RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 24 Julai 2010

SELANGOR - GENDANG DIPALU, AYUH PR SELANGOR !!

Oleh: WFAUZDIN NS

GENDANG telah dipalu oleh Umno Selangor. `Peperangan' antara Umno sekutu Apco dengan PR Selangor bakal bermula. Umno telah mula memasuki gelanggang dengan menampilkan raja sesumpah Senatak Ezam beserta Noh Omar. Khir Toyo tidak perlu ditampilkan kerana ini mungkin akan `memalukan' beliau nanti.

Soalnya, adakah PR Selangor akan melihat sahaja `Badut-Badut' upahan Najib ini? Umno kini tidak lagi percaya kepada media pencacai mereka untuk mempengaruhi rakyat Selangor. Semenjak 2008 lagi, media tersebut telah dicop sebagai `lidah syaitan' oleh majoriti rakyat Selangor. Isu kandang babi sehingga kepada isu kepala babi, isu azan di masjid, isu YB Elizebeth Wong, isu air dan banyak lagi isu yang dipanaskan oleh media pencacai cuma menjadi tontonan penglipur lara sahaja. Terkini, isu pasir dan sekali lagi isu ini memakan tuan.

Justeru itu, Umno Selangor terpaksa bergerak sendiri memasuki seluruh ceruk kampung untuk mencari-cari jika ada lagi rakyat yang bodoh-bodoh untuk dipermainkan. Sehubungan itu, PR Selangor seharusnya memantau perkembangan ini kerana kita simpati jika ada walau seorang jua pun rakyat Selangor yang tertipu dengan gerombolan raja sesumpah.

Perancangan dan strategi harus dilakukan segera. Ini merupakan tugas terbesar mungkin buat Ketua Penerangan Selangor iaitu Us Badrul Amin. Kita penuh yakin, beliau mampu menggerakkan jentera kerajaan bagi menangkis serangan dari Umno Selangor itu. Kita hadapi mereka dengan hujah dan fakta, meskipun mereka hanya menggunakan modal air liur basi mereka beserta sumpah-sumpahnya./wfauzdin.blogspot.com

EZAM, NOH BAKAL MEROBEK KISAH RAKUS KHIR TOYO

Noh, Ezam Gerakkan Kempen Rampas Selangor

Umno Selangor memulakan kempen untuk merampas negeri Selangor dari Pakatan Rakyat bermula dengan perhimpunan aman di Shah Alam malam semalam.

Hanya 200 orang menghadiri ceramah bagi mendengar ucapan dari Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dan penyimpan kotak-kotak rahsia, Senator Ezam Mohd Noor.

Ceramah malam semalam bertujungan untuk menghebohkan dakwaan berlaku salahguna kuasa dan penyelewengan dalam industri perlombongan pasir di Selangor.

Noh Omar mendakwa Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) telah disalahguna untuk membiayai jentera Pakatan Rakyat menghadapi pilihanraya akan datang.

Noh Omar juga mendakwa KSSB mengamalkan kronisma, dakwaan yang dibidas keras oleh Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri Selangor menyanggah dakwaan-dakwaan Noh Omar dan berkata permit perlombongan hanya boleh diperoleh melalui tender terbuka, seraya membawa kepada pulangan royalti yang jauh lebih memberangsangkan.

Keseluruhan jumlah royalti dan keuntungan sebelum cukai yang diraih kerajaan negeri dan KSSB telah meningkat sebanyak 86.1 peratus dari RM4.39 juta pada 2007 dibawah BN kepada RM8.17 juta pada 2008 dalam masa sesingkat 9 bulan dibawah Pakatan Rakyat.

Bahkan, keuntungan industri pasir Selangor terus meningkat kepada RM13.76 juta pada 2009. Bagi suku pertama 2010 sahaja, Kerajaan Negeri telah mengaut sebanyak RM15.3 juta.

Barisan Nasional tumpas di negeri terkaya di Malaysia ini dalam pilihanraya umum ke-12, 8 Mac 2008, dan melipat-gandakan usaha untuk merampas Selangor selepas berjaya menggulingkan kerajaan negeri di Perak./TVSelangor

JELAJAH PERTAMA KEMPEN SELAMATKAN SELANGOR - PULUHAN RIBU HADIR SAKSIKAN BADUT UMNO BERAKSI

Oleh: WFAUZDIN NS

HAMPIR 250,000 yang hadir, oopss...silap, 250 orang yang hadir di dalam kempen Selamatkan Selangor anjuran Umno Selangor di Shah Alam malam tadi. Begitulah sambutan hebat rakyat Selangor di dalam siri pertama jelajah raja sesumpah Senatak Ezam. Apa intipati ceramah juak-juak yang mahu merampas Selangor ini? Sila klik sini.

Seperti biasa nama DS Anwar tidak terlepas dari mulut raja sesumpah Ezam. DS Anwar tali barut Yahudi, malahan Senatak Ezam ini mengaku kununnya dapat layanan istimewa dari puak Yahudi suatu ketika dahulu. Ini bermaksud raja sesumpah dahulu pun `taik' Yahudi juga, patut pun sokong teramat sangat dengan APCO. Hujahnya Apco yang kasi makan rakyat Malaysia ini.

Di dalam keadaan Washington Post menulis betapa DS Anwar adalah anti Zionis Israel, raja sesumpah pula menyebut DS Anwar ejen Yahudi. Saling bercanggah, mana satu yang betul? Akhbar terkemuka di Amerika pun tidak mempercayai DS Anwar ejen Yahudi, raja sesumpah pula kata sebaliknya. Sudah dasar sesumpah, begitulah. Maka, ucapan DS Anwar semasa berada di dalam Umno dahulu dimainkan semula kerana sudah kehabisan modal. Jika boleh, raja sesumpah pun akan turut memainkan ucapan Khalifah Saidina Umar atau Sayyidina Hamzah sewaktu mereka belum memeluk Islam. Beliau tidak mainkan kah ucapan beliau yang menyebut `tunjukkan pada saya mereka yang masuk Umno itu ikhlas?" Jika beliau lupa, dalam blog saya ini sentiasa ada klip video ucapannya itu. Sila lihat.

Seperti biasa juga, raja sesumpah pun `menjual' nama Allah. `Demi Allah' katanya, beliau tidak dapat duit satu sen pun apabila keluar dari PKR. Mengapa terasa? Kita pun tahu, beliau diangkat jadi Senatak melalui pintu belakang ini adalah kerana apa. Biarkan beliau dengan sesumpahnya.

Kempen Selamatkan Selangor hanya dipenuhi dengan cerita basi oleh raja sesumpah. Beliau tidak sebut pun pasal Khir Toyo sewaktu doktor gigi ini menjadi MB Selangor. Pada hal sewaktu di dalam PKR, kesemua hal Khir Toyo ini di dalam poket beliau. Poket sudah bocorkah? Biasalah bila sudah berada di dalam `tong najis' yang sama. Pakat-pakat sama bau cukuplah.

Modal lain, permainkan tutur kata MB Selangor yang dikatakan gagap itu. Biarkan saja. Gagap-gagap Tan Sri Khalid pun, beliau menjadi MB Selangor yang dipilih rakyat. Pemimpin Umno yang tidak dipilih itu tidak gagap tapi rasuah. Gagap dengan kaki rasuah, mana lebih mulia di sisi Allah dan masyarakat? Faktanya ada, SPRM sudah bersihkan nama Tan Sri Khalid di dalam banyak isu tuduhan rasuah ke atasnya. Khir Toyo sudah bersihkan?

Tiba-tiba raja sesumpah tuduh pula Malaysiakini adalah ejen DS Anwar. Berapa banyak ejen DS Anwar daaa. Luar negeri, dalam negeri dan silap-silap raja sesumpah akan cakap Malaikat dalam kubur itu nanti juga adalah ejen DS Anwar. Lucu sungguh mamat kotak ni.

Saya cadangkan pula, oleh kerana raja sesumpah seronok mendengar kisah-kisah lampau DS Anwar, kita hidangkan pula kisah-kisah lampau sewaktu raja sesumpah memaki hamun Umno, Najib dan banyak lagi beserta dengan pengakuannya tidak akan masuk Umno itu. Klip video pengakuan raja sesumpah tidak akan masuk Umno ada juga saya letakkan pada blog saya.

Nampaknya, pusingan pertama kempen juak-juak yang menyokong Apco ini ibarat mesyuarat cawangan Umno sahaja dari segi sambutan yang hadir. Tandanya apa? Tandanya rakyat Selangor tidak sebodoh mereka untuk membandingkan mana yang lebih baik mentadbir Selangor. Umno sudah menjual, PR kena beli juga. Kita layan saja persembahan badut Umno Selangor ini sebagai penglipur lara rakyat Selangor. Apa macam? /wfauzdin.blogspot.com

JIKA UMNO MASIH `MENGADA-ADA', KAMI AKAN KELUAR - PEMUDA MCA

Pemuda MCA: Kami terpaksa turun kereta seandainya...

Jul 22, 2010

Kenyataan Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi bahawa MCA dan Gerakan adalah penumpang Barisan Nasional amatlah menyedihkan. Ramai lagi pemimpin dalam UMNO yang mempunyai pemikiran ketinggalan zaman sehingga hari ini.

Ketua Pemuda MCA Bahagian Petaling Jaya Selatan, Sheah Kok Fah berkata, gagasan 1Malaysia oleh Perdana Menteri Najib Razak (gambar kanan) menuntut rakyat untuk mengikis konsep perkauman, menyumbang kepada negara tanpa mengira kaum, dan membawa Malaysia untuk meluncur di landasan ke arah negara maju.

Namun demikian, apa yang mengecewakan, ramai lagi pemimpin UMNO yang masih kekal dengan pemikiran kuno, mengagih mengikut kuota, malah melihat isu negara dari perspektif hegemoninya, iaitu UMNO adalah big brother, kata Sheah Kok Fah.

Beliau menambah, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber semula jadi. Tetapi, langkah kemajuan negara terbantut kerana dibelenggu dengan pelbagai sistem yang ketinggalan zaman. Lebih-lebih lagi, sesetengah negara seperti Singapura, China dan sebagainya telah jauh meninggalkan kita dalam tempoh 10 tahun kebelakangan.

Sheah Kok Fah berkata, logik Ahmad Zahid (gambar kiri) dan ramai lagi pemimpin UMNO yang menuntut agar kuota perkauman diaplikasikan dalam pelbagai perkara di Malaysia, merupakan sesuatu yang menongkah arus zaman.

"Gagasan 1Malaysia oleh Najib menaruh harapan agar perubahan berlaku. Tetapi sistem yang lama ini masih kekal, malah pemikiran yang kuno masih berlegar dalam minda pemimpin UMNO. Secara jujur, ekonomi Malaysia bagaikan kereta lembu yang lapuk, amat susah untuk berjalan jauh."

