifli yang juga bekas ahli PKR, kemudian menanyakan pendirian PAS berhubung perkara itu lalu menuduh PAS berdiam diri dalam isu tersebut dan mendakwa parti itu menghalalkan orang Islam makan babi.

    Lihatlah betapa penyakit gila babi Zul Kulim ini bertambah kronik semenjak ditendang keluar oleh PKR. Malang sungguh pengundi-pengundi di Kulim Bandar Baru mempunyai Wakil Rakyat yang berpenyakit seperti ini. Tetapi mahu buat macam mana, pengundi-pengundi tidak redha beliau jadi Wakil Rakyat pun firaun besar ini bukan tahu malu. Sayang mahu tinggalkan gaji dan elaun Wakil Rakyat, mahu jadi Peguam pun siapa mahu lantik peguam bodoh jadi peguam?

    Penyakitnya tidak berhenti di dalam Parlimen sahaja. Di luar Parlimen, penyakitnya masih menyerang. Secara tiba-tiba beliau menyuruh DS Anwar pergi menunaikan Haji ke Mekah dan bertaubat. Firaun besar ini tidak tahu bahawa setiap orang Islam memang disuruh bertaubat setiap hari walau di mana sahaja. Lebih-lebih lagi orang yang kuat menipu seperti Zul Kulim ini. Beliau pun mengaku sepanjang berada di dalam PKR beliau selalu `kelentong' orang. Kita lihat beliau lebih kuat `kelentong' apabila berada di luar PKR.

    Beliau sepatutnya sedar diri bahawa kerusi yang beliau duduki di dalam Parlimen itu tidak diredhai oleh pengundi-pengundinya. Kalau Imam sembahyang yang Makmum tidak redha, apa hukumnya? Melainkan Imam itu muka tebal atau jahil terlebih bodoh.

    Hakikatnya, beliau merasa terpinggir semenjak diterajang keluar dari PKR. Harapkan PAS mahu pelihara firaun besar ini, lebih baik PAS jaga orang-orang Asli di Gua Musang. Sekarang menunggu kalau-kalau Umno mahu tawarkan dia apa-apa yang patut asalkan boleh kasi makan anak bini dia.

    Zul Kulim ini hanya berani menyalak di dalam dewan sahaja. Apabila dicabar berdebat oleh YB Khalid Samad, MP Shah Alam dari PAS kecut perut langsung tidak berbunyi. Tetapi di dalam media atau TV3 pencacai, suara dia mengalahkan suara dajal. Kita lihat nanti rakyat di Kulim Bandar Baru akan kuburkan firaun besar ini tanpa nesan./wfauzdin.blogspot.com

    PENANGGUHAN PEMILIHAN PKR - 24 CABANG SUARA AKAR UMBI TETAPI BUKAN WAKILI MAJORITI AKAR UMBI

    Oleh: WFAUZDIN NS

    DIBERITAKAN ada 24 Cabang PKR mahukan pemilihan PKR ditangguhkan berikutan perkembangan semasa yang menyaksikan Zaid Ibrahim menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan juga `ugutan' daripada `orang lama' PKR iaitu Sdr Mustafa Kamil Ayub. Tempoh 48 jam hampir sampai dan perkembangan setakat ini menunjukkan parti tidak mungkin `melutut' dengan `ugutan' seperti itu.

    Menurut maklumat, Cabang-Cabang yang dikatakan mahu penangguhan dilaksanakan itu adalah Putrajaya, Teluk Intan, Temerloh, Petaling Jaya Utara, Sembrong, Kuala Pilah, Paya Besar, Bagan Datoh, Bentong, Keningau, Tanjung Malim, Ipoh Barat, Tampin, Rompin, Pensiangan, Sungai Siput, Maran, Tambun, Jerantut, Bagan Serai, Tapah, Kuala Kangsar, Kota Kinabalu dan Seremban.

    Dari semakan, kebanyakan Cabang-Cabang yang tersenarai di atas adalah daripada Cabang yang menyokong Zaid Ibrahim atau pun Sdr Mustafa Kamil. Jika tidak silap saya hanya Bentong yang menyokong Azmin di dalam senarai tersebut. PKR mempunyai lebih kurang 200 Cabang, dan kehendak 24 Cabang ini mungkin boleh dipertimbangkan jika mempunyai asas yang kukuh. 24 Cabang ini memang suara akar umbi, tetapi tidak melambangkan suara majoriti akar umbi. Justeru itu, setakat ini majoriti akar umbi tidak menunjukkan minat untuk menangguhkan pemilihan yang sedang berlangsung sekarang.

