RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 7 Ogos 2010

APABILA YB KHALID DARI PAS PULA MENJADI MB SELANGOR

Oleh: WFAUZDIN NS
Justify Full
ANDAINYA ditakdirkan PAS memerintah Selangor suatu hari nanti, selain dari Pesuruhjaya PAS Dr Hassan Ali tokoh yang paling layak difikirkan untuk menduduki kerusi MB Selangor pada pandangan saya adalah YB Khalid Samad. Ketokohan beliau amat terserlah walaupun penuh dengan kontroversi.

Beliau seorang yang tegas, berprinsip dan berani di samping disukai oleh berbagai kaum. Keberanian beliau seperti kelihatan menungkah arus di dalam PAS, namun apa yang beliau lakukan sebenarnya tidak pernah melanggar dasar PAS. Cuma mungkin gerak geri beliau kelihatan ganjil pada pandangan beberapa pemimpin dan penyokong PAS yang sebelum ini tiada pemimpin PAS yang berani bertindak seperti beliau.

Hubungan baik beliau dengan pemimpin dari PR kadangkala dilihat lebih mesra dari pemimpin PAS sendiri. Namun, beliau tetap menerima segala arahan dari partinya walaupun kadangkala berlawanan dengan prinsipnya. Wala' beliau pada pimpinan amat tinggi sehingga beliau sanggup hilang jawatan, namun berpaling dari perjuangan tidak sama sekali.

Keberaniannya menjejakkan kaki ke kilang arak terbesar di Shah Alam mungkin mencetuskan kontroversi lagi. Baca di sini. Tetapi adakah itu satu kesalahan kepada aturan dan disiplin PAS? Mungkin dari segi mengelakkan fitnah, lebih baik YB Khalid tidak berbuat demikian namun selaku MP Shah Alam, apa pilihan yang beliau ada untuk menyelesaikan satu-satu isu? Beliau telah bertindak bijak untuk turun sendiri ke sana bagi mendapatkan maklumbalas sebenar dari pemilik kilang arak tersebut.

YB Khalid Samad bukan tokoh Ulamak, tetapi tidak semua tokoh Ulamak dalam PAS mampu bertindak berani seperti beliau. Keberaniannya tidak kalah dengan Tuan Guru Nik Aziz di dalam memperkatakan sesuatu walaupun kadangkala tidak berkenan di mata sahabat-sahabatnya di dalam PAS. Apa yang penting, ke mana pun beliau pergi dasar dan prinsip PAS tetap digenggam erat oleh beliau. Inilah tokoh PAS yang layak ditabalkan menjadi MB Selangor suatu hari nanti, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

`KUMPULAN JIHAD' DI BULAN RAMADHAN AKAN BERDEMONTRASI DI DEPAN PEJABAT MUFTI PERAK PULA ?

Oleh: WFAUZDIN NS

SEKUMPULAN Pemuda yang menggelarkan diri mereka `Gagasan Anak Muda' telah berhimpun di hadapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah baru-baru ini kununnya menentang kemungkaran di Bulan Ramadhan. Tahniah, kepada mereka kerana memilih Selangor.

Saya tidak pasti samada kumpulan `Jihad' ini wujud atau tidak semasa era Anak Toyo menjadi MB Selangor. Kurang pasti pula saya samada kumpulan ini bergerak atau tidak di negeri-negeri lain yang diperintah oleh Umno parti yang mengaku cintakan Islam itu. Mungkin di negeri yang diperintah oleh Umno tidak menarik minat mereka kerana negeri-negeri tersebut kini telah pun melaksanakan hukum Islam sepenuhnya.

Pilihan mereka adalah Selangor dan sememangnya Selangor kini ibarat `gadis sunti' yang amat cantik rupawan. Jika dahulu `gadis sunti' ini dipenuhi oleh kurap dan panau seluruh badan kini tubuh badannya sudah dibersihkan. Maka, ramailah yang tergoda dan terliur memandangnya. Jika tidak, masakan orang Pekan, Pahang tiba-tiba mahu berada di Selangor untuk `mengorat' si`gadis sunti' berkenaan.

Biarlah mereka berkampung di Selangor dan berusaha untuk menggoda `gadis sunti' yang cantik itu. Kita masih ingat dahulu, ketika Umno menumpukan seluruh kekuatannya di Kelantan untuk merampas negeri di bawah PAS itu, tiba-tiba beberapa negeri lain tumbang. Umno mendapat aib besar pula di Kelantan.

Berselerakah `gadis sunti' ini kepada Umno yang pernah membiarkan tubuhnya dipenuhi kurap dan panau? Sehingga datang PR yang bersusah payah membersihkan tubuhnya sehingga menjadi cantik rupawan seperti sekarang, tiba-tiba Umno datang terhegeh-hegeh?

Kepada kumpulan anak muda `Gagasan' yang mahu `berjihad menentang maksiat' di Bulan Ramadhan itu kita ucapkan selamat berjuang. Mungkin mereka lupa mahu menjemput `Ulamak Muda' yang baru menyertai Umno itu untuk turut bersama berdemontrasi.

Selepas ini, apa kata `Gagasan' ini merantau ke Perak berjumpa Harussani dan nasihatkan Mufti tersebut agar Kerajaan Umno Perak juga menutup kesemua Pusat Hiburan dan maksiat sepanjang Bulan Ramadhan nanti. Lepas Ramadhan nanti, bolehlah sambung semula maksiat itu kerana itulah yang diajar oleh Apco gamaknya./ wfauzdin.blogspot.com

TUAN GURU NIK AZIZ - SENARAI 50 TOKOH POPULAR DUNIA






KESIHAN TPM KITA SERING DITERTAWAKAN

Mahyudin buat lawak lagi.........
Oleh: notan

"Nak tergelak bila membaca lapuran yang menyebut Mahyudin mahu rakyat menilai Ir.Nizar kerana membuat kecoh di DUN Perak.Menurut Mahyudin Ir.patut mematuhi arahan speaker dan perlu mematuhi peraturan dewan.Sekali pandang betul kata kata Mahyudin itu tetapi dua kali pandang ianya menjadi bahan lawak.

Ir Nizar sebagai ketua pembangkang memang perlu menghormati peraturan dewan tetapi yang tidak disebut oleh Mahyudin ialah peraturan dewan tidak sepatutnya diubah sesuka hati mengikut kehendak kerajaan.Peraturan dewan sepatutnya konsistant dengan speaker menjadi orang yang bertanggungjawab ke atas keadilan kepada semua ADUN.Tetapi dalam kes Ir Nizar, speaker semacam bertindak dengan arahan pihak tertentu sambil menafikan keadilan kepada Ir. Nizar.Rasanya itupun sudah cukup untuk rakyat menilai Ir. Nizar.

Mahyudin sejak menjadi TPM ini sudah banyak kali membuat lawak dan banyak kali juga bercakap kosong, tidak menggambarkan kualiti seorang TPM.Lawak kali ini nampaknya tidak terlepas dari usaha Mahyudin menyembunyikan kebenaran yang sudah dapat dilihat oleh rakyat jelata yang waras.Mana mungkin seorang ketua pembangkang yang mewakili rakyat boleh duduk diam apabila hak dan keadilan kepadanya dinafikan oleh sepaker.

Malang sungguh kerajaan UMNO/BN yang cuba melakukan sesuatu dengan proses yang licik sambil mengelak pihak pembangkang.Dan untuk menunjukkan mereka melakukan perkara itu mengikut prosedur yang betul, alasan menghormati peraturan dewan sering digunakan walhal peraturan dewan itulah yang dimanupulasikan mereka untuk mencapai matlamat mereka.

Mahyudin kemudiannya melalak sambil membuat lawak sebagai TPM.Ditunjukkan kepada umum, seolah olah ketua pembangkang seorang yang tidak menghormati undang undang dan tidak layak menjadi ketua pembangkang.Tetapi sebenarnya yang tidak layak jadi kerajaan ialah UMNO yang sanggup melakukan apa saja untuk menyamun harta rakyat termasuk memanupulasi peraturan dewan dengan speaker suruhan mereka.

Rakyat sudah menilai Ir. Nizar sejak kuasa MBnya dirampas oleh UMNO dan rakyat sudah melihat kualiti ketua pembangkang untuk mentertawakan lawak yang dibuat oleh Mahyudin kali ini.Malah yang tidak layak menjawat jawatan TPM ialah Mahyudin kerana gagal menjaga kebajikan rakyat dan gagal menghentikan aktiviti samun pemimpin pemimpin UMNO.

Secara tidak langsung juga, menyerlahkan kualiti DSAI kerana semasa beliau menjadi TPM, banyak usahanya untuk membela rakyat sehingga beliau ditendang keluar dengan cara yang paling jijik dalam sejarah politik negara walaupun ada setengah pihak tidak mahu mengiktiraf sumbangan DSAI ini dengan mengaitkan beliau dengan yahudi dan pluralism.Tetapi Alhamdullillah, semakin ramai rakyat sudah membuka mata dan menerima usaha DSAI./Tranungkite

TUTUP PUSAT HIBURAN, BINI MEREKA `TELANJANG'

Oleh: WFAUZDIN NS

SEMPENA bulan Ramadhan ini nanti, apa kata kita cadangkan kepada semua isteri pemimpin Umno agar menutup aurat mereka masing-masing? Aku bukan apa, cuba nak tiru sikit kempen oleh sekumpulan anak muda yang baru-baru ini berhimpun meminta Kerajaan Selangor menutup semua Pusat Hiburan dan Rumah Urut di Selangor sepanjang Ramadhan ini nanti.

Lojiknya, sebelum kesemua itu ditutup lebih baik tutup dulu `kemaluan' isteri pemimpin-pemimpin Umno yang mengaku Islam itu. Tidak malukah kita bangunan atau Pusat Hiburan dan Rumah Urut ditutup, sedangkan `kemaluan' atau aurat isteri kita `telanjang'. Jika sudah isteri sendiri pun tidak dapat kita kawal, apa cerita mahu kawal yang di luar sana. Itu cadangan sahaja.

Sebenarnya itu kewajipan bukan di Bulan Ramadhan sahaja mahu menutup aurat. Tetapi, sekadar mahu melatih bini-bini mereka yang suka `bertelanjang' ini eloklah bermula di Bulan Ramadhan. Gamaknya, Rosmah dan Shahrizat setuju tak? Dan, apa kata Harussani pula gamaknya ye?/wfauzdin.blogspot.com

TUDUH PAS - CHUA SOI LEK TOLAK AGAMA ?