Sheah Kok Fah menegaskan bahawa MCA bukan penumpang, dan tidak pernah MCA tertinggal (atau tidak hadir) dalam pembangunan Malaysia.

"Seandainya pemimpin UMNO terus mengeluarkan kenyataan yang tidak elok ini, maka MCA terpaksa turun dari kereta kelak. UMNO pula akan susah untuk bersendirian."

"Kami harus sedar, dalam senario pada hari ini, mana-mana parti politik akan gagal untuk menang di kawasan pilihan raya hanya dengan sokongan satu kaum. MCA semestinya memerlukan sokongan undi Melayu, dan parti politik lain seperti PKR, DAP, PAS juga memerlukan undi Melayu. Keadaan yang sama untuk UMNO yang juga memerlukan sokongan undi Cina di banyak kawasan pilihan raya."

"Mungkin saya perlu berkata, mana-mana parti politik yang ingin memerintah, memerlukan sokongan undi orang Malaysia, sama ada undi Cina, undi Melayu atau undi India."

"Kalau kami (MCA) terus menerima layanan UMNO yang mengada-ada, mengapa tidak kita turun kereta?"

*Pandangan oleh Sheah Kok Fah selaku Ketua Pemuda MCA Bahagian Petaling Jaya Selatan, diterjemahkan dari teks asal dalam bahasa Cina./MerdekaReview

EZAM SESUMPAH KETUAI KEMPEN, KHIR TOYO MULAI GEMENTAR

Oleh: WFAUZDIN NS

SELAMAT berjuang buat Umno di Selangor. Kempen `Selamatkan Selangor' mula dilancarkan dengan raja sesumpah Senatak Ezam selaku `Badut'nya. Ini bermakna jawatan Senatak (Senator Katak) yang diberi melalui pintu belakang kepada raja sesumpah bukan percuma. Raja sesumpah perlu buktikan kebolehannya selaku `Badut' upahan Umno untuk menjatuhkan Kerajaan PR di Selangor.

Berita yang melaporkan perkembangan ini amat dinantikan kerana kita mahu melihat Senatak Ezam akan membawa bencana sekali lagi kepada Umno Selangor. Senatak upahan Najib ini dipilih mungkin kerana beliau dahulu anak didik DS Anwar, bukan kerana lain. Dari segi pengaruh jauh sekali kerana raja sesumpah tidak pernah dibuktikan berpengaruh selepas keluar dari PKR. Bahkan, semasa berada di dalam PKR pun beliau kecundang di dalam Pilihanraya di Parlimen Shah Alam. Sewaktu berada di dalam GERAK, raja sesumpah tidak berjaya di dalam objektifnya untuk menentang rasuah, bahkan beliau sendiri menyertai tim rasuah di dalam Umno.

Suara-suara menentang rasuah tidak lagi bermain di mulut raja sesumpah Ezam ini. Beliau banyak mengigau dan merapu dengan menyebut nama DS Anwar walau ke mana beliau berceramah. Mungkin kerana rindu dendam terhadap bekas bosnya itu. Peranan yang diberikan kepada raja sesumpah untuk mengetuai Kempen Selamatkan Selangor dilihat sebagai satu usaha untuk membogelkan Khir Toyo terutamanya. Raja sesumpah bukan tidak tahu pelbagai kemungkaran dan penyelewengan Khir Toyo sewaktu mentadbir Selangor. Kisah Khir Toyo ini selalu Ezam sesumpah dedahkan.

Perkembangan ini amat baik bagi PR Selangor untuk berdepan dengan juak-juak raja sesumpah. Apa yang raja sesumpah mahu canangkan nanti? Kesemuanya itu akan terpelanting ke muka Khir Toyo dan Umno Selangor. Justeru itu, PR Selangor terutamanya dari PKR Selangor bersedialah dengan segala senjata untuk berdepan dengan raja sesumpah. Tentukan peluru dari raja sesumpah akan menuju kembali kepada sasaran sebenar iaitu Khir Toyo.

Sebenarnya ini tugas berat buat raja sesumpah. Bukan mudah untuk mencari kepincangan jauh sekali penyelewengan di era Tan Sri Khalid. Mungkin ada satu dua perkara yang remeh akan dikutip oleh raja sesumpah. Manakala yang lainnya sudah pasti lagu lama yang basi akan dibawa oleh raja sesumpah. Isu ketuanan Melayu, asas bangsa, kedaulatan raja-raja Melayu dan juga isu perpaduan Melayu akan dicanang oleh Ezam sesumpah. Jika ada yang lain, mungkin sumpah keramat Senatak Ezam.

Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama menyambut kedatangan juak-juak raja sesumpah ini ke setiap penjuru bumi Selangor. PR Selangor sudah pasti akan menyediakan kumpulan yang bersedia untuk menyambut kedatangan gerombolan murahan Umno ini. Gerombolan murahan yang diketuai oleh raja sesumpah, di samping Lokman Adam yang pernah bersumpah di Masjid menuduh Ezam memakan duit parti suatu ketika dahulu, dan juga Zahid Md Arip yang pernah mencarut menyebut `hak' ibunya sendiri apabila memaki Tuan Guru Nik Aziz. Inilah muka-muka yang akan memperhambakan diri kepada Najib.

Kita amat yakin bahawa PR Selangor secara gandingan mantap PKR, PAS dan DAP cukup bersedia untuk menyambut kehadiran mereka. Kita telah maklum apa yang akan dimainkan oleh mereka nanti, dan tentukan kesemuanya akan terpalit ke muka mereka semula. Yang pasti, Khir Toyo amat takut dengan perkembangan ini. /wfauzdin.blogspot.com

AKHBAR SINAR - JOM KITA PANTAU AKHBAR INI

Oleh: Mandor

AKHBAR Sinar Harian sememangnya telah jauh mengatasi populariti akhbar pencacai yang lain seperti Utusan Meloya dan Berita Hairan. Ini adalah kerana akhbar tersebut dilihat lebih seimbang di dalam penyampaian berita dan maklumat semasa khususnya berkaitan isu-isu politik. Rakyat mula yakin dengan akhbar ini dan ini merupakan satu perkembangan baik buat Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.

Namun, semenjak syarikat dan pejabat Karangkraf Sdn Bhd ini dilawati oleh Najib, kita mulai Justify Fullmerasakan sedikit perubahan ke atas berita akhbar berkenaan. Bukannya perubahan yang semakin positif, tetapi dilihat setapak mundur ke belakang. Walaupun dilihat kurang ketara, tetapi bagi mereka yang setiap hari menatap akhbar ini mulai merasakannya. Adakah ini menandakan sesuatu arahan atau tekanan telah diberikan kepada akhbar tersebut?

Perkara ini juga turut disentuh oleh portal Pahang Daily. Kita harap akhbar yang semakin meningkat ini tidak terlalu merasa tinggi diri dan lupa diri. Kita masih memerhatikan akhbar ini dari masa ke semasa. Sekiranya akhbar ini ingin menjadikan Utusan Meloya atau Berita Hairan sebagai `idola' nya, kita akan menggerakkan usaha untuk memboikot akhbar berkenaan sepertimana yang telah kita lakukan terhadap beberapa akhbar dan media pencacai sebelum ini.

Saya menyeru kepada semua agar kita terus memerhatikan tingkah laku akhbar ini. Kita akan beri sokongan penuh sekiranya akhbar ini terus berlaku adil dan telus seperti dahulu. Sebaliknya, jika akhbar ini mahu cepat gulung tikar mereka boleh lakukan apa yang mereka mahukan.

AKHBAR SINAR - JOM KITA PANTAU AKHBAR INI

Oleh: Mandor

AKHBAR Sinar Harian sememangnya telah jauh mengatasi populariti akhbar pencacai yang lain seperti Utusan Meloya dan Berita Hairan. Ini adalah kerana akhbar tersebut dilihat lebih seimbang di dalam penyampaian berita dan maklumat semasa khususnya berkaitan isu-isu politik. Rakyat mula yakin dengan akhbar ini dan ini merupakan satu perkembangan baik buat Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.

Namun, semenjak syarikat dan pejabat Karangkraf Sdn Bhd ini dilawati oleh Najib, kita mulamerasakan sedikit perubahan ke atas berita akhbar berkenaan. Bukannya perubahan yang semakin positif, tetapi dilihat setapak mundur ke belakang. Walaupun dilihat kurang ketara, tetapi bagi mereka yang setiap hari menatap akhbar ini mulai merasakannya. Adakah ini menandakan sesuatu arahan atau tekanan telah diberikan kepada akhbar tersebut?

Perkara ini juga turut disentuh oleh portal Pahang Daily. Kita harap akhbar yang semakin meningkat ini tidak terlalu merasa tinggi diri dan lupa diri. Kita masih memerhatikan akhbar ini dari masa ke semasa. Sekiranya akhbar ini ingin menjadikan Utusan Meloya atau Berita Hairan sebagai `idola' nya, kita akan menggerakkan usaha untuk memboikot akhbar berkenaan sepertimana yang telah kita lakukan terhadap beberapa akhbar dan media pencacai sebelum ini.

Saya menyeru kepada semua agar kita terus memerhatikan tingkah laku akhbar ini. Kita akan beri sokongan penuh sekiranya akhbar ini terus berlaku adil dan telus seperti dahulu. Sebaliknya, jika akhbar ini mahu cepat gulung tikar mereka boleh lakukan apa yang mereka mahukan.

SYARIKAT KRONI UMNO TINGGALKAN `TAHI' UNTUK DICUCI OLEH PR SELANGOR

Kontraktor Orang Umno, Pembinaan Kuarters MBSA Terbengkalai

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan kegagalan sebuah syarikat swasta dalam membina kuartes Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selepas menerima tender runding terus daripada kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

Projek penswastaan pembinaan kuaters di Seksyen 20 Shah Alam adalah antara lambakan projek terbengkalai warisan pemerintahan kerajaan Umno-BN.

Laporan Ketua Audit Negara 2008 sebelum ini menyenarai projek berkenaan sebagai antara kelemahan kerajaan Selangor ketika masih diperintah Umno BN.

Sebuah syarikat swasta didakwa memperoleh projek tersebut secara rundingan terus dan menganggap syarikat berkenaan tidak layak kerana hanya mempunyai modal berbayar sepuluh ribu sahaja.

Syarikat ini juga didakwa mencagarkan dua lot tanah milik MBSA kepada bank dengan nilai RM18.85 juta, kononnya atas alasan untuk menampung kos projek.

“Lagi teruk dari itu bila dah sangkut mereka cagarkan tanah MBSA yang sepatutnya mereka tak dibenarkan cagar,” kata Khalid Samad.

Beliau kesal kerana pemilik majoriti syer syarikat itu adalah orang penting dalam Umno Selangor dan individu itu langsung tidak dikenakan tindakan walaupun kepincangan ini didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Kehampaan berikutan kegagalan pembinaan kuarters ini turut dirasai pimpinan Pas Shah Alam.

“Telah pun tidak dapat melaksanakan projek ini dengan baik dan terpaksa meminta bantuan dari pihak majlis ketika itu iaitu pada 2005,” kata Timbalan Yang Dipertua Pas PAS Shah Alam, Azli Yusof./TVSelangor

KERANA KRONI UMNO, KERAJAAN PR SELANGOR MAHU DIGUGAT

'Kroni poket kosong, Umno S'gor tertekan'
Salhan K Ahmad
Jul 23, 10


Pemimpin Umno cuba menggugat kerajaan Selangor dengan menimbulkan isu kecurian pasir dan bekalan air di negeri itu kerana kepentingan kroni mereka kini terjejas, kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua.

azlanUsaha untuk menggugat pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor itu dilakukan timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan ketua perhubungan Umno negeri Datuk Noh Omar dan ketua pembangkang di DUN Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, katanya.

Tony berkata Muhyiddin, Noh dan Mohd Khir dengan jelas berang bagi pihak kroni Umno dalam percubaan untuk menggugat kerajaan negeri dan membalas dendam kerana dasar Pakatan Rakyat mendahulukan kebajikan rakyat.

NONE"Kesungguhan kerajaan negeri untuk mengurangkan pemberian kontrak dan rasuah, memaksimumkan hasil kerajaan dan memperbaiki kualiti perkhidmatan awam tanpa meningkatkan beban kewangan rakyat, telah menyakitkan poket kroni Umno di Selangor yang telah biasa dengan cara BN," kata Pua.

Ali Baba

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menjelaskan, kemarahan itu timbul apabila Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) ditubuhkan bagi menguruskan pengeluaran permit perlombongan pasir di Selangor.

MelalNONEui kaedah tender terbuka, kaedah rundingan terus tidak lagi dilayan dan hanya pengusaha tulen sahaja yang boleh mendapatkan lesen tersebut.

"Oleh itu, (kaedah) lesen Ali Baba di bawah rejim terdahulu yang meraih keuntungan mudah dengan mendapatkan permit tersebut melalui naungan politik, kemudiannya kerja perlombongan itu disubkontrakkan (untuk keuntungan).

"Kelayakan sesuatu kontraktor yang masih menggunakan kaedah itu dengan mudah boleh dibatalkan, atau kontraktor lain akan menawarkan harga lebih baik, melalui sistem baru yang kompetitif dan telus," tambahnya.

PNONEua berkata, kejayaan sistem baru itu boleh dilihat melalui kutipan royalti dan keuntungan yang diraih oleh KSSB (sebelum cukai) yang meningan sebanyak 86.1 peratus dalam tempoh sembilan bulan selepas Pakatan Rakyat mengabil alih pentadbiran Selangor pada 2008.

Jumlah tersebut kemudiannya meningkat sebanyak 213 peratus pada 2009, berbanding kutipan yang hanya berjumlah RM4.39 juta pada 2007 di bawah pentadbiran BN.

Jelas Pua, motif yang ditunjukkan pemimpin Umno itu boleh dilihat dengan jelas memandangkan tiada pemimpin parti itu yang memarahi pentadbiran Datuk Abdul Ghani Othman di negeri Johor yang didakwa mempunyai kes perlombongan dan penyeludupan pasir haram "paling buruk."

Dari pasir ke air

"Tambahan pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup memberi amaran keras kepada menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung pendiriannya mengekalkan tarif air dan meningkatkan kualiti air," kata Pua lagi

Menurutnya, perseteruan antara Khalid dan Muhyiddin adalah berhubung pertikaiannya dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), sebuah anak syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd yang dikaitkan dengan Umno.

"(Rakyat) di negeri asal timbalan perdana menteri itu sendiri, terpaksa menanggung tarif air paling tinggi di negara ini akibat penswastaan air, sementara pada masa sama terpaksa menanggung kekurangan air serius di bandar utama seperti Kluang dan Batu Pahat sejak beberapa bulan lalu," katanya lagi./Malaysiakini

PEKUNG UMNO AKAN TERDEDAH DENGAN SENDIRINYA

'Selamatkan Selangor' buka pekung Umno
Salhan K Ahmad
Jul 23, 10

Tindakan Umno menggerakkan jenteranya dalam kempen ceramah untuk menerangkan isu kecurian pasir di Selangor hanya akan membuka pekung mereka sendiri, kata seorang wakil rakyat PKR Shuhaimi Shafiei.

ADUN Sri Muda itu berkata, tindakan seperti itu juga akan memburukkan lagi perbalahan di kalangan kem penyokong timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Noh Omar dan ketua pembangkang Datuk Seri Khir Toyo.

Suhaimi (kiri) berkata demikian ketika ditanya mengenai kempen jelajah negeri, Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan (GSSDE) yang akan bermula malam ini sehingga 8 Ogos depan.

Sebanyak 19 ceramah diatur bagi setiap bahagian Umno di negeri itu, yang akan dimulakan di Shah Alam malam ini -- bagi menjelaskan mengenai 'pembohongan' yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat terhadap rakyat Selangor.

Noh dan Khir masing-masing telah menafikan wujudkan pertelingkahan di antara mereka, malah kedua-dua mereka juga akan menyertai kempen berkenaan akan turut disertai Khir.

Namun, menurut Shuhaimi kempen itu didakwa akan menonjolkan lagi pertembungan Noh-Khir.


"Umno boleh beri penerangan, itu memang tanggungjawab dia untuk tunjukkan siapa lebih jaguh di kalangan mereka.

"Pada saya, tindakan mereka buka cerita tentang pasir ini lebih kepada buka pekung sendiri. Lebih banyak mereka bercerita, lebih banyak lagi mereka akan dedahkan bahawa kecurian ini berleluasa akibat kecuaian pentadbiran BN terdahulu," kata Shuhaimi ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, serangan melalui kempen tersebut dilancarkan seolah-olah dengan menjadikan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor sebagai sasaran, namun mangsa sebenar ialah Khir.

"Mereka nampak macam serang PKR tapi sebenarnya ini mendedahkan pekung (ketua pembangkang Datuk Seri) Khir Toyo sebab semuanya (aktiviti kecurian) ini berlaku di zaman Khir Toyo.

"Mereka sebanarnya hendak cari populariti sebab pergaduhan di antara Noh Omar dan Khir Toyo ini semua ketua bahagian Umno sudah tahu," katanya lagi.

Shuhami juga mendakwa, serangan tersebut juga dilancarkan memandangkan sumber pendapatan pemimpin Umno tersebut kini berkurangan akibat dari tindakan kerajaan negeri Selangor mengawal pengeluaran pasir.

"Mereka marah sekarang sebab sumber duit poket mereka sudah hilang. Apa yang kerajaan negeri buat ialah pengeluaran itu secara terkawal dan kesemua aktiviti melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd itu dapat kelulusan oleh Jabatan Alam Sekitar.

"Merek
a bayar hasil untuk 20,000 tan metrik tapi yang dia keluarkan adalah lebih daripada itu. Ini untuk duit poket dialah.

"Jadi sekarang mereka tidak boleh buat begitu lagi kerana kerajaan negeri buat pemantauan termasuk meletakkan CCTV (di kawasan perlombongan). Inilah yang beri tekanan kepada mereka. Jadi mereka marah sebab sudah tidak ada sumber duit poket lagi," katanya lagi.

Mengulas lanjut, Shuhaimi juga berkata rakyat Selangor telah mempunyai pendapat mereka sendiri dalam isu berkenaan.

"Mereka boleh buat ceramah hingga 20 minggu sekalipun, tapi rakyat sudah ada persepsi. Kalau mereka hendak serang, rakyat sudah tahu siapa yang sebenarnya mencuri dan merompak khazanah negeri," katanya./Malaysiakini

Jumaat, 23 Julai 2010

SELEPAS PKR, MUNGKIN TIBA GILIRAN PAS PULA MENTADBIR SELANGOR ?


Zulkifli Sulong


SHAH ALAM, 23 Julai: Umno Selangor kini berada dalam kebimbangan ekoran maklumat yang mengatakan sudah hampir pasti BN akan hilang enam kerusi Dun jika pilihan raya umum diadakan dalam suasana sekarang.

Enam Dun yang dikatakan termasuk dalam senarai itu adalah Seri Serdang di bawah Parlimen Puchong yang mana calon PAS hanya kalah 45 undi kepada calon Umno dalam pilihan raya umum lalu.

Dun lain adalah Sabak (majoriti 117), Taman Templer (613), Sungai Air Tawar (123), Paya Jaras (642) dan Morib (286).

Dalam pilihan raya lalu, PAS bertanding 24 kerusi Dun dan hanya menang lapan kerusi sahaja. Jika berjaya mendapat enam kerusi ini bermakna kerusi PAS akan menjadi 14.

Dalam pilihanraya lalu, PKR mendapat 15 manakala DAP 13. BN pula mendapat 20 kerusi.
(Gambar: Keputusan pilihan raya lalu di Selangor)

Menurut sumber yang rapat dengan Umno Selangor, kehilangan enam kerusi kepada PAS ini tidak boleh ditolak lagi ekoran perkembangan yang sangat baik dalam PAS di Selangor kini.

Ini kerana, ketika PAS berkembang dengan pesat di Selangor, pelbagai jenis masalah berlaku kepada Umno Selangor yang dipimpin sendiri oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Oleh kerana sibuk di peringkat pusat, timbalan beliau, Datuk Seri Noh Omar yang mengambilalih pentadbiran Umno negeri. Namun begitu, media melapor beliau mempunyai masalah besar dengan bekas MB Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo dan masing-masing berlumba mencari publisiti dalam isu pasir.

Di samping itu, Setiausaha Umno Negeri, Mohd Satim Diman dan Ketua Pemuda, Suhaimi Mohd Ghazali juga dikatakan bermasalah dan berura-ura mahu meletakkan jawatan. Bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib juga bermasalah.

Sumber juga berkata, punca perkembangan pesat dalam PAS di Selangor adalah ekoran pendemokrasian masjid dan surau yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor tahun lalu.

Melalui tindakan ini, semua masjid dan surau di Selangor melantik pimpinan baru jawatankuasa masing-masing melalui pengundian secara terbuka.


Ekoran tu, lebih 90 peratus masjid dan surau di Selangor dikuasai oleh pemimpin tempatan PAS atau pihak yang disokong oleh mereka.

Ekoran itu, pengaruh PAS dikembangkan dengan pesat melaui program kuliah agama yang diadakan saban waktu di surau dan masjid ini.

Kerana tidak cukup waktu malam, kuliah Dhuha pagi Ahad pula dilakukan mengambil pengalaman kuliah Jumaat di Rusila, Terengganu dan Dataran Ilmu di Kota Bharu.

Namun begitu, bekas Yang Dipertua PAS kawasan Subang, Haji Shukor Harun bimbang dengan sikap sesetengah pemimpin PAS sekarang yang tidak berapa fokus untuk mencapai kemenangan.

"Saya bimbang kalau-kalau isu kerjasama dengan Umno ini benar-benar berlaku dan melibatkan kepimpinan tertinggi PAS negeri. Ia akan menyukarkan PAS," katanya.

Ramai pihak melihat apa yang berlaku adalah permainan politik Umno untuk memerangkap PAS dalam situasi tersepit antara dua kepentingan.

"Jika PAS menolak kerjasama dengan Umno bererti PAS menolak perpaduan. Jika PAS menerima bermakna menikam rakan-rakan dan penyokongnya dalam Pakatan Rakyat," kata seorang penulis.

Seorang bekas profesor sains politik di Universiti Malaya ketika ditemui baru-baru ini pula memberitahu, sokongan masyarakat Cina terhadap Pakatan Rakyat kini meningkat hampir setiap hari.

"Faktor ini sangat besar mempengaruhi politik di Selangor kerana mereka ramai dan menjadi penentu di negeri ini," kata beliau.

Puncanya adalah kerana mereka melihat perkongsian kuasa dalam Pakatan lebih adil kerana semua parti setaraf manakala dalam BN pula Umno terlalu berkuasa dan yang lain hanya dipermainkan Umno sahaja./Harakahdaily

SIAPA PERKASA ? PERKASA PATUT BUBAR


Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 23 Julai: "Biar Perkasa dan Umno yang bubar dahulu, bukan suruh PAS," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mengulas cadangan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim semalam mencadangkan agar Umno dan PAS dibubarkan dan ditubuhkan sebuah parti baru yang menggabungkan ciri Islam dan nasionalisme Melayu sekiranya kedua-dua parti enggan duduk semeja dan mengadakan perbincangan bagi menyatu padukan orang Melayu dan Islam di negara ini.


Namun menurut Idris, Perkasa memberikan cadangan demikian kerana mereka sendiri menyedari bahawa Umno sudah tidak relevan lagi dan memerlukan perubahan agar dapat diterima rakyat.

"Mereka beri cadangan ini sebab pada mereka sendiri pun, mereka sudah nampak Umno itu tidak betul dan Umno sudah dianggap tidak relevan sebab itu mereka cadangkan supaya Umno dibubarkan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Ujarnya, meskipun Perkasa mengangap pertubuhan itu sebagai bebas daripada pengaruh mana-mana parti politik, namun idea dan tindak tanduknya menyamai Umno.

"Perkasa ini memang Umno pun. Walaupun Perkasa ini dilihat nak rebranding balik semangat nasionalis mereka, tapi acuan yang sama (dengan Umno).

Tegasnya juga, Perkasa sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan atas dasar semangat perkauman tidak seharusnya memberikan cadangan demikian, sebaliknya harus 'mencermin' diri mereka dahulu.

"Perkasa memang tidak layak nak bagi cadangan begini. Dia itu siapa nak cadangkan kita (PAS) parti besar ini nak bubar.

"Awak (Perkasa) itu bukan parti pun. Hanya hidup atas sentimen sahaja. Tidak ada asas pun," katanya.

Semalam, Ibrahim Ali mencadangkan ditubuhkan sebuah jawatankuasa yang bebas daripada pengaruh politik untuk menjadi perantara rundingan antara Umno dan PAS.

Beliau mencadangkan jawatankuasa itu dinamakan Jawatankuasa Pemandu Ke arah Pembentukan Perpaduan Melayu Islam dan perlu dianggotai 15 orang terdiri daripada tokoh agama seperti mufti, cendekiawan dan bekas pegawai tinggi kanan kerajaan./Harakahdaily

MUFTI PERAK - BENARKAH UMNO - PAS SEDANG `BERKELAHI' HEBAT?

Oleh: WFAUZDIN NS

MUFTI Perak, Harussani masih bertegas untuk menyatukan Umno - PAS. Biarpun kita maklum, menyatukan sebuah parti sekular yang menolak agama dengan parti yang memperjuangkan Islam secara syumul adalah sesuatu yang mustahil, tetapi Mufti ini tetap mahu mencuba kerja yang tidak berfaedah itu. Menarik juga apa yang disebut oleh Mufti Perak tersebut di akhbar Sinar hari ini.

Beliau menyebut, sebagai seorang Islam beliau hanya ingin menyatukan dua pihak yang berkelahi. Siapa yang sedang berkelahi sekarang? Di dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi, sudah tentu ada pihak kerajaan dan pembangkang. Ini bukan berlaku di negara kita sahaja, bahkan di seluruh dunia yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Adakah kesemua negara berkenaan parti mereka berkelahi?

Umno membawa dasar sekular, semangat kebangsaan manakala PAS membawa dasar Islam. Percanggahan ini bukannya satu perkelahian kerana negara kita tidak `berperang' saudara semata-mata percanggahan dasar ini. Cuba kita lihat suasana di Parlimen, MP-MP dari kerajaan dan Pembangkang sering bertikam lidah mempertahankan dasar masing-masing, tetapi di luar dewan mereka boleh bermesra, makan dan minum bersama. Adakah Mufti Perak menganggap ini satu perkelahian yang hebat?

Peliknya, sewaktu peristiwa Memali berlaku di mana korbannya adalah orang Melayu Islam, mengapa Mufti Perak ini tidak tampil sebagai pendamai? Ketika itu bukan perkelahian, tetapi lebih dari itu di mana kereta perisai di bawa bersama. Sewaktu Umno begitu kuat pada tahun 2004, tiada perkelahiankah antara Umno dan PAS? Mengapa Mufti ini tidak serius seperti sekarang untuk menyatukan Umno dan PAS? Mengapa perlu sekarang setelah Umno makin dipinggirkan?

Hilangkah kuasa Melayu pada Pilihanraya Umum Ke 13 nanti? Beliau harus faham bahawa setiap Dun atau Parlimen yang ditandingi oleh Umno, kebanyakannya akan ditentang oleh calon dari PAS atau calon Melayu dari PKR. Lojiknya, mana-mana parti yang tewas sekali pun yang menang adalah calon Melayu juga. Jadi, apa masalahnya? Bahkan, calon PAS dari kaum Melayu boleh menduduki kerusi yang majoriti pengundinya kaum Cina seperti yang berlaku di kawasan Parlimen Dr Mariah Mahmood (PAS). Bukankah ini menunjukkan Melayu Islam juga boleh mendominasikan kuasa di kawasan Cina? Jadi, apa masalahnya?

Masalahnya, Umno yang mungkin gentar akan kehilangan kerusi. Harapan Umno kepada MCA dan MIC sudah tiada lagi, maka untuk membuatkan Umno selesa pada Pilihanraya Umum akan datang, tiada pilihan lain mereka terpaksa berbaik dengan PAS. Itu yang Mufti Perak kena tahu. Di dalam Islam, niat yang baik sahaja tidak memadai tanpa strategi dan muslihat di dalam perjuangan mahu pun peperangan. Jika Umno ada strategi, bodoh sangat jika PAS tidak mempunyai strategi. Strategi PAS yang terbaik sekarang adalah bersama dengan PR.

Kita juga jangan lupa bahawa isu perpaduan Umno - PAS yang setiap hari dicanangkan ini adalah untuk melalaikan kita dari masalah besar yang menimpa negara kita sekarang. Rakyat mungkin terlupa dengan kezaliman kenaikan harga barang yang baru diumumkan baru-baru ini semata-mata terdengar ayat Al-Quran yang didendangkan untuk menyuruh PAS dan Umno Justify Fullbersatu. /wfauzdin.blogspot.com

PERPADUAN UMNO -PAS , APA KATA DR HARON DIN PULA ?

Henti bercakap isu kerjasama UMNO-Pas: Dr Haron


SHAH ALAM - Kerjasama antara Pas dan UMNO tidak akan menemui kata putus jika semua pihak asyik berbalas kenyataan tanpa memberi perhatian terhadap usul serta syarat menjayakannya.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din secara peribadi berkata, kerjasama hanya terlaksana sekiranya UMNO b:ersedia mempertimbangkan untuk melakukan perubahan terhadap dasar.

:“Jangan buang masa bercakap perkara yang tak akan kemana-mana, sebaliknya kedua-dua pihak (Pas dan UMNO) harus memberi tumpuan kepada apa yang diperkatakan itu.

:“Umat Islam khususnya orang Melayu memang perlu kepada penyatuan ummah, tetapi perkara itu perlu bermula dari akar umbi termasuk seluruh lapisan pemerintah dan dasar pemerintahan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

:Beliau berkata, dasar dalam pemerintahan UMNO pada masa kini perlu diubah kepada lebih baik kerana tiada dasar yang lebih sempurna selain daripada dasar Islam.

:“Kita tetap dengan dasar yang sama dan tidak akan mengubahnya. Kalau mereka mahuka:n kerjasama terlaksana dengan segera, pertimbangkan dan ubah dasar dengan segera.

:“Kita sedia maklum, jika umat Islam khususnya bangsa Melayu disatukan, kita yakin akan menjadi satu kelompok yang paling kukuh untuk perpaduan umat. Jadi, utamakan dasar dahulu sebelum memikirkan untuk bersatu,” katanya.

:Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa enggan mengulas lanjut mengenai isu kerjasama itu.

:“Apa yang penting sekarang, semua pihak perlu bekerjasama menumpukan perhatian kepada usaha membangunkan Malaysia,” katanya./Sinar

PERKASA PUNYA CADANGAN, CERDIK KE BODOH ?

Oleh: WFAUZDIN NS

MAHU mencari publisiti. Itulah Ibrahim Ali, Presiden PERKASA yang baru-baru ini membuat cadangan bodoh dan tidak masuk akal apabila mencadangkan PAS dan Umno dibubarkan sekiranya kedua-dua parti tersebut gagal untuk bersatu. Masalahnya, bila masa pula PAS mahu bersatu dengan Umno? Siapa sebenarnya yang sibuk mahu mempertemukan sebuah Parti Islam dengan sebuah Parti Kebangsaan yang sekular serta bersekutu dengan Apco itu?

Sewajarnya yang mesti dibubarkan adalah PERKASA itu sendiri kerana pertubuhan itu bukan sahaja ditolak oleh Pemuda Umno, malahan menjadi musuh buat MCA dan MIC. Jika sudah orang Melayu sendiri ramai yang meluat dengan PERKASA, apa gunanya PERKASA wujud? Apa peranan PERKASA untuk memperkuatkan orang Melayu, apatah lagi Islam? Sekadar terpekik ke hulu ke hilir, budak-budak sekolah pun boleh lakukan.

Lebih menampakkan kebodohan Ibrahim Ali adalah apabila dia mencadangkan agar ditubuhkan parti baru yang mempunyai prinsip atau dasar Umno dan PAS di dalamnya. Ini sama seperti ingin mencamporkan daging babi dengan daging lembu. Rupanya selama ini Ibrahim Ali tidak tahu bahawa dasar PAS adalah Islam, sumbernya Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulamak dan Qias. Dasar Umno pula sekular yang memisahkan agama dari politik. Mustahil keduanya boleh digabungkan. Masakan Ibrahim Ali tidak tahu dasar PAS sedangkan kerusi beliau selaku MP Pasir Mas pun atas ikhsan PAS.

Sebenarnya, letaklah beribu pertubuhan, cendikiawan atau Ulamak sekalipun untuk dijadikan orang tengah bagi mempertemukan PAS dan Umno, ianya pasti gagal selagi Umno tidak mahu kembali kepada Islam. Usahlah di`jual' nama Melayu kununnya untuk perpaduan, di dalam masa yang sama Melayu lah yang paling ramai tertindas dan Melayu lah golongan yang sering diabaikan.

Justeru itu, usahlah PERKASA cuba untuk menjadi juak kepada Mufti Perak yang tergilakan perpaduan Umno - PAS. Lebih baik PERKASA mendaftar diri menjadi satu parti politik dan cuba nasib pada Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Mungkin PERKASA akan mencipta rekod sebagai Presiden Parti yang pertama di dalam sejarah negara hilang deposit. Terima kasih sajalah wahai PERKASA atas cadangan bodoh itu. /wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 22 Julai 2010

BUMBUNG `1 MALAYSIA' HADIAH NAJIB WAKTU PRK HULU SELANGOR TERBANG..

Penduduk protes 'bumbung 1Malaysia' dipukul ribut
Abdul Rahim Sabri
Jul 22, 10


Kira-kira 100 penduduk mengadakan bantahan di hadapan Blok K, Pangsapuri Sri Semarak, Bukit Beruntung kerana tidak puas hati ekoran kejadian "bumbung 1Malaysia" diterbangkan ketika ribut melanda kawasan itu petang Selasa lalu.

Bantahan yang diadakan secara aman itu berlangsung selama 40 minit bermula jam 6 petang tadi "Kita minta Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan kerajaan persekutuan menyiasat perkara ini. Penduduk bimbang ia akan berlaku di tempat lain (pada masa akan datang)," kata ahli majlis MDHS, Mat Rahat Ibrahim. Bumbung itu telah diganti oleh kerajaan persekutuan ketika pilihan raya umum Hulu Selangor Mac lalu dan projek itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika program Juara Rakyat di Hulu Selangor sebelum itu.

Menurut laporan, sebanyak 57 blok pangsapuri kos rendah terlibat dalam projek tersebut. Dihubungi Malaysiakini lewat petang ini, Mat Rahat yang juga penganjur bantahan tersebut berkata hanya bumbung blok itu sahaja yang diterbangkan ribut dalam kejadian Selasa lalu. Berikutan kejadian itu, kerajaan Selangor telah mengarahkan MDHS menjalankan siasatan terhadap bumbung pangsapuri di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa bagi menentukan sama ada ianya masih selamat.

Mengulas lanjut, Mat Rahat yang juga setiausaha PKR cabang Hulu Selangor mendakwa perbelanjaan bumbung yang diganti termasuk perbelanjaan mengecat bagi ke semua blok di kedua-dua tempat menelan belanja lebih dari RM15 juta./Malaysiakini

ULAMAK MUDA SUDAH BERSUARA TENTANG PERPADUAN

Oleh: WFAUZDIN NS

MASIH lagi isu Umno - PAS. Kali ini `Ulamak Muda' yang baru `berakad' dengan parti sekular Umno pula bersuara. Maka, diulang baca ayat-ayat Al-Quran yang menyeru kepada perpaduan. Di selangseli pula rujukan kepada Perlembagaan yang menyebut `Melayu itu Islam'. Oleh kerana Melayu itu Islam (benarkah semua Melayu Islam?) maka perpaduan Umno dan PAS wajib dilakukan. Itu intipati hujah `Ulamak Muda' Umno. Seterusnya baca di sini.

Adakah Ulamak Muda itu percaya bahawa Islam akan menjadi kuat dan berjaya di daulatkan di negara ini hanya kerana Umno dan PAS bersatu? Atau, tidak percayakah beliau bahawa selama ini Umno lah yang banyak menentang arus kebangkitan Islam, bukan DAP dan bukan PKR mahu pun MCA dan MIC? Jika beliau mengkaji sejarah Umno, beliau akan tahu adakah Umno yang dikatakan Melayu Islam itu berjuang untuk mendaulatkan Islam atau tidak.

Benar seperti kata Ulamak Muda itu. Umno mungkin telah melakukan kesilapan, dan PAS harus memaafkannya demi untuk perpaduan Melayu Islam. Masalahnya dosa Umno bukan terhadap PAS tetapi terhadap Islam itu sendiri. Dan, adakah benar Umno kini insaf terhadap dosa-dosa mereka? Adakah dasar sekular Umno sudah menjadi dasar Islam iaitu Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulamak dan Qias? Adakah Umno sudah tidak membenarkan akta zalim Akta ISA itu? Banyak lagi kemungkaran Umno yang tidak sepatutnya dilakukan oleh parti yang mengaku parti berjuang untuk Melayu Islam ini masih berjalan, malahan ada yang ditambah kemungkaran itu. Tidakkah Ulamak Muda nampak atau mata mereka telah dibutakan?

Kesilapan lama memang boleh diampun samada dosa terhadap Allah mahu pun terhadap PAS, tetapi apa ertinya jika dosa tersebut masih dilakukan berterusan malahan masih berhajat untuk meneruskan dengan kemungkaran yang lain. Umno masih tidak menyuci tangan-tangan mereka sebelum berjabat salam dengan PAS. Ini membuktikan bahawa Umno tidak ikhlas bersatu dengan PAS demi Islam mahu pun Melayu. Ini semua tipu helah politik Umno belaka, bahkan Ulamak Muda tersebut juga secara terang-terangan tertipu dengan muslihat Umno itu.

Saya nasihatkan Ulamak Muda ini, serulah Umno terlebih dahulu untuk menerima Islam sebelum menasihatkan PAS berjabat tangan dengan Umno. Tugas utama Ulamak Muda ini adalah baiki Umno dari dalam terlebih dahulu seperti menyucikan najis dari dalam tong najis.
Selepas itu, mereka akan tahu dan kenal siapa itu Umno./wfauzdin.blogspot.com

INI LAH STANDARD `KATAK' ZAHRAIN, SIBUK MEMBURUKKAN PKR

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

2010/07/22

ANGGOTA kelab gabungan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) menggesa Presiden Datuk Seri Zahrain Hashim (gambar) meletakkan jawatan kerana mendakwa tiada sebarang kemajuan disumbangkan beliau sepanjang tempoh dua tahun lalu, sebaliknya hanya zaman kejatuhan dan kemerosotan.

Aksi Pulau Pinang gagal menarik kembali penonton berkunjung ke stadium. Jurucakap gabungan merangkap bekas Naib Presiden FAP, Gary Nair berkata, gesaan itu dibuat berikutan 60 peratus daripada ahli gabungan melahirkan rasa kecewa apabila Zahrain didakwa gagal melaksanakan tugasnya sebagai presiden, sekali gus menaikkan taraf bola sepak negeri.

Beliau berkata, sebelum ini Zahrain pernah berjanji sekiranya Pulau Pinang kecundang dan jatuh ke Liga Perdana, beliau akan meletak jawatan sebagai presiden dan kini segala-galanya sudah terbukti apabila Harimau Kumbang gagal menyerlah.

Katanya, situasi itu sesuatu yang menyedihkan dan memalukan kerana buat pertama kalinya dalam sejarah sukan bola sepak negara, Pulau Pinang gagal menyertai Piala Malaysia untuk merebut takhta piala berprestij itu.

“Selama tempoh dua tahun sejak mengambil alih jawatan Presiden daripada bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamed Fairus Khairuddin, beliau langsung tidak pernah meninjau mahupun turun padang melihat pasukan negeri bertanding, baik dalam negeri mahupun di tempat lawan,” katanya pada sidang media di Pejabat FAP, semalam.

Gary berkata, ahli gabungan dan kelab melahirkan rasa kecewa dengan masalah dihadapi kerana banyak persoalan timbul sepanjang tempoh itu berikutan setiap kelab hanya bermain tiga hingga empat perlawanan manakala ada yang lain hanya satu perlawanan.

Beliau berkata, perlawanan Liga Remaja Bawah 18 dan 21 tahun yang masih belum bermula sehingga ke hari ini biarpun sepatutnya sudah tamat kerana semakin hampir dengan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Apa yang penting kini segala kemelut yang berlaku perlu berubah dan sebagai langkah terbaik, Zahrain perlu meletakkan jawatan bagi menyelamatkan maruah pasukan bola sepak negeri.

“Sudahlah gagal menerajui pasukan negeri sebagai Presiden, Zahrain turut disebut mencalonkan dirinya untuk merebut jawatan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam pemilihan jawatankuasa terbaru minggu depan,” katanya.

Gary berkata, sekiranya tidak boleh menerajui FAP, usahlah cuba membuktikan sesuatu kerana FAP memerlukan pemimpin baru dan lebih berkaliber serta mampu menaikkan maruah bola sepak pasukan Harimau Kumbang yang disegani suatu ketika dulu./Metro

DEMAM PANAS UMNO SEMAKIN KRONIK?


Drs. Khalil Idham Lim


Kenyataan Ketua Dewan pemuda PAS Pusat, Ust. Nasrudin Hassan yang telah diputar belit oleh media pro Umno terus mendapat ulasan yang bukan-bukan dari pemimpin Umno. Ulasan yang disifatkan jauh dari kenyataan sebenar bila kononnya dilaporkan Ust Nasrudin dikatakan mengeluarkan kenyataan Umno dan PAS perlu segera menamatkan persengketaan melalui satu pelan damai

Semakin pening bila ada yang berkata itu semua akan menghidupkan kembali harapan orang Melayu untuk melihat kedua-dua parti itu bersatu. Seperti dipetik dari Timbalan Pengerusi Tetap Umno, Datuk Mohamed Aziz yang berkata, kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS itu boleh disifatkan sebagai isyarat positif bahawa PAS juga mahukan perdamaian sama seperti Umno.

Inilah satu lagi bukti UMNO yang semakin teruk "demam panas"nya sehingga meracau terlalu jauh dari apa yang sebenarnya diucapkan oleh Ketua pemuda PAs Pusat itu.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan sebenarnya mengajak Umno menyertai Pakatan Rakyat jika benar ingin memperjuangkan perpaduan di negara ini dan bukannya PAS bersama-sama Umno dalam Barisan Nasional.

Ia berbeza sama sekali dengan nada laporan yang dibuat Utusan di muka depan akhbar Umno itu kelmarin yang membayangkan seolah-olah Ketua Pemuida PAS itu setuju bersatu dengan Umno dalam BN.

