RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 28 Disember 2019

TERIMA KASIH ANWAR, TERIMA KASIH SYED SADIQ - AKHIRNYA KERAJAAN SETUJU BINCANG SEMULA PEMANSUHAN ELAUN PERKHIDMATAN KRITIKAL KAKITANGAN AWAM

Itulah kerajaan PH. Meskipun telah dibuat keputusan, namun kerajaan tetap mendengar suara rakyat. Ini tidak dapat dinikmati di era kerajaan Umno/Bn dahulu kerana di dalam parti tersebut tukang ampu dan angguk terlalu ramai.

Sebelum ini kerajaan melalui JPA telah mengumumkan untuk memansuhkan elaun perkhidmatan kritikal kakitangan awam bagi pengambilan tahun 2020.

Meskipun ia hanya melibatkan kakitangan awam yang mula bertugas tahun 2020, namun keputusan kerajaan itu mendapat bantahan dan kritikan dari berbagai pihak termasuk dari kalangan pimpinan PH sendiri. Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Sadiq dan Presiden Keadilan yang juga MP Port Dickson, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim di antara paling ke hadapan menggesa agar keputusan ini dikaji semula.

Anwar menggesa agar kerajaan mengkaji semula keputusan tersebut dan dibincangkan di dalam mesyuarat Kabinet awal tahun hadapan. Akhirnya saranan Anwar diterima di mana hari ini seperti yang disiarkan melalui Buletin Utama TV3, PM bersetuju untuk menangguhkannya sehingga dibincangkan di dalam mesyuarat Kabinet nanti.

Untungnya PH kerana memiliki pemimpin yang berani menegur kerajaan demi kepentingan rakyat. Kerajaan PH bukan seperti kerajaan Bn di mana pemimpin mereka kelu dan bisu sehingga sanggup membiarkan pemimpin mereka merompak harta rakyat bertahun-tahun sehingga kerajaan Bn itu tumbang akhirnya. Kerajaan PH juga tidak seperti parti lebai yang amalkan 'wala' dan akur dengan pemimpin mereka sehingga pemimpin mereka menjual agama pun mereka tetap 'wala'.

Rakyat semakin tidak sabar menanti PM8, Dato' Seri Anwar Ibrahim menerajui negara ini agar keputusan seperti ini tidak lagi berulang.

Khamis, 26 Disember 2019

APA MAKSUD PENDEKATAN 'MENANG-MENANG' DI DALAM ISU TANAH HARAM CAMERON HIGHLAND ?

Ramai yang tidak faham atau sengaja tidak mahu faham apa yang dimaksudkan dengan pendekatan rundingan yang disuarakan oleh YB Fuziah Salleh di dalam isu pekebun tanah haram di CH. Mereka berfikiran MP Kuantan itu menyokong tindakan menceroboh tanah haram serta tindakan mencemar alam sekitar di CH.

Memang benar, memang telah berlaku rundingan sebelum ini oleh kerajaan negeri Pahang dengan mereka yang terlibat. Tetapi, apakah rundingan itu menghasilkan keputusan yang positif? Berunding bukan bermakna kerajaan negeri perlu akur dengan pekebun-pekebun tanah haram tersebut atau pekebun-pekebun mesti diusir seperti binatang liar.

Apa yang saya faham dari kenyataan YB Fuziah itu adalah undang-undang pemuliharaan alam sekitar wajib dijaga tanpa kompromi. Bahkan, atas asas itulah YB Fuziah konsisten dengan perjuangannya menentang kilang Lynas sampai sekarang. Komitmennya itu tidak boleh dipertikaikan lagi.

Namun, di dalam isu di CH ini bukan sahaja alam sekitar perlu dijaga, tetapi perasaan kemanusiaan juga perlu dihormati dan dilindungi. Mereka telah bercucuk tanam di situ dan tentunya itu adalah pencarian sara hidup mereka. Tidakkah ada kaedah atau pendekatan yang lebih mesra atau berhemah agar nasib mereka tetap dilindungi dan alam sekitar tetap dapat diselamatkan?

Rugikah kerajaan negeri Pahang memberi satu kawasan lain yang boleh dipajak untuk mereka meneruskan usaha bertani sebagai alternatif kepada mereka selain dari diusir? Situasi "menang-menang' yang YB Fuziah maksudkan adalah kerajaan negeri dapat mempertahankan alam sekitar dari dicerobohi, manakala pekebun yang terlibat dapat meneruskan kehidupan dengan alternatif yang ditawarkan. Tergamakkah kita melihat tanaman yang mereka tanam dari titik peluh mereka demi untuk mencari perbelanjaan menjelang hari persekolahan bermula diranap begitu sahaja hanya kerana undang-undang?

Pada hemat saya, YB Fuziah tiada kepentingan apa-apa di dalam isu ini kerana CH bukannya di kawasan beliau di Kuantan. Tetapi beliau berpegang kepada prinsip bukan sahaja mesra alam tetapi mesra insan. Janganlah kita jadikan undang-undang untuk kita menafikan perikemanusiaan.

Ada undang-undang yang kita perlu bertegas dan ada undang-undang yang boleh kita laksanakan dengan kaedah yang lebih berhemah. Malangnya, ada juga suara-suara sumbang yang menyalahkan kerajaan PH berikutan apa yang berlaku di CH itu. Di mana MP yang mereka angkat dulu?

JHO LOW TERUS GAGAL DIPEROLEHI, JANGAN PULA VIDEO SEMBURIT TURUT HILANG

Dulu kata, kita tahu di mana Jho Low bersembunyi dan Jho Low akan dibawa balik dalam masa terdekat.