Oleh: WFAUZDIN NS

KENYATAAN Presiden MCA yang pernah terlibat di dalam skandal seks, Chua Soi Lek di dalam Malaysiakini hari ini yang menuduh Umno dan PAS menggunakan Islam untuk meraih sokongan orang-orang Melayu memperlihatkan Presiden MCA itu seperti tidak percaya kepada agama. Mungkin sebab itu, beliau memandang remeh perbuatan seks tanpa nikah yang pernah beliau lakukan.

Jika beliau menuding jari kepada Umno, mungkin ada lojiknya kerana Umno sebuah parti sekular yang bukan sahaja tidak berjuang untuk mendaulatkan Islam, bahkan gagal membela nasib Melayu. Tetapi PAS, sebuah parti yang memperjuangkan Islam bukan parti yang ekstrim terhadap Melayu, telah menunjukkan rekod bahawa dengan Islam maka keadilan semua kaum dapat ditegakkan. Chua Soi Lek boleh bertanya kepada kaum Cina di Kelantan di bawah pentadbiran PAS selama 20 tahun. Mengapa majoriti kaum Cina di Kelantan masih kekal menyokong PAS tidak MCA jauh sekali Umno?

Presiden MCA itu patut menilai mengapa MCA gagal memberi keadilan kepada kaum Cina selama beliau bersekutu dengan Umno. Mengapa kaum Cina tidak lagi percaya kepada MCA mahu pun gerakan, sebaliknya mereka lebih yakin kepada PR termasuk PAS? Adakah kerana PAS menggunakan agama maka sekarang ini kaum Cina mulai yakin dengan PAS?

Sewajarnya MCA dan Gerakan mendekati PAS dan memahami tujuan perjuangannya. Chua Soi Lek jangan cuba untuk melindungi kelemahan MCA dengan menuding jari kepada PAS. Beliau juga jangan mengajar rakyat melupakan agama sekiranya beliau tidak berugama. Chua Soi Lek patut berasa beruntung kerana MCA masih mahukan pemimpin yang `berzina' untuk memimpin parti terbesar kaum Cina itu. /wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 6 Ogos 2010

KES MAHKAMAH - KITA KENA SENARAIKAN BERJUTA NAMA PENERIMA RASUAH - ZAID IBRAHIM


Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 6 Ogos: Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim berkata, pihaknya tidak akan membuat rayuan ekoran mahkamah menolak petisyen pilihan raya untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Dalam blognya, Zaid berkata, "Saya tidak akan berbuat demikian kerana kita akan mendapat keputusan yang sama. Saya tidak mahu membuang masa kawan kawan saya Malik Imtiaz Sarwar, Azhar Azizan Harun dan Ang Hean Leng yang menawarkan khidmat guaman secara percuma dalam mengejar keadilan."

Mahkamah Pilihan Raya semalam membenarkan permohonan ahli parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan bagi membatalkan petisyen yang difailkan oleh ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azahar Mohamed, yang bertindak sebagai Hakim Mahkamah Pilihan Raya berkata petisyen yang difailkan itu adalah cacat kerana tidak mematuhi keperluan mandatori.

Beliau sehubungan itu mengisytiharkan Kamalanathan sebagai ahli parlimen Hulu Selangor yang sah.

Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri memfailkan petisyen berkenaan pada 24 Mei lalu supaya keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor, 25 April lalu dibatalkan atas alasan ia dicemari rasuah.

Ini dalam bentuk sogokan dan janji kepada pengundi oleh pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada pengundi sekiranya mereka menyokong Kamalanathan.

Petisyen terhadap Kamalanathan difailkan di bawah Seksyen 10(a), 10(c) dan 10(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1958.

Pada pilihan raya kecil itu, Zaid, pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, PKR Wilayah Persekutuan, kalah kepada Kamalanathan dari MIC dengan majoriti 1,725 undi.

Zaid yang tidak pergi ke mahkamah semalam "kerana saya telah pun menjangka bahawa permohonan saya tidak akan dilayani."

"Bila seorang hakim membenarkan masa yang secukupnya (3 hari) kepada pihak yang mahu petisyen itu ditolak di atas alasan “teknikal” (supaya kes itu tidak dapat peluang ke peringkat perbicaran sepenohnya, di mana segala butiran dan keterangan yang kita ada dan saksi saksinya akan dibentang), maknanya saya tidak akan berjaya," tulis Zaid dalam blognya mengulas keputusan itu.

Menurut Zaid, alasan yang diberi hakim ialah dia tidak menyenaraikan nama mereka yang telah menerima rasuah ataupun “bribe” tersebut. Bagi Zaid, nama-nama mereka ada, dan akan ketengahkan saksi-saksi yang ada semasa perbicaraan.

"Tetapi mulakanlah perbicaraan itu. Mengapa takut sangat didengar keterangan pihak kami? Kalau pihak kami tak berjaya membuktikan selepas perbicaraan barulah sepatutnya permohonan ditolak. Apa perlu tolak awal awal lagi? Alasan sebenar ialah mereka perlu melindungi ‘The Great PM’ dari disoal oleh peguam kami. Mana boleh PM datang ke Mahkamah?" tulis Zaid lagi.

Bagi beliau, ada banyak jenis kes “rasuah pilihan raya.”

"Bila kita membuat aduan spesifik bahawa calon A menawarkan duit untuk B dan C mengundinya, memanglah kita patut senarai dalam petisyen nama B dan C.

"Tetapi inilah kali pertama kita ada PM yang membuat tawaran rasuah secara terbuka kepada orang ramai. Inilah kes “general bribery” yang mustahil dapat kita senarai semua nama-nama mereka yang ditawarkan wang tersebut," katanya.

Mengikut keputusan ini, tulis Zaid, katakanlah kalau PM memberi ucapan melalui RTM1 pada kempen pilihanraya Sarawak nanti, dua hari sebelum mengundi, berucap kepada semua rakyat Sarawak bahawa mereka akan diberi Amanah Saham percuma sebanyak 1000 unit kalau BN menang, siapa-siapa yang mahu membawa kes itu ke Mahkamah mestilah menyenaraikan nama 2 juta penduduk Sarawak!

Mahkamah juga berkata kita yang membawa permohonan mesti membuktikan bahawa mereka yang menerima rasuah ini: rasuah yang ditawarkan meyakinkan mereka membuat undian untuk BN.

"Ini satu lagi syarat yang paling luar biasa dalam dunia ini," katanya.

"Bagaimanakah kami akan buktikan niat pengundi sebelum perbicaraan bermula? Lagipun soalan seperti “Kamu undi siapa semasa piliharaya? “ tidak dapat disoal semasa perbicaran kerana undi itu sulit. Akta Kesalahan Pilihanraya tidak membenarkan kita bertanya soalan itu. Tetapi Hakim terus menetapkan syarat sedemikian," katanya.

Zaid berkata, dia juga disalahkan kerana tidak mengeluarkan ucapan Najib sepenuhnya dalam petisyen.

"Kami bercadang untuk membentang rakaman ucapan itu semasa perbicaraan tetapi peluang tidak diberi. Inilah cara BN menang dalam segala hal," katanya.

Bagaimanapun, Zaid dengan penuh yakin berkata, "satu hari nanti, kita akan berjaya."/Harakahdaily

KES LIWAT II - MOHON DAPATKAN NOTA PERUBATAN PUN TIDAK BOLEH ?

Rayuan Anwar untuk nota perubatan ditolak

Ogos 6, 10

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mendapatkan nota-nota perubatan dari tiga doktor Hospital Kuala Lumpur yang merawat pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim Datin Paduka Zaleha Zahari yang mengetuai panel tiga hakim berkata keputusan itu dicapai selepas berbincang dengan panjang berhubung takat bidang kuasa.

"Ia tidak menolak hak tertuduh. Untuk menjawap soalan oleh perayu, sama ada ia menolak hak tertuduh, jawapan kami adalah negatif. “Justeru, kami menolak rayuan itu,” katanya Zaleha berkata mahkamah juga bersetuju dengan penghujahan yang dibuat oleh Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden. Hakim-hakim lain yang bersidang hari ini adalah Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Clement Allan Skinner.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Julai lalu menolak permohonan Anwar Ibrahim bagi mendapatkan semua laporan perubatan yang disediakan oleh tiga doktor yang terlibat. Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya berkata tidak ada peruntukan atau asas undang-undang yang mengatakan dokumen itu perlu dibekalkan. Permohonan itu dikemukakan oleh peguam Anwar pada 4 Jun lalu.

Beliau meminta semua nota klinikal dan laporan perubatan, bahan, spesimen, emel, nota bertulis tangan, surat-menyurat, catatan dan pemerhatian oleh ketiga-tiga doktor yang telah memeriksa pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008, dua hari selepas mendakwa dia diliwat oleh Anwar. Selain itu, peguam Anwar juga mahu pihak pendakwa menyerahkan peralatan yang lazim digunakan semasa ujian untuk serangan seksual diberikan kepada mereka.

Pihak pembela juga ingin mendapatkan maklumat berhubung kelayakan dan pengalaman ketiga-tiga doktor berkenaan yang merawat Saiful - Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng. Dr Mohd Razali adalah pakar bedah di HKL yang telah memeriksa bekas pembantu Anwar dengan pakar rawatan kecemasan Dr Khairul Nizam dan pakar patologi forensik Dr Siew.

Semasa pemeriksaan utama, Dr Mohd Razali mengesahkan berlaku penetrasi zakar berdasarkan laporan kimia yang menunjukkan kehadiran air mani pada empat kapas kesat yang diambil daripada Mohd Saiful. Anwar juga gagal bagi mendapatkan dokumen utama termasuk sampel spesimen DNA Mohd Saiful sebelum bermulanya perbicaraan kes liwatnya, apabila Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bagi semakan keputusan Mahkamah itu yang tidak menyebelahinya pada 2 Februari tahun ini.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Anwar boleh dipenjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Seorang pakar forensik yang didatangkan khas dari Australia oleh pihak pembela, Dr David Wells, sebelum ini mengadu bahawa beliau tidak dapat menjalankan tugasnya jika dokumen berkenaan tidak dibekalkan.

