RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 30 Julai 2011

WANITA MCA P.PINANG BUAT UMNO HABIS MODAL ?

Oleh: WFAUZDIN NS

MODAL Umno dan pencacai-pencacai mereka nampaknya musnah, hancur dan lebur apabila Pengerusi Wanita MCA P.Pinang mengeluarkan kenyataan menyelar DAP P.Pinang kerana meminggirkan kaum Cina dan melebihkan kaum Bumiputera, Melayu dan India Muslim di dalam pengagihan kontrak di negeri itu.

Bukankah sebelum ini kita disajikan dengan dongengan bahawa DAP itu adalah parti yang ekstrim dan anti Melayu juga anti-Islam? Dongengan ini selalu dibawa oleh pemimpin Umno serta para pencacai mereka. Di dalam face book juga, tiap kali kita berhujah dengan puak-puak pencacai Umno, modal mereka hanyalah DAP itu anti Melayu dan anti Islam. Sekarang, apa hujah mereka? MCA sendiri sedar betapa DAP tidak seperti yang puak Umno perkatakan itu.

Memetik kenyataan Pengerusi Wanita MCA P.Pinang, laporan menyebut:-

PETALING JAYA: Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang mempersoalkan kenapa kontraktor-kontraktor Cina di negeri itu tidak mendapat walaupun satu projek dari Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri dan sebaliknya kesemua projek diberi kepada kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim.Pengerusinya Tan Cheng Liang, dalam blok parti itu hari ini berkata, beliau yakin kontraktor-kontraktor Cina turut menghantar permohonan tender mereka tetapi hairan kenapa tidak seorang pun kontraktor Cina mendapat projek JPS itu.“Adakah permohonan mereka tidak lengkap,?” soal beliau sebagai respon kepada kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bertarikh 27 Julai lalu. (Seterusnya boleh dibaca di sini).

Justeru itu, jelas sekali DAP khususnya di P.Pinang amat telus di dalam pembahagian tender/projek di negeri tersebut. Amat bertuah kaum Bumiputera di negeri pentadbiran Lim Guan Eng tersebut, dan kaum Cina juga diberi peluang untuk bersaing dengan kaum Bumiputera. Jelas sekali, jika ada seekor dua pemimpin Umno atau mamak songkok tinggi di P.Pinang yang cuba menuduh kerajaan negeri P.Pinang bersikap anti Melayu/Islam, puak itu adalah terdiri dari puak yang kecewa kerana selama ini mereka mudah untuk mencari makan sewaktu era Gerakan mentadbir P.Pinang.

Di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, golongan kecewa ini tidak mampu untuk bersaing kerana sudah biasa menggunakan `cable' politik untuk mendapatkan kontrak/tender dari kerajaan korup di bawah Gerakan dulu.

Apakah hujah Umno selepas ini? Pengerusi Wanita MCA P.Pinang nampaknya telah berjaya `mensabotaj' modal Umno. Tahniah, Lim Guan Eng. Tahniah Kerajaan Negeri P.Pinang./wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 29 Julai 2011

ANUGERAH IBRAHIM ALI, ANUGERAH OMAR DIN MANA?

Oleh: WFAUZDIN NS

NASIB baik belum masuk bulan puasa lagi. Jika tidak, mungkin ramai yang `termuntah' atau terlebih ketawa apabila membaca kenyataan Presiden PERKASA, Ibrahim Ali yang perasan ramai orang `cemburu' kepadanya apabila beliau sendiri taja anugerah untuk dinamakan anugerah Kepimpinan Ibrahim Ali kepada UiTM.

NONEMemetik laporan Malaysiakini, Ibrahim Ali berkata, "Sebab saya terlalu aktif menganjurkan banyak program, kadang-kadang dalam skop yang besar, terdapat sesetengah orang yang cemburu terhadap saya. "Itu sahaja, mereka cemburu dengan saya," katanya dalam wawancara eksklusif dengan stesen TV internet - eTV - minggu lalu.

Siapa yang terlalu bodoh untuk cemburu dengan manusia bernama Ibrahim Ali ini? Apa kehebatan `raja katak' dari Pasir Mas ini? Kerusi Parlimen Pasir Mas yang beliau tidak segan silu duduki sekarang pun adalah hasil `ehsan' dari PAS Kelantan. Jika tidak, mungkin Ibrahim Ali tidak berada di Parlimen hari ini atau mungkin beliau sekarang menjawat jawatan Siak Masjid di kampungnya. Kita tidak lupa Ibrahim Ali pernah hilang deposit bertanding di dalam Pilihanraya sewaktu beliau menggunakan `jenama Ibrahim Ali' sahaja.



