RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 8 Februari 2024

KESABARAN DAN KEMENANGAN PASTI MENANG

 


JAHAT POLITIK MAHATHIR

 


TAHNIAH UMNO, STOP IT PASIR GUDANG

 


PENGAMPUNAN DAN PENGURANGAN HUKUMAN KES NAJIB - TIDAK SEDIKIT PUN PMX LAYAK TERIMA "UCAPAN TERIMA KASIH" ?

Terlebih dahulu, saya mengucapkan tahniah kepada Umno kerana amat prihatin dengan nasib bekas Presiden mereka yang juga bekas PM, Dato Seri Najib Tun Razak yang kini merengkok di dalam penjara selama 12 tahun mulai 23 Ogos 2022 atas tuduhan kes menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Saya melihat kepimpinan Umno di bawah Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi begitu konsisten sekali menangani isu ini dengan penuh berhemah dan tertib sekali ibarat 'menarik rambut dari tepong". Zahid sedar harapan terlalu tinggi di kalangan ahli-ahli Umno untuk melihat bekas Presiden mereka itu dibebaskan melalui poses Pengampunan Diraja. Namun demikian, Zahid juga sedar bahawa Umno kini berada di dalam Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan YAB Dato Sri Anwar Ibrahim yang dikenali amat teguh berpegang dengan prinsip keadilan serta memelihara integriti sistem kehakiman dan perundangan. Justeru itu, pendekatan harus bijak agar Kerajaan Perpaduan tidak dilihat tercemar dengan langkah-langkah sumbang.

Fakta menunjukkan, Umno mengalami beberapa episod sedih di dalam isu Najib Razak ini. Episod sedih bermula ketika di era kepimpinan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ogos 2018 di mana bekas PM ke 6 dan bekas Presiden Umno itu diheret ke mahkamah atas dakwaan yang disebutkan di atas.

Episod sedih seterusnya berlaku pada era kepimpinan Muhyidin di bawah Kerajaan Perikatan Nasional yang Umno pun turut berada membentuk kerajaan tersebut tetapi perbicaraan di peringkat mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan menyaksikan Najib gagal mempertahankan dirinya. Kerajaan Perikatan Nasional ketika itu menyatakan mereka tidak mencampuri urusan mahkamah.

Paling menyedihkan lagi, pada Ogos 2022 masih lagi di era Kerajaan Perikatan Nasional tetapi di bawah Naib Presiden Umno sendiri Dato Seri Ismail Sabri, nasib Najib masih gagal dipertahankan setelah melalui proses perbicaraan di Mahkamah Persekutuan di mana Najib dikekalkan bersalah dan dipenjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Muhyidin selaku Pengerusi Perikatan Nasional berkata, beliau lega dengan keputusan mahkamah tersebut. Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, nasib baik waktu ini Ismail Sabri jadi PM, bukan Muhyidin. Jika Muhyidin waktu itu jadi PM, ahli-ahli Umno akan marah kepada PM. Maksudnya, ahli-ahli Umno tidak marah kepada PM, Ismail Sabri di atas pemenjaraan Najib.

Setelah melalui episod-episod kesedihan dan malang Umno di era kerajaan PN, ahli-ahli Umno mengharapkan ada sedikit cahaya buat bekas Presiden mereka di era Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan PMX. Sayugia diingatkan, Anwar Ibrahim mahu diangkat menjadi PM oleh Pakatan Harapan sejak sekian lama bukan untuk membebaskan semua pesalah di dalam penjara, tetapi beliau diharapkan dapat menegakkan keadilan serta memelihara institusi kehakiman dan perundangan.

Tahukah anda, Petisyen Pengampunan Najib ini sebenarnya telah mula dikemukakan pada 02 September 2022 iaitu ketika era Kerajaan Perikatan Nasional di mana Umno masih berada di dalam kerajaan tersebut dan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri adalah PM waktu itu. Selepas itu apa yang berlaku? Kita tidak mendengar apa-apa berita dan perkembangannya sehinggalah PRU15.

Apabila Anwar Ibrahim diangkat sebagai PM ke 10 dan membentuk Kerajaan Perpaduan, isu Pengampunan Najib ini diangkat semula meskipun kelazimannya seseorang yang ingin memohon pengampunan akan menjalani sebahagian dari hukumannya terlebih dahulu. Namun, bagi PMX sekiranya seseorang pesalah itu berhak untuk memohon pengampunan mengikut Perlembagaan maka ianya wajar diberikan hak mereka bukan berdasarkan kelaziman atau kebiasaan.

Saya tidak pasti apakah tindakan PMX menyegerakan proses Lembaga Pengampunan itu suatu perkara yang baik dan melegakan buat Umno. Saya juga tidak pasti apakah keputusan Lembaga Pengampunan yang diPengerusikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong yang telah mengurangkan 50% jumlah penjara dan denda itu suatu berita yang baik atau tidak kepada ahli-ahli Umno terutamanya waris Najib itu sendiri. Agong mempunyai kuasa mutlak di dalam membuat keputusan setelah menimbangkan berbagai aspek dan tidak wajar kita untuk bersangka buruk terhadap keputusan itu. Pandangan pro dan kontra terhadap keputusan tersebut juga pernah berlaku sewaktu Dato Seri Anwar Ibrahim diberi pengampunan penuh oleh Agong ketika itu.

Saya percaya, Mesyuarat MKT Umno baru-baru ini menyedari semua ini dan mereka berhak untuk mengambil pendirian untuk terus berusaha membebaskan Najib melalui Pengampunan sekali lagi untuk dipertimbangkan oleh Agong yang baru. Ini juga ditegaskan oleh PMX bahawa Najib berhak mengemukakannya bukan kerana namanya Najib tetapi ianya adalah tentang hak dan keadilan.
Saya amat terkilan kerana PMX dijadikan sasaran oleh beberapa pihak yang sememangnya sentiasa mencari bahan untuk menyerang batang tubuh insan ini. Cuba kita fikirkan, lojik atau tidak;

Najib dituduh di mahkamah di zaman Mahathir.
Najib dijatuhkan hukuman penjara dizaman Muhyidin.
Najib masuk penjara dizaman Ismail Sabri.
Najib diberi pengurangan 50% jumlah pemenjaraan dan denda dizaman Anwar Ibrahim. Di era Anwar PM, yang memulakan Lembaga Pengampunan bersidang awal dari kelazimannya dan menghasilkan keputusan yang dimuktamadkan oleh Agong. Namun, Anwar Ibrahim terus menjadi sasaran serangan mereka.

Allahu Akbar. Seandainya ini berlaku terhadap Anwar Ibrahim sewaktu beliau dipenjarakan beberapa kali dan diberi hak seperti ini, saya sebagai penyokongnya pasti bersujud syukur kepada Allah. Tetapi ianya tidak berlaku kepada beliau. Anwar terus merengkok lama di dalam penjara sehinggalah seawal tahun 2018 Agong ketika itu merasakan Anwar telah dianiayai dan membebaskannya.
Semoga kita menjadi manusia yang bersyukur.


WFAUZDIN NS