RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 18 Ogos 2012

JANJI BRRSIH VS JANJI DITEPATI MENJELANG 31HB OGOS INI

Oleh: WFAUZDIN NS

HISHAMUDIN kata malam menyambut merdeka dengan thema 'Janji Bersih' oleh berpuluh-puluh NGO pada 30hb Ogos ini nanti tidak akan mendapat sambutan hebat seperti himpunan BERSIH 3.0 yang lalu.  Kenyataan menteri tersebut sama seperti kenyataan beliau setiap kali kita mahu mengadakan perhimpunan.

Kali ini menteri tersebut lupa agaknya bahawa pada 30hb Ogos ini nanti kita bukan mahu berhimpun atau berdemontrasi.  Kita akan hadir berpakaian kuning BERSIH untuk sama-sama menanti countdown menjelang 31hb Ogos, itu saja.  tumpuan kita adalah di Dataran Merdeka tempat penuh sejarah di mana di kawasan itu ramai rakyat yang telah menjadi mangsa kezaliman rejim yang tidak pernah tahu erti dan nilai kemerdekaan rakyat.

Apa pun yang keluar dari mulut menteri berkenaan, kita harus bersedia untuk ke sana bagi merayakan tarikh bersejarah itu yakni Janji Bersih.  Janji Bersih jauh beza dari 'Janji Ditepati' yang menjadi bahan ketawa orang ramai itu.

Khamis, 16 Ogos 2012

KALAU DAP KAFIR HARBI, HASSAN JATI MELAYU HARBI?

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA Hassan Jati pun berkata, eloklah PAS keluar dari PR kerana DAP tolak Hudud.  Hassan Jati pun kata, JATI telah berjaya tutup mulut Paderi-Paderi Kristian.  Dalam ertikatanya, PAS lebih baik tinggalkan PR dan join Umno sebab Umno konsisten dulu, kini dan selamanya menyokong Hudud.  Maksudnya juga, JATI amat berjaya semenjak dia pimpin sudah ramai yang tidak masuk Kristian.

Jangan termuntah atau terkentut baca kenyataan Hassan Jati ni ok.  Apabila si Hassan Jati ni mahu PAS keluar dari PR kerana DAP tidak setuju dengan Hudud, maka terfikirlah oleh kita bahawa sewaktu si Hassan JATI yang berangan mahu jadi MB Selangor ini menjawat jawatan Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Selangor dahulu, waktu itu DAP teramat menyokong Hudud.  Betulkah?

Jawapannya tentulah betul, kerana jika waktu itu DAP masih tidak bersetuju dengan Hukum Hudud sudah tentu si Hassan Jati ni awal-awal lagi cadangkan agar PAS keluar dari PR.  Ertinya, waktu Hassan Jati di dalam PAS dan pegang jawatan penting di dalam PAS, DAP sokong Hudud.  Apabila si Hassan Jati terpelanting dari jawatan dan disepak keluar dari PAS, secara tiba-tiba DAP menolak Hudud?  Jangan ketawa....Ini adalah kerana kekuatan si Hassan Jati yang boleh mempengaruhi DAP samada sokong atau tidak hukum Hudud.  Hahahahaaaa....

Pasal Kristian ni pulak.  Si Hassan Jati kata JATI telah berjaya tutup mulut Paderi Kristian dari melakukan kerja memurtadkan umat-umat Islam.  Jika berita ini diberitahu kepada Paderi-Paderi Kristian, aku berani potong jari kalau Paderi-Paderi Kristian ini tidak terkentut dan tertawa terbahak-bahak.  

Kesihan sungguh si Hassan Jati.  Semenjak JATI ditubuhkan, tidak pernah kita dengar orang puji pengaruh dan kehebatan JATI malahan tidak boleh menandingi hebat dan popularnya beras JATI.  Bahkan, jika ditanya seribu orang, jika dapat seorang saja yang kenal siapa AJK-AJK atau pimpinan di dalam JATI selain Hassan Jati itu sudah dikira hebat Jati ni. Oleh kerana begitu lama menunggu orang mahu memuji atau menyanjung JATI tidak kunjung tiba, maka selaku bos Jati terpaksalah puji diri sendiri.  Kemaruk sungguh....

