RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 11 Disember 2010

`TUAN HAJI SAIFUL' KE MEKAH, MAHATHIR DAN ANWAR PUN KE MEKAH JUGA

(Foto: Ihsan Agenda Daily)
Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA, berceritalah blog pro Umno dan penyokong tegar tuan `Haji Saiful Bukhari' bahawasanya `Haji Saiful' ini memang sebenarnya menjadi mangsa liwat apabila `Haji Saiful' menunaikan Ibadah Haji ke Mekah baru-baru ini. Dalil mereka, jika `Haji Saiful' ini berbohong Justify Fulltentu sekali beliau mendapat `bala bencana' di Tanah Suci Mekah, itu kepercayaan puak Jahilliyah tersebut.

`Haji Saiful' ke Mekah menemani neneknya seperti yang dilaporkan oleh Agenda Daily, laman yang pro Umno. Mengapa `Haji Saiful' kembali ke tanahair dengan selamat tanpa `bala bencana' jika benar beliau menfitnah DS Anwar? Itulah yang menjadi dalil puak-puak yang tidak percaya kepada Hukum Islam dan beriman kepada Allah.

Memang benar, sesiapa yang ingin menunaikan Fardhu Haji mestilah berada di dalam keadaan bersih hati dan bertaubat dari segala dosa. Tetapi jika ada yang ke Mekah masih dipenuhi dengan dosa, adakah mereka pasti ditimpa bencana ketika beribadah? Jawapannya, memang ada yang menerima bala bencana atau peringatan dari Allah dan ada juga yang tidak. Bukan sedikit yang ke Mekah terdiri dari pemimpin yang zalim dan menentang Hukum Islam tetapi mereka kembali ke tanahair masing-masing dengan selamat, bahkan meneruskan kezaliman mereka dan berterusan menentang Hukum Islam.

Bahkan, diceritakan ramai Jemaah Haji yang ke Mekah bahawa di Mekah sendiri pun begitu ramai pencuri yang berkeliaran. Mengapa tidak ditimpa bala bencana ke atas mereka? Tun Mahathir, bukan sahaja melakukan kezaliman ke atas DS Anwar, bahkan menghina Nabi serta Sunnahnya, tetapi Tun Mahathir pergi ke Mekah dan balik dengan selamat. Lupakah kita dengan kisah Tun Mahathir menghina janggut Nabi? Nabi menyimpan janggut kerana ketiadaan pisau cukur diwaktu itu? Jika Hudud dilaksanaka, maka negara tidak boleh maju kerana ramai orang yang akan kudung tangan. Lupakah kita kata-kata Tun Mahathir itu? Beliau ke Mekah dan selamat pulang bahkan masih menentang Islam sehingga kini.

Jadi, apa sangatlah penganiayaan atau fitnah ke atas DS Anwar jika mahu dibandingkan dengan fitnah ke atas Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, kita mesti yakin dengan Allah dan hukumnya. Persoalannya, mengapa kes yang berlaku di antara DS Anwar dan `Haji Saiful' itu tidak dibicarakan secara Islam? Mengapa kes Qazaf yang diminta diadakan oleh DS Anwar ditentang habis-habisan? Mengapa tidak rujuk kepada perundangan Islam? Apa ertinya jika kita menunaikan Haji ke Mekah beribu kali sekalipun jika kita tidak menerima Hukum Allah.

Adakah Sumpah Laknat itu Hukum Allah? Adakah kebenaran hanya boleh dibuktikan jika seseorang pesalah itu menunaikan Haji ke Mekah? Itu bukan ajaran Islam. Menunaikan Ibadah Haji adalah kewajipan kepada semua Umat Islam yang berkuasa dan mampu mengerjakannya termasuk `Haji Saiful'. Seharusnya setelah kembali dari mengunjungi Rumah Allah dan Makam Rasullullah SAW, beliau sepatutnya lebih lantang menuntut agar kes beliau diadili mengikut peraturan Islam.

Harus diingat, kita tidak mengatakan DS Anwar atau `Haji Saiful' benar atau salah, tetapi kita mahu perbicaraan berjalan dengan adil. Di dalam kes Liwat, di dalam Islam kesalahan ini bersamaan dengan kes Zina dan jika ianya berlaku sesama Islam, maka sewajarnya dihakimi mengikut kaedah Islam. Mengapa kaedah ini ditolak? Bagaimana pula dengan DS Anwar serta isterinya ke Mekah sebelum ini menunaikan Umrah? Ketika itu pun beliau sudah didakwa melakukan Liwat. Umrah atau Haji tempatnya tetap sama juga. Mengapa mereka semua selamat kembali ke tanahair?

Justeru itu, jangan menjadikan modal pergi Haji untuk menegakkan benang basah atau takut untuk menerima kaedah Islam. Jangan menjadi jahil sedemikian./wfauzdin.blogspot.com

KELAKAR SUNGGUH ADUN P.PINANG INI.....

Oleh: WFAUZDIN NS

ADUN Pulau Betong, Muhamad Farid Saad secara tiba-tiba memaafkan Harakah dan enggan meneruskan samannya terhadap akhbar milik PAS tersebut. Pelik, bila masa pula Harakah mohon maaf pada Adun tersebut, bahkan Harakah bersedia untuk berdepan dengan Adun berkenaan di mahkamah agar lebih banyak pendedahan akan dapat dilakukan. Tentu ada sebabnya Adun tersebut `kecut perut' untuk meneruskan samannya. Baca di sini.

Pada 23 November lalu, Muhamad Farid dilaporkan berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Harakah jika akhbar berkenaan gagal memohon maaf dalam tempoh 14 hari. Muhamad Farid mendakwa Harakah telah memutar belit kenyataannya dalam forum bertajuk "Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang" pada 10 November lalu. Kini, beliau tidak berani untuk meneruskan tindakannya dan `memaafkan' Harakah yang tidak pun bersalah di dalam laporannya. Lucu sungguh.

Inilah wajah pemimpin Umno, kununnya mahu tunjuk berani tetapi apabila melihat pihak lain lebih berani, mereka menjadi orang paling pengecut. Jika beliau benar, teruskan saja saman itu kerana Harakah pun mengalu-alukan saman tersebut untuk melihat `siapa yang kena'. Rakyat khususnya di P.Pinang juga mahu tahu siapa yang benar di dalam isu tersebut. Jika sekadar menafikan, kemudian mengugut Harakah dengan saman, lepas itu `cabut lari' lebih baik tidak payah menjadi Adun yang mengaku pejuang rakyat.

Tahniah buat Harakah kerana berjaya menewaskan musuh tanpa bertanding. Kali ini Harakah berjaya `membogelkan' Adun ini. Buat Adun berkenaan, simpan sahaja `maaf' kamu itu dan kamu sepatutnya memohon maaf kepada orang-orang Melayu di P.Pinang kerana tidak berupaya menjadi pemimpin Melayu yang berani./wfauzdin.blogspot.com

PESANAN BUAT RAKAN BLOGGERS - JANGAN BERPUSING WALAU SETENGAH DARJAH SEKALIPUN

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA benarnya pandangan dan pendapat dari rakan-rakan Bloggers yang mahukan agar PR lebih prihatin dan peka terhadap sumbangan Bloggers pro PR. Mereka semua berjuang tidak seperti Bloggers pro Umno berjuang yang sentiasa menuntut itu dan ini agar mereka terus diberi perhatian dan disanjung walaupun sebenarnya Umno boleh hidup tanpa Bloggers kerana mereka ada media pencacai yang lain.

Berbeza dengan kita di dalam PR, kita tiada media cetak atau elektronik sehebat mereka. Kita banyak bergantung kepada media parti yang terhad edarannya dan kadangkala disekat. Kita juga banyak bergantung dengan Bloggers yang bersama dengan perjuangan ini. Kadangkala terfikir juga, di dalam keadaan kita masih belum memerintah dan menjadi kerajaan Pusat pun kita kurang beri perhatian kepada Bloggers seperjuangan, apa akan jadi jika kita sudah memerintah di mana media-media hebat seperti TV, radio dan akhbar perdana telah kita kuasai.

Walau bagaimanapun, saya berpesan kepada rakan-rakan Bloggers yang ikhlas berjuang ini. Kita harus menepuk dada kita sendiri, adakah kita memerlukan parti atau parti memerlukan kita untuk terus berjuang? Bagi saya, samada kita dihargai atau tidak, saya tetap percaya bahawa perjuangan ini mesti diteruskan. Biarlah parti memikirkan apakah yang patut mereka lakukan untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat. Tugas kita adalah bersama parti untuk melakukan perubahan.

Usah difikirkan sangat untuk kita berpusing walau setengah darjah sekali pun kerana kita telah ada `Kiblat' kita di hadapan. Jika parti tidak menghargai usaha-usaha ikhlas kita ini, kita berdoa agar Allah dapat membalas usaha kita sama seperti usaha pejuang-pejuang yang lain. Namun, berpaling dari `Kiblat' walau setengah darjah sekalipun tidak akan dilakukan. Biarlah kita merasa susah sedikit kerana perjuangan ini.

Mudah-mudahan usaha kita diberkati oleh Allah SWT. Kurniaan Allah lebih baik dan mulia dari kurniaan insan. Berdoalah agar Allah murahkan rezeki kita agar kita terus dapat menulis dan membantu perjuangan mulia ini./wfauzdin.blogspot.com

HARAKAH TIDAK MINTA MAAF, MENGAPA ADUN INI MAAFKAN?

Oleh: WFAUZDIN NS

ADUN Pulau Betong, Muhamad Farid Saad secara tiba-tiba memaafkan Harakah dan enggan meneruskan samannya terhadap akhbar milik PAS tersebut. Pelik, bila masa pula Harakah mohon maaf pada Adun tersebut, bahkan Harakah bersedia untuk berdepan dengan Adun berkenaan di mahkamah agar lebih banyak pendedahan akan dapat dilakukan. Tentu ada sebabnya Adun tersebut `kecut perut' untuk meneruskan samannya. Baca di sini.

Pada 23 November lalu, Muhamad Farid dilaporkan berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Harakah jika akhbar berkenaan gagal memohon maaf dalam tempoh 14 hari. Muhamad Farid mendakwa Harakah telah memutar belit kenyataannya dalam forum bertajuk "Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang" pada 10 November lalu. Kini, beliau tidak berani untuk meneruskan tindakannya dan `memaafkan' Harakah yang tidak pun bersalah di dalam laporannya. Lucu sungguh.

Inilah wajah pemimpin Umno, kununnya mahu tunjuk berani tetapi apabila melihat pihak lain lebih berani, mereka menjadi orang paling pengecut. Jika beliau benar, teruskan saja saman itu kerana Harakah pun mengalu-alukan saman tersebut untuk melihat `siapa yang kena'. Rakyat khususnya di P.Pinang juga mahu tahu siapa yang benar di dalam isu tersebut. Jika sekadar menafikan, kemudian mengugut Harakah dengan saman, lepas itu `cabut lari' lebih baik tidak payah menjadi Adun yang mengaku pejuang rakyat.

Tahniah buat Harakah kerana berjaya menewaskan musuh tanpa bertanding. Kali ini Harakah berjaya `membogelkan' Adun ini. Buat Adun berkenaan, simpan sahaja `maaf' kamu itu dan kamu sepatutnya memohon maaf kepada orang-orang Melayu di P.Pinang kerana tidak berupaya menjadi pemimpin Melayu yang berani./wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 10 Disember 2010

MASIH BODOHKAH KITA ?