Hebatkah Ibrahim Ali yang hanya sekadar terlolong-lolong di depan TV kununnya untuk mengumpulkan puluhan ribu orang-orangnya untuk berdepan dengan Himpunan Bersih 2.0 pada 09 Jul yang lalu? Pada hari perhimpunan tersebut, di mana `tokoh hebat' ini? Andainya ada `katak' yang hadir berhimpun pada hari tersebut, nescaya banyak yang `mati katak' akibat dipijak oleh puluhan ribu peserta BERSIH.

Oleh sebab itu, tidak pelik ramai yang terpinga-pinga mengapa harus UiTM mewujudkan anugerah Ibrahim Ali? Jika orang seperti beliau boleh dijadikan nama anugerah, sudah tentu Omar Din dari Silat Lincah itu pun boleh digunakan namanya untuk anugerah. Ini adalah kerana `level' Ibrahim Ali dan Omar Din setaraf. Jika Ibrahim Ali ada kerusi Parlimen Pasir Mas, Omar Din pun ada `kerusi' khusus untuk beliau juga. Jika Ibrahim Ali `garang dan hebat' di depan TV sebelum Perhimpunan BERSIH yang lalu, apa kurangnya si `Pendekar Mustar' itu?

Nampaknya perangai perasan ini tidak habis-habis melanda Ibrahim Ali. Mungkin sebab itu beliau tidak mahu kosongkan kerusi Parlimen Pasir Mas kerana beliau `perasan' bahawa majoriti rakyat di Pasir Mas setia dan menyokong beliau. Kita berharap Ibrahim Ali kurangkan sikit lawak jenaka bodohnya itu menjelang Ramadhan nanti kerana kita takut `termuntah' terlalu banyak apabila mendengar beliau bercakap./ wfauzdin.blogspot.com

VIDEO BICARA BERSIH - SKETSA AMK PENUH SINDIRAN

Oleh: WFAUZDIN NS

BICARA Bersih 2.0 telah diadakan di Dataran Rakyat, Ibu Pejabat PKR Negeri Pahang pada 25 Jul 2011 baru-baru ini. Program anjuran PKR Negeri tersebut telah menampilkan tokoh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang telah membacakan puisi berkaitan BERSIH.

Turut hadir pada program tersebut adalah Pengerusi MPN, Dato' Fauzi Abd Rahman, YB Fuziah Salleh (MP Kuantan), Timb Pengerusi PKR Negeri, Sdr Nizam Abd Hamid, Serikandi PKR Pusat, Siti Aisyah dan juga dramatis Pak Jabit @ Man Kadir.

Kesemua pimpinan dan tokoh undangan telah membacakan puisi berkaitan BERSIH disamping bicara mereka juga berkaitan BERSIH 2.0 yang telah berjaya dilangsungkan pada 09 Jul 2011 yang lalu. Di samping itu juga, suatu sketsa yang dipersembahkan oleh AMK telah berjaya menggamatkan suasana dengan penuh sindiran terhadap apa yang berlaku sebelum, semasa dan sesudah Himpunan BERSIH 2.0 yang lalu.

Ikuti klip video di sini (Klik), Sini (Klik), dan juga di sini (klik).

Khamis, 28 Julai 2011

WAN AHMAD WAN OMAR LAYAK GANTI NAJIB

Oleh: WFAUZDIN NS

SIAPA kata BERSIH adalah pertubuhan haram atau diresapi oleh Komunis? Buktinya, masakan Ke Bawah Duli YMM Seri Paduka YDP Agong bersetuju untuk menerima mengadap Pengerusi BERSIH Datuk S. Ambiga. Mustahil Tuanku mahu berjumpa dengan pertubuhan haram apatah lagi dikatakan mempunyai fahaman Komunis.

Terbaru, BERSIH sendiri telah diundang sebagai ahli Panel di dalam wacana debat anjuran Karangkraf di shah Alam kelmarin dan SPR sendiri turut mengiktiraf BERSIH apabila Timbalan Presidennya Datuk Wan Ahmad Wan Omar turut serta di wacana tersebut. Mustahil pertubuhan haram yang berfahaman Komunis boleh dijemput oleh pihak Penganjur tanpa halangan dari pihak berkuasa.