Profesor dari Victoria Institute of Forensic Medicine itu berkata peranannya sebagai penasihat pihak pembela akan terjejas tanpa dokumen berkenaan. Prosedur lazim bagi kes jenayah adalah bagi pihak pendakwa membekalkan semua dokumen berkaitan kepada pihak pembela sebelum permulaan perbicaraan./Malaysiakini

LAWATAN MP PAS KE KILANG ARAK ?

MP PAS buat kejutan ke kilang arak

Jimadie Shah Othman
Ogos 6, 10

Seorang ahli parlimen PAS yang terkenal dengan kontroversinya tersendiri, Khalid Samad kini mengambil langkah berani dan mengejutkan dengan melawat sebuah kilang arak di kawasannya.

Lawatan kerja wakil rakyat Shah Alam itu ke kilang Carlsberg di Seksyen 15 petang semalam mungkin yang pertama seumpanya dilakukan seorang pemimpin parti Islam itu.

"Mungkinlah (yang pertama), saya pun tidak tahu," katanya sambil ketawa ketika ditanya sama ada beliau orang pertama yang memecahkan kepantangan (tabu) itu.

Khalid (kanan) yang juga anggota biro politik PAS menulis dalam blognya, beliau dan beberapa ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melawat kilang itu bagi membincangkan cadangan pemindahan stesen bas Shah Alam daripada Sekyen 16 ke tapak itu.

Bagaimanapun, kunjungan itu mungkin mengundang syak dan fitnah ekoran arak merupakan minuman haram dalam Islam dan dianggap sebagai "ibu segala maksiat".

Dalam lawatan itu, rombongannya disambut oleh timbalan pengarah urusan syarikat itu Datuk Chin Voon Loong, yang kemudiannya memberikan taklimat berhubung latar belakang dan prestasi kilang itu sejak dibangunkan 38 tahun lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Khalid menegaskan beliau mengambil inisiatif melawat kilang tersebut hanya bagi melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat.

"Tentulah saya kena pergi. Kilang tersebut terletak dalam kawasan (parlimen) saya," jelas Khalid.

Tidak mungkin digunakan

Bagaimanapun, beliau dilihat telah bersedia dengan kemungkinan itu apabila menulis ayat pertama dalam artikel berjudul 'Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg dengan' dengan:

"Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak."

Malah, Khalid mengakui merasa bimbang gambar yang diambil di kilang tersebut akan disalahgunakan oleh penyokong parti lawan bagi menyerangnya.

"Terdetik juga rasa khuatir bahawa gambar itu akan disalahgunakan oleh pihak penyokong UMNO sepertimana yang terjadi dengan isu kuil Seksyen 19 dahulu di mana ianya diputar-belitkan.

"Namun, saya berserah kepada Allah dan saya rasa tiada yang perlu saya takutkan kerana saya tahu mengapa saya ke situ," katanya.

Bagaimanapun, di sebalik 'kejutan' itu, rundingan dengan pihak kilang dilihat mungkin mengalami laluan sukar apabila Khalid menulis "kemungkinan mereka (Carlsberg) berpindah adalah amat tipis sekali"

"Sekiranya diminta berpindah sekalipun, ianya memerlukan perbelanjaan yang terlalu besar yang perlu ditanggung oleh pihak kerajaan negeri.

"Oleh itu, walaupun tapak itu kelihatan yang paling strategik, ia tidak mungkin digunakan untuk terminal bas Shah Alam," tambah Khalid.

"Satu tapak yang lain, yang berhampiran landasan keretapi komuter dan juga lebuh raya perlu dikenalpasti."/Malaysiakini

VIDEO - KENALI UMNO YANG SEBENAR



Renungilah ucapan Almarhum Ustaz Fadzil Noor Presiden PAS ketika itu tentang perangai buruk Umno......Masihkah ada yang sayang dan cinta pada Umno?

TAHNIAH PR SELANGOR, KEMPEN UMNO FASA PERTAMA DAPAT DIGAGALKAN

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA Umno Selangor semakin tidak tentu arah apabila Kerajaan Selangor berupaya menangkis serangan demi serangan dari mereka di dalam Kempen Selamatkan Selangor. Ternyata `Pendekar Sesumpah' beserta Noh Omar dibantu pula oleh Anak Toyo (bukan Toyol) gagal mempengaruhi rakyat Selangor. Sehingga kini, tiada satu pun mereka dapat buktikan secara jelas tentang keburukan Kerajaan PR Selangor.

Bukti mereka tidak dapat menunjukkan secara jelas dan berfakta penyelewengan Kerajaan PR Selangor adalah pada setiap ceramah mereka, isu peribadi DS Anwar dimainkan. Isu lapok yang membosankan masih didendangkan oleh raja sesumpah yang sentiasa gagal bila berdepan dengan bekas bosnya DS Anwar. Tiada jalan lain, raja sesumpah pun memuji dirinya sendiri kununnya beliaulah pejuang paling berani di era reformasi dahulu. Beliau ingat rakyat lupa siapa yang kecut telor lari ke luar negara awal-awal lagi tatkala DS Anwar ditangkap?

Raja sesumpah `naik bakul, angkat sendiri' apabila menyebut beliau sanggup masuk penjara demi DS Anwar. Beliau merasakan hanya beliau seorang sahaja yang masuk penjara kerana DS Anwar? YB Tian Chua jauh lebih berani dari raja sesumpah, beliau dipukul dan ke hadapan di era reformasi sehingga beliau berbaring di bawah trak FRU ketika itu. Raja sesumpah tidak pernah ada setitik darah pun yang mengalir ditubuhnya ketika era reformasi. Pejuang hebat?

Ustaz Dr Badrul Amin tidak pernah masuk penjarakah? Raja sesumpah jangan cuba perasan merasakan beliau paling hebat. Beliau masuk penjara dahulu kerana mendedahkan kes rasuah terhadap Rafidah Aziz di bawah Akta OSA, sehingga raja sesumpah melutut depan parti Rafidah Aziz iaitu Umno, kes tersebut diam. Raja sesumpah pun turut diam. Hebat sangatkah?

Saya bersyukur masih ada ramai lagi pejuang-pejuang di era reformasi yang tidak lapar untuk disuapkan oleh Umno. Walaupun mereka ramai yang tidak memegang jawatan penting setelah PR berjaya memerintah beberapa buah negeri, namun mereka tidak melutut dan menyembah depan Umno demi memberi makan anak bini mereka.

Percayalah, usaha kumpulan raja sesumpah dibantu oleh `orang kaya' Anak Toyo (Pesara Penyamun Pasir, bak kata Tan Sri Khalid) pasti gagal kerana mereka tiada modal yang kuat untuk membuktikan bahawa Kerajaan PR Selangor lebih teruk dari Umno di zaman Khir Toyo. Tambahan pula, serangan balas dari kumpulan yang dipimpin oleh Us Dr Badrul Amin akan membuat Umno `Check Mate' di Selangor.

Setelah mereka gagal menyerang PAS dan PKR, kini mereka menumpukan pula kepada DAP. Begitulah cara Umno yang sudah hilang arah dan tuju. Segala keburukan yang mereka sebut di Selangor, umpama meludah ke langit. Tidak hairan nanti apabila mereka semakin meroyan, akhirnya mereka akan guna kuasa yang ada pada mereka seperti pihak Polis.

Pedulikan apa jua yang mereka gunakan. Usaha untuk mentalkinkan Umno wajib diteruskan kerana orang-orang Melayu mesti diselamatkan dari Umno yang telah banyak mencipta sejarah khianat kepada bangsa Melayu. PAS, PKR dan DAP harus terus menyerang Umno sehebat-hebatnya kerana Umno kini bersendirian. Parti di dalam komponen Bn yang lain pun sudah tidak ingin membantu Umno yang sering mempermainkan mereka.

Selamat berjuang, selamat mengkebumikan Umno. /wfauzdin.blogspot.com

KES LIWAT II - MENGAPA MUHYIDDIN GELABAH SANGAT ?

Oleh: WFAUZDIN NS

MENGAPA Muhyiddin begitu gelabah apabila mendengar bantahan dari negara luar terhadap perbicaraan kes Liwat II DS Anwar? Negara luar sememangnya ada hak untuk mengemukakan pandangan dan pendapat mereka berkaitan apa jua dasar atau ketidak adilan yang berlaku di dalam negara ini. Begitu juga negara kita sering memberikan pendapat dan respon terhadap apa yang berlaku di negara lain, contohnya seperti yang pernah berlaku terhadap pemimpin Myanmar dan Apartheid di Afrika.

Semua maklum bahawa negara luar tiada hak untuk campor tangan atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh negara ini, tetapi mereka punyai hak untuk bersuara kerana mereka bukan seperti `katak di bawah tempurung'. Kenyataan Muhyiddin di sini, yang kelihatannya amat gelisah apabila mengetahui negara luar telah tahu `tembelang' pemimpin negara ini amat menghairankan.

Apa yang penting, DS Anwar tidak merayu meminta tolong negara luar untuk membebaskannya dari tuduhan Liwat II yang rakyat negara ini sendiri pun tahu betapa songsangnya kes tersebut. Apa yang DS Anwar lakukan adalah memberi penerangan kepada dunia luar bagi membersihkan namanya dari fitnah kali kedua ini. Penerangan ini penting kerana DS Anwar adalah tokoh dunia yang terkenal dan pernah dinobatkan di antara 100 pemimpin dunia yang berpengaruh. Sekiranya Saiful Bukhari juga ingin membersihkan namanya, beliau juga boleh berbuat demikian ataupun beliau boleh bersumpah laknat di semua masjid di dalam dunia ini. Itu hak beliau.

DS Anwar pun tahu, negara luar tidak boleh mempengaruhi undang-undang di dalam negara ini walau sekuno mana sekalipun undang-undang di negara kita ini. Samada DS Anwar bersalah atau tidak nanti, yang paling penting adakah rakyat di dalam dan di luar negara percaya atau tidak dengan sistem kehakiman dan undang-undang yang diamalkan di negara kita. Di dalam kes Altantuya, dunia luar sendiri pun tertanya-tanya apa motif pembunuhan wanita Mongolia itu. Mereka juga pening bagaimana rekod kemasukan Altantuya boleh hilang secara `tiba-tiba'. Salahkah mereka meraguinya? Kita tidak boleh memperbodohkan dunia luar semata-mata kita sudah menjadi bodoh.

