RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 31 Mac 2012

TERLALU HASAD DAN DENGKI, MAKA TIMBUL IDEA PALING BODOH

Oleh:  WFAUZDIN NS

BETAPA bangsat dan baculnya puak mereka untuk berdepan dengan DS Anwar Ibrahim.  Sudah tiada jalan lain lagikah untuk mereka menjatuhkan Ketua Pembangkang itu selain dari cara yang paling kotor, jijik dan bodoh itu?  Apakah dengan cara bawa usul di Parlimen yang tidak munasabah dan menampakkan kebodohan sendiri boleh menjatuhkan karier politik DS Anwar?

DS Anwar cuba dilucutkan jawatan di parlimen oleh impeachment yang cuba dibawa Datuk S Nallakaruppan dan peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dalam permainan politik kuning Umno terbaru terhadap Anwar dalam isu biseksual.  Siapa geng-geng bengap yang bercadang mahu membawa usul yang bakal ditertawakan dunia itu?  Siapa lagi jika bukan geng pencacai cari makan di musim Pilihanraya, di antaranya Ezam sesumpah, Nalla, Zul Kulum dan betina berumur yang masih `dara'? si Umi Hafilda.

Jika Najib sudah terang-terang menunjukkan ketakutan yang amat sangat untuk berdebat dengan DS Anwar walaupun `body guard' beliau iaitu Raja Petra sanggup menemaninya sepanjang perdebatan, cuba lah cari jalan lain yang nampak lebih lojik untuk menjatuhkan DS Anwar, bukan dengan cara sebodoh itu.  Jika inilah amalannya, sudah lama Chua Soi Lek jatuh dalam politik, malahan kisah di Hotel Port Dickson dan pembunuhan Altantuya pun sudah lama boleh menjatuhkan seseorang.  
 
Nampaknya, semakin hebat media pencacai memburuk-burukkan DS Anwar, kita dapat lihat Ketua Umum PKR itu lebih muda dan bertenaga di dalam setiap ceramahnya kebelakangan ini.  Lawan tetap Lawan !!/wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 29 Mac 2012

HIMPUNAN BANTAH OLEH PENEROKA FELDA ESOK, MALAM INI CERAMAH ANWAR DI BANGI

Oleh:  WFAUZDIN NS


MARILAH kita bersama-sama hadir ke Perhimpunan BANTAH bagi menyelamatkan hak peneroka felda di seluruh tanahair.  Perhimpunan tersebut akan diadakan pada 30 Mac 2012 jam 2.30 petang bermula selepas Solat Jumaat di Masjid Putrajaya dan berarak menghantar memorandum bantahan Penyenaraian FGVH ke Bursa Saham kepada PM, Najib Razak di pejabatnya di Putrajaya.

Hari ini, Pada 29 Mac 2012 iaitu malam sebelum perhimpunan esok akan diadakan Ceramah Isu Felda dan politik semasa bertempat di Seksyen 15, Bangi.  Penceramah malam nanti adalah Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim.  Turut bersama adalah MP Shah Alam YB Khalid Samad, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Tuan Hj Suhaimi Said dan Pengerusi ANAK, Sdr Mazlan Aliman.

Ayuh, mari beramai-ramai kita menghadiri kedua-dua program berkenaan.  Mohon hebahkan melalui apa cara sekalipun.

Rabu, 28 Mac 2012

KISAH YANG BUAT AKU TERASA DENGAN YB PKR INI

Oleh:  WFAUZDIN NS

SAKIT hati pun ada, sedih pun ada.  Ini aku ikhlas mahu tegur seorang pemimpin yang dianggap kanan juga di dalam parti yang aku sertai.  Aku tak mahu sebut nama sebab aku tak berniat nak burukkan sesiapa cuma sekadar menegur.

Aku diminta oleh seorang rakan untuk mengiringinya bertemu dengan si YB ni.  Beliau beritahu temujanji telah dibuat melalui SMS beberapa kali untuk bertemu.  Akhirnya YB yang popular dan diminati ramai orang ini memberikan tarikh semalam (27 Mac 2012) di antara jam 2.00 petang hingga 5.00 petang untuk bertemu dengannya di Parlimen.  Rakan aku ini bekerja dengan Kerajaan dan beliau mahu bawa satu aduan berkaitan beberapa hal mengenai gaji dan lain-lainnya yang diharapkan YB ini boleh kemukakan pertanyaan di dalam Parlimen.

