RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 20 Februari 2010

LIWAT PUNYA PASAL, PEMUDA UMNO BERMINAT IKUTI CERAMAH ANWAR

Beginilah jadinya jika hari-hari makan muntah Utusan Meloya dan TV 3 Suku.....

Oleh: WFAUZDIN NS


SEMENJAK kes liwat yang melibatkan DS Anwar dibawa ke mahkamah, nampaknya bukan mengurangkan kredibiliti DS Anwar jauh sekali dari membuatkan rakyat menjauhi Penasihat PKR itu, malahan imej DS Anwar terus memuncak di serata dunia. Mungkin, inilah gambaran awal yang Allah tunjukkan pada kita bahawa insan yang dizalimi dan difitnah tetap akan terpelihara maruahnya di mata masyarakat sebaliknya yang menzalimi dan busuk hati tetap tidak tenteram jiwanya dan terkurung malu untuk berdepan di khalayak ramai.

Saya sempat mengikuti ceramah DS Anwar baru-baru ini di Bt Caves, Selangor dan saya bagaikan berada di era reformasi yang pertama dahulu. Ternyata mereka yang menganggap DS Anwar kini sudah mengalami kekurangan sokongan adalah silap. Sokongan tidak boleh diukur dengan kehadiran penyokong di mahkamah. Kes fitnah yang pertama dahulu, rakyat ramai turun ke mahkamah kerana mereka tidak menjangkakan begitu sekali kezaliman terhadap DS Anwar sehingga rakyat melihat mata DS Anwar lebam. Kali ini, rakyat tidak lagi terkejut dengan fitnah yang sama dan DS Anwar pula tidak lagi dipukul seperti dahulu. Namun, rakyat masih terus menyokong beliau dengan kehadiran yang mencecah ribuan orang di setiap ceramah yang dihadiri oleh DS Anwar. Jika tidak kerana takut pada sokongan orang ramai, masakan setiap kali ceramah yang melibatkan DS Anwar pasti ada halangan. Sekatan jalan raya begitu banyak dan seperti yang berlaku di Bt Caves, sebaik sahaja DS Anwar ingin berucap, pihak berkuasa mengarahkan pembesar suara di luar dewan dimatikan.

Boleh kah kita bayangkan jika tiada amaran awal-awal lagi oleh pihak berkuasa agar tiada perhimpunan di mahkamah? Namun, meskipun sibuk dengan waktu bertugas masih ada yang beranikan diri hadir ke mahkamah untuk memberikan sokongan moral kepada DS Anwar. Mereka berhimpun bukan untuk menuntut diadakan perarakan Maulidur Rasul, tetapi mereka hadir untuk menunjukkan sokongan kepada mangsa kezaliman. Bagi mereka yang tidak dapat hadir, mereka terus memberikan sokongan dari jauh untuk DS Anwar. Blog-blog pro Umno menyebut bahawa sokongan terhadap DS Anwar berkurangan semata-mata melihat kepada kehadiran orang ramai di mahkamah. Itu adalah perkiraan yang dangkal dan bodoh. Mengapa mereka tidak menilai sendiri kehadiran orang ramai di mana sahaja program DS Anwar?

Terbaru ini pula, kehadiran orang ramai di dalam setiap siri ceramah DS Anwar akan lebih bertambah apabila Ketua Pemuda Umno, KJ sendiri akan memastikan Pemuda Umno akan hadir pada setiap ceramah DS Anwar. Alhamdulillah, tanpa kita jemput dan bersusah payah, mereka akan hadir dan mudah-mudahan Allah akan membuka pintu hati Pemuda-Pemuda Umno ini untuk bersama kita setelah mendengar sendiri apa yang DS Anwar akan perkatakan. Selama ini mungkin mereka terlalu banyak memakan muntah yang dikeluarkan oleh Utusan Meloya dan TV 3 Suku yang menjadikan mereka bertambah bebal. Selepas ini, seperti kata KJ sendiri, Pemuda Umno akan berada di bawah pentas ceramah DS Anwar. Tidak kiralah di mana Pemuda Umno ini akan berada samada di celah-celah pokok, atas pokok mahu pun berada di tengah-tengah orang ramai, yang pentingnya mereka boleh mendengar sendiri dari mulut DS Anwar tentang Umno khususnya Najib pemimpin yang mereka puja itu.

Saya percaya, selagi media-media pencacai mereka masih memainkan isu liwat ini untuk memburukkan imej DS Anwar, selagi itulah DS Anwar akan tetap mempertahankan imejnya. Kini, di merata dunia imej negara kita tercemar dan kelam kabut juak-juak Najib untuk ke sana ke mari kununnya bagi memperjelaskan isu liwat ini kepada dunia luar. Mereka sangka pemimpin di luar sana sebodoh mereka untuk di gula-gulakan? Siapa Jamaludin Jarjis yang ingin menegur AS? Bila sebut nama JJ ini, teringat kita kisah wanita yang dicabul, kemudiannya tarik balik laporan. Siapa pencabul itu yer?/wfauzdin.blogspot.com

JOM UMNO, PERKASA KITA BERDEMO DI NEGERI INI PULA !!

Maulidur Rasul: Tiada perarakan di Johor, Pahang, Perlis
Salhan K Ahmad
Feb 18, 10


Johor, Pahang dan Perlis tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.

"Kita tidak buat perarakan, tapi sambutan dalam bentuk ceramah sahaja. Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak kita adakan ceramah," kata Abdul Manan ketika dihubungi.

Jelasnya, keputusan untuk tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini diambil setelah mengambil kira keselesaan orang ramai yang akan hadir dan tidak melibatkan hukum ke atas penganjuran perarakan.

"Kita tidak anjurkan perarakan tahun ini bukan sebab hukum tetapi kerana mengutamakan keselesaan orang ramai yang akan hadir kerana ia dibuat waktu malam.

"Kita takut nanti akan hujan, dan perlu juga ambil kira masalah kesesakan," katanya dan menjelaskan belum ada lagi fatwa yang dikeluarkan berhubung penganjuran perarakan seperti itu.

"(Pahang) belum ada lagi fatwa yang katakan tidak boleh (buat perarakan), pandangan ini juga belum diutarakan lagi. Kalau ada (ulama) yang kata tidak boleh, ia perlu dibawa ke dalam Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya.

Di Johor pula, sambutan tahun ini dijangka tetap meriah walau diadakan tanpa perarakan, kata pengarah Jabatan Agama Islam Johor A Rahman Jaffar.

Katanya, sambutan kali ini akan berlangsung sepanjang bulan dengan aktiviti yang dijadualkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan juga di masjid-masjid jamek di setiap daerah.

Program di masjid negeri yang akan dihadiri Sultan Johor itu antaranya akan meliputi titah sultan, ceramah dan majlis berzanji.

"Dahulu kita pernah buat perarakan tapi sekarang tidak ada lagi, lagipun acara perarakan ini tidak dituntut oleh Islam" katanya.

Tambahnya, beberapa kumpulan tetap memohon supaya diadakan perarakan tahun ini, namun cadangan itu ditolak oleh Majlis Agama Islam Johor.

Juga difahamkan, negeri itu tidak pernah mengeluarkan apa-apa fatwa berkaitan penganjuran perarakan bagi menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

"Kita fokuskan kepada aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan masjid dan juga kawasan kubur. Kalau tidak, kita bersihkan kubur waktu hari raya sahaja.

"Kalau perarakan pun cuma sekali saja, lepas itu habis. Kalau kita buat aktiviti kemasyarakatan kita boleh buat secara berterusan," katanya lagi.

Sementara itu, Perlis juga tidak akan mengadakan perarakan bagi sambutan kali ini, seperti juga tahun-tahun sebelumnya.

Ini disahkan oleh exco agama Islam negeri Jefri Othman yang berkata, Perlis sememangnya tidak pernah menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran

"Kita memang dari dulu lagi tidak sambut Maulidur Rasul secara besar-besaran seperti negeri lain," katanya./Malaysiakini

`FIRAUN BESAR' DIBERI PELUANG LAGI

Peluang kedua untuk Zulklifi
Hazlan Zakaria
Feb 19, 10


Ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin (bawah) diberikan peluang kedua oleh lembaga disiplin partinya itu.

NONEDia sepatutnya 'menghadap' lembaga disipin PKR malam semalam tetapi menurut timbalan presiden parti itu, Syed Husin Ali dalam satu kenyataan akhbar semalam, telah 'melarikan diri' ke Korea Selatan.

Zulklifi kini dilaporkan di Seoul bersama 12 ahli parlimen yang lain sejak Rabu lalu dan dijadualkan akan hanya pulang ke tanah air pada 25 Feb ini.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang dihubungi hari ini berkata “Zul kini diberi peluang bagi mempertahankan dirinya.”

Menurut Saifuddin (bawah), lembaga disiplin PKR bermesyuarat seketika malam semalam dan mengambil keputusan untuk memberikan Zulklifi peluang bagi mempertahankan dirinya berhubung beberapa dakwaan.

selambau pkr pc 040409 saifuddin nasution telephone database“Jawatankuasa disiplin mengambil keputusan untuk bermesyuarat sekali lagi pada 1 Mac depan,” kata ahli parlimen dari Lunas itu.

