RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 2 Oktober 2010

WARTAWAN `MENYAMAR' KOREK RAHSIA BTN ?

Puteri Umno: Wartawan menyamar kurang ajar
Okt 1, 10
Pergerakan Puteri Umno, membuat laporan polis berhubung tulisan yang didakwa berbentuk manipulasi oleh Malaysian Insider, lapor Umno Online.

Menurut ketua penerangannya, Nordiana Shafie, apa yang dinyatakan oleh wartawan portal berita itu, Boo Su-Lyn dalam tulisannya hanya petikan sebahagian daripada ucapan yang disampaikan oleh timbalan pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin

“Wartawan tersebut sengaja memanipulasikannya untuk membangkitkan kononnya Umno adalah parti perkauman,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi exconya Seriwani Sabtu membuat laporan polis berhubung hal terbabit di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.

“Mereka tidak beretika, tidak tahu menghormati majlis yang diadakan, dan melakukan sesuatu yang tidak wajar sebagai seorang wartawan,” jelasnya.

Dakwa Nordiana, sesi ceramah yang diadakan adalah tertutup dan pengumuman telah pun dilakukan bagi meminta pihak media keluar dari dalam dewan semasa program dialog bersama negarawan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Isnin lalu.

Kurang ajar

“Kita buat laporan polis kerana kita menafikan dakwaan yang ditulis oleh wartawan tersebut malahan semua ahli-ahli pergerakan Puteri yang hadir dalam majlis tersebut bersedia untuk menjadi saksi,” tegasnya.

Dakwa Nordiana lagi, semasa majlis tersebut, wartawan berkenaan telah berlegar-legar di sekitar dewan tetapi telah diminta keluar oleh urus setia apabila menyedari kelibat beliau.

“Lebih teruk lagi, penghinaan dilakukan apabila Boo turut menyamar dengan memakai tudung dan menyelinap masuk ke dalam majlis. Bukankah itu satu perbuatan yang kurang ajar,” katanya.

Program sehari yang yang berlangsung Isnin lalu dihadiri 1,200 ahli pergerakan itu turut melibatkan sesi ceramah tertutup yang disampaikan oleh penganalisis jenayah, Kamal Affendi dan dialog bersama mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Si sepet, si kaki botol

Mengikut portal berita itu, Hamim didakwa menghina dengan melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si sepet mata dan 'si kaki botol'.

Pegawai kanan BTN itu juga dilaporkan oleh Boo sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka.

Ini bukan kali pertama kes wartawan menyambar menimbulkan kemarahan orang ramai. Pada 8 Julai tahun lalu, dua wartawan majalah Al-Islam daripada Kumpulan Utusan Melayu yang dimiliki Umno, menyamar sebagai penganut Katholik bagi menyiasat khabar angin terdapat usaha memurtadkan gadis Islam.

Wartawan itu mengikuti upacara Kristian di dua gereja di Kuala Lumpur – termasuk memakan roti suci yang disuapkan oleh paderi dan memuntahkannya kembali untuk diambil gambar – dianggap menghina Katholik dan menimbulkan provokasi.

Namun, tiada pemimpin Umno ataupun Puteri yang tampil membidas tindakan berkenaan./Malaysiakini

MENGAPA YB AZMIN MENJADI MANGSA FITNAH?

Oleh: WFAUZDIN NS

FITNAH mula disebarkan di penghujung kempen pemilihan jawatan utama di dalam PKR. YB Azmin terus menjadi sasaran melalui fitnah yang tidak masuk akal apatah lagi datangnya dari seorang `pengkhianat' yang pernah ingin `berbogel' untuk berdemontrasi di awal pemerintahan Kerajaan PR di Selangor. Apakah pengkhianat seperti ini boleh dipercayai? Baca di sini.
Semalam YB Azmin menafikan dakwaan yang menyebut beliau melakukan konspirasi untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor. Malahan, Tan Sri Khalid juga menolak dakwaan dan fitnah tersebut. Agenda untuk melaga-lagakan YB Azmin dan Tan Sri Khalid nampaknya diperhebatkan menjelang pemilihan kali ini. Namun, semua ahli PKR yang diberi kuasa memilih nampaknya tidak sebodoh yang disangka. Kewibawaan YB Azmin yang sentiasa komited dengan perjuangan di dalam PKR tidak lagi boleh dinafikan.

Mana mungkin YB Azmin menjadi terlalu bodoh untuk melakukan konspirasi sedemikian rupa semata-mata untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid. Ramai yang mendakwa YB Azmin adalah `anak emas' DS Anwar Ibrahim, dan jika itu dakwaan mereka maka perlu apa YB Azmin bersusah payah `mengupah' lelaki yang suka `berbogel' itu untuk menjalankan konspirasi terhadap Tan Sri Khalid? Bukankah lebih senang YB Azmin mendapatkan kerusi MB Selangor dengan hanya memujuk DS Anwar sahaja? Masakan DS Anwar tergamak menolak permintaan YB Azmin itu jika benar YB Azmin adalah `anak emas' beliau.

Fitnah seterusnya ada yang menyebut bahawa DS Wan Azizah amat tidak menyukai YB Azmin untuk menjadi Timbalan Presiden PKR. Begitu juga dengan YB Nurul Izzah. Ini semua dakwaan tidak berasas sama sekali. Jika DS Wan Azizah atau YB Nurul Izzah tidak menyokong YB Azmin, itu adalah perkara biasa di dalam amalan demokrasi tetapi menyebut bahawa DS Wan Azizah dan YB Nurul Izzah `membenci' atau anti YB Azmin itu adalah fitnah jahat. Tiada sebab untuk Presiden dan anaknya itu membenci YB Azmin.

Saya kagum dengan YB Azmin yang masih `steady' dengan semua fitnah jahat ini. YB Azmin tidak pernah memperlekeh Presiden ataupun Timbalan Presiden apatah lagi Ketua Umum PKR. Beliau tidak menggelar Presiden dengan gelaran `boneka' dan beliau juga tidak menghina Timbalan Presiden sekarang dengan gelaran `nyanyuk'. Beliau tahu menghormati Ketua Umum dan tidak melabelkan Ketua Umum sama seperti 1ahli biasa' parti walaupun beliau sedar jawatan Ketua Umum tiada di dalam Perlembagaan atau Organisasi Parti.

Mungkin ada yang menganggap saya taksub dengan YB Azmin. Pada saya, seperti juga kepada yang lain sekiranya terdapat tuduhan maka siasatan rapi mesti dijalankan. Bukti mesti kukuh bukan hanya sekadar mendengar cakap dari orang yang suka `berbogel' itu. Jika ada cd rakaman, siasat segera. Sesiapa pun boleh merakam suara dan menyebut nama si Polan dan si Polan tetapi adakah itu benar? Mengapa waktu pemilihan sekarang baru timbul? Lakukan siasatan dan jika terbukti YB Azmin melakukan kerja jahat itu, maka YB Azmin harus diambil tindakan malahan boleh dipecat. Tetapi, jika tidak benar maka pembawa cerita fitnah itu pula haruslah juga dikenakan tindakan.

Selagi YB Azmin tidak dibuktikan bersalah, maka beliau adalah pemimpin yang paling layak untuk menjadi Timbalan Presiden PKR. Kelayakan beliau sememangnya telah diuji sejak awal lagi dan komitmen beliau terhadap perjuangan PKR tiada siapa boleh nafikan. Sememangnya musuh-musuh PKR amat bimbang jika YB Azmin berada di saf kepimpinan kerana beliau banyak mewarisi sifat kepimpinan dan ketokohan seperti DS Anwar walau pun sedikit. /wfauzdin.blogspot.com

MAMPUKAH YB AZMIN BERTAHAN ?

S'gor jadi tumpuan minggu akhir AGM PKR
Salhan K Ahmad
Okt 1, 10


Mesyuarat agung 38 lagi cabang PKR pada minggu akhir ini tertumpu kepada beberapa cabang yang diketuai nama-nama besar dalam parti yang berdepan dengan saingan sengit untuk mempertahankan jawatan masing-masing.

Selain memilih barisan kepimpinan cabang, mereka juga akan memilih calon jawatan tertinggi peringkat pusat - presiden, timbalan presiden dan naib presiden.

Perhatian utama antaranya ditumpukan ke Selangor, khususnya di cabang Kuala Selangor - diketuai Tan Sri Khalid Ibrahim, yang juga menteri besar di negeri itu.

Sekiranya sentimen akar umbi menjadi ukuran, Khalid dijangka menghadapi ujian berat dari anggota partinya sendiri dalam pertandingan empat penjuru.

Beliau dicabar bekas ketua wanita cabang tersebut Fauziah Sulaiman, bekas ketua penerangan AMK Selangor Mazli Saring, dan seorang pencabar baru, Muhammad Kamil Vaanan Abdullah.

Turut menjadi tumpuan ialah cabang Gombak yang bakal menyaksikan ujian ke atas kewibawaan ketuanya Azmin Ali - yang menerima pencalonan terbanyak bagi bertanding jawatan timbalan presiden November ini.

Beliau yang juga merupakan ketua PKR Selangor dan ahli parlimen Gombak, akan berdepan dengan pencabarnya - Abu Bakar Ninggal.
.
Di Kelana Jaya pula timbalan pengerusi majlis pimpinan negeri (MPPN) Selangor Syed Shahir Syed Mohamud akan mempertahankan jawatan ketua. Regu beliau ialah Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga ADUN Petaling Jaya Selatan yang bertanding timbalan ketua cabang.

Syed Shahir dicabar oleh Abdul Rakaz Mohamed Talil manakala Nik Nazmi bakal berdepan S Vigneswaran.

Di cabang Padang Serai pula, naib presiden N Gobalakrishnan yang juga ahli parlimen kawasan menghadapi tentangan daripada dua pencabar - V Sandra Sekharan dan Shamsul Anuar Abdullah - untuk mempertahan jawatan ketua cabang.

Tumpuan kali ini agak luar biasa memandangkan beberapa nama besar PKR telahpun tumbang dalam pemilihan peringkat cabang pada hujung minggu lalu.

Dua anggota exco Selangor - Elizabeth Wong and Rodziah Ismail - masing-masing tewas ketika merebut jawatan untuk mengetuai cabang masing-masing di Petaling Jaya Utara dan Kota Anggerik.

