RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 3 April 2010

JANGAN JADI `AYAM DAGING' DIBERI MAKAN, KEMUDIAN DISEMBELIH

Oleh: WFAUZDIN NS

BERKAT pemerintahan kerajaan PR Selangor, nilai sesebuah kawasan di seluruh negeri Selangor amat tinggi. Itulah yang dikatakan kerana berkat pimpinan yang jujur dan telus, rezeki dari langit datang mencurah secara tiba-tiba tanpa disangka. Begitulah yang terjadi di Hulu Selangor satu kawasan majoriti Melayu Islam yang tidak beberapa minggu lagi akan berhadapan dengan PRK bagi memilih Wakil Parlimen yang sekarang ini kekosongan.

Beberapa jam yang lalu, Hulu Selangor telah dijanjikan dengan berbagai janji oleh TPM yang awal-awal lagi memberitahu beliau bukan datang ke Hulu Selangor untuk berkempen. Melucukan bunyi kenyataan Muhyiddin itu seolah-olah beliau menganggap rakyat di Hulu Selangor sama seperti rakyat di beberapa kawasan di Sabah dan Serawak. Biarkan lah Muhyiddin dengan caranya yang kuno itu dan kita tidak perlu mentertawakannya. Apa yang penting, Muhyiddin telah mengumumkan janji-janjinya kepada rakyat di Hulu Selangor, di antaranya;

1. Hulu Selangor akan mendapat empat buah sekolah baru dan projek pengurusan banjir.

2. Sebuah sekolah rendah sedang dibina, manakala dua sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah akan dilaksanakan.

3. Projek pengurusan banjir akan dibina di Batang Kali, dan dianggarkan mencecah RM2 juta.

4. Kementerian Pendidikan sedang mengenalpasti tapak sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina.

Ini lah yang dikatakan rezeki datang mengolek. Adakah projek-projek ini dirancang oleh TPM sebelum ini atau telah ada peruntukan yang telah diluluskan sejak awal lagi? Saya yakin ianya tiada di dalam perancangan, dan perancangan atau ilham ini tiba-tiba muncul setelah kematian MP Hulu Selangor dari PKR baru-baru ini. Saya tidak berani untuk menyatakan bahawa TPM begitu lembab untuk merancang sesuatu kemajuan dan faedah buat penduduk, tetapi saya bersetuju jika ada yang beranggapan sedemikian. Kemudiannya PM pula akan datang ke Hulu Selangor dan menaburkan gula-gula ber`cop' 1 Malaysia untuk direbut oleh rakyat Hulu Selangor. Kemudiannya diikuti oleh segala bapak Menteri pula yang datang.

Tidak salah atau berdosa samasekali rakyat di Hulu Selangor menerima baik projek-projek yang dijanjikan ini walaupun dirancang dengan lembab sekali oleh pemimpin yang lembab juga. Apa yang penting, jangan jadikan diri anda umpama `ayam daging' yang diberi makan sekenyang-kenyangnya, kemudian ditimbang seterusnya di`sembelih'. Rakyat di Hulu Selangor wajib bersyukur dengan nikmat yang dijanjikan ini (jika benar dilaksanakan), dan sebagai tanda bersyukur rakyat perlu terus menyokong kerajaan negeri Selangor yang menjadikan kawasan mereka amat menarik dan berharga sehingga menarik minat TPM untuk `berbelanja'.

Percayalah, bukan setakat itu sahaja nikmat yang akan diperolehi oleh rakyat di Hulu Selangor. Dalam tempoh seminggu lagi akan banyaklah tanah-tanah yang bakal dipecahkan di dalam upacara `pecah tanah' seperti yang berlaku di Bagan Pinang sebelum ini. Cuba kita pergi ke Bagan Pinang sekarang, adakah tanah-tanah yang telah dipecahkan semasa PRK Dun Bagan Pinang itu telah tumbuh semak samun atau tidak. Cuba tanya tentera-tentera di kawasan kem Bagan Pinang, sudahkah mereka menikmati kemudahan WIFI, kolam renang atau pun padang Futsal? Selain dari yang dijanjikan oleh Muhyiddin itu, tiadakah lagi kemajuan atau kemudahan yang diinginkan oleh rakyat di Hulu Selangor? Tunggu bila lagi, sekarang adalah masanya untuk kita melihat pemimpin Umno menjadi begitu pemurah.

Kebijaksanaan pemikiran rakyat di Kelantan haruslah menjadi ikutan semua pengundi di Hulu Selangor. Di Kelantan, pemimpin Umno yang dikatakan cerdik itu ternyata tidak dapat membeli maruah rakyat Kelantan. Anda akan melihat nanti seluruh jentera kerajaan akan menggila di Hulu Selangor kerana kali ini maruah Umno/Bn terletak di tangan pengundi-pengundi di kawasan ini. Adakah rakyat Hulu Selangor berterima kasih dengan 1 Malaysia serta menyanjung APCO atau mungkin juga telah merasai betapa jauhnya perbezaan pemerintahan di bawah PR berbanding dengan pemerintahan Khir Toyo yang menghadiahkan `penyapu' kepada kakitangan kerajaannya dahulu akan terjawab. /wfauzdin.blogspot.com

BEKAS POSMEN NI YANG TERLIUR NAK JADI MB PERAK

Jamaluddin Yang Terliur Mahu Jadi MB Perak


Oleh Misbahul Munir

Saya tidak fikir rakyat Perak boleh percaya Jamaluddin ditawarkan menjadi Menteri Besar Perak oleh Datuk Seri Anwar Ibarahim. Pimpinan PKR Perak dan Pusat sangat tahu latar belakang Jamaluddin. Usahkan Menteri Besar, menjadi wakil rakyat dan EXCO yang baik pun tidak ada pada batang tubuh Jamaluddin.

Peringkat awal semua parti ada calon MB Negeri Perak, DAP pun ada calonnya. Tetapi Undang-undang Tubuh Negeri Perak tidak membolehkan orang bukan Melayu dilantik MB Perak.

DAP akur dengan peruntukan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak. Nama Jamaluddin juga disebut bakal MB Perak dari PKR kerana dalam PKR dialah yang agak senior dalam parti berbanding adun yang lain.

Saya masih ingat lagi, malam menyambut kemenangan di Ipoh, semua pimpinan tertinggi ketiga-ketiga parti berkumpul di Ipoh, mesyuarat diadakan di pejabat PAS, beberapa nama dikemukakan oleh parti untuk dipilih sebagai Menteri Besar. 6 orang Adun PAS yang menang masing-masing menuding orang lain menjadi Menteri Besar, bermula dengan nama Hj Nizar, beliau tolak kepada YB Zainuddin, YB Zainuddin menuding pula orang lain sehinggalah pusingan itu sampai pula ke YB Hj Nizar. Akhirnya mesyuarat Harian PAS pagi itu bersetuju Hj Nizar adalah calon MB dari PAS berdasarkan hiraki kepimpinan. Beliau Setiausaha Perhubungan PAS Perak ketika itu. Walau bagaimanapun PAS menyerahkan kepada DAP dan PKR untuk membuat keputusan.

Dalam mesyuarat bersama DAP dan PKR, DAP sendiri bersetuju MB Perak dipilih dari kalangan Adun PAS. Pimpinan PKR negeri tidak nampak adanya wakil rakyat mereka yang menang mempunyai kelayakan memegang jawatan no 1 di Perak. Akhirnya subuh 8hb Feb semua setuju Hj Nizar adalah MB Perak kerajaan baru Perak.

Di DUN Behrang, saya mendapat maklumat kononnya rakyat Behrang mahukan adun Behrang dari PKR menjadi MB atas dasar kerusi PKR lebih banyak berbanding dengan PAS. Dan yang terbaik dari PKR tidak lain melainkan Jamaluddin berbanding dengan dua adun Melayu yang lain. Sayangnya pimpinan PR negeri sendiri tidak mencalonkan namanya. Pimpinan PR Perak tentu sangat tahu sebabnya mengapa Jamaluddin tidak ada kelayakan untuk dicalonkan sebagai MB.

Apabila nama Hj Nizar dicadangkan sebagai MB , Jamaluddin dan beberapa rakannya dari PKR sangat tidak puas hati. Ada juga kebimbangan di kalangan pimpinan PR pusat penerimaan kaum masyarakat Cina terhadap MB dari PAS, gambarannya sudah tentulah imej Islam yang akan dibawa oleh MB Perak nanti. Tidak kurang juga ada yang berpandangan, kemungkinan Jamaluddin tidak puas hati yang memungkinkan beliau akan keluar parti dan menyokong BN.

Saya teringat ada pimpinan tertinggi PR menghubungi Ust Ahmad Awang melalui telepon agar jawatan MB diberi kepada PKR atas alasan penerimaan orang Cina lebih selesa sekiranya PKR yang menjadi MB , tidak nampak imej Islam yang dibawa oleh PAS yang boleh merenggangkan hubungan. PJ Perak bertegas keputusan telah dibuat dan dipersetujui, beliau tidak berganjak dengan keputusan.

Proses pemilihan MB Perak di peringkat ketiga-tiga parti selesai. Nama Hj Nizar diangkat kepada Tuanku untuk diperkenan sebagai MB Perak. Tuanku tiada halangan memperkenan Nizar sebagai MB Perak yang ke 10. Pada hari angkat sumpah di Istana Kuala Kangsar, semua pimpinan PAS sudah berada di Kuala Kangsar. Sejam sebelum berlangsung upacara angkat sumpah diadakan, kami dapat panggilan telepon dari Istana Kinta Ipoh. Hj Nizar dan pimpinan utama parti DAP dan PKR dipanggil istana.

Hj Nizar terus bergegas ke Istana, di sana Jamaluddin sudah sedia menanti. Kami dapat maklumat, Jamaluddin mengadap Tuanku dan mempertikaikan cara pemilihan Hj Nizar sebagai MB. Tuanku menangguhkan upacara angkat sumpah. Baginda meminta dibuat pemilihan semula supaya semua pihak puas hati. mesti ada persetujuan bertulis dari semua Adun PAS, DAP dan PKR.