Justeru itu, Muhyiddin harus melihat kembali mengapa dunia luar sekarang semakin memandang serong ke atas sistem kehakiman di negara kita. Jika dikatakan DS Anwar adalah kesayangan Amerika, apakah DS Anwar juga kesayangan Ulamak terkemuka As Syeikh Yusoff Justify FullQardhawi yang turut membantah fitnah ke atas DS Anwar? /wfauzdin.blogspot.com

Debat: Dalam dewan pun tak berani, inikan pula di luar


Ustaz Misbahul Munir

DUN Perak bersidang sehari sahaja semalam hanya untuk luluskan peruntukan tambahan sebanyak RM 80 juta. Ini menimbulkan kekecohan dalam dewan sehingga YB Hj Nizar dihalau keluar oleh Ganesan.

Persoalannya mengapa sidang yang diadakan begitu singkat. Adakah dengan sehari bersidang ia mampu mengutarakan semua permasalahan rakyat di Perak ?

Sedangkan sidang DUN adalah tempat yang terbaik untuk mengutarakan permasalahan rakyat melalui soal jawab dan perdebatan. Inilah yang menjadi punca mengapa berlaku kekecohan semalam.

Semua ADUN PR sudah menyatakan untuk hadir dan menggunakan dewan sebagai tempat terbaik bagi menyuarakan masalah rakyat, manakala perbahasan dalam dewan juga merupakan peluang ADUN PR membuat teguran kepada kerajaan BN, mempersoalkan apa sahaja perkara yang dilihat tidak betul dan membetulkannya, menjawab tohmahan dan fitnah ke atas kerajaan PR dulu dan sebagainya.

Namun masa yang diberi untuk berbahas begitu singkat, 15 minit yang diperuntukan untuk Hj Nizar sebagai Ketua Pembangkang adalah tidak wajar. Paling kurangpun 1 jam. PR pula mencadangkan sidang diadakan dua tiga hari.

Itu yang dituntut oleh Hj Nizar sewaktu bangun membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan yang dibentangkan oleh Zambry. Kalau Hj Nizar diberi peluang berucap 1 jam, sekalipun BN tidak bersetuju dengan isi ucapannya, saya percaya sidang akan berjalan dengan lancar semalam.

Dalam sidang dewan semalam, Zambry menyatakan kesediaan untuk berdebat isu Perak, kenyataan diulang-ulang dalam dewan. Saya tidak fikir Zambry bersedia berdebat isu Perak di luar dewan yang disaksian oleh rakyat Perak.

Berdebat dalam dewan yang tertutup pun tidak berani, inikan pula berdebat di pentas yang terbuka. Kalau memang ia suka berdebat, mengapa sidang dewan semalam cuma sehari, masa untuk berdebat pula terlalu pendek.

Sepatutnya Zambry bagi peluang wakil PR berbahas dengan memberi masa yang panjang, wakil BN boleh jawab selepas itu. Dan peluang untuk wakil BN menjawab adalah lebih baik berbanding dengan wakil PR.

Speaker sudah tentu menyebelahi mereka, pegawai kerajaan pula sudah tentu akan memberi jawaban-jawaban terhadap persoalan yang dibangkitkan, media pula pasti melaporkan sebelah BN sahaja. Itupun dia tidak berani, ini nak berdebat di luar dewan.

Saya mengesyorkan kepada mana-mana stesyen tv nasional dan swasta segera menganjurkan debat antara Zambry VS Nizar, rakyat pasti menunggu peluang ini./Harakahdaily

KONSPIRASI MELANDA DI DALAM ATM ?

Bekas TUDM dakwa dipenjara kerana adu kesalahan pegawai atasan

Nazar Hashim
Aug 05, 2010

Nasib bekas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Faizzal Jinong Abdullah masih tidak terbela, meskipun lebih daripada 20 laporan polis, malah aduan dibuat terhadap Kementerian Pertahanan. Faizzal mendakwa bahawa dirinya pernah dihumban ke penjara, malah keluarganya diberi layanan yang buruk kerana cubaannya untuk mengadu kesalahan pegawai atasan.

Justeru itu, ahli parlimen Parit Buntar-PAS, Mujahid Yusof Rawa (gambar kiri) tampil bersuara untuk menggesa agar kerajaan memberi layanan yang sewajarnya kepada bekas tentera, "Adalah menjadi satu perkara yang amat dikesalkan sekiranya layanan yang diberikan kepada seorang pesara tentera yang telah begitu lama berkhidmat dinafikan haknya untuk mendapat keistimewaan dan layanan yang sepatutnya."

Pemimpin PAS ini berkata, "Pihak berkuasa khususnya Kementerian Pertahanan haruslah mengambil insiatif dengan menjalankan siasatan tanpa melindungi mana-mana pihak yang bersalah. Buktikan ketelusan yang ada dalam perkhidmatan tentera dengan membawa mereka yang bersalah ini ke muka pengadilan."

Air dan elektrik diputuskan

"Persoalannya kenapakah penderaan dan penindasan perlu dilakukan sekiranya tiada perkara yang hendak disembunyikan oleh mana-mana pihak? Oleh kerana itu sekiranya pihak berkuasa telus dan jujur untuk melaksanakan undang-undang yang ada maka bawa mereka yang bersalah itu ke hadapan tanpa melindungi mereka dalam apa jua cara," katanya lagi.

Mujahid berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di pejabat Ahli Parlimen Parit Buntar bersama-sama dengan bekas TUDM, Faizzal Jinong Abdullah yang mendakwa telah ditindas dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya selepas persaraan beliau pada bulan Oktober 2008 yang lalu.

Faizzal yang telah berkhidmat selama 23 tahun mulai merasakan beliau dan keluarga ditindas dan diberi layanan yang buruk ketika bersama pasukan tersebut semasa mereka tinggal di kuarters tentera di Blok F4(0-2) di Kuching, Sarawak.

"Saya sekeluarga bukan saja dianiayai dengan bekalan elektrik diputuskan selama tiga bulan dalam keadaan gelap bersama enam orang anak yang berusia antara 5 hingga 17 tahun, tetapi juga dihumban ke dalam penjara apabila cuba untuk mengadu kesalahan pegawai atasan kepada pihak yang berkuasa," kata Faizzal.

Faizzal (gambar kiri) menceritakan kronologi peristiwa ini, "Sehingga ini lebih dari 20 laporan polis telah dibuat di Negeri Sembilan dan juga Sarawak, tetapi tiada satu pun yang diambil tindakan. Pihak berkuasa membuat spekulasi dan menuduh saya tidak bekerjasama dengan mereka dalam program persaraaan tetapi sebaliknya mereka cuba menghalang saya dari membongkar penyelewengan yang berlaku sehinggalah pelbagai kezaliman dan penindasan yang telah dilakukan bukan saja terhadap saya tetapi juga keluarga."

Puluhan laporan polis

Isterinya Che Murni Dara Mat Zain turut menunjukkan bukti puluhan laporan polis yang telah dibuat bagi menuntut supaya mereka diberi pembelaan yang sepatutnya tetapi segalanya tidak berlaku.

"Aduan kepada Komander di Pengkalan Tentera Udara di Kuching dan juga di ibu pejabat TUDM di Kuala Lumpur pernah kita lakukan. Begitu juga kepada Kementerian Pertahanan tetapi tiada apa-apa tindakan yang mereka ambil bagi membawa mereka yang menganiayai kami."

"Sebaliknya pelbagai cara dan bentuk penderaan mereka lakukan. Ini termasuklah menghumban suami saya yang telah begitu lama berkhidmat dalam tentera ke dalam penjara sebelum ini. Saya dan anak-anak diterbangkan secara spontan ke Semenanjung tanpa pengetahuan suami yang ditahan tanpa pembelaan," kata Che Murni Dara Mat Zain (gambar kanan).

"Kemudian kami ditempatkan di sebuah rumah di Negeri Sembilan tanpa mempunyai bekalan air dan elektrik sedangkan anak-anak saya masih kecil dan bersekolah. Penindasan ini bukan saja setakat ini, sebaliknya ia berterusan apabila kad pengenalan awam suami saya yang sepatutnya mencatatkan juga nombor tentera beliau sebelum ini tidak dicatatkan walaupun kami menghadapi kesukaran yang begitu payah bagi mendapatkan kad pengenalan tersebut sebelum ini," katanya lagi.

Masih diancam dan diugut

Faizzal yang kini menetap di Jawi, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan masih lagi menerima ancaman dan ugutan dari pihak tertentu yang membuat panggilan bagi mengancam keselamatan beliau dan keluarga.

"Sekiranya mereka yang bersalah masih tidak dibawa ke muka pengadilan di atas segala penyelewengan dan skandal yang mereka lakukan, maka selagi itulah ancaman dan ugutan akan terus kami sekeluarga terima."

"Oleh kerana itu adalah menjadi harapan saya dan keluarga bagi mendapat pembelaan yang sepatutnya dari pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan kami supaya dapat hidup aman dan damai dalam sebuah negara yang merdeka dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan," tambahnya lagi.

*Nazar Hashim ialah penulis khas untuk MerdekaReview.

KES CURI ENJIN JET - SAKSI MISTERI BAKAL MUNCUL ?

Kes curi enjin jet: Saksi misteri 25 Ogos ini

Joseph Sipalan
Ogos 5, 10

Seorang saksi misteri dijadual memberi keterangannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 Ogos ini semasa perbicaraan bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang cuba membatalkan pertuduhan mencuri dua enjin jet F5 terhadapnya pada Disember 2007.

Pesuruhjaya kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad menetapkan 25 Ogos bagi mendengar permohonan N Tharmendran bagi membatlakn pertuduhan itu. Tindakan itu bagi memberi masa kepada kedua-dua pasukan pendakwaan dan pembelaan untuk memfailkan dokumen berhubung penemuan saksi baru itu.


Menurut peguamnya, N Surendran, saksi itu sendiri menyaksikan bagaimana tahanan tentera didera secara fizikal pada masa yang hampir sama dengan Tharmendran.

"Saksi itu akan beri keterangan bahawa penderaan fizikal memang dilakukan dari semasa ke semasa oleh pihak tentera,” kata Surendran.

Katanya, pihak pendakwaan akan mendedahkan identiti saksi berkenaan apabila mahkamah mendengar permohonan Tharmendran pada hujung bulan ini.