Di Negeri Sembilan pula, Datuk Kamarul Baharin Abbas pula gagal dalam percubaannya merebut jawatan ketua cabang Teluk Kemang.

Kamarul yang juga ahli parlimen kawasan itu menyimpulkan, kekalahannya itu merupakan satu isyarat dari akar umbi bahawa beliau tidak lagi layak mewakili mereka.

Signifikannya, Elizabeth dan Rodziah merupakan 'team player' utama dalam pasukan Khalid Ibrahim dalam pentadbiran Selangor.

Sekiranya sentimen akar umbi menjadi ukuran, ternyata Khalid menghadapi ujian berat daripada anggota partinya sendiri dalam pertandingan empat penjuru kali ini.

Cabang Kuala Selangor mempunyai 6,000 ahli yang layak mengundi pemilih barisan kepimpinan cabang serta calon untuk jawatan pucuk pimpinan pusat. Mesyuarat yang pada awalnya dijadualkan diadakan di sebuah dewan, kini dipindahkan ke Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Ia difahamkan untuk mengelak kebanjiran ahli untuk mengundi, sepertimana yang berlaku dalam mesyuarat di cabang lain hujung minggu lalu, yang mengakibatkan berlaku kekecohan di sekurang-kurangnya tujuh cabang, sehingga terpaksa ditangguhkan./Malaysiakini

Jumaat, 1 Oktober 2010

NAJIB AKUR `SILAP PILIH KUDA', RAKYAT PUN SILAP PILIH KUDA JUGA

Oleh: WFAUZDIN NS

NAJIB akhirnya mengakui pertelingkahan Tun Mahathir - DS Anwar di era tahun 98, menjadikannya seperti `pelanduk' yang hampir mati di tengah-tengah. Najib di dalam PRU 99 hampir tewas dan dimalukan dengan kemenangan tipis majoritinya di Parlimen Pekan waktu itu hanya 241 undi sahaja. Beliau akur, rakyat suka kepadanya tetapi benci dan meluat apabila DS Anwar difitnah dengan tuduhan liwat. Baca di sini.
Najib turut mengeluh dan berkata “meskipun seseorang itu cekap tetapi jika memilih 'kuda yang salah', mereka akan berakhir dengan tragik” (Malaysiakini). Kini, era Mahathir telah lama berlalu dan Mahathir sehingga kini tidak pernah mengakui kesilapannya, bahkan Mahathir terus menganggu sesiapa sahaja PM selepasnya. Inilah perangai Mahathir yang semua orang tahu dan tidak hairan jika Mahathir amat menyanjung Perkasa kerana pemimpin Perkasa itu sendiri mempunyai perangai `aneh' seperti beliau juga.

Malangnya, Najib juga tidak belajar dari kesilapan Mahathir. Najib tahu bahawa Umno semakin dijauhi oleh orang-orang Melayu kerana kesilapan pemimpin lampau yang zalim terhadap DS Anwar. Mengapa harus Najib kekalkan kezaliman itu? Nampaknya rakyat sekali lagi memilih `kuda yang salah'. Saya yakin, sekiranya Najib mahu berubah dan tidak mahu lagi meneruskan kerja jahat Mahathir, sokongan terhadap Umno mungkin berubah walaupun dikatakan sudah terlewat sekarang. Tetapi, sekurang-kurangnya nama Umno dapat dibersihkan sedikit.

Sekarang, Najib terus menjadi mangsa politik Mahathir. Bukan orang-orang Melayu sahaja yang semakin menjauhi Umno, bahkan rakan sekutu mereka di dalam Bn pun dilihat semakin tawar hati untuk bersama Umno. Perkasa juga turut memusuhi Umno walaupun dikatakan Perkasa begitu kuat `Kemelayuan'nya. Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia juga seringkali menunjukkan ketidaksefahaman dengan pimpinan Umno. Itulah bahananya apabila Najib berterusan mengekalkan kezaliman Mahathir.

Di dalam PRU ke 13 nanti, sudah dapat dijangka Umno tiada pilihan lain melainkan akan terus memainkan isu perkauman dan agama. Tangan kanan Umno mengeluarkan lesen judi dan arak, manakala tangan kirinya dihulurkan kepada PAS untuk bersatu `demi Islam dan Melayu' kununnya. Puak-puak yang jahil agama di dalam Umno mula mengeluarkan `fatwa' untuk memburukkan Kerajaan Negeri di bawah PR, sedangkan yang `Ulamak' di dalam Umno terus membisu. `Ulamak' ini berada di dalam dilema samada untuk pertahankan Islam atau pun Umno./wfauzdin.blogspot.com

APABILA JAHIL, REZEKI ALLAH PUN DITOLAK

Kesihan mereka....
Oleh: Mandor

KESIHAN tengok orang-orang tua yang telah diperbodohkan oleh Umno di P.Pinang. Sudahlah mereka dulu azab di bawah Bn, bila tiba masanya mereka ingin merasai sedikit kesenangan dan nikmat di bawah kerajaan PR, mereka dihasut oleh `Syaitan' berwajah manusia. Begitulah nasib apabila kita tidak berilmu, sentiasa diperbodohkan oleh orang.

Bukan banyak pun, cuma dapat seratus ringgit sebagai sumbangan Kerajaan Negeri kepada mereka. Oleh kerana bodoh sombong, mereka pulangkan semula sumbangan itu. Paling menyedihkan, yang menghasut mereka untuk itu adalah sebangsa dengan mereka tetapi mereka itu jauh lebih kaya. Ada di antara mereka itu sudah kekenyangan memakan gaji dan elaun dari Kerajaan Negeri sebagai Adun, tidak pula mereka mengatakan gaji atau elaun mereka hasil dari judi. Mereka mentekedarah semuanya dan memberi makan minum anak bini mereka. Bukankah itu semua datangnya dari kewangan Negeri juga sama seperti seratus ringgit yang diterima oleh orang-orang tua tersebut?

Kerajaan Negeri telah mengesahkan duit itu datangnya dari sumber yang halal, tetapi mereka masih percaya kepada hasutan `Syaitan' bertopengkan manusia itu. Kadangkala ada orang yang sudah biasa makan hasil dari yang haram, mereka tidak lagi mahu menerima hasil dari yang halal. Mungkin memakan bangkai lebih sedap dari memakan binatang halal yang disembelih.

Jika mahu pulangkan juga duit itu, mengapa tidak pulangkan terus kepada Kerajaan Negeri yang memberi wang itu kepadanya? Mengapa mesti menemui bapak penipu itu? Rugikah Kerajaan P.Pinang jika mereka pulangkan semua wang sumbangan itu? Sudah tentu tidak, kerana masih ramai lagi yang suka memakan hasil yang halal walaupun sedikit. /mandor.blogspot.com

IKLAN JUDI NOMBOR EKOR, MAGNUM DAN TOTO DI AKHBAR UTUSAN, GAJI PEKERJA ISLAM DI UTUSAN HARAM ?

YB Umno diminta pulangkan gaji wang 'haram'


Seramai 11 ADUN Umno di Pulau Pinang dicabar memulangkan wang gaji mereka kerana kemungkinan wang berkenaan datangnya dari sumber judi.

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang yang membuat cabaran itu juga menggesa Umno mengarahkan semua staf dan kakitangan akhbar Utusan Malaysia milik parti itu untuk memulangkan semua gaji mereka.

Tindakan itu supaya kakitangan Islamnya tidak 'termakan wang haram'. Sekretariat itu mendakwa ada unsur-unsur perjudian dalam penghasilan gaji mereka, menerusi iklan-iklan empat nombor ekor di akhbar itu.

“(Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat juga) mencabar Umno agar mengarahkan semua GLC (syarikat berkaitan kerajaan) di bawah pengaruh mereka supaya memulangkan semua pendapatan gaji semula kepada Perbendaharaan Kerajaan Malaysia, kerana tidak ada satu pun gaji mereka ini boleh dipastikan bersih daripada percampuran dengan hasil cukai judi, hiburan dan arak,” kata mereka ketika membacakan kenyataan media.


Menurut setiausaha pemuda PKR Pulau Pinang, Syed Mikael Rizal Aidid, - Umno kini tertekan dengan keupayaan Pakatan dalam perbelanjaan berhemah kerajaan negeri yang berjaya mempunyai wang berlebihan dan memperuntukkan dana RM20 juta untuk program menghargai sumbangan warga emas.

Katanya, tertekan dengan keupayaan itu, Umno memfitnah kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

“(Justeru) cabaran ini juga dibuat untuk memberi peluang kepada Umno membuktikan diri mereka adalah 'pembela Melayu yang sebenar', seperti yang selalu mereka war-warkan.

Warga emas ditipu

“Kami juga menyeru agar Umno benar-benar membantu merubah nasib orang Melayu dengan bersungguh-sungguh dengan membela jatuh bangun mereka dan bukan hanya berlagak hebat di televisyen dan di dada-dada akhbar,” kata Syed Mikael pada persidangan akhbar di Prai, semalam.

Turut menadatangani kenyataan bersama ini adalah Setiausaha Pemuda DAP, Pulau Pinang, Ng Wei Aik dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Pulau Pinang, Mohd Nor Harun.

Dua hari lalu, lebih 40 warga emas memulangkan semula wang ehsan yang diberikan itu selepas berasa curiga dengan sumber wang berkenaan.

Ia berikutan pendedahan oleh pemimpin Umno yang mendakwa bahawa wang berkenaan diperolehi daripada sumber perjudian.

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat itu juga mendakwa kumpulan warga emas berkenaan telah ditipu dan dipermainkan oleh ADUN Penaga, Datuk Azhar Ibrahim yang juga setiausaha perhubungan Umno Pulau Pinang.

“Simpati kami adalah kerana mereka ini telah ditipu dan dipermainkan oleh ADUN mereka yang melatah berasaskan maklumat yang tidak betul.

"Ini bukti jelas, bahawa Umno sanggup buat apa saja, hingga sanggup menidakkan hak rakyat, semata-mata mahukan populariti politik murahan!” kata Syed Mikael.

Ng pula menganggap Umno merampas hak warga emas beragama Islam apabila mendalangi usaha dengan 'memperbodohkan' mereka dengan menyebarkan propaganda tidak bersandar fakta.

