RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 13 Februari 2020

CERITA MOKHTAR SENIK DAN CERITA AKU

Mokhtar Senik buat cerita seperti berikut:

Ada sorg ustaz tu tanya saya dgn nada sinis. "wajib ke duduk dlm PAS dan MN?" saya kata siapa kata wajib. Yg wajibnya sokong perjuangan islam yg dibawa oleh PAS.
Dia tanya lagi.. "wajib ke sokong perjuangan Islam?. Saya jawab memang laa wajib kecuali anta kafir...
dia sambung lagi: "Saya pun belajar kitab kat pondok juga ust tapi tak jumpa pun hukum yg ust cakap ni" . Saya kata "Kalau anta belajar pondok pasti anta akan belajar usul Fiqh dan Qawaed Fiqhiyyah,keculi anta belajar kat PONDOK TUNGGU DURIAN". Pas tu terus senyap.
UMS
Kuantan Phg.
11. Feb. 2020


Saya pun ada cerita seakan2 cerita Mokhtar Senik:

Ada sorg walaun tu tanya saya dgn nada sinis. "Mengapa tak sokong Pas?" Saya kata," Haram sokong parti jual agama".
Dia kata lagi, "Wajib sokong perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas". Saya jawab, " Memang wajib sokong perjuangan Islam tetapi haram sokong parti jual agama".
Dia sambung lagi, " Saya belajar kitab kat pondok, lebai saya beritahu, Pas parti Islam dan menyokong perjuangan Islam". Katanya.
Saya tanya, " Apa bukti Pas menyokong perjuangan Islam?". Dia jawab, " Buktinya, kami sokong Umno yang dipimpin oleh Zahid dan Penasihatnya Najib laki Rosmah.".
Saya kata "Kalau begitu, anta belajar kat pondok durian la tu, tak pun kat pondok Al-Maunah.
Pas tu, dia terus senyap dan anggukkan kepala sambil menyarungkan ketayap logo pas dan umno.


WFAUZDIN NS
Kuantan Phg.
12 Feb 2020

JANGAN INGAT SPEAKER DEWAN BODOH MACAM KAMU

Agak kelakar apabila Tuan Ibrahim dari parti lebai mahu bawa usul "sokong Tun M sebagai PM" di dalam Dewan Rakyat. Tdak disangka sebegitu rendah level pemikiran politik Timbalan Presiden parti lebai berkenaan.

Tidak menjadi kelakar sekiranya cadangan itu dibuat ketika tiada ketentuan siapa jadi PM. Apabila jawatan PM telah diberikan kepada Tun M dan diperkenankan oleh YDP Agong, apa keperluan cadangan Tuan Ibrahim ini? Selepas anak dara Tuan Ibrahim diijabkabulkan dengan seseorang, baru Tuan Ibrahim berkata,"Saya sokong dia jadi menantu saya". Lawak tak? Kecuali, Tuan Ibrahim mahu bawa usul "Hilang kepercayaan terhadap PM". itu baru munasabah.

Tugas Speaker dewan adalah membenarkan usul2 yang boleh memberi faedah kepada rakyat atau ada kepentingan umum melibatkan rakyat atau negara. Tidak semua usul yang dibawa, Speaker akan terima untuk dibahas di dalam Parlimen. Usul2 bodoh seperti ini sudah tentu akan ditolak oleh Speaker kerana membuang masa Dewan Rakyat untuk membahaskan perkara yang telah pun wujud. Sebab itu penting memilih Wakil Rakyat yang cerdik. Tugas Wakil Rakyat atau Ahli Parlimen bukan semudah tugas "Datuk Nikah Kahwin" dalam filem "Musang Berjanggut".

Usul yang mahu dicadangkan oleh Tuan Ibrahim itu tiada makna apa2. Tidak mengubah apa2 kerana selagi tiada usul "Undi Tidak Percaya" kepada PM, selagi itulah wujudnya PM sekarang. So, apa tujuan usul tersebut? Adalah lebih baik jika usul tersebut digantikan dengan usul pindaan RUU Akta 355 yang lebai Hadi bawa dulu dan dia sendiri tangguhkan dulu? Bukankah itu lebih berfaedah dan syarie? Oppss..saya terlupa, rupa2nya pindaan RUU Akta 355 itu pun kerajaan PH akan lakukan dan telah pun dimulakan sedikit demi sedikit di Wilayah Persekutuan.

Tidak sukar untuk membaca nawaitu jahat lebai katik ini. Tujuannya, apabila dibawa usul ini puak2 lebai akan sokong dan Tun M akan lihat lebai2 mana yang sokong dia dan jika ada kes termakan duit 1MDB diharapkan Tun M boleh setelkan. Di samping itu, mereka mahu lihat mana2 MP yang tidak sokong Tun M. Itu sahaja nawaitu lebai ni. Apa faedahnya kepada rakyat jika usul itu dibuat? Andainya majoriti tidak menyokong usul tersebut, maka lebai harap Hadi Awang akan jadi PM?