    Asas untuk parti bagi menangguhkan atau membatalkan pemilihan yang sedang berlangsung ini perlulah ada. Jika dapat dibuktikan adanya salah laku yang melanggar etika pemilihan atau kempen, maka wajar dibuat seperti yang mereka kehendaki. Tetapi jika sekadar hiruk pikuk di luar sana tanpa ada asas yang kukuh, maka tidak perlu parti membuang masa, tenaga dan wang ringgit untuk melayani perkara yang tidak berasas./wfauzdin.blogspot.com

    `ASAL BUKAN AZMIN' JUAL NAMA PRESIDEN DAN ANAK PRESIDEN PKR ?

    Oleh: WFAUZDIN NS

    ADA kempen yang telah lama digunakan sepanjang pemilihan PKR kali ini menggunakan slogan ABA (Asal Bukan Azmin). Kempen ini kita lihat agresif melalui blog-blog dan dibantu sedikit sebanyak oleh media pencacai milik Umno. Biasalah, jika media Umno sudah `berminat' dengan sesuatu yang kita lakukan, hati-hatilah. Hakikatnya jelas, mereka (media Umno) amat bimbang dengan Azmin jika beliau ditakdirkan menang jawatan Timbalan Presiden PKR.

    Seperti kata seorang rakan Si Penarik Beca, beliau sememangnya penyokong PKR dan pernah mengundi YB Nurul Izzah atas dasar simpati ke atas keluarga DS Wan Azizah itu. Tetapi di dalam pemilihan PKR kali ini, beliau menggunapakai slogan ABA itu tadi. Ertinya, beliau tidak menyokong Azmin. Saya hormatilah apa yang rakan itu tulis di dalam blognya kerana itu hak beliau untuk menyokong sesiapa. Beliau juga punyai hak untuk berkempen di dalam blognya dan patut kita hormati bagi memeriahkan amalan demokrasi yang cuba dipraktikkan sebaik mungkin oleh parti.

    Cuma saya terkeliru sedikit apabila di dalam blognya yang terang-terang tidak menyokong Azmin, beliau kaitkan dengan cerita kununnya DS Wan Azizah dan anaknya YB Nurul Izzah pun tidak menyokong, bahkan tidak suka Azmin. Mana beliau tahu? Katanya beliau dapat tahu dari rakannya seorang wartawan dan pemimpin PKR sendiri. Tambahnya lagi, DS Wan Azizah dan YB Nurul Izzah sekarang `makan hati' apabila melihat kemungkinan besar Azmin akan memenangi pertandingan kali ini. Pada saya cerita beliau tentang ini karut marut belaka. Jika benar sekali pun DS Wan Azizah atau YB Nurul Izzah di dalam hatinya menyokong mana-mana calon, tidak mungkin beliau menzahirkannya. Di dalam hati tiada siapa yang tahu, kita hanya boleh mengetahui yang dizahirkannya.

    Apa yang dizahirkan oleh YB Nurul Izzah tentang dakwaan mengatakan beliau sokong si Polan atau si Polan? Kita ada fakta, bukan melalui cerita dari mulut kawan atau wartawan hatta melalui `wahyu' sekalipun. Anda boleh baca di sini apa pandangan YB Nurul Izzah tentang calon Timbalan Presiden PKR. Benarkah YB Nurul Izzah menyokong Zaid Ibrahim? Faktanya ada di sini. Cukup anda baca dua kenyataan itu sahaja dan bandingkan dengan cerita yang diambil dari mulut ke mulut yang dibawa oleh Si Penarik Beca.

    Azmin sememangnya diakui menempuhi banyak dugaan semenjak awal penglibatannya di dalam KeADILan sehinggalah ke hari untuk beliau cuba menawarkan diri sebagai orang kedua di dalam parti masih juga menerima dugaan yang tidak kurang hebatnya. Malang bagi Azmin, mereka yang tidak menyenanginya sanggup `menjual' nama Presiden dan anak Presiden untuk menjatuhkan beliau. Alhamdulillah, masih ramai ahli-ahli PKR yang tidak buta hati dengan mainan mereka ini dan mereka masih dapat menilai siapa pejuang sebenar dan perosak parti.