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

BAYANGKAN di dalam kepala otak kita gaji Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Tan Sri Rozali Ismail adalah mencecah RM 425,000 sebulan iaitu menghampiri setengah juta sebulan. Setahun pendapatannya mencecah RM 5.1 Juta (sumber: Harakah). Bukan kita merasa dengki atau iri hati, bahkan kita berbangga kerana beliau adalah anak Melayu berugama Islam.

Tetapi mengapa ketika beliau sudah menjadi sekaya ini, syarikatnya masih mahu `menghisap darah' rakyat Selangor dengan cadangan kenaikan kadar takrif air? Mengapa sekarang setelah Kerajaan Negeri Selangor bertindak mahu mengambil alih bekalan air di Selangor, maka SYABAS baru sibuk untuk mewujudkan `Tabung Budi' kununnya untuk membela rakyat Selangor? Kenapa dahulu tidak wujudnya tabung ini dan rakyat dibiarkan menderita menanggung bil air yang tinggi?

Usaha Kerajaan Selangor untuk menuntut pengurusan air yang sekarang dikendalikan oleh SYABAS diserahkan semula kepada Kerajaan Negeri adalah satu usaha atau pengorbanan yang tinggi dilakukan oleh Kerajaan PR Selangor demi untuk rakyat. Walaupun usaha ini mendapat tekanan dan halangan dari Kerajaan Pusat, namun keberanian MB Selangor bersama sokongan rakyat Selangor bangkit pada perhimpunan `Selamatkan Air Kita' memang wajar diberi pujian dan penghargaan.

Memorandum yang diserahkan oleh MB Selangor kepada Istana Negara mahukan agar pengurusan air diserahkan kepada Kerajaan Negeri Selangor agar dapat menjamin pengurusan yang lebih efisyen di samping rakyat dapat terus menikmati 20 meter padu pertama air percuma. SYABAS pastinya bimbang jika usaha Kerajaan Negeri ini berjaya kerana mereka tidak biasa mengalami kesulitan atau kepayahan. Selama ini mereka mewah kerana kehidupan mereka ditanggung oleh rakyat, manakala air dicurahkan dari langit oleh Allah SWT.

Jika Pengerusi SYABAS ini adalah orang Melayu, dan beliau kini menjadi kaya raya sedemikian rupa, apakah ini hasil dari ketuanan Melayu? Siapa pula yang mempertahankan syarikat ini kalau bukan Kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh parti yang kununnya membela nasib Melayu? Siapakah yang banyak menderita di bawah sana menanggung kos bil air yang tinggi tambahan pula dengan kenaikan harga minyak, gas dan gula serta barangan lain jika tidak orang Melayu juga? Inikah hasilnya dari ketuanan Melayu?

Ayuhlah, sedarlah diri masing-masing agar tidak selama-lamanya diperbodohkan. Setelah diumumkan kenaikan harga minyak Ron 97, kemudiannya Ron 95 serentak dengan kenaikan harga gas dan gula, maka semalam Najib bersetuju agar kadar takrif letrik juga perlu dikaji untuk dinaikkan. Alasannya, kos sudah semakin tinggi akibat kenaikan harga petrol. Persoalannya, siapakah yang menaikkan harga petrol? Masih bodohkah kita?/wfauzdin.blogspot.com

ALAHAIII....RAJA KATAK BILA DIA DAH KEMBALI SIHAT...

Berahim Ali opportunis


Oleh: ning

"Assalamualaikum,

Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,..

Membaca satu berita di Utusan Online mengenai komen Berahim si katak Ali tentang kenyataan yang kononnya dikeluarkan oleh TGNA berkaitan perlantikan LKS sebagai TPM yang dijanjikan oleh DSAI, membuatkan ana tertawa sendirian kerana Berahim si katak Ali sudah lupa diri dan lupa siapa yang menyelamatkan dia dari tenggelam dari persada politik tanah air.

Komen yang dimanupulasi ini sebenarnya kebudak budakan kerana menuduh TGNA sebagai keliru dan wajar diganti atau boleh juga dikatakan bebal kerana masih lagi mahukan melayu diutamakan lebih dari ISLAM. Berahim si katak Ali ternyata menzahirkan dirinya sebagai seorang opportunis yang tidak langsung kisah dengan kelembutan bangsa melayu yang terkenal kerana sentiasa mengenang budi orang yang menolong.

Berahim si katak Ali kalau diambil pengajaran dari apa yang pernah dinyatakan oleh Syiekh Yusof Qardawi boleh dipanggil "BERUK" yang hanya merosakkan perjuangan menegakkan semula carahidup Islam.Berahim si katak Ali sebiji berada dalam kelompok orang orang yang disebut oleh Syeikh Yusof Qardawi yang sentiasa aktif melihat persekitaran dan mengambil peluang untuk berada di tempat yang difikirkan selesa untuk dirinya atas perkiraan kepentingan peribadi serta sanggup pula membelakangkan panduan agama.Sebab itu dulu ketika dia di tendang keluar dari UMNO, apa yang dibuatnya ialah mendekati TGNA dan PAS sehingga dengan ehsan TGNA dan PAS dia diberi laluan untuk menjadi MP Pasir Mas, Namun selepas itu, sesudah melihat dirinya selamat dia melompat dan dengan sombong serta sikap kacang lupakan kulit, dia menyerang TGNA.

Kini Berahim si katak Ali semakin lupa siapa berkuasa sebenarnya.Si katak juga lupa yang PRU bakal berlangsung tidak lama lagi serta lupa apakah nasib dia di PRU akan datang.Berupayakan dia untuk terus mempertahankan kedudukan sebagai MP sehingga dengan biadap sekali menyatakan TGNA kurang berkeupayaan dan perlu diganti? Ana percaya yang kurang berkeupayaan dan perlu diganti ialah Berahim si katak Ali serta selepas itu, biarkan dia dengan PERKASAnya.Inilah cara terbaik melayan seorang opportunis seperti Berahim si katak Ali./Tranungkite

PELIK TAPI BENAR BERKAITAN SYABAS

PELIK tapi benar. Setelah ditekan dan diasak oleh Kerajaan Negeri, tiba-tiba saja Syabas melaksanakan ‘Tabung Budi’ kononnya untuk menolong rakyat yang susah. Sebelum ini Syabas selalu mengadakan operasi pemotongan air tapi kali ini tiba-tiba saja jadi prihatin. Yang lebih musykil lagi mungkin ada ‘tangan ghaib’ di belakangnya. Kerja mereka ini tidak lebih hanya untuk memperlekehkan segala kebajikan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat. Teruskan ‘usaha Murni’ anda itu kerana saya percaya rakyat Selangor sudah semakin bijak sekarang. -SCHUMACHER /Sinar Edisi Selangor

SPR TERDESAK SANGATKAH?

SPR semakin terdesak

KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semakin terdesak apabila menyarankan supaya sistem undi pos diperkenalkan kepada golongan profesional terdiri dalam kalangan doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata, sistem undi pos yang disarankan itu hanya mempergunakan golongan profesional bagi kepentingan peribadi.

“Sistem ini hanya mahu memberikan kemenangan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta memperbodohkan golongan profesional.

“Sebenarnya sistem ini tidak perlu kerana ia tidak telus dan adil selain berpihak kepada satu pihak sahaja,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, alasan golongan profesional seperti yang disebutkan itu sibuk dan tidak berkesempatan keluar mengundi adalah tidak logik.

“Alasan golongan profesional tidak mempunyai masa keluar mengundi adalah tidak munasabah dan ia tidak pernah dipraktikkan di mana-mana negara sebelum ini.

“Tidak mustahillah UMNO dan BN banyak menang ketika pilihan raya disebabkan undi pos, undi Felda dan undi penduduk di kawasan pedalaman sebagaimana yang kita saksikan di Galas, Kelantan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, sebelum ini sistem itu telah diperluaskan kepada orang awam yang tidak berkenaan.:

“Isteri tentera dan polis pun pernah diperkenalkan menggunakan sistem ini bagi memberikan kemenangan kepada mereka. Ini tidak adil, tidak wajar dan kita tidak boleh terus diperbodohkan dengan sistem ini,” katanya.

Terdahulu, SPR menyarankan sistem undi pos diperluaskan kepada golongan profesional seperti doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan sebagai tambahan kepada sistem sedia ada./Sinar

ANWAR JAMIN AKAN STABILKAN PKR

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan menjadikan usaha untuk menstabilkan partinya sebagai keutamaan beliau sekarang ini.

Beliau berkata demikian dalam jawapannya kepada rakan twitter beliau Zaim90 yang membuat cadangan agar beliau memberikan tumpuan untuk menstabilkan PKR selepas berpendapat PAS dan DAP dalam keadaan stabil sekarang.

"Ya, ia menjadi keutamaan kami," kata Anwar yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh dalam twitternya.

"Saya tidak menyokong Umno-BN. Kita perlu perubahan. PAS, DAP dalam keadaan stabil, tetapi PKR tidak. Anda perlu perkasakan PKR secepat mungkin," tulis Zaim90 dalam twitternya kepada Anwar.

Pengakuan Anwar ini memberikan harapan kepada semua pihak untuk melihat parti-parti dalam Pakatan Rakyat bersiap sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya yang dijangka akan diadakan awal tahun depan.

PKR dilihat sedikit bermasalah apabila melalui proses pemilihan kepimpinan baru-baru ini. Ini kerana, sistem pemilihan terus yang dilaksanakan PKR itu adalah satu sistem yang baru dan terdedahkan kepada banyak kelemahan.

Aklibatnya, PKR kehilangan salah seorang pemimpin kanannya, Datuk Zaid Ibrahim apabila beliau keluar meninggalkan PKR kerana tidak berpuashati dengan sistem pemilihan terus itu.

Selain Zaid, PKR juga berhadapan dengan kritikan dari ahlinya yang lain. Terbaru, calon Ketua Angkatan Muda, Badrul Hisham Shahrin enggan menerima sebarang jawatan dalam PKR ekoran kekalahannya merebut jawatan itu.

"Saya tidak kecewa kerana saya tewas, kalau kecewa pun adalah kerana saya tidak dapat melaksanakan pembaharuan dalam AMK yang saya dan teman-teman amat yakin mampu menyerlahkan politik reformasi yang kita laungkan selama ini yang telah digariskan dengan jelas dalam Manifestasi Anak Muda Malaysia.

"Yang dibangkitkan ialah soal ketelusan bukan siapa kalah atau menang. Kita sering mempersoalkan ketelusan SPR namun apabila kita berdepan dengan cabaran yang sama kita gagal melaksanakan ketelusan tersebut," kata beliau dalam satu kenyataannya./Harakahdaily

MASIH PERCAYA PADA JANJI BN LAGIKAH?

Barang naik: Jangan percaya janji pemimpin BN

Dis 9, 10

Janji-janji pemimpin kerajaan BN ternyata tidak boleh dipegang kerana mereka hanya sekadar tahu berjanji tetapi tidak pula jujur dan tahu menunaikannya sejak dulu, kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh.

NONEMenurut Harkahdaily, Nuridah dilaporkan sebagai berkata BN hanya sekadar mahu menggula-gulakan rakyat untuk meraih undi bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya.

Katanya, realiti itu terserlah apabila kerajaan BN sejak 3 Disember lalu telah mengambil keputusan menaikkan harga barangan keperluan utama rakyat seperti petrol, diesel, gas dan gula, sehingga menyebabkan rakyat semakin terhimpit walaupun telah diberi jaminan bahawa perkara seumpama itu tidak akan berlaku.

Janji palsu?

"Pada hal, 2 November 2010 yang lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenaikan RON97 ditentukan oleh syarikat pengeluar minyak. Kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak petrol RON97 kerana harga bahan mentah itu dikawal sepenuhnya oleh pasaran terbuka,” katanya.