“Meskipun Zul bertubi-tubi menyerang partinya, pemimpin utama, Anwar Ibrahim, pemimpin kanan yang lain termasuk juga jawatankuasa disiplin, namun PKR tetap meletakkan proses keadilan mengatasi segala-galanya. Kesnya akan didengar dan semua fakta akan diambil kira.”

Malaysiakini juga menghubungi pengerusi jawatankuasa disipilin PKR, Syed Kamaruzzaman Syed Kabeer tetapi beliau enggan mengulas, tetapi sebaliknya merujuk kami kepada Saifuddin.

Zulkifli sebelum ini mempertikaikan pemilihan tarikh berkenaan kerana mendakwa PKR seganja memilih hari ketika dia berada di luar negara.

Ahli parlimen dari Kulim Bandar Baharu itu juga didakwa gagal menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh parti itu kepadanya pada 8 Feb lalu dan memaklumkan kepada mereka mengenai kesesuaian tarikh yang dipilih itu./Malaysiakini

Jumaat, 19 Februari 2010

GAGAL ISU PERARAKAN MAULIDUR RASUL, KINI ISU PEJABAT PULA

Oleh: WFAUZDIN NS

SETELAH mereka gagal memainkan isu perarakan Maulidur Rasul di P.Pinang disebabkan media alternatif pro PR mendedahkan bahawa perarakan P.Pinang tidak pernah mengadakan perarakan tersebut 3 tahun berturut-turut mulai tahun 2003. Ketika itu Gerakan yang memerintah dan Umno juga masih bernyawa di P.Pinang. Apa yang mereka lakukan sewaktu itu? Kini, mereka beralih arah pula terhadap isu berkenaan arahan pejabat KM P.Pinang yang menjadikan pejabat KM sebagai kawasan larangan.

Apa yang penting, semua urusan pentadbiran kerajaan negeri telus dan bersih. Rakyat tetap menjadi keutamaan dan rahsia kerajaan negeri juga tidak mudah dapat di`jual' oleh mereka-mereka yang menjadi `musuh di dalam selimut'. Tentunya ini menjadi masalah kepada `barua-barua' Umno yang berhajat untuk membuka segala maklumat kerajaan negeri. Kebijaksanaan Lim Guan Eng patut dipuji. Meskipun pejabat KM adalah kawasan yang tidak lagi bebas, tetapi sebagai sebuah kerajaan di bawah PR, tentunya SPRM bebas memasuki pejabat KM sekiranya mereka merasakan perlu membuat siasatan di pejabat tersebut.

Tiada masalah langsung kepada rakyat atas isu ini, melainkan Umno yang bermasalah. Umno memang sentiasa akan bermasalah selagi kerajaan di bawah PR berupaya melaksanakan amanah rakyat. Mereka akan terus mencari isu walaupun setiap isu yang mereka jaja di media-media pencacai mereka akhirnya memalukan mereka, contohnya di dalam isu perarakan Maulidur Rasul. /wfauzdin.blogspot



KARPAL SUDAH BERSEDIA SOAL SAIFUL, PENDAKWA PULA MINTA TANGGUH

Permohonan DS Anwar untuk menggugurkan hakim yang didakwanya tidak berlaku adil terhadapnya ditolak oleh hakim berkenaan. Hakim tersebut yang didakwa oleh DS Anwar tidak berlaku adil terhadapnya enggan mengambil tindakan ke atas laporan akhbar yang menyiarkan berita karut di dalam kes liwat yang dipertuduhkan kepada beliau. Oleh kerana permohonan beliau ditolak, Peguam Karpal Singh bersiap sedia meneruskan prosiding dengan soal balas terhadap Saksi Utama Saiful yang mendakwa dirinya diliwat.

Namun demikian, pelik sedikit secara tiba-tiba Pendakwa pula bertanya samada Pembela ingin merayu atau tidak. Adakah untuk menunjukkan kununnya DS Anwar diberi `keadilan' di dalam kes ini ? Bukan Karpal Singh sahaja yang tidak sabar untuk menyoal balas Saiful, tetapi kita juga ingin melihat bagaimana Saiful akan menunjukkan kemahirannya di dalam mahkamah bukan lagi di depan media./wfauzdin.blogspot.com Ulasan dari agendadaily.com pula seperti berikut:


Karpal bertikam lidah dengan pendakwa isu 'rayuan dan melambat-lambatkan perbicaraan...

Sebahagian besar wartawan yang membuat liputan media perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim macam tidak percaya apabila peguam Karpal Singh boleh bertikam lidah dengan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden gara-gara isu 'melambat-lambatkan' perbicaraan.

Barangkali sudah banyak makan cili dan terasa pedas kerana selama ini peguam Ketua Pembangkang itu sudah buat macam-macam permohonan termasuk mahu mengugurkan pertuduhan, Karpal tiba-tiba meninggikan suara di mahkamah, pada prosiding hari Khamis.

Ia ekoran pertanyaan Mohamad Yusof sama ada peguam Anwar mahu mengemukakan rayuan setelah permohonan meminta Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabiden Mohd Diah menarik diri daripada mengendalikan perbicaraan itu ditolak.

Selepas hakim berkenaan memberikan hujah menolak permohonan itu, prosiding sepatutnya bersambung dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan akan memeriksa balas oleh pihak penguam bela Anwar.

Bagaimanapun, Mohamadd Yusof terlebih dahulu mengambil kesempatan bertanya berkenaan rayuan tersebut dan memohon penjelasan sama ada pihak pembelaan berhasrat untuk merayu berhubung keputusan hari ini.

Mohamed Yusof berkata, jika pihak pembelaan berjaya dalam rayuannya, keseluruhan prosiding setakat ini perlu dibuang.

Karpal Singh memberi respons segera dengan berkata bahawa ia terpulang kepada budi bicara pihak pembelaan sama ada untuk memfailkan rayuan dan beliau bersedia untuk memeriksa balas Mohd Saiful hari ini.

"Ia bukan persoalan sama ada kami akan membuat rayuan tetapi kami tidak mahu dituduh mengamalkan taktik melambat-lambatkan.

Menurut peguam itu, mereka bersedia meneruskan perbicaraan ini kerana terlalu banyak elemen terlibat yang menyaksikan satu bantahan di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia semalam yang diketuai Pemuda UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

Jawapan yang agak pelik itu menyebabkan wartawan media bertanya satu sama lain, siapa sebenarnya yang melewat-lewatkan perbicaraan sebelum ini.

Mohamed Yusof berkata, pihak pendakwaan tidak pernah menuduh pihak pembelaan dengan taktik melambat-lambatkan perbicaraan tetapi Karpal Singh sendiri yang membangkitkan perkara itu.

"Kami semua bertanggung jawab dengan rakyat Malaysia dan mereka ingin tahu kebenaran," katanya.

Anwar yang duduk di kandang tertuduh kedengaran mencelah.

"Ya, untuk kebenaran, tapi bukan penipuan yang terang-terangan" katanya

Mohamad Zabidin kemudian meminta Karpal Singh memberikan jaminan bahawa pihak pembelaan akan memfailkan rayuan esok.

Sebelum beliau memutuskan kes itu ditangguhkan pada 25 Mac, Hakim Mohamad Zabidin berkata pihak pembelaan mempertikaikan kelayakannya untuk mendengar kes tersebut.

Oleh itu katanya, adalah penting supaya perkara yang dibuatnya meneruskan tugas mengadili perbicaraan itu diputuskan oleh mahkamah lebih tinggi kerana ia membabitkan isu keadilan.

"Jika dibiarkan perkara ini (keputusan itu), bila Mahkamah Rayuan mendapati keputusan saya yang tidak menarik diri adalah silap, maka semua keterangan yang sedia ada akan dibuang," katanya.

Penetapan tarikh itu diputuskan beliau selepas berbincang dengan pembelaan dan pendakwaan.

Mohamad Zabidin membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan rayuan.-18/2/2010/Agendadaily.com

`FIRAUN BESAR' INI BERBOHONG RUPANYA....

18 Februari, 2010

PKR Tidak Tahu Zulkifli Ke Korea, Kata Dr Syed Husin

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali pada hari Khamis berkata pemergian anggota Parlimen Kulim Bandar-Baharu Zulkifli Nordin ke Korea selatan adalah atas urusan sendiri dan bukan dihantar oleh parti.

Malah katanya, parti juga tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

"Ini nampaknya menjadi cara biasa Zulkifli. Dalam kes lalu beliau memberi alasan tidak berada di Kuala Lumpur juga untuk mengelak hadir mengikut tarikh yang ditetapkan Lembaga Disiplin ketika itu," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Syed Husin turut menafikan dakwaan Zulkifli bahawa PKR sengaja memilih tarikh beliau berada di luar negara untuk mengadakan perbicaraan berhubung kes beliau membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad dari parti PAS.

Katanya Lembaga Disiplin PKR telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Zulkifli pada 8 Feb lepas meminta anggota Parlimen itu memberi jawapan selewat-lewatnya 15 Feb mengenai tarikh sesuai untuk pendengaran iaitu sama ada pada 18 Feb atau 23 Feb.

"Lembaga Disiplin tidak mendapat apa-apa jawapan daripada Zulkifli apabila tarikh itu luput. Pada 16 Feb 2010 Zulkifli memberitahu melalui media beliau tidak dapat hadir kerana ke Korea," katanya.

