RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 24 Disember 2021

MANGSA BANJIR TERKEJUT, " DATO SERI ANWAR KE NI?"


 

TAZKIRAH ANWAR DI CERUK TOK KUN


 

KHEMAH BESAR - PH JANGAN TERHEGEH-HEGEH

Kalau kamu ada anak dara, jangan jaja cerita merata-rata kononnya betapa bagusnya jika anak dara kamu itu bersuamikan si anu. Bermacam-macam cerita baik kamu jaja tentang si anu untuk membolehkan kamu bermenantukan dia

Walhal, si anu itu tidak pernah teringin pun dengan anak dara kamu. Kamu saja yang perasan dan tiada malu. Sanggup bergaduh suami isteri kerana mahukan si anu yang tidak pandang pun kepada anak dara kamu.

Siapa pernah dengar Pejuang mahu sertai PH? Siapa pernah dengar Warisan atau Muda mahu sertai PH? Mengapa ada dua tiga orang pimpinan dalam PH yang perasan? Hari-hari bercakap pasal khemah besar.
Cukup-cukuplah bercakap soal khemah besar sekiranya mahu sebut si tua saka itu. Biarlah dia mereput sendiri kerana itu hukuman buat beliau yang khianat kepada mandat rakyat apabila dengan sengaja meletakkan jawatan PM. Bila dia letak jawatan, maka jatuhlah kerajaan. Bukankah bangsat namanya?

PH harus menjauhkan diri dari pengkhianat seperti ini. Jangan jadi terlalu murah dengan menyembah tapak kaki mereka. Rata-rata rakyat bencikan si tua kutuk itu. So, jangan cari pasal.