    Menyokong Azmin bukan sokongan membuta tuli. Menyokong Chegu Bard juga bukan sokongan membuta tuli. Begitu juga mereka yang menyokong selain dari Azmin dan Chegu Bard, mereka juga ada asas dan penilaian sendiri. Saya percaya mustahil DS Wan Azizah atau YB Nurul Izzah tidak menyokong sesiapa kerana di dalam politik sokongan dari peringkat atasan hinggalah ke peringkat bawahan perlu ada, namun akhirnya keputusan parti mesti diterima.

    Pada saya, saya sokong Azmin untuk pemilihan PKR kali ini. Saya sokong PKR pula bukan kerana Azmin atau Anwar. Jika bukan Azmin yang dipilih, saya masih menang kerana PKR masih wujud./wfauzdin.blogspot.com

    SIRI jELAJAH UNTUK ROSAKKAN PKR BERMULA DARI DALAM

    Oleh: WFAUZDIN NS

    ZAID Ibrahim akan turun padang temui penyokongnya untuk menerangkan salah laku pemilihan di dalam PKR sekarang. Lebih besar lagi hajat beliau, pastinya untuk menggerakkan sokongan agar DS Anwar dan Azmin berundur dari PKR. Baca sini.

    Diberitakan lokasi utamanya di Kedah. Kemungkinan akan menjelajah seluruh bumi Malaysia bukan untuk memperkuatkan parti tetapi untuk menjahanamkan parti. Pada saya istilah menjahanamkan parti itu sesuai bukan kerana Zaid tidak puas hati dengan pemilihan, tetapi apabila Zaid menggesa Ketua Umum dan Azmin undur diri dari parti. Itulah fasa pertama Zaid untuk menjahanamkan parti.

    Saya tidak tolak kemungkinan Zaid akan menggunakan taktik yang beliau gunakan semasa berada di dalam Umno. Di dalam Umno dahulu, Zaid letak jawatan dalam kabinet kemudiannya buat hura hara di dalam Umno, seterusnya keluar dari Umno. Kini, taktik yang sama boleh kita baca yang bakal dilakukan oleh Zaid.

    Saya tidak tahu berapa ramai yang akan terpedaya dengan `musang berbulu ayam' ini. Kalau dahulu DS Anwar menjelajah seluruh tanahair untuk memperjuangkan reformasi dan keadilan untuk rakyat sehingga parti ini berkembang dengan baik dan mampu menguasai banyak kerusi Parlimen, Zaid hadir untuk menjahanamkan semua yang kita bina bersama.

    Sememangnya Zaid akan melakukan sesuatu yang memaksa parti `menghalau'nya keluar sepertimana yang dilakukan oleh Zul Kulim. Apabila ini berlaku, lebih mudah buat Zaid untuk memburukkan parti terutamanya DS Anwar. Kita berharap PKR makbulkan impian Zaid ini dan jika beliau terbukti merosakkan parti, tindakan tegas mesti diambil. Parti lebih penting dari makhluk perosak ini./wfauzdin.blogspot.com

    ZAID DAN MUSTAFA DISARANKAN SERTAI PAS

    Oleh: Mandor

    Di dalam tekanan menghadapi krisis pemilihan di dalam PKR hari ini, Dato Zaid Ibrahim mungkin tiada pilihan lain kecuali berundur dari PKR. Istilah berundur mungkin lebih manis buat Dato Zaid daripada istilah keluar parti. Apabila hilangnya kepercayaan dan keyakinan beliau terhadap Ketua Umum, maka apa maknanya Zaid berada di dalam PKR.