Kenyataan Zulkifli itu katanya kemudian disampaikan kepada Setiausaha Agung parti Saifuddin Nasution.

Syed Husin juga menafikan Zulkifli pernah mencadangkan tarikh lain untuk pendengaran kesnya itu kepada Lembaga Disiplin.

"Zulkifli memilih untuk lebih mementingkan urusan peribadinya ke Korea daripada hadir di hadapan Lembaga Disiplin untuk penyiasatan dan membela diri. Beliau tidak harus menyalahkan mana-mana pihak," katanya.

Beliau seterusnya meminta Lembaga Disiplin parti agar mengambil kira segala kenyataan yang dibuat Anggota Parlimen itu selepas diberi surat tunjuk sebab sebelum memutuskan tindakan sewajarnya ke atas Zulkifli.


-- BERNAMA

PUAK UMNO YANG GIAN NAK BERARAK TU JOM BACA SINI

Perlis, Johor dan Pahang - tiga negeri yang sejak dahulu diperintah oleh BN hari ini mengumumkan negeri-negeri tersebut juga tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini. Perarakan Maulidur Rasul telah menjadi satu isu besar apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP dikatakan tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini hingga menimbulkan banyak komen pedas dari beberapa orang kuat Umno termasuk Tun Pak Lah, Muhyidin Yasin dan Khairy Jamaludin (KJ).

Semasa membuat komen itu mereka lupa Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika diperintah BN pada tahun 2003, 2004 dan 2005 juga tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul. Saya sendiri pernah berkhidmat di Perlis selama beberapa tahun dan seingat saya tidak pernah perarakan Maulidur Rasul diadakan di negeri itu. Perarakan tidak diadakan di Perlis kerana ia dikatakan amalan bidaah dan ia digantikan dengan majlis wacana ilmu yang lazimnya diadakan di Dewan Wawasan, Kangar.

Nah, apa lagi yang jaguh-jaguh Umno nak perkatakan lepas ni apabila negeri-negeri di bawah BN juga tidak mengadakan perarakan? Saya rindukan komen KJ, saya rindukan komen bapa mertua KJ yang bernama Tun Pak Lah dan saya juga sangat-sangat rindukan komen Muhyidin Yasin mengenai isu Perlis, Johor dan Pahang tidak adakan perarakan Maulidur Rasul ini!!

~ pendikar gunung kriang
Sumber: Kedahlanie.blogspot

Khamis, 18 Februari 2010

BONGKAR !! 3 TAHUN KERAJAAN P.PINANG TIDAK ANJUR PERARAKAN MAULIDUR RASUL?

Oleh: WFAUZDIN NS

TERKEJUT beruk juga bila saya membaca tulisan dari sahabat saya di dalam blognya Perisik Rakyat hari ini. Beliau menulis tentang Kerajaan P.Pinang tidak pernah menganjurkan Perarakan Maulidur Rasul selama 3 tahun iaitu mulai tahun 2003, 2004 dan 2005. Kerajaan P.Pinang sekadar mengadakan sambutan Maulidur Rasul sahaja pada tahun tersebut. Bila difikirkan, mustahil juga kerana sewaktu itu Bn yang memerintah P.Pinang dan Umno adalah tunjang kerajaan. Bukankah Umno ini tidak terasa `Islam'nya jika tiada perarakan Maulidur Rasul?

Terfikir pula di benak saya, mungkinkah ketika itu Umno belum lahir di P.Pinang? Atau ketika itu belum keluar fatwa bahawa Perarakan Maulidur Rasul itu adalah WAJIB diadakan. Jika tidak, masakan Umno boleh berdiam diri ketika KM P.Pinang sewaktu itu dari pemimpin Gerakan tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul sebagaimana yang Umno lakukan sekarang. Untuk memastikannya, cuba lihat rekod di JAIPP betul atau tidak kerajaan P.Pinang tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul pada tahun-tahun yang disebutkan tadi.

Jika ada, atau selepas tahun tersebut jika ada pun, cuba semak pernah tak KM P.Pinang turut sama meraikan perarakan tersebut seperti KM P.Pinang dari PR yang turut bersama meraikannya pada tahun lepas. Oleh yang demikian, mari kita berfikir secara jujur samada Umno ini ikhlas atau tidak terhadap Islam. Atau, kerana politik mereka sanggup berlakon apa sahaja demi untuk menipu Islam dan rakyat.

Sekiranya anda tidak mahu bersubahat dengan penipu seperti ini, tekadkan hati anda dan keluarlah dari Umno. Buat apa bersama mereka yang berjuang untuk menipu agama sendiri dan menipu rakyat. Masakan anda ingin ditipu selama-lamanya. Terbukti mereka sanggup mengkhianati rakyat semata-mata gagal dapat projek RM 2 juta. Jika mereka dapat projek itu, anda dapat apa? Cukuplah menjadi hina dan cubalah menjadi manusia yang bermaruah serta berakal./Kembali ke laman asal di sini.

LEBIH 3 RIBU BERSAMA ANWAR DI P.PINANG, PROPAGANDA UMNO GAGAL

Serangan BN Bukti Pakatan Rakyat Semakin Kuat

Menolak cubaan seteru politik menggugat Pakatan Rakyat, lebih 3,000 orang berhimpun di Dewan Milenium Pulau Pinang malam semalam menyatakan solidariti kepada gagasan parti alternatif itu.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat untuk bersama gagasan itu menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin-pemimpin yang menggelar diri sebagai pejuang bangsa namun rakus kuasa dan berasuah.

“Negara kita ini rosak sebab itu, kita kata sebab nak jaga Melayu, ini jaguh-jaguh Melayu ini, saya lapan tahun Menteri Kewangan, ada kontrak, diambil oleh mereka dulu, saham bumiputera juga tanya menteri mana yang tidak ambil.
Justify Full
“Apa masalah paling besar di negara kita, rasuah, penyelewengan, beli kapal terbang, enjin hilang, beli kapal selam, tidak boleh selam, ini apa ini, tidak malu ke kita, zimbawe pun tidak teruk macam ini,” katanya.

Anwar mengingatkan bahawa Umno-BN akan terus menfitnah Pakatan Rakyat, seraya membuktikan perjuangan gagasan pembangkang berkesan untuk mendedah dan membendung penyelewengan oleh Umno-BN.

Anwar juga merujuk kepada serangan berbaur perkauman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sebagai usaha terdesak Umno memperalatkan orang Melayu demi kepentingan politiknya.

“Saya boleh sokong dia kerana apa, saya tahu dia tidak ambil tanah untuk dia, saya tahu dia tidak curi kontrak untuk dia ke atau bini dia atau anak dia. Saya tahu dia tidak rasuah dan ini penting untuk pemimpin negara kita dan Lim Guang Eng ini dapat kita sokong lagi,” katanya.

Berbeza dengan sikap bongkak Umno-BN, mantan Timbalan Perdana Menteri ini menunjukkan sikap tawadduk dengan memohon maaf kepada pengundi di atas sikap segelintir wakil rakyat yang mengecewakan mereka.

Merujuk kepada Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Mohd Hashim yang keluar parti minggu lalu, Anwar berjanji PKR akan lebih teliti dan berhati-hati memilih calon pada pilihanraya akan datang./TVSelangor

Rabu, 17 Februari 2010

75 PERATUS MAHU `FIRAUN BESAR' DIPECAT ATAU KELUAR DARI PKR

Oleh: WFAUZDIN NS

BLOG ini telah mengadakan pungutan suara (poll) berkaitan tindakan YB Zul yang telah membuat laporan Polis terhadap YB Khalid. YB Zul sejak kebelakangan ini sering mencetuskan kontroversi dengan gelagat serta tingkah laku beliau yang ternyata membuatkan ramai penyokong dari PR mulai merasakan betapa beliau wajar keluar dari PKR.

Blog ini telah mengadakan pungutan pendapat seperti berikut:

"YB Zul telah membuat laporan Polis terhadap YB Khalid. Wajarkah YB Zul dipecat dari PR ?"
Dari 345 pengunjung blog ini, keputusan yang diperolehi adalah seperti berikut:

WAJAR (75 %) TIDAK WAJAR (11 %) AMARAN SAHAJA (13 %)

YB Zul telah menggelar mereka-mereka yang tidak sependapat dengan beliau sebagai `Firaun-Firaun Kecil'. Oleh kerana itu, wajar juga kita menggelar beliau sebagai `Firaun Besar' kerana kita tidak sependapat dengannya. Semua orang telah tahu bahawa sekarang YB Zul sedang mencari alasan dan helah untuk `menghalalkan' keputusannya nanti untuk keluar dari PKR. Memang itu yang kita nanti-nantikan kerana YB Zul tidak memberi keuntungan satu sen pun kepada rakyat. Beliau menjual ilmu agamanya yang ada sejemput itu untuk menunjukkan beliaulah kununnya pejuang agama terhebat. Beliau seolah-olah mengangkat dirinya lebih Melayu dari Umno dan lebih Islam dari Pas, sedangkan kita tahu beliau tidak lebih dari `Firaun Besar Berlidah Biawak'.

Seandainya YB Zul merasakan beliau seorang pejuang yang berani kerana benar, keluarlah segera dari PKR dan sila kosongkan kerusi MP Bandar Kulim Baru dengan segera. Rakyat tersangat inginkan pengganti yang baru yang bukan dari kalangan `Firaun Besar' menjadi wakil mereka./Kembali ke laman asal di sini.

