RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 15 Oktober 2011

BERGANTUNG NASIB DENGAN `DUBUR SAIFUL DAN CINCIN PUAKA"?

Oleh: WFAUZDIN NS

SERANGAN terhadap `cincin 24 juta' yang menjadi misteri kini semakin diperhebatkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai oleh Chegu Bard. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa `nyawa' Najib di dalam politik kini terletak pada sebentuk cincin yang kononnya menarik perhatian seorang wanita yang mengaku `First Lady Of Malaysia".



Jika `Umporno' bergantung nasib di bawah `rektum' dubur Sepol yang mengaku tidak mencuci dubur dua hari itu, cincin puaka ini pula bakal menentukan nasib Najib. Akal yang waras sudah tentu tidak boleh menerima bagaimana sebentuk cincin puluhan juta masuk ke negara ini tanpa `sebab munasabah' malahan dikecualikan dari cukai. Awalnya, kemasukan cincin puaka itu dinafikan oleh penjilat-penjilat tegar Najib, tetapi bau bangkai cincin puaka itu tidak boleh diselindung. Akhirnya, di dalam Parlimen terdedah sememangnya cincin puaka itu pernah masuk ke negara ini.

Chegu Bard punyai maklumat lengkap yang diperolehinya dari `orang dalam' yang tidak tahan lagi melihat kerakusan laki bini yang `memperabihkan' harta rakyat. Ada dakwaan yang mengatakan borang Kastam yang salinannya diperolehi oleh Chegu Bard itu berbeza dari borang Kastam yang ditunjukkan oleh beberapa blog pencacai Umporno, itu tidak memeranjatkan kita. Sejarah pernah menunjukkan bahawa nama Altantuya hilang dari senarai kemasukan ke negara ini. Altantuya mati dibunuh dengan bom C4 di dalam negara ini, beliau disdahkan memasuki negara ini secara sah tetapi nama beliau `hilang' dari senarai di Pejabat Imegresen. Jadi, setakat borang `berbeza' itu tidak pelik, apatah lagi melibatkan nama `First Lady Of Malaysia'.

Pada 16hb Okt ini, isu cincin puaka akan disebut lebih terperinci lagi dengan fakta yang lebih releven. Di dalam suatu majlis yang akan diadakan di Pejabat PKR Rantau, majlis pelancaran brosur tersebut akan dihadiri pemimpin tinggi PKR, termasuk naib presiden Datuk Chua Jui Meng dan Fuziah Salleh serta setiausaha Pemuda DAP kebangsaan, Anthony Loke di samping Chegu Bard sendiri.

Mengikut kata Chegu Bard, selain menerbitkan bukti asal mengenai cincin tersebut, brosur itu juga akan turut memuatkan jumlah pembaziran dan gaya hidup mewah orang yang didakwanya "bergaya sebagai wanita pertama Malaysia." Amatlah ruginya barangsiapa yang tidak dapat hadir pada majlis berkenaan kerana segala pendedahan yang bakal dibuat itu nanti mustahil akan disiarkan melalui media haprak Utusan dan TV 3 suku.

Dikhabarkan, dua tiga hari lepas banyak banner yang mempromosikan majlis berkenaan telah dicuri oleh juak-juak yang bodoh dan tidak sedar diri betapa haknya sebagai rakyat telah dirompak oleh wanita rakus ini. Kesihan sungguh puak-puak ini yang saya yakin 100% Melayu yang begitu mudah diperbodohkan.

Syabas kepada Chegu Bard yang tidak pernah serik mendedahkan penyelewengan demi penyelewengan. Jika ada pihak yang sebelum ini mendakwa mengapa Chegu Bard kerap `bersungut' tentang penyelewengan di dalam Pemilihan Parti beliau sendiri, ini lah jawapannya agar kita semua mengenali Chegu Bard dan prinsipnya. /wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 14 Oktober 2011

BEKAS-BEKAS TENTERA JANGAN MELATAH TIDAK TENTU PASAL



Oleh: WFAUZDIN NS


RAMAI bekas tentera yang menyuarakan rasa meluat dan jijik dengan perangai beberapa orang bekas tentera yang berselindung di sebalik PERKASA begitu anti dengan Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu (Mat Sabu) kononnya Mat Sabu ini menghina bekas tentera di dalam isu Mat Indera.