Perundingan diadakan semula. Semua parti diminta oleh Tuanku mengemukakan calon MB masing-masing. DAP yang tahu tidak ada calon yang layak turut menamakan adun mereka sebagai calon MB, PKR negeri pun begitu juga, menghormati kehendak Tuanku, turut menamakan Adun Behrang sebagai calon MB, PAS tetap menamakan Hj Nizar sebagi calon MB. Semua adun dan parti menandatangani persetujuan, bahawa mana-mana calon yang akan dipilih oleh Tuanku nanti adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.

Alhamdulillah, Tuanku Sultan Perak berkenan YB Ir Hj Nizar sebagai MB Perak yang ke 10. Kempunanlah Jamaluddin untuk menjawat jawatan MB Perak.

Jelas sebenarnya yang sangat terliur dan teringin sangat nak menjadi MB Perak adalah Jamaluddin, penyokong-penyokongnya di Behrang sudahpun meraikan yang Jamaluddin bakal MB Perak yang baru. Tetapi apakan daya, pimpinan PKR Perak ketika itu sedikit pun tidak nampak Jamaluddin layak memikul tugas utama kepimpinan negeri Perak. Mereka lebih tahu siapa Jamaluddin yang sebenar./Detikdaily

145 Ahli Parlimen Seluruh Dunia Tuntut Gugurkan Kes Anwar

02 April 2010


Inter-Parliamentary Union (IPU) 122nd Assembly Adopted Resolutions On Anwar Ibrahim’s Second Sodomy Case

Mesyuarat ke-122 Himpunan Ahli-ahli Parlimen Sedunia (IPU) di Bangkok hari ini sebulat suara mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada dua laporan perubatan yang menolak kemungkinan perbuatan tersebut berlaku.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Bangkok, IPU berkata badan tersebut amat bimbang terhadap pertuduhan dan prosiding terhadap Anwar yang dianggap tercalar dan hampir sama dengan perbicaraan kes yang serupa pada 1998.

Mesyuarat IPU semalam yang menghimpun Ahli-ahli Parlimen dari 145 negara diseluruh dunia menyatakan bahawa Jawatankuasa Hak Asasi Ahli Parlimen akan melaporkan keputusan sebulat suara berhubung perbiacraan Anwar kepada Lembaga Pengelola IPU.

Resolusi tersebut dibentangkan kepada Lembaga Pengelola IPU oleh pengerusi jawatankuasa tersebut, Senator Aquilino Q Pimentel Jr untuk diterimapakai.

"Adalah amat membimbangkan anggota pasukan pendakwaan yang terlibat dalam perbicaraan kes liwat yang pertama, yang mana Ketua Pendakwa ketika itu kini dilantik sebagai Peguam Negara. Beliau dituduh merekacipta bukti terhadap Anwar dan kini terlibat sekali lagi dalam perbicaran terkini. Pasukan pembelaan Anwar telah dinafikan dokumen dan bukti dan dihalang daripada menyediakan pembelaan yang tuntas.

"IPU berpendirian bahawa pembelaan adalah sebahagian daripada elemen keadilan dalan sesuatu perbicaraan dan kegagalan memberi hak kepada pasukan pembelaan dan sebarang keputusan mahkamah hasil daripada tindakan itu dianggap pada dasarnya ditolak," tegas IPU.

Badan itu juga meminbta Setiausaha Agung IPU supaya memastikan wakil IPU akan berada sebagai pemerhati dalam perbicaraan akan datang.

IPU juga meminta Jawatankuasa Hak Asasi Ahli Parlimen agar terus meneliti kes yang sabitkan kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dan menyediakan laporan pada mesyuarat IPU ke-123 pada Oktober 2010.

Tiga wakil Pakatan Rakyat yang hadir termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan Senator Mumtaz Md Nawi.
IPU adalah sebuah organisasi yang dianggotai oleh Ahli Parlimen dari seluruh dunia dan ditubuhkan pada 1889.

Ia berfungsi sebagai wadah dialog antarabangsa yang berjuang untuk keamanan dan kerjasama serta mengukuhkan sistem demokrasi.SK

Jumaat, 2 April 2010

MULA DAH !! EMPAT SEKOLAH BARU KAT HULU SELANGOR, INI BUKAN RASUAH OK

Hulu S'gor dapat empat sekolah baru
Pathma Subramaniam
Apr 2, 10


Meskipun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lawatannya ke Hulu Selangor hari ini bukan untuk berkempen, namun kawasan parlimen itu dijanjikan empat buah sekolah baru.

Berucap kepada 500 guru dari Hulu selangor yang dihimpunkan di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Muhyiddin mengumumkan sebuah sekolah menengah dan tiga sekolah rendah akan dibina.

Dalam ucapan 30 minitnya itu, Muhyiddin, yang juga menteri pelajaran berkata guru berperanan membawa tahap pendidikan negara ke tahap antarabangsa.

Beliau juga menggunakan sessi soal jawab selama 15 minit untuk mengulangi janji kerajaan mengkaji keperluan guru dan pelajar.

Bagaimanapun sebelum mengakhiri ucapannya, timbalan perdana menteri mengingatakan bahawa tarikh pilihan raya kecil Hulu Selangor telah diumumkan.

"Saya tidak akan berkempen hari ini tetapi saya akan datang kembali untuk berkempen pada masa yang lain.

"17 April adalah hari penamaan calon manakala 25 April pula adalah hari mengundi. Tandakan hari-hari dalam diari anda dan catatkan juga undilah Barisan Nasional," katanya sambil berseloroh.

Selesai majlis itu, Muhyiddin bergegas ke sebuah masjid di Kampung Sentosa di batang Kali.

Selepas menunaikan solat asar, beliau mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di kampung berkenaan.

Sehubungan itu, timbalan presiden Umno mengarahkan Jabatan Kerja Raya menyempurnakan projek berkenaan dengan kadar segera selaras dengan prinsip rakyat didahulukan.

Dalam pada itu, beliau turut meluluskan permohonan Masjid Al-Sajdin di Kampung Sentosa untuk mendapatkan van jenazah dan tempat wuduk jemaah perempuan yang menelan belanja RM100,000.

Beliau bagaimanapun enggan berjumpa dengan wartawan.

Esok, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dijangka memulakan lawatannya pula untuk bermesra dan berjumpa dengan rakyat./Malaysiakini

ISU SEBAT KARTIKA - INI BEZA KENYATAAN HARUSANI DAN DR MOHD ASRI

Mufti: Sebat Kartika bukan Hudud, boleh dipinda
Jimadie Shah Othman
Apr 2, 10


Sultan Pahang berhak meringankan hukuman terhadap Kartika Sari Dewi Sukharnor kerana bekas model itu tidak dibicarakan mengikut hukum hudud “yang bersifat tetap dan tidak boleh dipinda”, kata Mufti Perak.

Tan Sri Harussani Zakaria (kanan) berkata, hukuman sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika sebelum ini bukanlah hukum hudud, sebaliknya hanya takzir yang tertakluk kepada pindaan oleh pemerintah.

“Hukuman hudud menetapkan 80 rotan (kepada pesalah yang meminum arak). Tetapi hukuman yang dijatuhkan terhadap Kartika tidak sampai kepada hukum hudud.

“Ia hanya takzir yang boleh diubah. Hukum hudud tidak boleh diubah sama sekali,” katanya.

Harussani diminta mengulas kenyataan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang dukacita terhadap perintah Sultan Pahang yang berkenan menggantikan hukuman sebat terhadap Kartika dengan kerja-kerja khidmat kemasyarakatan.

Menurut persatuan tersebut, perintah tersebut tidak mengambil kira hasrat Kartika yang mahu disebat secara syarie dan ia “dikhuatiri tidak mempunyai keabsahannya di sisi undang-undang”.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini Harussani berkata, menurut peruntukan takzir, pemerintah atau sultan mempunyai hak untuk mengubah peruntukan-peruntukan dalamnya.

Undang-undang kesalahan jenayah syariah terbahagi kepada tiga, iaitu hudud, qisas dan takzir.

Undang-undang mesti dijalankan dengan tegas

Peruntukan hudud melibatkan enam kesalahan iaitu murtad, minum arak, berzina, mencuri, merompak dan qazaf. Manakala qisas pula hukuman balas, seperti pembunuh akan dibunuh balas.

Kategori takzir pula kesalahan selain daripada hudud dan qisas yang mana hukumannya tertakluk kepada budi bicara pemerintah.

Sementara itu, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kiri) mempunyai pandangan yang berbeza apabila khuatir peringanan hukuman terhadap Kartika mengambarkan “seolah-olah kuasa raja mengatasi undang-undang”.

“Mungkin dalam kes Kartika ini (peringanan hukumannya) nampak positif. Tetapi esok-esok dikhuatiri boleh berlaku perkara lain pula.

“Kita bimbang nanti kerabat dan orang kenamaan yang melakukan kesalahn juga diampunkan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dr Mohd Asri berkata, menurut pengalaman dalam sejarah Islam, pelaksaan sesuatu hukuman yang dijatuhkan mahkamah mesti dijalankan dengan tegas walaupun melibatkan sesiapa sahaja.

Katanya, terdapat satu kes pada zaman Rasullaah, seorang penzina daripada golongan bangsawan tidak diampunkan walaupun setelah merayu.

Tambahnya, penegasan terhadap keperluan melaksanakan hukuman tergambar dalam sabda Rasulullah: “Jika anakku Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku potong tangannya.”/Malaysiakini

PRK HULU SELANGOR - BLOG PRO UMNO CUBA BERMAIN DENGAN ISU GAMBAR YB ELI ?