Diaturkan Umno

“Kesian mereka. Mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tapi jelas, Umno cuba merampas apa yang sepatutnya mereka dapat," katanya.

Katanya, kerajaan negeri tidak pernah memaksa mana-mana syarikat menghulur sumbangan baik badan korporat mahupun kelab lumba kuda tetapi dana itu diasing mengikut kategori.

"Bantuan ini terletak di bawah pegawai kewangan negeri. Mereka boleh mengasingkan sumbangan tanpa ada masalah", katanya yang kesal kerana warga emas disogok maklumat tidak tepat dan percaya ia didalangi pimpinan Umno.

"Itu majlis yang diaturkan Umno. Tak adalah, mana boleh warga emas yang minta majlis macam itu. Ini memang didalangi mereka. Siapa yang membangkitkan isu ini terlebih dahulu? Umnolah,” katanya lagi.

"Kalau Umno cakap semua wang termasuk RM100 haram, maka, gaji yang diterima ADUN Umno juga haram. Jadi, pulangkan duit gaji, jangan ambil,” kata beliau yang juga ADUN Komtar itu./Malaysiakini

PEMILIHAN PKR - USAHA TERAKHIR JATUHKAN AZMIN MELALUI FITNAH

CD Konspirasi Azmin Jatuhkan MB Di Dedahkan

Banyak pendedahan panas yang berlaku sejak akhir-akhir ini, termasuk yang melibatkan calon-calon untuk jawatan tertinggi parti. Terbaru semalam, seorang bekas pemimpin tertinggi PKR mendedahkan rakaman "perbualan telefon" tentang "satu konspirasi" untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Pendedahan tersebut telah dibuat oleh Ng Lam Yong (foto) iaitu salah seorang pemimpin veteran serta pengasas Parti Keadilan Nasional (PKN) suatu ketika dulu. Menurut beliau konspirasi itu dilakukan oleh Calon Timbalan Presiden PKR iaitu Azmin Ali sendiri. Beliau memintan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat perkara tersebut. Dalam sidang medianya semalam, Lam Yong mendedahkan beliau menerima sebuah CD yang dihantar melalui pos ke rumahnya. Katanya, CD tersebut mengandungi rakaman perbualan telefon diantara dua lelaki selama 10 minit berhubung dengan perkara berkenaan. Tambah memeranjatkan, menurut beliau perbualan tersebut adalah melibatkan seorang yang amat dikenali iaitu Ramlan Abu Bakar, Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis). Ramlan dipercayai telah menggemparkan politik negara akibat kerelaannya melakukan "Demontrasi Bogel" di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Pada tahun 2009 dulu, Ramlan dipercayai mengadakan demontrasi tersebut atas alasan kononnya sudah rimas dengan permainan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana terus memandang sepi berhubung aduan yang dikemukakan berkaitan dengan kebajikan dan permasalahan rakyat. Kes itu mendapat liputan meluas oleh media arus perdana. Malah ketika itu media memainkan isu bahawa wujudnya usaha Azmin untuk merampas kerusi Menteri Besar daripada Khalid. Lantaran itu Azmin Ali dikatakan terpaksa letakkan jawatannya dari ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selepas gagal gulingkan Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar Selangor.

Benarkah Azmin Yang Arah Demonstrasi Bogel

Dalam CD yang didedahkan oleh Ng Lum Yong itu, beliau secara jelas mengatakan amat mengecam suara Ramlan Abu Bakar (foto) namun tidak kepada suara yang satu lagi. Antara lain, Ramlan yang mengetuai "Skuad Bogel" itu memberitahu bahawa dia telah diarahkan oleh Azmin Ali untuk menjatuhkan Khalid. Ramlan juga mengakui kepada indidivu tersebut bahawa dia dijanjikan ganjaran yang merupakan sebuah lot berniaga di pasar malam dari Azmin. Malah Azmin katanya telah membekalkan dokumen tentang rasuah bagi menjatuhkan Khalid. Perbualan tersebut bermakna Azmin telah merancang untuk menjatuhkan MB Selngaor itu sejak sekian lama katanya. “Saya ingin bertanya Azmin: apakah tujuannya menggunakan Ramlan untuk melancarkan kempen terhadap Khalid sedangkan Khalid juga adalah ahli PKR dan Menteri Besar Selangor?” Walaubagaimanapun, Ng memberitahu dia tidak mempunyai niat jahat, dan menambah bahawa tujuan mendedahkan perbualan ini kepada umum adalah untuk menjelaskan keadaan demi kebaikan parti. “Saya masih lagi ahli parti dan sayang kepada parti. Saya tidak mau menghancurkan parti. Saya telah banyak berkorban sepanjang 10 tahun yang lalu.” kata Ng, yang bertanding sebagai Calon Parlimen Tanjong Malim sebelum ini tetapi menolak untuk bertanding di Parlimen Wangsa Maju pada tahun 2008.

Pendedahan Di Lakukan Atas Kehendak Sendiri

Beliau menambah, apa yang dilakukannya di Wangsa Maju (dimana Wee Choo Keong sekarang Ahli Parlimen Bebas) sedangkan beliau sepatutnya menjadi Ahli Parlimen menunjukkan bahawa dia bukan lapar kuasa. “Saya bukan gila kuasa. Saya disini atas kehendak diri saya sendiri dan tidak dipaksa atau dibayar oleh sesiapa pun.” katanya. Dia menjelaskan sebab utama dia mendedahkan rakaman perbualan itu kerana mahukan parti membersihkan nama rakan-rakannya (termasuk Azmin dan Khalid) dengan mendedahkan isu ini sebelum rakaman tersebut tersebar luas. “Semalam, Syed Husin Ali hantar SMS kepada saya meminta dihentikan sidang media ini. Tetapi saya rasakan perlu meneruskannya. Saya tidak tuduh sesiapa. saya hanya mahukan penjelasan dan mahukan parti mengambil serius perkara ini.” katanya. Ng juga menerima panggilan dari Naib Presiden Dr. Lee Boon Chye dan Tian Chua.

Ramlan Mengaku Azmin Ada Tawarkan Habuan

Sementara itu semalam, Ramlan Abu Bakar (foto) juga mendakwa Naib Presiden PKR, Azmin Ali pernah menawarkan habuan kepada Reformis untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Menurut Ramlan, antara tindakan Reformis yang ada kaitan dengan agenda tersebut ialah demonstrasi bogel di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pada 2009 serta aduan rasuah melibatkan Abdul Khalid kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau berkata, semua tindakan itu bertujuan menjatuhkan Abdul Khalid sekali gus memberi laluan kepada Azmin untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru. "Memang tidak dinafikan agenda perjuangan Reformis berasaskan rakyat, tetapi Azmin seorang yang amat bijak dalam konteks memanipulasi keadaan. Beliau gunakan kesempatan itu untuk mencalar imej Menteri Besar. "Sebagai ahli politik, Azmin merupakan seorang yang bercita-cita besar dan antara matlamatnya adalah untuk jadi Menteri Besar Selangor. Saya dan rakan-rakan dalam Reformis menjadi alat untuk capai matlamat itu," katanya./PahangDaily

Ulasan Blogger:

Jika benar cerita itu, pimpinan wajib ambil tindakan. Tetapi jika tidak, pihak yang memanjangkan cerita ini juga mesti diambil tindakan. Yang pasti, dalam perbualan telefon yang dikatakan itu bukan suara Azmin. Sesiapa pun boleh bercakap melalui telefon dan membuat rakaman dan menyebut nama sesiapa sahaja dengan niat untuk memburukkannya. Soalnya, mengapa perkara ini timbul sewaktu pemilihan? Adakah kerana melihat suasana semasa yang menyaksikan Azmin berada di hadapan untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden?


TIDAK SALAH HINA PEMIMPIN DI DALAM PKR ?

Oleh: WFAUZDIN NS

APAKAH tidak menjadi kesalahan di dalam PKR apabila seseorang ahli atau pemimpin parti mengeluarkan kenyataan terbuka seperti berikut;

1. Presiden PKR adalah `boneka' semata-mata.

2. Ketua Umum PKR tiada kuasa dan jawatan tersebut tiada di dalam Perlembagaan atau Organisasi Parti, maka Ketua Umum dianggap sebagai `Ahli Biasa' parti.

3. Timbalan Presiden PKR seorang yang `nyanyuk'.

Semua persoalan di atas bukan untuk diketahui benar atau tidak, tetapi saya cuma ingin tahu adakah salah jika seseorang ahli di dalam parti mengeluarkan kenyataan seperti itu atau seumpama itu secara terbuka?

Jika ianya tidak salah, saya merasakan PKR sememangnya mempunyai `kebebasan mutlak' untuk menegur, mengkritik bahkan menghina parti dan pemimpin parti. Presiden PKR ada menyebut bahawa tiada tindakan di ambil kerana tiada aduan atau laporan. Baca di sini. Masalahnya, sekiranya dilakukan secara terbuka di media di mana semua ahli mengetahuinya termasuk musuh parti, perlukah juga menunggu aduan atau laporan?

Saya berharap persoalan ini dapat dijawab oleh pemimpin atau pihak berkenaan di dalam PKR. Mungkin ramai yang ingin tahu sejauh mana PKR mampu mendisiplinkan ahli-ahli dan pemimpinnya. /wfauzdin.blogspot.com

PRK DUN GALAS - UNTUNG ATAU TIDAK UMNO PILIH KU LI JADI PENGARAH PILIHANRAYA?

Pensyarah: Pelantikan Ku Li lebih efektif jejas undi BN

Para penganalisis berpendapat, pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai jentera BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas bergantung kepada peranan yang bakal dimainkan oleh veteran Umno itu.

Seorang pemerhati politik berkata, Tengku Razaleigh yang juga wakil rakyat bagi kawasan parlimen itu akan memberikan kelebihan kepada PAS berdasarkan keadaan semasa.

"(Tengku Razaleigh) lebih efektif dalam menjejaskan undi BN, bukannya menarik lebih banyak undi," katanya pensyarah fakulti ekonomi dan sains polisi UCSI Ong Kian Ming.

Jelasnya, perkara itu dilihat apabila Tengku Razaleigh giat bercakap mengenai isu royalti minyak dan ini membuka peluang kepada serangan oleh PAS kerana BN tidak banyak membuat penjelasan mengenai isu berkenaan.