Sesungguhnya kita amat bimbang jika fahaman agama Kristian ini menular ke dalam masyarakat Islam.  Begitu juga kita bimbang jika cerita-cerita fitnah seks, liwat, perbuatan dalam kelambu sesama umat Islam dijaja merata-rata untuk mengaibkan sesama Islam seperti si Hassan Jati selalu lakukan di dalam setiap ceramah Mantapkan Akidahnya itu.  Kita malu apabila Paderi Kristian lihat bagaimana kononnya tokoh yang anti murtad ini pun menjadi tukang sebar fitnah seks.  Paderi pun tidak melakukan seperti yang si Hassan Jati lakukan. Hassan Jati patut malu dengan Paderi-Paderi ini.

Kesimpulannya mudah.  Hassan Jati hanya menjadi `sub kontrak' parti sekutu APCO, itu sahaja.  Jika parti itu suka sebarkan ftnah, si Hassan Jati pun lakukan asalkan anak bini di rumah boleh makan.  Dia lupa DAP yang dikatakan Kafir Harbi itu adalah di antara ribuan yang mengundi beliau dahulu sehingga kini beliau boleh makan gaji dan elaun Wakil Rakyat.  Apakah halal undi kafir harbi kepada beliau waktu itu?  Ertinya, kafir harbi ini pilih Hassan Jati jadi Wakil Rakyat mereka dari Kafir Harbi?  Atau si Hassan ni adalah kaum sakat si Kafir Harbi juga iaitu Melayu Harbi?/wfauzdin.blogspot.com


BAB BERSUCI PUN TIDAK KHATAM MAHU SURUH KARPAL SINGH BELAJAR HUKUM HUDUD?

Oleh:  WFAUZDIN NS

MERUJUK kepada akhbar Sinar semalam, Presiden PERKASA Ibrahim Ali mahu agar Pengerusi DAP, Karpal Singh agar belajar hukum Hudud terlebih dahulu sebelum menentang hukum tersebut.  Persoalan pertama yang kita mahu Ibrahim Ali jawab adalah, "Siapakah yang diwajibkan untuk belajar hukum Allah ini, adakah Orang-Orang Islam atau diwajibkan juga kepada yang bukan Islam?".



Adakah Ibrahim Ali sudah khatam bab Hukum Hudud ini sebelum menasihatkan Karpal Singh belajar hukum tersebut?  Kalau Ibrahim Ali masih tidak khatam bab bersuci apabila mendirikan sepanduk "Tiada Air, Bagaimana Mahu Berwudhuk?' di Kelantan, apakah Ibrahim Ali cukup arif dengan bab Hukum Hudud?  Tentu beliau tidak pernah belajar bab bersuci di dalam ketiadaan air (itu pun jika benar tiada air) di Kelantan.  Amat malang sekali jika Ibrahim Ali tidak boleh bersolat kerana tidak mandi wajib akibat tiada air di Kelantan.

Kita masih ingat satu kisah puak yang mengadakan Solat Hajat selepas waktu Asar di Kelantan.  Jika bab yang sedemikian kecil dan asas pun mereka jahil, bagaimana mereka mahu orang lain terutamanya yang bukan Islam untuk mempelajari hukum Hudud?  Sudahkah Ibrahim Ali nasihatkan pimpinan Umno untuk belajar Hukum Hudud sedangkan mereka lebih dituntut mengetahuinya kerana mereka sekarang adalah pemerintah lebih dari 50 tahun?

Seandainya Karpal Singh belajar Hukum Hudud dan beliau khatam sepenuhnya, kewajipan melaksanakan hukum Allah tersebut tetap dipikul oleh orang-orang Islam, bukan Karpal Singh selagi beliau tidak memeluk Islam.  Eloklah Ibrahim Ali belajar sehingga tamat dahulu bab hukum Hudud ini setelah beliau khatam terlebih dahulu bab bersuci./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 14 Ogos 2012

JANJI BERSIH MALAM MENYAMBUT MERDEKA, KITA BERKENALAN DENGAN TOKEH IKAN BAKAR

Oleh:  WFAUZDIN NS

BERTAMBAH semangat aku untuk hadir menanti 'countdown' 31 Ogos nanti di Dataran Merdeka.  Semangat ini berlipat kali ganda apabila ada puak bangsat yang selalu rugi dalam berniaga mengancam untuk menggunakan kekerasan terhadap rakyat yang akan berhimpun berbaju Kuning BERSIH bagi merayakan detik-detik bersejarah itu.

Atas alasan kononnya perhimpunan itu nanti merugikan perniagaan mereka.  Ini lah alasan buat kaum peniaga yang malas dan sentiasa mencari alasan mengapa mereka selalu rugi.  Mereka hanya mahu untung atas angin melalui saman ke atas sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh BERSIH.  Sehingga kini tiada satu pun saman mereka berjaya, sebab itulah mereka sedaya upaya cuba untuk mengganggu apa jua yang BERSIH mahu lakukan.

Apakah ugutan bodoh dari puak pemalas itu kita takut?  Mereka silap.  Kita telah cukup diuji beberapa kali oleh pihak berkuasa, kita telah diuji dengan water canon dan gas pemedih mata malahan ada yang telah diuji dengan sepak terajang, jangan pula dengan hanya bermodalkan `ikan bakar'  puak ini mahu menakutkan kita.  BERSIH pernah diugut oleh Mahaguru Silat terkenal berkerusi roda, adakah kita lari?  BERSIH juga telah diancam oleh PERKOSA Sang Katak, siapakah yang lari akhirnya?  

Sehubungan itu, pesanan buat Tokey Ikan Bakar yang tidak laku itu agar lupakan sahaja cerita lawak kamu.  Lebih baik kamu usahakan perniagaan ikan bakar kamu yang kini telah lingkup itu kerana ia adalah lebih baik daripada membuat kerja bodoh yang kamu rancangkan itu.  

Detik 31 Ogos tetap kami nantikan.  Tiada demontrasi, tiada ceramah umum malahan kami bersedia untuk mengibarkan Jalur Gemilang malam itu nanti.  Berbaju Kuning, marilah kita berbondong-bondong ke Dataran Merdeka untuk berkenalan dengan Tokeh Ikan Bakar tersebut./wfauzdin.blogspot.com


Isnin, 13 Ogos 2012

UTUSAN MEDIA BANGSAT YANG BAKAL DIHUKUM

Oleh:  WFAUZDIN NS

MENGAPA istilah 'Kafir Harbi' ini wujud sewaktu Umno terkial-kial untuk mendapatkan sokongan kaum Cina?  Benarkah DAP itu 'Kafir Harbi' sekarang dan tidak dahulu lagi sewaktu Umno mendapat sokongan kuat dari kaum Cina di dalam Bn?  Dan, paling penting hujah atau dalil untuk menghukum DAP itu sebagai 'Kafir Harbi' adalah dalil yang boleh diguna pakai untuk menghukum Umno itu sendiri.

Apa rasa Umno jika Umno juga disamakan dengan DAP atas dalil Umno juga aktif sejak dahulu menentang Hukum Hudud?  Tentunya ahli-ahli Umno merasa marah jika dikatakan sedemikian, tetapi mereka tidak merasa apa-apa jika label itu dikenakan kepada DAP.  Inilah politik paling bankrap Umno disaat mereka terdesak.

Media bangsat


"Kafir Harbi" ini darah mereka halal buat umat Islam.  Sedarkah Umno hal ini?  Apakah DAP sekarang terlalu bahaya kepada umat Islam?  Lihat apa yang Lim Guan Eng buat di P.Pinang, adakah pemerintahan Lim Guan Eng dari DAP sekarang ini telah mengancam umat Islam khususnya di P.Pinang?  Cuba berikan dalil atau fakta semenjak bila MCA, Gerakan, MIC dan berbelas parti komponen di dalam Bn sekarang termasuk Umno itu sendiri yang secara jelas menyokong Hukum Hudud? 

DAP tidak bersetuju dengan Hukum Hudud, tetapi pernahkah DAP membawa penentangan mereka melalui mahkamah atau tindakan menentang secara agresif?  Cuba tanya pemimpin Umno pula, pernahkah mereka cuba menghalang Hukum Hudud ini dari dilaksanakan melalui kuasa yang mereka miliki?  Jika ahli-ahli Umno lupa, cuba tanya Mahathir.  Cuba tanya Zaid Ibrahim sewaktu beliau berada di dalam Umno dahulu adakah hukum ini pernah cuba dibawa ke mahkamah?