Oleh: WFAUZDIN NS

PILIHANRAYA Kecil Hulu Selangor semakin hampir dan yang pasti rimas, resah gelisah dan membuatkan tidak tidor lena tentunya Najib. Nasib 1 Malaysia serta nasib APCO akan bergantung dengan PRK ini. Masalah utama buat Umno adalah bagaimana untuk mencari modal yang kukuh dan mantap agar rakyat di Hulu Selangor akan menyatakan bahawa Selangor di bawah PR lebih teruk dari Bn di bawah Khir Toyo. Itu masalah besar mereka. Blog-blog yang pro Umno pun naik peninh untuk mencari jalan bagi membantu Najib, ditambah pula dengan ragam MIC untuk terus mencuba nasib di Parlimen tersebut.

Di dalam sebuah blog pro Umno di sini, mereka terpaksa kitar semula modal basi dan lapuk serta tidak releven itu untuk memburukkan PR. Isu gambar separuh bogel YB Elizebeth Wong, Exco Selangor yang diambil curi di dalam kediamannya suatu ketika dahulu ingin dijadikan modal mereka. Kita tahu kes tersebut masih belum selesai dan kita tidak tahu mengapa orang yang terlibat mencuri gambar tersebut sehingga kini tidak dapat dikesan atau didakwa. Gambar itu telah disebarkan meluas melalui internet dan kita tidak merasa hairan dengan gambar yang menjadi pelik kepada puak-puak Umno itu. Kununnya pula, ada video sekitar 8 minit aksi Exco terbabit menukar pakaian. Pelik kah? Berada di dalam rumah sendiri, separuh bogel atau berbogel sekali pun dan menukar pakaian itu pelik sangatkah? Apatah lagi orang berkenaan Non Muslim.

Jika hujah mengatakan gambar itu diambil oleh teman lelaki istimewa Exco berkenaan, di mana teman lelaki itu kununnya? Polis masih menyiasat tentang kes walaupun sudah berkurun lamanya. YB Eli pula membuat dakwaan gambar itu diambil curi dan tentunya menjadi satu kesalahan sesiapa sahaja menceroboh `privacy' orang lain. Sekiranya tidak yakin dengan pengakuan YB Eli itu, cari lah orang yang dikatakan mengambil gambar berkenaan dan soal siasat beliau untuk memastikan samada gambar itu diambil dengan keizinan dan soal siasat juga apakah hubungan orang itu dengan YB Eli. Tetapi kes ini seperti terbantut seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Seandainya Umno ingin bermain hujah dengan mengaitkan isu ini sebagai isu moral pimpinan PR di Selangor, ternyata mereka silap besar dan bodoh bukan kepalang. Akal yang waras boleh membandingkan di antara dua isu yang mana satu amat memalukan dan teramat aib. Pertama isu foto curi separuh bogel YB Eli dan keduanya isu VCD Lucah seorang pemimpin utama MCA yang pemimpin itu sendiri mengakui perbuatannya `berselingkuh'. VCD itu bukan sekadar 8 minit seperti yang dikatakan VCD YB Eli tukar pakaian itu. YB Eli dilihat berpakaian separuh bogel dalam keadaan tidor di rumahnya tanpa kelibat seorang pun lelaki disampingnya, manakala VCD pemimpin utama MCA itu memperlihatkan apa? Malu untuk disebut aksi pemimpin utama di dalam parti komponen BN itu. Ini bukan fitnah, tetapi diakui sendiri oleh pemimpin berkenaan. Akhirnya pemimpin berkenaan diangkat menjadi pemimpin utama dalam parti komponen 1 Malaysia, Malaysia Boleh!!

Justeru itu, di mana letaknya muka mereka yang menyanjung 1 Malaysia ini untuk bercakap soal moral? KM Melaka yang disabitkan dengan rasuah politik wang oleh Umno sendiri diangkat menjadi KM, masih ingin bercakap soal moral? Mantan MB Selangor yang pernah menerima hadiah jam tangan ribuan ringgit serta mempunyai mahligai yang Tun Mahathir pun tidak percaya berharga 3 juta itu, masihkah Umno tidak malu untuk menjerit `ketuanan Melayu' atau `rakyat didahulukan'? Bagaimana pula dengan kes seorang Ahli Parlimen Umno yang dikatakan meraba punggung seorang wanita itu dan akhirnya laporan Polis terhadapnya ditarik semula? Mahu bercakap soal moral lagi? Itu belum di kira kisah seorang isteri pemimpin negara yang mencium pipi seorang artis dan pelakon Bollywood, memeluk seorang jaguh sukan lelaki yang bukan Muhramnya. Oleh itu wahai Umno, lupakan sahaja niatmu untuk bercakap pasal moral sebelum kamu melihat dahulu wajahmu di depan cermin.

Jelas terbukti bahawa sesungguhnya Umno sudah bangkrap idea untuk membuktikan keburukan pimpinan PR. Tidak hairanlah mengapa DS Anwar ingin diambil tindakan agar beliau digantung dari menghadiri Parlimen semata-mata pemimpin Umno kecut perut untuk berlawan secara hujah dan fakta. Pelik apanya Rais anak Yatim menggunakan Jabatan Penerangan dengan mengarahkan jentera kerajaan ini bekerja keras di Hulu Selangor nanti. Itulah senjata yang mereka ada dan itulah talian hayat mereka. Cuba sebut satu tempat yang mana Umno/Bn bertanding secara `anak jantan'? Kalau ada yang mampu sebut dan buktikan satu tempat yang Umno/Bn bertanding secara `anak jantan' esok pagi saya akan isi borang Umno./wfauzdin.blogspot.com

AL FATIHAH - FB AZNIL SAHKAN DIN BERAMBOI TELAH KE RAHMATULLAH SEBENTAR TADI

AZNIL HJ. NAWAWI Assalamualaikum. Saudara Din Beramboi telah meninggal dunia pada jam 12.30 am tadi. Al-Fatihah.

Khamis, 1 April 2010

Najib perlu jawab siapa APCO, buat apa serang saya - Anwar

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 1 April: "Najib perlu jawab siapakah APCO? Apa kaitan APCO dengan Israel? Apakah itu sudah dijawab atau belum? Buat apa nak serang saya lagi, saya dah diserang banyak," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui di parlimen lewat petang ini.

Sehubungan itu, beliau mempertikai tindakan kerajaan BN yang mahu mengheretnya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.

Baginya, isu sebenar adalah tertumpu kepada kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab pendedahan yang dibuatnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, adalah tidak wajar jika BN terus merujuknya ke jawatankuasa khas tersebut tanpa sebarang penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan itu.

Anwar turut mempersoal tindakan kerajaan yang dilihat bermati-matian mempertahan penglibatan APCO dalam kempen 1Malaysia.

"Soalnya Umno dan Perdana Menteri perlu jawab, kenapa pilih APCO dan pertahan APCO mati-matian?" soalnya lagi.

Beliau memberitahu demikian sebagai mengulas pengumuman BN yang dibuat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz siang tadi.

Nazri pada sidang media tengah hari tadi memberitahu BN akan menghadapkan Anwar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, kerana didakwa mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel./Harakahdaily

MEMALUKAN !! MENGAKU PEJUANG MELAYU, TAPI KUAT MENCARUT

Ibrahim Ali berang lagi
Apr 1, 10

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali berang dan mengutarakan kata-kata kesat ketika diajukan soalan berhubung Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam wawancaranya dengan Al Jazeera.

Klip video itu disiarkan dalam rangkaian perkongsian video Youtube.

Dalam laporan itu, wartawan Al Jazeera mengajukan soalan berhubung DEB yang didakwa bersifat perkauman.

Se
baik mendengar dakwaan itu, Ibrahim terus berang dan berkata berulang kali berkata: "Jika bangsa-bangsa asing ini mendakwa mereka rakyat kelas kedua, 'don't talk s**t! Don't talk s**t!' Saya ulang untuk kali ketiga, 'don't talk s**t!”

Suara Ibrahim ketika kata-kata kesat itu diluahkan telah disunting oleh Al Jazeera kerana dianggap tidak bersesuaian untuk tontonan.

"Kami bangsa Melayu telah banyak maafkan mereka, malah kami juga berkorban kepentingan kami," kata Ibrahim lagi.

Rencana Al Jazeera itu melaporkan ramai rakyat Malaysia berpendidikan tinggi meninggalkan negara ini kerana dasar-dasar diskriminasi melaui DEB.

Antara yang dipaparkan ialah Shirlene Ong yang telah menetap selama enam tahun di Hong Kong.

“Saya tidak akan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat ini. Apa yang mungkin membuat saya menukar pendirian ialah apabila semua rakyat Malaysia dilayan secara saksama," katanya.

Turut diwawancara dalam laporan itu ialah penganalis politik Malaysia, Farish Noor yang mendakwa kebebasan akademik tidak wujud di Malaysia dan kini menjadi pensyarah di Singapura.

Menurut video terbitan Al Jazeera itu, DEB yang diperkenalkan oleh ayahanda Najib, Tun Abd Razak Hussein dan adalah bersesuaian bagi beliau menanggalkan dasar-dasar diskriminasi berkenaan./Malaysiakini

CALON PRK HULU SELANGOR, US BADRUL AMIN JUGA DALAM SENARAI

Calon Hulu S'gor: Zaid antara dipanggil Anwar
Jimadie Shah Othman
Apr 1, 10


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi telah menemui kira-kira 10 orang, termasuk penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim, yang disebut-sebut bakal dipilih menjadi calon parti itu untuk bertanding dalam pilihan raya Hulu Selangor tidak lama lagi.

Menurut sumber-sumber, pertemuan tersebut diadakan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya selepas tamatnya mesyuarat biro politik parti itu kira-kira jam 11 malam tadi.

“Mereka masuk (bertemu Anwar) secara berperingkat-peringkat, dimulakan dengan dua anggota biro politik, Datuk Zaid Ibrahim (kiri) dan Shamsul Iskandar Md Akin,” kata mereka ketika ditanya tentang pertemuan tersebut.

Kerusi parlimen Hulu Selangor kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad ada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Berikutan itu spekulasi berhubung siapakah bakal dicalonkan bagi bertanding mempertahankan kerusi tersebut, berterusan dalam PKR.