Selasa, 16 Februari 2010

EZAM DAN ZAHRAIN, SIAPA PALING KUAT UNTUK HANCURKAN ANWAR?

Oleh: WFAUZDIN NS

EZAM Mohd Noor dahulunya boleh dianggap tokoh reformasi kedua selepas DS Anwar. Tidak dapat dinafikan Ezam begitu lantang menentang Umno dan begitu menyanjung tinggi ketokohan DS Anwar sewaktu beliau berada di dalam kumpulan reformasi dan juga ketika berada di dalam Parti KeADILan Nasional. Gara-gara Ezam akan meninggalkan parti mula dapat dikesan sewaktu beliau ingin meletakkan jawatan selaku Ketua Pemuda KeADILan.

Apabila Azmin mula ditonjolkan sebagai penggerak utama membantu DS Anwar sejurus DS Anwar dibebaskan, Ezam mula kelihatan kurang bersemangat. Tembelang Ezam semakin terserlah apabila beliau mengumumkan keluar dari PKR dan menubuhkan GERAK kununnya untuk memperjuangkan isu rasuah tanpa terpengaruh dengan kepartian. Ketika itu, Ezam masih diyakini beberapa pihak yang sering menjemputnya memberikan ceramah berkaitan rasuah dan penyelewengan. Di dalam salah satunya ceramahnya (terdapat video klip di dalam blog ini) Ezam menyatakan beliau tidak akan memasuki mana-mana parti termasuk Umno. Kita masih ingat sewaktu Ezam bersama Parti KeADILan, beliau pernah berceramah dan menyebut, "Sila tunjukkan pada saya mana-mana pemimpin yang memasuki Umno itu ikhlas?". Itu di antara kata-kata keramat Ezam.

Orang pernah berkata, `terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'. Nah, kini Ezam berada di dalam Umno. Lebih dahsyat lagi Ezam berada di dalam Umno di zaman Pak Lah dan juga di zaman Najib. Kedua-dua pemimpin ini gagal mengangkat negara ini ke tahap yang boleh meyakinkan, bahkan negara ini semakin meningkat ranking rasuahnya. Oleh kerana Ezam tetap untuk bersama parti yang pernah dikutuk separuh mati itu, Ezam terpaksa menutup kedua-dua mata dan hatinya atas apa jua salah laku rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno. Perjuangannya kini bersama Umno adalah untuk menyerang bekas bosnya DS Anwar. Beliau masih tidak puas hati terhadap DS Anwar meski pun DS Anwar telah begitu lama teraniaya dan dizalimi dan DS Anwar pula tidak pernah `menjentik'nya sedikitpun.

Ezam menyerang DS Anwar termasuk secara peribadi, bahkan DS Wan Azizah juga turut menjadi sasarannya. Alhamdulillah, DS Anwar dan keluarga mampu menerima apa jua yang terkeluar dari mulut Ezam. Mereka kenal Ezam dan mereka tahu apa yang Ezam mahukan setelah beliau memasuki Umno. Baru-baru ini Ezam berceramah di Melaka tempat di mana KM nya adalah pemimpin yang pernah disabitkan oleh JK Disiplin Umno dengan rasuah politik wang. Ezam kelu untuk bercerita tentang itu sedangkan terbukti Umno sendiri mengakui hakikat bahawa KM Melaka itu bersalah di dalam rasuah politik wang. Ezam tidak berdaya untuk menyebut hal itu di bumi Melaka.

Apa yang disebut oleh Ezam? Beliau menyatakan PKR akan berkubur akibat kununnya orang kuat DS Anwar iaitu Zahrain telah pun keluar dari PKR. Benarkah Zahrain orang kuat PKR atau orang harapan DS Anwar? Di mana Zahrain sewaktu era reformasi? Sebelum ini dikatakan Chandra Muzafar juga orang kuat DS Anwar. Entah berapa ramai yang dikatakan orang kuat DS Anwar seperti Lokman Adam, Zahid Md Arip, Roslan Kassim dan paling dikatakan terkuat di antaranya adalah Ezam sendiri. Tetapi, kita lihat semenjak puak-puak itu melutut pada Umno dan menerajang DS Anwar, kita lihat DS Anwar bertambah kukuh dan kuat pengaruhnya. Jadi, di mana kehebatan mereka? Di mana lojiknya Ezam menyatakan Zahrain akan menggugat pengaruh DS Anwar? Maknanya Zahrain terlalu jauh hebat dari Ezam dan tokoh-tokoh berkenaan? Jangan buat lucu wahai mamat Ezam.

Pada saya. lagi banyak Ezam bercakap lagi banyak kita lihat kebebalan Ezam. Tidakkah Ezam sedar beliau hanya laku bercakap didepan media pencacai seperti Utusan Meloya dan TV 3 Suku sahaja kerana hanya pencacai yang kenal pencacai. Alhamdulillah, semakin ramai yang keluar dari PKR semakin menjadikan PKR bertambah kuat dan sihat. Ini adalah kerana mereka yang keluar itu tidak seorang pun dapat membuktikan kepincangan PKR, melainkan ayat yang biasa kita dengar adalah hilangnya kepercayaan terhadap DS Anwar dan PKR. Bukti ? Tiada. Yang ada adalah bukti ingin minta projek juta-juta, tapi tak dapat.

PKR kini di dalam proses rawatan intensif bagi mengeluarkan beberapa ekor ulat yang membusukkan tubuh badan PKR. Apabila ubat dan racun telah kita suntik di dalam PKR, maka sekarang kita lihat ulat-ulat ini seekor demi seekor melantun keluar. Ternyata ubat yang kita gunakan di dalam PKR iaitu `ketelusan serta amanah' adalah amat mujarab untuk mengeluarkan ulat-ulat ini yang tidak tahan lagi dengan ketelusan dan amanah yang kita perjuangkan itu. Mereka kini terhumban keluar untuk mencari tempat mereka mencari makan dari sisa-sisa nanah. Di manakah terdapatnya sisa-sisa nanah itu? Mungkinkah Umno? Kita lihat nanti./Kembali ke laman asal di sini.

SAMADA EZAM HEBAT ATAU ZAHRAIN HEBAT, PKR TETAP ANGGAP MEREKA `PENCACAI'

Ezam Cemas Zahrain Tiada Impak.

Fazallah Pit

Keluarnya Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) langsung tidak menjejaskan parti sebagaimana dakwaan Mohamed Ezam Mohd Noor.

Menganggap kenyataan Ezam dalam beberapa akhbar kawalan Umno itu sebagai dangkal, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin melabel Zahrain sebagai 'individu tidak ada apa-apa'.

Malah, katanya, ketiadaan Ezam yang menjadi watak penting ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim merengkok di penjara, langsung tidak menjejaskan PKR, apatah lagi Zahrain.

Beliau berkata, Ezam yang meninggalkan PKR menjelang pilihan raya umum 2008, tidak menjejaskan pencapaian parti, sebaliknya PKR bersama parti gabungan dalam Pakatan Rakyat berjaya menawan 5 negeri.

"Kalau Ezam keluar tidak ada kesan, takkan Zahrain keluar ada kesan? Secara tak langsung, Ezam kata Zahrain lebih hebat daripada dia… Hakikatnya, Ezam keluar tiada kesan, malah kita lebih kukuh.

"Sebenarnya, Ezam mula cemas kerana tidak mendapat tempat yang dijanjikan sebelum ini. Dia cuba cari perhatian apabila ada orang PKR keluar parti," katanya kepada TVSelangor.

Badrul berkata, tindakan keluar parti tidak menjejaskan PKR yang pernah berdepan situasi lebih genting apabila tinggal satu kerusi pada pilihan raya umum 2004 tapi mampu melonjak menjadi parti pembangkang utama dalam senario politik Negara.

"Bermakna, keluarnya individu tertentu termasuk Zahrain bukan situasi membimbangkan. "Kita pernah jadi parti nyamuk ketika Anwar dalam penjara. Ketika itu, BN masih melihat kita sebagai ancaman dan bersungguh-sungguh cuba tarik keluar orang kita," katanya.

Timbalan Ketua AMK, Faris Musa pula mengulangi gesaan pelbagai pihak supaya Zahrain mengosongkan kerusi Parlimen supaya sokongan rakyat pada pilihan raya umum lalu, tidak dikhianati.

"Mandat yang diberi adalah atas nama PKR. Beliau bukan bertanding atas prinsip peribadi beliau, jadi beliau harus melepaskan jawatan.

"Bila keluar parti, melepaskan semua jawatan tetapi termasuk jawatan di Parlimen. Sebab mandat untuk berada di kerusi itu sekarang ini ialah mandat PKR, bukannya kapasiti peribadi," katanya./TVSelangor

SU POLITIK MENTERI LETAK JAWATAN KERANA DISIASAT ATAS KES RASUAH ?

SU politik Nor Yakcob letak jawatan
Feb 15, 10


Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan berkuatkuasa semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.

Bagaimanapun, beberapa lamanweb melaporkan bahawa seorang setiausaha politik telah diminta meletak jawatan selepas ditangkap bersama-sama wang tunai RM2 juta di Pulau Pinang Khamis lalu.