Menguatkan lagi hujah bahawa BERSIH adalah satu pertubuhan yang tiada kena mengena dengan fahaman Komunis atau apa jua gerakan `subversif', pada Jumaat (esok) sekali lagi BERSIH diundang untuk hadir bersemuka dengan Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR yang berpeluh sakan di dewan semasa wacana kelmarin. Kali ini mereka akan berforum atas tajuk "undang-undang pilihan raya, SPR & reformasi pilihan raya" anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) di Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya.

NONEDi dalam kemarahan kita kepada SPR, kita tidak boleh menidakkan keberanian SPR untuk berdepan dengan BERSIH walaupun SPR membawa hujah yang sering menjadi bahan ketawa dan ejekan para hadirin. Paling tidak, SPR lebih `jantan' dari Najib dan kuncu-kuncunya. Najib telah beberapa kali dicabar untuk berdebat dengan Anwar atas apa jua tajuk termasuk tajuk peribadi sekiranya Najib mahu, namun `kejantanan' Najib belum dapat dibuktikan.

Najib hanya berani melalak dan melaung di depan kaca TV dan media kerana sudah pasti tiada soal jawab. Di hadapan TV, Najib tunjukkan `jantan'nya anak Pahang Cucu Mat Kilau atau Tok Gajah. Tetapi hakikatnya, beliau boleh dianggap bersemangat `Tok Tikus' yang terus menikus. Amat malang Umno mempunyai pemimpin yang sedemikian rupa jauh sekali mewarisi semangat ayahandanya Almarhum Tun Razak.

Jika Najib penikus sedemikian rupa, masakan Muhyiddin anak Johor juga sedemikian? Siapa `jantan' sebenarnya di dalam Umno? Oleh yang demikian, jika di dalam pemilihan Umno akan datang jika Perwakilan Umno mahu menolak kedua-duanya dari takhta Umno, maka ada lojiknya juga. Masalahnya, siapa yang boleh ganti tempat kedua-dua penikus tersebut? Pada saya, Ketua Pemuda Umno memang `gentleman' dan berani tetapi di dalam Umno bukan keberanian yang mereka cari. Di dalam Umno yang mereka cari mungkin yang boleh `memberikan sesuatu' habuan kepada mereka. Masakan KJ mampu lakukan di dalam keadaan beliau tiada kuasa dan jawatan di dalam kabinet sekarang.

Naib Presiden Umno, siapa yang berwibawa dan dilihat berani? Zahid Hamidi? Hishamuddin atau Shafie Afdal? Kesemuanya satu `spesis' dengan Najib dan Muhyiddin juga. Justeru itu, `tabik spring' buat Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana `seteruk-teruk' beliau pun, beliau berani untuk ke depan bersemuka dengan seorang wanita. Seandainya Datuk Wan Ahmad Wan Omar ini meletak jawatan di dalam Kerajaan dan menyertai Umno, tiada syak lagi memang beliau layak menggantikan tempat Najib./wfauzdin.blogspot.com

KELAYAKAN PIALA DUNIA MALAM INI - JANGAN ADA LAGI JARINGAN `KARTUN'

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAM ini perhitungan pasti mendebarkan apabila Pasukan Bolasepak Harimau Malaya kita akan turun ke padang untuk misi membalas dendam kepada Pasukan Singapura di dalam pusingan Kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Malam ini adalah penentuan samada kita layak atau tidak untuk mengukir sejarah ke pusingan seterusnya setelah kita tewas 3-5 di gelanggang lawan tempohari.

Malam ini, Jurulatih K.Rajagopal tidak lagi boleh mencipta seribu alasan sekiranya benteng kita masih senang dibolosi oleh pihak lawan. Terlalu banyak kita dengar rungutan dan kritikan dari peminat-peminat Bolasepak tanahair termasuk dari media sendiri betapa hancurnya benteng pertahanan kita sewaktu kita bermain di Singapura. Boleh dikatakan hampir kesemua gol yang diperolehi oleh pasukan Singapura itu adalah hasil dari kecuaian benteng pertahanan yang tidak boleh dimaafkan. Kita bukan tidak boleh menerima kekalahan tetapi kekalahan akibat jaringan `kartun' sedemikian rupa amat mengecewakan.