Sebenarnya berapa kerat sahaja bekas tentera yang masih `beku' otak mereka sehinggakan tidak tahu menilai apa yang diperkatakan oleh PERKASA. Kesihan mereka, jika di dalam tentera minda mereka dikawal sehinggalah mereka bersara masih juga tidak mampu untuk berfikir dengan waras. Saya juga bekas tentera dan saya juga sempat belajar sejarah sewaktu bersekolah dahulu. Sebab itulah semenjak dari tentera lagi kita patut ambil tahu isu politik walaupun kita terikat dengan undang-undang tentera tidak boleh terlibat dalam politik.

Sekiranya di dalam perkhidmatan tentera atau Polis kita langsung tidak ambil tahu isu atau perkembangan politik, hanya yang kita tahu cukup bulan kita cucuk duit gaji di mesin ATM, maka apabila kita bersara kelak kita akan menjadi seperti beberapa kerat bekas tentera yang menyokong PERKASA itu. Mereka diperbodohkan oleh PERKASA dengan menuduh Mat Sabu dan PAS menyokong Komunis.

Saya mahu tanya bekas-bekas tentera yang otak mereka masih beku itu, semenjak bila ATM ini bekerja dengan British atau perkataan paling lunak disebut menjadi `barua British'? Di era tahun 50-an sewaktu tragedi Bukit Kepong, ketika itu Polis atau tentera adakah sama fungsinya dengan Polis atau tentera selepas merdeka? Apa bezanya waktu itu dengan sekarang?

Sejurus selepas merdeka, Polis atau tentera bekerja kuat untuk mempertahankan kemerdekaan dan ketika itu sememangnya polis dan tentera terpaksa berdepan dengan Komunis yang terus mengancam keselamatan negara. Memang benar Polis dan tentera wujud lebih awal sebelum merdeka tahun 1957, tetapi siapa ketua bagi Polis dan tentera ketika itu? Ertinya, terlalu jauh beza perjuangan tentera dan Polis sebelum merdeka dan selepas merdeka.

Satu lagi, Mat Sabu tidak pernah di dalam ucapannya menghina Polis atau tentera samada mereka bertugas sebelum mahu pun selepas merdeka. Mat Sabu hanya menceritakan perjuangan Mat Indera menentang penjajah dan tali barut penjajah. Jika Polis atau tentera ketika itu pun berjuang menentang penjajah, mungkin Mat Sabu juga akan mengangkat Polis dan tentera yang menjadi hero menentang penjajah tersebut. Bekas-bekas tentera/Polis jangan cuba menghina kerjaya tentera/Polis dengan menyamakan perjuangan mereka dengan perjuangan pasukan beruniform di Bukit Kepong itu.

Mendukacitakan, beberapa kerat bekas tentera yang menyokong PERKASA itu mereka bukan berkhidmat di zaman Bukit Kepong. Kebanyakan mereka berkhidmat selepas merdeka dan mereka tiada kena mengena dengan zaman Mat Indera. Justeru itu, jangan jadi bodoh dengan melatah tidak tentu pasal./wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 13 Oktober 2011

PROF DR AZIZ BARI AKAN BERTANDING MEWAKILI PKR DI KULIM BANDAR BARU?

Oleh: WFAUZDIN NS

MERUJUK laporan akhbar Sinar hari ini, MP Kulim Bandar Baru YB Zulkifli Noordin yang digelar Zul Kulim menyelar tindakan Prof Dr Aziz Bari yang menyentuh kuasa Sultan Selangor di dalam isu pemeriksaan Gereja di Selangor baru-baru ini. Prof Dr Aziz Bari juga ada menyebut sebelum ini bahawa Sultan juga boleh dikritik oleh sesiapa sahaja sekiranya Sultan bertindak melebihi kuasa yang ada padanya.



Saya tidak mahu menyentuh samada titah Sultan Selangor itu betul atau tidak. Selaku Ketua Agama, memang benar Sultan mesti peka terhadap isu memurtadkan umat Islam. Di sebalik itu juga, Sultan mestilah adil dan saksama di dalam sebarang tindakannya sebelum memutuskan sesuatu perkara. Mungkin, Sultan Selangor telah bertindak seperti yang sewajarnya iaitu menyiasat kesemua pihak yang terlibat dan tidak meminggirkan pihak yang lain. Islam itu bukan sahaja adil tetapi mesti dilihat adil.