Pihak pembelaan juga memohon mahkamah untuk 'campurtangan' dalam kes ini kerana Surendran mendakwa pihak pendakwaan menyalah-gunakan kedudukan mereka bagi mendapatkan keputusan bersalah dengan segera.

"Jangan beritahu saya apa-apa...failkan afidavit terlebih dahulu," kata Asmabi.

Katanya, Surendran perlu memfailkan afidavit tambahan berhubung penemuan saksi baru itu secepat mungkin kerana beliau perlu membacanya terlebih dahulu manakala pihak pendakwaan memerlukan masa untuk membalas.

Di luar mahkamah, Surendran memberitahu wartawan, kali terakhir 'campurtangan' itu berlaku pada 21 Jun, apabila seorang timbalan penguasa polis yang ditemani seorang lagi pegawai menyoal siasat Tharmendran, yang sekarang ini ditahan reman di penjara Sungai Buloh.

"Ini membuktikan pihak berkuasa mengunakan taktik kotor untuk mendapatkan pengakuan bersalah. Mereka paksa Tharmendran untuk membuat kenyataan berhubung seksaan dan menyoalnya berhubung kecurian enjin jet,” katanya.

"Ini tidak pernah berlaku sebelum ini - di mana seseorang disoal-siasat selepas dia didakwa. Kami mohon mahkamah untuk campurtangan kerana Tharmendran tidak akan mendapat perbicaraan yang adil.”

Pada 6 Januari lalu, Tharmendran, 42, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di Kuala Lumpur.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Manakala pengarah sebuah syarikat pembekalan, K Rajandran Prasad, 38, turut mengaku tidak bersalah pada tarikh yang sama atas tuduhan dengan sengaja melupuskan dua enjin TUDM itu di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang pada 30 April 2008./Malaysiakini

Khamis, 5 Ogos 2010

FOTO WAJAH `IBU TUNGGAL' YANG MAUT BERSAMA BEKAS ADUN SELANGOR

Pelbagai Teori Muncul, Kes Bekas ADUN Ditembak Terus Misteri

Misteri kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh bersama Naib Ketua Wanita Umno Tanjung Karang, Siti Rohana Ismat dengan kesan tembakan pagi semalam terus menjadi perbualan dengan pelbagai teori dilontarkan.

Pelbagai andaian dibangkitkan bagaimana kedua-dua pemimpin Umno Tanjong Karang ini boleh terbunuh sebelum kereta mereka merempuh pembahagi lebuh raya dengan kesan tembakan di bahagian kepala.

Teori-teori yang dibangkitkan dalam pelbagai portal dan blog mendakwa kemungkinan ada pihak ketiga dalam kejadian itu.

Ia mempertikaikan ‘kemahiran’ melepaskan tembakan ngeri dari jarak dekat.

Bagaimanapun Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar telah menolak andaian sedemikian dengan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi tidak berasas.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan kematian Abdul Aziz, bekas setiausaha politik Tan Sri Abu Hassan Omar bersama Siti Rohana adalah akibat tembakan daripada salah seorang mangsa itu sendiri.

Kata Khalid, berdasarkan siasatan awal, tembakan dilepaskan dari dalam kereta dan tidak melibatkan orang lain.

Polis menemui pistol jenis revolver .38 dalam kereta tersebut yang mengandungi dua peluru hidup dipercayai kepunyaan Abdul

Aziz, yang juga ahli jawatankuasa Umno Tanjong Karang.

Hasil bedah siasat menunjukkan terdapat dua kesan tembakan pada kepala Siti Rohana dan satu tembakan di kepala Abdul Aziz.

Bekas ADUN itu ditemui mati bersama Siti Rohana, 43, kedua-duanya dengan kesan tembakan, dalam kereta yang terbabas di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini kira-kira 11 pagi./Seterusnya di TVSelangor

BERANIKAH ZAMBRY MENYAHUT CABARAN PR PERAK UNTUK BERDEBAT ?

Harakahdaily

IPOH, 4 Ogos: Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak bersedia mengadakan debat secara terbuka dengan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagaimana yang diucapkan pada persidangan Dun, semalam.

“Saya kira ucapan tersebut didengari oleh semua yang berada di dalam dewan dan tercatat dalam hansard sidang yang dipengerusikan oleh seorang yang mengaku sebagai speaker iaitu Ganesan.

“Sebagai Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak dan Ketua Penerangan PAS Perak, saya dengan ini menegaskan kesedian untuk menyahut cabaran Zambry untuk berdebat dengan mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat,” ujar Drs Khalil Idham Lim (gambar) dalam satu kenyataan.


Beliau yang juga Adun Titi Serong boleh mengatur satu debat yang dimaksudkan sebagai medan untuk memberi peluang kepada Zambry menjawab kononnya fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat di dalam ceramah mereka.

“Yakinnya Zambry dengan tohmahan itu dengan katanya kami kena bertanggung jawab di hadapan Tuhan. Sekiranya itulah dakwaan Zambry, saya mengulangi cabaran Datuk Seri Nizar di dalam dewan semalam, sekiranya dia (Zambry) ‘anak jantan’ sila sahut cabaran ini dan nyatakan di manakah pembohongan Pakatan Rakyat dalam debat itu,” ujarnya.

Katanya, pihak Zambry juga boleh mengatur di mana dan tempat pilihannya sendiri dan pemimpin Pakatan akan datang untuk berdebat.

Baginya, Stadium Perak cukup luas untuk menampung kehadiran semua rakyat Perak dalam debat tersebut, dan bolehlah disiarkan secara langsung dalam media massa BN.

Namun begitu, beliau ingin tegaskan sikap bacul dan penakut BN sebenarnya terserlah dan perlu diketahui oleh rakyat Perak, bermula dengan merampas kuasa dan menafikan demokrasi sehinggalah pada sidang semalam di mana walaupun Zambry berkata suka berdebat namun dia telah menghadkan dewan bersidang sehari sahaja.

Tambahnya, tindakan menghadkan ketua pembangkang untuk bercakap dalam tempoh yang panjang sebagai mana amalan biasa dalam sidang Dun sebelum ini, atau di mana-mana sidang Parlimen dan Dun negeri di Malaysia, adalah menifestasi dari ketakutan BN untuk mendengar segala hujah dan fakta daripada Adun Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, kata ia menggambarkan juga Adun BN tidak mempunyai modal untuk berbahas melainkan memuji dan memuja langkah menambah bajet sebanyak RM80 juta.

“Semuanya Adun BN yang berbahas kelmarin nampaknya dalam nada yang sama dan tidak punya modal,” ujarnya lagi.

Bliau menambah, dakwaan Zambry dan Adun BN bahawa Nizar berceramah dalam dewan adalah disangkal.

Andaian tersebut, baginya hanya keluar dari mulut orang yang terdesak dan takut untuk mendengarnya.

Sehubungan itu, beliau menunggu jawapan Zambry dan bersedia untuk berbincang lebih lanjut mengenainya dengan sesiapa sahaja yang mewakilinya bagi menjayakan debat yang dinamakan ‘Debat Rakyat, Siapa Pembohong?’./Harakahdaily

UNDANG-UNDANG `HARAMJADAH' ?

Perwakilan Pakatan tak dibenar di sekolah S'gor

Christine Chan
Ogos 4, 10

Satu surat pekeliling berhubung pemimpin-pemimpin BN yang boleh dijemput bagi menghadiri majlis yang dianjurkan oleh sekolah-sekolah di Selangor tetapi membelakangkan pemimpin daripada Pakatan Rakyat dilabelkan sebagai contoh sifat 'talam dua muka' kerajaan persekutuan.

Menurut surat yang bertarikh 16 Feb 2009 itu, menteri pelajaran telah meluluskan senarai 57 pemimpin dari Umno, MCA, MIC dan Gerakan di Selangor yang boleh mewakili Tan Sri Muhyiddin Yassin di negeri itu.

Surat berkenaan ditandatangani oleh setiausaha sulit menteri dan pekeliling itu dihantar kepada pengarah jabatan pelajaran Selangor.

Ia juga menyatakan bahawa wakil BN berkenaan turut dibekalkan dengan surat pelantikkan dengan salinannya dikepil bersama pekeliling tersebut dengan nama penuh serta jawatan mereka yang disenaraikan itu.

Ketika dihubungi, Hannah Yeoh, ADUN DAP bagi kerusi Subang Jaya berkata surat itu memberi implikasi bahawa pihak berkuasa sekolah mesti memndapatkan kebenaran menteri sebelum menjemput perwakilan Pakatan Rakyat.

“(Apabil
a sekolah memohon kebenaran), ia tidak pernah diberikan,” dakwanya.

Yeoh dalam laman tweet pernah mempersoalkan kandungan pekeliling itu dan berkata beliau mempunyai senarai pemimpin BN yang diluluskan itu.

“Saya tidak dibenarkan menghadiri sebarang majlis di sekolah-sekolah di kawasan saya. Ini tidak betul erana ia menghantar isyarat yang salah kepada kanak-kanak bahawa seseorang terpaksa menerima apa yang diberikan. Mereka tidak dibenarkan memilih pemimpin sendiri,” katanya.

Namun, katanya, dia dibenarkan ke sekolah lamanya - SMK Subang Utama - selepas campur tangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru.

“Dalam kes saya, kerana PIBG mendesak, maka saya boleh hadiri. Jadi ini menujukkan bahawa PIBG mempunyai peranan besar,” katanya.

Perkara berkenaan disahkan oleh ADUN Teratai, Jenice Lee.

“Sesetengah sekolah memohon bantuan kewangan daripada saya tetapi saya tidak dibenarkan ke sekolah itu ataupun boleh berucap,” katanya.

“Ada satu ketika, saya terpaksa menyampaikan cek di luar perkarangan sekolah.

“Perkara ini berlaku kepada kebanyakan pemimpin Pakatan dan bukan ke atas saya dan hannah sahaja. Ini jelas tidak adil,” katanya./Malaysiakini

`SELAMATKAN SELANGOR' - GILIRAN PAKATAN SERANG BALAS UMNO

Giliran Pakatan 'Selamatkan Selangor'

Jimadie Shah Othman
Ogos 4, 10

Selepas kempen pusingan pertama 'Selamatkan Selangor' oleh Umno negeri itu tamat Ahad ini, tiga hari kemudiannya, giliran Pakatan Rakyat pula membuat serangan balas bagi menjawab isu-isu yang dibangkitkan dalam 19 siri ceramah sepanjang kempen tersebut.

