SEBELUM saya menulis di sini, anda perlu membaca kenyataan Ketua Pemuda PAS yang disiarkan di dalam dua akhbar perdana, dan kenyataan beliau itu dipetik dari blog Ketua Pemuda PAS itu sendiri.
Jika ianya benar dari tulisan Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasruddin Tantawi, amat malang sekali PAS memiliki Ketua Pemuda sedemikian rupa. Apa yang beliau mahu capai dari `Pelan Damai' dengan Umno itu? Tidak cukup puas hatikah Ketua Pemuda ini dengan kerjasama yang semakin erat bersama Pakatan Rakyat? Apa yang tidak kena dengan Pakatan Rakyat sehingga beliau mahu adakan `Pelan Damai' dengan Umno?
Wahai Us Nasruddin, tahukah kamu bahawa Umno tergila-gilakan PAS hanya kerana Pilihanraya Umum semakin hampir? Susah sangatkah kamu untuk membaca rentak tari Umno, sedangkan MCA , MIC dan Gerakan sudah lama tahu rentak tari Umno ini. Mereka sedang merasai apa yang Umno lakukan pada mereka walaupun sesama Komponen BN. Masakan Us Nasruddin begitu mudah termakan dengan muslihat bodoh Umno tersebut? Sedarkah kamu pada tahun 2004, ketika Umno dan Bn begitu gagah, pernah Umno menjeling pada PAS selain dari jelingan harimau yang ingin menerkam mangsanya? Lupakah kamu, wahai Us Nasruddin?
Malang sungguh, Ketua Pemuda PAS ini menyebut sanggup melupakan Peristiwa Memali yang mengorbankan As Syahid Us Ibrahim Libya dan rakan-rakan seperjuangannya hanya kerana seruan perpaduan Umno? Pernahkah Umno mohon maaf atau mengaku salah di atas tragedi Memali? Us Nasruddin tahu atau tidak betapa waris mangsa kezaliman Memali menghadapi hidupnya sekarang? Beliau juga sanggup untuk melupakan mangsa kezaliman Akta zalim ISA demi seruan perpaduan Umno? Saya tidak pasti samada Us Nasruddin pernah atau tidak ditahan di bawah akta zalim tersebut.
Us Nasruddin cuba untuk bandingkan Umno dengan DS Anwar dan Ku Li di mana katanya PAS boleh terima mereka. Mengapa dangkal pemikiran kamu sehingga menyamakan kedua tokoh tersebut? Jauh beza Umno dengan individu berkenaan. Benar, DS Anwar dahulu ahli Umno tetapi beliau diterima sebagai sekutu PAS adalah kerana DS Anwar meninggalkan Umno dan tidak menentang perjuangan PAS malah banyak membantu kejayaan PAS. Begitu juga Ku Li, yang sanggup dipinggirkan di dalam Umno demi menegakkan hak royalti Kelantan.
Apa yang samanya dengan Umno? Mungkin boleh diterima sekiranya Umno dibubarkan dan kesemua ahlinya menyertai PAS atau menyokong perjuangan PAS. Tetapi ini tidak berlaku, Umno tetap Umno dengan dasarnya itu. Bahkan, Umno masih kekal dengan perangai mereka seperti dahulu yang menyusahkan rakyat. Jadi, apa lojiknya Us Nasruddin mahu samakan penerimaan PAS terhadap DS Anwar dan Ku Li?
Jika kesemua peristiwa seperti Memali, Akta zalim ISA, rampasan kuasa di Perak, hak royalti Terengganu dan Kelantan dirampas, fitnah PAS parti ajaran sesat dan banyak lagi yang menghiris jiwa kita ingin dilupakan oleh Ketua Pemuda PAS ini semata-mata mendengar dendangan lagu `perpaduan Melayu Islam' oleh Umno dan Mufti Perak itu, saya tidak tahu samada PAS masih ada atau tidak lagi pemuda yang berani berjuang.
Saya berharap Ketua Pemuda PAS menarik kembalik kenyataannya itu. Sekiranya beliau masih tetap dengan pendiriannya untuk melupakan segala tragedi yang menimpa PAS demi Umno, saya secara peribadi tidak lagi akan menghormatinya sebagai Ketua Pemuda PAS dan juga sebagai Ulamak Muda./wfauzdin.blogspot.com
saya sokong. jangan layan kerenah umno, dulu, kini selamanya.
BalasPadambangang punya manusia....mereka yg dipanggil ulamak bukan kerana dia umno atau pas....tapi kerana ilmunya...apa ke punya gila mu ni,org tak ikut selera mu, semua mu kutuk...mu tadak palla otok ke..dia bercakap bersandarkan ilmu dgn kewarasan dan tanggung jawab...bukan macam mu gila tak habis2..ikutkan perasaan dan syaitan....bertaubatlah...dia tetap ulamak disisi Allah,walau mu iktiraf ataupon tidak...mu tu sapa nak letak org ni ulamak...org ni ustaz...mu boleh letak kat org bengong serupa mu ler..