NONE"Bagaimanapun kerajaan memberi jaminan harga minyak RON 95 tidak akan naik dalam tempoh terdekat. Rakyat juga tidak perlu risau kerana kerajaan juga tidak ada perancangan untuk menaikkan harga minyak RON95 dalam tempoh terdekat," kata Ismail Sabri seperti yang dilaporkan media tempatan.

Malangnya, menurut Nuridah, pada 3 Disember lalu harga petrol RON95 dinaikkan 5 sen menjadikan harganya RM1.90 seliter. Selain itu, harga diesel juga dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter, manakala gas LPG pula naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Harga gula dinaikkan 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.


azlanPada hari yang sama, Bernama melaporkan menteri yang sama juga telah berkata sekali lagi bahawa harga barang seperti gandum, beras dan minyak masak dijangka tidak akan dinaikkan buat masa ini. Kononnya kerajaan juga masih mengekalkan subsidi ke atas barangan berkenaan memandangkan ia adalah barangan keperluan semua rakyat di negara ini.

Pentingkan diri sendiri

"Percayakah anda akan kata-kata beliau itu? Ternyata segala janji pemimpin BN tidak boleh dipegang. Itu semua samalah dengan slogan yang diwar-warkan oleh (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) itu sendiri yang juga tidak boleh dipegang. Sebaliknya, tindak-tanduk para pemimpin BN ternyata tidak pernah mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian, tetapi hanya menekan dan menzalimi rakyat dalam segala aspek.

sundry shops kedai runcit everyday goods 250907 rice"Mereka ternyata hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja, bukannya mementingkan rakyat. Jadi, rakyat mesti sedar perkara ini. Jika rakyat tidak sedar dan terus tertipu dengan janji-janji pemimpin BN, para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat yang mesti menyedarkan rakyat agar tidak terus tertipu dengan permainan politik kotor mereka itu," kata Nuridah ketika dihubungi.

Katanya, kenaikan harga petrol, disel, gas dan gula, sememangnya amat menyusahkan rakyat pada semua peringkat, termasuk para penganut Kristian yang akan merayakan sambutan perayaan mereka tidak lama lagi, tetapi para pemimpin BN tidak pernah memikirkan masalah rakyat.


sundry shops kedai runcit everyday goods 250907 aislesSelain itu, Nuridah juga kesal kerana kerajaan pusat turut menzalimi rakyat dalam aspek air, apabila sanggup bertindak untuk menaikkan harga air di Selangor, sehingga memaksa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil tindakan tegas untuk membantu rakyat yang dizalimi.

Sehubungan itu, katanya, Wanita Pakatan Rakyat dalam mesyuaratnya di bangunan Parlimen semalam antara lain telah memutuskan untuk mengambil tindakan aktif berhubung perkara itu.

Antara lain, mereka akan berjumpa dengan orang ramai untuk mengedarkan risalah untuk menyedarkan orang ramai agar tidak lagi terus tertipu dengan para pemimpin BN dan memberi undi kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 37Selain berjumpa orang ramai di kampung-kampung, mereka juga akan mengedarkan risalah itu kepada orang ramai yang akan pulang bercuti di kampung di plaza-plaza tol, bagi membolehkan rakyat faham tentang realiti sebenar para pemimpin BN yang tidak pernah mementingkan rakyat, tetapi hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja.

"Jadi rakyat mesti disedarkan agar tidak lagi memberi undi kepada BN, tetapi kepada Pakatan Rakyat kerana hanya dengan cara itu barulah kehidupan rakyat akan terbela," katanya lagi./Malaysiakini

Khamis, 9 Disember 2010

TUNTUTAN KE ATAS P.PINANG ADA MOTIF POLITIK?

Mujahid curiga isu tuntutan P Pinang


GEORGETOWN - Seorang pemimpin Pas curiga isu tuntutan Kedah ke atas Pulau Pinang sengaja dibangkitkan semula pihak tertentu yang bermotif politik, terutama kerana kedua-dua negeri kini diperintah Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, isu tuntutan itu sebenarnya bukan perkara baru, malah telah beberapa kali berkumandang sejak beberapa dekad lalu.

“Lagipun, semua orang pun tahu Pulau Pinang selama ini bayar ‘sewa’ kepada Kedah. Namun kali ini saya khuatir, ia ditimbulkan semula atas sebab politik, bukan dari sudut akademik yang mengambil kira perundangan dan fakta,” katanya.

Dr Mujahid berkata, status Pulau Pinang sebagai salah satu negeri dalam Persekutuan Malaysia sejak merdeka telah diketahui dan diterima umum termasuk dalam urusan pentadbiran dan jika benar, Kedah ingin menuntut semula Pulau Pinang, banyak perkara yang akan berubah.

“Soal sempadan, peta, pengagihan pentadbiran dan pelaburan, banyak sebenarnya isu rumit yang terlibat jika tuntutan ini diteruskan,” katanya.

Menurut Dr Mujahid, beliau melihat beberapa perkara yang mungkin jadi penyebab mengapa isu itu ditimbulkan semula.

“Pulau Pinang sekarang menjadi sangat maju di bawah pentadbiran PR. Salah satu kejayaannya ialah pengiktirafan sebagai hab pelaburan yang paling menarik,” katanya.

Menurutnya, banyak masalah yang akan berlaku jika Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah yang bukan sahaja melibatkan isu dalam negara, malahan juga dengan pihak luar.

“Fokus pelabur asing akan turut terganggu dan ini akan merugikan kita semua,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya status quo dikekalkan.

Ditanya mengenai tuntutan Kedah supaya pajakan Pulau Pinang dinaikkan daripada RM10,000 setahun kepada RM10 juta setahun, Dr Mujahid berkata, itu terpulang kepada kecekapan kedua-dua pemimpin iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

“Ia lebih kepada perbincangan antara Kerajaan Pulau Pinang dan Kedah dan saya serahkan kepada keputusan oleh kedua-dua pemimpin yang memimpin Kedah dan Pulau Pinang,” katanya.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim berkata, perkara itu tidak perlu dijadikan isu berikutan ia perkara lama yang dibangkitkan semula.

“Bagi saya, ia bukan satu isu kerana dari dulu lagi perkara ini sudah dibangkitkan dan ia akan terus dibangkitkan. Ia tidak mudah sebenarnya," katanya./Sinar

PERSETANKAN GAPS

Usah layan kenyataan Gaps

SHAH ALAM – Kenyataan Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) yang mendakwa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ‘asuh rakyat Selangor jadi ganas’ tidak perlu dilayan.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, umumnya rakyat Selangor perlu melihat niat sebenar Gaps mengeluarkan kenyataan tersebut, begitu juga menghantar memorandum pada hari sama dengan Kerajaan Negeri.

Menurutnya, niat Gaps ternyata berbeza dengan niat Kerajaan Negeri yang mengadakan perhimpunan aman membawa aspirasi rakyat dan keperitan yang dialami rakyat.

“Kita tengok Gaps pula yang menghantar memorandum berbaur politik untuk memburukkan Kerajaan Negeri.

“Malah Gaps menggunakan Istana untuk kepentingan politik mereka dan mereka ke sana hendak mengganggu perhimpunan kami di sana. Jadi, kita tidak payah layan kenyataan itu,” katanya.

Bagaimanapun katanya, Kerajaan Negeri berusaha menyampaikan hasrat rakyat yang tidak mahu menggunakan khidmat penswastaan yang begitu mencengkam kebajikan pengguna air di Selangor.

“Kita mengadakan perhimpunan aman ‘Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat’ dengan surat kebenaran, malah empat kenderaan termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri dibenarkan masuk ke pekarangan Istana Negara.

“Kita menyerahkan memorandum tersebut kepada Yang Di-Pertuan Agong supaya baginda dapat menyampaikannya kepada Kerajaan Persekutuan berhubung isu penswastaan air ini,” katanya./Sinar

ADUAN PEMILIHAN PKR - JANGAN REMEHKAN JANJI YANG TELAH DIBUAT

Oleh: WFAUZDIN NS

PEMILIHAN di dalam PKR telah lama berakhir. Pimpinan PKR juga telah berjanji akan mengambil tindakan ke atas semua aduan sepanjang pemilihan yang lalu dan nampaknya semua ahli menerima janji yang dibuat oleh pimpinan parti. Adakah siasatan yang dikatakan akan dilakukan itu masih berjalan atau pun sudah selesai?

Jika ianya masih berjalan, kita mengharapkan agar siasatan dapat dilakukan secepat mungkin. Semua ahli menanti dengan penuh keyakinan dan kepercayaan hasil dari siasatan tersebut. Parti diharapkan tidak meremehkan janji-janji yang telah dibuat. Sekiranya pihak yang berkenaan gagal menunaikan janji-janji tersebut, maka bagaimana kita mahu meletakkan kepercayaan terhadap pemilihan di masa akan datang?

Salah satu cara untuk PKR menutup mulut pemimpin Umno dan media mereka yang sering menuduh kita tidak telus di dalam pemilihan adalah dengan cara melakukan siasatan secara telus dan mendedahkan hasil siasatan tersebut. Jika terbukti berlakunya penyelewengan, maka tindakan ke atas pelaku mestilah dibuat dan keadilan kepada mangsa penyelewengan juga mestilah diberi.

Parti tidak boleh menganggap ahli-ahli lupa kepada janji-janji mereka. Sampai bila parti mahu menuduh ahli-ahli tidak setia kepada parti jika parti pun tidak setia kepada janji-janji yang telah dibuat. Mudah-mudahan pihak yang dipertanggungjawabkan di dalam parti menjalankan tugas mereka dengan jujur dan adil. /wfauzdin.blogspot.com

SIAPA KATA TUAN GURU NIK AZIZ TENAT ?

Nik Aziz cuma sakit pinggang bukannya tenat

KOTA BAHARU - Khabar angin kononnya Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini tenat di hospital adalah tidak benar dan beliau hanya mengalami sakit di bahagian pinggang, kata anak keduanya, Nik Omar.

"Ayahanda saya sihat, Alhamdulillah...kesan balik Mekah menunaikan haji ayahanda mengadu sakit di bahagian pinggang sahaja.

"Alhamdulillah (beliau) boleh ke masjid dan sembahyang berjemaah (tetapi) dalam keadaan duduk," katanya kepada pemberita di rumah Menteri Besar itu di Pulau Melaka di sini hari ini.

Nik Aziz bagaimanapun tidak menemui pemberita kerana sedang diurut. Pada pukul 12 tengah hari, beliau dibawa ke Hospital Pakar Perdana di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mursyidul Am PAS itu sempat menunjukkan isyarat bagus kepada jurugambar ketika berada dalam kenderaan yang membawanya itu./Sinar

SYABAS PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA

Oleh: WFAUZDIN NS

KALI ini mahu bercerita pasal bola pula. Ucapan tahniah tim bola sepak negara yang berjaya melangkah ke perlawanan Separuh Akhir Piala AFF Suzuki. Walaupun kejayaan itu atas `ihsan' Indon yang berjaya menewaskan Thailand 2-1, namun kejayaan itu juga adalah kerana kemenangan besar Malaysia ketika menewaskan Laos 5 - 1.

Pada perlawanan Separuh Akhir yang akan diadakan secara timbal balik nanti, Malaysia akan bertemu dengan Vietnam pada 15 Dis ini di Stadium Bukit Jalil. Jika dilihat kepada prestasi Pasukan Bola Sepak Negara sewaktu di Sukan Asia baru-baru ini, kita mungkin boleh menewaskan Vietnam. Amat penting buat negara untuk menang besar di Bukit Jalil sebagai modal ketika berkunjung ke Vietnam nanti.

