RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 12 April 2014

SEMANGAT ANAK TOK GAJAH PENCETUS REFORMASI DI PAHANG MALAM INI !!

REFORMASI 2.0 kini berlabuh di Pahang.  Malam ini lokasinya adalah di Kempadang, Tanjung Lumpur, Kuantan (berhampiran Sek Keb Sg Soi) bermula jam 08.30 malam.  Tentunya tokoh reformasi, DS Anwar Ibrahim menjadi pemidato utama.

Ada suara-suara menyebut, program ini merupakan program untuk beberapa pimpinan berkempen bagi pemilihan di dalam PKR bulan April-Mei ini.  Betulkah?  Jika begitu malang sungguh Presiden sekarang, DS Wan Azizah yang akan dicabar oleh DS Anwar Ibrahim tidak boleh berkempen sepanjang program Reformasi ini.  

Lokasi Program Reformasi 2.0 di Kuantan malam ini

Mengapa awal pelancaran Reformasi 2.0 di Kajang sewaktu kempen saat-saat akhir PRK Kajang, di stadium Kajang boleh dikatakan semua pimpinan yang berlawan sesama mereka tampil di pentas?  Bukankah DS Wan Azizah juga muncul?  Bukankah Azmin Ali juga berucap?  Saifuddin, Tian Chua, Rafizi, Nurul Izzah, Samsul Iskandar dan beberapa yang lain turut tampil?  Mengapa ada dakwaan program Reformasi 2.0 ini dikatakan program kempen hanya kerana yang sering muncul di setiap negeri adalah Saifuddin dan Rafizi?

Apa yang aku faham, Saifuddin dan Rafizi seperti diarahkan untuk hadir di setiap program ini adalah kerana hanya mereka diberi amanah memantau dan mencari bukti dan fakta untuk menceritakan kejadian fitnah Liwat II terhadap DS Anwar dari awal perbicaraan kes itu lagi.  Hanya mereka yang banyak mengetahui fakta kes tersebut untuk diceritakan kepada rakyat sepanjang program berlangsung.  Aku juga menonton banyak video program Reformasi 2.0 yang telah diadakan di beberapa negeri sebelum ini, ternyata tiada ucapan dari mereka berdua yang memperlihatkan kempen.  Mereka hanya bercakap tentang konspirasi fitnah Liwat II sahaja.

Aku amat tidak setuju program rakyat ini dijadikan kempen peribadi atau kumpulan.  Setakat ini, alhamdulillah semuanya berjalan baik.  Sebab itu Chegu Bard juga turut tampil sedangkan Chegu Bard bukan tokoh yang bertanding, tetapi beliau adalah seorang reformis yang juga pemimpin NGO bernama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).  Tian Chua juga hadir kerana siapa tidak kenal beliau seorang reformis yang kental sejak tahun 1998 lagi.

Marilah beramai-ramai ke Padang Taman Berjaya Permai, Kempadang, Tg Lumpur, Kuantan malam ini.  Semangat Anak Tok Gajah pencetus Reformasi di Pahang!!

Jumaat, 11 April 2014

REFORMASI 2.0 DI KUANTAN (12/4/14) - HALANG DI KEMPADANG, RAKYAT BERKUMPUL DI BANDAR KUANTAN?

KUAT betul badi Anwar di Pahang.  Dulu, sebelum PRU 13 Anwar dijadualkan akan berceramah di Felda Lepar Hilir, Kuantan.  Maka, dikerah oleh pemimpin Umporno kepada pencacai felda berkubu di setiap pintu masuk felda.  Takut sangat rahsia pemimpin Umporno menipu warga felda dibongkar oleh Anwar.

Sebagai parti yang bertanggungjawab, kita mengalah dan mengadakan program di Padang Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan.  Puluhan ribu yang hadir malam itu dan program berjalan aman damai tanpa salakan anjing-anjing yang lapar.  Sejurus selepas PRU 13, kita bercadang untuk anjurkan Himpunan Blackout di lokasi yang sama iaitu di Padang Mahkota Aman memandangkan sebelum ini program berjalan baik dan terkawal.  Sepatutnya atas alasan itu, pihak berkuasa tiada masalah untuk membenarkannya.  Malangnya, selagi ada parti bacul Umporno, selagi itulah program yang melibatkan Anwar tidak pernah berlangsung tanpa gangguan.  Peliknya pihak berkuasa tunduk kepada parti bacul lagi dayus berkenaan.  Maka, dihalang himpunan Blackout diadakan di kawasan itu.

