RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 30 Mac 2013

MALAM INI - MISI MEREKA UNTUK GAGALKAN PROGRAM ANWAR DI PAYA BESAR TETAP GAGAL !!

TIDAK MENGALAH.  Syabas kepada penganjur Program Ceramah DS Anwar Ibrahim di Paya Besar, Kuantan malam ini (30/3/13-Sabtu).  Program DS Anwar Ibrahim akan bermula petang dan malam ini di Parlimen Kuantan, Indera Mahkota dan akan berakhir di Parlmen Paya Besar.

Program ceramah beliau di Parlimen Paya Besar yang asalnya dijadualkan akan diadakan di Felda Lepar Hilir 1, Gambang terpaksa diubah ke kawasan lain atas sebab faktor-faktor keselamatan dan pandangan dari pihak berkuasa.  Memandangkan saat kita untuk berhadapan dengan PRU semakin hampir, keputusan telah diambil iaitu untuk mengurangkan risiko yang boleh dimanupulasikanoleh pihak-pihak tertentu, maka program telah diubah dari Felda Lepar Hilir 1 ke Taman Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan.

Memang mengecewakan kerana persiapan rapi telah dibuat termasuk dalam aspek kawalan keselamatan, namun keputusan ini terpaksa diterima juga asalkan program tidak dibatalkan terus, ianya tetap dijalankan meskipun di kawasan lain.  Usaha mereka untuk gagalkan program ceramah DS Anwar tidak berjaya samasekali di Paya Besar.  Bukan ertinya kita takut berdepan dengan mereka kerana kita telah buktikan dahulu di kawasan yang sama kita berhadapan dengan 'lembu-lembu' mereka di dalam program YB Nurul Izzah yang kedua, akhirnya program berjalan dengan selamat walaupun terdapat provokasi dari puak-puak yang tidak bertamaddun itu.

Orang ramai dijemput hadir malam ini di kedua-dua program ceramah malam ini iaitu di Balok Makmur dan di Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan.




Selasa, 26 Mac 2013

DAIM ZIARAH UMNO YANG SEDANG NAZAK

DAIM, bekas Menteri Kewangan zaman mamak Kutty pun merepek sepertimana bos dia dulu mamak kutty meroyan dan merungut siang malam apabila melihat nyawa Umno kini semput-semput dan nazak menuju ke liang lahad.  Al maklumlah, mereka tahu benar apa yang berlaku kepada mereka dua ekor ini sekiranya PR berjaya ke Putrajaya.  Terbayang jaring besi di Sungai Buluh, Tok jib pula terbayangkan tali gantung dengan wajah Altantuya.  Itu kisahnya.

Apa kata Daim apabila Umno kini terlalu fobia dengan Anwar? "Daim berkata orang tidak harus membazirkan masa dengan Anwar kerana beliau telah melepasi "tarikh luput" dan zaman ketua pembangkang itu telah datang dan berlalu. Saya juga fikir yang anda tidak harus memberikan terlalu banyak ruang berita untuk beliau. Itu yang beliau suka. Beliau tidak suka bila tidak dihiraukan, jadi bagi saya jangan hiraukannya." (Petikan Malaysiakini).

Siapa yang bazirkan masa tu, wahai Daim?  Bukankah puak-puak Umno yang fobia dengan Anwar?  Siang malam pemimpin mereka meratib nama Anwar di dalam media pencacai mereka.  Peliknya bila dicabar berdebat, kesemua hilang telor.  Tidak cukup dengan itu, mereka upah pula beruk-beruk kampong yang lapar untuk mengganggu program Anwar.  Tidak dapat Anwar, dapat bas yang dinaiki oleh Anwar pun jadilah asalkan berbaloi dengan upah RM20.  Itulah perangai mereka yang Daim mungkin tidak tahu selama ini.  Maklumlah, Daim sudah banyak tinggal di luar negara menikmati hasil rompakan sewaktu beliau menjaga hazanah negara dulu.

Kini beliau pulang sebentar ke negara ini.  Mungkin untuk menziarahi Umno yang sedang nazak sekarang.  Mungkin itu juga pesanan atau amanat Daim kepada Umno sebelum Umno disemadikan di muzium.




Isnin, 25 Mac 2013

ANWAR KE PAHANG SEKALI LAGI?

JIKA tiada aral melintang, InsyaAllah, sekali lagi Pahang akan dikunjungi oleh Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 28 Mac ini (Khamis) bertempat di Markas PAS Balok Makmur, Kuantan.

Kali ini beliau akan tampil bersama mantan pegawai kanan dari Tentera Laut, Laksamana (B) Hj Imran dan sudah tentu ini memberi peluang kepada warga TLDM yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat isu-isu semasa khususnya berkaitan ketenteraan dari bekas pegawai kanan TLDM tersebut.

Kepada rakyat sekitar Kuantan dan Indera Mahkota khususnya, mereka teruja adakah Dato' Seri Anwar Ibrahim akan turut mengumumkan siapakah calon Parlimen di Indera Mahkota dan Kuantan bagi menghadapi PRU ke 13 tidak beberapa lama sahaja lagi.