LAPORAN DARI WARTAWAN SELATAN 12.05 malam Enam lagi ditahan kini jumlah 9 orang – awal tadi 3 orang 12.00 malam Ada 2 buah kereta penyembur beracun dan 6 buah trak FRU 12.00 malam Fru telah mula memukul pak cik dan mak cik yang enggan meninggalkan tempat ceramah. Orang ramai tidak mahu beredar. Kini mereka berkumpul depan bali polis rengit dan melaungkan : HIDUP RAKYAT dan HANCUR UMNO ! 11.41 malam Ceramah Anwar Ibrahim telah dibatalkan. 4000 warga johor telah datang berkumpul. semua menunggu. PA sistem telah dirampas. Di balai polis rengit adea Syed Husin Ali dan Latifah Koya mereka ingin membuat jaminan mulut terhadap yang ditangkap. TANGKAPAN : Shukri bin Yusoff – 32 tahun Khairul Nurrashid - 26 tahun Syed Hussin bin Syed Abdullah - 43 tahun mereka ada penyokong dan petugas Pakatan Rakyat untuk ceramah malam ini. 10.18 malam ceramah munkin dibatalkan polis berkawal ketal. ceramah belum bermula. 10.09 malam seorang ditangkap kerana lipat tikar – ceramah tidak bermula 10.00 malam bendera dan kain rentang semua direntap. 9.57 malam banner kena koyak 9.57 malam Kecoh. Fru masuk. seorang kena tahan. Ada pergelutan 8.29 malam seluruh kawasan ceramah anwar ibrahim telah dipenuhi oleh polis, sb dan fru. ada jalan dirintang – ada lori polis, ada jip polis, ada meriam kimia. Fru ditempatkan dihadapan masjid. di simpang masuk ke kawasan ceramah dipasang penghadang bertulis no parking – halangan ini lebih dari satu kilometer. Sumber: dari blog tukartiub/Tranungkite |
Ahad, 1 Ogos 2010
Ceramah PR di Rengit Ditawan Polis&FRU
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan