RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 7 Jun 2014

USAH BICARA SOAL HUDUD DENGAN UMNO, BAB MAKAN PUN UMNO GAGAL !!

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) pada 24 Mei lepas mengeluarkan kenyataan bahawa ia telah mengesan DNA babi dalam coklat susu dan kacang Hazel serta coklat susu dan badam bagi kelompok produk itu bertarikh luput 13 Nov 2014 dan kelompok bertarikh luput 15 Jan 2015.
 
Pada Isnin lepas JAKIM mengesahkan dua sampel produk coklat berkenaan yang diambil terus dari kilang syarikat itu disahkan tidak mengandungi DNA babi selepas melakukan ujian sampel di makmal Jabatan Kimia.

Mana satu yang betul?  Kedua-duanya dari pihak yang bukan berstatus 'low class".  Kementerian Kesihatan di bawah Menteri Kesihatan.  JAKIM juga di bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.  Kedua-dua Menteri ini pula adalah di bawah Najib.  Najib pula Presiden Umno yang juga Pengerusi Bn dan paling utama Najib adalah PM negara ini yang menang dengan sokongan 47% rakyat Malaysia.  Ertikata lain, rakyat Malaysia 'redha' dengan kerajaan Najib.  Maka, redha kah kita dengan apa yang berlaku sekarang?

Jika mahu menghukum secara individu, memang mudah saja.  Di dalam kaedah Islam, apa jua makanan yang meragukan atau was-was elok ditinggalkan.  Tetapi adakah dengan itu kita boleh biarkan pemerintah terus bersandiwara di dalam perkara besar begini?  Jika dibiarkan tidak mustahil mana-mana pihak akan berani mempersendakan makanan orang-orang Islam.

Siapa Menteri yang patut letak jawatan kerana ternyata gagal meyakinkan rakyat di dalam isu ini?  Menteri Kesihatan kah atau Menteri Di Jabatan Perdana Menteri iaitu Jamil Khir?  Menteri Kesihatan mahu lepaskan diri dengan cara mencari 'kambing hitam'.  Jamil Khir pula cuba meyakinkan rakyat JAKIM ini boleh dipercayai sebagaimana beliau cuba yakinkan rakyat sewaktu beliau menggunakan duit zakat untuk menghalang kes Qazaf.  

Jika kita masih tidak peka lagi dengan perkara yang berkaitan dengan hukum, tidak pelik jika Umno/Bn akan terus berkuasa di negara ini.  Usah bicara soal Hudud dengan Umno kerana di dalam soal makanan halal pun Umno gagal tangani dengan baik.  Jangan main gila untuk berbaik dengan Umno setelah banyak kali Allah tunjukkan Umno ini tidak boleh diharapkan untuk membela Islam di negara kita.  Jika ada yang masih yakin dengan Umno, maka terimalah apa yang berlaku sekarang. 

Jumaat, 6 Jun 2014

HINANYA KAKI FITNAH DILIHAT DI DUNIA LAGI !!

HARI ini aku tidak mahu tulis banyak perkara.  Cuma satu je aku mahu pesan kepada rakan-rakan atau sesiapa saja yang terjumpa Papagomo di tepi longkang menadah tempurung minta sedekah, ikhlaskan hati maka hulurlah sedekah kepada insan hina ini.

Papagomo tidak ada wang nak bayar saman kepada Anwar sejumlah RM850,000.  Waktu beliau lakukan bermacam fitnah kepada Anwar, beliau waktu itu kaya kerana kumpulan Umporno taja beliau.  Beliau ditaja kerana Umporno merasakan Papagomo ini bijak pandai di dalam bab fitnah, tetapi ternyata kesemua yang dilakukan oleh Papagomo bukan saja nampak bodoh dan bangang malahan memalukan Umporno sendiri.

