RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 17 Disember 2023

Khamis, 24 Ogos 2023

PASCA PRN - PESANAN BUAT AHLI2 UMNO DAN PENYOKONG

 


HAK PMX SEBAGAI SEORANG MUSLIM TIDAK BOLEH DIHALANG ATAU DISEKAT

HAK PMX SEBAGAI SEORANG MUSLIM TIDAK BOLEH DIHALANG ATAU DISEKAT

PMX adalah seorang yang berugama Islam. Tanpa mengira apa jua jawatan dan kedudukannya, hak beliau sebagai seorang muslim tetap sama seperti orang Islam yang lain.
Seseorang muslim dibenarkan untuk mengislamkan seseorang yang mahu memeluk Islam tanpa paksaan. Hak tersebut juga ada pada PMX.

Sesiapa saja yang cuba menghalang PMX dari melakukan perkara mulia tersebut, merekalah sebenarnya ekstrim.

MB KELANTAN ANGKUH DAN SOMBONG PERLEKEHKAN UNDI RAKYAT KELANTAN

MB KELANTAN ANGKUH DAN SOMBONG PERLEKEHKAN UNDI RAKYAT KELANTAN

Belum pun kering cap jari tandatangan watikah perlantikan sebagai MB Kelantan yang baru, Mohd Nassuruddin Daud yang digelar Panglima Perang Pas itu mula menunjukkan taringnya.
Tiada langsung rasa tawadhuk jauh sekali zuhud yang dipamerkan oleh 'Din Cecopong' ini apabila Allah takdirkan beliau menjadi MB Kelantan meskipun mengaji pun tidak habis, khabarnya. Belum pun Dun Kelantan dibuka, beliau terus menyerang dua Adun Pembangkang yang mewakili parti dalam kerajaan perpaduan sebagai "melawan perjuangan Islam'.
 
Apabila diketahui bahawa kedua Adun telah membuat laporan polis dan akan menghantar notis saman terhadapnya sekiranya beliau tidak memohon maaf, Din Cecopong ini terus angkuh sambil menyatakan perlu apa memohon maaf kerana beliau tidak melakukan kesalahan. Ertikata lain, dibolehkan kita menuduh seseorang sebagai 'melawan perjuangan Islam' jika tidak sehaluan dengan kita.

Inilah budaya 'Takfiri' yang mahu diangkat semula oleb anak didik Hadi Awang ini. Lebai Din Cecopong dengan riak muka megah dan angkuh menyatakan ' Saya tidak kata mereka melawan Islam, saya katakan mereka melawan perjuangan Islam'. Tengok, lebai punya lidah macam lidah biawak.
Kita mahu bertanya kepada lebai yang angkuh ini, " Apakah hukum seseorang Islam yang melawan Islam atau melawan perjuangan Islam?". Islam itu wajib ditegakkan melalui perjuangan, tetapi jika ada yang "menentang perjuangan Islam" ini, apakah hukumnya harus, haram, wajib atau makruh? Boleh jawab? Bagaimana dengan akidah orang Islam yang "melawan perjuangan Islam"? Abu Lahab dan Abu Jahal juga melawan Islam dan perjuangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Apakah boleh disamakan iman atau akidah mereka dengan kedua Adun tersebut?

MB Kelantan ini secara tidak langsung turut mempertikaikan keimanan dan keislaman rakyat Kelantan yang telah mengundi kedua-dua Adun ini. Pengundi-pengundi di Dun Kota Lama dan Dun Galas yang telah memberikan undi kepada calon-calon mewakili parti kerajaan perpaduan adalah juga bersubahat 'melawan perjuangan Islam".
 
Amat dukacita sekali seorang yang bergelar ustaz sanggup menghina wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Sepatutnya jika ada sekelumit adab dan akhlak pada MB Kelantan ini, beliau akan mengalu-alukan kehadiran dua Adun Pembangkang tersebut untuk menjadi semak dan imbang di dalam pentadbiran beliau. Malangnya, beliau angkuh dan sombong bila Allah uji beliau dengan jawatan dan kuasa.

Bayangkan, suatu hari nanti lebai sombong ini akan mengetuk pintu pejabat PMX dari parti yang beliau dakwa "melawan perjuangan Islam" itu untuk meminjam duit bagi membayar gaji kakitangan kerajaan negeri Kelantan. Saya rasa ini tidak akan terjadi, mana mungkin maruah lebai Nassuruddin semurah itu untuk melutut depan PMX , penentang perjuangan Islam !!


WFAUZDIN NS

Khamis, 13 Julai 2023

Isnin, 3 Julai 2023

Isnin, 5 Jun 2023

Jumaat, 26 Mei 2023

Jumaat, 5 Mei 2023

Isnin, 1 Mei 2023

Isnin, 17 April 2023

Ahad, 9 April 2023

Jumaat, 7 April 2023

Isnin, 3 April 2023

Ahad, 2 April 2023

Khamis, 30 Mac 2023

Rabu, 29 Mac 2023

Selasa, 28 Mac 2023

Ahad, 26 Mac 2023

Sabtu, 25 Mac 2023

Jumaat, 24 Mac 2023

Khamis, 23 Mac 2023

Rabu, 22 Mac 2023

Isnin, 20 Mac 2023

Sabtu, 11 Mac 2023

Jumaat, 10 Mac 2023

Sabtu, 25 Februari 2023

Jumaat, 24 Februari 2023

Selasa, 21 Februari 2023

Isnin, 20 Februari 2023

Ahad, 19 Februari 2023

Sabtu, 18 Februari 2023

Rabu, 15 Februari 2023

Selasa, 14 Februari 2023

Isnin, 13 Februari 2023

Jumaat, 10 Februari 2023

Selasa, 7 Februari 2023

Jumaat, 3 Februari 2023

Isnin, 23 Januari 2023

Khamis, 19 Januari 2023

Selasa, 10 Januari 2023

Selasa, 3 Januari 2023