RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 4 Ogos 2010

BENGONG - TUN MAHATHIR PUN TAK FAHAM `1 MALAYSIA' ?

Oleh: WFAUZDIN NS

KITA selama ini ingat rakyat biasa sahaja yang tidak tahu apa bendanya `1 Malaysia' itu. Rupa-rupanya mantan PM Tun Mahathir pun tidak tahu apa kejadahnya `1 Malaysia' yang dihebohkan sangat oleh pentadbiran Najib. Jika sudah Tun Mahathir yang bijak pandai itu tidak tahu apa itu `1 Malaysia', usah ditanya pada Ketua-Ketua Umno Cawangan beserta semua JKKK di kampung-kampung. Ini diakui sendiri oleh TPM Muhyiddin. Melucukan.

Melucukan bila Tun Mahathir berkata, jika ditanya pada orang Melayu apa itu `1 Malaysia', mereka akan memberi jawapan yang berbeza pula dengan jawapan orang berbangsa Cina dan India. Belum lagi ditanya masyarakat yang menetap di Sabah dan Sarawak. Lagi parah, jawabnya.

Itu bukan sahaja menandakan kegagalan konsep `1 Malaysia', tetapi cukup untuk membuktikan satu kegagalan Najib. Dasar yang sepatutnya lebih difahami terlebih dahulu oleh orang yang cerdik pandai seperti Tun Mahathir, nampaknya begitu membingungkan Tun sendiri. Justeru itu, apa sangatlah mahu diharapkan kepada rakyat biasa./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Hello...mahathir..lu jangan menyibuklah...sudah pencen tu duduk lah diam-diam. Jangan kacau malaysia lagi. Hancur malaysia kau kerjakan ...datang menyibuk pula. Tangan dan idea celaka kaulah yang menjahanamkan malaysia ni. Boleh blaaa lu.

    BalasPadam