Paling memalukan Umporno apabila insan bangsat ini 'malu' dan takut untuk mengaku dirinya Papagomo.  Jika dilihat di dalam blognya sebelum ini, bukan main hebat lagi mencabar Anwar menyamannya.  Anwar mulanya tidak mahu melayan kerja bodoh Papagomo itu sebab Anwar tahu Papagomo ini tidak ada duit pun jika tidak diupah.  Maklumlah bekas polis yang kena berhenti sebab rasuah, mana ada pencen.  Simpati juga Anwar asalnya pada insan kutuk ini.  Tetapi atas desakan bertalu-talu Papagomo sehingga merayu-rayu agar dirinya di saman, maka Anwar tunaikan juga kehendak Papagomo.

Rupa-rupanya insan yang telah runtuh rumahtangganya ini bukannya ada 'telor'.  Masuk mahkamah tanpa segan silu tidak mengaku dia papagomo.  Dia ingat semua orang bodoh macam pencacai-pencacai Umporno yang selalu beriman dgn Blog beliau.  Silap besar.

Kini Papagomo tengah cari duit nak bayar saman.  Maka, kita terpaksa bantu insan kutuk ini agar dia boleh insaf selepas ini dan sempat bertaubat sebelum mampus sambil memegang tempurung.

Rabu, 4 Jun 2014

ISU COKLAT CADBURRY - SIAPA BERBOHONG DAN SIAPA AKAN JADI KAMBING HITAM?

ISU coklat Cadburry masih hangat diperkatakan.  Isu ini tidak akan menjadi hangat jika para menteri kita bijak menanganinya di samping mereka sensitif dengan agama.  Masalahnya menteri bukan saja tidak bijak bahkan tidak peka dengan sensiviti agama Islam.
 
Berita TV di Astro malam tadi melaporkan Timbalan Menteri Kesihatan mengakui kesilapan Kementerian Kesihatan di dalam menangani isu Coklat Cadburry yang dikatakan oleh Kementerian Kesihatan sendiri sebagai mempunyai DNA babi.  Itu jelas dari kenyataan awal dari pegawai Kementerian Kesihatan.  Apa yang dimaksudkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan tersebut?  Maksudnya, beliau akui kesilapan tentang prosedur atau tatacara pemakluman saja, bukannya tentang hasil uji kaji terhadap coklat berkenaan.  Ini bermakna tiada penafian atau menarik balik status 'haram' dari coklat berkenaan.  

Timbalan Menteri sebut, amat dikesalkan kerana pengumuman dibuat tergesa-gesa atau ertikata lain berlakunya 'kebocoran maklumat' uji kaji.  Apakah satu rahsia juga soal halal haram ini?  Apakah jika ditangguhkan pengumuman itu boleh 'menghalalkan' coklat tersebut?  Samada diumum awal atau lewat, terbukti oleh ujian Kementerian Kesihatan memang ada DNA babi di situ.  Mungkin pegawai yang mengumumkan hasil ujian berkenaan merasa bertanggungjawab untuk memberitahu seluruh umat Islam seberapa segera tentang 'haram'nya coklat berkenaan agar dapat mengurangkan umat Islam yang memakan benda haram tersebut.  Salahkah?

Apakah Kementerian Kesihatan berani akui atau sahkan bahawa uji kaji yang dibuat oleh makmal mereka itu salah?  Jika tidak berani, ertinya memang wujud DNA babi di dalam coklat berkenaan.  

Mengapa JAKIM pula kata halal?  Ya, JAKIM mungkin betul kerana hasil uji kaji makmal kimia oleh JAKIM dari sampel yang diambil dari kilang syarikat berkenaan tidak terdapat DNA babi.  Harus diingat, Kementerian Kesihatan buat ujian ke atas coklat di pasaran, manakala JAKIM buat ujian atas coklat di Kilang.  Pengguna pula membeli coklat tersebut terus di pasaran.  Pelik atau tidak?  Adakah statusnya sekarang coklat yang halal hanya boleh dibeli di kilang saja?

Ada yang berhujah, mungkin coklat di pasaran itu tercemar.  Persoalannya, tercemar oleh apa?  Jika kulat atau cendawan atau kuman lain, mungkin boleh diterima itu pun perlu hujah yang lain kerana coklat itu berbungkus dan kebiasaannya di simpan di tempat yang sejuk.  Isunya, DNA babi diperolehi di dalam coklat berkenaan bukannya kulat atau benda lain.  Bagaimana coklat boleh 'tercemar' dengan DNA babi yang boleh menembusi bungkusan coklat itu?  Sehingga kini Kementerian Kesihatan tidak sahkan ada bahan lain selain dari DNA babi yang 'mencemarkan' coklat berkenaan.  