Cukuplah lebai, jangan buat kerja bodoh seperti itu. Tunjukkanlah tahap sebagai MP yang bijak yang boleh menegur kerajaan, bukannya membawa usul yang tidak berfaedah seperti itu. Kalau tidak mahu sangat Anwar jadi PM, buatlah usul "Undi Tidak Percaya" kepada Anwar apabila Anwar menjadi PM tidak beberapa lama lagi. Saya khuatir, apabila Anwar jadi PM nanti, puak lebailah yang pertama mengetuk pintu pejabat PM. Contohnya telah ada, betapa dihinanya Tun M sebelum PRU14 tetapi merekalah yang pertama ketuk pintu pejabat PM dengan kulit muka yang tebal.

MENJAWAB HUJAH DR MAZA BERKAITAN JANJI PERALIHAN KUASA PM

Kita tahu Dr Maza bukan orang politik, beliau hanya seorang Mufti. Tidak salah seorang Mufti mahu berbicara soal politik kerana politik dan agama tidak boleh dipisahkan. Cuma, agak pelik sejak kebelakangan ini selepas PH menjadi kerajaan, suara Dr Maza lebih banyak bercakap soal politik sehingga kita terlupa beliau seorang Mufti. Bahkan, suaranya tentang politik lebih lantang berbanding sewaktu beliau berada di situ di bawah kerajaan Kleptokrasi.

Perubahan ini terjadi kerana di bawah kerajaan PH, keterbukaan untuk bersuara itu diberikan jauh lebih baik berbanding di era kerajaan Kleptokrasi sebelum ini. Oleh kerana itu, semuanya berani bersuara tanpa rasa takut dan bimbang. Alhamdulillah, itu wajar diberi pujian oleh Mufti sepatutnya. Bayangkan, bekas Ketua Polis Negara pun ada yang berani menjelajah ke hulu ke hilir membakar isu perkauman. Baiknya kerajaan PH sekarang.

Saya mahu menjawab hujah Dr Masa seperti yang tersiar di Malaysiakini. Dr Maza menimbulkan persoalan wajarkah janji itu dipenuhi jika meibatkan hak orang lain? Beliau cuba untuk menggambarkan wajarkah janji dibuat untuk jawatan PM ke 8 kepada Anwar, sedangkan jawatan itu bukan milik anwar mahupun Tun M, tetapi milik rakyat. Maksudnya, wajarkah janji itu dipatuhi?

Baik, saya petik kembali persoalan2 dari Dr Maza: Beliau berkata,

1. “Persoalan yang patut kita fikirkan, dalam sistem negara ini, jawatan perdana menteri sebenarnya milik siapa?

2. "Siapakah yang berhak menentukan? Siapakah yang berhak berjanji?

3. "Siapakah yang betul atau salah jika berjanji? Siapakah yang betul atau salah jika menuntut janji? PM? Parlimen? Rakyat?" Soal mufti Perlis.

Saya mahu menjawab soalan beliau yang pertama. Jawatan PM adalah milik seseorang yang telah diberi mandat oleh rakyat di dalam PRU. Di dalam konteks negara kita, parti yang terbanyak memenangi Kerusi Parlimen maka itulah parti pemerintah untuk menjadi kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Maka, parti tersebut akan memilih seorang calon untuk menjadi PM. Sekiranya diperkenankan oleh YDP Agong, itulah PM bagi kerajaan.

Bagi PH, sebelum PRU14 lagi, kita telah umumkan kepada rakyat melalui kempen2 kita bahawa sekiranya PH memerintah kerajaan, kita akan melantik Tun M sebagai PM, WAn Azizah sebagai TPM dan Anwar akan mengambil alih PM ke 8 setelah beliau dibebaskan dari penjara dan dibenarkan untuk menjawat jawatan di dalam politik. Ini adalah janji PH disepakati di dalam PH dan diumumkan secara terbuka tawaran dan janji ini kepada rakyat sebeum PRU14 lagi. Apabila Parlimen dibubarkan, jawatan PM bukan lagi milik sesiapa tetapi akan diserahkan kepada rakyat untuk menentukannya berdasarkan janji2 oleh semua parti yang akan bertanding.