Laporan itu juga menyebut, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut merampas kereta dan rumah mewah.

Manakala akaun banknya telah dibekukan tahun lalu, selepas SPRM dikatakan mendapati dia hidup di luar kemampuannya./Malaysiakini

BUKAN AUSTRALIA SAHAJA YANG MEMBANTAH - YB AZMIN

Bukan Soal Anwar Sahaja Tapi Soal Demokrasi

Fansurina Abdullah

Kegagalan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menyuburkan demokrasi di negara ini punca masyarakat antarabangsa termasuk Australia mendesak pertuduhan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, digugurkan.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali membidas kenyataan Presiden Justify FullPergerakan Keadilan Sedunia (Just World Movement), Dr Chandra Muzaffar, kononnya lebih 50 Ahli Parlimen Australia tidak memahami amalan demokrasi berparlimen.

"Ahli-ahli Parlimen Australia dan negara lain bimbang kerana ia bukan soal Anwar sahaja tetapi persoalan mengenai kegagalan Umno-BN menyuburkan demokrasi dalam Malaysia," katanya kepada TV Selangor.

Azmin berharap pandangan antarabangsa itu tidak dilihat sebagai campur tangan kerana Malaysia juga sering menegur negara dalam dalam isu kemanusiaan dan hak asasi manusia.

Beliau menyifatkan pemimpin UMNO-BN hanya nampak 'kuman di seberang lautan' sedangkan 'gajah di hadapan mata tidak nampak', semata-mata mahu mempertahan kedudukan dan pangkat mereka.

Malah, Ahli Parlimen Gombak itu percaya pandangan masyarakat antarabangsa itu turut dikongsi bersama majoriti rakyat Malaysia yang melihat pertuduhan kes berkenaan sebagai konspirasi kedua.

"Jangan kita melihat masyarakat antarabangsa sahaja membantah, malahan rakyat Malaysia, majoritinya sudah jemu dan muak dengan fitnah Umno-BN.

"Malangnya suara rakyat Malaysia sudah ditutup dan dinafikan seolah-olah tidak ada sesiapa boleh bersuara," katanya./TVSelangor

JOM MUHYIDDIN, PAK LAH KITA BERARAK !!



Pulau Pinang Nafi Perarakan Maulidul Rasul

KUALA LUMPUR : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dakwaan yang mengatakan kerajaan negeri pimpinannya telah membatalkan perarakan Maulidur Rasul.

Beliau merasakan tindakan tersebut dibuat oleh akhbar Utusan Malaysia dan ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang cuba memainkan isu perkauman.

"Saya berharap semua orang menyambut Tahun Baru Cina dalam suasana harmoni. Namun ada segelintir yang memainkan sentimen perkauman," kata beliau yang dipetik dari media.
Baru- baru ini terdapat dakwaan bahawa perarakan Maulidur Rasul untuk mengingatkan keputeraan Nabi Muhammad SAW telah dibatalkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Selain itu, mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi turut mengulas perkara tersebut. Lim menegaskan ianya satu pembohongan dan perarakan tersebut akan tetap dijalankan seperti dirancang.

Dalam ceramah "SIAPA JUARA RAKYAT" yang di adakan baru-baru ini, Lim Guan Eng menyatakan bahawa kerajaan negeri akan mengundang Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Pak Lah agar turut serta menyertai perarakan ayang akan di tentukan lokasinya kelak. Malahan beliau akan juga turut menyertai perarakan tersebut sekiranya di benarkan ileh agama Islam.

"Tahun 2008 lalu saya hadir di perarakan yang di adakan di Seberang Jaya, tahun ini , jika saya di benarkan menyertaiya, saya akan turut serta. malah saya akan menghangtar jemputan terhadap Timbalan perdana Menteri dan juga Pak lah sebagai tetamu undangan dalam perarakan yang akan di adakan" demikain jelas beliau di ikuti dengan tepukan gemuruh dari puluhan ribu yang hadir mendengar ceramah.

Tindakan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Jaipp) menyiarkan atur cara Majlis Perhimpunan Ummah Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri yang tidak menyertakan acara perarakan di laman sesawang jabatan itu sebelum ini, tidak menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.“Sebagai Kerajaan Negeri yang masih baru, kami perlu meneliti beberapa opsyen tambahan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan muktamad.

“Memandangkan isu sama ada hendak mengadakan perarakan atau tidak masih tidak diputuskan pada masa itu, Jaipp tidak boleh menunggu sehingga keputusan dicapai untuk menyiarkan atur cara itu sebagai hebahan kepada umum. Tindakan Jaipp tidak menyertakan acara perarakan dalam tentatif program bukan sebab dibatalkan Kerajaan Negeri,”katanya.

Mengenai isi program sambutan Maulidur Rasul pada kali ini, Abdul Malik berkata, ia akan dimulakan dengan majlis bacaan Yasin dan tahlil di semua masjid di seluruh negeri pada malam 25 Februari.Pada keesokan harinya, acara sambutan akan dimulakan dengan perarakan kontinjen Kerajaan Negeri yang bakal diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman, diikuti perhimpunan ummah di Dewan Sri Pinang.“Buat pertama kali juga, Kerajaan Negeri mengadakan Majlis Bacaan Kitab Sirah Rasulullah SAW pada 27 dan 28 Februari di Masjid Negeri.“Kerajaan Negeri juga akan mengadakan pameran ketamadunan Islam dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan Jabatan Mufti Pulau Pinang di foyer Dewan Sri Pinang.

Program ini julung kali diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul di negeri ini.“Dengan penganjuran sambutan Maulidur Rasul selama tiga hari berturut-turut, Kerajaan Negeri berharap tiada lagi pihak tidak bertanggungjawab

Isnin, 15 Februari 2010

ISU MAULIDUR RASUL - UMNO DAN UTUSAN TERKANGKANG LAGI

Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA hebohlah satu dunia betapa Umno terlalu inginkan Islam, terlalu cintakan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dan betapa Umno berjuang untuk perarakan Maulidur Rasul khususnya di P.Pinang. Kebetulannya P.Pinang diperintah oleh pemimpin Non Muslim tambahan pula dari parti yang bersama Pakatan Rakyat. Seluruh dunia dibawa berita karut oleh Umno dan dipanjangkan pula oleh media pencacai mereka seperti Utusan Meloya dan TV 3 Suku bahawa kununnya kerajaan PR di bawah Lim Guan Eng tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Walaupun KM P.Pinang itu telah menjawab modal bangkrap Umno dan media pencacai itu, kita ingin bertanya kepada Ulamak Umno terlebih dahulu, apakah hukumnya diadakan perarakan Maulidur Rasul? Wajib, sunat, makruh, harus ataupun haram? Sekiranya benar kerajaan negeri P.Pinang tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul TETAPI mengadakan sambutannya sahaja, apakah salah dan menghina Islam?

Lupakah kita pada tahun pertama pemerintahan di bawah Lim Guan Eng beliau satu-satunya KM dari Non Muslim yang turut serta berarak pada sambutan Maulidur Rasul anjuran kerajaan negeri P.Pinang? Sebelum ini adakah Koh Tsu Koon berbuat demikian? Kita telah melihat dengan jelas melalui fakta, sudah berapa banyak bantuan demi bantuan serta sokongan yang telah diberikan oleh kerajaan negeri P.Pinang kepada kemajuan syiar Islam di P.Pinang? Umno begitu gelisah apabila Lim Guan Eng begitu komited untuk meniru corak pemerintahan Umar Abd Aziz, oleh yang demikian Umno mencipta isu agar kelihatan Lim Guan Eng ini anti Islam.

Jelas sebenarnya Umno lah lebih tidak menghormati Islam. Umno lebih suka Islam dibuat secara `kosmetik' sebab itulah semenjak merdeka kuasa di tangan mereka Islam bukan semakin berkembang bahkan terasing. Sistem pemerintahan di bawah Umno yang mengaku Melayu dan berugama Islam itu tidak pernah berpaksikan Al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad. Tulisan Jawi mati ketika Umno berkuasa dan bantuan ke atas SAR (Sekolah Agama Rakyat) pernah tertindas angkara Umno. Ketika PAS memerintah Terengganu dan Kelantan, kerajaan di bawah Umno menentang kehendak kedua-dua negeri itu untuk melaksanakan hukum hudud. Mana lebih utama, perarakan menyambut Maulidur Rasul atau melaksanakan hukum yang diajar oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W?

Tahniah kepada Lim Guan Eng kerana tetap menghormati Islam walaupun beliau seorang Non Muslim yang memimpin negeri P.Pinang. Pedulikan Umno yang terus menyalak tanpa sebab dan tidak ikhlas itu. Semenjak bila Umno serius dengan Islam ini? Lihat sendiri apa yang terjadi kepada mahkamah syariah khususnya di dalam mengendalikan kes Qazaf DS Anwar. Mengapa takut jika kes ini diadili oleh mahkamah syariah? Mengapa tertangguh-tangguh dan buat berbagai helah untuk melambat-lambatkan kes berkenaan? Sebab itu Umno begitu suka dan gembira kerana YB Zahrain keluar dari PKR kerana Umno tahu mengapa YB Zahrain itu keluar dari PKR. Bukankah `selera' YB Zahrain itu sama dengan Umno? Fulus...fulus..fulus..dan perut.

