ISU MB Kedah sudah selesai. Mukhriz telah dijatuhkan dan Bashah ganti Mukhriz. Ada orang tanya, di antara Mukhriz dengan Bashah ni siapa yang aku sokong? Bagi aku, sesiapa saja yang ber'bin'kan Umno, tetap aku tidak sokong kerana ianya mewakili parti kebangsaan tersebut. Umno musuh kepada PH, maka ianya musuh aku juga.
Peribadinya, tidak semua pemimpin di dalam Umno itu zalim atau rasuah. Namun, mereka tetap salah kerana berada di dalam parti yang zalim itu. Sebaik mana pun peribadi mereka, jika meletakkan dirinya di dalam wadah yang jahat, maka hilangkan kredibilitinya. Tiada lagi maruah padanya.
Di antara kedua-dua pemimpin yang masih berada di dalam Umno itu, Mukhriz dan Bashah, mana satu lebih baik? Aku tidak mahu jawab mana satu lebih baik di antara kedua-dua pemimpin yang berada di dalam parti zalim ini. Cumanya, siapa di antara mereka sedikit berani? Kalau Tun Mahathir berani tegur dan kritik Najib, semua faham bahawa Tun berani kerana dia tidak ada jawatan apa-apa di dalam parti. Dia tidak perlu takut hilang jawatan pun. Apabila Mukhriz yang menegur dan kritik Najib ketika beliau masih memegang jawatan MB Kedah yang Najib sendiri lantik, bagi aku Mukhriz ada keberanian. Apakah Bashah berani mengkritik Najib?
Kalau aku ahli Umno, walaupun aku berada di dalam parti zalim ini tapi aku akan sokong Mukhriz kerana berani menegur pemimpin zalim di dalam parti zalim. Aku tidak akan sokong Bashah kerana Bashah tidak menunjukkan keberanian langsung. Bagaimana rakyat Kedah boleh hidup di bawah MB yang penakut? Apakah rakyat Kedah suka MB mereka hanya patung semata-mata?