RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 28 Mac 2010

BELUM MASA UNTUK ZAID JADI CALON, US BADRUL AMIN CALON TERBAIK

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA bukan anti Dato' Zaid Ibrahim, malah saya turut hadir apabila mendengar Dato' Zaid Ibrahim akan hadir berceramah di Markas PAS, Taman Tas, Kuantan baru-baru ini. Itu lah kali pertama saya dapat mendengar beliau berceramah semenjak beliau menyertai PKR. Meskipun beliau kelihatan `cool' di dalam ceramahnya, tetapi sebagai seorang politikus yang penuh pengalaman dan mempunyai banyak rahsia tentang Umno partinya dahulu, ceramah beliau tidak membosankan.

Khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa Dato' Zaid adalah bakal calon dari PKR untuk bertanding di dalam PRK Parlimen Hulu Selangor yang akan diadakan tidak berapa lama lagi. Dari segi kelayakan, tidak dapat dinafikan Dato' Zaid layak untuk bertanding di kerusi tersebut apatah lagi beliau adalah penjawat jawatan penting di dalam PKR dan juga mempunyai peranan besar di dalam PR. Namun pada pendapat saya, dari segi strategi meletakkan Dato' Zaid di kerusi yang majoritinya Melayu Islam di kawasan tersebut kurang bijak. Mungkin, beliau mampu untuk mencuri undi dari pengundi-pengundi Non Muslim di situ tetapi belum mencukupi untuk PKR mengekalkan kerusi berkenaan.

Di saat PKR kini sedang berhadapan dengan masalah beberapa MP yang telah melompat keluar dari parti, sudah tentunya bukan sedikit yang merasa sangsi dan ragu-ragu dengan calon pilihan PKR selepas ini. DS Anwar juga berjanji akan lebih berhati-hati dengan pemilihan calon selepas peristiwa `menyakit'kan itu melanda parti. Pada pandangan saya, mereka yang banyak meragui ketepatan pimpinan PKR memilih calon adalah dari penyokong-penyokong PAS. Kita tidak boleh merasa kecil hati jika mereka meragui sedemikian rupa kerana terbukti bukan sedikit yang `khianat' kepada undi yang mereka berikan. Ini bukan bermakna saya mencurigai Dato' Zaid Ibrahim tetapi kadangkala persepsi umum boleh membuatkan kita kehilangan undi.

Dato' Zaid Ibrahim boleh dikatakan masih `muda' dan belum cukup masak di dalam PKR. Beliau cuma `masak' di dalam politik. Saya merasakan Dato' Zaid perlu diberi peluang menunjukkan komitmennya yang lebih jitu lagi di dalam PKR sebelum dipilih sebagai calon. Sejarah lampau beliau memerlukan beliau lebih banyak masa untuk meyakinkan rakyat bahawa beliau sudah bersedia untuk melaksanakan dasar dan prinsip PKR dan PR. Mungkin kerusi yang sesuai untuk diwakili oleh beliau adalah di Kelantan pada Pilihanraya Umum akan datang kerana rakyat Kelantan mempunyai kebolehan berpolitik yang matang. Mungkin Parlimen Pasir Mas yang kini dihuni oleh `katak' boleh diganti dengan Dato' Zaid Ibrahim.

Siapa calon terbaik boleh diletakkan di Parlimen Hulu Selangor nanti? Di dalam blog saya ini, setakat ini rata-rata pengunjung mahukan Ustaz Badrul Amin Baharom diletakkan sebagai calon dan Dato' Zaid pilihan kedua mereka. Saya sejak awal memang menyokong jika Us Badrul Amin menjadi calon PKR di situ. Beliau bukan sahaja seorang ilmuan Islam, tetapi juga dianggap pelopor reformis tulen semenjak awal lagi. Beliau telah diuji dengan berbagai ujian dan tekanan termasuk pernah ditahan di bawah Akta zalim ISA. Us Badrul Amin tidak pernah berkecil hati atau merajuk jika beliau tidak diberikan jawatan penting atau kedudukan di dalam kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh PR walaupun beliau adalah salah seorang calon pilihanraya yang tewas bertanding di Selangor. Beliau tetap berjuang dan terus berjuang walaupun bekas bosnya dahulu Ezam `disumpah' menjadi `sesumpah'.

Apa yang lebih penting lagi, Umno tidak mampu mencari hujah atau modal bagi memburukkan keperibadian Us Badrul Amin. Beliau mampu berhujah atas apa jua topik yang mungkin dibawa oleh Umno. Saya cukup yakin, majoriti penyokong-penyokong PAS pastinya akan menyokong dan bekerja kuat untuk memenangkan calon PKR jika Us Badrul Amin dicalonkan. Saya juga pasti bahawa Kelab Penyokong PAS akan bekerja kuat untuk beliau kerana mereka percaya ilmuan agama seperti Us Badrul Amin akan mampu memberi keadilan kepada mereka yang Non Muslim.