“Kalau (Razaleigh) bijak, dia boleh (pengaruhi) BN atau Umno supaya bersetuju untuk menyemak semula pendirian mereka tentang isu royalti minyak," katanya lagi.

Bagaimanapun, timbalan presiden BN Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat perkiraan yang baik dengan melantik Tengku Razaleigh ke jawatan tersebut, katanya.

"Ia juga akan beri sedikit perlindungan kepada Muhyiddin sekiranya BN tewas," katanya lagi.

Bagi penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Mohammad Agus Yusoff pula berkata, 'faktor Ku Li' tetap memainkan peranan dalam pilihan raya kali ini.

“Ia bergantung kepada (ruang) autonomi yang diberikan kepadanya untuk mengetuai (jentera pilihan raya). Kalau hanya 'pengarah kosong', dia masih boleh boikot kalau dia mahu," kata Agus.

Katanya, pilihan raya kali ini bukan saja penentu untuk sokongan Umno di Galas, tapi juga kepada Tengku Razaleigh sebagai wakil parlimen Gua Musang.

"Dia sangat berpengaruh (sebab) itu kan kawasan dia?" katanya dan menambah Tengku Razaleigh kini perlu menjelaskan pendiriannya dalam dasar-dasar kerajaan.

Menurutnya, Tengku Razaleigh mempunyai pandangan berbeza berhubung isu-isu dasar dan pilihan raya kali ini merupakan peluang untuk veteran Umno itu menjelaskan pendiriannya.

Tengku Razaleigh yang masih berada di luar negara setakat ini masih berdiam diri sama ada akan menerima jawatan tersebut walaupun timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan sebaliknya.


Beliau dijangka kembali negara ini pada 9 Oktober depan./Malaysiakini

SEMUA ADUN UMNO P.PINANG AKAN PULANGKAN GAJI DAN ELAUN MEREKA ?

Gaji Semua Adun Umno P. Pinang Juga Haram.. Kenapa Tak Pulangkan?

"Kalau Umno cakap semua wang termasuk RM100 haram, maka, gaji yang diterima Adun Umno juga haram. Jadi, pulangkan duit gaji, jangan ambil,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan lebih 40 warga emas memulangkan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM100 berikutan propaganda media arus perdana, kononnya dana itu bersumberkan hasil judi.

Bercakap kepada TV Selangor, Wei Aik menganggap Umno merampas hak warga emas beragama Islam apabila mendalangi usaha dengan ‘memperbodohkan’ mereka dengan menyebarkan propaganda tidak bersandar fakta.

“Kesian mereka. Mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tapi jelas, Umno cuba merampas apa yang sepatutnya mereka dapat," kata ketika dihubungi dari Shah Alam, hari ini.


Kenyataan beliau senada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim yang mengecam tindakan Umno menakut-nakutkan warga emas.
.
Wei Aik berkata kerajaan negeri tidak pernah memaksa mana-mana syarikat menghulur sumbangan baik badan korporat mahupun kelab lumba kuda tetapi dana itu diasing mengikut kategori.
.
"Bantuan ini terletak di bawah pegawai kewangan negeri. Mereka boleh mengasingkan sumbangan tanpa ada masalah", katanya yang kesal kerana warga emas disogok maklumat tidak tepat dan percaya ia didalangi pimpinan Umno.

"Itu majlis yang diaturkan Umno. Tak adalah, mana boleh warga emas yang minta majlis macam itu. Ini memang didalangi mereka. Siapa yang membangkitkan isu ini terlebih dahulu? Umnolah,” katanya lagi.

Sumber: (Salmi Druhamad Drahsin)/Blog-list.blogspot

Khamis, 30 September 2010

RM 5 JUTA UNTUK BELI ADUN ADALAH BENAR - LIM

Lim: Pendedahan RM5 juta beli ADUN betul

Dua tahun sudah berlalu dan ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee masih menunggu tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan yang dibuatnya mendakwa ditawarkan RM5 juta untuk berpaling tadah kepada BN.

Bagaimanapun, Lim berkata beliau tidak akan 'mengejar' SPRM supaya bertindak kerana adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menghubungi beliau atau bertindak apabila siasatan mereka selesai.

azlan"Saya telah berikan segala butiran dan menyerahkan semua bukti kepada pegawai Suruhanjaya, jadi terpulang untuk mereka bertindak sekarang,” katanya.

Lim berkata beliau telah berjumpa beberapa pegawai Suruhanjaya itu, daripada pengarah kepada pegawai penyiasat, tetapi sehingga sekarang belum mendapat sebarang khabar.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pegawai yang beliau berhubungan tetapi mendakwa sesetengah daripada mereka telah dipindahkan ke cawangan lain selepas beliau membuat laporan.

Malaysiakini masih belum mendapat pengesahan berhubung perkara itu daripada SPRM.

Lim juga mengesahkan artikel terbaru oleh penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berhubung beberapa kertas siasatan mengenai laporannya ke SPRM sebagai benar.

Kertas berjudul 'Laporan Siasatan Awal' (No. 11/2008) dikeluarkan oleh SPRM cawangan Seberang Perai dan ditandatangani oleh seorang pegawai kanan, Mahani Din bertarikh 10 Disember, 2008.

mahadzir khalidMenurut laporan itu, siasatan dipercayai tertumpu kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Mahazir Khalid (kanan) dan 'orang tengahnya' Tan Yak Siew.

Menurut laporan itu lagi, pada 9 September 2008, sebuah mesyuarat diadakan di Hotel Sunway, Seberang Jaya, Perai, antara Lim and Mahazir.

Mahazir didakwa mengesahkan bahawa beliau akan membayar RM5 juta kepada Lim (untuk berpaling tadah) dan sekiranya beliau menuntut bayaran lebih, perkara berkenaan akan dibincangkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan itu, Lim, yang sekarang ini exco kerajaan negeri Kedah dimaklumkan bahawa beliau akan ditawarkan 'beberapa projek' jika menyertai BN.

Sebelum ini, timbul ura-ura bahawa Lim, bersama beberapa ADUN PKR yang lain - Tan Show Kang (Sidam), S Manikumar (Bukit Selambau) - dan ADUN DAP Lee Guan Aik (Kota Darulaman), akan berpaling tadah./Malaysiakini

SUMBANGAN WARGA EMAS - JIKA MEREKA PULANGKAN, ERTINYA MEREKA SUDAH KAYA RAYA



Ali Hashim

GEORGETOWN, 30 Sept: Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendesak Umno negeri supaya membuktikan dakwaan mereka bahawa seramai 40 orang warga emas yang menerima wang dalam program sumbangan warga emas sebanyak RM100 seorang sebelum ini telah memulangkan wang tersebut.

Mereka dikatakan memulangkan wang tersebut dalam satu majlis yang diadakan oleh Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim di Pusat Khidmat Dun itu kerana tidak berpuas hati setelah didakwa wang tersebut adalah hasil dari sumber judi Kelab Lumba Kuda.

Exco Kerajaan Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim dalam sidang media pagi tadi menafikan dakwaan Azhar itu.

Beliau menyifatkan Azhar dan Umno Pulau Pinang cuba menjadi hipokrit dengan memperalatkan warga emas bagi mendapat simpati yang telah hilang terhadap mereka selama ini.

"Telah kita nyatakan bahawa hasil dari penjimatan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri, maka wang sebanyak RM88 juta pada tahun 2008 dan RM77 juta pada 2009 telah dapat dijimatkan. Ini adalah lebihan hasil dari amalan ketelusan yang kita lakukan.

"Kita juga mengalami kerugian apabila terpaksa membayar sebanyak RM15 juta dalam isu skandal tanah yang melibatkan Tang Hak Jo semasa pemerintahan Umno dan Barisan Nasional sebelum ini,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri sebelum ini telah menafikan bahawa tiada unsur sumber judi yang melibatkan pemberian sumbangan wang kepada warga emas dan program penghargaan waris warga emas.

“Kita mempunyai dana yang cukup dan lebih dari apa yang mereka dakwa," tegasnya lagi.

Abdul Malik juga mencabar Azhar yang juga merupakan Setiausaha Umno Pulau Pinang supaya membuktikan senarai mereka yang menyerahkan kembali wang sebanyak RM100 sepertimana yang didakwa dalam majlis yang diadakan di Penaga semalam itu adalah mereka yang berdaftar dengan kerajaan negeri.

"Jika mereka itu adalah yang mendaftar dengan kerajaan negeri maka kita akan ambil langkah yang wajar dalam senarai nama tersebut,” ujarnya.

Beliau menambah, sekiranya nama mereka tidak terdapat dalam senarai yang berdaftar, maka ia membuktikan Umno telah merencanakan sesuatu untuk mencalarkan imej kerajaan negeri.

"Umno sepatutnya jangan memperalatkan warga emas dengan memperdayakan mereka sepertimana yang dilakukan semalam, semata-mata bagi mendapat sokongan," tambahnya lagi./Harakahdaily


UMNO SEMAKIN NAZAK, CERAMAH `DAP ANTI ISLAM' ?

Khairul Azlam Mohamad

KUALA TERENGGANU, 30 Sept: DAP Kuala Terengganu membuat laporan polis terhadap Umno Besut yang menganjurkan ceramah isu semasa bertajuk 'DAP Anti Islam' yang disifatkan berbaur perkauman.

Ceramah tersebut akan diadakan pada 1 Oktober ini yang disampaikan oleh Datuk Seri Idris Jusoh, Abdullah Saamah dan Datuk Mohd Alwi Che Ahmad.

Laporan dibuat oleh Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing yang ditemani oleh timbalannya, Tan Poh Kok, setiausaha dan Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Sungai Tong Setiu, Nasser Zainal dan Encik Othman Salleh.

Laporan dibuat pada jam 10.15 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu./Harakahdaily

SUDAHLAH TUA, MISKIN KENA TIPU HIDUP-HIDUP.....

Warga Emas Pulau Pinang Ditipu Hidup-Hidup Oleh UMNO



SEKUMPULAN warga emas memulangkan wang kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipercayaai bersumberkan judi dalam satu majlis sambil diperhatikan Azhar Ibrahim (kanan) di Penaga, Kepala Batas. 29 Sept. 2010.