Ertinya, jika rakyat setuju dengan janji2 dari PH itu, maka rakyat akan mengundi PH dan jika rakyat mahu Umno/Bn terus memimpin dengan Najib sebagai PM dikekalkan, maka rakyat akan memilih Umno/Bn. Hasilnya, kita tahu rakyat majoriti memilih PH iaitu bersetuju bahawa PM sementara sebelum Anwar adalah Tun M. Itu jelas. Sebab itu, Kak Wan tidak mengambil jawatan tersebut apabila ditawarkan oleh YDP Agong meskipun Kak Wan adalah Presiden Keadilan iaitu logo parti yang digunakan oleh PH di dalam PRU14 kerana Kak Wan amat mematuhi janji2 di dalam PH. Sekiranya Kak Wan menerima jawatan PM waktu itu, maka Kak Wan dianggap munafik kerana melanggar janji2 yang telah dipersetujui bersama.

Persoalan kedua oleh Dr Maza, jawapannya mudah. Siapakah yang berhak menentukan? Parti2 yang bertanding adalah berhak menentukan siapa calon PM dan mereka juga berhak membuat janji sesama mereka asalkan janji2 tersebut dihebahkan secara terbuka kepada rakyat untuk rakyat nilai dan buat pilihan. Tidak timbul rakyat dikhianati di atas pilihan mereka dan parti2 di dalam PH juga jangan khianati janji2 mereka di dalam soal jawatan PM ini.

Soalan ketiga dari Dr Maza juga mudah. Siapa yang betul dan salah jika berjanji? Tiada sesiapa yang bersalah di dalam membuat janji kecuali yang melanggar janji2 yang telah dibuat. Berjanji di atas sesuatu perkara yang diharuskan adalah betul dan baik, tetapi menjadi haram dan munafik jika melanggar janji2 itu tadi. Apabila janji telah dibuat, tidak salah mana2 parti di dala PH menuntut janji2 itu dilaksanaan dan rakyat juga tidak salah untuk menuntut janji2 tersebut untuk ditunaikan kerana mereka memilih parti berkenaan kerana percaya kepada janji2 yang telah disampaikan kepada mereka sebelum PRU14 lagi. Di dalam soal peralihan kuasa ini, rakyat sedar akan janji2 yang telah dihebahkan.

Soal siapa salah jika janji2 ini tidak ditunaikan, jawapannya juga jelas iaitu Majlis Presiden yang patut menanggung kesalahan ini kerana janji2 ini dibuat oleh mereka. Parlimen tidak bersalah, jauh sekali rakyat tidak boleh dipersalahkan. Adalah menjadi satu kesalahan besar dan khianat jika ada mana2 pimpinan dari PH yang telah mengikat janji2 ini cuba untuk memungkiri janji2 tersebut atau sengaja membuat helah bagi melambat2kan proses peralihan kuasa seperti yang dijanjikan.

Jadi, tidak timbul serah jawatan PM jika pemiliknya (rakyat) tidak setuju kerana rakyat telah buat keputusan memilih PH berdasarkan janji2 PH termasuk janji peralihan kuasa PM tersebut. Soalnya sekarang, adakah janji2 itu dipatuhi?

Saya sarankan agar Mufti Perlis ini mencari maklumat yang tepat tentang senario sejak awal sebelum PRU14, bagaimana PH dibentuk dan bagaimana serta mengapa perjanjian tentang peralihan kuasa ini dibuat sebelum beliau cuba untuk mengulas isu tentang peralihan kuasa ini yang beliau sendiri tidak mengetahui butiran dan asasnya. Jika beliau sangka peralihan kuasa tentang PM ini sama seperti di era kerajaan Umno/Bn, maka beliau perlu banyak lagi belajar tentang politik khususnya pendekatan, prinsip dan dasar di dalam PH. .

ISU PERALIHAN KUASA, BUKAN BICARA SOAL DEWAN RAKYAT

Bayangkan, sebaik sahaja kita menang di dalam PRU14 dahulu, Wan Azizah pun berkata
" Kita akan tunai janji untuk Tun M menjadi PM, tetapi terpulang kepada Agong". Agak2 siapa PM sekarang?

Kita mahu ingatkan Tun, soal peralihan kuasa adalah soal perjanjian di dalam PH iaitu Tun jadi PM sementara sehingga Anwar bebas dari penjara, kemudian boleh berpolitik dan diangkat menjadi PM. Tempuh peralihan kuasa itu Tun M sendiri sebut iaitu tidak lebih dari dua tahun. Ertinya, Tun M wajib selesaikan ini dulu, iaitu letak jawatan PM dan serah kepada Anwar pada bulan Mei ini. Buat yang ini dulu agar Tun tidak lagi berhutang janji dengan PH.

Selesai tugas Tun, tugas Anwar pula adalah untuk mengangkat sumpah sebagai PM yang baru. Waktu ini, samada Anwar mendapat sokongan atau tidak yang boleh meyakinkan Agong, itu bab lain. Itu bukan lagi bidangkuasa Tun dan rakyat tidak lagi menyalahkan Tun kerana beliau telah menunaikan janjinya.