Maka, semalam rakan aku terpaksa mengambil cuti untuk bertemu dengan YB tersebut. Tengahari itu, aku, rakan aku dan seorang lagi pimpinan parti dari Pahang pun bertolak ke KL.Di dalam perjalanan, sekali lagi rakan aku dan aku sendiri menghantar SMS kepada YB ini untuk memberitahu bahawa kami telah bergerak ke KL untuk bertemu beliau sebagaimana yang beliau sendiri cadangkan.  SMS kami tidak berjawab.  Kami fikir tentu beliau sibuk di Parlimen waktu itu maka SMS kami tidak dijawab.

Akhirnya, sampai di Parlimen kami terpaksa menunggu di Balai Pengawal kerana mereka hanya benarkan kami masuk setelah mendapat pengesahan dari YB berkenaan.  Kami pun SMS lagi, tidak berjawab.  Pemimpin parti yang kami bawa bersama terus membuat panggilan, malangnya panggilan tidak diangkat.  Aku juga membuat panggilan namun tidak juga diangkat, sedangkan nombor telefon kami semua ada pada YB berkenaan kerana telah berurusan beberapa kali sebelum ini melalui SMS.  Kami tidak putus asa, mungkin YB ini teramat sibuk ketika itu berbahas, fikir kami.  Apabila aku buat sekali lagi panggilan, telefon YB ini ditutup.

Rakan aku, pemimpin parti yang berjawatan agak penting di dalam PKR Pahang ini terus menghubungi MP Kuantan, YB Fuziah Salleh.  YB Fuziah menyuruh kami masuk dengan menggunakan nama beliau.  Kami pun masuk dan berjumpa dengan YB Fuziah Salleh di luar Dewan Parlimen berhampiran kantin yang pada waktu itu beliau mahu keluar seketika untuk satu urusan lain.  Namun, kami sempat berbual seketika dengan MP Kuantan ini.  Aku pun SMS MP Batu, YB Tian Chua untuk memohon bantuannya memberitahu YB yang kami mahu temui itu bahawa kami telah berada di luar dewan untuk bertemu dengannya.  YB Tian Chua cepat membalas SMS aku dengan menyebut bahawa YB yang kami ingin temui itu tiada di dalam dewan kerana ada urusan lain.

Hati mula merasa sakit, kerana kami datang dari jauh bukan untuk melakukan lawatan ke Parlimen.  Lagi pun, tarikh, tempat serta waktu temujanji itu YB berkenaan yang tetapkan, bukan kami.  Tapi kami tetap sabar kerana kami fikir YB tersebut mungkin ada tugas lain yang lebih penting dan akan kembali semula ke Parlimen.  Kami pun pergi ke kantin untuk minum sambil berbual di situ dengan harapan kami tidak akan pulang kosong.

Agak lama menunggu lebih satu jam, SMS dikirim berkali-kali langsung tidak berjawab maka kami berputus asa.  Kami pun beredar meninggalkan Parlimen dengan hati yang sakit di samping tertanya-tanya mengapa kami perlu datang dari Kuantan dengan perbelanjaan sendiri, memandu mengejar masa hanya untuk ditipu sedemikian rupa?  Rakan aku yang sememangnya puas untuk memohon cuti hanya diluluskan cuti 1 hari, ternyata sia-sia.  Masa terbuang, penat dan buang duit untuk menjadi bodoh seperti ini.  Kami pilih YB dari PKR bukan untuk menganiayai orang apatah lagi dari ahli parti sendiri.

Sibuk sangat?  Ya, kami tahu YB memang sibuk tetapi masakan untuk sepatah perkataan melalui SMS pun tidak mempunyai masa?  Andainya beliau tahu beliau memang tidak ada masa untuk melayani kami hari itu, jawab sahaja SMS mengatakan temujanji ditunda ke tarikh lain.  Kami boleh berpatah balik, tiada masalah.  Beliau tidak baca SMS kami?  Itu bohong kerana kami bukan sahaja mengirim SMS bertalu-talu bahkan membuat panggilan di dua nombor telefon bimbitnya.  Beberapa panggilan tidak diangkat, kemudiannya telefon ditutup.  Bukan khianat ke namanya itu?