Ada dua kebodohan dalam isu ini. Pertama, warga emas ini hanya dengar khabar dari laporan media, bukannya sumber sahih. Dan laporan media datang dari mamak kahwin dua (dengan artis pulak tu) dan dari blogger pencacai UMNO, pisau.net. Bukannya sumber sahih pun. Hanya hearsay (dengar cakap) sahaja. Bawa dalam mahkamah pun, hakim akan tolak berita ini.

Kedua. Kenapa serah pada ketua Pembangkang yang juga Adun UMNO, Dato Azhar Ibrahim. Kenapa tak serah pada Lim Guang Eng sendiri. Tak takut ke UMNO rembat duit tu. Kalau 40 orang darab 100, maknanya RM 4,000. Cukup untuk pemimpin UMNO tu bawak lari pergi golok. Beli tilam toto banyak-banyak kat sana.

Kan dah padam muka. Hilang rm 100 macam tu je. Memang orang tua suka diperbodohkan oleh UMNO. Kalau macam tu, baik semua kakitangan kerajaan, pulangkan duit gaji mereka. Sebab kerajaan UMNO dapat hasil dari judi, dicampur gaul dengan hasil-hasil lain seperti cukai dan wang rampasan. Nak ke kakitangan awam pulangkan duit gaji mereka kat Najib. Tentu jawabnya tak kan. Sebab mereka tak bodoh macam warga emas ini. Bukan salah warga emas itu, tapi salah UMNO yang tak nak taubat, asyik-asyik tipu orang tua je. Kalau orang muda, tak beraninya UMNO ambil kesempatan.../Tranungkite

UMNO LEBIH ISLAMIK DARI PAS, JOM MASUK UMNO

Oleh: WFAUZDIN NS

MARILAH kita beramai-ramai pakat isi borang Umno mulai sekarang. Ini adalah kerana Umno kini lebih `Islam' dari PAS dan Umno kini teramatlah `anti judi, arak, rasuah dan semua kemungkaran'. Apa yang berlaku di P.Pinang sekarang adalah menunjukkan Umno ingin tegakkan `Negara Islam'. Ada harapan `hudud' akan dilaksanakan oleh kerajaan Umno/Bn.

Begitulah jika kita melihat politik Umno sekarang. Di P.Pinang walaupun di perintah oleh DAP, Justify Fullmereka menuntut agar judi dihapuskan. Ini menunjukkan betapa `Islamik'nya Umno kerana semua kerajaan negeri di bawah Umno/Bn telah pun menghapuskan judi. Kerajaan Pusat juga tidak pernah mengeluarkan lesen judi, apatah lagi pusat judi. Pusat Judi terbesar di Genting itu dibina oleh PAS, PKR atau pun DAP.

Kerajaan P.Pinang telah menjawab isu wang hasil judi ini, namun Umno masih mengharapkan penjelasan lebih dari itu kerana `otak lembu' memang sukar mahu faham. Umno sebenarnya lupa setiap kali mereka menyerang Kerajaan Negeri P.Pinang, peluru serangan kembali ke muka pemimpin mereka. Najib nampaknya serba salah dengan tingkah laku pemimpin Umno P.Pinang kerana mereka menyerlahkan lagi perangai Umno sejak Umno ditubuhkan.

Jelas, Umno kini tiada peluru hidup untuk menyerang PR. Mereka kini terpaksa menggunakan `peluru kosong' atau kartus kosong untuk menyerang. Meskipun kartus kosong jika ditembak akan berbunyi kuat juga, tapi tidak akan dapat membunuh musuh. Semakin hampir pilihanraya semakin sesak nafas Umno untuk mencari modal menyerang PR. Mereka sanggup memperbodohkan diri mereka kerana mereka fikir rakyat juga bodoh seperti mereka. Siapa yang mahu isi borang Umno sekarang? Jika mahu, syaratnya tahan dulu rasa mahu muntah anda./wfauzdin.blogspot.com

PERKATAAN `BABI' MENUNJUKKAN AKHLAK PERKASA?

Gambar Namewee dibakar:
Dialog ditamatkan sebelum demo PERKASA surai

MerdekaReview

Sep 28, 2010

Kira-kira 70 orang anggota PERKASA berkumpul dan membakar gambar Namewee, sambil mengecam bahawa penyanyi rap kontroversi ini menghina Islam, lantas menuntut agar Namewee meminta maaf. Demonstrasi ini berlangsung di luar bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur - Selangor (KL-SCAH), pada kira-kira 8.30 malam tadi.

Demonstrasi tersebut bertujuan untuk memprotes satu dialog antara Namewee dengan Ketua Eksekutif KL-SCAH, Tang Ah Chai yang sedang berlangsung di dalam dewan, bertemakan "Orang muda, mengapa kamu 'nah'?", bermula pada jam 8.15 malam. Dialog anjuran Pemuda KL-SCAH ini telah menarik kehadiran kira-kira 400 orang.

"Namewee babi", "Namewee penakut", "Namewee tak ada telur", "Namewee pengkhianat" antara yang dilaungkan oleh anggota PERKASA yang berkumpul di luar. Kira-kira 30 anggota polis diketuai ASP Dang Wangi, Kathrik.W berada di tempat kejadian untuk mengawal situasi. Berbeza dengan demonstrasi yang lalu, polis hanya berunding dengan kedua-dua pihak sepanjang demonstrasi ini berlaku, tanpa menyuraikan peserta demonstrasi dengan kekerasan.

Selain mengibarkan bendera, dan gambar poster Namewee yang diubahsuai hidungnya menjadi hidung babi, PERKASA mengundang Namewee untuk berdialog, malah mendesak agar penganjur membatalkan dialog dalam dewan dengan segera, dan kedua-dua pihak iaitu Namewee dan penganjur harus meminta maaf.

Menurut perancang aktiviti ini, Teh Yee Keong, ASP Kathrik.W memberitahunya bahawa PERKASA menuntut agar penganjur memohon maaf dan menjelaskan mengapa mereka mengadakan aktiviti yang menghina Islam. Bagaimanapun, Teh Yee Keong menafikan bahawa aktiviti yang dianjurkan dalam dewan itu "menghina Islam", tetapi melarang peserta demonstrasi merempuh masuk atas alasan bahawa bangunan KL-SCAH adalah kawasan milikan peribadi.

Namun demikian, Teh Yee Keong menekankan bahawa perhimpunan adalah hak anggota PERKASA, maka beliau hanya meminta agar polis membantu untuk menjaga keamanan. Pintu pagar tempat meletak kereta di perkarangan bangunan KL-SCAH telah dikunci untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Sahabat Namewee dimaki sebagai "babi"

Ketua Wira PERKASA, Armand Azhar yang mengepalai demonstrasi ini mendakwa bahawa mereka mengadakan tindakan protes ini sebagai orang Malaysia. Beliau menjerit mengarah ke dalam pagar, "Kalau kamu menghormati negara kita, suruh dia keluar memohon maaf...mengapa takut kalau tak bersalah?"

Kemudian, Armand Azhar (gambar kiri, tengah) memandang ke arah seorang pekerja lelaki dalam pagar, "Mengapa kamu memandang saya? Kamu ada masalah dengan saya? Kalau kamu ada masalah dengan saya, datang bersemuka dengan saya!" (Why you looking at me? You have problem with me? If you have problem with me, come to my face.)

Arman Azhar seterusnya menyasarkan Namewee, "Berani dalam youtube, berani dalam media, now you come face to face, come see us!"

Beliau berulang kali menegaskan bahawa mereka menghormati semua kaum, agama, tetapi bukan mereka yang tidak menghormati agama orang lain. Bahkan beliau mendakwa PERKASA tidak ada masalah dengan Cina, India, tetapi hanya bermasalah dengan Namewee. "Namewee bukan orang Malaysia, kerana dia tidak menghormati negara kita. Kami tidak menghormati Namewee, kerana dia tidak menghormati perpaduan!"

Biarpun PERKASA mendakwa diri mereka menghormati semua kaum, namun "Cina babi" kedengaran ketika demonstrasi dijalankan. Apabila wartawan bertanya bilangan anggota PERKASA yang menghadiri demonstrasi ini, salah seorang peserta menyuruh wartawan "bilanglah sendiri, kamu ada mata". Tetapi, Arman Azhar berkata, PERKASA menghormati wartawan.

Seorang sahabat Namewee yang berpakaian T-shirt tertera perkataan "No to Racism", dimarahi anggota PERKASA semasa beliau merakamkan kejadian di situ dengan kameranya. Anggota PERKASA itu menengking, "Kamu cari dia (Namewee) dia datang! Kamu fan (peminat) dia?" Malah, anggota PERKASA tersebut memaki sahabat Namewee dengan kata kesat Hokkien, dan berkata, "Saya nampak muka kamu macam babi!"

PERKASA mengetuk pagar dengan bendera yang dibawa, tetapi tidak mencederakan sesiapa. Malah peserta demonstrasi membakar gambar poster Namewee sebagai tanda protes.

Membakar poster Namewee

Penganjur enggan tunduk kepada desakan PERKASA untuk membatalkan dialog dalam dewan dengan segera. Bagaimanapun, penganjur terpaksa menamatkan forum yang menyaksikan dialog dua generasi ini lebih awal, tanpa membuka ruang untuk sesi soal jawab. Forum ini melabuh tirai pada kira-kira jam 9.30 malam atas permintaan polis.

Ketua Pemuda KL-SCAH, Ng Chong Soon menyeru agar hadirin dalam dewan mengawal diri dan tidak membalas sebarang provokasi daripada pihak PERKASA. Malah beliau meminta hadirin agar meninggalkan dewan dengan aman di bawah kawalan polis.

Bagaimanapun, peserta demonstrasi yang berada di luar masih tidak "puas hati" setelah forum ditamatkan, malah membakar gambar poster Namewee untuk kali kedua, sambil melaungkan "Namewee Babi!"

Akhirnya, peserta demonstrasi bersurai dari depan pintu pagar bangunan KL-SCAH, atas permintaan polis.

Namewee bagaimanapun enggan mengulas kejadian yang berlaku di luar dewan selepas aktiviti dalam dewan melabuh tirai. "Bukan masalah saya, saya bukan orang politik," kata Namewee.

Berdepan dengan desakan PERKASA untuk meminta maaf, Namewee (gambar kanan) bagaimanapun berkata, ianya bukan sesuatu yang penting sama ada memohon maaf atau tidak. "Apa yang paling penting, orang Malaysia tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah," ujarnya.