Apa yang merisaukan saya ialah di bahagian pertahanan yang masih lemah. Boleh dikatakan hampir kesemua jaringan yang membolosi gawang pintu gol kita sepanjang kejohanan ini berpunca dari kelemahan di bahagian Pertananan. Bahagian serangan masih boleh dibanggakan setakat ini terutamanya Norshahrul Idlan Talha dan juga Amri Yahya di bahagian tengah.

Marilah kita turun beramai-ramai ke Stadium Bukit Jalil nanti untuk memberikan sokongan kepada pasukan negara. Sudah lama kita impikan maruah bola sepak negara dapat dipulihkan. Tahniah sekali lagi buat Tim Bola Sepak Malaysia./wfauzdin.blogspot.com

TPM - PENDAPAT ANWAR DAN NIK AZIZ KEDUANYA BETUL

Oleh: WFAUZDIN NS

MASALAH siapa TPM jika PR menguasai Putrajaya nampaknya heboh di media. Seperti biasalah, media pencacai akan memainkan isu tersebut bertujuan untuk melagakan parti di dalam PR. Kesilapan DS Anwar adalah kerana terlalu awal menyebut perkara ini walaupun apa yang disebutnya itu bukanlah salah, tetapi menjadi modal untuk diputarbelitkan oleh musuh.

Ada yang berkata terdapat percanggahan pendapat di antara DS Anwar dengan Tuan Guru Nik Justify FullAziz di dalam hal ini. Bagi saya tiada percanggahan, kedua-duanya boleh diterima dan betul. DS Anwar menyebut Lim Kit Siang boleh jadi TPM kerana Perlembagaan membenarkannya. Di akhir ayat DS Anwar, beliau menyebut walaupun Lim Kit Siang boleh menjadi TPM tetapi keputusan mesti dibuat secara kolektif bersama pimpinan PR. Ayat yang terakhir itu tidak banyak media melaporkan.

Manakala, Tuan Guru Nik Aziz pula menyebut bahawa PAS tidak kisah siapa yang menjadi TPM asalkan menerima Islam sebagai dasar pemerintahan. Ini bermakna PAS tidak pernah lari dari perjuangan Islamnya, manakala DS Anwar tetap menyerahkan keputusan menentukan siapa PM atau TPM kepada pimpinan di dalam PR. Kedua-dua kenyataan tokoh PR itu boleh kita baca di dalam akhbar Sinar, tidak terdapat di dalam Utusan Meloya. Utusan Meloya hanya menyiarkan apa yang sedap pada telinga pemimpin Umno, itu sahaja.

Saya bersetuju dengan pendapat Tuan Ibrahim Tuan Man, bahawa matlamat yang lebih penting adalah berusaha gigih mencapai kemenangan terlebih dahulu. Mungkin untuk pemimpin utama atau bakal PM boleh PR umumkan kerana agak sukar buat rakyat untuk memilih PR jika mereka masih kabur siapakah nanti pemimpin yang memimpin negara ini jika PR memerintah. Bagi jawatan yang lain, tidak perlu dibahaskan lagi kerana kesemuanya akan dibincangkan oleh pimpinan PR setelah berjaya menguasai Putrajaya. /wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 8 Disember 2010

TIDAK SEMUA RAJA-RAJA MELAYU AKAN TERPEDAYA DENGAN UMNO

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

APABILA media serta pemimpin Umno cuba memainkan isu ketuanan Melayu, maka mereka mengharapkan agar semua Raja-Raja Melayu akan menuding jari kepada PR terutamanya PKR. Harapan Raja-Raja Melayu merasa murka kepada PR, harapan mereka rakyat terutamanya orang-orang Melayu pun turut marah kepada PR dan pastinya akan menolak PR di dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Itu matlamat Umno sebenarnya. Kita percaya bahawa tidak semua Raja-Raja Melayu akan terus menerima segala yang keluar di media dan dari mulut pemimpin Umno. Bukan semua Raja-Raja Melayu telah lupa siapakah yang mengaibkan kedaulatan Raja-Raja Melayu suatu ketika. Saya tertarik dengan titah Sultan Kelantan yang tidak terperangkap dengan media haprak itu. Tuanku bertitah bahawa perpaduan berasaskan akidah itu lebih penting dari berbicara dengan perpaduan untuk satu kaum sahaja.

Titah Sultan Kelantan itu amat releven dengan apa yang dikatakan oleh MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz bahawa ketuanan Islam itu lebih bermakna dan menguntungkan daripada menyebut ketuanan Melayu semata-mata. Amat bertuah rakyat Kelantan memiliki Raja yang berprinsip Islam serta MB yang memerintah dengan meletakkan Islam berada di atas pemerintahannya.

Kita berharap agar semua Raja-Raja bijak menilai situasi politik sekarang. Kita tidak mahu institusi Raja-Raja terus dipermainkan oleh mereka yang rakus ini. Mereka hanya ingin bergantung kepada Raja-Raja Melayu tatkala mereka tersepit. Apabila mereka kembali merasa kuat dan gagah, maka terjadilah seperti peristiwa di depan Istana Terengganu di mana kain rentang memaki hamun Sultan Terengganu demi untuk merebut kerusi MB sahaja./wfauzdin.blogspot.com

BANGLO KHIR TOYO DI JALAN MATI MEMBAWA `MALANG'?

Banglo di hujung jalan mati bawa nasib malang

Oleh JUNHAIRI ALYASA, HISHAM IDRIS dan KUMARA SABAPATHY
berita@kosmo.com.my

INILAH rumah bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir yang terletak di hujung jalan mati di Seksyen 7, Shah Alam.

SHAH ALAM – Apakah ada kaitan sesebuah rumah dengan nasib seseorang?

Dalam kes kedudukan rumah banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang lokasinya terletak di hujung jalan mati, sekurang-kurangnya ada pakar Feng Shui percaya ia boleh menyebabkan nasib malang sehingga dua generasi.

Menurut seorang pakar Feng Shui, Joe Choo, terdapat masalah aliran medan tenaga magnetik di kawasan jalan mati menyebabkan pemilik sesebuah rumah mengalami pemikiran bercelaru dan gagal membuat keputusan yang baik.

“Kedudukan rumah di hujung jalan mati menyebabkan tiada aliran tenaga. Ia ibarat sebuah kenderaan yang hanya boleh membuat pusingan U.

“Ia membawa makna orang yang tinggal di rumah tersebut berada dalam keadaan tidak tentu arah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

GANTUNG DI PARLIMEN, MASA UNTUK ANWAR GEMPUR FELDA PULA

Hafiz Baqi

KAJANG, 7 Dis: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan kempen peneroka saman Felda dalam satu himpunan bertemu peneroka di Bera, Pahang pada 17 Disember ini.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berkata, pihaknya menganjurkan program tersebut yang turut disertai Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai pesiapan kepada para peneroka yang bakal mengambil tindakan itu (saman Felda) sekiranya tuntutan mereka tidak diberi perhatian.

Dijangka lebih 1,000 yang sudah bersedia untuk menyaman Felda akan hadir dalam majlis tersebut.

"Peneroka akan diberi penerangan mengapa perlunya tindakan saman ini supaya semuanya mengambil tindakan sama," ujar beliau Majlis Makan Malam Rakyat Marhaen di Stadium Kajang, malam tadi.

Kata Mazlan, Pahang merupakan negeri teramai peneroka yang menyatakan bersedia betindak demikian iaitu sekitar 4,000 orang.

Sebelum ini Harakahdaily melaporkan kenyataan Mazlan yang yakin sekurang-kurangnya 5,000 peneroka akan ke mahkamah untuk menyaman Felda atas dakwaan melakukan penipuan.

"Sebahagian besarnya daripada Pahang kerana negeri itu paling banyak Felda di Semenanjung," katanya Mazlan dalam majlis tersebut di hadapan lebih 2,000 orang yang hadir.

Saman besar-besaran peneroka ke atas Felda bergantung kepada dua tuntutan kepada kerajaaan yang diberi tempoh untuk diselesaikan sehingga akhir Disember ini iaitu pembayaran wang tanam semula sebanyak RM17 ribu kepada peneroka yang masih belum menerima pembayaran tersebut dan pengredan perahan buah kelapa sawit dinaikkan kepada 23 peratus daripada sekitar 18 hingga19 peratus ketika ini.

Kedua-dua tuntutan itu dikemukan berdasarkan keputusan mahkamah masing-masing melibatkan peneroka Felda Sungai Koyan, Pahang dan Felda Sungai Kemahang, Kelantan.

Dalam kes peneroka Felda Sungai Koyan, Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan kerajaan perlu bayar RM1,700 seekar kepada peneroka untuk tanam semula manakala kes peneroka Sungai Kemahang terbukti berlaku manipulasi penggredan perahan buah sawit yang merugikan peneroka.

Sementara itu, alumni kakitangan Felda yang ditubuhkan beberapa bulan lalu untuk memantapkan perjuangan menuntut hak para peneroka telah dilancarkan secara rasmi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar atas).

Badan itu akan berganding dengan Anak, sebuah pertubuhan yang agresif menuntut hak-hak peneroka daripada Felda serta beberapa pertubuhan lagi yang bakal ditubuhkan untuk membentuk jaringan badan bukan kerajaan khusus menangani isu-isu berkaitan tanah rakyat serta tanah-tanah rancangan seperti Felda, Felcra dan Risda.

Pengerusi Anak, Mazlan Aliman berkata, kumpulan yang terdiri daripada bekas pegawai-pegawai Felda ini akan sama-sama turun bertemu rakyat untuk menerangkan penyelewengan-penyelewengan yang berlaku dalam Felda.

Selain itu kata Mazlan, kumpulan tersebut berperanan sebagai penasihat disamping memberi input-input berguna kepada Anak bagi memastikan tindakan-tindakan yang diambil memberi kesan semaksimumnya.

"Mereka sangat arif tentang penyelewengan dan penipuan Felda ke atas peneroka, malah ada antara mereka yang terlibat waktu bertugas dahulu kerana terpaksa (di arahkan) dan kini mereka mahu menebus kembali," katanya.

Turut bersama dalam majlis yang bermula dengan makan malam di Stadium Kajang itu termasuklah para peneroka dan rakyat tertindas daripada Sabah dan Sarawak.

Dalam majlis itu Pengerusi Alumni Bekas Pegawai Felda, Khamis Saat telah menyerahkan 50 borang penyertaan rakan-rakannya yang terdiri daripada bekas pegawai-pegawai Felda kepada Abdul Hadi.

"Dalam masa beberapa bulan lagi mereka mensasarkan 200 hingga 300 pegawai - pegawai Felda yang telah bersara menyertai gabungan ini," ujar Mazlan./Harakahdaily

REKOD PERTAMA KPN, JOM KITA CATATKAN

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah menahan seramai 52 orang penunjuk perasaan 5 Disember lepas dan memukul penunjuk perasaan yang lain sewaktu perhimpunan aman Bantah Harga Air Naik membuktikan tahap sebenar ketelusan dan kebertanggungjawaban PDRM dalam melaksanakan tugas.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, insiden buruk itu juga jelas telah mencalarkan integriti PDRM dan kredibiliti ketua barunya, Tan Sri Ismail Omar.

Menurutnya, rekod buruk pertama Ketua Polis baru itumembuktikan bahawa PDRM masih berterusan mengamalkan sikap double standard dalam melaksanakan tugas dan menguatkan lagi dakwaan bahawa kesemua institusi kerajaan kini, termasuk PDRM dan FRU telah diperkudakan demi kepentingan politik BN Umno.

Malah, ujarnya penafian dan sikap angkuh kerajaan Pusat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor demi kepentingan rakyat, menunjukkan seolah-olah kerajaan Pusat turut bersubahat dalam ‘rompakan besar-besaran hak rakyat’ oleh Syabas.