BalasPadamKita mohon kepada SESIAPA SAHAJA DI DALAM PAS samada KETUA PEMUDA KE...SIAPA KE....tolong lah jangan buat perkara yang "tidak cerdik ini".
BalasPadamKalau betul Ketua Pemuda ada mengeluarkan kenyataan sedemikian, mintak tolonglah jangan dihancurkan PAS ini..kami sayangkan PAS!hentikanlah melayan perangai umno yang begap ni...tolonglah...tolonglah...wahai sekeliannya.
Kenyataan Ustaz Nasrudin ini sangat mengelirukan kepada ahli dan penyokong Pakatan Rakyat. Sebagai Ketua Pemuda PAS kenyataan sebegini sangat tidak dialukan.
BalasPadamSokongan kita kepada dasar PAS dan penolakan kepada dasar politik UMNO bukan bermaksud Melayu berpecah.
Antara ahli PAS dan UMNO, kita masih boleh kunjung mengunjung antara satu sama lain, berjabat tangan hatta berpeluk atas nama persaudaraan atau bergotong royong. Kita masih boleh menghormati antara satu sama lain sebagai penganut fahaman poltik yang berbeza.
Tetapi kita mesti jelas antara perpaduan politik dan perpaduan kekeluargaan atau personal. Kita Pakatan Rakyat atau PAS tidak boleh bersatu dibawah dasar politik UMNO.
Jalan yang lurus itu jelas. Jalan yang bengkok itu juga jelas. Antara keduanya adalah shubhah. Shubhah juga haram.
Kita menyokong PAS kerana hanya PAS yang berada di jalan yang lurus. Bukannya UMNO.
Sekiranya Ustaz Nasrudin masih ragu- ragu dengan perjuangan ini sila letak jawatan dan tinggalkan PAS. Kami tidak perlu pemimpin yang gusar seperti anda.
salam..
BalasPadamdah ku katakn dari dulu....geng perpaduan masih ujud,mereka hanya menunggu masa sahaja ....pemimpin dar trgnu yg banyak menyokong perpaduan...jika di biarkn pas akan hancur...
Cukup-cukup le tu.... lepas ni campakkan si tantawi ni jauh-jauh. Tak payah nak berpolitik kalau dah BODOH. Campakkan sekali presiden yang lebih kurang sama je. Berhenti berpolitik dan jadi ulama sungguh-sungguh. Memang kita mencari ulama yang pandai berpolitik sebab politik dan agama tak dapat dipisahkan tapi hingga kini kita sukar nak cari kedua-duanya. Kalau pandai agama tapi BODOH berpolitik. Kalau bijak berpolitik perangai pulak macam SETAN. Nak dapat dua-dua memang susah.
BalasPadamSiapalah agaknya yang dapat mengantikan TGNA? Hadi...? Sorry... tak ada tokoh langsung.
Salam
BalasPadamKalaw ini pendapat dan pendirian Nasruddin ianya adalah satu tindakan yang bodoh. Mendorong TGNA utk berbincang perkara ini pun satu pendekatan yang bodoh lagi bangang. Mana Presiden ?
mmg patut kene kutuk pun org mcm ni ... org da dok fokus kat PR yang die dok sibuk dgn perpaduan dengar umno pulak... harapan untuk kite menukar kerajaan umno haprak ni da pun hampir ... ade pulak mat tonggong ni mengacau ... bercelaru betul ... mmg xwaras ...Tuan Guru dah cakap berbuih mulut ... jgn sebut pasal perpaduan lagi ... xfaham2...nak jadi barua umno pulak ...
BalasPadammangkuk hayun betul tantiawi ni ...
Assalamualaikum...
BalasPadamkenapa kita mengambil sumber rujukan daripada media musuh kita yang kita sudah kenal pasti niat jahat mereka...??? kenapa tidak kita mengambilnya daripada sumber yang asli... tuan punya kalam di blog beliau sendiri di
http://episodeperjuangan.blogspot.com/ ... itu lebih selamat bagi kita untuk membuat ulasan dan komen.
Ingat firman Allah yang bermaksud: Sekiranya datang seorang yang fasik kepada kamu dengan sesuatu berita... maka selidiklah dahulu... jangan dah terlanjur kata... hancur semuanya baru nak menyesal... moga kita semua sentiasa berwaspada dengan jarum2 musuh kita. sekian, wassalam
Salam.. Baca dulu apa yang ditulis oleh ust nasharuddin, jgn buat kesimpulan membabi buta.. Media upahan UMNO memang kerja dia nak memecahbelahkan hbgn PAS dan Pakatan Raktyat.. Saja jea nak panaskan isu perpaduan UMNO dan PAS.. Senang cite, selidik dulu maklumat, maklumat dtg drpd MEDIA UMNO blh percaya ke?? Sbgai ahli kena thiqah pada pimpinan..