Sewaktu kami telah jauh meninggalkan KL, barulah YB ini SMS aku dengan mengatakan beliau dari pagi lagi ada mesyuarat di Pejabat Parti.  Ya Allah, kenapa tidak jawab mesej kami dari awal?  Kalau beritahu kami suruh jumpa di Pejabat Parti pun kami sanggup datang.  

Dugaan kami bukan setakat itu.  Di dalam perjalanan pulang, kereta yang kami pinjam dari rakan lain pula buat hal.  Kereta kami mempunyai masalah di tengah jalan iaitu `temperature' heating.  Mekanik yang meronda di lebuhraya tiba dan kami terpaksa minta Mekanik tersebut membaiki dan tukar beberapa alat memandangkan perjalanan kami masih jauh dan jika dibiarkan akan membahayakan kami semua.  Rakan aku keluar duit poket sendiri dan di`baham' oleh Mekanik sebanyak RM 200 lebih.  Biasalah Mekanik ronda ni.

Rupa-rupanya kereta yang kami naiki tidak bertahan lama, masih mengalami masalah yang sama.  Kami akhirnya tahu bukan sedikit yang perlu dibaiki, tetapi kami tiada pilihan kerana wang pun tidak mencukupi dan hari pun sudah gelap.  Kami teruskan perjalanan perlahan-lahan dan terpaksa berhenti beberapa kali apabila `temperature' terlalu tinggi.  Perut lapar, kami berhenti makan di R@R sambil menyejukkan injin kereta.  

Aku tidak mahu ungkit pasal kereta yang rosak dan rabaknya duit rakan aku itu.  Itu sudah takdir kerana andainya kami dapat bertemu YB tersebut, kereta yang kami naiki itu pasti mengalami kerosakan juga.  Tetapi, mungkin berbaloi juga kerana hajat tercapai untuk bertemu YB berkenaan. 

Mungkin inilah yang dinamakan perjuangan.  Kita diminta untuk berjuang bersama dan membantu parti.  Rakan aku itu boleh dianggap hadir ke KL untuk memperjuangkan nasib rakan-rakan sekerjanya di seluruh negara.  Beliau bukan hadir untuk kepentingan dirinya seorang.  Malangnya, perjuangan beliau dianggap tidak bermakna langsung oleh YB ini.  

Sebagai orang yang bekerja dengan parti sepenuh masa, aku nasihatkan rakan aku agar tidak berasa kecil hati.  Aku katakan padanya, walaupun kita lihat satu yang tidak baik pada YB berkenaan yang buat kita marah, kita boleh redakan kemarahan kita dengan memikirkan terlalu banyak jasa-jasa beliau terhadap parti dan rakyat.  Aku katakan padanya lagi, mungkin kita adalah di antara segelintir sahaja yang YB ini `terlepas pandang', tetapi jangan kita mudah kecewa kerana kita berjuang bukan kerana YB ini tetapi kerana parti yang kita sayangi.  Sedih juga aku memikirkan, rakan aku ini terlalu menyanjung YB berkenaan sehinggakan sewaktu YB ini berceramah di Kuantan baru-baru ini, rakan aku sanggup menunggu di luar pintu pagar ceramah untuk bergambar bersama YB yang diminatinya itu.  Mungkin, tiada rezeki buat beliau untuk bertemu YB itu sekali lagi.

Pesanan buat YB berkenaan, kami tetap menyokong anda atas nama parti yang anda sering laungkan sebagai parti yang menyanjung konsep keadilan untuk semua.  Terima kasih buat YB Fuziah Salleh dan YB Tian Chua yang banyak membantu kami semalam.  Buat rakanku, jangan berputus asa, teruskan perjuangan dari dalam kerana setiap perjuangan yang baik dan ikhlas, samada berjaya atau tidak, tetap diberi pahala oleh Allah SWT, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com    


BEKAS ORANG KUAT NAJIB DI PEKAN MAHU TALQINKAN UMNO



Mari talqinkan UMNO.