Namewee mendakwa dirinya yakin bahawa keselamatannya terjamin di bawah perlindungan polis. Beliau bagaimanapun meninggalkan bangunan KL-SCAH pada kira-kira jam 10 malam, sambil dilindungi sahabatnya.

Namewee menggemparkan masyarakat Malaysia dengan klip video ciptaannya "Negarakuku" di Youtube, sebelum Hari Kemerdekaan pada tahun 2007, dengan beberapa adegan yang mencungkil kontroversi. Baru-baru ini, beliau mencipta satu klip video lagi, "Nah!", sebagai reaksi kepada isu pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan, Siti Inshah Mansor yang mengeluarkan kenyataan perkauman, tetapi tidak diambil tindakan yang setimpal.

Forum yang bertemakan "Orang muda, mengapa kamu 'nah'?" ini dianjurkan sebagai salah satu aktiviti untuk Persidangan Kebangsaan Pemuda dan Mahasiswa-Mahasiswi. Dialog ini mempertemukan dua orang dari dua generasi yang berlainan, iaitu Tang Ah Chai dengan penyanyi rap kontroversi, Namewee. Pengacara forum ini adalah wartawan senior MerdekaReview, Wong Shu Qi.

Rabu, 29 September 2010

PERKOSA - PENDEKAR TAHI MINYAK ATAU SAMSENG KAMPUNG DUSUN?

`Pendekar Tahi Minyak atau `Samseng Kampung Dusun'?
Oleh: WFAUZDIN NS

`PENDEKAR Taik Minyak' Perkosa akan mengikuti seluruh program yang dijalankan oleh Namewee, seorang pemuda yang telah berjaya menggerunkan NGO yang kununnya terlalu tinggi semangat `Melayu-Kelayuannya' itu. Bayangkan sebuah NGO yang dipimpin oleh raja katak yang kununnya hebat dipuja pula oleh mantan PM Tun Mahathir, punyai `standard' berdepan dengan seorang pemuda bernama `Namewee'? Memalukan. Baca di sini.

Memalukan lagi apabila Namewee pernah mencabar sesiapa sahaja termasuk Perkosa untuk berdebat dengannya berkaitan isu yang dikatakan mencemar kedaulatan negara serta mempunyai unsur-unsur perkauman itu, malangnya seperti biasa Perkosa bukan anak jantan. Anak jantan bukan bererti pandai menyalak di luar halaman orang. Setakat pandai menyalak, anjing betina kurap pun boleh menyalak.

Sebelum ini pun Perkosa mempamirkan sifat `betina'nya apabila enggan menyahut cabaran YB Nurul Izzah untuk berdebat tentang isu Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan. Jika dengan YB Nurul Izzah seorang wanita muda pun Perkosa kecut perut, apatah lagi untuk berdepan dengan ayahandanya DS Anwar. Itulah sebenar wajah Perkosa yang menuduh kununnya Namewee berselindung di sebalik pihak Polis. Siapa yang menjemput Polis datang? Bukan Namewee, tetapi pihak Polis tahu untuk bertanggungjawab. Siapa pula yang `mengadu' dengan Polis apabila YB Nurul Izzah mencabar Perkosa berdebat? YB Nurul Izzah cabar berdebat, Perkosa pun lintang pukang membuat laporan Polis. Pendekar kah itu? `Pendekar Taik Minyak' atau pun `Samseng Kampung Dusun'? Kesihan Perkosa serendah itu.

Bukan kita mahu menyebut Namewee itu benar, tetapi kita mahu sebut bahawa cara Perkosa itu bukan cara `anak jantan'. Kita tidak tahu bila masa Perkosa akan menjadi `jantan sejati'. Mungkin selama-lamanya Perkosa akan terus pandai `menyalak' walaupun gigi taringnya tiada./wfauzdin.blogspot.com

ULAMAK MUDA UMNO - PENASIHAT ATAU BALACI ?



Mohd Nor Yahya


KOTA BHARU, 29 Sept: Pengerusi Misi Munajat Royalti Rakyat Kelantan, Md Zulaimi Kazin menyelar tindakan ulama muda Umno yang mempertikaikan langkah yang diambil oleh 40 ulama bermunajat di Mekah dalam isu tuntutan royalti.

Beliau berkata tindakan yang diambil oleh 40 ulama itu tidak bercanggah dengan syariah, terutama tidak terdapat sebarang larangan nas syarak terhadap tindakan tersebut.

Ini, katanya tidak seperti mana larangan nyata dari nas atas pengharaman judi bola yang dilesenkan oleh Umno tetapi ulama muda mendiamkan diri.

“Golongan ulama Umno ini amat dangkal ilmunya kerana tidak memahami hasrat sebenar misi ini yang dikhususkan kepada tindakan zalim pihak kerajaan pusat yang enggan membayar royalti petroleum kepada Kelantan,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, Nabi Muhammad s.a.w. ada menyuruh bermusafir dan menyatakan kelebihan menunaikan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, justeru pihaknya akan menghantar 40 orang ulama Kelantan untuk bermunajat di sana.

“Langkah ini diambil agar mereka dapat bertawasul dengan amalan soleh mereka sendiri untuk dimustajabkan doa oleh Allah supaya hak rakyat kelantan dikembalikan,” kata beliau.

Menurut beliau lagi, perbelanjaan yang digunakan adalah secara telus dengan menggunakan sumbangan derma daripada orang ramai dan tidak melibatkan dana kerajaan negeri.

“Saya berharap ulama muda Umno kembali kepada niat asal mereka menyertai Umno seperti yang mereka war-warkan dahulu, iaitu mahu membaiki dan menegur Umno, bukan seperti kandungan artikel tulisan mereka, yang memperlihatkan mereka seperti balaci Umno dalam usaha melawan tindakan yang tidak sealiran dengan mereka,” katanya lagi./Harakahdaily

PRK DUN GALAS - KU LI SOKONG PAS?

DUN Galas: Ku Li Dijangka Sokong Pas

KUALA TERENGGANU 29 SEPT : Pesuruhjaya Pas Terengganu Datuk Harun Taib tidak bimbang pengaruh kuat Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah akan menjejaskan peluang Pas untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Sebaliknya, Harun yakin Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu akan menyokong calon Pas pada pilihan raya kecil DUN terbabit yang bakal diadakan tidak lama lagi.

"Kita yakin Tengku Razaleigh sendiri akan memberi sokongan kepada calon Pas pada pilihan raya kecil itu. Tengku Razaleigh orang bijak berpolitik.

Biasanya dia melihat suasana dan realiti," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Pas Terengganu, di sini hari ini.

Malah kata Harun, ramai veteran Umno di Kelantan menyokong Pas kerana sudah hilang keyakinan kepada Umno.

Kerusi DUN Galas yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang kini kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima meninggal dunia pada Isnin lepas akibat barah usus.

Kerusi itu dimenangi Che Hashim pada pilihan raya umum 2008 setelah menewaskan penyandang dari Umno, Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Mengulas isu berlainan, Harun berkata Pas Terengganu akan mengadakan satu konvensyen peringkat negeri pada 22 Okt ini.

Konvensyen dua hari itu bagi memantapkan kefahaman anggota sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang, katanya.

(Bernama)

JIKA IKHLAS MAHU SELAMATKAN ISLAM DAN MELAYU, JOM SERTAI PAS

Perpaduan Melayu: Nik Aziz ajak ahli Umno sertai PAS
Sep 29, 10


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengajak ahli Umno menyertai PAS sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu.

Mursyidul Am PAS itu berkata, ini kerana parti berkenaan mewakili semua yang beragama Islam, dan sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam berada di dalam parti berkenaan.

"Umno tak payah bertanding selama-lama dan duduk dalam sebuah parti, iaitu PAS. Kalau boleh, tak perlu ada parti orang Melayu lain selain daripada PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian komputer riba kepada 200 pelajar Kolej Masterskil Kampus Metro Kota Bharu, di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, agar Umno tidak menandingi kerusi Dewan Undangan Negeri Galas pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Cina pun boleh jadi calon PAS di Galas

Takiyuddin sebaliknya mencadangkan kerusi itu diserahkan kepada PAS demi perpaduan orang Melayu selain mengelakkan pergeseran berpanjangan antara dua parti utama orang Melayu tersebut.

Nik Abdul Aziz juga menegaskan perkara tersebut sudah sekian lama menjadi hasratnya.

Ditanya mengenai calon untuk pilihan raya kecil tersebut, Nik Aziz berkata PAS tidak mempunyai masalah untuk memilih calonnya.

"Sebagai sebuah parti yang sentiasa berada dalam persiapan sama ada musim pilihan raya atau tidak, soal calon sudah lama dikenal pasti, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

"Apatah lagi apabila PAS sudah ada kelab penyokong bukan Islam iaitu Cina yang boleh diletakkan sebagai calon jika perlu, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti," katanya.

Kerusi Galas kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima dari parti PAS meninggal akibat barah usus pada Isnin lalu.

- Bernama

PELABUR MAHU AGAR SELESAIKAN SEGERA KES ANWAR

Oleh: WFAUZDIN NS

PELABUR asing masih berhati-hati untuk datang melabur ke negara ini. Bermacam-macam faktor yang diperkatakan mengapa kurangnya minat pelabur asing untuk melabur di negara ini. Alasan paling melucukan adalah datangnya dari anak Tun Dr Mahathir yang menyalahkan Parti Pembangkang menyebabkan pelabur asing tidak berminat datang ke nagara. Satu alasan yang budak baru belajar asas ekonomi akan ketawakan.

Tertarik pula dengan apa yang diperkatakan oleh seorang hartawan Sir Richard Banson pemilik syarikat penerbangan Virgin di sini. Beliau mengaitkan isu `liwat' yang dihadapi oleh DS Anwar sebagai punca mengapa negara ini bukan pilihan bagi pelabur asing. Ada kebenaran dakwaannya kerana negara luar sudah lama mengenali tokoh reformasi itu. Sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan, ekonomi negara berjaya diurus dengan baik sehinggalah `dirosakkan' oleh PM ketika itu yang begitu rakus dengan amalan kronisme dan nepotismenya. Cita-cita DS Anwar untuk membersihkan amalan rasuah, kronisme dan nepitosme di dalam pentadbiran kerajaan masa itu disekat. Akhirnya beliau disingkirkan secara jijik dari kerajaan.