Zul Kulim ini pula tidak tentu pasal marah kepada Prof Dr Aziz Bari ini mengapa? Cuba hujah sedikit apa yang tidak kena dengan kenyataan Prof Dr Aziz Bari itu? Salahkah beliau berkata bahawa Sultan boleh dikritik? Benar atau tidak, di dalam sistem Raja Berpelembagaan yang kita amalkan menyebut bahawa Raja mesti bertindak atas nasihat kuasa eksekutif iaitu PM atau MB?

Tentang cabaran YB Zul Kulim agar Prof Dr Aziz Bari agar masuk gelanggang politik dan bertanding di dalam pilihanraya, saya rasa Prof Dr Aziz Bari harus memikirkannya dengan serius. Saya bersetuju jika Prof Dr Aziz Bari memasuki gelanggang politik dan gelanggang pertama yang paling sesuai untuk beliau masuk adalah di Parlimen Kulim Bandar Baru. Mengapa di situ sesuai buat Prof Dr Aziz Bari? Pada saya di situ terdapatnya `seekor lembu peliharaan' yang boleh kita buat `korban' nanti.

Jika di Pasir Mas Berahim alkataki, Presiden Perkosa pernah berangan untuk mencabut setiap helai bulu Mat Sabu kerana kelantangan Mat Sabu di dalam isu Mat Indera, maka di kerusi Parlimen Pasir Mas nanti wajar diletakkan Mat Sabu untuk kita melihat bulu siapa yang akan tercabut. `Katak' tidak mempunyai bulu tetapi katak mempunyai kulit. Adakah bulu yang tercabut atau kulit yang tersiat?

Justeru itu, di Kulim Bandar Baru elok sangat jika Prof Dr Aziz Bari dicalonkan di situ untuk berdepan dengan `seekor lembu peliharaan'./wfauzdin.blogspot.com

KUMPULAN BENGAP DI SEGAMAT CUBA HALANG LIM GUAN ENG



Oleh: WFAUZDIN NS

DIKHABARKAN petang semalam sekumpulan `orang-orang bengap ' di Segamat telah berhimpun di hadapan Restoren Siang Kee, Kg Abdullah. Kebanyakan mereka rupa seperti orang Melayu dan ada yang rupa Jawa. Untuk apa mereka berhimpun?

Aku ingatkan mereka berhimpun pasal marah disebabkan hilangnya Pulau Batu Putih kepada Singapura. Atau pun mereka berhimpun pasal ghaibnya Tg Pagar juga kepada Singapura. Mungkin juga mereka berhimpun pasal marah kepada Chua Soi Lek yang menghina hukum wanita menutup aurat di dalam Islam sewaktu PRK Dun Tenang dulu. Atau, mereka berhimpun untuk membantah MB Johor yang mengiktiraf Buku `Pengukir Nama johor' terbitan Yayasan Johor yang mempopularkan nama Mat Indera di dalam buku tersebut.



Rupa-rupanya mereka berhimpun kerana membantah kehadiran KM P.Pinang, Lim Guan Eng ke Johor. Alasannya, Lim Guan Eng dikatakan memburukkan nama Johor walaupun Lim Guan Eng telah bawa kes tersebut ke mahkamah. Jika itu alasannya, sepatutnya rakyat Terengganu pun kena bangkit apabila ada puak yang menghina Sultan Terengganu yang juga Yang DiPertuan Agung dengan sepanduk bertulis `Kami Mahu Deris, natang" yang dipamerkan di hadapan Istana Terengganu suatu ketika dahulu.

Rakyat Kelantan pun kena emosi lah sikit pada KM Melaka, Ali Ketam yang pernah mengeluarkan arahan tidak membenarkan kakitangan Kerajaan Negeri Melaka melawat Kelantan. Tetapi, Ali Ketam tidak diganggu sedikit pun apabila menjejakkan kaki ke bumi Kelantan sewaktu mempromosikan SUKMA di sana. Ketika itu Melaka menjadi Tuan Rumah Sukma. Bahkan, Ali Ketam diberi peluang bercakap di Stesen Radio Manis FM, sebuah stesen radio swasta di Kota Bharu. Ertinya, ada rakyat Kelantan kisah dengan KM Melaka? Ada Sultan Kelantan tersinggung?

