RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 4 Ogos 2020

MARTABATKAN TULISAN JAWI HARUSLAH KENA DENGAN TEMPATNYA

Tulisan jawi wajar di martabatkan. Sebarang usaha oleh mana2 pihak untuk martabatkan tulisan jawi patut kita beri sokongan tidak mengira apa jua fahaman politik.

Namun, dalam masa yang sama, tulisan rumi yang juga penting untuk martabatkan bahasa kebangsaan tidak wajar kita kesampingkan. Begitu juga sebagai negara yang berbilang kaum, kita juga patut memelihara tulisan bahasa ibunda semua kaum.

Apa yang penting, meletakkan kesesuaian sesuatu tulisan itu agar tidak mengelirukan atau mendatangkan prasangka. Adalah tidak wajar dan tidak sesuai tulisan jawi digunakan untuk mempromosikan atau dijadikan sebagai tulisan di papan tanda kedai-kedai judi, arak, kelab hiburan dan seumpamanya. Sepatutnya ada garis panduan yang lebih jelas untuk memelihara tulisan jawi ini.

Tulisan jawi tidak harus dijadikan modal politik oleh mana2 pihak sekiranya kita benar2 ikhlas untuk memartabatkannya. Apa yang lebih penting, memartabatkan tulisan jawi harus dimulakan di sekolah2 di peringkat rendah lagi. Alangkah cantiknya jika tulisan ini dipelajari oleh semua kaum tanpa dipaksakan kepada mereka. Jika kita bangga anak2 kita bangsa melayu boleh menulis dan membaca di dalam bahasa Cina atau Tamil, begitulah juga kaum2 lain patut merasa bangga jika anak2 mereka boleh menulis dan membaca di dalam tulisan jawi.

Sekiranya kita tidak mempolitikkan isu tulisan dan bahasa ini, tidak mungkin ianya menjadi isu besar yang boleh memecahkan perpaduan kaum di negara tercinta ini.

KAMI SEDIA MENANTI KEMUNCULAN RAFIZI




Selamat Hari Raya Korban. Dia telah berkorban segala2nya. Tenaga, idea, wang ringgit bahkan mengorbankan kesenangan keluarganya demi untuk kita semua. Usahanya berbaloi apabila PH akhirnya berjaya menjatuhkan rejim Najib, Umno/Bn.

Apabila kerajaan PH yang terbentuk bermula Mei 2018 hanya bertahan selama 22 bulan dek angkara pengkhianat dan disokong pula oleh Umno dan Pas, maka hutang Sdr Rafizi Ramli kepada kita selesai. Dia telah tunaikan janjinya untuk membina negara, tapi bukan tugasnya untuk menentukan tiada iblis dan syaitan di dalam kerajaan PH.

Beliau pernah membayangkan akan ada pengkhianatan terutamanya di dalam partinya sendiri, ramai yang tidak meyakininya. Sebab itu, beliau tawarkan diri bertanding sebagai Timbalan Presiden Keadilan pada pemilihan yang lalu. Beliau mahu elak pengkhianatan berlaku terutamanya di dalam parti. Malangnya, berapa ramai yang percaya dengan beliau?

Sekarang kita lihat sendiri apa yang berlaku. Tidak guna menyesal sekarang. Biarkan Rafizi menarik nafas dan berehat dulu. Biarkan dia menunaikan hutangnya kepada keluarganya yang banyak terabai sebelum ini. Biarkan dia mencari rezeki sekarang setelah banyak dia berhabis untuk kita. Setelah semuanya berjalan baik untuk diri dan keluarganya, percayalah, anak muda ini akan kembali mengatur langkah pencaknya di gelanggang politik yang semakin menggila ini.

Mengisi ruang yang ada, akan ada golongan atau kumpulan yang akan terus bergerak. Golongan atau kumpulan ini menjadikan perjuangan Rafizi sebagai inspirasi wajar kita sokong dan bantu.

SELAMAT HARI RAYA RAFIZI DAN KELUARGA!!