Dalam laporan yang tidak bertanggun jawab itu , Utusan telah memetik tulisan Nasrudin itu dan melaporkannya dengan tajuk "Umno, PAS perlu pelan damai".

Putar belit dari utusan itu segera di jawab oleh Ust. Nasrudin dalam harakahdaily pada hari yang sama.

Sesungguhya putar belit dari media UMNO dan kenyataan yang dibuat oleh pimpinan UMNO mengenai Isu yang sama, termasuklah kesungguhan "Mufti UMNO", Harussani yang bercakap perkara yang sama untuk menjadi jambatan adalah bukti UMNO sudah kekeringan modal dan dalam keadaan amat tersedak.

UMNO sudah hampir karam dalam keadaan mereka sesama sendiri berbalah dan dalam keadaan kucar kacir dalam BN yang memperlihatkan rapuhnya gabungan BN untuk kekal berkuasa dimasa akan datang.

Awas, UMNO dalam kadaan lemas dan sedang mencari tempat berpaut.

Kerana itu saya kira sudah sampai masanya seperti yang dicadangkan supaya UMNO kembali insaf dengan kesilapan yang telah mereka lakukan lebih 50 tahun lepas.

Saya cadangkan supaya UMNO segera dibubar atau bergabunglah dengan Pakatan Rakyat demi untuk menjamin masa depan Malaysia yang lebih gemilang. Waktu masih berlum terlabat.

Atau mereka akan ditolak oleh rakyat Malaysia dalam PRU ke 13 akan datang , dan itulah keyakinan yang ada pada diri saya./Harakahdaily

ISU PASIR - NOH OMAR `MALUKAN' KHIR TOYO

Isu pasir: Noh didakwa sasar Khir, bukan Khalid

Jul 21, 10


Tindakan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menjuarai isu pasir dengan melawat beberapa tempat di negeri itu didakwa bertujuan untuk memalukan 'pesaingnya' Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

azlanIni kerana, lubang besar daripada kesan kecurian pasir - yang dilawati di Batang Berjuntai dan Kuala Langat - merupakan kesan yang ditinggalkan oleh pentadbiran Dr Mohd Khir sebelum ini, dakwa ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei.

"Zaman Khir Toyo menjadi menteri besarlah kawasan yang di lawati Noh Omar di Batang Berjuntai dan Kuala Langat menjadi 'lubang seperti di bom'," kata ADUN PKR itu.

Shuhaimi mendakwa, tindakan Noh itu ekoran keadaan "berlengan populariti" antara kedua-dua tokoh Umno negeri itu bagi membuktikan siapa lebih berpengaruh bagi menerajui parti itu dalam pilihan raya akan datang.

NONE"Sidang akhbar berasingan oleh kedua-dua mereka, hasil ciptaan isu yang sama membuktikan wujud 'perang pengaruh' di antara mereka," kata Shuhaimi.

"Kedua duanya sedang menunjuk 'silat politik' agar tidak terlepas peluang menjadi menteri besar jika dalam pilihan raya umum ke-13 pengundi kembali memilih Barisan BN - istilah saya dalam hal ini ialah sekadar angan-angan Mat Jenin."

Selepas kekalahan BN di Selangor dalam pilihan raya umum lalu, Dr Mohd Khir kini hanya bertindak sebagai ketua pembangkang dan ketua pemikir Umno.

Manakala Noh pula diberikan jawatan penting sebagai orang nombor dua dalam perhubungan Umno negeri bagi membantu tugas Datuk Seri Najib Razak sebagai pengerusinya.

KeNONEtika serangan bertubi-tubi kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada Pakatan Rakyat sejak minggu lalu, kedua-dua tokoh Umno itu bagaimanapun menyusun tindakan secara berasingan, sekali gus mencetuskan spekulasi berhubung persaingan sesama mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, Shuhaimi berkata tindakan Noh melawat dua kawasan tersebut sebagai reaksi kepada tindakan Dr Mohd Khir menunjukkan kawasan Dengkil - kawasan ADUN Marsum Paing yang didakwa penyokong kuat Noh.

"Cara mereka bertindak membuktikan (isu) pasir di Selangor hanyalah 'batu loncatan mencari pengaruh' dan tidak lebih dari itu," kata Shuhaimi.

"Isu pasir Selangor adalah ciptaan UMNO Selangor menyukat pengaruh masing masing, tidak lebih dari itu."/Malaysiakini

MUFTI PUN DIPERALATKAN ?

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Tindakan Umno yang tergamak memperalatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya berbohong dan mendakwa terdapat pimpinan PAS yang meminta beliau menguruskan perpaduan PAS-Umno membuktikan parti itu memang tenat dan terdesak, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat melihat sendiri tingkah laku dan kelakuan Umno di penghujung hayat mereka.

"Institusi agama seperti jawatan mufti pun sanggup diperkudakan. Semuanya halal bagi mereka asalkan dapat terus berkuasa. Dulu, kini dan selamanya Umno menipu rakyat," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz melihat apa yang berlaku kepada Umno itu sebagai balasan Allah malah beliau yakin rakyat juga ingin melihat Umno dimuziumkan.

"Akhirnya balasan Allah ke atas mereka sehinggakan daripada parti yang nampak hebat dan perkasa, sekarang ini desperate.

"Saya berkayakinan umat Islam dan bangsa Melayu ingin melihat Umno dimuziumkan berserta kebobrokan, kezaliman dan kerakusannya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau juga menyindir Umno kerana baru sekarang "terlolong ingin menyatupadukan bangsa Melayu".

"Inilah balasan kepada sikap bongkak, sombong dan kezaliman mereka. Kezaliman mereka bukan sahaja terhadap rakyat, malah alam semula jadi Malaysia pun mereka zalimi demi memenuhi kerakusan mereka," katanya./Harakahdaily

Adakah PAS Dilihat Jahat Jika Menolak Tawaran Perpaduan Islam UMNO?

Salam Hormat,

Entri kali ini dimulakan dengan petikan kata-kata kepimpinan PAS dalam isu pembentukkan perpaduan di antara PAS dan UMNO.


Apa kata Ketua Dewan Pemuda PAS;

"Maka, apalah salahnya jika kini UMNO pula mengambil giliran dan langkah serupa seperti dulunya PAS pernah menyertai Perikatan demi penyatuan melayu Islam di era Tun Abdul Razak [ Lagi pun pemimpin UMNO kini yang beria - ia benar mahukan penyatuan ] .

"Kini di era YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pulalah menghulur tangan, sanggup dan sedia bersama PAS menyertai Pakatan Rakyat memperjuangkan Islam dan bangsa melayu Islam agar kita dapat membina sebuah negara yang aman, makmur, sejahtera, adil, telus, saksama tanpa sebarang pertelagahan atau persengketaan yang merugikan ummat Islam dan bangsa Melayu itu sendiri.


Apa kata 3 Naib Presiden PAS;

Mahfuz Omar Berkata;

“Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta 'oksigen' dari PAS,”. Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat perunding APCO Worldwide yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan
politik Israel dan Amerika sebagai penasihat Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN). “Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin,”


Salahuddin Ayub Berkata;

Jika benar Umno mahukan perpaduan, Umno perlu menyertai Pakatan Rakyat bersama PAS, PKR dan DAP.


Tuan Ibrahim Tuan Man Berkata;

PAS menyatakan dengan tegas kita perlu bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; “Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”. Lantaran itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah!

PAS tidak akan merelai perpaduan bagi mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam yang ditaja oleh UMNO. Mereka sanggup menghalalkan perjudian di atas nama kebajikan dan sukan walhal dengan jelas Islam menyatakan judi itu haram!

Apa kata Timbalan Presiden PAS;

PAS masih lagi berpegang dengan ketetapan yang telah dibuat dalam muktamat-muktamar yang lalu. PAS akan terus memfokuskan kepada gerak kerja mendepani pilihan raya umum k-13 untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.
Saya juga menyeru kepada seluruh pimpinan dan ahli agar dapat melipatgandakan usaha untuk memantapkan organisasi, terutama di peringkat cawangan dan kawasan serta menambah keahlian baru PAS semaksima mungkin.

Apa kata Presiden PAS ;

(Maaf, ikhlasnya saya katakan, tiada lagi komen dari TG Presiden setakat ini, dan ia bukanlah satu kesalahan kerana timb. presiden dan naib-naib presidennya telah memberi komen serta penegasan. Namun saya percaya pendirian TG Presiden adalah senada)

Apa kata Mursyidul Am PAS;

PERGI JAHANAM DENGAN UMNO !!!

Oleh demikian, saya memohon kepada semua pucuk pimpinan UMNO supaya berfikir dengan akal yang dikurniakan oleh Allah, bahawasanya, pinangan UMNO terhadap PAS adalah ditolak tanpa syarat dan tanpa bicara, kerana tindak-tanduk dan kebejatan melampau UMNO itu sendiri telah menjadi faktor betapa PAS dan UMNO tidak mungkin bersatu buat ketika ini.

Sepertimana yang dilafazkan oleh Puteri Gunung Ledang terhadap Sultan Melaka berkenaan terjemahan-terjemahan yang berupa permintaan itu, adalah sebenarnya satu penolakkan.
Kepada rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang di ambang perubahan, sedarlah bahawa permainan propaganda UMNO ini sebenarnya satu perangkap yang menang-menang bagi UMNO. Ini kerana apabila PAS menolak kerjasama politik demi perpaduan melayu dan Islam, maka PAS akan dilihat jahat kerana membelakangkan perpaduan yang dituntut.

Akhirnya tiba satu perenggan yang membunuh segala prasangka, hadir dari Tuan Ibrahim Tuan Man yang berbunyi - PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah!

Persoalan di sini ialah, adakah PAS akan dilihat jahat kerana menolak pelawaan UMNO? Adakah PAS akan dipandang serong sekiranya tidak menerima tawaran perpaduan melayu dan Islam
ini ?

Sedarlah saudara dan saudari sekalian. PAS bukan berdepan dengan tawaran perpaduan sesama Islam, PAS juga bukan berdepan dengan tawaran perpaduan walau sesama melayu sekalipun. PAS sebenarnya berdepan sebuah tawaran perpaduan dari sebuah gerombolan pengkhianat bangsa!

PAS berhadapan dengan tawaran perpaduan dengan gerombolan yang tidak bertanggungjawab terhadap peristiwa Memali, mengamalkan Akta zalim ISA, merancang kudeta rampasan kuasa di Perak, menafikan hak royalti Terengganu dan Kelantan ketika PAS berhak ke atasnya, dan yang paling menyedihkan, PAS berhadapan tawaran perpaduan oleh pihak yang mengfitnah PAS sebagai parti ajaran sesat.