Ianya bukan apa apa. UMNO sudah sampai masa tamat nya. Bila dah tiba maut, kita tak boleh melambat atau menyegerakan walaupun se saat. Rakyat sudah lemas dan meluat dengan UMNO. Untung nya, UMNO tidak boleh melakukan apa apa untuk menyelamatkan diri nya. Setiap hari UMNO menunjukkan lemas nya.

Najib berkata kepada rakyat jangan melakukan kesilapan sekali lagi. Amat benar- jangan melakukan kesilapan dengan memberi lesen kepada pimpinan UMNO untuk merompak dan melanun negara ini. Pada kadar kerajaan UMNO memberi kontrak dan pinjaman dengan kadar rendah, seolah olah nya, kerajaan pimpinan UMNO memerah rakyat. Negara akan bengkrap.

Lebih mendukacitakan- Najib menunjukkan sifat UMNO yang bongkak. UMNO merasakan dia lah sahaja Melayu nya. Dia lah sahaja yang pandai mengurus negara. Dia lah sahaja yang melindungi orang Melayu. Dia lah sahaja yang boleh beri masa depan kepada orang Melayu dan Malaysia. Akan tetapi, fakta menunjukkan negeri2 di bawah Pakatan Rakyat di tadbir dengan lebih baik.

Bagaimana UMNO boleh memberi kita suatu masa depan yang cerah, jika ia telah menyebabkan suatu sejarah yang muram dan masa kini yang kacau? How can you offer a bright future when you have created only a dark past?

Ternyata Najib tidak menghormati pilihan rakyat. Ternyata Najib bukan seorang democrat tapi seorang closet feudalist yang despotik.
Kenapa?

kerana yang Najib kata buat silap itu merupakan 51% dari undi popular di Semenajung Malaysia. Siapa Najib untuk berkata 51% dari pengundi popular telah silap kerana menyokong Pakatan Rakyat? Penyokong UMNO dan BN hanya merupakan 49% peratus dari pengundi popular. Yang menyelamatkan UMNO dan yang membolehkan Najib jadi PM, ialah persempadanan kawasan mengundi. Kalau tidak ada pembohongan dan ‘arrangement’ macam ini, UMNO yang melakukan kesilapan demi kesilapan keatas rakyat Malaysia sudah lama bungkem!.

Apa punca kesombongan UMNO yang paling besar? Ada 2 punca nya.

Pertama UMNO menyifatkan diri nya penaung dan orang Melayu mereka yang UMNO naungi. UMNO patron dan Melayu budak budak. Ini bertentangan dengan piagam manusia yang merdeka- bahawa penentu nasib dan masa depan individu ialah diri mereka sendiri. Dengan sikap sombong UMNO menerapkan jiwa hamba keatas orang Melayu.

Kedua nya- UMNO menganggap diri nya sesuatu yang mesti di sembah dan rakyat ialah budak2 hamba sahaya mereka. Sekali lagi ini bersalahan dengan piagam manusia yang merdeka- yang menyifatkan kerajaan hanya suatu wadah yang melalui nya, rakyat mencapai pelbagai matlamat kepentingan masyarakat. Kerajaan bukan sesuatu yang menekan dan menindas rakyat.

Jadi apa yang rakyat dan bangsa Melayu hilang dengan menolak UMNO? Merka hanya akan menghilangkan rantai dan pasung yang selama ini memenjarai jiwa mereka. UMNO membodohkan orang Melayu dan suka selagi orang Melayu bergantung kepada UMNO dan tertunduk tunduk meminta sedekah seperti segala tambi dan peon. Ini bukan cara untuk memertabatkan maruah bangsa.

Nasib baik yang menyebelahi kita ialah kerana UMNO bodoh. Kalau UMNO cerdik, pakatan rakyat yang jadi jurubicara rakyat akan susah. Jadi kita tepuk bila Najib kata pembangkang auta. Kita tepuk bila Najib tidak hormat 51% pengundi popular. Kita tepuk bila Najib cakap merapu dan kata Anwar tidak layak jadi PM. Tapi kita jangan lupa, kedua dua PM dan TPM sekarang adalah pengikut orang yang hari ini di katakana tidak layak jadi PM.Kedua mereka adalah pengikut setia team wawasan yang ketika itu di pimpin oleh orang yang di katakan tidak layak jadi PM.