Apa yang terjadi kepada DS Anwar ditentang oleh kebanyakan negara luar dan mereka menganggap negara ini sudah tidak selamat lagi untuk mencari keuntungan pelaburan. Bagaimana mungkin seorang Menteri Kewangan dan TPM yang cuba untuk menarik pelaburan asing untuk menjana ekonomi negara secara telus boleh diperlakukan sedemikian rupa? Amalan melindungi sistem yang korup sudah tentu ditolak oleh para pelabur asing. Penganiayaan terhadap DS Anwar dilihat oleh para pelabur seolah-olah negara ini menyokong amalan korupsi. Apatah lagi apabila melihat secara jelas betapa DS Anwar difitnah sehingga dipenjarakan. Sistem kehakiman di negara ini tidak meyakinkan mereka dan tentunya mereka tidak sanggup untuk menghadapi risiko kemudian hari di bawah sistem yang sedemikian rupa.

Oleh itu, tiada jalan lain lagi melainkan sistem ini perlu diubah. Jika kerajaan yang ada sekarang tidak boleh mengubahnya, para pelabur asing mungkin bersedia menunggu sehingga kerajaan baru yang bakal diterajui oleh DS Anwar dibentuk selepas PRU ke 13 nanti. /wfauzdin.blogspot.com

PEMILIHAN PKR - BIAR KECOH ASALKAN TIADA RASUAH POLITIK SEPERTI UMNO

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

TERUK sangatkah pemilihan di dalam PKR? Berapa banyak rasuah yang telah dilaporkan sepanjang pemilihan pimpinan PKR kali ini? Dan, berapa ramai yang telah dihalang untuk bertanding atau pun dihalang untuk memilih calon yang mereka mahukan? Siapa boleh menjawabnya dengan fakta dan hujah kukuh? Jika ada, memang sewajarnya PKR boleh disamakan dengan Umno.

Namun, sehingga kini pemilihan berjalan tanpa adanya rasuah mahu pun politik wang. Apa yang berlaku hanyalah beberapa peristiwa teknikal atau rasa tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat. Kelemahan ini adalah lazim bagi sebuah parti yang baru ingin merealisasikan satu kaedah pemilihan yang benar-benar telus. Kaedah yang julung kali diperkenalkan ini tentunya terdapat beberapa kelemahan dan kelemahan ini telah diekploitasikan oleh beberapa pihak yang mahukan calon mereka menang.

Bahkan, kelemahan dari segi teknikal ini juga menjadi bahan berita kepada beberapa media pencacai Umno yang sekian lama mengharapkan agar pemilihan di dalam PKR kali ini akan dicemari dengan amalan rasuah politik wang seperti lazim Umno lakukan. Inilah yang diperkatakan oleh seorang Profesor kangkung di sini. Beliau menggambarkan seolah-olah teramat teruk pemilihan pimpinan di dalam PKR sekarang. Beliau tidak menggunakan akal fikirannya sebagai seorang Profesor untuk membandingkan pemilihan di dalam PKR dengan pemilihan di dalam Umno.

Profesor kangkung seperti ini mungkin terlupa bahawa di dalam Umno ada Ketua Pemuda dan Ketua Menteri yang diberi kuasa walaupun terlibat di dalam rasuah politik wang. Cuba sebutkan seorang sahaja pemimpin dari PKR yang naik hasil dari rasuah politik wang. Sudah tentu Profesor kangkung ini tidak akan menjumpainya. Jika mahu mencari orang seperti itu, beliau boleh dapat `seguni' di dalam Umno. Jika tidak percaya, cuba tanya Isa Samad Adun Bagan Pinang yang baru berkahwin itu.

Sehingga kini, PKR masih komited untuk merealisasikan amalan demokrasi tulen yang jauh lebih bersih dari Umno. Biarpun terdapat di beberapa tempat berlakunya kekecohan, namun ianya pasti ditangani dengan baik. Di dalam pemilihan kali ini, satu kepala satu undi dan pimpinan atasan juga menggalakkan sesiapa juga untuk bertanding. Seperti kata Profesor Dr Agus, demokrasi berjaya ditonjolkan oleh PKR dan hak memilih tidak dikongkong.

Percayalah, media pencacai akan terus mencari jalan untuk melabelkan PKR sama seperti Umno. Apa yang penting, semua ahli PKR harus memahami bahawa parti ini sedang mengalami satu proses yang lebih baik dan telus dari Umno. Sebarang kelemahan, ianya merupakan satu pelajaran untuk memantapkan parti. /wfauzdin.blogspot.com

DUN GALAS, SERAHKAN SAJA PADA PAS

PAS Sarankan BN Berkompromi Pada Pilihan Raya Kecil Dun Galas

KOTA BAHARU, 28 Sept (Bernama) -- PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.

"Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pameran Tortura iaitu alat penyeksaan di zaman pertengahan Eropah di Muzium Negeri, di sini, Selasa.

Che Hashim Sulaima, 46, daripada PAS, meninggal dunia akibat barah usus di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, semalam.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Takiyuddin berkata dengan cara demikian juga ia akan dapat menjimatkan perbelanjaan kewangan kedua-dua pihak dalam pilihan raya kecil.

-- BERNAMA

GALAS SATU CABARAN, BAGAIMANA PULA DI KOTA SEPUTIH? - PAS


Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Usaha mempertahan kerusi Dun Galas yang dikosongkan ekoran kematian Chek Hashim Sulaima semalam dianggap sebagai suatu cabaran besar oleh PAS, kata naib presidennya, Salahuddin Ayub.

Salahuddin berkata demikian berdasarkan pemerhatian geo-politik, iaitu BN mempunyai kekuatan di peringkat Parlimen Gua Musang dan dua Dun dalam parlimen itu.

Parlimen Gua Musang diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah dari Umno, manakala Dun Paloh dan Nenggiri masing-masing diwakili oleh Datuk Norzula Mat Diah dan Mat Yusoff Abdul Ghani juga dari Umno.

"Saya rasa itu suatu cabaran besar untuk PAS mempertahankan kerusi (Dun Galas)," ujarnya tengah hari tadi di Pejabat Agung PAS .

Disebabkan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian secara peribadi tidak memandang rendah pada kemampuan Umno/BN.

"Saya tidak memandang rendah dan meremehkan kekuatan di pihak lawan," ujarnya.

Sebaliknya, beliau berkata, PAS mungkin menurunkan sebahagian jentera yang sebelum ini dipersiapkan sempena menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada pilihan raya kecil tersebut.

"Parti telah membuat persiapan awal, bukan sekadar buat persiapan untuk Galas (kerana) parti sedang siapkan untku hadapi pilihan raya umum.

"3 hari bulan (Oktober) ini akan diadakan mesyuarat PAS Pusat, saya yakin persiapan di Galas antara agenda penting yang akan diperbincangkan," ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS bersama Pakatan Rakyat akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan yang ada dikekalkan.

"Saya yakin seluruh jentera parti akan turun ke Galas bagi menjayakan hasrat ini," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam kenyataan itu, beliau juga mengigatkan mahkamah untuk menyegerakan pilihan raya kecil Kota Seputih, Kedah yang telah sekian lama dibiarkan kosong tanpa wakil rakyat.

"Tidak sepatutnya perkara ini terjadi. Rakyat kawasan Kota Seputeh dibiar tanpa mempunyai wakil yang sah," katanya.

Agak malang, katanya, bila mahkamah rayuan langsung tidak memulakan proses penghakiman, dalam tempoh yang panjang dan akhirnya rakyat pun telah melupai kes yang begini penting.

"Kita tidak mahu ia menjadi satu perkara biasa membiarkan rakyat dalam sesuatu kawasan Parlimen atau Dun tanpa mempunyai wakilnya," tambah beliau./Harakahdaily

SIAPA BAPAK JUDI SEBENAR ?

Umno 'bapa judi' sebenar, dakwa PAS
Sep 28, 10


PAS mendakwa Umno sengaja mempolitikkan isu wang ehsan pemberian kerajaan Pulai Pinang kononnya daripada sumber judi untuk menyemai kebencian rakyat dan "melaga-lagakan" isu berkaitan agama dan kaum.

Sambil mendakwa Umno merupakan 'bapa judi' sebenar, ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, Umno sepatutnya membersihkan dahulu 'najis' itu di peringkat pusat, termasuk tidak membiarkan orang Melayu menjadi lembaga pengarah syarikat judi.

"Bapa jangan marah kalau anak ketagih judi, kerana bapa adalah tahi judi," kata Idris (kiri) beranalogi.

"Sepatutnya ini yang perlu diselesaikan dahulu oleh pemimpin Umno. Jangan biarkan orang bukan Islam tertawa dengan Umno, kalau hendak bercakap bab judi biarlah kamu itu tinggalkan dulu menjadi pendokong kerajaan judi."

Beberapa pemimpin Umno Pulau Pinang sebelum ini mendakwa pemberian wang ehsan sebanyak RM100 oleh kerajaan Pakatan Rakyat kepada warga emas telah diambil daripada sumber judi.

Bagaimanapun, ketua menterinya Lim Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, malah setiausaha politiknya Ng Wei Aik dilaporkan membuat laporan terhadap penulis blog yang mula-mula menimbulkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Dalam satu kenyatan hari ini, Idris juga menyifatkan Umno dan judi seolah-olah kembar Siam apabila bantahan ulama yang membantah loteri kebajikan sebelum ini tidak dipedulikan.

Bagaimanapun, tambahnya, "sampai sekarang kita tidak dengar suara membantah secara agresif dalam Umno supaya judi dihapuskan".

Ketua peneranagn parti Islam itu bagaimanapun berkata, pihaknya tetap tidak mengiktiraf judi sebagai sumber yang sah, malah pada 1990 apabila mula memerintah Kelantan, tiada lagi premis dibenarkan menjalankan aktiviti perjudian.

