RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 1 Mei 2015

KUMPULAN 20 EKOR BUKAN AHLI PAS TETAPI EJEN MUSUH YANG DIUPAH?


APABILA melihat gambar di atas, jangan mudah bersangka buruk kepada sesiapa.  Aku yakin ini bukan kerja orang-orang PAS kerana mana mungkin penyokong-penyokong PAS sebodoh itu untuk cemarkan nama Tuan Presiden mereka tambah lagi nama mulia Ulamak.

Bukan tugas Presiden PAS atau ulamak untuk memusuhi DAP dan PKR kerana telah beberapa kali Hj Hadi sebut PAS tetap bersama PR iaitu PKR dan DAP.  Jika betul PKR dan DAP ini anti sangat dengan Hudud, mustahil Hj Hadi mahu bawa PAS ke Neraka berkawan dengan golongan anti Hudud.  Lojik kah?

Aku hanya percaya PKR dan DAP itu anti Islam kalau Hj Hadi bawa hujah atau 'fatwa' berdasarkan nas dan dalil siapa itu golongan anti Hudud, PKR, DAP atau pun Umno.  Selagi Hj Hadi berkata PAS tetap bersama PKR dan DAP, ertinya kedua-dua parti ini tidak menentang hukum Islam.  Mudah je mahu tahu.

Habis tu, siapa puak bodoh di atas tu?  Inilah yang aku sebut puak yang mengaku ahli PAS tetapi mereka silap langkah menunjukkan kejahilan mereka.  Mereka hanya ingin mencemar nama Ulamak dan Presiden PAS dengan membawa kononnya hanya 20 orang ini yang menyokong Presiden.  Tidak lojik kan?  

Ertikata lain, PAS tetap menyokong PKR di Permatang Pauh.  Ini keputusan parti mereka, dan Ketua Pemuda PAS pun sudah tarik balik ugutan beliau.  AMK Pula tidak memohon maaf kerana tiada isu pun untuk mereka berbuat demikian.  Kesimpulannya, puak di atas itu adalah ejen parti keris telanjang tidak bersarung yang kini sudah tiada idea lagi untuk merampas Kerusi Permatang Pauh. 

Rabu, 29 April 2015

KEMELUT PEMUDA PAS P.PINANG DI DALAM PRK PERMATANG PAUH - TIADA PERMOHONAN MAAF, TIADA 'U-TURN"

SIKAP Pemuda PAS P.Pinang, terutamanya di Permatang Pauh yang akhirnya membuat keputusan untuk mematuhi dan menghormati keputusan PAS Pusat yang mahu agar PAS di semua peringkat memberikan kerjasama di PRK Permatang Pauh wajar diberi pujian.  Tidak timbul soal AMK P.Pinang mohon maaf, begitu juga tidak timbul soal "U-Turn" oleh Pemuda PAS P.Pinang.

Tindakan ini releven dan bijaksana sejajar dengan konsep kerjasama yang sering kita laung-laungkan di dalam PR, apatah lagi disaat kita berdepan dengan musuh bersama, jika benar kita anggap mereka musuh.  Kaedah ini lah yang PKR khususnya di Pahang lakukan di Rompin di mana kami di sini memekakkan telinga tentang perbezaan pendapat, sebaliknya kami mahu agar rakan kami PAS di Rompin dibantu sedaya upaya agar mereka mampu tumbangkan Umno/Bn atau paling tidak pun musuh kita tidak rasa selesa bila berdepan dengan kekuatan yang kita miliki.

Biarlah perbezaan itu kita bahaskan di alam maya, media sosial tetapi di medan pertempuran kita berpegangan tangan untuk berdepan dengan rejim yang sentiasa menyusahkan kita selama ini.  Jika ini kita faham bersama, sudah pasti hasrat musuh untuk memecahbelahkan kita akan gagal sehingga PRU 14 nanti. 

Isnin, 27 April 2015

TENAGA USTAZ YUSNI MAT PIAH DIPERLUKAN DI ROMPIN

PRK P044 Permatang Pauh kini semakin hangat dengan kempen kesemua calon dan jentera mereka, terutamanya dari PR yang diwakili oleh PKR dengan calonnya Presiden PKR, DS Wan Azizah.  Kemelut PAS di Permatang Pauh selesai apabila perbincangan dan pertemuan tertutup telah diadakan di antara pimpinan utama PKR dan PAS.  

Tiada mana-mana pihak yang memohon maaf kerana masing-masing memahami pendirian dan kekeliruan yang wujud.  Parti mana yang tidak pernah buat salah?  Adakah kerana itu maka harus dikorbankan prinsip menentang kezaliman yang selama ini sama-sama kita perjuangkan.

Namun, masih berbunyi suara-suara sumbang di Permatang Pauh.  Kenyataan Ketua Pemuda PAS P.Pinang memperlihatkan sikap negatif beliau yang tidak memahami apa yang diarahkan oleh pucuk pimpinan partinya sendiri bahkan direstui oleh salah seorang Ahli Majlis Syuranya.  Laporan menyebut, tindakan disiplin akan diambil terhadap Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah yang bertegas memboikot gerak kerja Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.  Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata perkara itu akan dijalankan dalam tempoh terdekat kerana ia bercanggah dengan pendirian jawatankuasa pusatnya untuk membantu PKR.

“Siasatan dan tindakan tegas akan diambil oleh jawatankuasa Pusat PAS terhadap ketua pemuda PAS Pulau Pinang dalam tempoh terdekat,” kata Mohamad.  Pemuda PAS Pulau Pinang kelmarin dilapor bertegas tidak akan membantu gerak kerja Pakatan di Permatang Pauh setelah Pemuda PKR (AMK) negeri masih tidak memohon maaf kerana didakwa memfitnah presiden mereka.   Soalnya, tidak pernah sekali kah Presiden PAS memperlekehkan Presiden PKR atau mana-mana ahli dari PKR?  Sampai bila mahu bersikap balas dendam?  Kalau semua asyik berbalas sedemikian, Umno/Bn juga yang kenyang.

Pada pendapat aku, tidak perlu dikenakan tindakan tatatertib ke atas Us Yusni jika mahu berlembut.  Biarkan beliau dengan juak-juaknya yang ingin membenarkan Umno/Bn menang di Permatang Pauh dan tidak berkempen di Permatang Pauh.  Cuma, sarankan kepada beliau jangan banyak buang masa di Permatang Pauh jika tidak mahu membantu, elok masa yang ada itu digunakan oleh Us Yusni dan geng-gengnya ke Rompin.  Rompin amat memerlukan tenaga muda seperti Us Yusni.  Lebih banyak pahala diperolehi oleh beliau di Rompin kerana di sana calon yang bertanding adalah dari PAS.

Bagi aku, sehingga kini aku bekerja di Rompin untuk memastikan Umno/Bn tersungkur.  Sedikitpun aku tidak terpengaruh dengan provokasi oleh Us Yusni di Permatang Pauh.  Jika aku mahu PKR menang besar di Permatang Pauh, aku juga mahu PAS menang walaupun dengan majoriti sedikit di Rompin kerana Rompin bukan calang-calang tempat.  Namun tiada yang mustahil di Rompin.  Alhamdulillah, setakat ini PKR di Rompin tidak banyak songeh kerana mereka kenal siapa musuh mereka yang sebenar.

Selamat berjuang semua.