Reality nya- jika Najib boleh jadi PM, maka sesiapa sahaja ada peluang jadi PM. If Najib can become PM, anyone can too.

Najib dan UMNO tidak tahu lagi menangani keadaan. Mereka bercelaru. UMNO dan BN ingat semua ini is about Anwar. Sebab itu mereka attack Anwar dengan cara lama- Izam Mat Nor, Nallakarupan, Umi Hafilda, Hassan Ali, Zulkifli Nordin di perkudakan untuk menyerang Anwar.

Sebetulnya kita suka keadaan demikian berlaku kerana UMNO bodoh. Akhirnya UMNO akan sedar bahawa penolakan rakyat kepada UMNO bukan disebabkan oleh Anwar Ibrahim.

Ianya adalah kerana UMNO sudah sampai masa untuk kita takqinkan.Dari debu dia datang, kepada debu ia pulang. /sakmongkol
 

Siapa Sakmongkol?

My Photo
 
Sakmongkol AK47 is the nom de guerre of this blogger. His name is Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz. He was ADUN of Pulau Manis, Pekan.( 2004-2008) From 2000-2004, he was Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, under Dato Sri Najib. Studied Economics at University Malaya and University of Manchester(Owens). Sakmongkol was a legendary Muay Thai fighter. AK 47 is the Russian made firearm. He can be reached at the following e mail: ariff.sabri@gmail.com

Selasa, 27 Mac 2012

AMK PERLU KEMBALI BERBISA

Oleh:  WFAUZDIN NS

PILIHANRAYA Umum semakin tiba.  Boleh jadi bulan Jun ini kerana Najib tidak boleh melewat-lewatkan lagi tarikh untuk membubarkan Parlimen kerana semakin dilewatkan maka semakin `longgar dan terlondeh' kain Umno. 

Sekarang ini pun tidak cukup pentas dan tanah Najib mengelilingi setiap pelusuk negeri untuk menepis berbagai isu hangat yang ternyata membusukkan imej Umno yang Mahathir Kutty pernah sebut Umno telah busuk hingga ke usus itu.  Walaupun Umno dibantu oleh media pencacai saban hari untuk menepis dakwaan Pembangkang, namun Najib merasa ianya tidak mencukupi kerana rakyat sekarang bukan seperti di zaman 70-80an yang mudah diperbodohkan oleh media kawalan Umno.  Media-media alternatif yang lain seperti Blog, Facebook dan Twitter serta dibantu oleh siri penerangan berterusan dari Pembangkang menjadikan rakyat semakin cerdik menilai sesuatu isu.

Bagi pihak Pakatan Rakyat, PRU ke 13 kali ini adalah penentuan samada perlu dibenarkan Umno/Bn meneruskan pemerintahan yang menyusahkan rakyat atau perlu kerajaan ini diambil alih segera melalui Pilihanraya.  Bukan suatu yang mudah kerana tanpa strategi dan usaha semua pihak yang mahu melakukan perubahan maka cita-cita untuk Pakatan Rakyat ke Putrajaya sukar untuk dicapai.  Sasaran 30 % sekurang-kurangnya kita mampu menarik ahli-ahli Umno untuk bersama Pakatan Rakyat mesti dilaksanakan.

Saya masih ingat di era reformasi tahun 1998/99, golongan yang paling ke depan untuk menjatuhkan rejim ini adalah golongan muda.  Setelah KEADILAN diwujudkan, suara anak muda tetap berada di hadapan dari kalangan Pemuda KEADILAN diwaktu itu.  Pentas-pentas ceramah kebanyakannya diatur oleh golongan ini, manakala golongan lain di dalam parti sekadar penyokong dan pemberi semangat dan nasihat kepada golongan muda.  Pentas Pemuda, Sumpah Keramat Pemuda adalah di antara satu program yang berjaya menggerunkan Umno waktu itu.  