Umno/Bn boleh letakkan sesiapa sahaja calon mereka samada dari Umno atau MIC. Bahkan, jika Umno menurunkan mantan MB Selangor Muhammad Taib apatah lagi Ezam sesumpah, peluang untuk PKR menambah majoriti di Hulu Selangor amat cerah. Saya berharap dan mungkin ramai lagi rakan-rakan blogger juga turut berharap agar Us Badrul Amin dipilih sebagai calon di dalam PRK itu nanti. Umno terlalu mengharapkan kemenangan di kerusi tersebut untuk menunjukkan konsep `1 Malaysia' adalah benar walaupun tidak sama dengan konsep `One Israel'./wfauzdin.blogspot.com

10 ulasan:

  1. WIRA JEBAT:
    SAYA BERSETUJU PENDAPAT INI TERUTAMA PKR MEMERLUKAN UNDI YANG DIPERLUKAN DARI AHLI PAS YANG BANYAK KECEWA AKIBAT YB2 DARI PKR MELOMPAT MASUK NAJIS SEBELUM INI.ATAS PAGAR DAH TENTU GOYAH LAGI..

    BalasPadam
  2. Saya setuju dengan pendapat saudara, tapi bukan tak suka pada Datuk Zaib Ibrahim. Memandangkan Ustaz Badrul Amin lebih lama bersama2 PKR dan sama2 berjuang dizaman reformasi, saya rasa beliau adalah calun yang terbaik dan terpulanglah kepada pucuk pimpinan PKR untuk menentukannya.

    BalasPadam
  3. ust badrol amin perlu berbaik degan dato asri mantan mufti perlis ntuk mengelak dari disabotal oleh ummno!

    BalasPadam
  4. Bahasa Ustaz Badrul Amin amat kasar dan ramai kalangan penyokong pembangkang sendiri yang tak suka stail ucapan Ustaz Badrul Amin ini. Bagi sesiapa yang belum pernah mendengar ceramah Ustaz Badrul Amin, cuba lah pasang tiga empat CD ceramah. Kita yang sokong Pakatan pun boleh sakit hati. Kes gaduh beliau dengan Ustaz Asri bekas mufti perlis pun boleh jadi isu UMNO. Elok pilih calon lain la. Kalau tak Nak Dato Zaid, pilih Chegu Bard pun ok.

    BalasPadam
  5. Pastikan bakal calon orang yang mempunyai prinsip , maruah dan iman yang kuat . Jangan tengok rupa dan fizikal saja . Takut terkena macam balachi yang menggunakan kopiah dan janggut sejemput sebagai topeng . Abdullah bin Ubay pun pernah solat di belakang Rasulullah SAW . Siap berserban , berjubah dan berjanggut panjang lagi !!!

    BalasPadam
  6. kalau nak tengok ceramah ustaz badrul amin, sila lihat di sini:http://baganutama.blogspot.com/2010/03/ustaz-badrul-amin-chelsea.html

    BalasPadam
  7. Pandangan saya ialah berikan kepada calon-calon yang sedia kaya. Jadi masalah pancing memancing tidak akan timbul. Jika dilihat trend politik di Malaysia, boleh dikatakan semua yang melompat itu mempunyai masalah kewangan.

    Benar, ia bukanlah jaminan tetapi kita harus menerima hakikat bahawa kejadian yang berlaku adalah benar disebabkan umpan kewangan yang begitu besar.

    Oleh itu, Dato' Zaid Ibrahim adalah calon yang sesuai setakat ini. Keyakinan kami kepada ustaz Badrul Amin masih lagi 50:50 kerana sejarah beliau yang meragukan. Tak perlu disebutkan keburukannya kerana ia akan memberi aib kepada beliau.

    BalasPadam
  8. Paling penting siapa yang dipilih kita akan sokong. Serah pada pimpinan tertinggi menentukan. kalau kata bergaduh pasal calon in akan mengurangkan undi. Bagi saya kalau siapa yang dipilih oleh pucuk pimpinan kita akan sokong dan mambantu habis-habisan. Perlu diingat kepada PR bahawa BN akan sehabis-habisan berkempin untuk memenangi pilihan raya kecil ini sebagai 'penentu arah' peliharan raya akan datang.

    BalasPadam
  9. jangan takut. badrul amin ni nanti akan sanggup sembah dr. asri. anwar dah politicise dah isu dr asri ditangkap. dia kira apa walaupun dr asri suruh dia bersumpah. dengan syaitan pun kita boleh berbaik, apakan pula sesama manusia.

    letak calun yang kaya bagus juga. boleh tabur duit banyak.

    BalasPadam
  10. apakah menegur Dr Asri itu satu kesalahan besar?kita perlu akui ,beliau pun pernah pada satu-satu ketika menimbulkan kekeliruan tapi tak ada yang tegur,,

    BalasPadam