KEPUTUSAN tidak resmi menunjukkan BN mengekalkan kerusi Pengkalan Kubor dengan majoriti 2,635 undi. Mengikut keputusannya, BN yg diwakili oleh Mat Razi mendapat 9,960 undi manakala PAS melalui calonnya Wan Rosdi mendapat 7,335 undi. Calon Bebas, Izat Bukhary hanya mendapat 37 undi dan hilang deposit.
Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi apabila pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang tadi. Dalam pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. Ertikata lain, PAS lebih teruk tewas berbanding PKR walaupun aku meramalkan PAS mampu menang dengan majoriti kecil dan samasekali tidak menjangkakan PAS tewas seteruk ini.
Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi apabila pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang tadi. Dalam pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. Ertikata lain, PAS lebih teruk tewas berbanding PKR walaupun aku meramalkan PAS mampu menang dengan majoriti kecil dan samasekali tidak menjangkakan PAS tewas seteruk ini.
Khabarnya, undian daripada masyarakat Non Muslim dan anak-anak muda juga terlalu jauh merosot. Tambahan pula bak kata Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Pengarah PRK ini bahawa di antara faktor kekalahan PAS adalah kerana ramai pengundi luar yang tidak balik untuk mengundi. Persoalannya, adakah sekiranya mereka balik mereka akan mengundi PAS kerana kebanyakan perantau-perantau terutamanya yang bekerja di kawasan-kawasan bandar mereka celik maklumat dan mereka tahu selama ini apa yang sering diperkatakan orang tentang PAS.
Sewajarnya anak-anak perantau ini akan lebih bersemangat untuk pulang mengundi kerana mereka tahu PAS teramat ingin merampas Kerusi tersebut setelah PKR gagal sebanyak dua kali. Tetapi mengapa mereka tidak pulang? Benar, hari mengundi hari bekerja tetapi jika semangat itu tinggi untuk memenangkan PAS aku rasa mereka tetap akan pulang walaupun sanggup membeli "MC" untuk satu hari. Aku rasa ada sesuatu yang tidak kena kali ini. Ustaz Tuan Ibrahim pun ada menyebut, ada sesuatu yang tidak kena mengapa anak-anak muda tempatan pun tidak seperti dulu.
Sedikitpun aku tidak merasakan ketiadaan kempen oleh Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim ke sana menjadi faktor tewasnya PAS. Anwar bukan hebat lagi di Kelantan, dan Kelantan adalah kubu PAS di Malaysia dan mempunyai berbagai jentera yang teramat kuat. Bukankah jentera PAS sering dilaung-laungkan sebagai terhebat berbanding PKR? Sepatutnya selepas Muktamar PAS di Batu Pahat baru-baru ini semangat pemimpin dan para penyokong PAS tentu membuak-buak, apatah lagi di dalam hubungan yang agak kontroversi dengan PKR, tentunya PAS ingin tunjukkan bahawa PAS memang hebat sebenarnya.
Boleh dikatakan kesemua kepimpinan PAS, dari Presiden, Mursyidul Am, ahli-ahli Majlis Syura dan Dewan Ulamak, Pro Ulamak dan Profesional, kesemuanya turun berkempen. Habis kekuatan PAS turun kali ini. PKR juga turun membantu dan sewaktu PAS sibuk bermuktamar, jentera PKR mengambil tugas berkempen di beberapa kawasan, Jentera PKR juga berkampong di Pengkalan Kubur. Ertikata lain, segala usaha telah kita lakukan demi untuk melihat Umno berkubur di Pengkalan Kubur. Malangnya, Pengkalan Kubur itu kuburnya milik kita.
Aku melihat kebijaksanaan amat kurang sepanjang kempen. Bayangkan, sewaktu Muktamar PAS berlangsung yang diketahui menjadi bahan berita media termasuk TV3, pemimpin dan para perwakilan tidak sedarkan diri berpidato menunjukkan kehebatan membelasah rakan-rakan sendiri samada dari PKR mahu pun DAP. Tidak cukup dengan itu, sesama mereka pun menjadi bahan cemuhan sehingga ucapan menjadi doa laknat, dan tercatat dalam sejarah mulut Tuan Presiden sendiri perkataan "broker dan Barua". Ini semua adalah bahan makanan yang dihidangkan percuma kepada media-media berlidah syaitan ini.
Telah dijangka kesemua ucapan negatif sepanjang Muktamar telah dijadikan modal kempen Umno/Bn bahkan dijadikan cogan kata dan ayat-ayat disusun indah di dalam Banner-banner mereka. Imej PAS sepanjang kempen teruk terjejas angkara Muktamar yang lupa bahawa PAS sedang bertarung di Pengkalan Kubur. PAS tanpa disedari memberikan peluru kepada musuh.
Amat sedih sekali ini berlaku. Ini lah yang selalu aku sebut tidak semua Ulamak itu tahu berpolitik walaupun ugama dan politik itu tidak terpisah. Politik perlu kepada kebijaksanaan dan strategi yang baik serta tersusun. Menyerang rakan-rakan di dalam PR, menyerang rakan-rakan seperjuangan di dalam parti ketika Muktamar di mana waktu kempen berlangsung di Pengkalan Kubur bukan satu tindakan bijak malahan teramat songsang sekali.
PRK memang kita sering kalah. Kita akui mereka punyai jentera kerajaan yang hebat beserta dengan berbagai umpan yang diberi. Itu kita akui dan itu juga bukan asing bagi kita dan sepatutnya kita telah bersedia untuk hadapi semua itu. Malangnya, kita menambah beban lagi dengan masalah dan isu yang kita cipta sendiri. Muhasabah lah bersama.