Berbeza dewasa ini, golongan muda masih ramai yang bersemangat untuk bersama kita.  Malangnya, mungkin kita mempunyai ramai penyokong muda yang bersemangat tinggi tetapi kita kekeringan bakat kepimpinan dari golongan ini.  Tidak semua, masih terdapat beberapa negeri yang mempunyai Ketua AMK yang aktif dengan berbagai program selain dari program rutin seperti mengedar risalah dan menampal poster.  Masih juga terdapat beberapa pimpinan AMK yang lantang bersuara samada di atas pentas ceramah mahupun perdebatan atau berani tampil menjawab beberapa isu penting berkaitan parti.  Mereka akan berada di hadapan sebagai benteng melindungi parti mereka dari serangan musuh samada secara fizikal mahupun serangan propaganda.  Itulah pemimpin muda yang perlu diperbanyakkan.

Tidak kurang juga pimpinan AMK yang hanya memegang jawatan sekadar memenuhi keperluan.  Mereka seakan-akan bankrap idea untuk merancang apa yang patut mereka lakukan untuk membuktikan bahawa mereka adalah Ketua AMK sejati.  Mungkin ada Ketua AMK yang `culas' untuk menghadiri Mesyuarat Parti samada di peringkat Cabang mahu pun Negeri.  Mungkin ada Ketua AMK Negeri yang tidak pernah melihat Minit Mesyuarat AMK Cabang.  Alasan kononnya Cabang tidak pernah bermesyuarat.  Jika ditanya pula kepada Cabang, mereka mungkin akan menjawab, "bagaimana kami mahu bermesyuarat jika bos kami di atas pun suka ponteng mesyuarat? 

Kita akui, ada di antara pimpinan AMK yang tidak gemar kepada publisiti dan mahu dilihat berperanan di belakang tabir.  Mereka sememangnya membuat kerja untuk parti tetapi tidak mahu menonjol.  Anggapan itu salah kerana mahu atau tidak, suka atau tidak, pemimpin harus ke hadapan.  Pedulikan mereka yang mengecop sebagai `kaki bodek' atau `ampu' atau pun digelar `gila publisiti', apa yang penting nawaitu kita mesti betul dan ikhlas.  Selaku pemimpin muda, kita selayaknya ke hadapan kerana golongan muda banyak kelebihannya dari golongan berusia.

Seandainya selaku pimpinan muda kita banyak mendengar kata-kata orang bawahan daripada kita mengemukakan pandangan dan pendapat kita, maka kita gagal sebenarnya dari segi kepimpinan.  Bukan suara bawahan itu tidak penting, suara mereka yang rasional mesti diambil kira.  Pimpinan muda di peringkat Cabang harus punyai idea untuk mempelbagaikan program dan aktiviti, begitu juga pimpinan muda di peringkat Negeri harus mengatur dan merencanakan program di seluruh Cabang di dalam negeri. 

Dikhabarkan ada pimpinan muda peringkat Negeri yang sudah merasa `fade-up' memegang jawatan.  Bukan kerana hilang kepercayaan kepada parti sendiri tetapi mulai merasa kelemahan diri sendiri yang tidak mampu menjadi ketua yang baik.  Bayangkan jika ahli-ahli sendiri pun masih tidak kenal siapa pemimpin mereka, tidakkah itu sebagai tanda hilang kewibawaan sebagai pemimpin?  Maka, amat bijak jika mereka menyerahkan jawatan itu kembali dan pimpinan teratas akan mencari tokoh muda yang benar-benar mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan berwawasan.  

Syabas kepada beberapa Ketua AMK Negeri yang sering ke hadapan dengan berbagai program dan aktiviti yang terancang di samping bersedia bertempur dengan pihak musuh, bukannya bertempur sesama sendiri.  Di antara beberapa tokoh muda yang lain, saya amat tertarik dengan kepimpinan Sdr Rebin Berham sewaktu beliau memegang jawatan Ketua AMK Negeri Sembilan dan kini kepimpinannya diwarisi oleh Sdr Nazri Yunus yang juga menampakkan kehebatan seorang pemimpin muda yang berpotensi.  Kepimpinan di Selangor, P.Pinang dan Johor juga menampakkan kepimpinan muda yang berbakat.  Semoga AMK akan kekal mewarisi kehebatannya seperti dahulu./wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 26 Mac 2012

NAJIB BERJANJI LAGI PADA TENTERA, JANJI ISA SAMAD NAJIB YANG PIKUL

Sampai bila warga tentera sekitar Port Dickson mahu ditipu? Kelmarin Najib berkunjung ke Port Dickson siap ditemani oleh beberapa Pegawai Tertinggi Tentera. Untuk apa Najib berkunjung? Tugas rasmi beliau selaku PM? Jangan mahu memperbodohkan rakyat lebih-lebih lagi warga tentera.

