Harakahdaily |
PASIR SALAK, 31 Julai: Anggota pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan anggota polis berpakaian biasa mulai mengawal jalan masuk ke tapak Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di Changkat Lada, sejak kira-kira jam 8.30 malam ini. Tiga trak FRU dengan 15 anggota di samping sekitar 20 anggota polis berpakaian biasa berada di kawasan berkenaan yang menyulitkan penduduk setempat dan pengunjung ke tapak himpunan itu. Pada malam ini, beberapa pemimpin PAS, antaranya AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Mazlan Aliman (gambar kiri) dijangka akan menyampaikan ceramah di situ. Sementara itu Mazlan ketika ditemui berkata, penempatan anggota polis dan FRU tersebut sebagai usaha menakut-nakutkan orang ramai ke program tersebut. Pada malam ini juga pengurusan Felcra menganjurkan majlis Tilawah al-Quran di Dewan Besar Felcra kira-kira 500 meter dari himpunan warga Felcra yang dianjur Pakatan Rakyat. |
Ahad, 1 Ogos 2010
HIMPUNAN WARGA FELDA - FRU, POLIS TANDA KETAKUTAN MEREKA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam perjuangan.
BalasPadamSebentar tadi 12.00 malam saya selesai mendengar ceramah TGNA sempena lawatan kerja ke negeri Pahang.Alhamdulillah tiada fru,sb biasalah pasti ada punya!.
TGNA berkata LEMBU TIDAK BOLEH JAGA LEMBU! begitu juga manusia.MANUSIA TIDAK BOLEH JAGA MANUSIA. Jadi, LEMBU kenalah TUAN LEMBU YANG JAGA DAN MANUSIA KENALAH TUAN MANUSIA YANG JAGA.SIAPA TUAN MANUSIA...iaitu ALLAH SWT!!
Umno yang tolak Islam dan menerima YAHUDI APCO sebagai penjaganya maka lihatlah kerosakan yang mereka buat SEPERTIMANA JIKA LEMBU JAGA LEMBU!