Pelbagai nama disebut-sebut telah dikemukakan kepada parti. Selain Zaid dan Shamsul (kiri), turut disebut-sebut ialah penceramah popular, Badrul Amin; presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud; bekas setiausaha akhbar Anwar, Khalid Jaafar; dan aktivis peguam, N Surendran.

Manakala PKR cabang tersebut pula menamakan dua anak tempatan - Razali Mokhtar dan Datuk Dr Halili Rahmat.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, sumber-sumber memberitahu kesemua nama yang disebut-sebut itu dipanggil, termasuk beberapa nama lagi yang tidak diketahuinya.

“Jumlah kesemuanya kira-kira sepuluh orang,” kata sumber-sumber itu. Terdapat sumber lain memberitahu, jumlah keseluruhannya 11 orang.

Tambah mereka, pertemuan tersebut hanya sesi “sembang-sembang” dengan Anwar bagi mengenalpasti calon yang paling layak untuk dipilih.

Ditanya tentang perbincangan biro politik yang bersidang malam tadi, sumber-sumber memaklumkan bahawa soal pemilihan calon ditimbulkan tetapi “tidak dibincangkan sangat” kerana ia merupakan bidang kuasa presiden dan ketua umum.

“Presiden dan ketua umumlah yang akan memilihnya,” katanya yang menjangka pemilihan calon tidak akan dibuat tergesa-gesa, termasuk dalam mesyuarat majlis tertinggi PKR Ahad ini.

Ditanya tentang nama-nama yang dianggap selesa, sumber tersebut menamakan Syed Shahir dan Khalid.

“Yang lainnya masih 50-50,” katanya sambil menambah, kemungkinan terdapat di kalangan mereka yang dipanggil semalam tidak berminat dan akan memberikan laluan kepada pihak lain./Malaysiakini

MUSIM KATAK BUAT KEJUTAN, MARKAH SIAPA PALING TINGGI?

Oleh: WFAUZDIN NS

KEBIASAANNYA katak akan berbunyi di musim hujan. Apabila hujan mulai turun, maka katak-katak ini akan bersahut-sahutan dengan berbagai nada bunyi. Kununnya biar dikatakan orang hujan turun disebabkan panggilan oleh katak-katak ini. Tetapi sekarang ini bukan musim hujan malahan musim panas, tetapi katak-katak ini berebut-rebut juga untuk bersuara walaupun suaranya sumbang. Hujan tidak juga turun biar tekak katak naik kering dibuatnya.

Kali ini katak berlumba-lumba untuk buat kejutan. Bermula dari `katak' Bayan Baru bernama Zahrain dengan kejutan awal. Selama ini katak tersebut berada di bawah tempurung tidak tahu apa-apa, tiba-tiba sudah boleh bersuara garau kununnya mahu buat kejutan. Mungkin perut sudah buncit, maka baru boleh bersuara. Menjadikah kejutannya? Oleh kerana irama dan lagu yang didendangkan oleh katak Bayan Baru itu jelas sumbang, kejutannya tidak menjadi. Malah katak itu sendiri yang terkejut kerana disebabkan oleh sumbangnya lagu yang dibawa, tidak pasal-pasal di`sepak dan diludah' oleh wakil dari Kalabakan dan beberapa orang lagi. Itulah kejutan buat si katak malang tersebut.

Selepas itu, berlumba-lumba katak yang lain untuk menunjukkan kebolehannya mencipta kejutan. Markah sedang dikira oleh bos mereka bagi menentukan siapakah katak yang paling berjasa mencipta kejutan sehingga satu Malaysia akan gempar dengan kejutan mereka. Seekor demi seekor menyanyikan lagu dan irama songsang, diselang seli pula oleh `firaun besar' Kulim Bandar Baru yang ingin menyampuk juga untuk buat kejutan. Siang tadi, katak dari Behrang mencuba nasib pula untuk mencipta kejutan. Kesemua katak-katak ini diperhatikan oleh raja katak dari Pasir Mas yang mungkin merasa lucu melihat gelagat katak-katak junior ini. Raja katak tentu berkata di dalam hatinya, " Ambo yang sudah lamo buat lagu tu, tak jadi gapo pun...alih-alih ambo yang malu, ini kan pulak demo yang kencing pun bercabe lagi...". Raja katak pun sampai tidak mampu bertahan sehingga menghentak-hentak meja dan melempar kertas kerana lagu dan irama yang dia bawa diperlecehkan orang.

Begitulah nasib katak-katak yang kita lihat sekarang. Oleh yang demikian usah haraplah masyarakat di tempat yang diwakili oleh sang katak-katak ini untuk mendapatkan khidmat atau pembelaan dari mereka. Mereka tidak akan memikirkan nasib kalian kerana mereka tahu inilah penggal terakhir untuk mereka menjadi Wakil Rakyat, justeru itu mereka akan buat apa sahaja asalkan perut mereka akan terus buncit./wfauzdin.blogspot.com

MORAL PRESIDEN MCA, BEKAS PEMIMPIN KANAN MCA HAMPIR KELUAR PARTI

31 Mac, 2010

Lim Ah Lek Ubah Pendirian Untuk Tidak Keluar Parti

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Bekas timbalan presiden MCA Tan Sri Lim Ah Lek mengambil keputusan untuk tidak keluar dari parti itu walaupun mempunyai hasrat untuk berbuat demikian sebelum ini.

Sumber parti memberitahu Bernama bahawa Lim mengubah pendiriannya selepas dirayu oleh empat veteran parti dalam satu pertemuan selama 90 minit di sebuah hotel di sini Rabu.

Empat tokoh berkenaan ialah dua bekas presiden dua bekas presiden -- Tan Sri Ong Ka Ting dan Tan Koon Swan serta timbalan presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai dan bekas ahli Jawatankuasa Pusat (CC) Datuk Wong Mook Leong.

Lim sudah bersedia mengemukakan surat pengundurannya kepada setiausaha agung parti semalam tetapi menangguhkan niat itu selepas diminta oleh empat pemimpin veteran itu yang ingin bertemu dengannya hari ini.

"Selepas pertemuan itu, Tan Sri (Lim Ah Lek) membatalkan hajatnya untuk menghantar surat itu selepas mengambil kira implikasi negatif kepada parti itu hasil daripada tindakannya itu, " kata sumber itu.

Lim merupakan ahli seumur hidup parti itu.

Keempat-empat pemimpin itu menyatakan mungkin ramai ahli dan pemimpin akan mengikut jejak langkah Lim jika dia meninggalkan parti itu dan sekaligus menjejaskan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor akan datang.

Adalah difahamkan, Lim dalam draf suratnya telah menyatakan hasrat untuk keluar parti berikutan pemilihan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai presiden pada pemilihan baru parti itu Ahad lalu.

Dr Chua menewaskan penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat dan Ka Ting dalam pertandingan tiga penjuru merebut jawatan presiden.

Lim, ketika ditemui selepas perjumpaan itu, menjelaskan bahawa beliau setia kepada parti sejak 42 tahun dan nilai moral yang disemai oleh ibu bapanya telah melarang beliau berdamping dengan parti di bawah kepimpinan baru.

Katanya walaupun beliau boleh memaafkan atau tidak membangkitkan sama sekali skandal sex DVD membabitkan Dr Chua tetapi zaman internet tidak membenarkan masyarakat melupakan insiden itu dan ianya di luar kawalan.

Menurutnya beliau berpendapat reputasi MCA telah terjejas kerana mempunyai seorang presiden yang terbabit dalam skandal seperti itu.

-- BERNAMA

PADAHNYA PILIH SPEAKER BIDAN TERJUN YANG TIDAK TAHU APA

Nizar: Ganesan cabul Perintah Tetap Dewan
Andrew Ong
Mac 31, 10


Ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat bertindak meninggalkan dewan setelah speaker R Ganesan berulang-kali menolak permohonan mereka bagi menimbulkan peraturan dewan.

Pada sidang media kemudiannya, menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin (PAS - Pasir Panjang) berkata tindakan Ganesan tidak menghormati peraturan dewan.

“Kita bertalu-talu minta supaya Perintah Tetap dihormati. Tetapi kita lihat ia dilacur dan diliwat oleh Ganesan dan Umno-Barisan Nasional,” kata Nizar.

"Perintah Tetap bukan sahaja diabaikan tetapi tidak digunakan sebagai panduan untuk perjalanan dewan,” tambah beliau.

Menurut
Nizar, wakil rakyat Pakatan dinafikan hak mereka sebahgai ahli dewan undangan negeri.

Pada sidang pagi ini, Nga Kor Ming (DAP - Setiawan) cuba membangkitkan Peraturan 3, 4 dan 6 bagi mencabar kesahihan Ganesan sebagai speaker.

Kata Nga, Peraturan Tetap mensyaratkan bahawa pelantikan speaker baru hanya boleh dibuat jika berlaku keksongan dan ia mesti dijalankan menerusi pengundian.

Bagaimanapun
sebelum Nga boleh menghabiskan bacaannya mengenai Peraturan Tetap, Ganesan mencelah dan mendakwa pelantikannya pada 7 Mei tahun lalu adalah sah. Dia kemudiannya mengarahkan Nga supaya duduk.

Ganesan kemudian bertindak menutup mikrofon Nga dan meneruskan sidang dengan sessi soal-jawap.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata tindakanpembangkang yang menimbulkan kekecohan serta bertindak keluar beramai-ramai itu seperti sudah dirancang dari awal.

“Ini boleh dilihat daripada tindakan sebahagian besar mereka yang berpakaian serba hitam dan membawa poster dalam dewan. Pembangkang cuba jadikan DUN sebagai kandang dan tempat demonstrasi," katanya pada sidang media berasingan.

Pada sidang pagi tadi, adun Rungkum, Datuk Shaarani Mohamad mencadangkan kepada dewan agar memohon kepada Sultan Perak bagi menarik semula gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepada Nizar dan 'Datuk' kepada Datuk Ngeh Koo Ham (Sitiawan)./Malaysiakini

Rabu, 31 Mac 2010

BUAT PENDUDUK HULU SELANGOR, BERSEDIA DAN JANGAN TERPERANJAT

(Gambar Hiasan)
Hantu Raya juga boleh menoreh....

(Gambar Hiasan)
Kadang-kadang Hantu Raya berbuat baik....tapi....
Oleh: WFAUZDIN NS

BERTUAH sungguh orang-orang yang menetap di kawasan Hulu Selangor tidak berapa lama lagi. Meskipun mereka masih berada di dalam kesedihan di atas pemergian Wakil Rakyat mereka ke Rahmatullah baru-baru ini, tetapi takdir itu membawa seribu rahmat buat masyarakat di Hulu Selangor. Mahu tidak mahu Pilihanraya Kecil terpaksa diadakan. Seperti biasa, mana-mana kawasan yang berlaku Pilihanraya Kecil pastinya akan dilimpahi kemewahan yang tidak disangka-sangka.

Cuba sebut satu sahaja kawasan yang diadakan Pilihanraya Kecil yang tidak dilimpahi kemewahan secara tiba-tiba? Semua penduduk akan merasai betapa nikmatnya hidup sepanjang tempoh kempen diadakan. Bagi yang lelaki, mereka boleh minum teh tarik dan makan roti canai di warung atau restoren tanpa perlu membayar kerana akan ada `Sipemurah' akan membayarnya. Mereka tidak perlu lagi bekerja di ladang getah kerana akan ada `hantu raya' tolong torehkan getahnya seperti yang berlaku semasa Pilihanraya Kecil Dun Manek Urai yang lepas. Bagi suri-suri rumah pula, mereka boleh lah duduk menonton TV sepanjang hari kerana akan hadir `Puteri-Puteri' dari kayangan berpakaian serba `pink' tolong membasuh kain, menyapu halaman rumah hatta tolong dodoikan anak-anak mereka.

Di saat menjelang pilihanraya nanti, dari sekarang jika rumah anda ada sikit-sikit bocor atap atau dinding rumah reput, lebih baik buangkan terus. Jangan khuatir, atap rumah anda dan dinding rumah anda akan ditukar dengan yang baru. Bayaran? Tidak perlu, anda cuma perlu ikatkan bendera logo keris telanjang tanpa sarung atau dacing baghdad berkarat tu pada tiang-tiang rumah anda. Tidak percaya? Cuba tanya orang-orang Manek Urai atau orang-orang di Bukit Gantang dan Permatang Pauh.

Tapi mereka mungkin silap apabila berdepan dengan masyarakat di Hulu Selangor ini. Jika di Kelantan, rakyat di sana telah diajar petua oleh Tuan Guru Nik Aziz bagaimana untuk berdepan dengan `hantu-hantu raya' yang boleh merupa-rupa ini. Di Kelantan mereka mengamalkan petua, "beri gula, kacau, beri kain, sarung, beri duit, ambil....undi tetap PAS". Hasil dari petua ini Kelantan selamat berpuluh tahun. Petua di Kelantan boleh digunakan di Hulu Selangor sekiranya kita ingin melihat `hantu-hantu raya' ini diperbodohkan. Telah lama orang-orang Melayu diperbodohkan oleh `hantu-hantu raya' yang boleh merupa berbagai rupa ini, kini tiba pula waktunya kita perbodohkan mereka pula.

Mereka ini tiada kekuatan apa-apa kecuali umpan duit, guna jentera kerajaan dan media pencacai mereka. Jangan pelik mulai sekarang kita akan mendengar beratus-ratus orang ahli PR keluar dan menganut `mazhab' Umno/Bn. Di Hulu Selangor nanti akan dimainkan lagu-lagu lama kitaran semula. Menteri-menteri akan datang setiap hari untuk merasmikan bangunan, projek, program hatta perasmian tandas awam pun akan ada menteri yang turun siap siaran langsung oleh TV. Anda jangan sangka negara kita ingin berperang atau huru hara apabila anda melihat beberapa tempat didirikan khemah-khemah Polis.

Mudah-mudahan penduduk-penduduk di Hulu Selangor tidak dirasuk oleh `hantu-hantu raya' ini. Persetankan jenis atau bangsa apa `hantu-hatu raya' ini samada berkulit sawo matang mahu pun berkulit gelap kerana `hantu raya' tetap `hantu raya' yang sentiasa ingin menipu./wfauzdin.blogspot.com

UMNO-MCA GAGAL LAGI

Oleh: ruhan

"KPI UMNO-MCA merudum lagi. Kemenangan Soi Lek bukan sahaja mendapat reaksi negatif dalam negeri malahan juga luar negeri. Sebab utamanya ialah individu yang dipilih menjadi Presiden MCA itu tidak bermoral dan terbukti sebagai kaki seks. Seluruh dunia mengetahuinya.

Walaupun UMNO lebih suka Ka Ting menang tetapi ahli-ahli MCA tidak percaya kepada kewibawaannya. Dialah yang menjadi punca awal perpecahan MCA. UMNO memang tidak suka Tee Kiat yang selalu lawan taukeh itu menang dan kebetulan ahli-ahli MCA pun mencurigainya.

Mereka tiada pilihan. Pilihan yang ada hanyalah Soi Lek walaupun peribadinya rosak teruk. Alasannya ialah siapa yang tidak pernah berbuat salah dan dia sudah pun mengaku. Dah cukup baguslah tu.

Imej buruk Soi Lek akan menghantui kepimpinan MCA selepas ini. Sudah wujud golongan yang tidak menyokongnya sebaik-baik sahaja dia menang. Nampaknya pemilihan semula itu sia-sia sahaja. MCA tidak akan kembali bertaut dan terus lemah. BN pada keseluruhannya akan dipandang jengkel kerana merelakan orang yang tidak bermoral menerajui tampuk kepimpinan parti. Bertambahlah pakej buruk dalam BN. Mereka ada ketua menteri yang rasuah. Mereka ada ketua pemuda yang rasuah. Mereka ada bekas ketua bahagian yang rasis dan kemungkinan besar mendapat semula jawatannya. Najib ada pegawai khas yang hina orang Cina dan India bagi mengesahkan konsep 1 Malaysia hanya retorik murahan.

Soi Lek hanya mendapat 901 undi. Apabila dicampur undi Tee Kiat (833) dengan undi Ka Ting (578), jumlahnya jadi 1 411. Hakikatnya lebih ramai orang yang tidak sokong Soi Lek walaupun dia menang. Inilah kelemahan demokrasi. Orang yang lebih ramai tidak disukai muncul sebagai pemenang. Kita tahulah apa yang akan berlaku dalam MCA untuk masa-masa mendatang. Kacau-bilau akan berterusan dan memberi advantage kepada Pakatan Rakyat.

UMNO-MCA gagal lagi. Semuanya berjalan tidak ikut perancangan. Tidak ada yang selesai dalam BN. Kewibawaan Najib semakin pudar di mata rakyat Malaysia. Yang semakin terserlah di mata rakyat ialah laku perbuatan mereka yang serakah. Ke mana hilangnya RM52 bilion saham yang diperuntukkan kepada Bumiputera? Siapa yang songlap? Mengapa UMNO bersahabat baik dengan Yahudi? Mengapa sistem komunikasi secara menyeluruh di negara kita dikawal selia oleh syarikat orang Yahudi?

Kejelekan wajah UMNO-MCA turut memaliti BN secara menyeluruh. Labu yang dibaiki oleh tikus tidak mungkin jadi baik. Sebab itu Dr. Mahathir kata UMNO sudah busuk hingga ke ususnya. Pernyataan ini memang tepat dan tidak dapat disangkal lagi!!!

/Sumber: http://bilahrotan.blogspot.com

BLOG PENCACAI UMNO BERPERANG SESAMA MEREKA DEMI KJ

Thursday, March 18, 2010

Saya ada terbaca kesah Parpukari yang begitu membenci Khairy Jamaluddin sehingga tahap gaban dan kini tertekan dengan bloggers yang pro Khairy kerana mereka telah mendedahkan betapa Parpukari ini menulis kerana wang. Baca ini tajuknya - KJ MAHU BUNUH PM DENGAN BLOG PENCACI NYA. Kami bukan lah bodh macam itu Paprukari macam kamu mahu bunuh KJ tak mati mati juga sehingga tertekan sekarang dan sanggup buat blog ini Baca ini dan sanggup tuduh kami yang buat. Buruk perangai paria ni. Baca lagi...

KHIR TOYO MAHU MIC JADI CALON DI HULU SELANGOR

Hulu Selangor hak MIC

SHAH ALAM - Tidak wajar UMNO meletakkan calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kerana secara tradisinya kawasan itu diwakili calon MIC, kata bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Menurutnya, keadaan itu termaktub melalui persefahaman antara parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan perkongsian kuasa dan cadangan itu tidak perlu dipertimbangkan.

“Saya fikir ia tidak wajar dipertimbangkan memandangkan kawasan tersebut diberi kepada MIC dalam konsep persefahaman dan perkongsian kuasa antara kaum.

“Tiada siapa pun mahu kalah tetapi apa erti kemenangan jika prinsip ikat- an persefahaman antara kaum yang dibina sejak 1957 dimusnahkan begitu sahaja hanya kerana mahu menang satu kerusi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Isu calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor timbul apabila Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mencadangkan timba- lannya, Datuk G Palanivel sebagai calon di kawasan yang pernah diwakilinya selama tiga penggal sebelum ini.

Pada masa sama, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib turut disebut-sebut sebagai calon pilihan.

Kerusi Ahli Parlimen Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat barah otak, minggu lalu.

Menurut Dr Khir, sekiranya ia berpegang kepada prinsip ikatan antara kaum pengundi BN akan memperoleh kemenangan seperti dalam pilihan raya kecil Ijok 2007 lalu.