Oleh demikian, di atas kelaku gerombolan terdesak seperti di atas, wajarkah PAS dipandang serong sekiranya menolak tawaran perpaduan? Saya yakin, sesiapa sahaja tidak akan dipandang serong sekiranya menolak untuk berpakat serta bersubahat dengan perompak. Inikan pula menolak lamaran penggadai maruah agama dan bangsa. Seperti itu jugalah Puteri Gunung Ledang menolak lamaran seorang sultan yang zalim.

Perlu diingat, penyatuan PAS dan UMNO merupakan jalan terakhir bagi menyelamatkan sebuah empayar yang berdiri di atas keringat rakyat. UMNO tidak akan membiarkan harta yang disiap-sediakan untuk tujuh keturunan mereka dirampas oleh kuasa rakyat setelah berdepan kekalahan pertama kerajaan pusat pada PRU yang semakin hampir. Walaubagaimanapun, kita harus bersyukur kerana kesepakatan kepimpinan PAS hari ini telah melemahkan peluang talian hayat terakhir UMNO.

Hari ini, minggu ini, telah dibuktikan bahawa UMNO itu benar-benar semakin lemah dari pelbagai aspek. Pertelingkahan antara mereka ada di mana-mana, Mesyuarat cawangan dan bahagian lemau tidak bermaya, yang bertumbuk juga ada. Malah, isu pasir yang mereka tembak ke arah Kerajaan Selangor juga telah menyebabkan pergaduhan sesama mereka, serta menerbitkan 'overkill' yang memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.

Dikesempatan ini, saya menyeru kepada semua kepimpinan Pakatan Rakyat agar bertindak bijak, sepertimana yang berlaku hari ini, minggu ini.

Salam Perjuangan, Salam Reformasi, Salam Revolusi 308
Saya akhiri dengan sebuah slogan yang telah dimodifikasi ;
1Perjuangan - Islam didahulukan, Kebajikan diutamakan !

Sumber: edyesdotcom.blogspot

Rabu, 21 Julai 2010

KETUA PEMUDA PAS, SILA TARIK BALIK KENYATAAN ANDA

Oleh: WFAUZDIN NS

SEBELUM saya menulis di sini, anda perlu membaca kenyataan Ketua Pemuda PAS yang disiarkan di dalam dua akhbar perdana, dan kenyataan beliau itu dipetik dari blog Ketua Pemuda PAS itu sendiri.

UMNO, Pas perlu pelan damai

Pemuda PAS sokong perpaduan

Jika ianya benar dari tulisan Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasruddin Tantawi, amat malang sekali PAS memiliki Ketua Pemuda sedemikian rupa. Apa yang beliau mahu capai dari `Pelan Damai' dengan Umno itu? Tidak cukup puas hatikah Ketua Pemuda ini dengan kerjasama yang semakin erat bersama Pakatan Rakyat? Apa yang tidak kena dengan Pakatan Rakyat sehingga beliau mahu adakan `Pelan Damai' dengan Umno?

Wahai Us Nasruddin, tahukah kamu bahawa Umno tergila-gilakan PAS hanya kerana Pilihanraya Umum semakin hampir? Susah sangatkah kamu untuk membaca rentak tari Umno, sedangkan MCA , MIC dan Gerakan sudah lama tahu rentak tari Umno ini. Mereka sedang merasai apa yang Umno lakukan pada mereka walaupun sesama Komponen BN. Masakan Us Nasruddin begitu mudah termakan dengan muslihat bodoh Umno tersebut? Sedarkah kamu pada tahun 2004, ketika Umno dan Bn begitu gagah, pernah Umno menjeling pada PAS selain dari jelingan harimau yang ingin menerkam mangsanya? Lupakah kamu, wahai Us Nasruddin?

Malang sungguh, Ketua Pemuda PAS ini menyebut sanggup melupakan Peristiwa Memali yang mengorbankan As Syahid Us Ibrahim Libya dan rakan-rakan seperjuangannya hanya kerana seruan perpaduan Umno? Pernahkah Umno mohon maaf atau mengaku salah di atas tragedi Memali? Us Nasruddin tahu atau tidak betapa waris mangsa kezaliman Memali menghadapi hidupnya sekarang? Beliau juga sanggup untuk melupakan mangsa kezaliman Akta zalim ISA demi seruan perpaduan Umno? Saya tidak pasti samada Us Nasruddin pernah atau tidak ditahan di bawah akta zalim tersebut.

Us Nasruddin cuba untuk bandingkan Umno dengan DS Anwar dan Ku Li di mana katanya PAS boleh terima mereka. Mengapa dangkal pemikiran kamu sehingga menyamakan kedua tokoh tersebut? Jauh beza Umno dengan individu berkenaan. Benar, DS Anwar dahulu ahli Umno tetapi beliau diterima sebagai sekutu PAS adalah kerana DS Anwar meninggalkan Umno dan tidak menentang perjuangan PAS malah banyak membantu kejayaan PAS. Begitu juga Ku Li, yang sanggup dipinggirkan di dalam Umno demi menegakkan hak royalti Kelantan.

Apa yang samanya dengan Umno? Mungkin boleh diterima sekiranya Umno dibubarkan dan kesemua ahlinya menyertai PAS atau menyokong perjuangan PAS. Tetapi ini tidak berlaku, Umno tetap Umno dengan dasarnya itu. Bahkan, Umno masih kekal dengan perangai mereka seperti dahulu yang menyusahkan rakyat. Jadi, apa lojiknya Us Nasruddin mahu samakan penerimaan PAS terhadap DS Anwar dan Ku Li?

Jika kesemua peristiwa seperti Memali, Akta zalim ISA, rampasan kuasa di Perak, hak royalti Terengganu dan Kelantan dirampas, fitnah PAS parti ajaran sesat dan banyak lagi yang menghiris jiwa kita ingin dilupakan oleh Ketua Pemuda PAS ini semata-mata mendengar dendangan lagu `perpaduan Melayu Islam' oleh Umno dan Mufti Perak itu, saya tidak tahu samada PAS masih ada atau tidak lagi pemuda yang berani berjuang.

Saya berharap Ketua Pemuda PAS menarik kembalik kenyataannya itu. Sekiranya beliau masih tetap dengan pendiriannya untuk melupakan segala tragedi yang menimpa PAS demi Umno, saya secara peribadi tidak lagi akan menghormatinya sebagai Ketua Pemuda PAS dan juga sebagai Ulamak Muda./wfauzdin.blogspot.com

JAMIL KHIR MAHU KEPADA AL-QURAN ?

Oleh: WFAUZDIN NS

JAMIL KHIR seorang Senator yang setaraf dengan raja sesumpah Ezam mula membuka mulut yang bunyinya sama seirama dengan Mufti Perak. Lagu dan irama perpaduan Islam dikumandangkan seolah-olah waktu ini kita sesama Melayu dan Islam sudah `berperang saudara'. Benarkah begitu? Ianya tidak benar, apa yang berlaku sekarang adalah Umno mahukan undi bukannya perpaduan apatah lagi Islam. Kenyataan Jamil Khir itu adalah kenyataan seorang Senator yang berada di dalam sebuah parti sekular yang bersemangatkan kebangsaan.

Di mana-mana kampung, bangsa Melayu tidak berpecah, samada di negeri yang diperintah Bn mahupun di negeri yang diperintah oleh PR. Masyarakat di kampung bersatu padu termasuk di kalangan bangsa Cina atau India. Mereka tahu untuk membezakan fahaman politik yang tidak membolehkan mereka berpecah belah. Jika ada sekalipun perpecahan, mungkin di satu-satu tempat yang mekibatkan kelompok kecil yang taksub.

Umno mahukan perpaduan adalah kerana Umno merasakan perpaduan bersama PAS itu penting untuk mengukuhkan parti sekular yang mereka dakap itu. Jamil Khir menyebut bahawa antara PAS dan Umno, mereka mempunyai Kiblat yang satu, puasa, sembahyang dan juga berbagai ibadah lain adalah serupa. Adakah ini bermakna umat Islam yang berada di dalam PKR, DAP, Gerakan dan beberapa parti lain itu tidak sama ibadah mereka? Mengapa tidak diajak untuk perpaduan ini?

Jamil Khir juga sebut pasal kembali kepada Al-Quran demi perpaduan. Kenyataan ini amat baik sekali dan itulah yang PAS mahukan. Tetapi, adakah Umno mahu kembali kepada Al-Quran? Di dalam masa Jamil Khir menyebut perlu kepada Al-Quran, seorang lagi telah ditahan di bawah akta ISA yang zalim dan bertentangan dengan Al-Quran itu. Setelah banyak yang mereka rampas dari rakyat termasuk kebebasan bersuara, Jamil Khir masih mahu bercakap soal perpaduan dan Al-Quran. Selaku Senator dan juga Menteri yang menjaga hal ehwal agama, Jamil Khir patut bersihkan semua perkara mungkar ini sebelum menyebut tentang perpaduam Umat.

Sewaktu Jamil Khir berada di dalam ATM, beliau gagal untuk `mengislamisasikan' organisasi sekecil itu, apatah lagi untuk sebuah negara. Angkatan tentera kita masih lagi banyak mewarisi sistem penjajah samada dari segi pentadbiran mahupun latihan. Cuma barangkali di dalam ATM, Islam boleh diperlihatkan di dalam beberapa program keagamaan di dalam masa-masa tertentu. Kita tidak nampak bagaimana anggota tentera kita mampu lahir sebagai pejuang yang bersedia untuk berjihad demi agama dan negara. Ini adalah kerana aspek kerohanian dan keagamaan tidak ditonjolkan secara menyeluruh.

Jika benar Jamil Khir ikhlas untuk melihat Melayu dan Islam bersatu, beliau harus menasihatkan pemimpin Umno untuk mengubah dasarnya kepada Islam atau pun menyertai PAS. Hanya Islam yang boleh menyatukan Umatnya, tetapi tidak boleh menyatukan Melayu sahaja. Islam bukan untuk Melayu dan Melayu juga belum tentu Islamnya./wfauzdin.blogspot.com

INI SEMUA KERANA ANWAR BAWA PETAKA !!

Oleh: Mandor

TERGOLEK terlentang aku apabila membaca kisah `SiGemuk Pendek' ini jatuh terkangkang. Tapi kisah ini aku anggap sebagai hikayat penglipur lara saja. Kalau anda mahu berkongsi hikayat ini, boleh baca kat sini.

Teringat aku kisah `perempuan celaka'. Itu hikayat mengerikan, bukan lucu sebenarnya. Hikayat `SiGemuk Pendek' ini adalah lucu. Jika terjadi kepada insan lain selain dia, mungkin tidak lucu tetapi mendatangkan simpati. Tetapi kenapa kejadian malang ini berlaku pada dia, jadi lucu pula?

Simpati bukan terhadap yang terkangkang jatuh tu, tetapi simpati kepada Pengawal Peribadinya. Buta je Pengawal tu kena `sound'. Sebenarnya bukan salah Pengawal tu. Ini semua adalah salah DS Anwar. Kalau tak percaya cuba tanya laki perempuan yang terjatuh terkangkang tu. Atau pun tanya kat Utusan Meloya atau TV3 suku. Mereka akan kata, DS Anwar punca `malapetaka' ini semua.