"Tindakan ini dibuat apabila (menteri besar)Tuan Guru Nik Aziz (Nik Mat) diberitahu oleh semua tokoh agama Kristian, Hindu dan Buddha, judi adalah (turut) haram di sisi agama mereka," katanya./Malaysiakini

Ahad, 26 September 2010

BOIKOT UTUSAN, TETAPI DATO ZAID BERI `KREDIT' PADA UTUSAN

Oleh: WFAUZDIN NS

NASIHAT DS Anwar agar semua calon yang bertanding di dalam pemilihan parti PKR hendaklah berhemah, beradab dan berdisiplin nampaknya masih tidak didengari oleh beberapa calon yang menawarkan diri. Sebelum ini terdapat calon yang memperlekehkan pucuk pimpinan parti, mencipta berbagai isu yang tidak masuk akal tanpa bukti yang jelas semata-mata untuk menunjukkan kehebatannya agar dipilih memegang jawatan yang ingin ditandinginya.

Saya fokus kepada Dato Zaid Ibrahim, kerana bagi saya beliau banyak menimbulkan kontroversi sepanjang kempen pemilihan di dalam PKR. Lebih-lebih lagi beliau akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR kununnya untuk memulihkan `kuasa' Presiden Parti yang dikatakan olehnya sebagai `boneka' itu. Itulah hebatnya Dato Zaid kerana dengan jawatan Timbalan Presiden beliau boleh menentukan `kuasa' Presiden.

Kehebatan Dato Zaid diserlahkan lagi oleh beliau sendiri yang menganggap DS Anwar hanyalah `ahli biasa' di dalam parti kerana jawatannya selaku Ketua Umum PKR tiada termaktub di dalam Perlembagaan dan Organisasi Parti. Bukan beliau tidak sedar mengapa jawatan Ketua Umum itu wujud di dalam parti dan semenjak bila ianya wujud. DS Anwar diiktiraf sebagai Ketua Umum PKR bukan sahaja oleh ahli-ahli parti bahkan oleh rakan-rakan di dalam PR. Benar, jawatan itu tidak wujud di dalam parti tetapi beradabkah Dato Zaid apabila menganggap DS Anwar hanya `ahli biasa'? Persoalannya, jika Presiden PKR itu `boneka' dan Ketua Umum PKR ibarat `ahli biasa', siapakah yang selama ini berkuasa di dalam PKR?

Di dalam kita semua berkempen untuk memboikot Utusan Malaysia, akhbar kepunyaan Umno yang tidak pernah duduk diam untuk menghancurkan PR, tiba-tiba Dato Zaid memberi `kredit' kepada akhbar pencacai itu di dalam wawancaranya. Inikah sikap seorang pemimpin yang bakal mewarisi kerusi No 2 di dalam parti? Tokoh seperti inikah yang boleh kita harapkan untuk membawa PR ke Putrajaya? Di dalam wawancaranya bersama akhbar tersebut, beliau tanpa berselindung menyebut bahawa `stail' atau caranya tidak akan berubah semenjak dari Umno hinggalah kini berada di dalam PKR.

Ini bermakna, Dato Zaid tidak mampu untuk menyesuaikan dirinya bersama PKR yang sama sekali jauh berbeza dari politik Umno. Beliau seharusnya sedar di dalam PKR ruang mengkritik pemimpin terbuka luas tetapi mestilah dengan hujah dan fakta yang jelas. Hentam kromo ikut sesedap rasa bukan amalan di dalam PKR. Melabelkan Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali sebagai `nyanyok' bukan cara mengkritik pemimpin. Nampaknya Dato Zaid masih gagal mengubati `penyakit' yang diwarisinya sewaktu berada lama di dalam Umno.

Hari ini terbukti kita lihat bagaimana akhbar Utusan mengeksploitasikan `kredit' yang diberi oleh Dato Zaid. Maka berebut-rebut jugalah media TV 3 dan RTM untuk menganyang parti yang didukung oleh Dato Zaid ini. Setakat ini kita patut bersyukur kerana semakin banyak Dato Zaid `merapu' tentang partinya sendiri, ahli-ahli PKR yang diberi kuasa memilih siapa yang wajar dipilih untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden bijak untuk membuat keputusan. Kita tidak akan izinkan sesiapa sahaja yang memasuki parti ini dengan membawa `penyakit' lamanya sewaktu berada di dalam Umno, apatah lagi mengaku tidak akan berubah walau sedikit pun untuk terus merosakkan parti kesayangan kita ini.

Walau bagaimanapun, Dato Zaid boleh terus bertanding kerana beliau pastinya tidak akan di`pancung' seperti dakwaannya. Beliau tidak perlu takut kepada bayang-bayangnya sendiri kerana PKR bukan Umno yang ingin meng` Ghafar Baba' kan sesiapa. Walaupun beliau sebelum ini berkali-kali berjanji tidak akan bertanding atau merebut jawatan di dalam PKR, tetapi kita masih boleh terima keinginannya untuk bertanding sekarang. Soalnya, siapakah yang tergamak yang akan memilih pemimpin yang tidak boleh mengubah dirinya sendiri? Bagaimana beliau ingin mengubah ahli-ahli bawahannya? /wfauzdin.blogspot.com

MASUK PKR PATUTNYA UBAHLAH PERANGAI....

"Saya Tidak Boleh Tukar Perangai..."

KUALA LUMPUR 26 SEPT: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang bertanding kerusi timbalan presiden parti, menganggap cara beliau berpolitik tidak boleh diubah.

Beliau berkata demikian pada satu wawancara bersama Mingguan Malaysia - akhbar mingguan terbitan Kumpulan Utusan yang diboikot semua parti gabungan Pakatan Rakyat selama ini.

"Saya tidak boleh tukar perangai saya dan selepas ini jika semua parti buang saya, nampaknya saya kena pencenlah daripada politik.

"Saya tidak akan menukar pendirian saya dan berharap ia tidak perlu menjadi satu isu," katanya dipetik akhbar berkenaan kepada satu soalan.

Pada soalan wawancara yang sama, beliau juga mengaku mengamalkan pendekatan 'selalu melawan' sejak berada dalam Umno selama 25 tahun dan tidak bercadang mengubahnya.

"Saya berpolitik saya buatlah apa yang saya kata, itu saja," katanya lagi pada wawancara bertajuk 'Jangan Halang Saya Bertanding'.

Zaid juga percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding kerusi presiden parti walaupun Ketua Pembangkang itu sudah menyatakan untuk tidak menerima sebarang pencalonan bagi sebarang jawatan.

Beliau juga mengkritik amalan mewujudkan kumpulan ertentu pada saingan pemilihan PKR dalam akhbar kawalan Umno-Barisan Nasional (BN) itu, walaupun Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu tidak pasti dengan kewujudan mereka.

"Saya sebenarnya tidak tahu secara sahih, ia hanya percakapan orang," katanya yang setakat tidak menerima sebarang sokongan terbuka dari pimpinan PKR.

Zaid turut mendedahkan beberapa kelemahan dalam PKR, selain memberi penjelasan sebab beliau bertanding jawatan timbalan presiden parti tetapi ia tidak pula menyentuh kenyataannya sebelum ini yang menyatakan untuk tidak bertanding sebarang jawatan.

Bagaimanapun, beliau mengakui dirinya 'gila' jika disamakan dengan Tun Ghafar Baba apabila menjawab mengenai kenyataannya yang mengaitkan bekas timbalan perdana menteri itu.

Wawancara itu disiar pada halaman sama dengan artikel tulisan seorang pengarang Utusan Malaysia yang mengkritik tindakan Nurul Izzah Anwar bertanding jawatan naib presiden parti./TVSelangor

MUSTAFA KAMIL TEWAS - TERKENAL DAN TERNAMA TIDAK MENJAMIN KEMENANGAN

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAYSIAKINI melaporkan hari ini, "Naib Presiden PKR Mustafa Kamil Ayub menerima tamparan awal apabila tewas tipis 17 undi dalam pemilihan peringkat cabang Pasir Salak hari ini. Dalam pertembungan dua penjuru, Mustaffa mendapat 94 undi manakala pesaingnya Osman Abdul Rahman - bekas ketua cabang itu - mendapat 111 undi." (Malaysiakini). Sebagai seorang ahli politik berpengalaman di dalam PKR, kekalahan Sdr Mustafa Kamil mungkin tidak memberi kesan kepadanya kerana beliau seorang pemimpin yang tidak menjadikan jawatan sebagai pra syarat untuk berjuang menuntut keadilan.

Meskipun PKR telah melaksanakan berbagai usaha agar pemilihan kali ini benar-benar bersih dan telus, tetapi selagi undang-undang itu buatan manusia tentu ada kelemahan dan ketirisannya. Apa yang penting roh demokrasi sebenar telah berjaya direalisasikan oleh PKR dan ternyata jauh berbeza dari Umno. Dikatakan bahawa Sdr Mustafa Kamil akan membuat bantahan terhadap kekalahannya itu.

Seandainya benar dan terbukti berlakunya penyelewengan atau unsur rasuah di dalam pertandingan itu, saya bersetuju agar siasatan dapat diadakan. Sekiranya didapati bukti jelas, maka pihak bertanggungjawab dalam parti perlu tegas agar mereka yang terlibat samada pemberi dan penerima rasuah hendaklah dipecat dari PKR. Tiada ertinya parti yang mempunyai keahlian yang ramai jika mereka adalah terdiri dari pendokong amalan rasuah. Mereka ini pastinya akan mudah dijual beli oleh musuh-musuh parti yang sering menjadikan rasuah sebagai senjata mereka.

Sdr Mustafa Kamil Ayub juga perlu menerima hakikat kekalahannya seandainya tiada bukti jelas berlakunya amalan rasuah di dalam pemilihan ini. Ini menunjukkan amalan demokrasi telah disuburkan dan ahli berani membuat perubahan sekiranya mereka merasakan perlu adanya perubahan di peringkat pimpinan. Ini tidak bermakna Sdr Mustafa Kamil tidak boleh bertanding sebagai Timbalan Presiden. Namun, dari segi moralnya mungkin tidak memberi kelebihan kepada Sdr Mustafa Kamil untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Apa yang boleh dipelajari dari kekalahan Sdr Mustafa Kamil ini, semua pimpinan hendaklah mengetahui bahawa nama yang popular dan keakraban dengan pemimpin atasan tidak menjamin untuk dipilih oleh ahli parti. Inilah kelebihan PKR yang mana ahlinya tidak melihat pemimpin secara individu atau dibayangi oleh tokoh-tokoh tertentu, tetapi ahli memilih berdasarkan kemampuan dan kewibawaan tokoh itu terhadap parti./wfauzdin.blogspot.com