BalasPadamBukan kami percaya pada media umno tapi tantawi kena pandai baca muslihat dan strategi musuh. Dengan kata mudah, jangan layan media musuh... itu saja. Susah ke nak buat macam tu? Kalau susah jangan jadi pemimpin. Jadi je ustaz sepenuh masa. Kami tak pernah cakap apa yang si tantawi buat itu salah tapi kurang cerdik. Dah bercakap dengan media lepas tu nafikan dalam blog. Ingat orang felda baca blog ke? Fikirlah sendiri... Jangan rosakkan perjuangan. Jangan lurus bendul...
BalasPadamTantawi,yang selalu mengaku interlectual ni,sebenarnya masih mentah dalam arina politik.Dia munkin seorang yang punya ilmu agama,layak untuk kuliah Magrib dan Subuh,tapi dari segi politik dan pengurusan,masih mentah.Dia berminat dengan UMNO sebab dengan UMNO dia boleh berbicara dalam Bahasa Melayu kerana dia kurang faham dan fasih Bahasa Inggeris.Tambahan pula mentor-mentornya seperti Presiden,Tim.Presiden,S/U Agong - semua pecinta UMNO.Tidak boleh disalahkan media UMNO,kerana kerja mereka sudah pun diketahui.Kenaapa mesti terjerat dengan media UMNO,satu bukti kebodohan Tantawi.Manusia jenis Tantawi ni senang dibawa UMNO untuk bermain atas papan catur UMNO.Kasihan Pemuda PAS.
BalasPadamsalam tuan, minta bg laluan utk artikel ini.
BalasPadamTerima Kaseh
Kau orang semua buat ulasan lagi bodoh, ditipu oleh Umno melalui surat khabar Umno. Kau orang kena baca melalui blog Ustaz Nasrudin. Memang kau orang jadi bangang kalau terperangkap dengan mainan media Umno ni. Lain kali jangan cepat terpengaruh muda melenting dengan laporan media pro Umno. Dahlah puak-puak Umno bodoh, kau orang jadi bodoh sama. Maaflah, sebab memang kau orang dah kena perangkap samar Umno.
BalasPadamsetuju 100% dengan pendapat nizam tu. orang kg tak baca blog, kalau utusang umno putar belit, saman saja,, baru orang kg tahu.
BalasPadamBukan orang kampung saja yang tak baca blog, presideng pas pun tak baca blog. Ketua pemuda pas ni tolonglah... SELARASkan tahap pemikiran kamu. Adakah menjadi pemimpin pas hanya untuk dimaki serta dicaci oleh rakyat? Kalau begitu saya fikir pas tidak akan dapat memerintah malaysia (melainkan dengan kehendak Allah) kerana sering bertukar pasangan. Kejap dengan umno, kejap dengan S46, kejap dengan dap, kejap dengan pkr, lepas tu nak balik dengan umno. Kenapa pas tidak SELARASkan kekuatan sendiri? Contohilah kerajaan kelantan di mana rakyat pilih pas kerana islamnya. Itu pun sementara TGNA masih hidup. Selepas ni tak taulah nak cakap macam mana. Tempat lain orang pangkah pas kerana tiada pilihan sebab orang dah terlalu benci dengan umno. Janganlah perasan pas ni kuat. Carilah pengganti kepada pemimpin-pemimpin yang sedia ada sekarang yang lebih bijak berpolitik walaupun bergelar ulama. Jangan hanya pandang pada besarnya serban seseorang itu untuk dipilih sebagai pemimpin tetapi dalamnya kosong. Kurangkan punca-punca fitnah supaya kurang sikit dosa rakyat yang menghina ulama'. Jika tak pandai mentadbir maka jadilah ulama 100% atau sekadar penasihat kepada umara'. Lupakan pasal politik.
BalasPadamMalaysia asalnya negara sekular dan rakyatnya majoriti berpendidikan sekular (termasuk diri saya). Oleh itu pemimpin pas perlu menangani masalah ini dulu. Bukan mudah untuk mengubah rakyat yang sekular kepada yang condong ke arah Islam. Jangan pandang serong pada kami semua yang tidak berserban besar. Jika kami berdosa maka tugas ulama hanya untuk menghukum kami terus ke neraka? Adakah itu yang Islam ajar? Kalau begitu, karpal singh akan terus membenci Islam. Teringat saya kisah Rasulullah menyuapkan makanan kepada seorang yahudi buta yang terlalu bencikan Islam. Renungkanlah kisah tersebut. Jangan hanya mengaku diri sebagai ulama pewaris nabi tetapi tindak tanduk tidak mengikut apa yang diajarkan oleh Rasulullah.
Saya yakin akan ada puak-puak ortodoks yang marah pada saya dengan mengatakan dia lebih Islam dari saya. Terpulang...