Beliau berkata, BN perlu meletakkan calon dari komponen MIC yang bukan sahaja popular di kalangan pengundi India tetapi berupaya meyakinkan pengundi Melayu dan Cina bahawa mereka juga akan mendapatkan perkhidmatan yang terbaik daripadanya.

Beliau percaya jika wakil rakyat bukan UMNO dari komponen lain memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua kaum, pengundi Melayu tiada masalah untuk mengundi sesiapa calon BN.

“Masalah kepada sebahagian wakil rakyat bukan Melayu BN di kawasan majoriti Melayu ialah mereka membiarkan hanya UMNO ke hadapan dalam kawasan pengundi Melayu.

“Ini menyebabkan pengundi Melayu rasa kecil hati dan berpendapat wakil rakyat bukan Melayu daripada BN tidak mempedulikan mereka dan di sinilah timbul suara-suara mahukan wakil rakyat Melayu,” katanya./Sinar

Selasa, 30 Mac 2010

Najib Gentar Hadapi Sidang Tergempar Parlimen

30 Mar 10

Dari TV Selangor

Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan tuntutan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap pertuduhan konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, memang dijangka.

Ini mengesahkan ketakutan Najib dalam mendepani hujah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat jika sidang tergempar itu menjadi realiti, sebaliknya Najib lebih rela bermuka-muka apabila berdepan pimpinan masyarakat antarabangsa.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang juga Naib Presiden PAS menyifatkan keengganan Najib itu menunjukkan Perdana Menteri itu sanggup berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.

“Tetapi persepsi orang melihat ini konspirasi politik yang membabitkan dirinya sendiri. Membabitkan Najib sendiri. Dia sudah tentu la akan membuat penafian. Mana ada seorang pencuri mengaku pencuri?

“Dia akan bersumpah dengan nama Allah. Dengan menjunjung Quran di masjid dan sebagainya. Dia takkan mengaku,” katanya kepada TV Selangor.

Beliau menganggap sidang tergenpar itu sebagai perkara yang wajar kerana negara dilanda krisis kepercayaan baik masyarakat dalam negara mahupun antarabangsa.

“Jadi, sepatutnya ada satu sidang khas untuk membincangkan perkara ini. Ini bukan lagi perbicaraan yang berasaskan undang-undang tapi perbicaraan ini berasaskan kepada konspirasi politik.”

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang mencadangkan sidang tergempar itu pula menyifatkan keengganan Najib itu, menyebabkan Parlimen Malaysia langsung tiada ketetapan dalam isu yang menarik perhatian dunia itu.

“Tapi kita semua tahu ini adalah satu isu politik. Sebab itu ia dapat penumpuan perhatian bukan sahaja rakyat malaysia tetapi masyarakat anatarabangsa,” kata Penasihat DAP itu.

CALON PR DI HULU SELANGOR - JANGAN LETAKKAN `BERUDU' SEBAGAI CALON

Aku sanggup melutut padamu kerana aku adalah Pendekar Silat Pulut....maka calonlah aku!!

Oleh: WFAUZDIN NS


SAYA telah umumkan awal-awal lagi, blog saya ini menyokong Us Dr Badrul Amin sebagai calon PKR mewakili PR di dalam PRK Parlimen Hulu Selangor tidak lama lagi. Setakat ini pengunjung-pengunjung blog saya meletakkan Us Dr Badrul Amin sebagai pilihan utama mereka, dan saya juga mendapati pilihan yang sama telah dibuat oleh pengunjung-pengunjung website Tranungkite.net. Kita tidak tahu samada pimpinan di dalam PKR mengambil kira sokongan yang kita telah berikan ini. Namun demikian, kita serahkan saja perkara ini kepada pimpinan PKR dan PR untuk menentukannya. Apa yang penting, kita tidak mahu lagi pimpinan meletakkan `berudu' sebagai calon yang bila-bila masa akan menjadi `katak'.
Justify Full
Kita rela kalah di dalam perebutan kerusi ini daripada kita menang kemudiannya kerusi tersebut di`lacur'kan. Rakyat Hulu Selangor ingin memilih pemimpin yang sanggup berjuang, susah dan senang bersama rakyat bukannya seorang `pelacur' murahan seperti yang telah ada beberapa ekor sekarang ini. Rakyat di negeri Selangor bukan seperti kebanyakan rakyat di Melaka yang masih senang serta selesa berada di bawah KM yang pernah terlibat di dalam `rasuah politik'. Kecerdikan rakyat Selangor menilai pemimpin itulah yang menyebabkan Khir Toyo `disapu' oleh `penyapu'nya sendiri.

Apakah selepas pilihanraya ini nanti DS Anwar terpaksa memohon maaf lagi kepada pengundi kerana tersilap memilih calon? Perkara yang lepas biarlah lepas, dan kita sedar ketika itu DS Anwar dan pimpinan masih belum belajar mengenali kawan dan lawan. Jika Tuan Guru Nik Aziz pun terkhilaf apabila merestui raja katak sebagai calon di Pasir Mas, apa lagi lah DS Anwar. Itu semua sejarah yang banyak mengajar kita. Kadangkala terlalu berbaik sangka memakan diri juga. Jadi, siapakah calon yang terbaik untuk kita letakkan berdepan dengan Umno nanti? Saya berani berkata bahawa Umno adalah lawan yang akan berdepan dengan kita kerana kita arif sangat dengan Umno ini. Umno tidak akan menghormati kawannya lagi bila kawannya sudah lemah. MIC sudah lemah dan pastinya Umno tidak akan berharap lagi dengan parti Samy Vellu itu.

PKR mestilah meletakkan calon yang telah terbukti berjuang dan bersusah payah begitu lama demi parti. Calon tersebut mestilah telah diuji dengan berbagai kesusahan dan penderitaan bukannya yang masuk tanpa merasai perit dan jerihnya menaikkan nama parti. Kita mahukan calon tersebut dikenali ramai pengundi di Hulu Selangor dan mempunyai rekod yang baik. Majoriti pengundi di Hulu Selangor adalah Melayu Islam, dan tentunya ramai pengundi di situ adalah terdiri dari penyokong-penyokong PAS yang sebelum ini membantu kemenangan calon PKR yang telah pun kembali ke Rahmatullah. Oleh yang demikian, calon yang bakal dipilih oleh pimpinan PKR nanti mestilah mempunyai akhlak dan nilai-nilai agama yang tinggi.

Mari kita singkap siapakah pula bakal calon dari Umno? Jika saya orang Umno, saya pasti akan melobi untuk mencalonkan Ezam sesumpah sebagai calon. Kerana apa? Ini adalah kerana kita telah melihat bagaimana susah dan peritnya Ezam sesumpah ini berjuang mempertahankan parti pimpinan Najib sekarang. Segala ilmu pembohong, penipu, lawak termasuk sumpah-sumpahnya telah habis dikeluarkan dari dadanya semata-semata untuk memburukkan DS Anwar termasuk Tuan Guru Nik Aziz demi kerana Najib. Hinggakan modal YB Zulkifli Noordin pun Ezam sesumpah curi bila dia berkata dia pun pernah disuruh DS Anwar buat akuan bersumpah untuk libatkan Najib dalam kes Altantuya. Tidakkah bersungguh mamat sesumpah itu?

Lagi pun, Ezam sesumpah anak Selangor dan baru-baru ini baru sahaja mendapat gelaran `pendekar silat' setelah `melutut' depan Muhyiddin. Walaupun `pendekar silat pulut' pengantin, Ezam tetap pendekar buat Umno. Tanpa diminta, bukankah Ezam sesumpah ini sanggup berikan keterangan kepada pihak Polis untuk membantu YB Zul? Besar pengorbanan Ezam ini walaupun tidak sebesar banglonya atau banglo Khir Toyo. Tidak kesihankah orang-orang Umno melihat pendekar sesumpah ini tiada jawatan apa-apa dalam politik? Sekurang-kurangnya naikkan lah darjat Ezam ini lebih sedikit dari kawan-kawannya seperti Zahid Md Arip atau Roslan Kassim yang berterusan menjadi pencacai sampai ke mati itu.

Sama-samalah kita melobi Umno agar mencalonkan Ezam sesumpah agar beliau boleh menyalak dengan lebih nyaring lagi. Tetapi, jika Umno masih juga berharap pada MIC, ini menandakan Umno sebenarnya sudah pupus di Selangor. Tidak dapat dibayangkan betapa amarahnya Presiden Perkosa Berahim katak jika Melayu Umno tidak berani bertanding di Hulu Selangor. Kali ini yang pasti mesti ada calon bebas akan ditaja untuk memberi nyawa kepada calon pilihan Najib. Paling menyeronokkan nanti apakah kita bakal menyaksikan Umno berkempen dengan memungut sisa-sisa bangkai yang keluar dari mulut `pelacur politik' yang ada beberapa ekor itu kerana Umno sebenarnya tiada modal lagi./wfauzdin.blogspot.com

WEBSITE UMNO-REFORM JUGA PERTIKAI EZAM

Ezam bertemu Saiful Bukhari Azlan?


Written by Webmaster
Tuesday, 30 March 2010
Image
Tulisan Nazree Yunus - Mantan Pengerusi Gerak


Ezam terus diasak oleh anak didiknya Nazree Yunus, Mantan Pengerusi Gerak dalam blognya http://minda-pemuda.blogspot.com/ Anak didik Ezam Mohd Nor dalam tulisannya banyak menentang Ezam dalam isu khususnya mengenai tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim dan isu Ezam mempersoalkan keislaman Nik Aziz. Setakat ini Ezam dan blog-blog sokongannya seperti http://medan-info-kita.blogspot.com masih gagal menjawab apa yang telah dilemparkan oleh Nazree Yunus dalam isu sama ada Ezam percaya atau tidak dengan tuduhan Saiful dan tuduhan sebelum itu Azizan Abu Bakar.