Kononnya beliau melakukan lawatan rasmi selaku PM. Gunakan segala peruntukan kerajaan dan kemudahan milik kerajaan di dalam program tersebut. Maka, turunlah beberapa Pegawai Tertinggi Tentera mengiringi tugas rasmi PM itu. Tapi, jika dilihat pada baju dan topi yang dipakai oleh Najib pada program yang disiarkan melalui TV malam tadi, ternyata itu bukan program rasmi selaku PM. Topi dan baju berlambang Dacing itu satu bukti jelas bahawa Najib walaupun baru-baru ini telah memohon maaf kepada rakyat, namun masih angkuh menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan politik. Menyalahgunakan dana dan kemudahan kerajaan untuk berkempen politik.

Menang saja di Bagan Pinang, Isa Samad terus tunai janjinya dahulu dengan si dia.....

Warga tentera selalu diperingatkan jangan melibatkan diri secara langsung di dalam program politik. Malangnya, Pegawai Tertinggi Tentera kita lengkap beruniform boleh mengiringi Najib yang melakukan tugas kempen politik, bukan selaku PM. Jelas di dalam ucapannya, Najib berkempen dengan memperlekehkan Pembangkang dan mempromosikan Bn. Inilah pemimpin yang kita ada dan amat menyedihkan Pegawai Tertinggi Tentera kita bersubahat dengan kempen Najib.

Hasilnya apa? Sekali lagi Najib berjanji kepada warga tentera di Port Dickson untuk menyediakan kolam mandi. Najib berjanji untuk menyediakan Padang Futsal. Janji dan janji lagi. Apakah Najib lupa segala janji yang beliau taburkan itu telah didengar oleh warga tentera di Port Dickson sewaktu Pilihanraya Kecil Bagan Pinang lagi di mana akhirnya Isa Samad menang di situ? Mana kolam renang, Padang Futsal dan Wifi yang dijanjikan sewaktu Pilihanraya Kecil itu? Mana Bandar Tentera Darat yang kononnya dibangunkan di Port Dickson? Adakah hanya ada sebiji bangkai perisai diletakkan di simpang masuk dari Lebuhraya Seremban - Port Dickson melalui SiRusa itu sudah cukup untuk dikatakan Port Dickson Bandar Tentera Darat?

Amat menyedihkan, janji sewaktu Isa Samad bertanding pun masih tidak tertunai, kini Najib berjanji lagi benda yang sepatutnya Isa samad telah langsaikan. Sebaliknya, Isa Samad langsaikan kehendak dirinya dahulu di mana selepas menang beliau terus berkahwin sekali lagi. Kemudian, beliau tinggalkan rakyat Port Dickson untuk mencari `harta' dan kedudukan di Felda pula.

Tiada pilihan lain. Warga tentera di Port Dickson harus mengajar pemimpin yang suka berjanji dan berbohong ini. Sifat berani warga tentera ditagih kerana kita bukan pasukan yang boleh diperkotak-katikkan sesuka hati oleh mereka. Ubah segera, lakukan perubahan DEMI RAKYAT!!
/kobatpkr.blogspot.com

Ahad, 25 Mac 2012

SIAPA AKAN LARI TIDAK CUKUP TANAH SELEPAS PRU NANTI?

Oleh:  WFAUZDIN NS

ADA seorang betina tua yang mengaku `dara' pernah dibuang oleh ayahnya sendiri dan tidak diakui sebagai darah dagingnya sehingga si ayah meninggal dunia.  Betina ini juga pernah dirujuk sebagai `Wanita Neraka Ketujuh' oleh abangnya sendiri.  Itu mukaddimah kisah seorang betina yang menghabiskan masanya bercakap lucah, mencarut serta menabur fitnah demi mengisi perutnya.