Siapa tidak tahu berapa tahun Kerajaan Negeri Kelantan diburukkan oleh pemimpin Umno bahkan diburukkan di media-media perdana? Ada rakyat Kelantan kisah? Tapi, bila terkena kepada Lim Guan Eng, meroyan puak-puak bengap tu di Johor. Ini suatu tanda betapa gelabahnya Umno/Bn di Johor sekarang. Ada baiknya juga kerana apabila ini berlaku, sudah pasti sokongan masyarakat Cina di Johor akan beralih kepada Pakatan Rakyat di dalam PRU akan datang.

Baru-baru ini di Segamat juga, sekumpulan mat rempit yang hanya diupah RM 10 dan diisi minyak motor sanggup menjadi `hamba sahaya' pemimpin yang takut kepada Mat Sabu. Mereka berjaya ditahan oleh sekumpulan Unit Amal dari PAS dan anak-anak muda dari SAMM. Semalam di Segamat, sekali lagi Unit Amal PAS berdepan dengan puak-puak bengap ini yang cuba mengganggu program melibatkan Lim Guan Eng.

Semakin teruk politik Umno/Bn sekarang. Mereka sudah tiada moral lagi untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat secara `gentleman'. Mereka kini gunakan taktik samseng, tetapi samseng taik minyak. Syabas, kepada Lim guan Eng yang berani berdepan dengan puak-puak bengap tersebut. Pedulikan ugutan dan ancaman dari mereka kerana ugutan dari orang yang bodoh tidak perlu dilayan./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 12 Oktober 2011

TIADA SEBAB TAN SRI KHALID PERLU BERUNDUR - AZMIN (VIDEO)



Oleh: WFAUZDIN NS

SUATU keputusan yang jelas, tepat dan bijak sekali apabila PKR serta Pakatan Rakyat Selangor terus mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. Tiada sebab untuk menyingkirkan Tan Sri Khalid dan isu ini bukan isu baru sepertimana yang disebut oleh YB Azmin Ali.

Isu ini dimainkan oleh portal dan blog pro Umno kerana mereka kehabisan modal untuk mencari jalan menghancurkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Jika benar ada beberapa tokoh PKR atau dari Pakatan Rakyat yang tidak sependapat dengan Tan Sri Khalid, ianya tidaklah sampai kepada meminta beliau mengundurkan diri dari kerusi MB Selangor. Apa yang benarnya, pihak yang tidak senang dengan ketelusan dan kebijaksanaan Tan Sri Khalid mentadbir Selangor adalah pihak Umno di Selangor. Bagi mereka, selagi Tan Sri Khalid berada di kerusi MB Selangor, maka amat sukar bagi Umno meletakkan calon MB mereka yang boleh mengatasi MB Selangor sekarang.

Jika kehebatan Tuan Guru Nik Aziz sebagai MB Kelantan amat digeruni oleh Umno Kelantan, begitu juga dengan hebatnya Tan Sri Khalid di Selangor. Masing-masing mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri. /wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 11 Oktober 2011

`HAMBA ABDI 'DI SEGAMAT BERNILAI RM 10 SAJA?



Oleh: WFAUZDIN NS

"SAYA diupah RM10, dan isi minyak motorsikal penuh oleh Ayub" jawab salah seorang mat rempit yang berjaya ditahan dan dikepong oleh Unit Amal beserta ahli-ahli SAMM di Segamat malam tadi. Program ceramah Mat Sabu dan Chegu Bard di Kg Tahang Rimau, Segamat malam tadi cuba diganggu oleh budak-budak muda yang di`perhambakan' oleh pihak yang tidak senang dengan kehadiran Timbalan Presiden PAS itu.



Seperti di Rembau, kumpulan `hamba abdi' ini silap langkah apabila Unit Amal dari PAS dan anggota-anggota SAMM telah bersedia untuk men`tarbiyah' mereka. Mereka ditahan ketika membuat kacau dengan menunggang motosikal dan ramai di kalangan mereka mulutnya berbau arak, air syaitan yang pemimpin mereka pun suka minum itu. Unit Amal dan anggota-anggota SAMM menahan serta mengepong mereka.

Sepatutnya apabila ditahan dan diserahkan kepada pihak Polis, mereka perlu mengambil tindakan kerana `hamba abdi' tersebut datang mengganggu ceramah di situ. Paling tidak, mereka patut ditahan kerana menunggang kenderaan di dalam keadaan mabuk. Malangnya, mereka dilepaskan begitu sahaja, Sebab apa? Sebabnya bukan Najib atau Rosmah yang berceramah, tetapi Mat Sabu dan Chegu Bard.