Ezam dalam membina kekuatan untuk menyerang dan terus menyerang Anwar Ibrahim – mendapat lawan baru – anak didik beliau Nazree Yunus. Sebenarnya ramai antara mereka yang sebelum ini di bawah Ezam – bangkit menentang Ezam. Antara yang bangkit menjadi perisai kepada Anwar Ibrahim adalah Badrul Hisham Shahrin yang dahulu juga antara mereka yang membantu menubuhkan Gerak. Sampai bila Ezam harus berdiam? Adakah desakan untuk Ezam tidak di pedulikan. Namun serangan keras Nazree Yunus setakat hari ini – mampu mencabar kedudukan Ezam dalam UMNO. Adakah benar Ezam bertemu Saiful Bukhari Azlan – Ezam perlu jawab./Umno-reform2

AJK UMNO Bahagian Tanah Merah ditangkap khalwat

TANAH MERAH - Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi maksiat yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah bersama lapan anggota penguat kuasa yang diketuai oleh Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail serta ahli Rukun Tetangga (RT) kawasan setempat.

Difahamkan semasa kejadian, penguat kuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguat kuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedang berkemban.

“Dia bersama pasangannya itu dibawa ke pejabat JHEAIK jajahan ini untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.

“Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi yang sama pihak berkenaan juga berjaya menahan seorang lelaki dan wanita berdua-duaan di sebuah bilik hotel lain.

Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.

Nik Zuhdi berharap agar masyarakat sentiasa memberi kerjasama dan membantu pihak JHEAIK bagi menangani gejala maksiat.

“Kerjasama daripada orang ramai bagi menghindari perbuatan ini dari berleluasa amat diperlukan dan diharapkan gejala ini dapat ditangani bersama,” katanya. /SinarJustify Full

Isnin, 29 Mac 2010

PEMIMPIN INI JELAS TERBUKTI DAN MENGAKU SEKS ORAL, MENGAPA TIDAK DIDAKWA SEPERTI ANWAR?

Sankara: AG mendakwa secara tak 'jujur & telus'
Mac 29, 10


Peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini didakwa sebagai 'tidak jujur' dan tidak telus dalam tugasnya mendakwa ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kes liwat.

Peguam Anwar, Sankara Nair dalam satu kenyataan medianya mempersoalkan mengapa tidak ada tindakan diambil ke atas seorang bekas menteri kesihatan yang telah mengaku terbabit dalam seks oral.

Sankara tidak menamakan pemimpin BN itu tetapi menamakan beliau sebagai pemimpin yang baru memenangi jawatan presiden partinya itu.

DVD membabitkan bekas menteri kesihatan itu tersebar sejak dua tahun lalu. Ia menunjukkan beliau mengadakan perhubungan seks di luar tabie dengan seorang wanita. Dia juga telah mengakui bahawa dia adalah watak utama dalam video itu.

“Malah, seks oral sama ada dengan atau tanpa kerelaaan tidak ada bezanya dengan seks melalui dubur dan ia dengan jelas boleh didakwa menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang mana Anwar kini didakwa.”

Sankara ju
ga berkata beberapa laporan juga telah dibuat ke atas pemimpin itu tetapi peguam negara memilih untuk tidak bertindak.

“Ini adalah diskriminasi dalam bentuk yang paling tinggi dan bukti jelas bahawa AG adalah berat sebelah. Justeru, saya menggesa AG agar menggugurkan dakwaan yang dikenakan ke atas Anwar.”

Sankara juga menambah:“AG dikehendaki oleh undang-undang menurut Artikel 8, Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa semua orang adalah setaraf di bawah undang-undang dan berhak mendapat perlindungan.”/Malaysiakini

Dr Halili calon PKR di Hulu S'gor?


Mac 29, 10 5:28pm

PKR Cabang Hulu Selangor akan mencadangkan tiga nama sebagai calon parti itu bagi menghadapi BN dalam pilihan raya kecil di parlimen tersebut tidak lama lagi.

Dua daripadanya, naib ketua cabang Razali Mokhtar dan bendaharinya Dr Halili Rahmat. Seorang lagi masih belum ditentukan.

Nama-nama tersebut dijangka akan diserahkan kepada ibu pejabat PKR tidak lama lagi.

Razali merupakan seorang jurutera, berumur sekitar 40-an dan merupakan anak tempatan.

Manakala Dr Halili pula merupakan seorang pakar bedah saraf dan mempunyai hubungan dengan keluarga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anak kelahiran Ulu Yam itu pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 dan 2004, tetapi tewas kedua-duanya.

Berdasarkan pengalaman dan hubungan yang rapat dengan keluarga Anwar. Dr Halili dijangka mempunyai peluang yang lebih cerah untuk dipilih./Malaysiakini

MIC AKAN BOIKOT PRK HULU SELANGOR ?

Gempar!!! Seperti yang telah dijangka , MIC sememangnya akan menunjukkan belang apabila sudah tidak tahan lagi dengan kepimpinan UMNO Najib yang menekan parti komponen MIC apabila telah memberitahu kepada Samy Vellu untuk memberi laluan kepada calon UMNO.

Samy Vellu yang dikenali sebagai penakut dan takde telo dalam membidas pimpinan UMNO menerima keputusan Najib setakat ini.Cuma yang tidak boleh menahan kemarahan adalah Palanivel yang berang dengan sikap penakut Samy Vellu.

Ini ditambah pula dengan sikap berat sebelah Najib yang memberi lebih banyak perhatian kepada parti serpihan bekas pemimpin HINDRAF yang senantiasa dicaci oleh akar umbi UMNO tetapi diberi tempat oleh Najib berbanding MIC sendiri yang sudah berpuluh tahun berjuang untuk BN.

T.Manoharan , iaitu Ketua Pemuda MIC nampaknya telah menunjukkan belang apabila telah turun bertemu dengan beberapa Ketua Pemuda MIC Negeri untuk melakukan desakan berterusan kepada Najib sekiranya calon MIC tidak dibenar bertanding.Ditambah dengan sikap Samy Vellu yang 'Yes Man'

Ini semua catur politik Palanivel yang telah banyak memberi dana kepada Manoharan dulu sewaktu dia ingin menjadi Ketua Pemuda.Antara bukti jelas yang membuat T.Manoharan akan meledak habis-habisan dengan beberapa Ketua Pemuda MIC Negeri yang sehaluan dengan Palanivel adalah;

1.Pembabitan Human Rights Party yang dikepalai oleh Uthayakumar diberi perhatian lebih oleh Najib berbanding MIC sendiri.

2.Dalam satu mesyuarat tertutup BN , Muhyiddin pernah menyatakan yang MIC sudah tidak ada pengikut baik dari segi struktur cawangan hingga ke bahagian sudah tidak ada ahli aktif.Yang tinggal hanyalah kepimpinan pusat yang rata-rata membenci Presiden MIC.

3.MIC sememangnya tidak sebulu dengan Makkal Sakti Party ataupun Human Rights Party.

4.T.Manoharan telah mengatur beberapa Pemuda MIC untuk bangkit menentang keputusan Najib sekiranya MIC tidak diberi kerusi.

http://www.tawanmalaysia.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=107:mic-boikot-pilihanraya-kecil-hulu-selangor&Itemid=53


BEKAS MB PERAK IKTIRAF SPEAKER SIVAKUMAR ?

YB Dato' Seri Tajol Rosli, Adun BN Pengkalan Hulu yang juga mantan Menteri Besar Perak mengiktiraf YB Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah. Melalui surat jawapan kehadiran beliau kepada Speaker Sivakumar dalam sidang DUN pada 30 Mac ini yang difaxkan ke pejabat Sivakumar membuktikan Sivakumar adalah Speaker yang sah negeri Perak, bukan sahaja melalui surat yang difaxkan, malahan pegawai Tajol Rosli juga mengubungi Sivakumar bertanyakan samada surat jawapanter sebut telah diterima atau belum. Perkara ini didedahkan oleh Sivakumar dalam sidang akhbar yang diadakan pagi ini di pejabat Sektetariat PR Negeri.

Dengan pengiktirafan ini, Zambry dan Ganesan serta BN Perak menerima tamparan hebat apabila anggota BN bahkan bekas Menteri Besar Perak turut mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Tidak mungkin Tajol Rosli tersalah hantar surat jawapan, kerana surat panggilan sidang DUN Perak tersebut jelas menggunakan nama dan ditandatangani oleh Sivakumar.

Ini juga boleh jadi satu isyarat yang UMNO dan BN Perak sedah menghadapi permasalahan dalam, dari sumber yang rapat dengan UMNO BN Perak, dikatakan 11 bahagian UMNO seluruh Perak tidak bersetuju dengan Zambry, kerana tindakan-tindakan Zambry sebagai pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan juga Menteri Besar dilihat begitu angkuh dan sombong. Beliau bukan sahaja angkuh dan sombong kepada pembangkang malahan kepada UMNO-UMNO bahagian juga bersikap angkuh dan sombong.

Tajol Rosli sebagai orang lama dalam UMNO Perak, bekas Pengerusi Perhubungan dan juga bekas Menteri Besar Perak kelihatan dipinggirkan oleh Zambry, jasanya dalam memimpin UMNO Perak seolah-olah tidak dihargai. Menurut sumber Zambry hanya mementingkan orang-orangnya sahaja. Sikap Zambry ini sudah tentu mengecilkan hati Tajol Rosli.

Atau Tajol Rosli sememang berpegang kepada prinsip dan peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Perak. Sangat jelas, pemilihan Ganesan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei yang lalu bertentangan dengan Perintah Tetap. Kes ini pula belum diputuskan oleh Mahkamah siapa Speaker Perak yang sah. Kalau itulah pegangan Tajol Rosli, kita wajar hormati sikap YB Pengkalan Hulu ini dan wajib Adun-adun BN yang lain menghormatinya dan mengikut jejak langkah Tajol Rosli yang mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah.

Sumber:
http://misabah.blogspot.com/2010/03/tajol-rosli-iktiraf-sivakumar-sebagai.html

Ahad, 28 Mac 2010

EZAM PUN DISUMPAH SAMPAI MELUTUT...