Lokasi Baru


Rakyat mengalah, kita tergesa-gesa petang hari yang sama berpindah ke Pejabat PKR Negeri Pahang di Jalan Beserah, Kuantan untuk meneruskan program tersebut.  Ternyata, dianggarkan 40 Ribu memenuhi seluruh pelusuk dataran di Pejabat PKR Negeri.  Busuknya hati umpama bangkai, penganjur himpunan tetap didakwa di mahkamah walaupun mengadakan himpunan di perkarangan atau dataran pejabat parti sendiri.  Sehingga kini kes masih belum selesai.  Ertinya, program parti tidak boleh diadakan di kawasan parti sendiri.  Jika tidak bangsat, apa lagi mahu disebut?


Terkini, pihak penganjur bercadang untuk mengadakan Program Reformasi 2.0 peringkat Negeri Pahang pada 12/4/2014 (Sabtu) ini jam 08.30 malam.  Program ini tentunya melibatkan Anwar kerana beliau adalah tokoh reformasi negara.  Kita mohon untuk diadakan di Padang Kemunting (MPK 4), Kuantan berdasarkan pengalaman lalu bahawa himpunan Hijau yang telah diadakan di padang tersebut dipenuhi lebih kurang 30 Ribu orang tetapi berjalan dengan amat tertib dan aman sekali.  Malangnya, secara tiba-tiba pihak berkenaan memaklumkan bahawa padang tersebut akan diubahsuai.  Sehari dua lepas itu, mereka longgokkan pasir merata-rata di tengah padang tersebut dan beberapa khemah telah didirikan kononnya untuk ubahsuai.  Maka, tiada kebenaran untuk mengadakan program di situ.

Kita mengalah lagi kerana kita bukan jenis rakyat yang suka kepada kekacauan.  Kita memilih lokasi yang pernah dibuktikan terbaik dan aman sepanjang sejarah program di situ iaitu di Padang Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan.  Sekali lagi atas arahan bangsat yang penakut kepada Anwar, mereka melarang padang tersebut digunakan atas alasan penduduk di situ tidak bersetuju.  Sedangkan semua tahu Taman Mahkota Aman majoriti penduduknya hampir 80% adalah penyokong-penyokong PR.  Peti undi kawasan ini tidak pernah kalah di dalam beberapa PRU.  

Kita mengalah dan terus mengalah untuk menunjukkan bahawa program Reformasi 2.0 bukan menyasarkan huru-hara jauh sekali untuk merampas kuasa dari orang gila secara kekerasan.  Keputusan dibuat dengan rasa kesal iaitu lokasi Program Reformasi 2.0 akan tetap diteruskan di Taman Berjaya Permai, Kempadang - Sg Soi, Tanjung Lumpur, Kuantan pada tarikh yang sama.  Peliknya, sebelum itu pihak berkuasa secara tiba-tiba mencadangkan agar program tersebut diadakan di Pejabat PKR Negeri iaitu kawasan yang mereka sendiri bawa kes ke mahkamah.  Mengapa secara tiba-tiba boleh pula guna perkarangan Pejabat PKR Negeri?  Tidak lain tidak bukan hanya untuk menyusahkan kita dan membuli kita.

Namun, kita berpendirian tegas bahawa setelah kita bertolak ansur dengan mereka berkali-kali semenjak dulu lagi, kita harapkan kali ini pihak mereka pula bertolak ansur.  Maka, muktamadnya Program reformasi 2.0 tetap akan diadakan di Kempadang pada tarikh tersebut.  Apa akan jadi jika lokasi itu juga akan dihalang?  Teman-teman mencadangkan agar kita berpindah ke dalam bandar Kuantan sekiranya kita masih terus dibuli seperti ini.

Apa pun kita tetap yakin pihak berkuasa akan sedar dari igauan mereka bahawa mereka selama ini telah di'perkangkungkan' oleh orang-orang politik yang zalim itu.  Marilah hadir beramai-ramai ke Kempadang, Sg Soi, Kuantan pada 12/4/2014 (Sabtu) ini mulai jam 08.30 malam bagi membuktikan rakyat sudah naik bosan, jemu dan jijik dengan mainan politik sebangsat ini.