Siapa pula yang memberi mereka upah semahal RM10 itu? Salah seorang yang ditahan menyebut nama Ayub. Siapa Ayub? Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahman pun dipanggil orang Ayub juga. Jika benar upahnya RM10, lebih baik jadi pondan di Lorong Hj Taib yang tidak lari mendapat RM50 sekali `service'. Murahnya harga `hamba abdi' zaman moden sekarang.



Anak-anak muda dari SAMM turut membantu di Segamat


Apa pun syabas buat Unit Amal PAS dan SAMM. Di masa akan datang pihak Penganjur mesti bersedia untuk menghadapi kumpulan `hamba abdi' seperti ini samada dari PERKOSA mahu pun PERKASAM atau UMPORNO./wfauzdin.blogspot.com

Foto ihsan: Rakyat Marhaen
Cerita selanjutnya baca di sini.

TAN SRI KHALID PENTADBIR YANG BAGUS, MUNGKIN LEMAH SEBAGAI ORANG POLITIK?

Oleh: WFAUZDIN NS

ISU pertukaran MB Selangor yang hangat diperkatakan kini sudah jelas di mana Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim secara tegas menyebut bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim telah diberi mandat penuh oleh parti untuk meneruskan amanahnya sebagai MB Selangor. Baca di sini, dan saya telah ulas isu tersebut sebelum itu di sini.

Saya menyokong penuh kenyataan DS Anwar bahawa dibenarkan ada pendapat, teguran mahu pun kritikan terhadap sesiapa sahaja pimpinan parti hatta terhadap Ketua Umum mahu pun Presiden parti sendiri. Namun, perlu diingat kita mempunyai akhlak dan disiplin untuk menegur seseorang pemimpin dan apa yang penting keputusan parti mestilah dihormati.

Seperti yang saya sebut di dalam artikel saya sebelum ini berkaitan isu tersebut, kita perlu tolak pemimpin yang korup, malas bekerja, mempunyai moral yang rendah dan melakukan penyelewengan. Jangan jadikan suatu hujah atau asas untuk menolak seseorang pemimpin semata-mata tidak sehaluan dengan pandangan kita atau pun mempunyai sedikit kelemahan di dalam pentadbiran. Apakah kelemahan pemimpin itu lebih banyak dari kekuatan dan ketelusannya memimpin?

Kebijaksanaan DS Anwar dan Presiden Parti, DS Wan Azizah menangani isu ini sudah tentu melegakan kita. Bukan sekali ini Tan Sri Khalid diminta untuk meninggalkan kerusi MB Selangor, malahan semenjak beberapa tahun dahulu lagi. Malangnya, hujah mereka yang mahukan beliau meletakkan jawatan atau disingkir dari menjadi MB Selangor tidak kukuh dan amat remeh sekali.

Secara peribadi, saya sendiri lebih senang sekiranya YB Azmin dilantik sebagai MB Selangor kerana beliau lebih lama dan teruji dari segi politik daripada Tan Sri Khalid Ibrahim. Namun, apakah YB Azmin teruji sebagai pentadbir? Dan paling penting, apakah Negeri Selangor sekarang kurang baik dari Negeri Selangor sewaktu berada di bawah Umno/Bn? Jika kita gagal buktikan kelemahan pentadbiran Negeri Selangor di bawah Tan Sri Khalid, mengapa perlu tokoh lain mahu diangkat?

Saya setuju bahawa Tan Sri Khalid memang tegas orangnya. Beliau ikhlas untuk membangunkan Negeri selangor dan bercita-cita besar untuk merakyatkan Negeri Selangor. Kadangkala ketegasan beliau sehingga beliau lupa bahawa beliau adalah orang politik yang diangkat ke situ melalui kuasa politik. Mungkin itulah kelemahan Tan Sri Khalid kerana beliau tidak matang di dalam politik. Namun begitu, alasan itu tidak cukup untuk dijadikan asas atau hujah untuk menurunkan beliau. Tidak matang berpolitik bukan suatu kesalahan besar sebagai pentadbir negeri, ianya boleh diatasi melalui pengalaman beliau nanti.