Akulah raja!! raja apa? raja sesumpah....aku berani, hatta menyembah Muhyiddin...

Jawabnya mudah...saya kata mana ada orang masuk umno ikhlas berjuang...

Siapa kata...Ezam raja sesumpah yang kata...bukan saya yang kata..
Buktinya apa? Cuba anda tonton Video ini.



Zahid Md Arip mantan cucu Ghafar Baba pernah berpantun...

" Kapal layar belayar sudah...
Tertulis dalam lipatan sejarah...
umno dulu haram sudah...
umno kini haram jadah...

Maknanya Zahid, Ezam, Lokman Nor Adam, Roslan Kassim, Hanapiah Man, Ghani Haron, Nazmi, Sd Johari, Hamdan Taha termasuk yang terbaru Fairus semuanya haram jadah rupanya..bukan saya kata, tetapi Zahid Md Arip yang kata../chegubard.blogspot

MENGAPA DIA CIUM KERIS TAK CIUM KATAK ?

Jommm...kita cium katak nihhh...

Tersebutlah kisah PERKOSA punya pertubuhan bersidang. Katanya berjuta orang Melayu yang `me-layu-layuan' telah hadir persidangan tersebut. Ada yang kata pertubuhan tersebut asalnya ingin diberi nama `Pertubuhan Katak-Katak Se Malaysia' atau rengkasnya P.E.R.K.A.S.A., tapi tidak diluluskan kerana jijik benar namanya walaupun Presiden pertubuhan tersebut memang lama dilihat jijik. Maka, arakian dijemputlah seorang tua bekas kaki fitnah datang untuk merasmikan PERKOSA.

Gegak gempita dalam dewan persidangan hari tu dengan bunyi-bunyian berbagai irama dari spesis katak dan orang Me`layu' yang kelayu-layuan di situ. Persidangan tersebut buat usul, di antaranya;

- Kekalkan akta zalim ISA.
- Pertahankan Islam.

Aduhh...dua usul yang saling bercanggah. Akta ISA yang hukum orang tanpa bicara nak sokong juga, dalam masa yang sama hendak pertahankan Islam. Betul ke tak betul otak mereka yang bersidang tu? Semenjak bila Islam boleh menghukum orang tanpa bicara? Biarkan je lah, spesis katak mana tahu hukum.

Lepas tu, hasut pula orang jangan percaya sangat kat media Malaysiakini. Sokonglah Utusan Meloya !! Lagi nampak tak betul otak puak-puak ni. Lagi melucukan, suruh orang jangan percaya Malaysiakini dan gelar salah seorang penulis Malaysiakini sebagai `dajal', tapi dalam akhbar edisi pertama PERKOSA dipetik pula beberapa artikel dari Malaysiakini termasuk penulis `dajal' itu. Sahih, memang tak betul otak puak-puak ni.

Muka tak malu Presiden PERKOSA ni mula perasan dah kuat. Dia kata, kalau nak menang pilihanraya jangan bermusuh dengan PERKOSA. Wah!!! hebat PERKOSA ni. Ingat tu Umno amaran dari raja katak Presiden PERKOSA tu. Taatlah kamu wahai Umno kepada PERKOSA sebagaimana taatnya kamu kepada kedua orang tuamu!! Tak ada rasa malu ke raja katak tu berkata demikian? Sedangkan kerusi wakil rakyat yang dia duduk itu pun orang sedekah kat dia semasa dia tengah `fakir' dulu selepas kena sepak dari Umno dalam keadaan mengaibkan. Tiba-tiba pulak kata nak menang pilihanraya jangan bermusuh dengan PERKOSA!! Kerusi dia tu nanti berapa lama je boleh tahan, tengoklah rakyat Kelantan kurung kat mana katak ni nanti.

Akhir sekali apa tindakan penting yang dibuat oleh PERKOSA selepas bersidang? Berpakatlah beberapa ekor katak bodoh ni pergi melawat ke balai-balai Polis buat laporan terhadap Anwar. Itulah yang sebenarnya perjuangan PERKOSA. Tak libatkan Anwar tak nampak pulak berani dan gagah puak-puak tu. Sebelum buat laporan Polis ke atas Anwar, raja katak berselindang ini pun mencium keris telanjang berkali-kali. Aku ingatkan dia mencium katak sebagai simbol perjuangan Pertubuhan Katak-Katak Se Malaysia. Kesihan....masih ada lagi Melayu yang Me`layu' zaman sekarang ni kan. /mandor.blogspot.com

BELUM MASA UNTUK ZAID JADI CALON, US BADRUL AMIN CALON TERBAIK

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA bukan anti Dato' Zaid Ibrahim, malah saya turut hadir apabila mendengar Dato' Zaid Ibrahim akan hadir berceramah di Markas PAS, Taman Tas, Kuantan baru-baru ini. Itu lah kali pertama saya dapat mendengar beliau berceramah semenjak beliau menyertai PKR. Meskipun beliau kelihatan `cool' di dalam ceramahnya, tetapi sebagai seorang politikus yang penuh pengalaman dan mempunyai banyak rahsia tentang Umno partinya dahulu, ceramah beliau tidak membosankan.

Khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa Dato' Zaid adalah bakal calon dari PKR untuk bertanding di dalam PRK Parlimen Hulu Selangor yang akan diadakan tidak berapa lama lagi. Dari segi kelayakan, tidak dapat dinafikan Dato' Zaid layak untuk bertanding di kerusi tersebut apatah lagi beliau adalah penjawat jawatan penting di dalam PKR dan juga mempunyai peranan besar di dalam PR. Namun pada pendapat saya, dari segi strategi meletakkan Dato' Zaid di kerusi yang majoritinya Melayu Islam di kawasan tersebut kurang bijak. Mungkin, beliau mampu untuk mencuri undi dari pengundi-pengundi Non Muslim di situ tetapi belum mencukupi untuk PKR mengekalkan kerusi berkenaan.

Di saat PKR kini sedang berhadapan dengan masalah beberapa MP yang telah melompat keluar dari parti, sudah tentunya bukan sedikit yang merasa sangsi dan ragu-ragu dengan calon pilihan PKR selepas ini. DS Anwar juga berjanji akan lebih berhati-hati dengan pemilihan calon selepas peristiwa `menyakit'kan itu melanda parti. Pada pandangan saya, mereka yang banyak meragui ketepatan pimpinan PKR memilih calon adalah dari penyokong-penyokong PAS. Kita tidak boleh merasa kecil hati jika mereka meragui sedemikian rupa kerana terbukti bukan sedikit yang `khianat' kepada undi yang mereka berikan. Ini bukan bermakna saya mencurigai Dato' Zaid Ibrahim tetapi kadangkala persepsi umum boleh membuatkan kita kehilangan undi.

Dato' Zaid Ibrahim boleh dikatakan masih `muda' dan belum cukup masak di dalam PKR. Beliau cuma `masak' di dalam politik. Saya merasakan Dato' Zaid perlu diberi peluang menunjukkan komitmennya yang lebih jitu lagi di dalam PKR sebelum dipilih sebagai calon. Sejarah lampau beliau memerlukan beliau lebih banyak masa untuk meyakinkan rakyat bahawa beliau sudah bersedia untuk melaksanakan dasar dan prinsip PKR dan PR. Mungkin kerusi yang sesuai untuk diwakili oleh beliau adalah di Kelantan pada Pilihanraya Umum akan datang kerana rakyat Kelantan mempunyai kebolehan berpolitik yang matang. Mungkin Parlimen Pasir Mas yang kini dihuni oleh `katak' boleh diganti dengan Dato' Zaid Ibrahim.

Siapa calon terbaik boleh diletakkan di Parlimen Hulu Selangor nanti? Di dalam blog saya ini, setakat ini rata-rata pengunjung mahukan Ustaz Badrul Amin Baharom diletakkan sebagai calon dan Dato' Zaid pilihan kedua mereka. Saya sejak awal memang menyokong jika Us Badrul Amin menjadi calon PKR di situ. Beliau bukan sahaja seorang ilmuan Islam, tetapi juga dianggap pelopor reformis tulen semenjak awal lagi. Beliau telah diuji dengan berbagai ujian dan tekanan termasuk pernah ditahan di bawah Akta zalim ISA. Us Badrul Amin tidak pernah berkecil hati atau merajuk jika beliau tidak diberikan jawatan penting atau kedudukan di dalam kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh PR walaupun beliau adalah salah seorang calon pilihanraya yang tewas bertanding di Selangor. Beliau tetap berjuang dan terus berjuang walaupun bekas bosnya dahulu Ezam `disumpah' menjadi `sesumpah'.

Apa yang lebih penting lagi, Umno tidak mampu mencari hujah atau modal bagi memburukkan keperibadian Us Badrul Amin. Beliau mampu berhujah atas apa jua topik yang mungkin dibawa oleh Umno. Saya cukup yakin, majoriti penyokong-penyokong PAS pastinya akan menyokong dan bekerja kuat untuk memenangkan calon PKR jika Us Badrul Amin dicalonkan. Saya juga pasti bahawa Kelab Penyokong PAS akan bekerja kuat untuk beliau kerana mereka percaya ilmuan agama seperti Us Badrul Amin akan mampu memberi keadilan kepada mereka yang Non Muslim.

Umno/Bn boleh letakkan sesiapa sahaja calon mereka samada dari Umno atau MIC. Bahkan, jika Umno menurunkan mantan MB Selangor Muhammad Taib apatah lagi Ezam sesumpah, peluang untuk PKR menambah majoriti di Hulu Selangor amat cerah. Saya berharap dan mungkin ramai lagi rakan-rakan blogger juga turut berharap agar Us Badrul Amin dipilih sebagai calon di dalam PRK itu nanti. Umno terlalu mengharapkan kemenangan di kerusi tersebut untuk menunjukkan konsep `1 Malaysia' adalah benar walaupun tidak sama dengan konsep `One Israel'./wfauzdin.blogspot.com