Sikap tidak adil PDRM, tambahnya apabila penyokong dan warga Selangor yang ingin menuntut keadilan telah ditahan dan disekat secara ganas dengan menggunakan water cannon dan gas pemedih mata, sebaliknya GAPS (Gabungan Anti Penyelewangan Selangor) yang lebih jelas berunsur perkauman dan mencetuskan provokasi dibenarkan berhimpun dan melakukan huru-hara.

“Profesionalisme PDRM juga layak dipersoalkan kerana telah bersikap biadap dengan tidak menghormati Masjid Negara sebagai sebuah premis rumah ibadah apabila berterusan gas pemedih mata dilepaskan di perkarangan masjid sehinggakan menjejaskan orang awam yang sedang bersolat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, perlakuan ganas pihak berkuasa ini benar-benar telah memalukan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi membangun, sekaligus amat bertentangan dengan hasrat bersama untuk memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara bertaraf maju dan kerajaan yang mementingkan rakyat./Harakahdaily

Umno, Perkasa Bacul Gagal Pertahan 'Ketuanan Melayu' Dengan Hujah Kukuh

Oleh Suara Keadilan

SNI10KUALA LUMPUR 7 Dis - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Saifuddin Nasution Ismail berkata Umno dan pertubuhan serpihannya Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) bersikap bacul apabila tidak berani berhujah mengenai konsep 'Ketuanan Melayu' yang diagung-agungkan selama ini.

Sebaliknya kata Saifuddin, kedua-dua organisasi itu memilih untuk mencaci dan melemparkan kata-kata nista terhadap Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta parti tanpa memberi bukti dan hujah yang kukuh selain sekadar menafsir konsep itu sebagai 'Ketuanan Raja-Raja Melayu'.

"Saya menganggap tindakan Umno dan Perkasa mengheret institusi Raja-Raja Melayu dengan mentaklikkan 'Ketuanan Melayu' sebagai 'Ketuanan Sultan' adalah satu tindakan yang bacul di pihak
Umno dan Perkasa. Mereka tidak mampu berdepan dengan persoalan penting membicarakan kaedah terbaik membela orang Melayu terbanyak seperti yang ditimbulkan KEADILAN, lalu mereka cuba menggunakan institusi Raja-Raja Melayu.

"Tindakan seperti inilah sebenarnya yang menghina institusi Raja-Raja Melayu kerana ia tidak menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu yang memayungi seluruh rakyat jelata tidak mengira kaum, agama dan pegangan politik.

"Kaedah sedia ada di bawa oleh Umno - iaitu mengabui mata rakyat mengenai hak mereka (melalui Umno) untuk terus berkuasa tidak kira prestasi mereka dan kebajikan rakyat keseluruhannya, terutamanya nasib orang Melayu.

"Konsep 'Ketuanan Melayu' yang dilaungkan secara terbuka dan dibisikkan secara senyap ini oleh BTN dan agensi-agensi lain, menakut-nakutkan orang Melayu bahawa perubahan kerajaan kepada pakatan
politik yang lain akan menyebabkan orang Melayu hilang kuasa.

Apabila orang Melayu hilang kuasa, maka nasib orang Melayu akan terjejas dan akan tertindas," jelas Saifuddin dengan panjang lebar dalam kenyataannya semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang menambah Umno dan Perkasa tidak mampu memyembunyikan wajah perkauman sempit mereka sebenar walaupun pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui kempen 1Malaysia telah membelanjakan puluhan juta ringgit wang rakyat untuk membayar perunding antarabangsa bagi memperelokkan imej mereka yang sudah buruk.

Ini kerana sikap rasis dan perkauman yang menebal sudah menjadi amalan biasa dan sebahagian daripada darah daging pemimpin Umno dan Perkasa.

Ini berbeza dengan gagasan yang di bawa oleh r Wan Azizah pada Kongres Tahunan KEADILAN baru-baru ini di mana beliau mengupas bagaimana 'Ketuanan Melayu' dijadikan alasan dan asas oleh segelintir pemimpin elit Melayu untuk memperkayakan kaum kerabat serta kroni mereka.

"Gagasan tersebut, seperti yang disampaikan oleh Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, menyentuh mengenai mekanisme terbaik untuk membela orang Melayu.

"Persoalan yang dilontarkan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah adalah mudah; iaitu kaedah bagaimana yang boleh menjamin kelangsungan dan darjat orang Melayu yang akan dihormati dan bermaruah, dalam kerangka masyarakat pelbagai kaum yang ada di Malaysia dan arus globalisasi yang deras meninggalkan kita," tegas beliau.

Menyingkap sejarah penghinaan Umno terhadap insititusi Raja-Raja Melayu, Saifuddin berkata rekod parti itu amat tercemar dan diketahui oleh rakyat.

"Rekod mereka mencalarkan kedudukan institusi Raja-Raja Melayu di mata rakyat sudah diketahui umum. Krisis-krisis perlembagaan yang melemahkan institusi Raja-Raja Melayu dalam tahun 1983 dan 1993 dicetuskan oleh Umno.

"Lebih malang, dalam kedua-dua siri krisis perlembagaan yang disusun oleh Umno itu, berlaku serangan-serangan yang bertujuan mengaibkan Raja-Raja Melayu dalam akhbar-akhbar dan media milik mereka.

"Ada beza yang besar di antara cakap-cakap seorang dua rakyat jelata yang dituduh mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu, dengan satu gerakan tersusun yang dilaksanakan secara besar-besaran oleh sebuah parti politik yang mengaku mempertahankan 'Ketuanan Melayu'," ujar Saifuddin.

Justeru beliau memberi amaran supaya Umno dan Perkasa tidak lagi cuba memfitnah KEADILAN dan Pakatan Rakyat berhubung isu ini kerana Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang diluluskan pada 19 Disember 2009, secara jelas mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra dan institusi raja berpelembagaan.

"Ini dinyatakan dalam Fasal 1 Perkara a(i) “Pakatan Rakyat akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153”; dan Fasal 1 Perkara a(ii) “Pakatan Rakyat akan mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berpelembagaan”.

"Makanya, KEADILAN ingin membawa kembali polemik “Ketuanan Melayu” ini kepada perkara dasar yang diulas oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail iaitu wacana kaedah terbaik untuk melahirkan anak bangsa Melayu yang beriman, boleh berdikari, berprinsip dan berdaya juang supaya mereka kekal bermaruah dalam kerangka masyarakat pelbagai kaum di negara ini dan arus globalisasi mutakhir.

"Apakah kaedah Umno yang memperkecilkan kebolehan anak Melayu, dengan menakut-nakutkan mereka dan menimbulkan rasa curiga terhadap semua yang bukan Melayu, akan berjaya melahirkan anak bangsa Melayu yang bermaruah?

"Apakah “Ketuanan Melayu” yang berpaksikan kepada sistem kroni dan mendokong rasuah dengan menghamburkan kekayaan negara kepada beberapa kroni rapat Umno (tanpa mengira kaum) akan melahirkan golongan peniaga Melayu yang berdaya maju? Apakah budaya rasuah yang berleluasa di dalam Umno akan menjamin kedudukan istimewa orang Melayu tidak akan dijual suatu hari nanti?

"Apakah anak bangsa Melayu yang membesar dengan perasaan curiga akan dapat mengambil pendekatan positif menunggang arus globalisasi untuk menjadi pemimpin antarabangsa?" tanya Saifuddin kepada Umno dan Perkasa.

Beliau seterusnya menjelaskan persoalan yang diangkat oleh KEADILAN adalah persoalan jatidiri dan kaedah terbaik membina jatidiri tersebut.
Ini berbeza dengan kaedah 'Ketuanan Melayu' a la Umno dan Perkasa bukan sahaja terbukti gagal membina jatidiri orang Melayu, malah menyebabkan kebajikan rakyat terbanyak (terutamanya golongan berpendapatan rendah yang majoritinya orang Melayu) terabai.

Menurut beliau lagi sehingga kini, selepas 30 tahun 'Ketuanan Melayu', 75 peratus dari bilangan keluarga yang pendapatan isi rumahnya di bawah RM2,000 adalah orang Melayu.

Golongan Melayu jugalah yang dikategorikan sebagai golongan 40 peratus paling miskin di Malaysia, seperti yang dihuraikan Perdana Menteri dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

"Selepas 3 dekad 'Ketuanan Melayu', rakyat terbanyak juga yang dibebankan dengan pemotongan subsidi sedangkan subsidi korporat sebanyak RM19 bilion setahun (dalam bentuk subsidi gas kepada penjana bebas) tidak disentuh.

"Umno dan Perkasa tidak melahirkan sedikit keluhan pun apabila bantuan kepada rakyat termiskin, yang rata-ratanya orang Melayu ditarik setiap enam bulan untuk menampung perbelanjaan boros kerajaan membayar perunding antarabangsa, sedangkan tidak ada satu mekanisme pun diperkenalkan untuk menyalurkan kembali rasionalisasi subsidi kepada golongan termiskin ini.

"Justeru, KEADILAN yakin bahawa polemik 'Ketuanan Melayu' ini adalah benteng terakhir Umno dan PERKASA yang kian rapuh dan ditolak rakyat.

"Demi melahirkan Malaysia yang majmuk, mengamalkan toleransi dan berdaya saing, KEADILAN akan konsisten membawa gagasan Ketuanan Rakyat melalui bangsa yang bermaruah kerana kami yakin gagasan ini tidak dapat dijawab oleh Umno dan Perkasa," kata Saifuddin.

MENGAPA IKTIRAF ORANG YANG DERHAKA KEPADA ALLAH SEBAGAI TOKOH MAAL HIJRAH?

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA disebut Maal Hijrah, tentulah berkaitan dengan Islam. Tokoh Maal Hijrah semestinya seorang tokoh yang mengamalkan segala aspek suruhan di dalam Islam di samping mempunyai kehebatan dan menyumbangkan jasa-jasa terhadap pembangunan Islam.

Saya tidak mempertikaikan kehebatan dan ketokohan Gabenor Bank Negara, Zetty Aziz di dalam kerjayanya sebagai Gabenor Bank Negara. Namun, memilih beliau sebagai tokoh Maal Hijrah amat tidak sesuai sekali kerana saya tidak nampak di mana hebatnya Zetty Aziz di dalam membangunkan Islam khususnya di bidang yang beliau ceburi sekarang. Paling tidak melayakkan beliau mendapat anugerah tersebut adalah kerana beliau seorang wanita yang masih kekal membuka auratnya.

Bahkan, sewaktu menerima anugerah tersebut juga beliau tetap tidak menutup auratnya dan perbuatan beliau itu dilihat seolah-olah mempersendakan Maal Hijrah itu sendiri. Bagaimana mungkin beliau boleh mendapat anugerah Tokoh Maal Hijrah, sedangkan beliau sendiri gagal untuk berhijrah dari yang melakukan yang haram (membuka aurat) kepada yang diwajibkan oleh Syarak (menutup Aurat). Apakah aspek yang diutamakan untuk memilih Tokoh Maal Hijrah?

Berbeza dengan di Kelantan, Tokoh Maal Hijrah tahun ini dianugerahkan kepada YAB MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Amat tepat dan sesuai sekali anugerah ini diberikan kepada Tuan Guru tersebut kerana beliau bukan sahaja sentiasa memandu rakyatnya di dunia bahkan di Akhirat juga. Keperibadian MB Kelantan ini juga sudah cukup untuk melayakkan beliau dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah kerana beliau boleh dijadikan contoh dan teladan kepada kita semua.

