| Aug 03, 2010
Sebagai sebuah parti Islam PAS Selangor komited dalam kerja-kerja "amar makruf nahi mungkar" khasnya yang melibatkan umat Islam di negeri ini.
Di negeri Selangor di bawah peraturan yang sedia ada pusat-pusat hiburan memang melarang umat Islam dari tercebur dalam aktiviti mungkar termasuklah meminum arak di premis yang seumpama ini. Begitu juga rumah-rumah urut uniseks pula memang dilarang menerima pelanggan yang beragama Islam di premis masing-masing
Premis maksiat seumpama ini sewajarnya dijauhi oleh umat Islam bukan hanya di bulan Ramadhan malah sepanjang tahun. PAS Selangor memang peka dan sentiasa memantau dan memberi perhatian agar agensi penguatkuasaan negeri terutama dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak PBT meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dari masa ke semasa bagi mencegah umat Islam mengunjungi premis sedemikian.
Selain itu wakil-wakil PAS di dalam PBT seluruh Selangor telah pun memperkenalkan penambah-baikan agar premis seumpama ini tidak lagi melibatkan umat Islam samada selaku pengunjung atau pelanggan mahupun pekerja. Malahan dalam tempoh singkat pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat ini telah ada PBT di Selangor yang mengharamkan pemilik-pemilik lesen premis seumpama ini dari menggaji atau mengambil sebagai pekerja dari kalangan penganut beragama Islam.
Ternyata kerja-kerja "amar makruf nahi mungkar" yang diusahakan oleh PAS melalui kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terbukti berkesan dan lebih membawa makna berbanding dengan pentadbiran yang terdahulu yang tidak mementingkan aspek seumpama ini.
Sehubungan itu PAS Selangor ingin menasihati Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Noh Omar (gambar kanan), agar tidak perlulah membuang masa melontarkan cabaran agar ditutup premis pusat hiburan dan rumah urut di Selangor sepanjang Ramadhan, kerana sesungguhnya pusat-pusat maksiat ini sememangnya tidak wajar dikunjungi oleh umat Islam sepanjang masa. Yang anehnya tiada pula usaha yang sama dibuat semasa BN diterajui UMNO memerintah negeri Selangor sebelum ini. (Merujuk kenyataan Noh Omar dalam akhbar Sinar harian hari ini)
Sesungguhnya apa yang penting adalah seluruh umat Islam di negeri ini dididik dan faham bahawa sebagai seorang Muslim mereka wajib menjauhkan diri dari sebarang aktiviti dan kerja-kerja mungkar. PAS melalui kerajaan negeri akan memastikan yang aktiviti penguatkuasaan terus dilaksanakan sehingga maksiat dapat dibendung di negeri ini.
Sebaliknya PAS Selangor mahu mengesyorkan agar Noh melontarkan cabarannya kepada kerajaan-kerajaan negeri Barisan Nasional termasuklah Kerajaan Persekutuan yang mentadbir Wilayah Persekutuan agar dikawal dan jika berupaya ditutup terus premis maksiat seumpama ini jika benar UMNO adalah parti umat Islam.
Rakyat telah memberi peluang lebih 50 tahun kepada UMNO dan BN khasnya di Selangor tetapi ternyata tidak nampak sebarang perubahan yang dilakukan dalam aspek ini. PAS Selangor melalui Pakatan Rakyat komited untuk membebaskan negeri ini dari sebarang gejala maksiat secara berperingkat-peringkat supaya perubahan yang diperkenalkan dapat diterima dan dipraktikkan secara menyeluruh oleh rakyat di negeri ini.
*Kenyataan media oleh Roslan Shahir bin Mohd Shahir selaku Ketua Penerangan, Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.
-MerdekaReview
Saya Along.
BalasPadamSaya duduk di Bandar Baru Bangi, saya tengok Seven Eleven di Seksyen 14 dan 15 sudah tiada arak dalam peti ais 7-11. Tahniah
Jika depa benar-benar serious utk membasmi fenomena seumpama ini, saya cadangkan agar dibuat satu undang-undang yang membolehkah pesalah/tokeh yang berkenaan disebat sahaja, 1x pun cukup. Sebat ni adil utk ornag kaya dan miskin,sama-sama merasa. Setakat denda sahaja, apa sangat. Jika boleh, libatkan sama tuan punya premis. Susah sangat ke?
BalasPadam