Sokong MCA harus, wajib, sunat?
Maka bersalam dengan pemimpin dari Parti Komunis, hukum kita menyokongnya?

DAP sedar PAS tidak pernah berganjak dari dasar Islamnya termasuk cita-cita untuk melaksanakan Hukum Hudud, tetapi DAP sehingga kini tidak berpaling dari kerjasama dengan PAS.  Ertinya, DAP hanya menolak Hukum Hudud tetapi konsisten bersama PAS dan PKR menentang amalan rasuah dan berbagai bentuk kemungkaran yang lain.  Berbeza dengan Umno, MCA, Gerakan dan MIC, mereka bukan sahaja konsisten menentang Hukum Hudud tetapi konsisten di dalam mengekalkan amalan rasuah dan berbagai bentuk salah laku di kalangan pimpinan mereka.  

Amat jauh beza DAP dengan Umno, tetapi tidak sampai kita menghukum Umno itu sama seperti yang dihukum oleh Lebai Malang dari pondok Kelantan itu.  Walaupun kita ada hujah dan fakta, tetapi di dalam menghukum Umno sehingga ke tahap itu bukan amalan kita berpolitik.  Umno nampaknya tidak pernah berfikir betapa bahayanya propaganda meng'kafir harbi'kan DAP itu jika diteruskan.  Media haprak dan bangsat Utusan Meloya tidak pernah bertanggungjawab terhadap keharmonian di dalam negara ini.  

InsyaAllah, apabila kita berjaya ke Putrajaya nanti media seperti ini akan kita hukum dengan setimpal kerana perbuatan mereka amat jahat, jijik dan tidak bertanggungjawab samasekali./wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 12 Ogos 2012

MENTERI JAGA UNDANG-UNDANG TAPI BENGAP?

Oleh:  WFAUZDIN NS

UTUSAN Meloya hari ini dengan megahnya mengeluarkan kenyataan Nazri Aziz, Menteri terkenal dengan sifat kuat membodek yang hari ini menyerlahkan betapa dungunya pemimpin Umno tersebut.  Beliau mewndakwa Anwar adalah 'Bapa Katak' kerana Anwar telah melompat dari Umno dan kini berada di dalam PKR.

Rupa-rupanya tidak semua yang berkepala botak itu cerdik dan tidak mustahil ramai yang menjadi Menteri itu bangang.  Contohnya seperti si Nazri ini.  Jika beliau tidak bangang, masakan beliau tidak tahu sejarah Anwar di dalam Umno sehingga Anwar keluar dari parti bangsat tersebut?  Betulkah Anwar melompat dari Umno?

Nazri perlu `refresh' balik apa yang ada di dalam kepala otak beliau.  Jika otak beliau tetap gagal berfungsi sebagai manusia, kita mahu ingatkan Nazri bahawa Anwar tidak pernah melompat dari Umno.  Sejarah dan fakta sebenar adalah Anwar dipecat dari Umno melalui keputusan Majlis Tertinggi yang ketika itu semua melutut di bawah 'Mahafiraun' Mamak Kutty.  Semoga Nazri Aziz boleh ingat semula sejarah dan fakta ini.

Jika Anwar mahu saman Nazri atau Utusan Meloya dengan isu dan kenyataan bodoh dari Nazri ini sudah tentu senang-senang Anwar boleh menang kes tersebut.  Tetapi Anwar tidak akan melayan kenyataan yang datangnya dari Menteri yang Anwar kenal dari dahulu memang kerjanya tukang jilat pemimpin di atas.  Cuba sebut mana satu PM semenjak dari era Mahdey Kutty hingga sekarang yang tidak pernah dicium tangannya oleh Nazri? Seteruk-teruk Pak Lah yang kaki tidor itu pun kerap menjadi mangsa kucupan tangan oleh Nazri.   

Jelaslah pada kita betapa benarnya kata-kata Mahdey Kutty bahawa sudah tiada lagi yang cerdik-cerdik di dalam Umno.  Jika Menteri yang jaga undang-undang yang dianggap bijak ini pun sudah mengeluarkan fakta yang menampakkan kebodohannya, bayangkan Menteri-Menteri yang lain.  Memaqng patut pun Rais anak Yatim pilih thema "Janji DiTepati" yang kini menjadi bahan lawak orang ramai./wfauzdin.blogspot.com