Dalam aspek kepimpinan, beliau juga berjaya mentadbir Negeri Kelantan dengan baik tanpa berlakunya penyelewengan atau rasuah di kalangan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri serta Exco atau Wakil Rakyat di negeri tersebut. Pengenalan mata wang Dinar adalah salah satu usaha beliau yang dapat meningkatkan Syiar Islam.

Pemilihan Tokoh Maal Hijrah sepatutnya dilakukan dengan niat yang baik dan telus agar imej Islam terus terpelihara. Jika mahu juga memberikan anugerah kepada orang seperti Zetty Aziz ini, berikan anugerah di dalam bentuk lain bukannya anugerah Tokoh Maal Hijrah. Jangan persendakan atau meremehkan Maal Hijrah dengan mengiktiraf manusia yang derhaka kepada Allah./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 7 Disember 2010

PERHIMPUNAN GAPS YANG MEMALUKAN, SATU PENGAJARAN

Oleh: WFAUZDIN NS

KEGAGALAN `Kumpulan Baju Hitam' (GAPS) menyaingi perhimpunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri selangor (Baju Merah) Ahad lepas sepatutnya menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang ingin melakukan sesuatu kerja yang bodoh dan menentang arus.

Ahad lepas, perhimpunan peserta di dalam kempen `Selamatkan Air Kita' yang berpusat di Masjid Negara dan berakhir di Istana Negara, walaupun diancam dengan gelagat pihak berkuasa namun ianya berjaya dilangsungkan. Puluhan ribu rakyat yang hadir menuntut agar kerajaan tidak terus bersubahat dengan puak yang `menghisap darah' rakyat, ternyata menenggelamkan perhimpunan yang dianjurkan oleh GAPS.

GAPS berhimpun kununnya ingin mengadu kepada Istana tentang penyelewengan yang berlaku di Selangor. Apakah penyelewengan itu? Tidakkah kesemua yang mereka katakan penyelewengan di Selangor itu telah pun diadu kepada pihak SPRM? Mana dia siasatan dan mana dia pendakwaan? Pihak SPRM tentu lebih tahu benar atau tidak dakwaan mereka atau sekadar omongan kosong setelah tiada lagi isu yang boleh mereka cungkil di Selangor. Yang jelas sekarang, bekas MB Selangor Khir Toyo yang dapat didakwa oleh SPRM. Tanpa GAPS berhimpun sekali pun, kes Khir Toyo telah pun dibawa ke mahkamah.

Akhirnya, Pengerusi GAPS Hamidzun Khairuddin mengakui bahawa memang tiada sokongan dari rakyat untuk berhimpun bersama kumpulan mereka. Beliau cuma berkata objektif utama perhimpunan kumpulan itu di Stadium Merdeka Ahad lalu adalah bagi menyerahkan memorandum tersebut, telah tercapai. Ini bermaksud sekadar menyerahkan memorandum, jika begitu seorang diri pun yang hadir dikira berjayalah juga.

Berbeza dengan perhimpunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang rata-rata berbaju merah. Mereka bukan mensasarkan memorandum sampai ke Istana Negara, tetapi kempen ini disertai oleh rakyat jelata dari berbagai kaum dan agama sebagai tanda sokongan. Bayangkan jika tiada sekatan atau ancaman dari pihak berkuasa, tentunya seluruh bandaraya KL dipenuhi dengan baju merah. Di dalam keadaan diancam dan diganggu sedemikian rupa pun, puluhan ribu rakyat turun menunjukkan mereka tidak lagi boleh diperbodohkan.

Semoga apa yang dilakukan oleh GAPS menjadi pengajaran bagi mereka. Perhimpunan yang diadakan di Stadium Merdeka oleh GAPS ternyata memalukan mereka sendiri. Walaupun dikatakan ada `raptai' sebelum itu, namun kehadiran peserta perhimpunan tidak menunjukkan perjuangan kosong mereka mendapat sambutan dari rakyat. Mereka hanya berjaya Justify Fullmengumpul beratus orang yang masih lagi gelap hati dan sanggup diperbodohkan./wfauzdin.blogspot.com

BERHIJRAH LAH WAHAI POLIS....

Hijrah dan Polis Raja Di Malaysia

Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh
Dec 06, 2010

Hijrah Itu Pengorbanan, Hijrah Itu Perjuangan, Hijrah Itu Persaudaraan, Hijrah Membentuk Perpaduan - Al Ajiba, Lagu Tema Maal Hijrah

Petikan lirik lagu tema Maal Hijrah bukan semata-mata lirik lagu sahaja. Semangat di sebalik lirik tersebut semalam dizahirkan di hadapan Masjid Negara. 5 Disember 2010, barangkali satu lagi tarikh bersejarah yang menandakan kebangkitan semula anak muda dan rakyat jelata menuntut hak mereka. Umpama suatu kisah Maal Hijrah, suatu kisah peperangan di antara rakyat dan penguat kuasa Negara, kami menyaksikan bagaimana pihak polis yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat, mengancam dan menindas mereka tanpa perasaan.

Bagaikan sudah dirasuk semangat jahat, pihak polis mengejar, memukul dan mengherdik rakyat yang telah berhimpun secara aman untuk melahirkan bantahan terhadap usaha-usaha menswastakan air. Kami bagai tidak percaya melihat polis berbaris rapi di perkarangan Masjid Negara tidak berani untuk menapak di perkarangan tanah suci itu. Bagaikan robot tidak berakal mereka berbaris dan menunggu rakyat untuk menapak keluar supaya boleh dibaham dengan baton-baton FRU dan kasut-kasut polis yang berat.

Di dalam Masjid Negara kelihatan rakyat pelbagai agama dan bangsa mengambil perlindungan daripada kekejaman Polis. Sesungguhnya kami telah meyaksikan apa itu pengorbanan, apa itu perjuangan, apa itu persaudaraan, dan perpaduan di dalam rumah suci itu. Penguatkuasa telah menembak air beracun, dan gas pemedih mata untuk memecahkan perpaduan rakyat berbilang agama dan bangsa, namun mereka hanya mampu sehingga ke perkarangan Masjid Negara. Satu pihak dilindungi Kerajaan Persekutuan (termasuk eksekutif, kehakiman dan legislatif) dan satu lagi pihak berlindung di rumah Tuhan.

Laungan kalimah "Allahhu Akhbar!", "Hidup Rakyat!", "Mahasiswa sudah bangkit!" bergema di perkarangan tanah suci itu. Laungan-laugan yang menerima sambutan daripada satu generasi rakyat Malaysia yang sudah menjangkau jauh daripada sifat perkauman, korupsi dan kezaliman. Mereka bersatu demi Negara, demi masa depan anak cucu-cucu mereka. Pada perhatian kami, tidak ada yang lebih patriotik daripada mereka yang berani bertembung dengan apparatus Negara yang zalim lagi kejam. Terasa seperti satu kisah perjuangan untuk kemerdekaan yang berlaku di hadapan mata.

Pada perkiraan kami, Polis telah melakukan sesuatu yang sangat bertentangan dengan kehendak rakyat dan parti pemerintah akan menanggung akibat kesilapan besar pihak Polis ini. Selama ini kami fikir Barisan Nasional masih mampu untuk memperbetulkan kesilapannya, tetapi semalam kami sendiri menyaksikan rakyat yang langsung tidak menyebut Barisan Nasional, kemudiannya menyumpah-serapah parti yang telah lama berkuasa itu setelah diprovokasi keras oleh pihak Polis.

Ada juga yang menangis dan menyumpah pegawai-pegawai Polis Di-Raja Malaysia yang bagai tidak berakal dan mekanikal. Barangkali sumpahan rakyat sudah berkesan? Adakah pihak Polis sudah tidak boleh bezakan baik dan buruk? Apakah kenaikan harga air tidak akan membebankan pihak Polis? Apakah gaji dan jumlah rasuah yang diperas oleh mereka menyebabkan mereka tidak merasa keperitan kenaikan harga air? Mengapa mereka tidak menyertai rakyat dalam perjuangan? Sanggup mereka mengkhianati sumpah mereka untuk menjaga rakyat.

Apakah Polis Di Raja Malaysia mengharapkan orang ramai menghormatinya sedangkan mereka langsung tidak menghormati rakyat? Menembak sesuka hati, memukul sesuka hati, memeras wang sesuka hati, bagaimana rakyat mahu hormat? Polis harus ingat, mereka milik rakyat, mereka berketuanan rakyat, bukan Perdana Menteri, bukan Ketua Polis, tetapi rakyat. Oleh yang sedemikian mereka harus menghormati rakyat, bukan dengan menembak gas pemedih mata, bukan dengan meriam air, bukan dengan memeras rasuah, tetapi dengan memberi perlindungan kepada rakyat, menjaga keselamatan rakyat, dan bersama perjuangan rakyat.

Kami percaya Polis Di Raja Malaysia bukan Polis Singapura, bukan juga Polis Israel, dan juga bukan Polis Myanmar. Mereka harus menyedari bahawa mereka bukan lawan dalam perjuangan ini, mereka juga mangsa kerakusan pihak-pihak yang korup dan tidak segan merampas hak rakyat. Tempat anda dalah bersama rakyat, jangan jadi tali barut mana-mana pihak yang tidak parwah akan masa depan Negara.

Anda juga minum air, anda juga punyai keluarga, anda juga berakal seperti kami, anda juga merasakan sakit kenaikan harga barang, jangan khianati kami, jangan zalimi kami. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat meyambut maal hijrah kepada semua muslimin dan selamat menghayati maal hijrah kepada rakan-rakan yang lain.

*Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh ialah penulis bebas./MerdekaReview

SIAPA `KASSIM PATOLAN' DI DALAM UMNO?

Oleh: WFAUZDIN NS

`PENASIHAT 20 Persen' ala `Kassim Patolan' di dalam cerita `Tiga Abdul' arahan Allahyarham P.Ramlee boleh diberi kepada Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun.
Beliau telah menyarankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diguna pakai dalam isu berhubung kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai ketuanan Melayu semasa Kongres Nasional PKR baru-baru ini.

Sepatutnya sebagai Peguam yang kununnya hebat, beliau mesti berani mencabar PKR untuk berdebat atau berhujah di dalam isu tersebut. Beliau tidak harus menunggu pemimpin Umno yang mahu berdebat dengan pemimpin PKR, PAS atau DAP di dalam isu tersebut kerana beliau bukan tidak tahu mana ada pemimpin Umno yang mempunyai kekuatan dan keyakinan untuk berdebat dengan Pembangkang? Selaku `Penasihat 20 Persen', beliau harus tampil untuk menjadi wakil kepada `tuan'nya yang penikus itu.

Mengapa harus menggunakan Akta ISA yang zalim itu untuk mempamirkan kehebatan Umno? Berani kerana benar, takut kerana salah'. Mengapa perlu takut untuk berhujah jika kamu merasakan kamu benar? Akta ISA tidak pernah dapat membuktikan kebenaran kerana yang benar tidak boleh dihapuskan dengan undang-undang zalim itu. Bahkan, jika undang-undang zalim itu digunakan maka bertambah terserlah akan kebenaran.

Memenjarakan DS Wan Azizah, Kit Siang mahu pun Hj Hadi di bawah Akta ISA tidak akan mampu menonjolkan kebenaran Umno dan keburukan pemimpin PR. Kebenaran perlu dicari melalui hujah, jika Umno ada keberanian. Saya percaya tidak akan ada pemimpin Umno yang berani berhujah kerana mereka sememngnya tiada hujah selain dari menggunakan senjata yang berkurun lamanya iaitu Akta ISA./wfauzdin.blogspot.com

MELAYU TIDAK LAGI BOLEH BERGANTUNG DENGAN UMNO

Oleh: WFAUZDIN NS

BANGSA, keturunan, suku atau kaum adalah ciptaan Allah kepada manusia dan ianya wajib disyukuri. Tiada salahnya kita berbangga dengan bangsa Melayu kita, dan amat baik jika kita sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan maruah dan martabat bangsa kita. Seperti kata Justify FullPresiden PAS, berbangga menjadi bangsa Melayu tidak salah, tetapi menjadikan perjuangan untuk Melayu itu sebagai satu idealogi itu yang salah.

