MEDIA milik Umno nampaknya saban hari menghentam Lim Guan Eng. Kononnya mereka mahu lupakan dosa-dosa Najib dalam skandal 1MDB dan duit derma RM2.6 Bilion itu. Maka diperbesarkan cerita tentang pembelian rumah oleh Guan Eng yang dikatakan 'salah guna kuasa' itu.
Belum sempat mereka mahu menakut-nakutkan KM P.Pinang itu, Guan Eng sendiri mencabar sesiapa sahaja yang ingin menuduhnya boleh berbuat demikian. Jangan hanya pandai menyalak di dalam Parlimen dek kerana di situ ada kekebalan. Guan Eng siap menjemput SPRM untuk menyiasatnya.
Semalam, media ini juga menuntut agar Guan Eng bercuti sehingga selesai siasatan. Paling jelik sekali, Ketua Pemuda Pas P.Pinang tiba-tiba terbangun dari jaga. Mereka pun mendesak Guan Eng bercuti. Peliknya, sewaktu skandal 1MDB dan duit derma RM2.6 Bilion yang melibatkan Najib menjadi berita hangat dan sensasi di seluruh negara dan di seluruh dunia, di mana suara Pemuda Pas? Tidur agaknya.
Sewaktu beberapa NGO membuat laporan polis dan SPRM terhadap kerajaan negeri Kelantan dalam isu balak, Pemuda Pas juga masih lena. Tiada desakan pun agar MB Kelantan atau TMB Kelantan bercuti. Inikah keadilan Islam yang mahu mereka tunjukkan? Oleh kerana Guan Eng itu Dap, maka dendam pun membara?
Apa pun, Guan Eng tetap cool. Beliau tahu beliau tidak bersalah. Sehingga kini tiada siapa pun berani mengulangi dakwaan secara terbuka terhadapnya, kecuali di dalam Parlimen. Mengapa takut? Takut jadi seperti Tontawi yang terpaksa bayar RM10K kerana menfitnah Guan Eng? Memalukan nama Islam saja perangai begini.