Difahamkan Jurulatih K.Rajagopal masih ingin mempertahankan benteng yang ada dan kita tetap memberi ruang kepada beliau untuk sekali lagi mencuba anak-anak buahnya. Tetapi harus diingat, Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadikan beliau sasaran sekiranya ada jaringan `kartun' yang berulang. Kita bersedia jika ditakdirkan tewas tetapi kita tidak boleh lagi menerima berbagai alasan dari beliau seandainya benteng pertahanan masih lagi menjadi `duri dalam daging' di dalam pasukan kita.

Adakah Penjaga Gol akan kembali diambil alih oleh Khairul Fahmi? Atau, adakah Sharbini masih dianggap terbaik bagi mengawal gawang pasukan Malaysia malam nanti? Ketika menentang Singapura di tempat lawan tempohari, meskipun kesilapan datangnya dari benteng pertahanan namun sepatutnya Sharbini mampu melakukan sesuatu bukan sekadar menjadi `pak pacak' di dalam gawang menyaksikan bola menerjah jaring.

Walau bagaimanapun, besar harapan kita agar malam ini pasukan kita akan berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya dua gol tanpa bolos untuk melayakkan kita ke pusingan seterusnya. Kehadiran para penonton tentunya melimpah ruah kerana difahamkan tiket sejumlah 85, 000 telah habis dijual. Jangan persiakan harapan mereka termasuk yang menyaksikannya melalui kaca TV atau Skrin besar. Jika tewas sekalipun, biarlah tewas dengan penuh bergaya dan bermaruah./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 27 Julai 2011

UMNO DI PENGHUJUNG TANDUK APABILA GOLONGAN AGAMA DIFITNAH

Oleh: WFAUZDIN NS

APA sudah jadi dengan `Ulamak Muda' dalam Umno? Belum kering cop jari di dalam borang keahlian Umno, mereka digelar Pengganas atau Wahabi? Tidak cukupkah jasa mereka `mengipas' pemimpin Umno atau masih kurang lagi hayunan kipas mereka?

Membaca Malaysiakini hari ini, nampaknya Umno sudah berputus arang dengan golongan `ulamak'. Mungkin mereka ini tidak sampai KPI untuk menjadi Ulamak Umno yang sebenarnya. Sememangnya kita lihat Ulamak Muda di dalam Umno tidak mampu untuk membela pemimpin Umno yang semakin tenggelam dengan kemungkaran itu.

young ulama join umno 250610 02Begitu jugalah nasib yang menimpa Us Dr Asri, cuma Us Dr Asri lebih bernasib baik kerana lebih awal terhidu tengitnya bau Umno ini. Bak kata Us Nasruddin, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, beliau mengenali sebahagian anggota ulama muda Umno, melalui raut wajah dan sosok tubuh, tidak tergambar di fikirannya bagaimana mereka boleh tersenarai sebagai pengganas.

Jika saya di tempat Ulamak Muda di dalam Umno itu, saya sendiri akan pening untuk memikirkan apa sebenarnya yang pemimpin Umno mahu dari golongan Ulamak? Adakah mereka mahu Ulamak Muda ini bercakap bahawa Umno adalah pejuang Islam yang mewarisi perjuangan Nabi Muhammad S.A.W? Atau mereka mahu Ulamak Muda ini berhukum bahawa isteri seseorang pemimpin Islam itu `harus' membuka auratnya kerana yang penting adalah niat yang baik dan mulia seperti mewujudkan Permata?

Us Nasruddin sampai termenung memikirkan betapa jeliknya Umno melayani Ulamak mereka yang dulunya mereka raikan besar-besaran. "Kini saya termenung di anjung musolla sambil mengenang isu ini dan hati saya berdetik, kalaulah 40 ulama muda itu menyertai PAS lalu berganding memperjuangkan Islam, membasmi kejahilan, menentang kezaliman, membenteras kemungkaran dan menegakkan syariat, alangkah manis dan indahnya. "Berbaloi digelar 'pengganas' oleh kerajaan Umno dan BN kerana menentang mereka," (Us Nasruddin Tantawi)

Adakah Ulamak Muda ini masih sanggup bersekongkol dengan puak yang sekutu Apco ini? Atau, Ulamak Muda ini akan berani menyeberang bersama saf yang memperjuangkan Islam berpandukan Al-Quran dan Hadith walaupun mungkin akan mengalami kesusahan dan penderitaan?