Rabu, 9 April 2014

REFORMASI 2.0 PAHANG DI MAHKOTA AMAN - 12/4/2014

WALAUPUN pada awalnya cuba bertahan dengan perancangan untuk mengadakan Program Reformasi 2.0 Peringkat Negeri Pahang di Padang Kemunting, Kuantan pada 12 April 2014 (sabtu) ini, namun sekali lagi pihak penganjur menurut nasihat pihak berkuasa bahawa tidak diadakan program tersebut di kawasan berkenaan atas alasan padang itu akan dilakukan ubahsuai.


Oleh sebab itu amat jahat sekali sangkaan yang menyatakan kita sentiasa ingin mencetuskan huru-hara atau tidak langsung mendengar nasihat pihak berkuasa.  Akhirnya, program tersebut ditukar lokasinya ke Padang Awam, perkarangan PASTI, Taman Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan walaupun terpaksa berbelanja besar untuk membuat poster, banner, handbil yang baru.  Ini komitmen penganjur untuk memberikan kerjasama kepada piha, berkuasa.

Pada tarikh tersebut, bermula jam 08.30 malam, rakyat boleh mendengar sendiri apakah yang dimaksudkan dengan reformasi itu, dan mengapa perlunya reformasi.  Tokoh Reformasi, DS Anwar Ibrahim akan memberikan pidato hebatnya pada malam tersebut.

Turut dijemput pada malam itu adalah Timb Presiden PAS, Tuan Hj Mat Sabu atau Naib Presidennya untuk menyemarakkan program berkenaan.  Di samping Sdr Saifuddin Nasution, Sdr Rafizi Ramli dan Chegu Bard, turut tampil juga adalah Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Naib Presiden PAS, Us Tuan Ibrahim Tuan Man dan pimpinan DAP.  Pimpinan NGOs juga turut dijemput.

Sehubungan itu, hadirlah beramai-ramai dan hebahkan.

Isnin, 7 April 2014

REFORMASI 2.0 DI PADANG KEMUNTING, KUANTAN PADA 12 APRIL 2014 AKAN BERJALAN AMAN

SEPANJANG aku dan rakan-rakan berkempen untuk merealisasikan Program REFORMASI 2.0 yang bakal diadakan di Padang Kemunting (MPK4), Kuantan pada 12 April 2014 mulai jam 09.00 malam, rata-rata mereka terutamanya anak-anak muda mahu lokasi program tersebut dikekalkan tanpa kompromi.



Padang Kemunting pernah mencatat sejarah mengadakan satu himpunan terbesar iaitu Himpunan HIJAU dan sejarah juga merakamkan bahawa himpunan tersebut berjaya diadakan dengan aman dan terkawal.  Tiada kekecuhan berlaku dan tiada setitik pun air water canon tumpah ke bumi.  Tiada sesiapa yang teraniaya menghidu gas beracun dari trak FRU.  Ertinya himpunan aman akan terus aman jika tiada provokasi.

Berdasarkan semua ini lah maka kali ini program REFORMASI 2.0 akan tetap dijalankan di Padang Kemunting pada tarikh yang dijadualkan.  Difahamkan pihak penganjur dan sekretariat telah menghubungi pegawai di MPK pada awalnya dan diberitahu bahawa pada tarikh tersebut padang tersebut tidak digunakan oleh mana-mana pihak.  Pertanyaan melalui telefon itu telah sempat dirakamkan untuk dijadikan bukti bahawa padang tersebut memang free pada hari yang dirancang untuk mengadakan program berkenaan.

Namun, apabila mereka menghantar surat permohonan untuk menggunakan padang tersebut dan setelah dinyatakan kepada pihak MPK iaitu untuk mengadakan program REFORMASI 2.0, secara tiba-tiba pihak MPK menyatakan pada tarikh tersebut padang itu akan diubahsuai.  Ertinya apa?  

Apa pun alasan mereka, rakyat tetap mahu demokrasi dan hak-hak bersuara mesti dipertahankan apatah lagi program tersebut akan berjalan secara aman dan teratur.  Tiada pilihan lain, Padang Kemunting pastinya akan dibanjiri puluhan ribu rakyat Pahang khususnya dan kami ingin buktikan bahawa padang tersebut bakal sekali lagi menyaksikan satu himpunan raksaksa yang aman.