    Memang benar, Ketua Umum bukan jawatan yang rasmi di dalam PKR bahkan tiada pertandingan untuk jawatan itu. Jawatan tersebut hanya pengiktirafan parti kepada DS Anwar dan sehingga kini ianya masih diiktiraf. Sekiranya Dato Zaid masih yakin dengan parti tetapi tidak yakin dengan Ketua Umum sekarang, cara terbaik untuk Dato Zaid Ibrahim memimpin parti mengikut acuan yang dikehendakinya hanyalah dengan meletakkan dirinya sebagai calon Presiden PKR menentang DS Wan Azizah. Tetapi, Dato Zaid melepaskan peluang itu dan hanya berani walaupun separuh jalan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

    Oleh yang demikian, Dato Zaid dilihat tiada harapan lagi untuk melakukan apa yang ingin dilakukan kepada parti. Kini, beliau dilihat lebih kepada ingin menghancurkan parti. Justeru itu, tidak hairanlah seminggu ini media milik Umno/Bn mendapat `durian runtuh' yang dianugerahkan oleh Dato Zaid bagi menghentam parti. Terbaik bagi Dato Zaid sekarang adalah berundur dari parti dan menyertai parti lain asalkan bukan Umno. Hanya itu saja cara Dato Zaid ingin mengembalikan nama baiknya di dalam politik setelah `tercemar' angkara isu terbaru ini.

    Saya ada terbaca di dalam satu blog yang cuba mempengaruhi PAS agar tidak menerima Dato Zaid Ibrahim seandainya beliau ingin menyertai PAS. Saya rasa pandangan itu tidak boleh diterima bahkan saya sendiri lebih suka Dato Zaid berada di dalam PAS untuk menerima tarbiyah bagaimana untuk berjuang dan bagaimana untuk memelihara adab berjamaah. Di dalam PAS, kemungkinan Dato Zaid melakukan `perangai' yang telah dilakukan kepada PKR sekarang mungkin dapat diatasi kerana PAS sebuah parti Islam yang jauh berlainan dengan parti lain. Sebab itulah PAS sentiasa terpelihara daripada `spesis' seperti Dato Zaid walaupun kadangkala di dalam Muktamar PAS agak panas juga. Akhirnya, semua ahli PAS bertaut dengan prinsip `Wala' kepada keputusan Jemaah yang tentunya berpaksikan kepada nasihat dari Majlis Syura Ulamak. Ini meletakkan hukum agama melebihi dari kuasa pemimpin di dalam PAS.

    Begitu juga, saya lebih suka sekiranya Sdr Mustafa Kamil Ayub menyertai PAS seandainya beliau merasakan PKR tidak boleh memberikan apa yang diinginkannya. Cara `mengugut' parti seperti yang dilakukannya tidak boleh menyelesaikan sebarang masalah. Bayangkan jika semua ahli PKR yang merasa tidak berpuas hati terhadap parti turut `mengugut' parti. Sebagai seorang yang `senior' di dalam PKR, Sdr Mustafa Kamil tidak wajar melakukan perangai kebudak-budakan itu./mandor.blogspot.com

    ZAID PERMAINKAN PENYOKONGNYA ?

    Penyokong akar umbi kecewa Zaid tarik diri

    Oleh Abdul Rahim Sabri

    Beberapa cabang PKR yang memberi sokongan kepada calon timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim berasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan tindakannya menarik diri daripada bertanding merebut jawatan tersebut kelmarin.

    Bahkan maklum balas yang diterima dari ahli akar umbi menyatakan mereka berasa "seolah-olah dipermain-mainkan" oleh Zaid selepas bertungkus lumus menyokongnya dalam pemilihan yang berlangsung sejak dua minggu lalu.

    "Beliau datang (berasal) dari Kota Bharu. Kita mengundi kerana sentimen, jadi ramai yang menyokong beliau.

    "Tapi beliau buat macam ini, serang parti, cuba nak merosakkan parti, kita tidak berpuas hati... Kalau buat macam ni, lebih baik keluar dari PKR," kata ahli jawatankuasa PKR Kota Bharu Hasanudin Roslan ketika dihubungi Malaysiakini petang ini. Dalam pengundian di cabang Kota Bharu pada 29 Oktober lalu, Zaid mendapat 174 undi manakala Azmin Ali mendapat 11 undi. seorang lagi calon timbalan presiden, Mustaffa Kamil Ayub pula mendapat 25 undi.Bagaimanapun, Hasanuddin berkata beliau ada mendengar kumpulan penyokong bekas menteri itu di Kelantan bercadang untuk mendesaknya kembali bertanding jawatan tersebut.