Umno adalah parti berasaskan nasionalis atau bersifat kebangsaan. Walaupun parti tersebut dinamakan sebagai `UMNO' iaitu singkatan dari bahasa penjajah (United Malay National Organisation), namun parti ini mengaku kununnya sebagai wadah perjuangan bagi orang-orang Melayu di negara ini. Lebih 5o tahun, Umno tidak menampakkan kesan yang besar untuk meningkatkan martabat Melayu malahan orang-orang Melayu semakin lama semakin seksa hidup di bawah Umno.

Bukan sahaja kaum Melayu, bahkan negeri-negeri Melayu juga terpinggir di bawah Umno. Lihat sahaja negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan. Umno yang berkuasa di peringkat Pusat sanggup meminggirkan negeri-negeri ini. Alhamdulillah, apabila PAS berjaya menawan Kedah dan mengekalkan Kelantan, maka PAS sebagai parti yang berjuang atas dasar Islam yang melangkau kaum ternyata berjaya membela nasib orang-orang Melayu di negeri tersebut. Ini bermakna memilih PAS secara tidak langsung bangsa Melayu juga akan terselamat. Memilih PAS, bermakna semua kaum dan agama diberi keadilan yang sewajarnya.

Justeru itu, Umno amat terdesak sekarang kerana mereka melihat PAS hampir berjaya mengambil alih peranan mereka. Umno bimbang jika PKR mampu menawan semua kaum, DAP berjaya mendapat sokongan kaum Cina dan PAS pula beroleh sokongan dari kaum Melayu, maka apa yang tinggal lagi untuk Umno? Masakan Umno mahu bertukar menjadi parti kepunyaan kaum Asli walaupun parti ini menang di Galas kerana kekuatan kaum tersebut di Gua Musang?

Tidak hairanlah Umno sejak kebelakangan ini secara membabi buta menyerang PR dengan mengutip apa jua isu hatta isu agama walaupun Umno teramat jahil jika bercakap di dalam isu agama ini. Pemimpin Umno sekarang sudah kehabisan modal untuk mempamirkan kehebatan parti mereka. Umno masih teraba-teraba untuk mencari di mana letaknya kelemahan PR samada PAS, PKR atau pun DAP. Maka, mereka mencipta berbagai dakyah untuk memburukkan PR dengan menggunakan media kawalan mereka.

Saat kehancuran Umno telah bermula. Pemimpin mereka sudah tidak berdaya lagi untuk memperbaiki negara ini dari berbagai kerosakan. Pelaburan tidak sehebat dulu, ekonomi hancur lebur, pendapatan negara merosot teruk sehingga pemimpin Umno yang ingin menjadi `tuan' di dalam ketuanan Melayu ini tepaksa mengorbankan rakyat dengan kenaikan harga barang. Inilah yang dikatakan `Melayu makan Melayu'. Benarkah anda menjadi `tuan' sekarang?/wfauzdin.blogspot.com

BERAHIM ALI AJAR SEJARAH, TAPI DIA LUPA SEJARAH DIRINYA

Oleh: Mandor

SEBAIK saja Berahim Ali raja katak dari Pasir Mas keluar dari menerima rawatan sakit jantungnya, saya merasakan sudah pasti gaya percakapan raja katak itu berubah. Saya jangkakan Berahim akan bercakap pasal Islam. Oh, rupanya tidak. Beliau masih dengan `Melayu'nya, maklumlah Presiden Perkasa.

Beliau mengajar `sejarah' darihal ketuanan Melayu hari ini sepertimana dipetik dari Malaysiakini. Betapa pentingnya kita mengetahui sejarah, katanya. Di akhirnya, beliau menyebut kaum pendatang yang bukan Melayu datang ke Tanah Melayu `tidak dialu-alukan'. Saya tidak mahu ulas tentang itu kerana saya sudah lama tahu Berahim Ali kuat temberang.

Pasal sejarah, saya setuju dengan Berahim Ali bahawa kita patut tahu sejarah dan belajar dari sejarah. Saya telah lama tahu sejarah Berahim Ali. Sejarah terbaru yang saya ingat tentangnya adalah beliau menjadi MP Pasir Mas adalah di atas tiket PAS. Sehingga kini beliau berada di kerusi berkenaan walaupun PAS sudah tidak `redha' beliau berada di situ. Sejarah Berahim `menggigit' tangan PAS yang `memberinya' makan diketahui oleh semua rakyat Kelantan.

Oleh yang demikian, jika Berahim Ali orang yang selalu belajar dari sejarah, tunggu apa lagi? Bukankah sejarah di Pasir Mas sudah cukup untuk membuatkan Berahim Ali malu menenggek di situ?/mandor.blogspot.com

ANAK TOYO DIDAKWA, SESUMPAH PALING SERONOK?


Ezam dijulang setelah Khir didakwa?
Wartawan Kita

SHAH ALAM, 6 Dis: Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Senator Ezam Mohd Noor diletak di posisi tinggi dalam Umno Selangor dikatakan sebagai balas budi selepas beliau berjaya mengaibkan bekas ketuanya dengan pelbagai tuduhan.

Sumber Umno memberitahu, kehadiran Ezam di Perhubungan Umno Selangor direstui pengerusinya, Datuk Seri Najib Razak, kini dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan bekas pemimpin PKR terbabit.

“Ezam disebut-sebut sebagai tokoh Umno di Selangor kerana tiada tokoh lain lagi yang dipercayai Najib, lagi pun Datuk Seri Noh Omar lebih perlu diperlukan Najib di peringkat persekutuan.

“Jadi dalam projek menawan Selangor daripada Pakatan Rakyat, tugas besar diletakkan kepada Ezam kerana beliau mempunyai ramai kenalan dalam PKR,” katanya di sini.

Difahamkan nama Ezam dijulang berikutan bekas Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo diseret Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke mahkamah atas tuduhan isu rasuah.

Hari ini, Khir yang juga bekas Menteri Besar Selangor dan Datuk Shamsuddin Hayroni, 54, dihadap ke Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di atas kesalahan mendapat dua lot tanah dengan cara yang meragukan.

Lot banglo itu dibeli dengan harga RM3.5 juta pada 2007 melalui Shamsuddin yang merupakan Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd, sedangkan hartanah tersebut dibeli syarikat tersebut dengan harga RM6.5 juta pada 2004.

Sumber Umno terbabit memberitahu kemungkinan Ezam akan dilantik sebagai Ketua Penerangan Umno Selangor dalam masa terdekat bagi membantu Noh.

“Tidak dapat dinafikan Najib akan melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor menjelang pilhan raya nanti bagi memberi peluang kepada Noh dan Ezam merangka strategi merampas Selangor.

“Selangor cukup penting kepada BN memandangkan sumber ekonominya boleh membantu menguatkan Umno,” katanya.

Sumber lain pula mendakwa Umno dan BN Selangor akan menggunakan pengundi pos bagi membolehkan projek merampas negeri terbabit benar-benar menjadi kenyataan.

Katanya, pengundi pos bukan lagi di kalangan anggota polis dan tentera, sebaliknya anggota Rela juga akan disenaraikan sebagai pengundi pos di Selangor.

Menurutnya, biar pun perkara itu dinafikan berkali-kali kerajaan, namun proses menyerapkan anggota Rela sebagai pengundi sedang dilakukan secara sulit.

“Perkara itu berjaya dilakukan di Terengganu pada 2004 apabila peratusan keluar mengundi begitu luar biasa sekali sehingga ada yang mencecah 95 peratus,” katanya.

Penganalisis politik tempatan mendakwa usaha Noh melenyapkan karier politik Khir kini semakin menjadi kenyataan apabila kes rasuahnya dihadap ke mahkamah./Harakahdaily

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT.....

SPRM dijangka Dakwa Khir Toyo, Ahli Perniagaan isu ‘Istana Gaya Bali’

Sumber MalaysianInsider

KUALA LUMPUR, 6 Dis — Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo akan dikenakan tuduhan di Shah Alam hari ini berhubung isu pembelian dua lot tanah, dipercayai untuk tujuan pembinaan rumah banglo ketika menerajui kerajaan negeri.Beliau dijangka akan tuduh membeli dua lot tanah pada harga lebih rendah daripada nilai pasaran.

Turut akan didakwa ialah seorang ahli perniagaan yang bersubahat dengan beliau. Kedua-dua mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen, Shah Alam. Difahamkan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail sendiri akan memfailkan tuduhan ke atas kedua-dua mereka.

Dua tahun lalu Dr Khir (gambar) didakwa oleh Pakatan Rakyat membina “istana” di Seksyen 7 Shah Alam bernilai RM23 juta. Sebelum ini, ADUN Sekincan Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta. Difahamkan tanah itu bernilai RM6.5 juta.

Rumah tersebut terletak di Jalan 1/7L di Seksyen 7, Shah Alam. Pertengahan tahun lalu, Ng menunjukkan bukti bahawa Dr Khir, 45, dan isterinya Zahrah Kechik, 45, memberi secara bersama tanah tersebut dari Ditamas Sdn Bhd pada 2007. Dokumen itu menunjukkan bahawa seorang pengarah Ditamas — yang dikenali sebagai Shamsuddin Hayroni — didakwa Ng sebagai kawan Dr Khir. Sambil menggelarkan rumah tersebut sebagai “istana bergaya Bali”, Ng berkata, pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan rumah tersebut ialah kira-kira RM20 juta.

The Malaysian Insider difahamkan Shamsuddin juga akan dikenakan tuduhan hari ini. Sementara itu, Bernama melaporkan Dr Khir ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di pejabatnya di Shah Alam kira-kira pukul 9 pagi tadi. Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Dr Khir Toyo akan dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam untuk dituduh di bawah Sekyen 165 Kanun Keseksaan atas kesalahan rasuah.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung penangkapan tersebut. Di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, seseorang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Dr Khir menjadi Menteri Besar Selangor yang ke-13 pada Ogos 2000 ketika berumur 35 tahun dan merupakan penjawat jawatan Menteri Besar yang termuda.

Isnin, 6 Disember 2010

JANGAN LEKA DENGAN ISU KHIR TOYO...

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Mantan MB Selangor, Khir Toyo dibawa ke mahkamah oleh SPRM berkaitan pemilikan tanah dan banglonya, seolah-olah kita ingin diberitahu betapa bersihnya kerajaan di bawah Najib. Apakah kita boleh lupa perkara yang lebih besar dari kes yang belum tentu itu penghujungnya itu? Tidak mustahil Khir Toyo nanti terlepas begitu saja, bukan tidak pernah berlaku sebelum ini dalam banyak kes yang kununnya ingin menunjukkan betapa telusnya kerajaan di bawah Umno/Bn ini.

Umpan mereka dengan menggunakan isu ketuanan Melayu, kemudiannya isu bukan Islam membaca terjemahan Al-Quran, isu TPM dari kaum Cina, dan terbaru dibawa pula cerita kisah Khir Toyo. Apakah dengan semua isu ini kita terlupa betapa kerajaan di bawah Najib sedang menindas rakyat apabila dinaikkan harga minyak petrol Ron 97, Ron 95, gula dan gas? Semasa diumumkan kenaikan harga Ron 97, Najib memberi alasan terpaksa dinaikkan kerana mengikut harga pasaran dunia.