Bagi PR, samada dari PAS atau pun dari PKR kita tetap teguh berdiri di belakang Lim Guan Eng ini selagi beliau bertindak telus dan adil. Usah lagi Umno berbicara soal Melayu dan Islam lagi kerana rakyat sudah tahu apa yang `Melayu' Umno ini mahukan. Umno kini gagal di Kelantan, gagal di Selangor, gagal di Kedah dan kini berusaha mengusik kerajaan PR di P.Pinang. Betapa beraninya Lim Guan Eng mendedahkan fakta dan rekod betapa Melayu dan Islam lebih mendapat faedah dari kerajaan pimpinannya. Umno terhantuk dengan fakta ini, lantas mengambil modal bodoh seperti isu perarakan Maulidur Rasul ini. Itu pun Umno terkangkang lagi.

Kita pasti akan melihat selepas ini, Umno dan media-media pencacai yang kelaparan ini akan meroyan apabila keutuhan PR tidak dapat digugat. Kita semua mengalu-alukan sesiapa sahaja YB-YB dari PR yang `berkaki busuk' serta kelaparan seperti YB Zahrain ini untuk keluar dari PR seberapa segera. Rakyat tidak mampu lagi memikul biawak hidup yang masih berbaki dua tiga ekor lagi di dalam PR begitu lama. Tolonglah keluar segera sekurang-kurangnya untuk membuat Umno bergembira menerima bangkai ini./kembali ke laman asal di sini.

ISU PERARAKAN MAULIDUR RASUL - GUAN ENG DEDAHKAN TEMBELANG UTUSAN DAN UMNO

Isu Maulidur Rasul: LGE kecam Utusan, KJ
Lim Zhi Bin
Feb 14, 10

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengecam segelintir mereka yang bersikap 'rasis' yang didakwanya secara 'terpilih' mendedahkan dokumen yang mendakwa kerajaan negeri pimpinannya telah membatalkan perarakan Maulidur Rasul.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Tahun Baru Cina anjuran kerajaan negeri di Komplek Tun Razak (Komtar) di Georgetown, Lim mensasarkan akhbar Utusan Malaysia dan ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang didakwanya telah mencetuskan ketegangan antara kaum berhubung perkara tersebut.

"Saya berharap semua orang menyambut Tahun Baru Cina dalam suasana harmoni. Namun ada segelintir yang memainkan sentimen perkauman," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP.

NONEUtusan dan Bernama masing-masing melaporkan minggu ini dakwaan bahawa perarakan Maulidur Rasul untuk mengingatkan keputeraan Nabi Muhammad SAW telah dibatalkan oleh kerajaan negeri.

Malah, mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga pengerusi Insitut Kefahaman Islam (Ikim), turut mengulas perkara itu.

Dalam reaksinya terhadap laporan tersebut, Lim menafikan perarakan tersebut telah dibatalkan dan menyifatkan laporan itu satu pembohongan, dan berkata perarakan tahun ini akan diteruskan seperti yang dirancangkannya.

Lim juga berkata para menteri dari BN juga dijemput mengambil bahagian.

Bagaimanapun, dalam blognya, Khairy menyiarkan imej sepucuk surat - dari satu lagi blog pro-Umno - yang menyatakan perarakan itu telah dibatalkan.

Surat bertarikh 5 Februari 2010 itu dikatakan telah dihantar dari pejabat setiausaha kerajaan negeri, kepda semua ketua jabatan negeri dan pusat, badan berkanun serta presiden majlis perbandaran di Pulau Pinang.

Jawatankuasa negeri Pulau Pinang yang mengendalikan sambutan Maulidur Rasul di peringkat negeri itu, telah mengadakan satu mesyuarat pada 3 Februari lalu, dan memutuskan perarakan telah dibatalkan, menurut surat tersebut.

Sebaliknya, menurut surat itu lagi, satu perhimpunan akan diadakan pada 26 Februari di mana kesemua ketua jabatan dan badan kerajaan diminta hadir.

NONE

Sehubungan itu, Khairy berkata, Lim perlu menjelaskan perkara itu secara ikhlas dan jujur, selaras dengan aspirasi pentadbirannya yang cekap, berakauntabiliti dan telus.

Khairy juga menegaskan mengenai lamanweb jabatan halehwal agama Islam Pulau Pinang telah mengumumkan mengenai perhimpunan pada 26 Februari itu, tetapi tiada mengenai perarakan.

Tiga surat

Di Komtar hari ini, Lim sekai lagi menafikan perarakan Maulidur Rasul telah dibatalkan dan sebaliknya menuduh ada pihak yang cuba membesar-besarkan perkara itu.

Kerajaan Pulau Pinang, kata Lim, telah mengeluarkan tiga pucuk surat mengenai perarakan tersebut, dan tiada satupun yang mengandungi 'keputusan muktamad' mengenainya.

Surat pertama bertarikh 13 Januari, membincangkan mengenai perarakan dan meminta mereka yang dihantar surat itu, supaya menjawabnya pada 19 Februari, kata Lim.

penang government cny open house 140210 lim guan engSurat kedua - yang menurut Lim yang dirujuk oleh Khairyu dan pihak lain - dikeluarkan pada 15 Januari kepada semua masjid dan pertubuhan Islam - meminta maklumbalas mengenai perhimpunan dalaman Maulidur Rasul.

Manakala dalam surat ketiga bertarikh 12 Februari, kata Lim, dengan jelas menyatakan bahawa kedua-dua perhimpunan dan perarakan itu akan diadakan.

Sehubungan itu, Lim mendakwa, ada segelintir orang yang cuba memainkan sentiman perkauman dengan secara salah mentafsirkan perkara tersebut.

"Kita telah mengeluarkan tiga pucuk surat, tetapi mereka tidak membaca kesemuanya. Kemudian mereka membuat kenyataan palsu mengenainya," katanya.

Lim juga membidaskan sesetengah media Melayu dan Inggeris yang tidak menyiarkan kenyataan kerajaan Pulau Pinang mengenai perkara itu. /Malaysiakini

Ahad, 14 Februari 2010

KISAH ANWAR, SAIFUL DAN HUKUM KAFIR

"Wahai kaum Muslimin! Semoga dengan berlakunya ulang tayang kes liwat ini akan membuka mata kalian betapa hukum Allah langsung tidak dihiraukan oleh pemerintah dan betapa gagalnya sistem pemerintahan sekular dan mahkamah sekular dalam menegakkan keadilan."

"Sesungguhnya tidak akan tertegak keadilan selama mana tidak ada pemerintahan Islam dan selama mana manusia tidak berhukum dengan hukum Islam."


Kes liwat Anwar dan Saiful akhirnya dibicarakan di mahkamah setelah mengalami beberapa siri penangguhan sejak ia mula meletus. Tajuk-tajuk utama akhbar dan juga perbualan di pejabat-pejabat serta di kedai-kedai kopi kini diwarnai dengan adegan terpanas ini. Laman web, blog-blog dan pelbagai forum di alam maya sememangnya memanaskan lagi suasana.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas orang nombor dua negara, yang sekarang menyandang jawatan ketua pembangkang kini sedang bergelut dengan apa yang disifatkannya sebagai fitnah jahat ke atas dirinya.

Mantan Timbalan Perdana Menteri ini telah didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan hubungan seks diluar tabii (meliwat) bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Selain apa yang berlaku ke atas dirinya secara peribadi, partinya, PKR dan Pakatan Rakyat sendiri kini diserang bertubi-tubi oleh parti pemerintah di dalam usaha pemerintah memecah belahkan parti lawannya ini.

Media pro kerajaan tidak habis-habis berusaha memburukkan imej parti pembangkang dan khusus di dalam liputan perbicaraan kes liwat ini pula, akhbar-akhbar arus perdana terus-menerus cuba menggambarkan bahawa Anwar berada di pihak yang salah.

Dengan apa yang berlaku ini, apa yang pasti ialah sejarah hitam sekali lagi terpalit ke atas Anwar Ibrahim yang dalam masa yang sama sebenarnya memalitkan imej negatif dunia ke atas Malaysia. Sautun Nahdhah kali ini bukanlah ditulis untuk membela atau menghukum mana-mana pihak yang terbabit, namun ingin mengajak para pembaca agar kembali kepada pemikiran fiqh Islam, yang sepatutnya diterapkan ke atas umat Islam dalam menyelesaikan setiap persengkataan yang wujud.

Kes Liwat Anwar-Saiful, Apa Yang Tak Kena?

Sejak awal kes ini terbongkar, banyak pihak apatah lagi pembangkang yang menganggap wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan Anwar oleh pihak-pihak tertentu. Mereka mempertikaikan apa yang berlaku dari A-Z dan menyifatkan kes liwat ini sebagai fitnah kali kedua untuk menjahanamkan karier politik ketua pembangkang itu.

Sehinggalah apabila kes mula disebut di Mahkamah Tinggi, para penyokong Anwar terus berhimpun demi menyuarakan bantahan. Selain pihak yang bersimpati, tidak kurang wujudnya sebahagian pihak lain yang percaya bahawa ahli Parlimen Permatang Pauh itu memang terlibat di dalam perbuatan tidak bermoral itu.