    Menurutnya cabang berkenaaan adalah Machang, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang yang akan mengundi Jumaat ini.

    "Sejauhmana cara mereka (hendak mendesak Zaid) saya tidak pasti," katanya sambil menjangka keputusan mengundi Jumaat ini di Kelantan akan menurun disebabkan tindakan Zaid itu.

    Bincang sebelum merebak

    Menurutnya lagi, bukan sahaja, malah penurunan peratusan mengundi itu juga disebabkan ahli akar umbi merasakan "Azmin boleh menang" kerana persaingan hanya dua penjuru dengan ketua PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub yang setakat ini mendapat undi terendah.

    Selepas 87 cabang bermesyuarat hujung minggu lalu, Azmin semakin jauh di depan dengan majoriti 2,479 undi meninggalkan Zaid dan Mustaffa.

    Mengikut keputusan rasmi ibu pejabat parti, Azmin mendapat 6,467 undi, manakala Zaid memperolehi 3,988 dan Mustaffa meraih 1,215 undi.

    Bagaimanapun, tidak puas dengan perjalanan pemilihan langsung PKR yang julung kalinya diadakan itu, Zaid semalam menarik diri dan melepaskan semua jawatannya dalam parti.

    Sementara itu, timbalan ketua cabang Batu Kawan, Mansor Md Noor turut kecewa dengan tindakan Zaid yang juga Ketua PKR Wilayah Persekutuan.

    Malah, menurut Mansor, hasil perbualannya dengan beberapa rakannya dari beberapa cabang dan akar umbi PKR, mereka turut berkongsi perasaan yang sama.

    "Kalau boleh, (Datuk Zaid) boleh bawa (perkara ini) dengan berbincang. Saya tengok semakin hari semakin celaru (dalam parti). Sebelum merebak (menjadi parah) lebih baik bincang di meja rundingan," katanya.

    'Pembersihan' dalam parti

    Katanya, beliau sendiri akan bermesyuarat dengan ahli jawatankuasanya malam ini untuk mendesak Zaid menarik balik keputusannya daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

    "Pengundian masih belum selesai. Masih ada harapan (untuk menang)... Kalau beliau membuat keputusan untuk teruse bertanding, beliau kembali akan mendapat sokongan," katanya.

    Mansor juga mencadangkan supaya pucuk pimpinan parti "membuat perjanjian" supaya calon yang tewas "diberi tempat" dalam kepimpinan parti. Dalam pengundian di cabang Batu Kawan pada 31 Oktober lalu, Zaid mendapat 94 undi, Azmin (59) dan Mustaffa (9).Di Sepanggar, Sabah, naib ketua cabang Sulaiman Aladdad berkata tindakan Zaid mengundur diri bertanding jawatan terbabit bukan sahaja "mempermain-mainkan akar umbi, malah beliau seorang pemimpin yang tidak tahan dengan cabaran".

    "Ahli akar umbi menyatakan berbagai pandangan mereka. Ada yang rasa pelik, ada yang berasa kecewa dan ada yang menghormati hak beliau untuk mengundur diri.

    "Rata-rata pengundi menganggap (pengunduran) sebagai satu pembersihan dalam parti... Kita perlukan pemimpin tahan lasak dan setia kepada parti," katanya sambil mendesak agar pemilihan perlu diteruskan walaupun Zaid menarik diri.

    Di cabang Sepanggar, Zaid mendapat 114 undi, manakala Azmin memperolehi 49 undi, sementara Mustaffa meraih 10 undi. M/kini

    PENANGGUHAN PEMILIHAN PKR - 24 CABANG SUARA AKAR UMBI TETAPI BUKAN WAKILI MAJORITI AKAR UMBI

    Oleh: WFAUZDIN NS

    DIBERITAKAN ada 24 Cabang PKR mahukan pemilihan PKR ditangguhkan berikutan perkembangan semasa yang menyaksikan Zaid Ibrahim menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan juga `ugutan' daripada `orang lama' PKR iaitu Sdr Mustafa Kamil Ayub. Tempoh 48 jam hampir sampai dan perkembangan setakat ini menunjukkan parti tidak mungkin `melutut' dengan `ugutan' seperti itu.