Kemudian, dia kata, kita tak dapat kerjasama dari negara di mana Jho Low berada untuk membawanya pulang ke Malaysia.

Aku harap, video semburit yang telah dihantar ke US untuk ujikaji ketulenannya itu dan dijanjikan akan diumumkan pada Disember ini akan dapat kembali ke Malaysia dengan selamat. Jangan nanti kata, video itu kini ditahan di pusat imigresen US pulak dan tidak dibenarkan di bawa pulang ke Malaysia.

ANWAR PM KE 8 PADA MEI 2020 - KENYATAAN TUN M UNTUK DUA TAHUN ITU "SAHIH"


Bukan kerana kehendak Tun M untuk menyerahkan jawatan PM kepada Anwar Ibrahim, bukan juga kerana Anwar kemaruk untuk menjadi PM dan bukan kerana "servey" ini maka Anwar patut menjadi PM selepas Tun M. Anwar dipilih oleh Majlis Presiden PH untuk menjadi PM ke 8 selepas Tun M. Itu kita kena tahu.

Menamakan Anwar sebagai PM ke 8 dan Tun M adalah PM ke 7 sehingga Anwar dibebaskan dari penjara dan boleh aktif berpolitik dan diangkat untuk menjadi PM selepas Tun M merupakan janji yang PH berikan kepada rakyat Malaysia sebelum PRU14 lagi. PH menang di dalam PRU14 adalah kerana rakyat menyokong penuh menamakan Tun M sebagai PM sementara menanti Anwar melepasi syarat dan kekangannya untuk berpolitik.

Berkali2 Tun M menyebut tempuhnya hanya sekitar dua tahun. Bahkan, di hadapan Anwar Tun M pernah berkata sedemikian, kecuali "Anwar izinkan lebih dari dua tahun", katanya sambil berseloroh. Selepas itu, terdapat kata2 lain dari Tun M yang menyebut mungkin 3 tahun dan beliau pernah sebut selepas ekonomi pulih dan disebut lagi sehingga selesai persidangan APEC pada November tahun hadapan.

Di dalam banyak riwayat kata2 Tun M itu, paling boleh diterima pakai atau "sahih"nya ialah janji beliau untuk dua tahun sahaja. Selain daripada itu boleh dianggap "dhaif" yang tidak kukuh asasnya. Maka, kita bersedia untuk menerima Anwar sebagai PM seterusnya adalah pada Mei 2020. Pedulikan apa Pembangkang Umno dan Pas mahu sebut, abaikan juga beberapa geng Si Kitol mahu nyatakan tentang tempuh peralihan kuasa ini. Rakyat tahu, yang banyak berkorban dan berjuang selama puluhan tahun itu adalah Anwar. Mereka itu cuma menumpang tuah Anwar dan jenis tidak sedarkan diri.

Rakyat masih yakin dengan kewibawaan Majlis Presiden untuk menunaikan janji ini. Tg Piai sudah cukup jelas isyarat dari rakyat agar PH tidak bermain dengan kata2. Sehubungan itu, Majlis Presiden diharapkan tidak mengecewakan kita semua. Biarlah Umno, Pas dan Si Kitol yang kecewa. Kalau musuh tidak suka Anwar jadi PM, itu satu isyarat jelas bahawa PH ada masa hadapan yang cemerlang sekiranya Anwar menjadi PM segera.

Rabu, 25 Disember 2019

LEBAI SUKA TUN M TERUS JADI PM SEHINGGA PRU15 UNTUK MEMUDAHKAN REJIM KLEPTOKRASI BERKUASA SEMULA


Dalam perjumpaan lebai dgn Tun M selepas persidangan negara2 islam yg gagal itu, sekali lagi lebai beri jaminan bahawa parti lebai akan sokong Tun M jadi PM sehingga PRU15, walaupun lebai pernah kata Tun M hanya layak jadi doktor klinik 1 Msia saja dan walaupun lebai sanggup sokong MCA di Tg Piai dan mengalahkan parti Tun M dengan kekalahan yg amat memalukan Tun M.

Aku tidak pelik kalau lebai berkata sedemikian kerana lebai memang dikenali sebagai lidah bercabang dan mahir di dalam menjual agama demi kepentingan politik. Kalau tidak, bagaimana lebai boleh duduk sekelambu dengan parti yg selalu dikapirkannya?

Aku lebih pelik kalau Tun M terpedaya dengan tipu helah lebai. Takkan la manusia sehebat Tun M terpedaya dengan lebai yg juga terpedaya dengan umno? Umno gunakan lebai untuk bernyawa setelah nazak di dalam PRU14 yg lalu, manakala lebai pula cuba untuk memperdaya Tun M. Kalau Tun M percaya dgn lebai, ertinya Tun M lebih bodoh dari lebai.

Orang bijak akan berfikir, kalau musuh Tun M tiba2 sokong Tun M, maksudnya apa? Maksudnya sokong bawa rebah. Umno dan lebai suka Tun M terus jadi PM sehingga PRU15 kerana mereka ada peluang untuk jatuhkan PH angkara terlalu banyak kelemahan Tun M sekarang. Lebih baik Tun M kekal lama sehingga PRU15.

Kalau Tun M lalai dan termakan dengan kata2 mereka, kami di bawah tidak lalai dan tidak sebodoh itu untuk diperdaya. Maka, kami akan pastikan apa yg umno dan lebai suka dan mahu lihat akan gagal. Kami akan pastikan Tun M berundur selewatnya Mei 2020 bagi menentukan rejim kleptokrask terdahulu tidak akan berkuasa lagi. Anwar yang digeruni oleh Umno/Bn serta lebai akan kami angkat menjelang Mei 2020.