Lupakan kisah betina itu.  Aku mahu merujuk laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini di sini.  Umi Hafilda kononnya mahu mengugut DS Anwar Ibrahim dan abangnya Azmin Ali untuk menjaja semua cerita buruk kedua-dua pemimpin PKR tersebut menjelang Pilihanraya Umum nanti.  Kononnya, kedua-dua tokoh itu akan `lari tidak cukup tanah' apabila beliau bersama Tim Sesumpah yang terdiri dari Ezam sesumpah dan Nalla Karupan bakal menggempur DS Anwar dan Azmin.

Dulu Ezam berkawan dengan wanita berakhlak, kini....?

Soalnya, mengapa mesti menunggu saat Pilihanraya?  Jawapannya mudah.  Ini adalah kerana cerita yang bakal keluar dari mulut-mulut pencacai ini hanyalah modal Pilihanraya sahaja.  Sebelum ini kita boleh lihat, apabila ada sahaja Pilihanraya Kecil, maka timbullah muka pencacai-pencacai ini untuk mencari makan.  Mereka tahu saat Pilihanraya adalah saat paling `murah rezeki' haram yang diperolehi.  Kerja menjadi `Pelacur Politik' bagi mereka lebih bersih dari menjadi pelacur di lorong-lorong gelap, walaupun hasilnya sama iaitu duit haram.

Jika benar telus mahu tegakkan kebenaran, mengapa mesti tunggu saat Pilihanraya?  Mengapa tidak dedahkan dulu dan sekarang?  Mengapa sewaktu Umi Hafilda dipanggil menjadi Saksi sewaktu kes Liwat 1 dahulu beliau tidak tampil dengan semua bukti yang kononnya beliau miliki?  Mengapa mesti tunggu hampir 14 tahun mahu dedahkan?  Dan, peliknya mahu menunggu tarikh Pilihanraya pula?  Ertinya, mereka hanya mahu jadikan fitnah sebagai modal Pilihanraya semata-mata.  Sebab itu, apa yang beliau katakan kononnya ada bukti dan sebagainya itu tidak pernah dibawa ke dalam mahkamah malahan tidak pernah pun dibuat laporan untuk disiasat.

Taktik mereka hanya satu iaitu mereka akan karang cerita fitnah, kemudian dengan bodohnya mencabar DS Anwar atau Azmin menyaman mereka.  Apabila DS Anwar dan Azmin enggan melayan permainan bodoh mereka itu, maka modal besar mereka adalah mendakwa DS Anwar dan Azmin amat takut dengan mereka dan memang benarlah cerita-cerita bodoh mereka itu.  

Kalau aku berada di tempat betina ini, mudah sahaja.  Aku akan bekalkan semua fakta dan bukti yang aku ada tentang DS Anwar dan aku akan serahkan pada Najib.  Sudah tentu Najib mempunyai modal besar apabila DS Anwar mencabarnya berdebat.  Bayangkan jika Najib memiliki semua bahan bukti yang ada pada betina ini dan Najib akan dedahkan sewaktu berdebat dengan DS Anwar nanti.  Ketika itu, aku percaya DS Anwar akan `lari tidak cukup tanah'.  Malangnya betina ini amat bodoh, tidak tahu langsung untuk membodek Najib agar Najib lebih berani berdebat dengan DS Anwar. Sehingga kini, Najib terus menikus tanpa seorang pun yang tampil untuk memberikan `tangkal' untuk menjadikan Najib seorang `jantan sejati'.  

Percayalah, kempen fitnah dan cerita lucah dan seks yang bakal dibawa oleh betina dan kumpulan sesumpah ini bakal dicampakkan oleh rakyat ke muka mereka sendiri.  Apa yang bakal kita lihat nanti, selepas PRU ke 13, InsyaAllah, yang akan `lari tidak cukup tanah' bukan mereka ini sahaja bahkan tuan-tuan mereka juga akan lari kerana mereka tahu sudah berapa banyak perut-perut mereka mentekedarah hak rakyat.  Mereka pasti lari lintang pukang./wfauzdin.blogspot.com

VIDEO - DI MANA PERJUANGAN ISLAM, RAJA DAN MELAYU NYA? SOAL AZMIN KEPADA HASSAN ALI