    Menurut maklumat, Cabang-Cabang yang dikatakan mahu penangguhan dilaksanakan itu adalah Putrajaya, Teluk Intan, Temerloh, Petaling Jaya Utara, Sembrong, Kuala Pilah, Paya Besar, Bagan Datoh, Bentong, Keningau, Tanjung Malim, Ipoh Barat, Tampin, Rompin, Pensiangan, Sungai Siput, Maran, Tambun, Jerantut, Bagan Serai, Tapah, Kuala Kangsar, Kota Kinabalu dan Seremban.

    Dari semakan, kebanyakan Cabang-Cabang yang tersenarai di atas adalah daripada Cabang yang menyokong Zaid Ibrahim atau pun Sdr Mustafa Kamil. Jika tidak silap saya hanya Bentong yang menyokong Azmin di dalam senarai tersebut. PKR mempunyai lebih kurang 200 Cabang, dan kehendak 24 Cabang ini mungkin boleh dipertimbangkan jika mempunyai asas yang kukuh. 24 Cabang ini memang suara akar umbi, tetapi tidak melambangkan suara majoriti akar umbi. Justeru itu, setakat ini majoriti akar umbi tidak menunjukkan minat untuk menangguhkan pemilihan yang sedang berlangsung sekarang.

    Asas untuk parti bagi menangguhkan atau membatalkan pemilihan yang sedang berlangsung ini perlulah ada. Jika dapat dibuktikan adanya salah laku yang melanggar etika pemilihan atau kempen, maka wajar dibuat seperti yang mereka kehendaki. Tetapi jika sekadar hiruk pikuk di luar sana tanpa ada asas yang kukuh, maka tidak perlu parti membuang masa, tenaga dan wang ringgit untuk melayani perkara yang tidak berasas./wfauzdin.blogspot.com

    Rabu, 10 November 2010

    Desakan Zaid Supaya Beliau Undur Diri, Azmin Ali Jelaskan Kedudukannya Dalam Parti Di Tentukan Oleh Para Ahli Dan Bukannya Individu Tertentu !!

    Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali (foto) berkata kedudukan beliau dalam parti itu ditentukan oleh anggota parti dan bukannya individu yang menentukan saf kepimpinan parti. Dalam hubungan ini, katanya beliau tidak akan tunduk dengan desakan agar beliau mengundurkan diri daripada PKR kerana menerima sokongan baik untuk memberikan khidmat bagi membawa parti itu ke tahap yang lebih besar.

    Azmin berkata demikian sebagai mengulas desakan Datuk Zaid Ibrahim agar beliau dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur daripada parti itu kerana didakwa merekalah yang membawa masalah kepada PKR. "Saya bersedia untuk mengambil peranan yang lebih kecil jika itulah yang diputuskan. Namun Alhamdullillah setakat hari ini dukungan oleh anggota parti untuk saya memimpin itu cukup kuat dan besar termasuk negeri Sabah," kata Azmin kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. "Maka bukan soal individu mahupun Zaid menentukan saf kepimpinan parti ini bermakna beliau tak menghormati prinsip dan amalan demokrasi di dalam parti," kata Azmin yang akan bertanding bagi jawatan timbalan presiden PKR.

    Mengenai permintaan Zaid supaya proses pemilihan yang sedang diadakan ditangguhkan kerana dakwaan berlakunya manipulasi, Azmin berkata jika ada tuduhan mana-mana pihak perlu mengemukakan bukti, malangnya sehingga sekarang tidak ada bukti secara khusus dihantar kepada sekretariat Jawatankuasa Pemilihan Pusat untuk diteliti aduan-aduan berkenaan. Oleh itu, beliau meminta pihak-pihak yang mengeluarkan dakwaan sedemikian supaya lebih bertanggungjawab dan tidak beremosi kerana semata-mata telah tewas dan tersungkur di beberapa negeri dalam pemilihan parti. "Mengapa perkara ini tidak dibangkitkan pada hari pertama pemilihan semasa beliau mendapat sokongan, mengapa hanya setelah dua minggu pemilihan berlaku dan setelah tewas teruk di negeri Sabah baru perkara ini dibangkitkan. Jadi banyak juga persoalan dibangkitkan anggota juga mengenai keikhlasan beliau dalam perkara yang dibangkitkan itu," katanya./PahangDaily