Menariknya, penerangan balas kerajaan Pakatan melalui Skuad Komunikasi Selangor (SKS) akan dimulakan pada hari pertama umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan - dijangka 11 Ogos.

Pada masa yang sama, Umno - melalui Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) - pula memilih berehat sepanjang bulan puasa, sebelum menyambung semula kempen fasa keduanya selepas Hari Raya Aidilfitri yang pada pertengahan September.

"Kita (Pakatan) akan mulakan kuliah di masjid-masjid seluruh Selangor. Kita akan edarkan risalah penerangan.

"Paling kurang pun, kita minta buat tazkirah sekurang-kurangnya 30 minit," kata pengarah penerangan di pejabat menteri besar Selangor Badrul Amin Bahron (kanan).

Bermula 23 Julai lalu, Umno Selangor menganjurkan siri jelajah fasa pertama di seluruh Selangor bagi menjelaskan mengenai "pembohongan kerajaan Pakatan" terhadap rakyat di negeri itu, antaranya menampilkan bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor.

Selain membangkitkan isu-isu berkaitan Anwar - yang juga penasihat ekonomi negeri - isu lain yang sering ditimbulkan dalam siri-siri ceramahnya berlegar sekitar pertadbiran hasil pasir di negeri itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Badrul berkata pihaknya memilih membuat penerangan di masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan memandangkan pada masa itu ramai umat Islam berkumpul bagi beribadat.

Umno: Fasa kedua tanpa isu pasir

Badrul Amin juga menjelaskan selepas kerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM15 juta untuk tujuan penerangan negeri, pihaknya akan menaikkan edaran akhbar negeri Selangorkini berkali ganda bagi menjawab dakwaan pembangkang negeri.

"Daripada 60,000, kita jangkakan meningkat kepada 300,000 naskhah diedarkan selepas hari raya Adilfitri nanti," katanya penceramah terkenal itu yang juga ahli majlis pimpinan pusat PKR./Seterusnya di Malaysiakini

SIAPA KATA MASJID TIDAK BOLEH BERPOLITIK ? LIHAT UMNO LAKUKAN

PAS dakwa Umno terus salahguna masjid

Abdul Rahim Sabri
Ogos 4, 10

Umno didakwa terus menyalahgunakan masjid-masjid di negara ini untuk kepentingan politik mereka.

Ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali yang kesal dengan tindakan itu berkata pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut diperkudakan dan mereka mengamalkan sikap berat sebelah.

"Saya dimaklumkan oleh ahli kariah, dan terus ke sana. Saya bertanya kepada Pengarah Jawi, kenapa Umno dilibatkan secara langsung.

"Beliau berkata, tidak mengapa, saya ada bersama... Ini double standard yang wujud,” katanya yang merujuk kepada program "Bicara Pemimpin Bersama Rakyat" pada 2 Ogos lalu di sebuah masjid yang terletak di sempadan antara Cheras dan Titiwangsa.

Anjuran Umno

Pada majlis itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabsyi dan pemangku ketua Umno Titiwangsa Johari Ghani telah menyampaikan ucapan.

Menurut Dr Lo'Lo' yang juga ahli parlimen Titiwangsa, berdasarkan kain rentang yang dipamerkan, program tersebut adalah anjuran JAWI bersama dengan Umno Cheras dan Titiwangsa.


Selain itu, slot tazkirah Maghrib pada majlis itu juga disampaikan oleh seorang pemimpin pemuda Umno bahagian Cheras.

"Sebagai wakil rakyat, saya kesal dengan sikap double standard menteri yang memperalat Jawi untuk meluaskan pengaruh politik Umno BN yang telah ditolak rakyat khususnya di Kuala Lumpur," katanya kecewa.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PAS di ibunegara yang turut dihadiri pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohd Noor Mohamad dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Ditanya mengenai kandungan ucapan pemimpin Umno dalam majlis tersebut, Dr Lo' Lo' berkata seingatnya, Syed Ali mengulas mengenai perpaduan dan menunjukkan keprihatinan Umno terhadap perpaduan Melayu dan Islam.

Tolak perpaduan

"Beliau tidak sedar sebahagian ahli kariah (di masjid itu) adalah penyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Bagaimana hendak kepada perpaduan, sedangkan mereka mengetepikan saya sebagai ahli parlimen dan menjemput ahli parlimen dari Umno dan BN.

"Sewajarnya PAS menolak perpaduan (daripada Umno) kerana mereka langsung tidak ikhlas," katanya.


Selepas itu, beliau juga turut mencadangkan kepada Che Mat bahawa PAS juga akan mengadakan program bersama ahli karyah di masjid di Wilayah Persekutuan.

Dr Lo' Lo' mendakwa pengarah JAWI itu mengarahkan agar ahli jawatankuasa PAS pusat itu membuat permohonan dan kemudiannya menukar fikirannya selepas memikirkan implikasi cadangannya itu.

"Dia tidak sedar bahawa parlimen Titiwangsa diterajui oleh PAS dan di Cheras oleh DAP... 'Double Standard' wujud," katanya.

Sementara itu, Mohd Noor turut kesal dengan Jamil Khir yang menyampaikan cek berjumlah RM223,000 kepada ahli parlimen Setiawangsa, Datuk Zulhasnan Rafique yang diwakili oleh Umno untuk diagihkan kepada masjid dalam kawasan tersebut./Malaysiakini

ULAMAK MUDA MASUK UMNO ITU SEKULAR RUPANYA

Oleh: Mandor

BARU kita tahu kemasukan `Ulamak Muda' ke dalam Umno hanya untuk berdakwah bukan berpolitik. Jelaslah kepada kita `Ulamak' tersebut adalah Ulamak sekular kerana mengasingkan politik dan ugama. Sewajarnya lah mereka memasuki Umno kerana sememangnya Umno berjiwa sekular. Nasib baik mereka tidak menyertai PAS kerana jika tidak pastinya mereka ini akan menghancurkan PAS dari dalam dengan ajaran sekularnya itu, Baca sini.

Itulah nikmat Allah kepada PAS di mana golongan cerdik pandai agama yang berfikiran sekular tidak akan berselera bersama PAS. Allah mungkin telah membutakan mata mereka untuk memilih PAS kerana jiwa mereka tertarik dengan sekular. Biarkan saja mereka berdakwah dengan Umno, dan pemimpin Umno pula teruskan mencari kekayaan.

Yakinkah kita dengan usaha `Ulamak' yang mengasingkan politik dengan ugama itu untuk memperbetulkan Umno? Kita lihat nanti di mana kesudahannya.

Rabu, 4 Ogos 2010

CERAMAH `CAP AYAM' EZAM RAJA SESUMPAH

Oleh Hishamuddin Rais

Pada awalnya saya langsung tidak kenal siapa dia Ezam Mohd Nor ini. Malah saya tidak ambil peduli sangat apa kerja dan tugas dia. Untuk saya sesiapa yang bekerja untuk United Malays National Organisation ini pastilah orang sesat, kurang membaca, kurang berilmu dan kaki bodek. Pandangan saya ini tidak pernah berubah hingga ke hari ini.



Tapi apa yang hendak saya kisahkan di sini bukan hal United Malays National Organisation tapi hal Ezam. Secara jujur saya katakan di sini, saya tidak pernah ambil tahu siapa setiausaha politik, setiausaha akhbar atau siapa setiausaha sulit Anwar Ibrahim. Untuk saya semua mereka ini hanyalah apparatchik kalau pun bukan tukang bodek. Pandangan saya ini berasakan budaya politik yang wujud hari ini.

Pada awalnya - saya terdengar - apabila Anwar ditangkap pada 20 September 1998, ramai juak-juak Anwar termasuk Ezam (kiri sekali) telah melarikan diri ke Indonesia. Ada yang lari membawa duit dan ada yang lari membawa harapan. Apa yang mereka lakukan di Indonesia, tidak Remove Formatting from selectionpula ingin saya ketahui.

Gerakan Reformasi muncul sesudah penangkapan Anwar. Gerakan ini menobatkan jalan raya sebagai wadah politik. Kami tidak ambil peduli tentang juak-juak Anwar yang lari dan yang tidak lari. Malah juak-juak Anwar ini tidak pernah masuk dalam perhitungan politik jalan raya kami. Kami juga langsung tidak ambil peduli terhadap 'polong-polong' peliharaan Anwar yang saku mereka telah penuh dengan 'darah saham' dan 'pink form'.

Gerakan politik jalan raya hanya bercita-cita untuk menghumbankan United Malays National Organisation ke dalam tong sampah sejarah. Untuk saya jenayah besar United Malays National Organisation hanya satu: membodohkan orang Melayu selama 50 tahun.

Saya pun kurang ingat bila Ezam muncul kembali - mungkin sesudah tertubuhnya Parti Keadilan Nasional. Fakta sejarah ini tidak penting. Apa yang penting ialah Ezam terpaksa menerima wadah jalan raya yang telah kami teroka. Kami sedar ada beberapa benggolan juak Anwar yang tidak berapa setuju dengan wadah politik jalan raya.Tetapi kerana ombak jalan raya begitu besar maka mereka terpaksa membuat 'teater' berlakon bersama kami.

Reformasi tak peduli Anwar jadi PM

Juak-juak Anwar ini sedar dan faham bahawa politik jalan raya inilah sahaja jalannya untuk menumpaskan United Malays National Organistion. Tetapi perjuangan juak-juak ini bukan hendak menumpaskan United Malays National Organistion. Justeru mereka selalu 'memberatkan' gerakan Reformasi. Sebenarnya mereka berjuang agar Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai perdana menteri (PM) Malaysia. Dalam congak politik mereka, apabila Anwar menjadi PM maka mereka akan sekali lagi berkenduri-kendara dan mengumpul 'pink form' dan memungut harta kekayaan.

Harus dinyatakan jelas di sini - gerakan Reformasi tidak peduli sama ada Anwar Ibrahim jadi PM atau sesiapa pun yang menjadi PM. Yang penting Mahathir Mohamad didobrak dan United Malays National Organistion dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah.