Cuma, Tan Sri Khalid harus ingat tiada gunanya kita memerintah sesebuah negeri yang maju tetapi parti kita mundur. Justeru itu, beliau harus selalu diingatkan bahawa beliau mempunyai tanggungjawab besar bukan sahaja untuk memajukan negeri tetapi juga membantu parti beliau dan parti-parti di dalam Pakatan Rakyat yang selama ini telah bekerja kuat untuk mendapatkan Negeri Selangor itu./wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 10 Oktober 2011

MENJELANG P/RAYA MUNCUL KEMBALI ISU TUKAR MB SELANGOR

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAYSIAKINI memetik berita dari AntaraPos.Com, mendakwa ramai di kalangan Adun dan MP di Selangor mahu mendesak agar MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dilucutkan jawatan sebagai MB. Ini satu cerita yang pernah timbul suatu ketika dahulu dan ianya berulang apabila kita semakin hampir ke Pilihanraya Umum ke 13.

Memang diakui, tidak semua pemimpin dan ahli parti yang suka dengan Tan Sri Khalid, bahkan DS Anwar pun bukan semua yang berkenan dengan cara atau pendekatannya. Presiden Parti, DS Wan Azizah pun begitu. Mana ada manusia yang semua orang suka termasuk Presiden PAS malahan Mursyidul Am PAS sendiri. Kita lantik pemimpin bukan di kalangan Malaikat yang suci bersih. Pemimpin tentunya ada kelemahan sama macam kita juga, tetapi kita harus tahu batas-batas kita di dalam parti.

Kelemahan itu berbeza dengan sikap buruk seperti rasuah atau salah guna kuasa mahu pun buruk dari segi moral. Kelemahan tentang pentadbiran, mungkin boleh diperbahaskan dan diperbaiki dengan syarat adanya keikhlasan dan kejujuran semua pihak. Sekiranya pemimpin tidak boleh ditegur jika membuat kesilapan, maka memang wajar diganti. Tetapi jangan kita fikir teguran kita itu sentiasa betul dan wajib diikuti oleh pemimpin. Justeru itu, pentingnya mesyuawarah di dalam mengatasi hal-hal begini.

Jika MB Selangor terbukti melakukan penyelewengan atau rasuah mahu pun bersikap kronisme, itu bukan kelemahan tetapi ianya merupakan perbuatan salah laku dan wajib diambil tindakan tegas serta diganti. Sekarang, masalahnya apa? Jika dilihat dari apa yang disiarkan itu mereka kononnya tidak berkenaan disebabkan MB Selangor tidak cekap menguruskan perkembangan projek di Selangor serta sering mencantas program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh parti.

Sudahkah kita siasat mengapa projek itu lewat? Adakah kita siasat terdapatnya unsur-unsur sabotaj terhadap MB Selangor dari dalam? Mengapa isu ini tidak diperdebatkan di dalam Dun Selangor atau di dalam Mesyuarat Majlis Exco? Jika terbukti tiada sabotaj atau memang sengaja dilambat-lambatkan sesuatu projek, ianya merupakan salah laku MB Selangor dan memang patut beliau digantikan kerana ini akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Negeri.

Begitu juga dengan dakwaan bahawa sering program kemasyarakatan anjuran parti yang dicantas oleh MB Selangor. Sudahkah disiasat mengapa program tersebut dicantas? Adakah kerana program itu menggunakan nama parti tetapi dananya mahu diambil dari Kerajaan Negeri? Jika begitu, memang patut program tersebut tidak disokong kerana kita tidak boleh mencontohi Umno yang selalu menggunakan dana Kerajaan untuk menggerakkan parti. Tetapi, apa inisiatif kita untuk mengerakkan parti tanpa perlu dana Kerajaan Negeri? Di sini kebijaksanaan pimpinan sesuatu kawasan dan Dun mahu pun Parlimen itu penting.

Program kemasyarakat boleh dibuat tanpa menggunakan nama parti tetapi atas nama Kerajaan Negeri. Jika ini dilakukan maka tentulah peruntukan boleh dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri. Andaikata program seperti ini pun disekat oleh MB Selangor, maka MB Selangor tidak bertanggungjawab terhadap rakyat dan memang patut diganti.