Umat Islam keliru kerana menteri yang tidak bijak dan tidak peka dengan masalah pemakanan halal ini.  Ini bukan lagi soal mengapa maklumat bocor awal kepada awam, tetapi ini soal benar atau tidak terdapat DNA babi di dalam coklat yang diuji oleh Kementerian Kesihatan itu?  Jawab yang ini dulu.  Jangan soal hasil ujian JAKIM di kilang kerana perlaksanaannya berbeza terhadap bahan yang sama.  Adakah pemeriksaan di kilang tidak sama dengan hasil pemeriksaan di pasaran walaupun ke atas produk yang sama?  Bagaimana boleh terjadi sedemikian?

Siapa yang jujur dan berbohong di dalam isu sensitif ini?  Kementerian Kesihatan atau JAKIM?  Buat Kementerian Kesihatan, jangan jadikan pegawai-pegawai di Kementerian berkenaan sebagai 'kambing hitam' untuk selesaikan masalah ini.  Mungkinkah sehari dua ini akan ada 'U-Turn' dari Kementerian tersebut seperti pesawat MH370 yang 'U-Turn' dan hilang itu?  Kita tunggu dan lihat...

Ahad, 1 Jun 2014

PRK TELUK INTAN - DYANA BERJAYA MEMAKSA NAJIB MEMBUAT JANJI MAHAL DI TELUK INTAN

JUMLAH undi yang datang mengundi dengan jumlah undi yang diperolehi dikhabarkan menimbulkan keraguan di PRK Teluk Intan.  Apa pun, SPR telah umumkan bahawa calon Bn, Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong hanya mampu memperolehi majoriti 238 menewaskan gadis muda, calon DAP iaitu Dyana Sofya.
 
Peratusan yang keluar mengundi amat mengecewakan, dan sememangnya di dalam PRK sekiranya peratusan keluar mengundi terlalu kecil ianya lebih memihak kepada Bn.  Amat sukar untuk menang menentang Bn dengan segala jentera kerajaan termasuk media perdana yang mereka gunakan apabila yang keluar mengundi peratusannya tidak mencecah 80%.  Di PRK Teluk Intan semalam, hanya 66.5%  sahaja yang keluar mengundi.

BN memenangi PRK Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 238 undi, apabila calonnya, Datuk Mah Siew Keong mendapat 20,157 undi manakala Dyana mendapat 19,919 undi.  Untuk menewaskan anak gadis ini saja, Najib terpaksa tawarkan jawatan Menteri kepada Presiden Gerakan itu sekiranya beliau menang.  Maka dengan majoriti setipis itu, Datuk Mah menang.  

Sengit saingan yang diberi oleh Dyana.  Beliau memaksa TPM turun dengan bala tentera dari Putrajaya.  Umpan peruntukan jutaan ringgit ditawarkan sehingga ingin mewujudkan Universiti.  Ini membuktikan Dyana berjaya gugat Bn.  

Sikap tidak ambil berat untuk pulang mengundi dari pengundi-pengundi luar ternyata memberi kesan.  Mungkin 'aura' Dyana yang jauh lebih hebat dari calon Bn membuatkan ramai pengundi luar yang penuh yakin bahawa anak gadis ini akan menang mudah.  Satu pengajaran untuk masa akan datang.  Dikatakan terdapat krisis dalaman DAP turut menjejaskan keputusan untuk Dyana.  Walaupun krisis itu tidak serius, tetapi melihat kepada keputusan dan majoriti yang diperolehi sedikit sebanyak ada kesannya krisis dalaman ini.  

Bagaimana dengan kontroversi jumlah undi yang dikatakan meragukan itu?  Kita harap pakar-pakar kita akan mengkaji keputusan ini sebaik mungkin.