Apa pun, sebagai Muslim, Islam melarang kita menuduh seseorang itu bersalah sehinggalah dia dibuktikan bersalah. Kaedah syarak menyatakan ‘al-aslu bara’atu zimmah’ (hukum asal seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan). Dalam Islam, seseorang itu hanya dikatakan bersalah apabila mahkamah telah mensabitkan kesalahannya. Justeru kita sepatutnya menjaga diri kita dari dosa dengan tidak membuat sebarang spekulasi atau tuduhan ke atas orang yang belum dibuktikan bersalah.

Apa yang memang benar-benar salah di sini ialah apabila kes ini dibicarakan di Mahkamah Sivil. Sungguh malang apabila kes berprofil tinggi ini berlangsung, tidak ada ataupun mungkin hanya segelintir umat Islam yang ada pada hari ini menyedari bahawa Anwar telah dibicarakan di mahkamah yang ‘salah’ yakni mahkamah kufur, bukannya mahkamah Islam!

Secara pasti, sistem kehakiman dan undang-undang yang diguna pakai adalah undang-undang thagut yang ditinggalkan oleh penjajah. Sebahagian umat Islam gagal menyedari bahawa liwat ialah kesalahan hudud yang wajib dihukum mengikut hukum Allah, bukannya mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang digubal oleh manusia, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Nampaknya undang-undang Allah terus dibakul sampahkan oleh para pemimpin sekular dan oleh mahkamah yang ada pada hari ini walaupun kesemua pihak yang terlibat adalah beragama Islam.

Seperkara lagi yang tidak kena dalam kes dakwaan liwat oleh Saiful ke atas Anwar di sini adalah apabila hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang sahaja yang dibicarakan, manakala Saiful tidak! Berdasarkan pertuduhan di bawah S377B, dan berdasarkan keterangan yang diberikan oleh Saiful sendiri di mahkamah setakat ini, teramat jelas bahawa Saiful (penuduh) mengakui bahawa dia telah diliwat oleh bekas majikannya itu. Ini bermakna, terdapat dua keadaan kes di sini

(i) Pengakuan Saiful yang dia diliwat oleh Anwar, dan
(ii) Tuduhan bahawa Anwar meliwatnya.

Dalam keadaan (i), menurut Islam, jika seseorang itu telah mengaku melakukan suatu kesalahan dengan sengaja atau sukarela, dan dia benar-benar faham akan kesalahan dan kesan pengakuan yang dibuatnya, maka dia hendaklah dihukum.

Untuk kes (ii), si Saiful hendaklah mendatangkan dua saksi yang adil di atas pertuduhannya ke atas Anwar. Anwar sekali-kali tidak boleh disabitkan (kesalahan) berdasarkan pengakuan Saiful, kerana pengakuan Saiful hanya akan ‘mensabitkan’ dirinya sendiri dan tidak boleh mensabitkan orang lain.

Bagi ‘pengakuan’ liwat yang telah dilakukan oleh Saiful, maka menurut fikih perundangan Islam, qadhi yang sedang menghakimi kes ini hendaklah bertanya, sama ada liwat tersebut berlaku secara paksa atau sukarela? Jika dipaksa, perlu diperhalusi lagi, apakah paksaan itu ‘bersangatan’ (ikrahul mulji’) sifatnya (yakni) yang boleh membawa kematian atau kecederaan berat, atau sekadar paksaan yang tidak memudaratkan? Qadhi perlu menyoalsiasat perkara ini dengan mendalam agar perlakuan liwat tadi boleh ditentukan statusnya, sama ada termasuk ke dalam kategori penganiayaan (jika ikrahul mulji’) atau kemaksiatan (jika dilakukan secara sukarela atau sebenarnya paksaan yang berlaku tidaklah sampai memudharatkan).

Jika wujud paksaan tetapi sekadar dimarah atau ditengking, ini tidak sekali-kali termasuk dalam ikrahul mulji’. Berbeza jika seseorang yang diacukan pistol atau pisau dan diarahkan melakukan suatu kesalahan, maka ini merupakan keadaan ikrahul mulji’ baginya.

Jika kejadian liwat ini termasuk di dalam kes penganiayaan (wujudnya ikrahul mulji’) maka si pendakwa akan terlepas dari hukuman. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW,

“Diangkat (kesalahan) dari umatku (dalam keadaan) tidak sengaja, lupa atau kerana dipaksa” [HR Ibnu Majah dan Baihaqi].

Dan jika si pendakwa berjaya membuktikan (dengan mendatangkan dua saksi yang adil) bahawa si tertuduh meliwatnya dalam keadaan ikrahul mulji’, manakala si tertuduh tidak mengakuinya, maka pihak yang tertuduh mestilah dipanggil untuk membela diri. Namun sebaliknya, jika tidak wujud ikrahul mulji’, maka si pendakwa wajiblah dikenakan hudud di atas ‘pengakuan’ liwatnya kerana ini bermakna dia telah melakukan kesalahan liwat dengan sengaja.

Jika si pendakwa gagal mendatangkan dua orang saksi dan si tertuduh pula tidak mengaku, maka si tertuduh adalah terlepas dari hukuman. Bagaimanapun wajib bagi qadhi/hakim mendengar hujah dan pembuktian dari kedua-dua pihak, sebelum memutuskan hukuman. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW tatkala mengangkat Ali bin Abi Thalib menjadi qadhi di Yaman, sabda baginda,

“Jika ada dua orang yang bersengketa duduk di hadapanmu (meminta keputusan), janganlah engkau berbicara (memberi keputusan) hingga engkau mendengarkan (keterangan) dari pihak lain sebagaimana engkau telah mendengar dari pihak yang pertama” [HR Ahmad].

Hukuman Liwat Dalam Islam (Yang Meliwat dan Yang Diliwat)

Di dalam sistem uqubat Islam, liwat adalah termasuk di dalam kategori kesalahan hudud. Islam telah menetapkan bahawa hukuman liwat adalah bunuh, sama ada pelakunya belum berkahwin (ghair muhsan) ataupun yang telah berkahwin (muhsan). Sesiapa saja yang telah terbukti melakukan liwat, maka dia hendaklah dihukum bunuh. Dalilnya adalah berdasarkan Sunnah dan Ijma’ Sahabat. Dari Ibnu Abbas ra ia berkata, Rasulullah SAW bersabda,

“Barang siapa yang kamu dapati ia melakukan perbuatan kaum Nabi Lut (liwat), maka bunuhlah keduanya” [HR Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Tarmizi].

Manakala dalil yang ditunjukkan oleh Ijma’ Sahabat adalah kesepakatan para sahabat untuk membunuh pelaku liwat, sama ada yang belum berkahwin mahupun yang telah berkahwin. Hukumnya tetap sama iaitu bunuh, walaupun cara pembunuhannya berbeza.

Imam Baihaqi telah mengeluarkan hadis dari Ali bin Abi Thalib ra bahawa beliau merejam pelaku liwat. Hadis lain yang dikeluarkan oleh Baihaqi, dari Abu Bakar ra bahawa beliau mengumpulkan para sahabat untuk membincangkan kes liwat. Di antara para sahabat Rasulullah itu, yang paling tegas pendapatnya adalah Ali bin Abi Thalib ra, beliau mengatakan,

“Liwat adalah perbuatan dosa yang belum pernah dilakukan oleh umat manusia, kecuali satu umat yakni kaum Lut sebagaimana yang telah kamu ketahui. Dengan demikian, pelaku liwat mesti dibakar dengan api.”

Diriwayatkan dari Ja’far bin Muhammad, dari bapanya, dari Ali bin Abi Thalib ra selain dari kisah ini berkata,

“Rejam dan bakarlah dengan api”.

Imam Baihaqi juga mengeluarkan hadis dari Ibnu Abbas bahawa beliau ditanya tentang hukum hudud bagi pelaku liwat, maka beliau berkata,

“Jatuhkanlah dari atas bangunan yang paling tinggi di suatu tempat, kemudian hujanilah dengan lemparan batu.”

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib ra bahawa beliau membunuh pelaku liwat dengan pedang, kemudian membakarnya, disebabkan besarnya dosa liwat ini. Umar ra dan Uthman ra berpendapat,

“Pelaku liwat dilempari dengan benda-benda keras sehingga mati.”

Semua ini adalah pendapat dan tindakan para sahabat (Ijma’ Sahabat) dalam melaksanakan hukuman bagi pelaku-pelaku liwat iaitu dibunuh, walaupun uslub (cara) pembunuhannya berbeza-beza. Namun demikian, hukumannya tetap dibunuh, sama ada direjam, dipancung, dilempar dari bangunan yang tinggi dan pelbagai lagi uslub lainnya yang boleh digunakan untuk melaksanakan hukum bunuh ke atas pelaku-pelaku liwat.

Inilah hukum Islam ke atas pelaku liwat berdasarkan nas-nas hadis yang jelas, dan tidak ada serta tidak boleh (haram) menjatuhkan hukuman selain hukuman ini. Adapun hukuman 20 tahun penjara mahupun hukuman sebat di bawah S377B Kanun Keseksaan bukanlah hukuman Islam. Begitu juga dengan hukuman yang diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Bahagian IV Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesusilaan Seksyen 25, yang memperuntukkan,

“mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu”,

ini juga bukan hukuman Islam, malah hukuman ini adalah bertentangan sama sekali dengan Al-Quran dan as-Sunnah. Hendaknya mereka yang tidak berhukum dengan hukum Allah ini takut akan azab dariNya. Firman Allah,

“...maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih” [TMQ an-Nur (24):63].