Oleh yang demikian, pemikiran yang waras dan bijak mesti dibuat sebelum kita mengambil sesuatu tindakan. Walau bagaimanapun, saya kurang percaya dengan berita yang disebutkan oleh portal tersebut. Bagi saya, ini adalah mainan atau `warm-up' pihak-pihak tertentu untuk mengkucar-kacirkan Kerajaan Negeri Selangor. Terbukti, kepimpinan MB Selangor setakat ini jauh lebih baik dari kepimpinan Khir Toyo dan sebelumnya. /wfauzdin.blogspot.com

BAJET `STOK PENGHABISAN' OLEH NAJIB, UNIT AMAL, AMK, PEMUDA DAN SAMM BERKUMPUL DI SEGAMAT MALAM INI




Oleh: WFAUZDIN NS


PERKASA semakin mengganas. Sasaran mereka adalah DS Anwar dan Mat Sabu kerana kedua-dua tokoh ini akan menjadi `tukang gali kubur' buat Umporno selepas Pilihanraya Umum akan datang. Bajet Najib tidak dapat membayar `beribu' kemusnahan dan pembaziran yang telah dibuat oleh beliau dan isteri tercintanya selama beliau memimpin negara ini.

Ramai yang kata, Najib mengumumkan Bajet seperti tokeh supermarket yang mahu bankrap atau gulung tikar. Tokeh ini mesti akan membuat `Jualan Stok Penghabisan' dengan harga yang amat rendah. Ini bukan menandakan Tokeh ini untung besar, tetapi sebagai tanda mahu bankrap maka tidak perlu fikir lagi untung rugi dengan jualan stok penghabisan itu. Begitulah Najib, dia tahu Kerajaan tidak mampu sebenarnya untuk melaksanakan apa yang terkandung di dalam Bajet tersebut apatah lagi unsur-unsur rasuah masih berleluasa di dalam kabinetnya. Namun, Najib nekad kali ini mudah-mudahan rakyat akan terpedaya dengan janji-janji di dalam bajet beliau kali ini sebelum beliau umumkan pembubaran Parlimen.

Di dalam situasi sedemikian, musuh yang terpaksa dihadapi oleh Umporno adalah DS Anwar dan Mat Sabu. Kekuatan PR banyak terletak di tangan kedua-dua tokoh ini. Maka, satu tindakan mesti dilakukan agar kedua-dua tokoh ini tidak dapat menghampiri rakyat. DS Anwar mesti dicegah dari menerangkan banyak isu kemungkaran dan penyelewengan serta salah guna kuasa pimpinan Umporno. Mat Sabu pula mesti disekat dari `mengajar' sejarah kepada rakyat tentang siapa sebenarnya pejuang tanahair dan siapa pula pengkhianat atau tali barut penjajah.

Justeru itu, setiap program kedua-dua tokoh ini akan cuba disekat atau diganggu. Alatnya adalah PERKASA kerana Umporno tahu PERKASA boleh berbuat demikian. Itulah standard PERKASA yang ada pun. Maka, terdapat beberapa ceramah DS Anwar dan Mat sabu sebelum ini diganggu.

Malam nanti (10 Okt 2011), bertempat di Kg Tahang Rimau, Segamat (Rumah Cikgu Natrah) akan diadakan program ceramah oleh Mat Sabu dan Chegu Bard. Program ceramah kedua-dua tokoh ini di Rembau berjaya membuatkan geng PERKASA `putih tapak kaki' di perhambat oleh Unit amal dan SAMM serta para penyokong PR. Di Labis, mereka menggila lagi umpama penyakit anjing gila. Dengar khabarnya di Segamat malam nanti `virus' anjing gila akan sampai ke sana.

Pesanan buat Penganjur di Segamat, tentukan Unit Amal mencukupi dan bersedia untuk bertindak pada bila-bila masa yang perlu. Difahamkan kehadiran SAMM malam nanti akan membantu Unit Amal untuk mengawal keselamatan penceramah dan orang ramai yang hadir. Taklimat perlu diberi agar semua mereka akan faham tugas dan tanggungjawab masing-masing. Jangan terlalu mengharap pada pihak Polis kerana PERKASA tidak takut kepada Polis kerana mereka ada sebab untuk tidak takut.

Bagi Unit-Unit Amal sekitar Segamat dan seluruh kawasan Johor mesti diturunkan di Segamat malam ini. Anggota-anggota SAMM samada di Johor, K.L, Pahang dan Terengganu juga ditagih khidmat mereka. Begitu juga dengan AMK atau Pemuda dari Pakatan Rakyat. Kita perlu bersama di barisan hadapan untuk menunjukkan kepada PERKASA, mereka tiada tempat untuk menunjukkan samseng mereka. Ayuh, kita ke Segamat malam ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi 013-7149720./wfauzdin.blogspot.com