BAU BUSUK `KATAK' SAMPAI KE AMERIKA ?

Ibrahim: Malott 'tolol' tuduh PERKASA militan
Jul 21, 10


Presiden Pertubuhan Pribumi PerkasaMalaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali menyifatkan kenyataan bekas duta Amerika ke Malaysia John R Malott bahawa pertubuhan itu sebuah kumpulan militan dalam rencana di akhbar The Wall Street Journal, sebagai satu "tuduhan liar yang tidak bertanggungjawab."

"Saya anggap dia (Malott) tolol. Tulisan itu tidak betul dan dia seorang bekas diplomat yang berani membuat tuduhan yang tidak bertanggungjawab. Dia (Malott) gila mengatakan PERKASA adalah kumpulan militan," katanya kepada Bernama semalam.

Beliau diminta mengulas rencana Malott berjudul "What Anwar's Trial Means For Malaysia" di muka surat 15 akhbar itu, yang antara lain menyatakan "Satu kumpulan militan baru dikenali sebagai PERKASA, yang mendakwa bahawa hak orang Melayu sedang terancam oleh golongan minoriti China dan India, mendapat sokongan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan anggota parti pemerintah yang lain."

Ibrahim, berang dengan tuduhan itu, menegaskan bahawa PERKASA merupakan pertubuhan sah bagi membela bangsa Melayu dan bukan militan yang menggunakan senjata dalam perjuangannya.

"Kita tidak ada kena mengena dengan militan. Walaupun kita badan yang lantang, banyak lagi badan bukan kerajaan (NGO) lain yang lantang," katanya yang membaca dakwaan Malott itu pagi semalam.

Ibrahim yang juga ahli parlimen Bebas Pasir Mas berkata Malott telah memalukan rakyat Amerika dengan melemparkan tuduhan sedemikian terhadap PERKASA.

- Bernama

CUKUPLAH WAHAI HARUSSANI, BETULKAN PERAK DULU

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

MUFTI Perak Harussani mengakui beliau tidak berbohong apabila mendakwa terdapat pemimpin PAS berjawatan `tinggi' menemuinya. Tujuan berjumpanya adalah untuk meminta Mufti Perak tersebut menjalankan usaha menyatukan parti sekular Umno dengan Parti Islam iaitu PAS. Pengakuan Mufti Perak tersebut adalah berlanjutan daripada kenyataan dua Naib Presiden PAS yang mendakwa Mufti berkenaan berbohong.

Setakat mana `tinggi'nya pemimpin PAS yang dikatakan berjumpa dengan Mufti Perak itu tidak kita ketahui, tetapi yang pentingnya Mufti Perak sedar bahawa perjumpaan itu bukan secara rasmi atas arahan PAS Pusat. Ini bermakna, tiada niat atau usaha PAS untuk bersatu dengan Umno atas tujuan kununnya perpaduan Melayu dan Islam.

Mufti Perak hairan mengapa usahanya untuk menyatukan PAS dan Umno dikritik hebat ramai pihak, seolah-olah hanya beliau dan Umno sahaja yang inginkan perpaduan. Hairannya Mufti Perak tersebut sama seperti kita hairan mengapa Mufti Perak menjadi bisu serta merta dengan apa yang terjadi di dalam rampasan kuasa di Perak negerinya sendiri. Sama juga kita hairan dengan sikap Mufti Perak yang menutup mata dan mulut dengan segala kepincangan dan kerja maksiat yang dilakukan oleh kerajaan memerintah. Lebih menghairankan kita, Mufti Perak sering ke luar negara bertemu pelajar dan di sana seorang Mufti boleh bertukar menjadi seorang pemimpin politik Umno. Maka, lebih banyak kita hairan daripada yang beliau hairan.

Sebagai seorang Mufti, sepatutnya beliau menasihatkan Umno agar menerima Islan sebagai dasar perjuangannya dan baru boleh bercakap tentang penyatuan dengan PAS. Mana mungkin tangan yang masih berlumuran dengan kekotoran mahu menghulur berjabat salam? Apakah Mufti Perak ini terpedaya dengan dakyah Umno yang percaya `Kuat Melayu, maka kuatlah Islam'?

Parti PAS bukan sahaja parti yang ditunjangi oleh pemimpin Melayu, bahkan parti tersebut turut mahu mendaulatkan Islam. Terlalu jauh beza dengan Umno. Umno bukan sahaja menolak Islam sebagai dasar, bahkan masih berterusan sehingga kini melakukan banyak perkara yang berlawanan dengan hukum Islam. Masakan Mufti Perak tidak tahu? Jika tahu, apa ertinya penyatuan dengan golongan seperti ini?

Situasi yang berlaku di Perak sudah cukup menggambarkan bahawa Mufti Perak ini tiada kewibawaan langsung untuk bercakap soal Melayu jauh sekali untuk bercakap tentang penyatuan Islam. Oleh yang demikian, abaikan sahaja apa yang perkatakan kerana setiap kali beliau bercakap kita akan terhidu `bau Umno' dimulutnya./wfauzdin.blogspot.com

Mengapa Dagangan Minyak Wajib Guna CIMB?

Pakatan Rakyat persoal mengapa pengusaha minyak diwajibkan guna khidmat bank CIMB untuk semua perdagangan minyak.

Pakatan Rakyat mencurigai motif disebalik arahan terbaru kerajaan ini yang dibuat selepas kenaikan harga minyak diumumkan minggu lalu.

Bermula 1 September ini, semua perdagangan minyak, baik cek mahupun tunai, diwajib menggunakan sistem auto-debit CIMB. Adalah difahamkan bahawa CIMB akan mengenakan caj RM10 bagi setiap seribu keping wang yang didebitkan, manakala caj RM1 untuk setiap seratus keping duit yang didebitkan.

Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia mengesyaki adanya usaha pihak tertentu untuk memonopoli pergadangan minyak tanahair, yang dijangka mengaut keuntungan yang jauh lebih tinggi selepas pemotongan subsidi 15 Julai lepas.

Apa yang amat mencurigakan adalah pengusaha stesen minyak dinasihatkan membuat bayaran debit dibilik pegawai tertentu bagi mengelakkan terdedah kepada pengetahuan umum.

“Kenapa dilakukan satu pemaksaan kepada penjual supaya hanya berurusan dengan CIMB melalui auto debit. Ini satu bentuk monopoli yang dipaksakan kepada penjual.”

Sallehuddin merasakan arahan baru ini menekan pengusaha-pengusaha minyak yang menggunakan bank pilihan masing-masing atas pelbagai sebab tertentu, seperti jarak dari stesen minyak, kemesraan pengguna, dan sistem perbankan yang lebih menyakinkan.

Menurut Sallehuddin, perkhidmatan Maybank misalannya tidak mengenakan caj tambahan untuk sebarang transaksi auto-debit.

Lantas, beliau mencurigai kewajaran arahan itu, dan mensyaki apakah ia ada hubung kait dengan individu tertentu dalam bank itu.

“Saya bawa isu ini kerana tidak mahu ada monopoli yang memaksa penjual minyak dipaksa yang mana saya difahamkan akan berkuatkuasa 1 September ini.”/TVSelangor

Selasa, 20 Julai 2010

BEKAS PRESIDEN MCA ADA `JALAN LAIN' JIKA TIDAK TERPILIH SEBAGAI CALON

Ong Tee Keat ada jalan lain kalau disingkir PRU ke-13

Lim Hong Siang
Jul 19, 2010 04:53:34 pm

Bekas Presiden MCA Ong Tee Keat akan mengatur langkah baru, seandainya disingkirkan dari senarai calon MCA-Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Malah, beliau tidak menolak untuk mengikut "rancangan baru" dirinya, jikalau gagal bertanding dalam PRU ke-13, katanya dalam wawancara bersama Oriental Daily.

Maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh bekas Menteri Pengangkutan ini lebih jelas, seandainya dibaca dalam konteks wawancara tersebut. Ong Tee Keat mendakwa bahawa beberapa orang pelobi dari parti lain cuba mendampinginya selepas 8 Mac 2008, sehinggalah 16 September pada tahun yang sama, malah selepas 28 Mac 2010, iaitu selepas beliau kecundang dalam pemilihan MCA.

"Mereka yang datang mendampingi saya, bukan saya yang pergi mendampingi mereka. Kadang-kala, jangan bersahaja untuk makan dengan siapa-siapa," katanya sambil berseloroh dalam wawancara yang disiarkan pada 17 Julai 2010.

Meskipun digugurkan daripada kabinet berikutan kegagalannya mempertahankan jawatan Presiden dalam pemilihan semula MCA pada 28 Mac tahun ini, Ong Tee Keat, tetap enggan berundur dari gelanggang politik tempatan. Menurut laporan tersebut, Ong Tee Keat sedar bahawa ramai orang yang mengandaikan hayat politik seseorang politikus akan dibubuh noktah selepas berundur dari jawatan Presiden, tetapi beliau tidak akur kepada tanggapan sedemikian.

Beliau tidak menafikan desas-desus tersebar bahawa Naib Presiden MCA merangkap Pengerusi MCA Jawatankuasa Perhubungan Negeri Selangor, Donald Lim Siang Chai (gambar kiri) mungkin mengambil alih kawasan parlimennya (Pandan-Selangor) dalam PRU ke-13, tetapi khabar angin ini tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkhidmat di kawasan itu.

Ketika ditanya wartawan Oriental Daily, bahawa seandainya benar beliau disingkirkan dari senarai calon BN pada PRU ke-13, apakah beliau tetap akan bertanding? Menurut pengamatan wartawan Oriental Daily, Ong Tee Keat berfikir sejenak sebelum berkata, "Seandainya apa yang anda katakan itu benar, dan berlaku pada hakikatnya, maka bukanlah saya yang terhutang kepada MCA atau BN."

"Seandai keadaannya bukanlah saya yang terhutang kepada BN, MCA, maka perlulah saya membuat pertimbangan dan pilihan yang lain...dan ia adalah sesuatu yang wajar," katanya.

Ong Tee Keat (gambar kanan) merupakan satu-satunya pemimpin MCA yang berjaya mempertahankan kerusi Dewan Rakyatnya di kawasan Lembah Klang (Kuala Lumpur-Selangor) dalam tsunami politik yang berlaku pada 8 Mac 2008. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pengangkutan, dan dipilih sebagai Presiden MCA dalam pemilihan partinya.

Beliau memulakan siasatan terhadap skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) setelah mengambil alih Kementerian Pengangkutan, pada masa yang sama terjerat ke dalam pergelutan kuasa partinya. Akhirnya beliau kecundang dalam pemilihan semula partinya, dan kehilangan jawatan Menterinya dalam kabinet selepas itu.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.