Akhirnya setelah sepuluh tahun - sebahagian panennya Reformasi telah kita tuai pada 8 Mac 2008 dahulu. Inilah contoh yang dinamakan perjuangan jangka panjang. Menabur benih kesedaran selama sepuluh tahun. Ini kerja politik yang sulit dan bertahan lama. Turun ke jalan raya itu ialah untuk membajak dan menyemai benih kebencian terhadap kuasa politik United Malays National Organisation.

Pada ketika ini Ezam telah mudik kembali ke sarang lamanya. Saya sifatkan Ezam ini terkena penyakit KKS - kurang kasih sayang. KKS ini adalah satu penyakit tidak berkuman yang selalu menyerang orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Hasil dari serangan KKS ini Ezam telah mundar-mandir ke hulu ke hilir berceramah membantai dan menelan kembali semua air liur basinya yang diludahkannya dahulu.

Nasib saya agak baik, beberapa hari yang lalu ada kawan menghantar klip video salah satu dari ceramah Ezam. Menurut kawan saya ini klip ini daripada siri ceramah perdana 'Selamatkan Selangor Dari Khir Toyo'.

Saya kurang faham apakah Khir Toyo sudah bertukar menjadi Jepun dan menyerang Selangor. Lalu saya menelefon dan bertanya apakah Khir Toyo telah ada bala tentera? Kawan saya ini ketawa berdekah-dekah dan meminta saya kembali ke sekolah untuk belajar ilmu politik. Cis... bongek punya kawan. Maka tidak dapat tidak saya pun terpaksalah melihat klip ceramah Ezam.

Tiru Anwar

Ezam telah meniru gaya berceramah Anwar Ibrahim. Saya tahu tentang hal ini kerana saya pernah satu masa yang lama dahulu berkongsi pentas dengan Ezam. Ezam telah cuba meniru lenggok dan dengung idgham ma'al 'unnah termasuk tajwid dan sengau si Anwar Ibrahim. Untuk saya gaya ini agak 'geli' tetapi menarik perhatian setengah orang yang mendengar ketika Anwar dalam penjara. Tetapi sekarang ini apabila yang asli telah ada maka Mak Cik Felda tidak akan terpaut untuk datang ke ceramah cap ayam Mat Ezam.

Saya pernah meminta kawan-kawan untuk pergi mendengar ceramah Mat Ezam ini. Sekurang-kurangnya meramaikan orang yang nampaknya semakin susut. Malu melihat kawan lama 'bertandak atas tong' seorang diri. Saya sendiri tak berani pergi kerana umum tahu saya bukan orang Selangor. Kalau tidak, dalam dalam gelap itu boleh juga saya menebeng untuk meramaikan pendengar ceramah.

Seperti di zaman Reformasi, Ezam akan ke hulu ke hilir melaung sambil mencabar dari atas pentas ceramah. Ezam mencabar sesiapa sahaja yang berani mempertikai apa yang dicakapkannya. Hebat. Gugat.

Tetapi sayang sekali, semuanya telah menyakitkan hati Ezam. Bukan kerana yang mendengar tak ramai - ini pun satu hal - tapi tidak ada sesiapa pun yang ambil peduli dan menyambut cabarannya itu. Semua orang buat tidak peduli sahaja. Malah Lokman Adam, seorang pemikir dalam gerakan Pemuda gerombolan yang lebih kurang sama hebatnya dengan Mat Ezam pun terus memperlekehkan Ezam yang tidak sudah-sudah mencabar.

Sesiapa yang ada pergi mendengar ceramah akan tahu bagaimana di pembukaannya, si penceramah akan melafaz berdoa berjela-jela dan selawat dimasukkan ke sana sini untuk menunjukkan betapa alim dan waraknya si penceramah. Pada anggapan si penceramah lagi panjang selawatnya maka lagi sucilah apa yang diperkatakan. Mat Ezam juga tergulung dalam kumpulan ini.

Tetapi ada sesuatu yang paling menakjubkan dalam ceramah Ezam yang saya tonton. Saya tidak berbohong. Saya takjub apabila saya terdengar apa yang dikatakan oleh Ezam ini.
Mat Ezam berkata yang dia bersyukur kerana dengan pertolongan Allah dia telah mendapat tahu bahawa Anwar ini bermaruah rendah. Bagaimana Allah memberi ilham kepada Ezam tidak pula jelas. Tidak ada pula Ezam menyebut beliau bersuluk atau dia pergi bertapa.

'Ilham' dari Muhyiddin

Mengikut ceramah Ezam semenjak mendapat ilham dari Allah, maka dia telah mengambil keputusan untuk meninggalkan bos lamanya Anwar Ibrahim. Kini Anwar yang menjadi idolanya dahulu bukan sahaja seorang yang bermoral rendah malah seorang pengkhianat bangsa. Betul. Anwar dikatakan oleh Ezam sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Di bahagian ini saya minta maaf. Saya agak kurang jelas. Tentang pengkhianat bangsa Melayu, saya agak kabur, apakah ilham ini datang dari Muhyiddin Yassin? Kalau ingatan saya betul, si Muhyiddin inilah orang yang pertama mengatakan si Anwar ini pengkhianati Melayu. Kalau saya silap saya minta maaf.

Sebenarnya, mengaitkan Tuhan dalam politik ini bukan sesuatu yang baru. Kalau kita rajin membaca sejarah kuno Eropah, maka kita akan bertemu dengan para paderi yang mengakui diri mereka mewakili Tuhan di bumi ini. Bayangkan betapa kecutnya petani apabila si paderi datang melawat kampung mereka. Bukan sahaja panen petani ini akan diambil sang paderi malah silap-silap hari bulan anak dan isteri juga akan dibungkus sama. Ini semua dilakukan kononnya atas permintaan Tuhan.

Apabila Ezam cuba mengaitkan Allah maka saya angkat tangan menyerah. Saya mengaku kalah. Saya angkat tangan dan angkat topi. Bandingkan, maklumat yang saya terima hanya melalui laporan hospital Pusrawi dan maklumat daripada laporan tuan doktor dari Hospital Kuala Lumpur. Kemudian saya mengikuti laporan akhbar tentang perbicaraan ini. Inilah sumber maklumat saya. Dari maklumat ini saya membuat rumusan berhubung kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bandingkan pula maklumat saya dengan maklumat Ezam. Apabila Ezam mendakwa mendapat ilham dari Allah - saya tak terkata apa-apa. Siapa yang boleh mempertikaikan hal ini. Saya tidak memiliki kudrat dan iradat untuk mempertikai ilham Ezam ini.

Tetapi saya ada sedikit kekalutan dan merasa resah. Sebenarnya saya ingin bertanya dengan Ezam apakah beliau tidak diilhamkan tentang siapa sebenarnya membunuh Altantuya. Atau tentang adik Sharlinie Mohd Nasyar yang selama ini masih hilang.

Semua ini pelik. Untuk saat ini saya hanya berani berkata seperti dalam kitab Sulalatus Salatin - wallahhu 'alam bissawab - hanya Allah yang Maha Mengetahui.M/Kini

PAS SELANGOR JAWAB CABARAN BODOH DARI NOH OMAR

PAS Selangor komited "amar makruf nahi mungkar"

| Aug 03, 2010

Sebagai sebuah parti Islam PAS Selangor komited dalam kerja-kerja "amar makruf nahi mungkar" khasnya yang melibatkan umat Islam di negeri ini.

Di negeri Selangor di bawah peraturan yang sedia ada pusat-pusat hiburan memang melarang umat Islam dari tercebur dalam aktiviti mungkar termasuklah meminum arak di premis yang seumpama ini. Begitu juga rumah-rumah urut uniseks pula memang dilarang menerima pelanggan yang beragama Islam di premis masing-masing

Premis maksiat seumpama ini sewajarnya dijauhi oleh umat Islam bukan hanya di bulan Ramadhan malah sepanjang tahun. PAS Selangor memang peka dan sentiasa memantau dan memberi perhatian agar agensi penguatkuasaan negeri terutama dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak PBT meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dari masa ke semasa bagi mencegah umat Islam mengunjungi premis sedemikian.

Selain itu wakil-wakil PAS di dalam PBT seluruh Selangor telah pun memperkenalkan penambah-baikan agar premis seumpama ini tidak lagi melibatkan umat Islam samada selaku pengunjung atau pelanggan mahupun pekerja. Malahan dalam tempoh singkat pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat ini telah ada PBT di Selangor yang mengharamkan pemilik-pemilik lesen premis seumpama ini dari menggaji atau mengambil sebagai pekerja dari kalangan penganut beragama Islam.

Ternyata kerja-kerja "amar makruf nahi mungkar" yang diusahakan oleh PAS melalui kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terbukti berkesan dan lebih membawa makna berbanding dengan pentadbiran yang terdahulu yang tidak mementingkan aspek seumpama ini.

Sehubungan itu PAS Selangor ingin menasihati Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Noh Omar (gambar kanan), agar tidak perlulah membuang masa melontarkan cabaran agar ditutup premis pusat hiburan dan rumah urut di Selangor sepanjang Ramadhan, kerana sesungguhnya pusat-pusat maksiat ini sememangnya tidak wajar dikunjungi oleh umat Islam sepanjang masa. Yang anehnya tiada pula usaha yang sama dibuat semasa BN diterajui UMNO memerintah negeri Selangor sebelum ini. (Merujuk kenyataan Noh Omar dalam akhbar Sinar harian hari ini)

Sesungguhnya apa yang penting adalah seluruh umat Islam di negeri ini dididik dan faham bahawa sebagai seorang Muslim mereka wajib menjauhkan diri dari sebarang aktiviti dan kerja-kerja mungkar. PAS melalui kerajaan negeri akan memastikan yang aktiviti penguatkuasaan terus dilaksanakan sehingga maksiat dapat dibendung di negeri ini.

Sebaliknya PAS Selangor mahu mengesyorkan agar Noh melontarkan cabarannya kepada kerajaan-kerajaan negeri Barisan Nasional termasuklah Kerajaan Persekutuan yang mentadbir Wilayah Persekutuan agar dikawal dan jika berupaya ditutup terus premis maksiat seumpama ini jika benar UMNO adalah parti umat Islam.