Ada jaminan dari kerajaan sebelum ini bahawa harga Petrol terutamanya Ron 95 tidak akan dinaikkan sekurang-kurang pada tahun ini, namun menipu bukan asing bagi kerajaan di bawah Umno/Bn ini. Ron 95 tetap dinaikkan di tengah malam juga tanpa dimaklumkan lebih awal kepada rakyat. Bertambah kaya raya pengusaha stesyen minyak kerana dapat menjual minyak stok lama dengan harga baru. Begitu juga peniaga-peniaga yang dapat menjual gula dan gas stok lama dengan harga baru. Betapa cerdiknya Najib mentadbir dan menguruskan ekonomi negara ini.

Rakyat jangan terperangkap dengan isu-isu yang dibawa oleh mereka. Isu kita sekarang ialah terpaksa berdepan dengan kerajaan yang sentiasa menyusahkan kita. Tiada beza zaman Pak Lah dengan zaman Najib. Jika tahu begini, tentu lebih baik Pak Lah sahaja menjadi PM. Samada Pak Lah atau Najib, kedua-duanya mungkin orang Melayu dan mungkin dipanggil `tuan' kepada orang-orang Melayu di negara ini. Tapi, apa yang `tuan' ini buat?/wfauzdin.blogspot.com

KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAN PARTI HARUS AMBIL TINDAKAN TEGAS KEPADA EXCO ATAU ADUN INI

Oleh:WFAUZDIN NS

BENARKAH ada beberapa Exco dan Adun PR yang tidak hadir semasa Perhimpunan Kempen `Selamatkan Air Kita' di Masjid Negara Ahad lepas? Jika benar, dan jika mereka tiada alasan atau sebab yang kukuh, ini merupakan satu tindakan sabotaj terhadap usaha Kerajaan Negeri dan mereka bolehlah dianggap sebagai Wakil Rakyat yang tidak bertanggungjawab langsung.

Saya mohon agar Kerajaan Negeri Selangor serta pimpinan PR menyiasat perkara ini. Sekiranya mereka sengaja untuk tidak hadir tanpa alasan yang kukuh atau keuzuran, maka tibdakan tegas Justify Fullperlulah diambil samada melucutkan jawatan mereka di dalam Kerajaan Negeri atau jawatan di dalam parti. Tindakan mereka memalukan Kerajaan Negeri dan parti mereka, di mana rakyat marhaen sendiri sanggup bersusah payah untuk turun berhimpun sehingga ada yang dikasari dan ditahan, sedangkan Exco atau Adun-Adun ini boleh bersenang lenang di rumah.

Saya berharap tiada Exco atau Adun yang sengaja tidak menyertai perhimpunan itu. Mungkin ada yang tidak kelihatan kerana mempunyai tugas atau alasan yang kuat. Mungkin juga mereka terlibat sebagai orang di sebalik tabir. Kita tidak harus menuding jari sehingga pihak Kerajaan Negeri atau parti menyiasat perkara ini.

Apa pun, tahniah kepada semua pihak yang terlibat. Perhimpunan semalam walaupun disekat dengan berbagai cara namun berjaya dilaksanakan dengan kekuatan mental rakyat yang bangun menentang kezaliman. /wfauzdin.blogspot.com

AWANG SELAMAT PERCAYA `TUHAN' ITU BANYAK?

Oleh: WFAUZDIN NS

AWANG Selamat terus menulis walaupun setiap kali tulisannya dibaca, kita semakin tahu betapa jahilnya si Awang ini. Di dalam akhbar Mingguan Malaysia semalam, Awang Selamat menulis tentang kenyataan Presiden PKR yang menyebut `Anwar adalah anugerah Tuhan'.

Soalan bodoh dari Awang adalah `siapakah Tuhan' yang dimaksudkan oleh DS Wan Azizah itu? Rupa-rupanya si Awang ini masih percaya `Tuhan' itu banyak, sebab itu dia bertanya DS Wan Azizah mana satu `Tuhan' yang disebut oleh DS Wan Azizah. Jika dia percaya Tuhan itu Esa dan Satu, mana mungkin si awang teragak untuk bertanya soalan sebodoh itu.

Kemudiannya, si awang ini pun bertanya kepada Saiful Bukhari (pemuda yang pernah tidak basuh dubur selama 3 hari), adakah Anwar `anugerah Tuhan' kepadanya? Soalan Awang kepada Saiful ini biarlah Saiful yang menjawabnya. Jika Saiful telah menjawabnya, saya akan ulas kemudian.

Memang releven jika akhbar pencacai di tempat Awang cari makan ini selalu rugi, kerana akhbar ini mempunyai orang sejahil Awang.

DS WAN AZIZAH BAKAL DITAHAN DI BAWAH ISA?

Oleh: WFAUZDIN NS

SEORANG Peguam Umno mencadangkan agar DS Wan Azizah ditahan di bawah Akta zalim ISA. Ini adalah kerana isu `ketuanan Melayu' yang DS Wan Azizah selaku Presiden PKR sentuh semasa Kongres PKR

Tanpa berani melawan secara hujah dan fakta, Peguam ini terus mendesak agar Presiden PKR itu ditahan di bawak Akta ISA. Lihatah, betapa dengkelnya pemikiran Peguam Umno itu terhadap isu tersebut. Apabila sudah tidak mampu untuk berlawan secara hujah, maka jalan paling mudah adalah dengan mendesak DS Wan Azizah ditahan di bawah Akta ISA.

Beranikah mereka menahan DS Wan Azizah?

KENAPA POLIS DIBENCI ?

Suhakam: Tugas polis bukan maki hamun

Menurut Khalid, beliau berjaya menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Akhbar Istana Negara, Khairi Abdul Rahman kira-kira jam 2.15 petang.

suhakamSementara itu, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Mohd Shaani Abdullah berkata, mereka mendapati polis bertindak tidak profesional menangani perhimpunan membantah kenaikan harga air di Selangor hari ini.

"Mereka (polis) perlu dilatih lagi. Tugas mereka bukan mendera atau maki hamun orang ramai. Ini tidak dilakukan dengan betul dan mereka sepatutnya profesional menanganginya.

"Ia menyebabkan orang ramai benci pada polis. Mungkin perhimpunan ini tiada permit tetapi mereka tidak patut mengeluarkan kata-kata kesat," katanya kepada pemberita di Masjid Negara selepas tamat perhimpunan baju merah itu.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzukefly Ahmad pula menyifatkan polis bertindak keterlaluan menangani perhimpunan itu.

"Kami bercadang bangkitkan perkara ini dalam sidang parlimen yang akan datang," katanya yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS./Malaysiakini

SYABAS KEPADA PESERTA PERHIMPUNAN

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH. Seribu penghargaan harus diberikan kepada berpuluh ribu peserta perhimpunan di dalam kempen `Kembalikan Air Kita' yang telah diadakan semalam. Kempen ini yang berakhir dengan penghantaran memorandum kepada Ke Bawah Duli Yang DiPertuan Agung di Istana Negara membuktikan bahawa segala tipu daya pihak `penghisap darah' rakyat dapat dibaca dan rakyat bangkit untuk menentang kezaliman ini.

Seperti yang diduga, perhimpunan yang diadakan semalam akan cuba disekat oleh juak-juak yang mahu bersekutu dengan `penghisap darah' rakyat ini. Namun, perhimpunan dapat diadakan dengan jayanya. Keberanian para peserta perhimpunan memang wajar diberi pujian kerana mereka sanggup menempuh kesukaran asalkan hak rakyat keseluruhannya terbela.

Syabas buat Kerajaan Negeri Selangor serta semua pihak yang bekerja kuat untuk menjayakan perhimpunan ini.

Ahad, 5 Disember 2010

Matikan segera isu PAS adalah pengampu DAP

Selena Tay

Tidak dapat dinafikan bahawa Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) akan diadakan dalam beberapa bulan lagi. Ada satu perkara yang amat penting yang perlu diberi penerangan oleh PAS iaitu fitnah Umno bahawa PAS ampu DAP. Jika PAS tidak berhempas-pulas memberi penjelasan yang bernas, kukuh dan berdasarkan fakta mengenai perkara ini, maka PAS akan kehilangan banyak kerusi di PRU-13 yang akan datang ini.

Fitnah Umno ini memang mampu menghakis sokongan yang diberi oleh orang Melayu kepada PAS dan seterusnya boleh menggugat kedudukan PAS. Tidak dapat dinafikan bahawa ini ialah senjata Umno yang amat efektif untuk menjatuhkan PAS.

Umno menggunakan fitnah ini untuk menggugat kedudukan PAS di Perak dimana mantan Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin telah dituduh menjadi boneka Ngeh dan Nga dari DAP. Sehingga sekarang tuduhan ini dilemparkan oleh Umno dan oleh itu orang Melayu di Perak merasa kurang senang untuk memberi sokongan kepada PAS Perak.

Di Pulau Pinang pula, PAS telah dituduh menyokong tindakan Lim Guan Eng memberi 'wang judi' kepada warga emas padahal wang yang diberikan itu bukannya datang dari Kelab Lumba Kuda. Walaupun Ustaz Salleh Man dari PAS telah memberi penerangan mengenai perkara tersebut, terdapat juga orang Melayu yang berasa was-was hendak menerima wang itu.

Manakala di Selangor pula, PAS telah dituduh sebagai sebuah parti yang tidak berani bersuara dan oleh itu telah tunduk kepada telunjuk DAP dalam Exco Selangor.

Semua fitnah, tohmahan dan tuduhan melulu ini telah memberi gambaran yang buruk kepada PAS dan merosakkan imej PAS di kalangan penyokongnya pada peringkat akar-umbi terutamanya di kampung-kampung dan kawasan pendalaman dimana maklumat yang benar sukar diperolehi.

Ini adalah juga satu sebab mengapa PAS kalah di pilihanraya kecil Galas, kerana PAS tidak memberi jawapan menangkis topik fitnah ini.

Selagi PAS tidak dapat membunuh topik ini, PAS akan mengalami kesusahan untuk mendapat sokongan kaum Melayu. Ini berbanding dengan Umno yang menjadi tuan besar dalam Barisan Nasional (BN). Apabila kaum Melayu tengok Umno tidak tunduk kepada MCA, mereka pun akan menyokong Umno kerana mereka telah terpedaya oleh kata-kata Umno bahawa PAS ampu DAP. Kaum Melayu akan menyokong Umno sebab Umno tidak tunduk kepada mana-mana pihak manakala PAS kelihatan dibawah telunjuk DAP. Ini ialah persepsi pengundi Melayu dan persepsi inilah yang boleh membunuh PAS.

Dalam Pakatan Rakyat, semua parti komponen mempunyai kuasa yang sama dan tidak ada sesiapa yang menjadi tuan besar.

Oleh itu, penulis ingin menggesa pemimpin-pemimpin PAS terutamanya Anggota Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS supaya dengan segera menangkis fitnah dan tohmahan yang tidak berasas, tidak logik dan tidak berakal ini dengan memberi penerangan yang jelas kepada para pengundi di kawasan Parlimen dan kawasan DUN mereka. Jika tidak, sokongan kaum Melayu untuk PAS akan menjadi kian terhakis dan ini akan membawa kesan yang amat buruk kepada PAS dalam PRU-13 nanti.

Penulis ingin memberi amaran kepada PAS supaya jangan leka dalam hal ini sebab topik 'PAS ampu DAP' ialah senjata Umno yang paling kuat untuk menumbangkan PAS dan sehingga kini senjata ini telah terbukti berkesan.

Pertempuran telah bertambah sengit. PAS mesti bertindak sekarang juga!
---------------------
Penulis adalah ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29656:matikan-segera-isu-pas-adalah-pengampu-dap&catid=97:pendapat-dan-analisis&Itemid=131