Allah juga berfirman bahawa barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukumNya, maka mereka itulah orang-orang yang kafir [5:44], zalim [5:45] dan fasik [5:47].

Pembuktian Liwat

Adapun mengenai hukum-hukum pembuktian (ahkam al-bayyinat) dalam Islam, di mana hukum-hukum pembuktian tersebut sama seperti halnya hukum-hukum Islam yang lain, yang merupakan hukum-hukum syarak yang digali dari dalil-dalil yang bersifat tafsiliyyah (terperinci). Syeikh Ahmad ad-Da’ur mendefinisikan ‘bukti’ (al-bayyinat) sebagai ‘semua hal atau perkara yang dapat membuktikan sesuatu dakwaan’. Bukti juga merupakan hujah bagi orang yang mendakwa atas dakwaannya. Islam menjelaskan bahawa bukti itu terdiri 4 jenis iaitu:-

(i) Pengakuan
(ii) Sumpah
(iii) Kesaksian
(iv) Dokumen-dokumen bertulis yang meyakinkan.

Keempat-empat bukti di atas adalah bukti-bukti yang telah ditetapkan oleh syarak. Tidak ada bukti-bukti yang lain yang diiktiraf oleh syarak selain dari 4 kategori bukti di atas. Mengenai indikasi (qarinah) pula, ia tidak termasuk sebagai bukti menurut syarak [Syeikh Ahmad ad-Da’ur Ahkam al-Bayyinat Fil Islam].

Berdasarkan hukum pembuktian di dalam Islam, liwat terbukti dengan adanya

(i) pengakuan atau
(ii) kesaksian 2 orang saksi atau seorang lelaki dan dua orang perempuan (yang adil) sebagaimana pembuktian (bayyinah) dalam kes pencurian serta kes hudud yang lainnya (kecuali zina).

Hukuman hudud bagi liwat dapat dijatuhkan dengan syarat kedua-dua pelakunya itu baligh, berakal, rela dengan sendirinya (bukan dipaksa) dan terbukti telah melakukan liwat dengan bukti syar’ie iaitu pengakuan dan dengan kesaksian 2 orang lelaki atau seorang lelaki dan dua orang perempuan. Sekiranya, pelaku liwat adalah kanak-kanak, orang gila atau orang yang dipaksa dengan paksaan yang bersangatan (ikrahul mulji’), maka ia tidak dijatuhi had liwat, sebagaimana yang telah dijelaskan di atas.

Berbalik kepada perbicaraan liwat Anwar-Saiful yang ada di hadapan kita sekarang, maka sebagai Muslim, kita hendaklah melihat kes ini dari perspektif syarak semata-mata, bukannya berdasarkan undang-undang kufur yang ada sekarang atau pun berdasarkan emosi. Kita bukanlah qadhi/hakim yang boleh memutuskan sama ada Anwar bersalah atau tidak, namun kita wajib mengingatkan umat Islam, baik pemerintah, hakim, peguam, saksi, pemerhati dan siapa sahaja yang terlibat mahupun tidak, bahawa perbicaraan ini hendaklah dijalankan dengan hukum-hakam Islam, bukan dengan undang-undang sekular.

Kita juga tidak boleh menuduh Anwar bersalah selama mana tidak ada pengakuan atau bukti yang menunjukkan dia bersalah. Andainya Anwar terlepas dari hukuman dunia sekalipun kerana ketiadaan/kekurangan saksi atau bukti, namun, jika Anwar benar-benar melakukan perbuatan terkutuk itu (hanya Allah, Anwar dan Saiful sahaja yang mengetahuinya), maka kita yakin bahawa Anwar sekali-kali tidak akan terlepas dari hukuman dan azab Allah di akhirat nanti.

Namun, seandainya benar-benar terdapat konspirasi dari pihak-pihak tertentu yang memiliki kekuasaan, untuk memfitnah, mengaibkan dan menjatuhkan Anwar, maka kita doakan agar Allah mendedahkan segala kejahatan ini agar keadilan dapat terlihat di dunia lagi.

Namun jika Allah menghendaki agar segala fitnah dan konspirasi ini tertutup di dunia, maka kita yakin bahawa Allah sekali-kali tidak akan menutup konspirasi ini di akhirat dan Allah tidak akan melepaskan setiap pelakunya dan kita benar-benar yakin bahawa Allah akan pasti mengazab mereka dengan sekeras-keras dan sepedih-pedih azab.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Semoga dengan berlakunya ulang tayang kes liwat ini akan membuka mata kalian betapa hukum Allah langsung tidak dihiraukan oleh pemerintah dan betapa gagalnya sistem pemerintahan sekular dan mahkamah sekular dalam menegakkan keadilan. Sesungguhnya tidak akan tertegak keadilan selama mana tidak ada pemerintahan Islam dan selama mana manusia tidak berhukum dengan hukum Islam.

Ideologi Kapitalisme yang memisahkan agama dari kehidupan yang dianut oleh pemerintah pada hari ini tidak akan mampu memberikan penyelesaian yang tuntas kepada persoalan hidup manusia, malah hari demi hari kita menyaksikan penerap dan pengembang ideologi busuk ini menjadi semakin zalim dan semakin jauh dari Islam.

Hari ini, manusia yang zalim boleh melakukan segala macam kezaliman ke atas manusia yang lain dan boleh menutupnya dengan segala kekuasaan yang ada pada mereka. Namun ingatlah apabila kita dihadapkan ke mahkamah Allah nanti, pada waktu itu bukan hanya mulut yang berbicara, tetapi kesemuanya akan menjadi saksi,

“Dan mereka berkata kepada kulit mereka, ‘mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami’. Kulit mereka menjawab, ‘Allah yang telah menjadikan segala sesuatu pandai berkata-kata telah menjadikan kami pandai (pula) berkata-kata, dan Dialah yang menciptakan kamu pada kali yang pertama dan hanya kepadaNyalah kamu dikembalikan” [TMQ Fussilat (41):21].

Wallahu a’lam.
Sumber: Detikdaily

SIAPA MAHU IKUT MANUSIA HINA INI?

Zahrain Tiada Sokongan Ahli Akar Umbi

Bagi ahli cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diterajui Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, mereka sudah lama hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ahli Parlimen Bayan Baru.

Malah, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman berkata ahli cabang itu sebelum ini pernah bercadang untuk membuat undi tidak percaya terhadap Zahrain.

Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang itu percaya Zahrain tidak mendapat sokongan akar umbi, malah tiada seorang pun ahli cabang yang mengikut langkah Zahrain.

Mansor juga menyatakan Zahrain jarang turun padang. Kebanyakan kerja di kawasan Parlimen Bayan Baru dilaksanakan oleh ADUN kawasan masing-masing

"Pertama sekali bila dia mula buat serangan atas pimpinan parti,lepas tu dia buat serangan atas Ketua Menteri, hari ke dua selepas itu Ketua Umum,jadi kita jangka dia dah buat keputusan macam inilah(ketua parti)" kata Mansor kepada Tv Selangor.

"Maknanya bila dia serang kepimpinan parti, dia memang bercita-cita untuk inilah (keluar parti).Jadi itu maknanya keputusan yang dibuat itu bukan di luar jangkaanlah selepas dia buat keputusan itu, cabang dia mahu berjumpa dengan dia tapi dia tak mahu dia tidak turun buat keputusan dicabang ini menunjukkan dia tak berani berdepan dengan ahli di peringkat cabang. Dia termasuk dalam golongan yang meletakkan kepentingan diri dahulu" tambahnya lagi.

Menurut Dr. Mansor, serangan Zahrain ke atas parti dan kerajaan Pulau-Pinang membuka ruang bagi tohmahan dan serangan dari Umno.

"Sebab dia perkara pokok dia macam ni, bila dia mula buat serangan tu, maka UMNO ambil kesempatan. Jadi dia buka floodgates".

"Untuk buka ruang bagi UMNO untuk serang kita, serang parti. Kalau kita tgk semua kenyataan yang dibuat oleh pemimpin UMNO itu semua kata memang PKR dalam keadaan huru-hara, kucar kacir dan ramai pemimpin dia tak berpuas hati cara parti mengendalikan isu-isu itu membuka ruang bagi mereka serang parti" kata Mansor./TVSelangor

MUSTAHIL UMNO BERANI BERDEBAT SECARA TERBUKA

Pinggir Melayu: Pakatan cabar Umno berdebat

Dari Malaysiakini

Oleh Low Chia Ming


Pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang berhempas pulas menepis tuduhan bahawa kerajaan negeri meminggirkan masyarakat Melayu dengan mencabar Umno berdebat berhubung perkara itu.

Cabaran itu dibuat dalam forum ‘antifitnah’ Pakatan malam tadi di pesta Tapak Expo Seberang Jaya di hadapan lebih 1,000 peserta yang hadir.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dua timbalannya Mansor Othman dan P Ramasamy, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut terlibat dalam program itu.

Forum tersebut dibuat ekoran dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang menuduh kerajaan Pakatan pimpinan DAP cenderung menghukum peniaga kecil Melayu berbanding orang Cina.

Selain dewan tersebut, Umno dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) terlibat menganjurkan demonstrasi yang menyaksikan insiden patung Lim dibakar.