Rakyat telah memberi peluang lebih 50 tahun kepada UMNO dan BN khasnya di Selangor tetapi ternyata tidak nampak sebarang perubahan yang dilakukan dalam aspek ini. PAS Selangor melalui Pakatan Rakyat komited untuk membebaskan negeri ini dari sebarang gejala maksiat secara berperingkat-peringkat supaya perubahan yang diperkenalkan dapat diterima dan dipraktikkan secara menyeluruh oleh rakyat di negeri ini.

*Kenyataan media oleh Roslan Shahir bin Mohd Shahir selaku Ketua Penerangan, Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.

-MerdekaReview

TIBA-TIBA NOH OMAR ANTI MAKSIAT DI BULAN RAMADHAN?

Oleh: WFAUZDIN NS

TIBA-TIBA pula Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar begitu prihatin dengan bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti. Jika anda membaca kenyataan Noh Omar di sini, pastinya anda akan merasa bahawa inilah dia pemimpin Umno yang patutnya menjadi Presiden Umno dan juga PM kita.

Mengapa saya berkata demikian? Benar, andainya Noh Omar dipilih sebagai Presiden Umno dan menjawat jawatan PM Malaysia, sudah pasti seluruh negara kita akan `bercahaya' dengan Syiar Islam. Ini adalah kerana Umno, parti tunjang kerajaan sekarang yang pemimpinnya dan majoriti ahlinya terdiri dari orang Melayu berugama Islam, maka tiada masalah buat Umno untuk menutup semua Pusat Hiburan dan tempat perjudian di Bulan Ramadhan. Malangnya, Noh Omar bukan Presiden dan bukan PM, beliau hanya `burung belatuk' peliharaan sahaja. Oleh kerana Umno yang menjadi tunjang Kerajaan Pusat gagal untuk menutup semua pusat hiburan dan judi di bulan Ramadhan, maka Noh Omar tuding pula kepada PAS di Selangor.

Noh Omar tidak tahukah siapa tunjang pemerintahan di Selangor? PAS atau PKR? Sekiranya PAS yang menjadi tunjang pemerintah di Selangor, cabaran Noh Omar itu boleh dikira lojik walaupun masih boleh diperbahaskan. Semua orang tahu, kecuali seorang dua yang dungu seperti Noh Omar bahawa yang menjadi tunjang pemerintah di Selangor adalah PKR sebuah parti berbilang kaum dan agama, bukannya PAS. Sungguhpun begitu, PAS sedaya upaya telah banyak melakukan usahanya untuk membersihkan Kerajaan PR Selangor agar lebih hampir kepada kehendak Islam. Tidak mendapat 100 peratus kehendak PAS ditunaikan, namun jauh lebih baik pembangunan dakwah dan kemajuan Islam di Selangor jika dibandingkan dengan semasa Umno menjadi tunjang pemerintah di Selangor.

Sekarang, Umno parti Melayu Islam tunjang Kerajaan Pusat. Mengapa Noh Omar tidak mahu cadangkan perkara yang serupa kepada Najib? Takut? Alasan apa tidak mahu lakukan, sedangkan Umno tunggak pemerintah tidak seperti PAS di Selangor. Jika benar mahu melihat PAS lakukan, ayuh..!! Noh Omar tolong tarik semua orang-orang Melayu Islam di dalam Umno menyokong PAS agar PAS dapat menjadi tunggak pemerintah bukan sahaja di Selangor malahan di peringkat pusat.

Pada saya, cadangan Noh Omar itu satu lagi idea bodoh dari `Belatuk' Umno sama seperti hujahnya tentang isu pasir di Selangor. Masih ramaikah lagi orang Melayu Islam Selangor yang masih bodoh seperti `Belatuk' ini? /wfauzdin.blogspot.com

FOTO - POLIS BANTU TURUNKAN BANNER DI BATU PAHAT, TERIMA KASIH !!

BENGONG - TUN MAHATHIR PUN TAK FAHAM `1 MALAYSIA' ?

Oleh: WFAUZDIN NS

KITA selama ini ingat rakyat biasa sahaja yang tidak tahu apa bendanya `1 Malaysia' itu. Rupa-rupanya mantan PM Tun Mahathir pun tidak tahu apa kejadahnya `1 Malaysia' yang dihebohkan sangat oleh pentadbiran Najib. Jika sudah Tun Mahathir yang bijak pandai itu tidak tahu apa itu `1 Malaysia', usah ditanya pada Ketua-Ketua Umno Cawangan beserta semua JKKK di kampung-kampung. Ini diakui sendiri oleh TPM Muhyiddin. Melucukan.

Melucukan bila Tun Mahathir berkata, jika ditanya pada orang Melayu apa itu `1 Malaysia', mereka akan memberi jawapan yang berbeza pula dengan jawapan orang berbangsa Cina dan India. Belum lagi ditanya masyarakat yang menetap di Sabah dan Sarawak. Lagi parah, jawabnya.

Itu bukan sahaja menandakan kegagalan konsep `1 Malaysia', tetapi cukup untuk membuktikan satu kegagalan Najib. Dasar yang sepatutnya lebih difahami terlebih dahulu oleh orang yang cerdik pandai seperti Tun Mahathir, nampaknya begitu membingungkan Tun sendiri. Justeru itu, apa sangatlah mahu diharapkan kepada rakyat biasa./wfauzdin.blogspot.com

Misteri kematian bekas ADUN, janda


ANGGOTA polis mengangkat salah seorang mangsa yang ditemui mati dalam kereta di Sungai Buloh semalam.

SUNGAI BULOH - Sepasukan polis trafik semalam menyangka kemalangan maut melibatkan sebuah kereta Toyota Caldina berwarna putih dinaiki dua individu yang berlaku di Kilometer 455.7, Lebuh Raya Utara-Selatan selepas susur Sungai Buloh sebagai kemalangan biasa.

Bagaimanapun, sangkaan mereka meleset apabila mendapati bukan sahaja mangsa yang maut dalam kemalangan pukul 11 pagi itu sebagai orang penting, malah dipercayai terdapat unsur jenayah apabila melibatkan senjata api.

Sehubungan itu, ia ibarat misteri yang menyelubungi kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh, 64, bersama pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, 43, apabila terdapat kesan tembakan di kepala masing-masing.

Abdul Aziz pernah berkhidmat sebagai ADUN Permatang bagi tempoh 2004 hingga 2008 dan kini memegang jawatan sebagai bendahari Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor.

Siti Rohana yang merupakan janda anak empat menetap di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang pula merupakan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang. Dia juga dikatakan seorang ahli perniagaan di kawasan tersebut.

Melayu baca mantera Urdu

Oleh Shamsul Munir Safini dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah menengah di Desa Petaling di sini, terpaksa ditutup sementara selepas lebih 10 pelajar perempuan, seorang pelajar lelaki dan seorang guru wanita tiba-tiba diserang histeria, semalam.

CEMAS...Fairuz (kiri) membantu menenangkan Atikah.
CEMAS...Fairuz (kiri) membantu menenangkan Atikah.

LAPAR...Atikah gelojoh jamah makanan apabila dirasuk.
LAPAR...Atikah gelojoh jamah makanan apabila dirasuk.

Serangan histeria itu bermula kira-kira jam 7.45 pagi apabila seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, Atikah Abdullah, yang menghadiri perhimpunan pagi tiba-tiba mengamuk dipercayai dirasuk.

Keadaan dialami mangsa berjangkit kepada sembilan pelajar lain termasuk seorang pelajar lelaki dan seorang guru wanita ketika semua mereka yang juga rakan sekelas mangsa cuba menenangkannya.

Ini menyebabkan suasana di sekolah itu kelam-kabut seketika apabila semua mangsa menjerit kuat. Sejurus selepas itu, Atikah cuba melarikan diri sebelum ditahan beberapa rakan dan gurunya. Rakan mangsa, Mohd Fairuz Faizin Amran, 16, berkata sejurus kejadian itu, perhimpunan disuraikan dan mangsa dibawa ke bilik berdekatan. Katanya, rakan serta guru membacakan surah Yasin menyebabkan Atikah tenang seketika sebelum kembali meronta, malah rontaan mangsa diikuti beberapa pelajar perempuan lain yang turut diserang histeria. Menurutnya, pihak sekolah membenarkan semua pelajar sesi pagi pulang pada jam 9.30 pagi dan sekolah dijangka dibuka semula hari ini.

“Mangsa dipapah pulang keluarganya selepas dimaklumkan kejadian itu. Pelajar lain yang diserang histeria juga dibawa pulang keluarga masing-masing. “Sebaik tiba di rumah, Atikah masih meronta dan cuba keluar rumah untuk ke sebatang pokok berhampiran,” katanya ketika ditemui di sini. Katanya, mangsa merangkak dan menggelupur sebelum menjerit dalam bahasa Urdu supaya disediakan buah limau, epal hijau dan colok.

Dalam keadaan mata terbeliak ketika dipapah beberapa lelaki, mangsa memandang tepat ibunya, Suraya Abdullah, 33, sambil menjerit seolah-olah mahukan makanan. Suraya mendakwa, makhluk halus yang mengganggu anaknya dipercayai tinggal di sebatang pokok berhampiran rumah, tetapi pokok itu baru ditebang bulan lalu menyebabkan makhluk yang menghuni pokok itu mengganggu Atikah.

Katanya, anak sulungnya itu sering meracau dan diserang histeria tidak kira masa, malah lebih teruk apabila terdengar laungan azan. “Saya amat terkejut dengan kejadian yang menimpanya, kadangkala dia menyanyi lagu Tamil dan ketika diserang histeria terdengar seolah-olah dia membaca mantera dalam bahasa Urdu. “Dia sering diserang penyakit ini, kelmarin (Sabtu) sudah tiga kali dan semalam (kelmarin) empat kali dia diserang histeria, malah saya terpaksa mengambil cuti,” katanya. Menurutnya, sebelum ini, sudah lapan penduduk di kawasan tempat tinggalnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Petaling diserang kejadian pelik itu.

Suraya berkata, daripada gambaran diberikan anaknya, makhluk yang mengganggu itu banyak dan yang merasuk anaknya paling kuat di kalangan mereka dipercayai jin kafir dan tidak mengendahkan bacaan al-Quran. Menurutnya, selepas ditenteramkan serta menjamah makanan, anaknya tiba-tiba diam dan mula sedar. Atikah yang lemah sejurus itu berkata, dia tidak sedar apabila dirasuk, malah berasa ada sesuatu yang mengawal tindakannya serta berasa mual ketika dirasuk./Metro