Tidak perlu Tun cakap berbelit2 untuk melengahkan soal peralihan kuasa ini. Inilah puncanya negara ini kalut dan tidak dapat diuruskan dengan baik kerana soal peralihan kuasa itu tidak jelas. Jangan ambil kesempatan di atas kelembutan Anwar membiarkan Tun bercakap sesuka hati dalam soal penting ini.

Susah sangatkah untuk menunaikan janji sehingga mahu babitkan Dewan Rakyat? Bukankah sewaktu melantik Tun menjadi PM, ianya begitu lancar dan licin tanpa kerumitan kerana semua rakan di dalam PH setia dengan janji yang dibuat. Mengapa untuk melepaskannya nampak sukar dan berbelit?

Tun tidak perlu untuk memperbodohkan rakyat. Kita tidak minta Tun buat lebih dari apa yang telah PH janjikan. Soal Dewan Rakyat, biar PH yang akan uruskan setelah Tun tunaikan janjinya terlebih dahulu.

Melambat-lambatkan atau memberi berbagai alasan bukan boleh menunjukkan Tun ikhlas di dalam hal ini. Kami mendesak agar Tun kembali kepada PH bukannya cuba cari formula lain untuk terus berkuasa setelah plan " Pakatan Nasional" gagal setelah dikantoikan.

Rabu, 12 Februari 2020

ANWAR SEDIA TUNGGU, TAPI RAKYAT BERSEDIAKAH?

Apabila ditanya oleh wartawan tentang isu peralihan kuasa PM, Anwar sentiasa konsisten dengan jawapannya iaitu akhirnya Majlis Presiden PH yang akan menentukan. Apabila didesak tentang bagaimana jika Tun M menyerahkan jawatan PM kepada beliau selepas Persidangan APEC November ini seperti yang pernah disuarakan oleh Tun M, Anwar tidak melatah dengan pertanyaan berbentuk provokasi tersebut.

Anwar, selaku Presiden PH dan Presiden Keadilan telah menjawab dengan bijak iaitu " Jika 20 tahun beliau boleh menanti, apalah sangat untuk beberapa bulan"? Namun, jawapan beliu itu berlapik iaitu terpulanng kepada Majlis Presiden PH. Anwar faham, wartawan mahu beliau menjawab, "No, saya mesti ambil alih pada bulan Mei 20 ini kerana itu adalah janji Tun M sebelum ini". Jika Anwar menjawab seperti itu, maka isu peralihan kuasa ini pasti lebiih hangat diperkatakan dan Anwar dituduh sebagai rakus untuk menjadi PM.

Hakikatnya, rakyat yang menyokong PH di dalam PRU14 yang lalu percaya bahawa Tun M akan serahkan jawatan kepada Anwar dalam tempuh dua tahun. Tempuh dua tahun adalah janji Tun M sebaik sahaja beliau menjadi PM. Lebih dari dua tahun yang Tun M sebutkan selepas itu hanyalah 'test market" dari Tun M dan beliau dapat lihat sendiri adakah rakyat bersedia untuk menerima Tun M dari seorang PM sementara yang lebih lama berkhidmat dari PM yang sepatutnya.

Adakah Anwar rakus mahu menjadi PM sehinggakan memberi restu kepada Tun M apabila Tun M bertemunya di mahkamah sebelum PRU14 yang lalu? Kalau beliau rakus, tentunya beliau cadangkan PH melantik isterinya Kak Wan untuk menjadi PM sekiranya PH menang dan apabila Anwar dibebaskan dari penjara, Kak Wan letak jawatan dan serah kepada Anwar. Bukankah itu lebih selamat? Rakuskah Anwar apabila berkata beliau masih bersedia untuk menunggu peralihan kuasa dari Tun M? Siapa yang rakus sebenarnya?

Saya percaya, Tun M tidak akan mengkhianati Anwar kerana Kak Wan tidak pernah khianat kepada beliau walaupun di hadapan mata Kak Wan ditanya oleh YDP Agong ketika beliau mengadap di Istana selepas PH menang, adakah beliau bersedia untuk menjadi PM, Kak Wan segera menjawab bahawa di dalam PH telah ada perjanjian iaitu Tun M adalah PM. Begitu kuat pegangan Kak Wan terhadap janji.

Sementara menanti bulan Mei ini, kita di bawah mesti tetap pertahankan PH di samping sentiasa mengingatkan Tun M kepada janjinya kerana kita khuatir Tun M terlupa. Majlis Presiden pula jangan buat2 lupa kepada janji2 ini lantaran telah berada dikerusi empuk. Mungkin Anwar boleh bersabar dan menunggu tetapi rakyat mahu melihat reformasi sebenar segera dilaksanakan dan kuncinya ada pada Anwar.