RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 17 Ogos 2016

BUAT SAMAN KAT LUAR NEGARA UNDANG NEGARA ASING JAJAH NEGARA KITA?

SEANDAINYA Mahkamah England membicarakan kes saman kita, adakah waktu itu kita bersetuju bahawa England mahu masuk campur urusan negara kita?

Boleh atau tidak mahkamah England membicaran kes saman kita terhadap Sarawak Report? Jawapannya tentu boleh. Sebab apa boleh? Sebab Sarawak Report berpengkalan di sana.

Tapi, mengapa DOJ kita tuduh mencampuri urusan negara kita bila DOJ dedahkan hasil siasatan mereka tentang 1MDB? Bukankah skandal 1MDB ada kaitan dengan sistem perbankan negara mereka? Bukankah urusan 1MDB juga libatkan negara mereka?

Ohhh...bila kena tang kita, boleh pulak? Bila kita nak cover Najib, kita sanggup nak berjihad kononnya Amerika nak jajah negara kita? Nampak sangat.....

Isnin, 15 Ogos 2016

PANdap dan DAPig lebih Awal Wujud Sebelum PIGs

ORANG tanya aku tentang Parti PIGS, aku jawab mana ada parti nama seburuk itu. Mereka sebut PANDap, aku kata itu pun bukan nama parti yg wujud. Mereka sebut DAPig, aku kata itu pun bukan parti yg wujud.

Akhirnya, mereka kata PKR. Aku kata boleh terimalah kalau nk sebut PKR, wlaupun secara resminya PKR patutnya disebut KEADILAN, tetapi mungkin dah biasa dengan sebutan PKR utk berinteraksi, tiada masalah.
 
Jangan kita terasa bila kena atas batang hidung kita gelaran2 yg buruk itu.  PANDap dan Dapig lebih awal bermain di bibir kamu sebelum kamu ditimpa dengan PIGs.  Semuanya tak elok buat kita.  Jauhilah.

Ahad, 14 Ogos 2016

MULIANYA AKHLAK NABI, MALU KALAU MAHU MENGAKU KITA PEWARIS NABI TAPI KAKI FITNAH

SUATU ketika Nabi sedang berkhutbah. Tiba2 di hadapannya ada seorang telah melepaskan kentutnya yg agak kuat hingga didengari oleh Nabi yg sedang berkhutbah. Nabi tahu siapa yg melepaskan kentut itu dan orang itu tidak bangun untuk berwuduk semula, mungkin rasa malu dan takut jemaah lain tahu beliau yg terkentut.

Nabi tidak menegur orang itu dan membiarkannya. Nabi yg memiliki akhlak yg terpuji, tidak mahu mengaibkan orang yg terkentut tersebut. Nabi bersabda, " Barangsiapa yg memperbaharui wudhuknya, maka itu lebih baik".

Apabila para jemaah mendengar kata2 Nabi, ramai yg bingkas bangun untuk memperbaharui wudhuk masing2. Di kesempatan inilah orang yang terkentut tadi pun bangun untuk wudhuk semula setelah wudhuknya tadi batal kerana terkentut.

Lihatlah, begitu sekali Nabi memelihara aib orang lain. Bagaimana dengan kita yg sengaja hebahkan aib orang lain apatah lagi menjaja fitnah yg kita sendiri tidak mempunyai bukti samasekali? Menuduh pemimpin memakan wang RM90 juta tapi tidak berani sebut nama dan tunjukkan bukti? Memang salah. Sama juga salahnya dengan menuduh orang edar daun ketum atau pil kuda tanpa kita tunjukkan bukti dan saksi bahkan kita pun tidak tahu siapa dia? Itu pun salah juga.

PARTI BERSATU BOLEH RINGANKAN KERJA KEADILAN

KITA ada pengalaman dgn parti Semangat 46 dulu di bawah Ku Li yg nk lawan Mahathir. Akhirnya, Ku Li dan Rais Yatim masuk Umno semula dan bubar Semangat 46. Apa kesannya pada kita waktu itu? Takde besar kesan pun kerana majoriti dlm Semangat 46 tidak ikut Ku Li dan Rais Yatim kerana mereka amat marah bila Ku Li belot. Ramai ahli2 Semangat 46 waktu itu sertai Pas kerana waktu itu hanya Pas yg ada sbg Pembangkang. Begitu juga, jika Mahathir atau Muhyidin akan sertai Umno semula, aku yakin pengikut2 mereka tak kesemuanya akan mengikut langkah pemimpin yg belot seumpama itu. Wlau bagaimanapun, kita harus berhati2 dgn apa jua persefahaman dgn BERSATU. Itu yg penting.