Bagi kita yang komited dengan perjuangan ini, tidak kira samada Ulamak Muda ini mahu bersama kita atau tidak, perjuangan mesti diteruskan. Tiada tawaran atau jawatan besar menanti mereka jika mereka ingin bersama kita, cukup sekadar Allah yang membalas segala penat lelah, susah payah kita berjuang. Nampaknya, akhir riwayat Umno semakin hampir apabila golongan agama telah mereka pinggirkan./wfauzdin.blogspot.com

KE MANA NAJIB PERGI, PASTI BELIAU TERUS `DI SERANG"

Oleh: WFAUZDIN NS

BILA membaca laporan dari Malaysiakini di sini, saya amat bersimpati dengan Najib. Ke mana pun beliau pergi, beliau pasti di`serang' sehinggakan ke luar negara sekali pun.

Di alam siber, Najib seperti terus dipersendakan. Laman Face Book beliau sendiri sudah tidak mampu untuk menguatkan sokongan terhadapnya. Apatah lagi laman Face Book yang sememangnya anti-Najib.

Ini lah kali pertama dalam sejarah negara kita mempunyai PM yang begitu `diserang' oleh rakyat yang semakin celik. Sewaktu era Mahathir dulu, beliau juga turut diserang dengan hebat bahkan pernah dimalukan oleh Al-Gore Naib Presiden Amerika waktu itu ketika Al-Gore melawat Malaysia. Tiada bezanya dengan Najib, dan paling memalukan bila Queen Elizebeth di London sendiri memakai pakaian KUNING sewaktu Najib bertemu dengan Queen Elizebeth.

Ketika zaman Mahathir, era ICT belum meluas lagi. Oleh yang demikian, `derita' Mahathir ketika itu tidaklah seberapa. Berlainan dengan Najib, beliau menjadi PM ketika era ICT agak berkembang luas. Segala pembohongan Najib, tidak sampai satu hari dapat dijawab oleh rakyat samada melalui FB mahu pun blog. Media pencacai mereka pun sudah tidak mampu menjadi pelindung buat diktator ini.

Percayalah, selagi Najib tidak berundur atau diundurkan, beliau akan terus `diserang' dan kesannya sampai kepada isteri tercinta beliau Rosmah. `Menyerang' Najib sama lah juga seperti menyerang Rosmah dan begitulah sebaliknya. Ini adalah kerana rakyat sudah menganggap bahawa negara ini hanya ditadbir oleh dua insan diktator ini./wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 25 Julai 2011

BICARA BERSIH MALAM INI (25 JUL) DI KUANTAN

Oleh: WFAUZDIN NS

GELOMBANG BERSIH 2.0 masih belum reda. Di merata-rata tempat banyak program telah dibuat untuk menerangkan kepada rakyat tentang apakah tujuan BERSIH sebenarnya sehinggakan pihak kerajaan terlalu takut dan gementar dengan gelombang BERSIH ini.

Ketakutan mereka amat ketara sekali sehinggakan terpaksa menayangkan video atau rakaman CCTV bagi membuktikan betapa`mesranya' pihak Polis di dalam menangani Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul yang lalu. Hakikatnya, lagi banyak mereka bercakap, lagi banyak media memainkan isu tersebut untuk memburukkan BERSIH dan juga parti Pembangkang, maka bertambah ramai yang tidak mempercayai mereka.

Malam ini, 25 Jul 2011 (Isnin) Program Bicara BERSIH akan diadakan di Dataran Rakyat, Ibu Pejabat PKR Negeri Pahang, Beserah, Kuantan. Sesiapa yang hadir malam nanti disarankan agar memakai baju kuning bagi menandakan bahawa BERSIH tidak berakhir pada 09 Jul 2011 sahaja. Kempen baju Kuning juga telah dilakukan pada setiap hari Sabtu selepas perhimpunan 09 Jul yang lalu.

Malam ini, kita akan diberi penerangan tentang BERSIH pasca Perhimpunan BERSIH 2.0. Berikut adalah butir-butir program malam ini:

BICARA BERSIH

Tarikh: 25 Jul 2011 (Isnin) Jam: 9 Mlm
Tempat: Dataran Rakyat, Ibu Pejabat PKR Negeri Pahang, Beserah, Kuantan (Berhadapan Klinik Komuniti)

Tetamu Istimewa:

Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said

Turut Bersama:

Dato' Fauzi Abd Rahman - Pengerusi MPN
YB Fuziah Salleh - MP Kuantan
Sdri Siti Aishah - Ketua Serikandi PKR Pusat
Sdr Nizam Abd Hamid
Sdr Man Kadir @ Pak Jabit - Dramatis
Serta Wakil Dari PAS dan DAP.